FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hamil ibu perlu kenal pasti tahap kesihatan

Go down

Hamil ibu perlu kenal pasti tahap kesihatan Empty Hamil ibu perlu kenal pasti tahap kesihatan

Post by Fieza Fri 28 Mar 2008, 6:54 pm

Hamil ibu perlu kenal pasti tahap kesihatan


KEHAMILAN yang terancang akan melahirkan anak-anak yang sihat
sejahtera. Oleh itu sebelum seseorang itu mengambil keputusan untuk
hamil sebaiknya pastikan dirinya sihat dan benar-benar bersedia untuk
menerima kehadiran seorang cahayamata.
Apa yang patut diketahui oleh seseorang ibu itu sebelum hamil ialah
tahap kesihatan ibu sebelum dan semasa kehamilan juga pengetahuan
kehendak dan keperluan bayi yang bakal mendatang.
Antara yang perlu diberi perha-tian ialah kelebihan susu ibu,
imunisasi, pemakanan seimbang, penyakit yang dihidapi, pencegahan dan
kecederaan.
Demikian diterangkan oleh Dr. Zulkifli Ismail, Pakar Perunding
Kanak-Kanak, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ketika
menyampaikan kertas kerjanya yang bertajuk Kesihatan Bayi dan
Kanak-Kanak, dalam Seminar Keluarga Cemerlang, anjuran majalah Al-Islam
terbitan Kumpulan Utusan dengan kerjasama Muzium Kesenian Islam, di
muzium tersebut baru-baru ini.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu sebelum dan ketika mengandung ialah:

* Membuat pemeriksaan ante natal ketika mula atau di awal kehamilan.
Pengambilan vitamin atau asid folik adalah penting bagi menjamin
kesihatan ibu dan pertumbuhan janin. Mungkin ramai yang keliru tentang
pemeriksaan menggunakan ultra sound adakah berbahaya kepada janin?
Menurut Dr. Zulkifli penggunaan dua tiga kali sepanjang tempoh hamil tidak memudaratkan anak dalam kandungan.

* Ibu juga perlu peka dengan penyakit yang berisiko tinggi ketika
hamil, antaranya darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelamin
seperti HIV, sifilis dan gororea.
Kehamilan ibu yang merokok juga boleh mendatangkan risiko melahirkan bayi bersaiz kecil atau berkepala kecil.
* Imunisasi patut diberikan kepada bayi tiga bulan pertama kelahiran
mereka bagi melindungi bayi daripada penyakit rubela, cacar air dan
kancing gigi.
Antara tiga, empat dan lima bulan patut diberikan pelalian HIV dan maningitis.
Lebih dari 12 bulan patut diberikan suntikan cacar dan setelah
meningkat 15 bulan, suntikan bagi mencegah benguk, rubela dan
lain-lain. Memasuki usia dua tahun suntikan hepititis A.
* Kelebihan susu ibu - susu ibu adalah makanan seimbang kepada bayi
yang memberi imunisasi semula jadi kerana mengandungi zat mineral yang
sesuai dengan keperluan mengikut usia bayi. Kandungan proteinnya juga
menepati kehendak bayi.
Mengandungi anti-bodi semula jadi dan melindungi bayi daripada jangkitan serta meningkatkan tahap perkembangannya.
Bila suntikan vaksin patu ditanguhkan?
* Apabila bayi dalam keadaan demam.
* Apabila bayi didapati sakit akibat dari suntikan dos yang terdahulu.
* Bayi yang kurang daya tahan penyakit atau dijangkiti HIV.
* Jika didapati bayi yang diberikan suntikan mengalami kesan sampingan yang teruk.
Ibu juga patut memberi perhatian terhadap keperluan bayi mereka antaranya:
* Pemakanan seimbang - Dalam pembesaran dan pertumbuhannya bayi
memerlukan pemakanan yang seimbang cukup segala zat yang diperlukan.
Susu ibu yang kaya dengan khasiat patut diberikan secukupnya kepada
mereka.
Di samping pemberian makanan yang lain apabila bayi sudah boleh diberikan makanan pejal dalam usia empat bulan ke atas.
* Cara tidur - Sebaiknya beri bayi tidur meniarap, menelentang dan
mengereng bagi mengelakkan tercekek susu dan juga untuk pertumbuhan
otaknya.
* Penyakit yang sering menyerang bayi - Antara penykit yang sering
menyerang bayi ialah demam kuning, selesema, demam dan penyakit
berjangkit yang lain.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Hamil ibu perlu kenal pasti tahap kesihatan Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum