JOM IKUT SUNNAH NABI
Page 1 of 1
JOM IKUT SUNNAH NABI
Jom ikut sunah nabi
BERSYUKUR kehadrat Allah s.w.t. kerana kita masih diberi peluang
untuk sama-sama meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1429H.
Majlis sambutan ini diadakan di pelbagai peringkat iaitu dari peringkat
kampung hinggalah ke peringkat kebangsaan.
Kemeriahannya memang jelas kelihatan di seluruh pelosok negara.
Selawat dan salam kepada junjungan besar pada hari ini begitu
mempesonakan. Pelbagai lagu direka untuk dipersembahkan kepada awam.
Rata-rata kebanyakan daripada kita begitu bersemangat sekali untuk
mengikuti contoh tauladan yang terbaik yang telah ditunjukkan Baginda.
Kalau kita kira bilangan sunah Nabi memang tak terkira banyaknya.
Bayangkanlah, apa sahaja yang telah dilakukan Baginda dianggap sunah.
Cara Rasulullah bercakap, makan, minum, senyum, penampilan dan
lain-lain dianggap sebagai sunah.
Dalam hal ini, satu sunah Nabi yang ingin dibicarakan ialah
mempraktikkan bahasa Arab dan menguasainya. Ini berlandaskan kepada
kata-kata Nabi, “Belajarlah Bahasa Arab dan ajarkanlah kepada sekelian
manusia”.
Ada juga di kalangan kita yang tertanya-tanya: “Siapa yang
sepatutnya perlu belajar bahasa Arab?” Seterusnya satu lagi soalan
iaitu “Siapa pula yang sepatutnya perlu menguasai bahasa Arab?”
Berikut dinyatakan empat golongan utama yang perlu belajar dan seterusnya menguasai bahasa antarabangsa yang sangat penting ini.
Pertama, orang yang mengaku dirinya beragama Islam.
Ini kerana pedoman utama umat Islam ialah al-Quran dan hadis Nabi.
Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Bagaimana seseorang itu boleh memahami
Islam dengan fahaman yang paling tepat kalau tidak berdasarkan sumber
yang asal? Ada orang kata, “Saya sayang Nabi, saya cinta pada Rasul”.
Tetapi bagaimana beliau boleh mengaku sedemikian rupa sedangkan dia
tidak berusaha mempelajari apa yang dituturkan oleh Nabi.
Pelik, tetapi benar! Itulah kenyataan yang perlu kita terima dewasa
ini. Kebanyakan kita masih lagi belum dapat memahami apa yang dibaca
semasa membaca al-Quran. Walaupun seseorang itu mampu membaca al-Quran
dengan baik, tetapi belum pasti dia juga mampu memahami apa yang
terkandung di dalamnya.
Kedua, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama yang berfikiran komersial, korporat dan ahli perniagaan.
Tahukah kita, terdapat 23 negara Arab yang menggunakan bahasa Arab
sebagai bahasa rasmi. Daripada jumlah tersebut terdapat lebih tujuh
negara Arab yang kaya raya dengan sumber alam yang menawarkan banyak
projek mega.
Baru-baru ini, gabungan beberapa syarikat di Malaysia telah berjaya
mendapat tender bernilai lebih RM3 bilion di Arab Saudi. Untuk itu,
kebolehan komunikasi dalam bahasa Arab yang tinggi amat diperlukan
untuk meyakinkan pihak-pihak berkenaan.
Apabila kita berkunjung ke negara-negara Arab tersebut kita masih
boleh berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Itu memang
tidak dapat dinafikan. Persoalannya, sejauh mana kita dapat meyakinkan
dan dapat menarik minat mereka?
Kita juga tertanya-tanya, kenapa barangan Malaysia masih tidak dapat
menembusi pasaran negara-negara Arab secara maksima? Kenapa nilai
dagangan dengan negara-negara tersebut masih rendah? Sedangkan Malaysia
dan negara-negara Arab tersebut banyak persamaannya. Semua 23 negara
Arab tersebut (kecuali Lebanon) menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
Salah satu faktornya ialah kebanyakan golongan korporat dan
profesional tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab yang boleh
menarik minat pelanggan berbangsa Arab. Ini kerana, walaupun mereka
masih boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi untuk menawan
hati, maka penggunaan bahasa Arab sangat diperlukan.
Ketiga, golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek, akauntan, jurutera dan lain-lain.
Ini kerana al-Quran adalah sumber rujukan ilmu pengetahuan. Adalah
amat rugi sekali jika golongan profesional ini tidak mampu merujuk
al-Quran untuk meningkatkan kajian dalam bidang yang diceburi. Terlalu
jauh perbezaannya antara profesional yang boleh mengadaptasi al-Quran
dalam bidang berkaitan dengan rakannya yang hanya bergantung kepada
terjemahan sahaja.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang sesuatu
secara saintifik. Dalam ruangan ringkas ini dinyatakan beberapa contoh
tema berkaitan keprofesionalisme untuk direnungkan, dikaji, diamalkan
dan dijadikan iktibar kepada generasi akan datang.
Contohnya, soal tentang bilangan perkataan di dalam al-Quran.
Bilangan perkataan di dalam al-Quran adalah signifikan. Setiap baris,
huruf, perkataan, jenis ayat sama ada panjang atau pendek adalah
bermakna.
Keempat, golongan akademik yang menitik beratkan soal sumber rujukan.
Nah begitu jelas sekali bahawa rujukan utama ialah al-Quran dan
hadis. Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Sehubungan itu, untuk
mendapatkan nilai kajian yang lebih mutu akademiknya, ahli akademik
sepatutnya menguasai bahasa Arab.
Untuk itu, berikut dikemukakan beberapa cadangan yang mungkin perlu
direnungkan bersama. Antaranya ialah; golongan profesional dan akademik
seperti pakar sains, jurutera, saintis dan lain-lain hendaklah
menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama meningkatkan karier mereka
dalam bidang sains.
Selain itu, oleh kerana hendak memahami al-Quran memerlukan
kemahiran bahasa Arab. Guru sains, pakar sains dan saintis perlu
belajar bahasa Arab mengikut kaedah yang sesuai bagi mereka. Seterusnya
untuk jangka pendek, mereka perlu berganding bahu dengan ulama yang
memahami al-Quran untuk mencipta kegemilangan dalam bidang sains dan
teknologi.
Jadi ayuh kita belajar bahasa Arab dan menguasainya sehingga kita
boleh menggunakan al-Quran untuk meningkatkan prestasi dalam bidang
yang kita ceburi. Semua yang kita lakukan ini akhirnya akan menuju ke
matlamat asal kita iaitu untuk memperoleh keredaan Allah. Jadikan
sambutan Maulidur Rasul kali ini memberi makna yang mendalam kepada
kita semua.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» KISAH NABI MUSA
» Kisah Nabi Musa a.s
» 10 makanan terbaik Nabi
» KEAJAIBAN SELAWAT NABI
» Kejadian Nabi Adam
» Kisah Nabi Musa a.s
» 10 makanan terbaik Nabi
» KEAJAIBAN SELAWAT NABI
» Kejadian Nabi Adam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak