FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Solat, doa yang tidak menepati ajaran Islam

Go down

Solat, doa yang tidak menepati ajaran Islam Empty Solat, doa yang tidak menepati ajaran Islam

Post by Fieza Fri 21 Mar 2008, 12:13 pm

Solat, doa yang tidak menepati ajaran Islam


Wacana Islam
Oleh Mohd. Shauki Abdul Majid
Umat Islam
memiliki banyak istilah untuk kegiatan-kegiatan yang berhubungan dengan
permohonan kepada Allah. Selain solat dan doa, masih ada yang lain
seperti munajat, istisqaa (solat minta hujan) riyadhah, mujahadah,
istikharah, qunut nazilah dan istighatsah.
Semua istilah ini pada prinsipnya sama. Doa merupakan satu kegiatan
ritual yang dapat dilakukan oleh setiap hamba walau di mana pun dia
berada. Yang penting doa yang dilakukan bukan bertujuan untuk
menghancurkan sesama umat Islam seperti munculnya istilah-istilah baru
seperti doa politik atau doa pilihan raya.
Bahkan lebih dahsyat lagi doa kumpulan Bughah (penderhaka) yang
bercita-cita menjatuh dan merampas kuasa kerajaan Islam yang sah.
Doa-doa seperti ini didorong oleh kepentingan sesuatu kumpulan,
biasanya istilah yang mempunyai nama seperti istilah-istilah yang
disebut di atas.
Berdoa itu sendiri sebenarnya dianjurkan oleh agama. Justeru jika
kita berniat memohon sesuatu dengan doa yang kita fahami atau sekadar
asal doa saja, kita sudah memperoleh pahala.
Munajat misalnya, sebenarnya ia juga doa. Ia lebih bersifat nada
keluhan dan pengaduan. Umumnya seseorang hamba yang setelah solat malam
bersendirian dengan Tuhannya, mengadu nasib dirinya secara bisikan hati
kecil.
Manakala Istisqaa, sesuai namanya adalah doa untuk memohon hujan.
Solat dan doa ini dilaksanakan beramai-ramai di tempat terbuka dan
lapang. Dengan syarat-syarat dan peraturan tertentu. Ia lebih kepada
permohonan keampunan terhadap kesalahan dan keterlanjuran hambanya yang
menyebabkan berlakunya kemarau atau bala bencana daripada Allah s.w.t.
Demikian juga riyadhah dan mujahadah lebih umum daripada sekadar
doa. Di kalangan pengajian pondok, riyadhah merupakan perlakuan guru
yang didorong oleh himmah (pemusatan pemikiran) untuk mencapai sesuatu
pertolongan dan bantuan daripada Allah.
Riyadhah lebih menekankan kepada kawalan dan menahan diri daripada
makan dan minum seperti berpuasa. Tujuannya untuk menumpukan sepenuh
masa dengan amalan-amalan atau bacaan-bacaan tertentu seperti
wirid-wirid atau ayat-ayat yang terpilih.
Demikian juga dengan istikharah iaitu solat memohon petunjuk dalam
suatu urusan yang tidak dapat dipastikan yang mana lebih baik. Kita
dianjurkan sembahyang dua rakaat dengan disertai doa. Qunut Nazilah
pula dianjurkan ketika umat Islam ditimpa bala bencana untuk memohon
agar diangkatkan musibah tersebut.
Istighatsah suatu doa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
ketika menjelang Perang Badar di mana pada saat itu jumlah tentera
Islam hanya tiga ratus orang bagi menghadapi pasukan musuh yang melebih
seribu orang. Nabi s.a.w. khuatir tidak akan ada lagi yang menyembah
Allah seandainya kaum mukmin yang tiga ratus itu tumpas di tangan kaum
kafir. Dan Allah mengabulkan istighatsah Nabi dengan mengirimkan seribu
malaikat.
Ada satu lagi jenis doa yang mungkin jarang diingat oleh kita iaitu
mubahalah. Ia adalah doa yang dipanjatkan bersama-sama antara mereka
yang menyatakan kebenaran dan mereka yang menolaknya. Ini bertujuan
bagi membuktikan siapa yang berada di pihak yang benar dan siapa
sebenarnya pembohong. Kemudian semuanya memohon kepada Allah agar Ia
melaknati pihak yang tidak benar atau pembohong itu.
Ketika delegasi Najran datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
membincangkan tentang hakikat Nabi Isa, Nabi menyampaikan kebenaran
yang datang melalui wahyu. Delegasi Najran tidak mahu menerima
kebenaran yang datang daripada Allah itu, dan mempertahankan pendapat
yang sudah mereka yakini selama ini.
Memang sulit kerana kebenaran cuma satu dan masing-masing pihak
mengaku benar. Lantaran masing-masing mengakui kebenaran Allah, maka
biarlah Allah sendiri yang menjadi hakim. Waktu itu Nabi s.a.w. sudah
mengajak puterinya Fatimah, dan cucu-cucunya, Hasan dan Husein, ke
kawasan lapang. Tapi orang-orang Najran tidak berani melakukan
mubahalah.
Demikian juga di negara kita terdapat segolongan manusia memohon
hajat kepada Allah agar dijatuhkan bala ke atas pihak yang sesat dan
mengakui diri dan pengikutnya sahaja yang benar.
Sembahyang hajat sememangnya sunat hukumnya dan dianjurkan untuk
keperluan atau hajat seseorang itu. Apa yang perlu ditentukan ialah
mengenai cara solat itu dilakukan hendaklah mengikut sepertimana sunnah
Nabi s.a.w. iaitu dengan niat ikhlas, tidak riak atau secara terbuka,
melainkan pada sembahyang dua Hari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) atau
solat Istisqaa (mohon hujan). Sembahyang ini digalakkan dilakukan
secara terbuka di tengah padang dan dihadiri oleh semua penduduk.
Pernah suatu masa dulu di Kelantan kalau ada solat hajat oleh orang
tua kita, ada orang menyelar mereka dan mengatakan bidaah (Nabi tak
buat itu semua) tapi kenapa pula orang yang mengaku lebih Islam itu
sendiri menjadi imam sembahyang hajat (terbuka pula) sedangkan
ulama-ulama dulu sekadar buat secara tertutup di rumah semata-mata
untuk tidak menghampakan hasrat tuan rumah. Dan ini pernah dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w. di rumah salah seorang sahabatnya.
Demikian juga mengenai hajat itu sendiri juga perlu diperjelaskan.
Hajat yang baik dibenarkan oleh agama. Iaitu untuk kebaikan diri atau
masyarakat dan agama bukan untuk tujuan yang bertentangan dengan ajaran
agama seperti hendak menjatuhkan kuasa pemerintah Islam yang ternyata
berjaya dan berwibawa serta disanjung tinggi oleh semua negara dan umat
Islam.
Sebab itulah bila solat hajat disalahgunakan untuk sesuatu tujuan
jahat maka biasanya permohonan itu tidak diperkenankan oleh Allah, sama
juga dengan solat yang dilakukan dengan niat yang tidak ikhlas iaitu
solat bukan kerana Allah tetapi kerana niat bermegah-megah sekalipun
tujuan solat itu adalah baik dan dibenarkan tetapi permohonan itu tetap
tidak termakbul. Banyak contoh solat hajat yang dilakukan di merata
dunia tetapi permohonan mereka tetap tidak terlaksana kerana ia masih
tidak menepati ajaran agama yang sebenar.
- MOHD SHAUKI ABDUL MAJID ialah Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Solat, doa yang tidak menepati ajaran Islam Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum