FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Universiti untuk jururawat

+13
babe
sagit's
noni
3D
Mohd.Azlan
Nik Nurazila
Ainyanun
amisara
zulk
adilla
AhTuck
azuri016
Fieza
17 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Universiti untuk jururawat Empty Universiti untuk jururawat

Post by Fieza Sat 29 Mar 2008, 8:25 am

Universiti untuk jururawat

Oleh ZULKIPLE IBRAHIM


Universiti untuk jururawat Va_01.1
KERJAYA kejururawatan perlu lebih daripada itu terutamanya dari segi pembangunan kerjaya dalam sektor awam. - Gambar hiasan



Melihat senario hari ini yang menyaksikan kesedaran tahap kesihatan yang semakin tinggi, mungkinkah sebuah universiti yang menawarkan kursus jururawat diwujudkan di Malaysia?

"IMPIAN saya satu hari nanti, Kementerian Pengajian Tinggi akan menubuhkan sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang khusus menawarkan program pengajian kejururawatan."

Demikian harapan Profesor Madya Rohani Arshad, penerima anugerah Tokoh Jururawat Seri Zamrud 2008. Anugerah itu pertama kali diadakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lalu sebagai menghargai kerjaya kejururawatan di negara ini. Ia disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican pada majlis yang diadakan di Hotel Santubong, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Rohani yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM) erupakan Profesor Madya pertama dalam bidang sains kejururawatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Beliau berpendapat, penubuhan universiti tersebut adalah langkah yang tepat ke arah meningkatkan lagi pembangunan aspek akademik dan kecekapan kerjaya jururawat.

Menurut Rohani, universiti itu boleh mengambil pelajar dan kakitangan akademik dari negara lain dan pada masa yang sama, ia juga boleh menjalankan program pertukaran pelajar dan kakitangan akademik dengan institusi luar negara.

Rohani berkata, Malaysia kini mempunyai 19 buah sekolah dan kolej kejururawatan awam serta 35 institusi swasta di bidang yang sama. "Alangkah baik jika kita dapat satukan semua institusi kejururawatan ini di bawah satu bumbung. Ia boleh menawarkan kursus daripada peringkat diploma hinggalah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah," saran beliau.

Memiliki ijazah Sarjana Sains Kejururawatan dan Pendidikan dari Universiti Edinburgh, United Kingdom, Rohani menyifatkan penubuhan universiti sedemikian amat sesuai dengan keadaan masa kini di mana negara mempunyai 75,000 jururawat yang aktif di perkhidmatan awam dan sektor swasta.

Kerajaan telah melakukannya untuk golongan guru dengan mendirikan Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak. Jadi, kenapa sebuah universiti yang khusus untuk jururawat yang dikendalikan dan diurus oleh mereka dari bidang kejururawatan itu sendiri dapat diadakan" soal beliau.

Beliau menambah: "Universiti ini boleh dikendalikan secara penuh oleh mereka daripada latar belakang kerjaya kejururawatan. Ertinya semua jawatan dari peringkat pengajar, pensyarah, ketua jabatan, dekan serta naib canselor adalah mereka daripada bidang kejururawatan," kata Rohani lagi.

Beliau menjelaskan, sebuah universiti kejururawatan akan dapat memusatkan kesemua pengajian dalam kursus kejururawatan.

"Sudah tentu, universiti ini memerlukan sebuah hospital pengajar untuk kerja-kerja klinikal, tetapi masalah besar sekarang ialah kita tidak cukup pensyarah dalam bidang kejururawatan," katanya. Rohani berkata, kementerian telah mula mengambil langkah yang baik dengan melantik seorang jururawat sebagai pengarah sebuah hospital umum di negara ini, misalnya, Hospital Lanau di Sarawak yang kini mempunyai pengarah yang merupakan seorang jururawat.

"Ini adalah langkah yang positif kerana pihak Kementerian Kesihatan telah bergerak ke arah memberi perhatian yang lebih terhadap jururawat. Tetapi kerjaya kejururawatan perlu lebih daripada itu terutamanya dari segi pembangunan kerjaya dalam sektor awam," tegas beliau. Rohani mula bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 1973. Beliau kemudian menjadi pensyarah program sarjana muda kejururawatan, Fakulti Perubatan UM pada tahun 1999 dan dilantik Profesor Madya pada tahun 2003.
Universiti untuk jururawat Va_01.2
ROHANI ARSHAD menunjukkan trofi dan sijil Anugerah Tokoh Jururawat Seri Zamrud 2008 di Kuala Lumpur.




Kini, beliau sedang mengorak langkah untuk mendapat ijazah doktor falsafah dalam bidang pendidikan.
Menurut Rohani, sikap dan pandangan orang ramai terhadap jururawat
telah mula berubah dengan baiknya dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
"Pada zaman selepas merdeka, ramai yang menganggap tugas jururawat
sekadar memberi makan dan memandikan pesakit. Sekarang, mereka tahu
tugas dan tanggungjawab jururawat amat berat di mana jururawat
bertanggungjawab dalam membuat diagnosis kejururawatan," katanya.
"Jangan salah faham, diagnosis penyakit adalah tanggungjawab doktor.
"Jururawat adalah orang yang tahu tentang apa yang perlu dibuat
apabila pesakit mengalami keadaan kecemasan. Contohnya, jika tekanan
darah seorang pesakit tiba-tiba melonjak dengan tinggi, jururawat yang
bertugas perlu memberikan rawatan segera kerana ketika itu doktor
mungkin tiada dalam wad," kata Rohani.
Beliau menjelaskan di negara lain, jururawat diberi tugas yang lebih
besar, misalnya di Botswana di selatan Afrika, di mana Menteri
Kesihatannya adalah seorang jururawat.
"Mungkin satu hari kelak, Malaysia akan menyaksikan seorang senator
pertama dilantik daripada kalangan jururawat profesional," kata Rohani.
- Bernama




Universiti untuk jururawat Nursing_building2
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Universiti untuk jururawat Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty xperlu kot universiti jururawat?

Post by azuri016 Sat 29 Mar 2008, 5:44 pm

macam membazir jer...sebab dah banyak kolej jururawat di malaysia ni...hampir setiap negeri...mungkin universiti bersekutu untuk semua anggota paramedik lebih sesuai..bukan jururawat semata mata..lebih menjimatkan
avatar
azuri016
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 1
Umur : 45
Tarikh Register : 28/03/2008
Reputation : 0
Points : 6083

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by Fieza Sat 29 Mar 2008, 7:32 pm

keperluan jururawat mmg kritikal. hospital kerajaan masih kekurangan jururawat, begitu juga swasta dan juga ada permintaan bagi jururawat kontrak atau persendirian. tenaga pengajar dari kalangan jururawat juga masih diperlukan. universiti kejururawatan bukan saja untuk pasaran tempatan tapi luar negara.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Universiti untuk jururawat Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by AhTuck Tue 01 Apr 2008, 1:21 am

setuju2....bravo Very Happy cheers
SRN berbeza ngan MBBS ..perawatan - perubatan
dua2 ada kekuatan sendiri... memang diiktiraf,tak dipertikai lagi
bila bidang berbeza wajar penghukusan diwujudkan
kat oversea ,nurses value lebih bagus dari Doktor... Nurses deggre bleh demand jauh lebih tinggi
tak mustahil Nursing University jadi kenyataan.
AhTuck
AhTuck
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : ------PerAwaT AwaM
Gender : Male
Jumlah Post : 236
Umur : 42
Tarikh Register : 29/03/2007
Reputation : 11
Points : 6482

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyum Sokmo

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by Fieza Tue 08 Apr 2008, 6:42 pm

hidup nursing!
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Universiti untuk jururawat Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by adilla Fri 11 Apr 2008, 8:45 pm

bagus juga idea ni, boleh hasilkan jururawat utk malaysia dan luar negara cheers
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Universiti untuk jururawat Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6481

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by zulk Mon 14 Apr 2008, 2:09 pm

bagus la klu nk wt universiti utk jururawat.. kawe pn tumpang bangga.. nampaknya jururawt maju selangkah lg.. n x mustahil jururawat akn jd kumpulan P&P sepenuhnya satu hari nanti..
zulk
zulk
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Universiti untuk jururawat Penang10
Jawatan : detektif kuman
Gender : Male
Jumlah Post : 598
Umur : 115
Tarikh Register : 29/09/2006
Reputation : 11
Points : 6780

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by amisara Wed 30 Apr 2008, 7:14 pm

Hai n Assalamualaikum semua,i agreed about this matter,semua nursing programme blh disatukan disitu @ at least sume pogramme harus mengikut guideline yang ditetapkan oleh universiti tersebut.And one more thing,maybe with that,kerajaan akan lebih mengangkat dan mengiktiraf profesion kita sepertimana profesion perguruan.
Dan,terpulanglah kepada kita untuk mengangkat martabat profesion yang kita cintai ini.
avatar
amisara
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Jururawat Terlatih/sedang mengikuti ijazah kejururawatan
Gender : Female
Jumlah Post : 3
Umur : 52
Tarikh Register : 01/10/2007
Reputation : 0
Points : 6263

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by Fieza Sat 24 May 2008, 7:21 pm

harap universiti ni jadi kenyataan.. ianya boleh meningkatkan profesion jururawat
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Universiti untuk jururawat Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by Ainyanun Wed 28 May 2008, 1:32 am

azuri016 wrote:macam membazir jer...sebab dah banyak kolej jururawat di malaysia ni...hampir setiap negeri...mungkin universiti bersekutu untuk semua anggota paramedik lebih sesuai..bukan jururawat semata mata..lebih menjimatkan

Azuri,
It is not membazir because kolej yang ade sekarang nie yang banyak n ada di setiap negeri is for diploma programme...
This university that we are talking about is for advanced diploma, undergraduate and postgraduate sampailah ke peringkat Ph.D...
Why we need it?
Because as we know that medical have so many disciplines... O&G, Neurology, Neurosurgery, Emergency, Trauma, Orthopaedic and so on...
Therefore, we as a nurse must have own specialties...
Kita boleh specialized in midwifery...Orthopaedic nursing and so on...
But the problem now is as stated by Prof Madya Rohani...we need lecturers...
One more thing...kalo cikgu and askar kan have their own university...why don't us Question
Ainyanun
Ainyanun
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : cIKgu
Gender : Female
Jumlah Post : 47
Umur : 47
Tarikh Register : 04/05/2008
Reputation : 0
Points : 6071

Character sheet
Mutiara Kata saya: It takes a lot of courage to show your dreams to someone else.

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by Nik Nurazila Sat 02 Aug 2008, 7:15 pm

cadangan penubuhan universiti untuk semua peringkat jururawat dari pembantu jururawat, JM, Jururawat diploma dan juga jururawat berijazah mmg dialu-alukan.. semoga kerjaya kejururawatan dapat ditingkatkan..
Nik Nurazila
Nik Nurazila
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 8
Umur : 39
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 0
Points : 5956

Character sheet
Mutiara Kata saya: Fikiran yang sihat menjamin kehidupan yang sihat...

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by AhTuck Wed 27 Aug 2008, 2:41 am

n_izzat wrote:rasa nyer x perlu la jururawat ada universiti sbb membazir je.ini kerana dari segi kerja dan tahap kecekapan jururawat u all memang teruk dalam melakukan pencegahan dan memberi perawatan kepada pesakit dan skil pun kurang berbanding PPP.kalau dibandingkan dgn PPP ternyata mempunyai lebih banyak skil berbanding jururawat terlatih ini dapat dilihat banyak PPP bekerja di unit2 specialist berbanding jururawat.sememangnya diakui jururawat di iktifaf seluruh dunia tapi adakah anda mempunyai kemahiran yang terlatih dalam merawat pesakit sekiranya berlaku kes kecemasan seperti pesakit collapse secara tiba2.semestinya pasti anda menunggu doktor tiba terlebih dahulu betul x dan setibanya Dr pasti pesakit itu sudah pun meninggal.cubalah anda fikirkan sejenak


seperti kata nabil...........lu pikir la sendiri
Rolling Eyes sal2

alo bro...
ini pasal future
bukan soal sapa bagus sapa tak Rolling Eyes
AhTuck
AhTuck
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : ------PerAwaT AwaM
Gender : Male
Jumlah Post : 236
Umur : 42
Tarikh Register : 29/03/2007
Reputation : 11
Points : 6482

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyum Sokmo

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by Mohd.Azlan Wed 27 Aug 2008, 6:47 pm

[quote]"Ahtuck paste;[alo bro...
ini pasal future
bukan soal sapa bagus sapa tak /quote]

SOKONG.......
Mohd.Azlan
Mohd.Azlan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 321
Umur : 45
Tarikh Register : 29/12/2007
Reputation : 12
Points : 6572

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by 3D Mon 08 Sep 2008, 12:49 am

lagi bagus kalo dapat tubuhkan universiti khas untuk paramedik ni je.nt bolela same2 tingkatkan mutu ng prestasi..
3D
3D
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Universiti untuk jururawat Kelant10
Jawatan : BATMAN dlm LAB
Gender : Male
Jumlah Post : 178
Umur : 41
Tarikh Register : 26/08/2008
Reputation : 0
Points : 5930

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by AhTuck Sun 14 Sep 2008, 2:54 pm

kewujudan KKSB permulaan kearah tu...
AhTuck
AhTuck
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : ------PerAwaT AwaM
Gender : Male
Jumlah Post : 236
Umur : 42
Tarikh Register : 29/03/2007
Reputation : 11
Points : 6482

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyum Sokmo

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by adilla Thu 27 Nov 2008, 11:15 pm

masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2..
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Universiti untuk jururawat Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6481

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by noni Wed 03 Dec 2008, 4:11 pm

perhatian disini,kita bukan nak bincangkan sape bagus,sape tak bagus.Jgn salah guna topic ini.Terima kasih.
noni
noni
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Universiti untuk jururawat Johor_10
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender : Female
Jumlah Post : 1148
Umur : 44
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 6595

Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by sagit's Wed 03 Dec 2008, 9:25 pm

KSKB kan dah wujud untuk paramedik...
dah 4 tahun kewujudannye....
sagit's
sagit's
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : TheRaPist
Gender : Female
Jumlah Post : 697
Umur : 42
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 5
Points : 6263

Character sheet
Mutiara Kata saya: Never Say NO.. BeFore U TrY iT..

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by babe Fri 05 Dec 2008, 8:49 pm

mcmana nk amik degree...dah la 1/2 paid.nk mkn apa?tkde tanggungan xper la.
avatar
babe
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : sn
Gender : Female
Jumlah Post : 5
Umur : 46
Tarikh Register : 05/12/2008
Reputation : 0
Points : 5831

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by mohaj Sat 06 Dec 2008, 12:40 pm

well...bagus ar kalu dah ada perancangan untuk menubuhkan Universiti Kejururawatan...ada perkembangan dan boleh cipta sejarah Malaysia dan dunia...even in UK or US takde U yg just offers nursing course...

Moga impian jadi kenyataan...hidup jururawat..malaysai boleh!!!


http://mylivinaclub.blogspot.com
mohaj
mohaj
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : tengah cari kerja
Gender : Male
Jumlah Post : 92
Umur : 50
Tarikh Register : 13/08/2008
Reputation : 9
Points : 6046

http://m-mohaj.blogspot.com

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by syidahef Sun 07 Dec 2008, 1:45 am

Tukarkan aje KSKB jadi universiti macam UPSI. Kalau KSKB berjaya tak mustahil sebuah universiti untuk kejururawatan juga boleh.
avatar
syidahef
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : jururawat terlatih
Gender : Female
Jumlah Post : 71
Umur : 49
Tarikh Register : 27/05/2008
Reputation : 0
Points : 6039

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by adilla Mon 08 Dec 2008, 3:25 pm

ye lah...tak mustahil kan
jika guru boleh berjaya...kita pun boleh
cheers
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Universiti untuk jururawat Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6481

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by noni Tue 09 Dec 2008, 11:46 am

saya sokong..... cheers cheers cheers
noni
noni
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Universiti untuk jururawat Johor_10
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender : Female
Jumlah Post : 1148
Umur : 44
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 6595

Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by syidahef Wed 10 Dec 2008, 1:10 pm

Tak yah la.. nak bezakan nursing dengan PPP , Udah nama jwtn pun PPP. Kita cite pasal nursing university (PERAWATAN bukan PERUBATAN) patient collape lu , kalau tak de pun kami boleh buat la.. lu pikirla.. sendiri , Jgn nak perlekehkan pulak.. skil orang lain.. masing masing ada kelebihan nya. PPP bukan tak banyak yang tak tau ape2.
Jangan mare...
avatar
syidahef
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : jururawat terlatih
Gender : Female
Jumlah Post : 71
Umur : 49
Tarikh Register : 27/05/2008
Reputation : 0
Points : 6039

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by drifter adrenaline Sat 04 Apr 2009, 11:04 am

universiti of nursinsin 1st akan menjadi kenatan tidak lame lg krn kkm telah memilih mbuat kertas keje n da memilih tapak utk universiti ini n apa yang sy dgr kmungkinan sume post basic course akan dbuat di universiti itu juga n nurse tidak perlukn kskb lg...kkm cadang buat d bandar sri sendayan dipetik dari akhbar the sun education focus tuesday 6 january 2009

for more info log on:www.iucn.edu.my
drifter adrenaline
drifter adrenaline
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : pencari dragonball
Gender : Male
Jumlah Post : 74
Umur : 43
Tarikh Register : 28/03/2009
Reputation : 0
Points : 5839

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Universiti untuk jururawat Empty Re: Universiti untuk jururawat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum