FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM

4 posters

Go down

Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM Empty Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM

Post by Fieza Fri 11 Apr 2008, 9:22 pm

Honda Accord 2008 berteknologi VCM

Oleh JOHARDY IBRAHIM (johardy.ibrahim@utusangroup.com.my)

SUDAH RASMI! Honda Accord generasi terkini akan dilancarkan di
pasaran Malaysia pada 22 April ini. Semua pengedar Honda kini bersedia
menerima tempahan meskipun harganya tidak dapat dipastikan sehinggalah
hari pelancarannya kelak.
Honda Malaysia juga sejak bulan lalu, sudah mengedarkan risalah dan
brosur kepada orang ramai, terutamanya pemilih sedia ada Accord yang
mungkin berminat untuk menukar ke model generasi kelapan Accord ini.
Honda Accord yang serba baru ini dikatakan akan mengubah arah
kenderaan pengangkutan menjadi lebih jitu, dinamis dan sofistikated
dengan rangkaian teknologi inovatif yang lebih luas yang direka untuk
peningkatan kuasa, penjimatan minyak dan tahap keselamatan bagi
keseluruhan barisan model Accord.
Menurut Pengarah Utusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia,
Atsushi Fujimoto, generasi kelapan Accord direka untuk melebihi
jangkaan dengan teknologi premiumnya.
"Antara inovasi teknologi yang ada ialah penjimatan minyak dan
Sistem Variable Cylinder Management (VCM) yang mesra alam; sistem
Stereng Variable Gear Ratio (VGR) yang meningkatkan pengendalian;
Sistem Shift Hold yang memudahkan pemindahan kuasa; serta peningkatan
ciri keselamatan yang lain," katanya dalam kenyataan akhbar.
Accord Serba Baru mempunyai tiga varian: enjin i-VTEC 2.0-liter dan
2.4- liter yang dipertingkatkan, untuk keseimbangan di antara prestasi
dan penjimatan minyak; dan enjin 3.5-liter i-VTEC V6 yang dibekalkan
buat pertama kalinya serta paling berkuasa dalam barisan model Accord.
Model 2.4-liter i-VTEC pada 180 ps memiliki kuasa enjin yang paling
tinggi dalam kelasnya.
Menyentuh mengenai peningkatan utama model Accord 2008, Fujimoto
berkata, para pelanggan pasti teruja kerana enjinnya lebih berkuasa dan
lebih menjimatkan minyak berbanding model terdahulu, dan semua enjin
dibekalkan dengan Transmisi Automatik 5 Kelajuan untuk pemanduan yang
lebih lancar.
Model 3.5-liter V6 akan menggunakan teknologi Variable Cylinder
Management (VCM) milik Honda, yang membolehkan pencapaian keseimbangan
optimum di antara penjimatan minyak dan kuasa. Sistem ini beroperasi
dengan menggunakan mod enam silinder untuk kuasa dan mod empat dan tiga
silinder untuk kecekapan minyak - bermakna enjin berupaya bertukar di
antara ketiga-tiga mode pembakaran minyak mengikut keperluan dan
situasi pemanduan.
Sebagai contoh, semasa kereta mendaki bukit atau melaju, output yang
tinggi diperlukan. Dalam situasi ini, kesemua enam silinder enjin akan
beroperasi untuk menyediakan kuasa yang diperlukan. Pada kelajuan
sederhana atau tinggi dan semasa mendaki bukit yang agak rendah, enjin
hanya akan mengaktifkan empat silinder sahaja. Semasa meluncur atau
beban enjin rendah, sistem hanya akan menggunakan sebaris tiga silinder
sahaja.
Cekap
Inovasi ini bergantung pada keupayaan sistem VCM menutup kedua-dua
injap masuk dan ekzos silinder yang tidak digunakan dan kehilangan
pergerakan pam yang dikaitkan dengan kemasukan dan ekzos dihapuskan
untuk menjadikan kereta lebih cekap penggunaan minyaknya dan lebih
mesra alam. Bukan itu sahaja malah kemajuan kejuruteraan ini dicapai
tanpa memberi kesan kepada prestasi pemanduan kereta.
Untuk memastikan pertukaran operasi silinder yang senyap, tanpa
getaran dan lancar, sistem pengurangan bunyi dan getaran telah
dibangunkan untuk menyokong teknologi VCM. Sistem yang inovatif ini
terdiri daripada sistem Active Control Engine Mount (ACM) dan sistem
Active Noise Control (ANC) yang baru.
ACM menjangkakan getaran yang disebabkan oleh VCM dengan mengawasi
perubahan dalam pusingan enjin per saat (RPM). Ia kemudiannya
menggerakkan dua tapak enjin untuk menghasilkan getaran luar fasa untuk
membatalkan atau menghapuskan daya getaran akibat operasi perubahan
silinder.
Pelanggan setia Honda pasti teruja kerana enjin terbaru Accord lebih berkuasa dan menjimatkan minyak berbanding model terdahulu.
Accord generasi kelapan ini didatangkan dengan tiga varian enjin
iaitu 2.0L i-VTEC yang dipertingkatkan untuk keseimbangan di antara
prestasi serta penjimatan minyak dan dan model 2.4L i-VTEC pada 180 ps
memiliki kuasa enjin yang paling tinggi dalam kelasnya.
Selain itu, versi 3.5L i-VTEC V6 yang dibekalkan buat pertama kali
disini adalah paling berkuasa dalam barisan model Accord. Model 3.5L V6
menggunakan teknologi VCM yang membolehkan pencapaian keseimbangan
optimum antara penjimatan minyak dan kuasa.
Harganya? Tunggu pengumuman seterusnya kelak. Mungkin tidak jauh
sangat berbeza dengan harga kapasiti enjin Accord yang sedia ada.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM Empty Re: Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM

Post by zaki78 Thu 17 Apr 2008, 7:23 pm

hanya mampu tengok je!!!!!!!!!!!
zaki78
zaki78
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : mlt
Gender : Male
Jumlah Post : 480
Umur : 46
Tarikh Register : 15/03/2007
Reputation : 2
Points : 6528

Character sheet
Mutiara Kata saya: proud be your self!

Back to top Go down

Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM Empty Re: Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM

Post by haikaz_s Thu 17 Apr 2008, 7:31 pm

impian ada.....kene kumpul duit dari sekarang untuk 10tahun lagi...alahai....
haikaz_s
haikaz_s
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : MIT
Gender : Female
Jumlah Post : 496
Umur : 44
Tarikh Register : 04/03/2008
Reputation : 3
Points : 6097

Character sheet
Mutiara Kata saya: tora-tora

Back to top Go down

Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM Empty Re: Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM

Post by sAifULwEg2510 Fri 18 Apr 2008, 3:41 am

memang ngirip tp kena ikat perut gila2 la baru dapat........
sAifULwEg2510
sAifULwEg2510
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : a.m.o.
Gender : Male
Jumlah Post : 79
Umur : 44
Tarikh Register : 15/02/2008
Reputation : 0
Points : 6156

Character sheet
Mutiara Kata saya: ...fikir dan lakukan perkara yang membahagiakan kamu...

Back to top Go down

Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM Empty Re: Honda Accord : Honda Accord 2008 berteknologi VCM

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum