FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SALAH ERTI DALAM PERCAKAPAN

Go down

SALAH ERTI DALAM PERCAKAPAN Empty SALAH ERTI DALAM PERCAKAPAN

Post by Fieza Thu 20 Mar 2008, 8:29 pm

Lelaki dan wanita dua insan yang saling memerlukan. Namun perbezaan
ketara di antara makhluk berdua ini ialah lelaki bercakap hanya
perkara yang ringkas tetapi wanita pula lebih meleret-leret
sehinggakan ada kalanya timbul masalah dalam sesuatu hubungan.
Berikut bebrapa perkara yang lelaki cakap tetapi sering disalah
erikan oleh kaum wanita :-

LELAKI CAKAP :
" Saya ingin keluar dengan kawan-kawan. . "
APA YANG WANITA FAHAM :
Kalau berjumpa kawan-kawan mesti lelaki akan memperbualkan hubungan
anda yang semakin mesra dan saling menyayangi.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Bila keluar bersama kawan-kawan, wanita biasanya akan berbincang
pasal teman lelaki masing-masing. Mereka akan bercerita akan
kelebihan teman lelaki dan apa juga hal yang berkaitan dengan
mereka. Pada hal lelaki sebenarnya tidak akan menyentuh langsung
akan hal ini bila keluar dengan kawan-kawan mereka kerana hal ini
dianggap remeh temeh kerana lelaki lebih suka bercerita tentang bola
sepak, teknologi terkini dan sebagainya.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Bila anda ingin keluar dengan kawan-kawa, beritahu terus terang
dengan pasangan, siapa kawan anda, bagaimana sikap mereka dan kalu
boleh beritahu dengan lebih terperinci supaya wanita fahan dan tahu
yang anda sebenarnya tidak akan bercakap hal mereka sebenarnya.

LELAKI CAKAP :
" Dia hanya kawab biasa.."
APA YANG WANITA FAHAM :
Kawa niasa atau kawan luar biasa yang boleh dibawa ke ranjang.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Ramai wanita tidak mempercayai lelaki apatah lagi bila lelaki keluar
berdua-duaan dengan wanita lain tanpa kehadiran kekasih. Ini kerana
lelaki biasanya jenisyang suka mengambil kesempatan di atas
kelemahan seorang wanita.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Apabila anda hendak keluar bersama kawan-kawan perempuan yang lain
tanpa kehadiran kekasih, pastikan anda memberitahu pasangan dengan
jelas dan terang, dengan siapa anda keluar, namanya apa, tinggal di
mana, bagaimana hubungan anda berdua dan sebagainya agar kekasih
tidak terasa dirinya ditinggalkan atau diabaikan.

LELAKI CAKAP :
"Senyuman anda cukup menawan hati (atau memuji apa saja berkaitan
bentuk tubuh kekasihnya)"
APA YANG WANITA FAHAM :
Tentu lelaki sudah melakukan kesalahan dan sebab itulah beria-ia
memuji.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Lelaki terutama yang bukan jenis romantis, biasanya sangat jarang
memuji teman wanitanya mahupun juga isteri. Namun apabila lelaki
tiba-tiba memuji, seolah-olah ada sesuatu yang lelaki kehendaki atau
telah melakukan kesalahan yang menuntut permohonan maaf daripada
pasangannya. Justeru itu bila lelaki mula memuji, tentua ada yang
tidak kena.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Tidak dinafikan, lelaki memang sudah dilahirkan sebagai makhluk yang
menggunakan akal fikiran tatkala mengeluarkan bicara. Mereka hanya
akan bercakap perkara yang perlu atau penting sahaja dan tidak akan
meleret-leret malah ada sesetegah lelaki juga yang tidak romantis
dan tidak suka cakap benda yang meleret-leret. Justeru itu, niat
anda ingin memuji pasangan tidak salah, kalau boleh lakukanlah
selalu agar pasanganatau teman wanita anda tidak beranggapan yang
anda memuji mereka ketika berkehendakkan sesuatu sahaja. Pamerkan
keikhlasan hati tatkala memuji dan barulah pasangan rasa dihargai.

LELAKI CAKAP :
"Masakan yang anda masak mengingatkan saya kepada mak…"
APA YANG WANITA DENGAR :
Anda mahu membandingkan saya dan mak awak sebenarnya.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Kadangkala wanita rasa terdesak apabila lelaki atau suami sering
memuji masakan emak mereka dan tidak pada masakan yang anda masak.
Memang sifat semulajadi wanita yang sering suka membanding-
bandingkan, siapa yang paling cantik, paling kurus, paling menawan
dan sebagainya dan semua ini dianggap sebagai satu perlawanan yang
harus dimenangi.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Sifat semulajadi wanita yang tidak suka dibandingkan dengan sesiapa
hatta ibu mertua atau sebagainya. Justeru itu, apabila anda ingin
memuji pasangan, beritahu bahawa masakan yang dimasaknya sangat enak
malah melebihi keenakan yang dimasak oleh emaknya sendiri.

LELAKI CAKAP :
"Sekadar menelefon dan mahu bertanya khabar…"
APA YANG WANITA DENGAR :
Apa bukannya mahu bertanya khabar sebaliknya mengesyaki mereka
sesuatu.
KENAPA MEREKA DENGAR BEGITU :
Sama seperti wanita yang memiliki sifat cemburu agak keterlaluan,
wanita juga berfikiran sama apabila seseorang lelaki menelefon dan
bertanyakan khabar walaupun anda baru saja bertemu sebentar tadi.
APA YANG LELAKI PATUT CAKAP :
Sebelum menelefon bertanyakan khabar atau sekadar bertanya "hai"
pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk menelefon pasangan
agar mereka tidak curiga tujuan anda menghubunginya. Kalau boleh
mesti ada cerita dan jangan sekadar mahu berbual kosong sahaja.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : SALAH ERTI DALAM PERCAKAPAN Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum