Mencegah penyakit gusi
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Mencegah penyakit gusi
Mencegah penyakit gusi
GIGI dan gusi adalah seperti isi dan kuku di mana kedua-duanya berkait rapat dan tahap kesihatan gusi pasti memberi kesan kepada gigi. Seperti gigi, gusi juga terdedah kepada ancaman daripada pembentukan plak. Sekiranya plak tidak ditanggalkan secara kerap, termasuk di kawasan di bawah garisan gusi, ia akan merengsakan gusi seterusnya mengakibatkan penyakit gusi.
Penyakit gusi bukan sahaja menyebabkan kesakitan dan pendarahan gusi tetapi juga akan melemahkan sokongan terhadap gigi. Memberus dan membersihkan gigi secara kerap adalah penting untuk mencegah penyakit gusi.
Bagaimanakah plak menyebabkan penyakit gusi?
Sekiranya dibiarkan, bakteria akan menghasilkan toksin yang akan merengsakan gusi dan merosakkan gigi. Peringkat paling awal kerosakan gusi ialah gingivitis. Ia adalah keradangan gusi yang boleh menyebabkan gusi menjadi bengkak, lembut dan berdarah ketika memberus atau memflos.
Siapakah yang terdedah kepada penyakit gusi?
Penyakit gusi boleh menjangkiti semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak. Bagaimanapun, ia sering menjangkiti golongan dewasa.Malah, tiga daripada empat orang dewasa melebihi umur 35 tahun kini didapati mempunyai penyakit gusi. Risiko untuk mendapat penyakit gusi juga bertambah sekiranya anda merokok atau mempunyai penyakit tertentu. Maka adalah penting untuk memaklumkan doktor gigi tentang keadaan
kesihatan semasa anda supaya rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya menghidapi gingivitis?
Penjagaan gigi setiap hari dan kunjungan ke doktor gigi boleh mencegah gingiviti daripada berlaku. Ia lebih baik dicegah dan dalam kebanyakan kes, penyakit ini dapat disembuhkan dengan segera jika mengamalkan rutin menanggalkan plak setiap hari. Ini dapat dicapai dengan dua langkah iaitu memberus gigi menggunakan berus gigi yang lembut dan membersihkan celahan gigi menggunakan flos atau alat pergigian yang sesuai. Kedua-dua langkah ini juga dapat membantu mencegah pembentukan plak pada permukaan gigi dan di bawah garisan gusi. Gingivitis bukannya satu keadaan yang berkekalan kerana tiada kerosakan kekal berlaku pada tulang yang menyokong gigi. Bagaimanapun, jika pesakit tidak berusaha mendapatkan rawatan bersesuaian atau tidak menjaga kebersihan gigi dan gusi, masalah ini mungkin melarat kepada kerosakan kekal struktur gusi dan gigi.
Apa itu periodontitis?
Sekiranya tidak dirawat, gingivitis boleh menyebabkan kerosakan gusi yang lebih teruk dipanggil periodontitis atau juga dikenali sebagai penyakit periodontal. Periodontitis bukan sahaja merosakkan gusi, malahan tulang yang menyokong gigi kedudukan gigi. Apabila ini berlaku, kerosakannya adalah kekal dan hanya rawatan profesional dan peningkatan terhadap penjagaan gigi di rumah dapat mengelaknya daripada menjadi lebih teruk.
Sekiranya anda mempunyai periodontitis, doktor gigi anda akan memberikan program khusus untuk anda menjaga gigi dan gusi bagi menghalang penyakit itu menjadi lebih teruk.
Apakah gejala yang perlu diperhatikan?
Periodontitis mungkin bermula tanpa sebarang tanda yang jelas. Oleh itu, pemeriksaan gigi secara berkala adalah penting dan cara terbaik untuk diagnosis dan rawatan awal. Gejala biasa penyakit ini ialah gusi yang merah dan membengkak serta kelihatan mula melekang dari gigi dan seterusnya menghasilkan satu ruang kosong. Masalah ini juga sering dikaitkan dengan gigi sensitif, perasaan tekanan tinggi pada celahan gigi dan pendarahan sewaktu memberus atau memflos.
Pada peringkat seterusnya, anda mungkin menghadapi penyusutan gusi, pereputan akar, nanah di celah gigi dan gusi, serta kehilangan gigi.
Bagaimanakah cara untuk mencegah periodontitis daripada berlaku?
Bagaimanakah cara untuk mencegah periodontitis daripada berlaku?
Periodontitis boleh dielakkan dengan mengamalkan rutin penjagaan gigi yang baik setiap hari. Ini dapat dilakukan dengan beberapa cara seperti:
* Memberus dengan teliti, dua kali sehari sebaik-baiknya pada waktu pagi dan sebelum tidur, dengan menggunakan berus gigi yang lembut dan
ubat gigi berflourida.
* Bersihkan celahan gigi sekurang-kurangnya sekali setiap hari bagi menanggalkan plak dari kawasan yang tidak tercapai oleh berus gigi.
* Bersihkan celahan gigi sekurang-kurangnya sekali setiap hari bagi menanggalkan plak dari kawasan yang tidak tercapai oleh berus gigi.
* Kunjungi doktor gigi dengan kerap, sekurang-kurangnya dua kali setahun atau setiap enam bulan untuk pemeriksaan dan pembersihan gigi.
* Elakkan daripada merokok atau menggunakan tembakau.
* Doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap tiga bulanatau lebih awal sekiranya ia kelihatan haus kerana kajian menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan lebih banyak plak berbanding berus gigi berusia lebih tiga bulan.
- Rencana ini disediakan pakar pergigian dan Oral-B Sempena Kempen Malaysia Bebas Plak Oral-B. Artikel ini akan diterbitkan setiap dua minggu sekali.
Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Penyakit Periodontal | Masalah Gusi dan Karies Gigi
» PERLUNYA VAKSINASI UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT UMUM
» mengenai GUSI
» Penyakit Asma
» Masalah Gigi dan Gusi Berdarah
» PERLUNYA VAKSINASI UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT UMUM
» mengenai GUSI
» Penyakit Asma
» Masalah Gigi dan Gusi Berdarah
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak