FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perkasa kesihatan awam

4 posters

Go down

Perkasa kesihatan awam Empty Perkasa kesihatan awam

Post by Fieza Thu 13 Mar 2008, 9:03 pm

Perkasa kesihatan awam


Perkasa kesihatan awam Re_01_big
Abdullah Ahmad Badawi
menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Persidangan Menteri-Menteri
Kesihatan OIC di Petaling Jaya, semalam.
<hr noshade="noshade" size="1">
Terjemahan teks penuh ucaptama Perdana Menteri pada Persidangan Menteri-Menteri Kesihatan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
PADA 2005, Kuala Lumpur menganjurkan mesyuarat tahunan kedua
berhubung penghasilan sendiri vaksin di kalangan negara-negara anggota
OIC. Ia kemudiannya membangkitkan kesedaran bahawa satu landasan yang
bersesuaian diperlukan bagi membincangkan skop lebih luas mengenai
kekhuatiran kesihatan yang membelenggu ummah.
Saya gembira untuk menyatakan di sini bahawa kita telah tiba ke
peringkat asal dan Malaysia mengalu-alukan anda semua mengikuti
Persidangan Menteri-Menteri Kesihatan OIC yang julung-julung kali
diadakan ini.
Walaupun pahit dan sukar, kita perlu mengakui bahawa negara-negara
Islam banyak ketinggalan dalam pelbagai segi. Ini adalah realiti di
mana kita sama-sama cuba perbaiki. Tetapi dalam hal mengenai kesihatan
awam, usaha itu menjadi lebih penting dan barangkali sangat mendesak.
Adalah menjadi fakta yang enggan diterima bahawa bayi dan
kanak-kanak yang tinggal di negara-negara Islam berdepan dengan risiko
tinggi mendapat penyakit berjangkit. Menurut Laporan Populasi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2004, tujuh daripada 10
negara yang kadar paling tinggi mortaliti (kematian) adalah negara
anggota OIC.
Sesetengah daripadanya lebih berbanding yang lain. Beberapa anggota
OIC di Afrika dan tengah Asia direkodkan dengan kadar mortaliti bayi
mencecah sehingga 100 bagi setiap 1,000 kelahiran. Malahan, hanya
sedikit negara-negara Islam direkodkan dengan kadar tersebut yang lebih
rendah iaitu 10 bagi setiap kelahiran.
Negara-negara termasuk dalam kumpulan ini ialah Brunei, Bahrain dan Malaysia.
Negara-negara anggota OIC juga antara yang mencatatkan kadar
mortaliti tertinggi bagi kanak-kanak di bawah lima tahun. Adalah
malang, negara-negara Islam menyumbang kepada majoriti negara yang
kadar mortaliti mencecah 200 kematian dalam 1,000 di kalangan
kanak-kanak bawah lima tahun.
Kebanyakan daripada kanak-kanak ini mendapat penyakit seperti
campak, malaria, jangkitan pernafasan - penyakit-penyakit yang boleh
dicegah dan dibasmi.
Kita barangkali tidak suka mendengar perkara-perkara sebegitu.
Sesetengah orang berkata bahawa tahap kesihatan umum di negara-negara
Islam ini satu tragedi, bukan sahaja kerana pandangan itu sesuatu yang
suram, ia menjadi perkara menyedihkan kerana terdapat banyak yang boleh
dilakukan dalam usaha menghalang kematian dan kesengsaraan yang tidak
sepatutnya berlaku.
Dalam hal ini kita ambil contoh, vaksinasi kanak-kanak. Di
negara-negara Barat penyakit membunuh seperti polio dianggap telah lama
berjaya dihapuskan. Berbeza dengan kita, virus polio masih lagi
terus-menerus mengancam kebanyakan negara Islam.
Situasi ini diburukkan oleh jurang pembiayaan berhubung imunisasi;
kekurangan defisit yang nyata dalam pengeluaran vaksin di kalangan
anggota OIC selain kesedaran mengenai penerimaan serta kualiti vaksin.
Adalah jelas bahawa banyak perkara perlu dilakukan memandangkan
kebanyakan negara Islam di dunia tinggal dalam persekitaran yang
mendedahkan mereka kepada kemudaratan, tetapi boleh dihalang
jangkitannya.
Justeru, saya percaya bahawa kita mempunyai sebab untuk menyandarkan
harapan. Ketika mana jelas sekali ada banyak perkara perlu dibuat, saya
percaya kita telah bersama-sama meletakkan satu rancangan bagi masa
depan. Persidangan ini menjadi contoh, Tambahan pula, kita telah
mengorak langkah ke atas beberapa inisiatif bagi dilaksanakan.
Deklarasi Mekah semasa sesi ketiga mesyuarat luar biasa Sidang Kemuncak OIC menyebut:
‘‘Kita menganggap pembasmian buta huruf, wabak penyakit dan
peperangan untuk menghapuskan kemiskinan di negara Islam sesuatu yang
sangat dipentingkan, matlamat strategik diperlukan bagi mendapatkan
sebarang sumber diperlukan.’’
Dan itulah yang dilakukan. Beberapa inisiatif sedang dirangka
khususnya bagi memperbaiki kualiti kesihatan awam di negara-negara
Islam.
Dalam hal ini, Bank Pembangunan Islam (IDB) telah menggesa sendiri
satu program dalam pengeluaran vaksin. Ini bagi memastikan
negara-negara Islam di seluruh dunia memiliki akses untuk mendapat
vaksin yang berpatutan, selamat lagi berkesan. Program ini kini telah
memasuki tahun ketujuh pelaksanaannya.
Memerangi
Selebihnya IDB diberi mandat untuk menyelaraskan dengan Sekretariat
OIC bagi mengadakan hubungan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta
institusi lain yang relevan bagi menggariskan program untuk memerangi
penyakit dan wabak.
Ia akan dibiayai menerusi dana khas yang diwujudkan dalam IDB.
Kita juga melakukan beberapa kemajuan ke arah memperbaiki kualiti
kesihatan awam di kalangan negara-negara anggota OIC. Sebagai langkah
ke hadapan, kita perlu melipatgandakan kerjasama dan membawanya kepada
pelbagai peringkat dan lapisan.
Pertamanya, kita perlu mengenal pasti bidang-bidang khusus untuk
dipertingkatkan bagi tujuan itu. Salah satunya ialah dalam pengeluaran
vaksin. Ketika mana Malaysia memberi penekanan meluas bioteknologi,
negara baru-baru ini menubuhkan Institut Kebangsaan Produk Asli Vaksin
& Biologikal (9BIO) sebagai usaha penting bagi penyelidikan dan
pembangunan (R&D). 9BIO menjadi agensi yang bekerjasama dengan
pihak lain bagi menggalakkan kemampuan diri dalam pengeluaran vaksin
halal.
Begitu juga pembangunan vaksin halal. Ini turut merupakan bidang
penting dan wajar diberi perhatian. Setakat ini, 9BIO bekerjasama
dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi pensijilan halal
vaksin.
Sijil halal vaksin ini, kita percaya bahawa pembangunannya akan
membawa kepada asas baru dalam menggalakkan kesihatan awam di
negara-negara Islam. Sebagai contoh, konsep halal itu sendiri
membayangkan kualiti, kesucian dan keselamatan akan memperkasa pihak
berkuasa dan pemimpin agama bagi menggembleng masyarakat ke arah
memastikan kanak-kanak divaksin dan melenyapkan kebimbangan di kalangan
masyarakat Islam mengenai pencemaran serta kesan vaksin.
Justeru, kita mengharapkan untuk bekerjasama dengan pihak-pihak lain
bagi pembangunan selanjutnya dalam proses pengeluaran dan kerangka
vaksin halal.
Ini sudah pasti berupaya membantu dalam memastikan penerimaan secara
lebih meluas terhadap vaksin halal ini di seluruh negara Islam di
dunia. Sudah tentu kerjasama erat dalam kesihatan awam ini tidak boleh
dan sama sekali dibataskan kepada isu vaksin semata-mata. Cabang atau
bidang lain yang tidak kurang penting dan perlu diberi perhatian
bersama termasuk selesema semasa musim haji, pembasmian polio global,
malaria, HIV/AIDS, keselamatan bio, kemunculan penyakit berjangkit,
peraturan kesihatan antarabangsa dan sebagainya.
Keduanya, dalam usaha kita untuk bergerak ke hadapan, kita perlu
bersikap telus dan terbuka selain melibatkan sama pemegang lain.
Suka saya sebut di sini bahawa pelbagai pihak berkuasa antarabangsa
yang berkaitan dengan kesihatan seperti WHO, UNICEF dan Pusat Kawalan
Penyakit (CDC) Amerika Syarikat turut sama terlibat dalam persidangan
penting ini.
Adalah menjadi harapan saya supaya kehadiran anda semua di sini akan
membawa kepada kerjasama lebih rapat di antara OIC dan negara-negara
Islam secara individu khususnya menangani ancaman serius kepada
kesihatan awam.
Ketika mana kita mengambil pendekatan sepadu dan bersendirian bagi
menggalakkan kualiti kesihatan awam di dalam negara anggota OIC, kita
terus meminta sokongan dan bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan yang
berkaitan dengan kesihatan di seluruh dunia.
Ketiganya, kita perlu mengiktiraf kepentingan kesihatan awam kepada
pembangunan ummah secara keseluruhannya. Dalam kerangka OIC, kita perlu
terus menitikberatkan perbincangan mengenai kesihatan, sama seperti
bidang-bidang lain seperti pendidikan, kebudayaan dan sebagainya.
Dalam hal ini, Malaysia berbangga menjadi tuan rumah kepada
persidangan ini. Kami berharap supaya persidangan yang penting ini akan
menjadi landasan tetap di bawah panji PBB.
Ada yang berkata, masa tidak akan menunggu manusia untuk bertindak,
sebaliknya kita manusia perlu mengejar masa. Bagi OIC, kita tidak
menunggu masa. Sambil tidak menolak fakta bahawa ada banyak kerja perlu
dilakukan, saya percaya bahawa kerja yang baik sedang dibuat ini akan
membuahkan hasil di masa depan. Ini akan terhasil jika kita terus
merangka strategi dan program yang mapan dan seiring dengan pembangunan
antarabangsa tetapi dalam kerangka OIC. Paling penting, kita perlu
menggunakan sepenuhnya sumber yang ada, berkongsi kepakaran dan bekerja
secara bersama bagi memperbaiki keadaan ummah.
Saya harap persidangan ini akan berupaya membangunkan beberapa
kemajuan yang telah pun dilaksanakan selain membantu mencari jalan ke
arah pencapaian dan kejayaan baru.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Perkasa kesihatan awam Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Perkasa kesihatan awam Empty Re: Perkasa kesihatan awam

Post by MLT Tue 15 Apr 2008, 10:34 am

memang kena perkasakan
MLT
MLT
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : MLT
Gender : Male
Jumlah Post : 46
Umur : 46
Tarikh Register : 17/11/2007
Reputation : 1
Points : 6236

Back to top Go down

Perkasa kesihatan awam Empty Re: Perkasa kesihatan awam

Post by waja Thu 05 Jun 2008, 9:44 pm

memang kerja kita pun
waja
waja
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : penolong pegawai perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 62
Umur : 43
Tarikh Register : 06/10/2007
Reputation : 0
Points : 6254

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Perkasa kesihatan awam Empty Re: Perkasa kesihatan awam

Post by mRCooL Wed 19 Aug 2009, 12:18 am

betul tu
avatar
mRCooL
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Suami Kepada Isteri dan Bapa Kepada Anak
Gender : Male
Jumlah Post : 39
Umur : 40
Tarikh Register : 19/09/2007
Reputation : 0
Points : 6318

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Perkasa kesihatan awam Empty Re: Perkasa kesihatan awam

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum