Pembunuh nombor satu wanita
3 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Pembunuh nombor satu wanita
Pembunuh nombor satu wanita
SALAH satu penyakit yang amat digeruni di kalangan kaum wanita di dunia, termasuk Malaysia, ialah kanser payudara.
Walau bagaimanapun, penyakit payudara tidak terhad kepada kanser
sahaja. Payudara juga terdedah kepada pelbagai penyakit lain seperti:
1. Fibrocystic Myopathy
* Walaupun ia kerap berlaku dengan peningkatan umur, penyakit ini lebih ketara di kalangan golongan muda.
Pesakit selalunya berasa kesakitan pada payudara terutamanya sebelum kedatangan haid.
Selalunya pesakit akan berasa ketulan kecil di dalam payudara tanpa ketulan biji yang sebenar.
Ini berpunca daripada percambahan (hyperplasia) tisu payudara terutama sebelum kedatangan haid.
2. Jangkitan kuman
*Jangkitan kuman berlaku sama ada secara akut atau kronik. Jangkitan
akut termasuklah bisul payudara dan mastitis. Jangkitan kronik yang
biasa dikesan adalah Tibi payudara.
3. Ketumbuhan dalam payudara
*Ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
i. Benign ketumbuhan ini membesar tetapi tidak merebak ke bahagian
lain badan. Contohnya seperti penyakit Fibroadenoma, fat necrosis,
granular cell myoblstoma.
ii. Malignant ketumbuhan ini merebak dan membiak ke lain-lain bahagian badan dan sekiranya dibiarkan akan membawa maut.
Terdapat banyak jenis ketumbuhan dalam payudara tetapi kanser payudara adalah penyakit terunggul dalam golongan ini.
* Kanser payudara
Kanser payudara didefinasikan sebagai kedapatan ketumbuhan yang
terbukti malignant di dalam payudara. Ini untuk mengasingkan kanser
payudara dengan ketumbuhan lain yang kerap berlaku di dalam payudara.
*Punca
Seperti kebanyakan kanser, punca penyakit kanser payudara masih
samar. Walau bagaimanapun, ia ada berhubung kait dengan hormon wanita
dan warisan genetik. Mengikut rekod, wanita yang tidak mempunyai ovari,
ovari yang tidak berfungsi atau wanita yang tidak menjalani rawatan
Terapi Hormon Gantian (HRT) tidak mendapat kanser payudara. Walaupun 99
peratus kanser payudara berlaku di kalangan wanita, terdapat satu
peratus kalangan lelaki yang menghidap kanser payudara.
Di negara Barat, purata 185,000 wanita mendapat kanser payudara
setiap tahun. Dari bilangan ini 43,500 meninggal dunia setiap tahun
akibat kanser berkenaan. Kemuncak kejadian berlakunya kanser payudara
pula adalah kepada golongan dalam lingkungan umur 45 hingga 50 tahun
dan 55 hingga 60 tahun.
Di Malaysia, keadaannya sedikit berbeza. Mengikut Daftar Kanser
Negara, purata 4,000 wanita menghidap kanser payudara setiap tahun dan
kadar ini turut menunjukkan peningkatan setiap tahun. Di dalam satu
kajian pada tahun 2000, terdapat 3,825 wanita penghidap baru kanser
payudara. Ia meningkat ke 4,337 pada 2002. Daripada bilangan ini,
hampir 2,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat kanser tersebut.
Kanser payudara kerap berlaku di kalangan kaum Cina (59.7 peratus),
diikuti India (55.8 peratus) dan Melayu (33.9 peratus) bagi setiap
100,000 penduduk negara ini. Daripada bilangan ini, insiden kematian
akibat kanser payudara paling banyak berlaku di kalangan kaum Melayu
(54 peratus) berbanding dengan Cina (37 peratus) dan India 43 peratus).
Ini mungkin disebabkan sebilangan wanita Melayu kurang menjalani
ujian saringan (mammogram), kurang menjalankan pemeriksaan payudara
sendiri di rumah dan hadir pada peringkat lewat kanser berkenaan untuk
mendapatkan rawatan. Di Malaysia kanser payudara berlaku di kalangan
mereka di bawah umur 50 tahun dan mencapai kemuncaknya di kalangan
wanita pramenopaus. Walau bagaimanapun kanser payudara juga biasa
berlaku di kalangan wanita berumur 20 tahun ke atas.
Tanda-tanda penyakit
*Ketulan atau biji kebiasaannya pesakit kanser payudara datang
apabila terasa ketulan atau biji di dalam payudara atau sekitar kawasan
ketiak
*Perubahan bentuk dan rupa kulit payudara
*Cecair yang tidak biasa keluar, termasuk darah, keluar dari puting susu
*Kesakitan payudara (sekiranya kanser, ia adalah lewat)
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti yang tersebut di atas,
segeralah berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan kepastian.
Kebiasaannya doktor akan memeriksa payudara tersebut secara manual
untuk memastikan adanya tanda-tanda penyakit. Seterusnya, beberapa
pemeriksaan makmal atau imbasan juga akan dijalankan bagi memastikan
jika ianya kanser atau bukan.
Pemeriksaan saringan
Imbasan
*X-ray mammografi ini selalunya dilakukan untuk kanser tidak ketara
*Optical and doppler ultrasound, untuk membezakan ketulan biji air (cyst) atau pejal (daging)
*Diaphanography (transillumination payudara), bagi melihat ciri perbezaan dalam tisu payudara
*Thermography mengukur suhu payudara (suhu selalu meningkat di kawasan kanser)
*Magnetic Resonance Imaging (MRI)
*Imbasan Radionuclide
Pemeriksaan makmal
1. Pemeriksaan darah doktor akan menjalankan beberapa pemeriksaan darah secara rutin untuk mengkaji status organ dalaman.
Walaupun terdapat beberapa bahan kimia penanda untuk kanser di dalam
darah (tumor markers), kepastian kegunaannya masih disangsikan.
2. Pemeriksaan sitologi. (Fine Aspiration Needle Biopsy). Ia
dilakukan dengan mengambil sedikit contoh sel dari ketumbuhan untuk
pemeriksaan mikroskop. Ini adalah cara terbaik untuk mendapatkan
diagnosis tepat untuk kanser dan patut dilakukan ke atas setiap
ketumbuhan dalam payudara.
Semua pemeriksaan yang dilakukan adalah untuk dua tujuan iaitu:
1. Mengenal pasti penyakit
2. Mengenal pasti peringkat penyebaran penyakit (staging)
Rawatan kanser payudara
Kejayaan sesuatu kaedah rawatan itu berdasarkan peringkat kanser
pesakit ketika mula datang untuk mendapatkan rawatan. Peringkat 0,1 dan
2 adalah peringkat awal. Pesakit dalam peringkat-peringkat ini
mempunyai peluang yang lebih besar untuk hidup lebih lama selepas
kanser dikesan, berbanding peringkat 3 dan 4 yang dikira peringkat
lanjutan yang agak lambat dikesan.
Cara rawatan kanser payudara telah berkembang dan hasilnya kini
semakin memberangsangkan. Berdasar statistik, di negara maju 80 hingga
85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa
setelah menjalani rawatan, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.
Jangka hayat pesakit kanser payudara di kalangan bangsa Melayu
adalah pendek (66 peratus) berbanding dengan kaum Cina (63 peratus) dan
India (57 peratus). Ini disebabkan kebanyakan pesakit bangsa Melayu
datang mendapatkan rawatan apabila kanser sudah di peringkat 3 atau 4.
Pada masa ini, terdapat tiga kaedah rawatan kanser payudara yang
diterima umum. Rawatan ini selalu digandingkan antara satu sama lain
untuk memberi kesan yang maksimum dalam membunuh sel kanser.
1. Pembedahan - dilakukan untuk membuang seberapa banyak tisu kanser
dan juga memberi peluang untuk rawatan gandingan lebih berkesan.
Pembedahan yang kini digunakan dalam dunia perubatan adalah:
a. Segmentectomy sebahagian payudara bersama kanser dibuang. Ia
selalu digandingkan dengan rawatan radiasi. Sesuai untuk kanser kecil
kurang dari 5sm.
b. Mastectomy Penuh sama ada berbentuk mastectomy mudah,
mastectomy ubah suai atau mastectomy radikal. Ia berdasarkan berapa
banyak tisu sekeliling kanser, termasuk nodus limfa di ketiak, dibuang
bersama kesemua payudara tersebut.
2. Radiasi ini selalunya dilakukan kepada payudara selepas pembedahan untuk memastikan pemusnahan semua sel kanser.
3. Ubatan rawatan ubatan untuk kanser lebih berbentuk rawatan seperti kemoterapi dan terapi hormon.
Di negara maju keberkesanan rawatan merangkumi sehingga 80 hingga 85
peratus kerana kebanyakan pesakit menerima rawatan di peringkat awal.
Setakat ini, belum ada bukti saintifik yang kukuh mengaitkan pemakanan
bahan atau ubat tertentu dapat menghindar kanser payudara. Apa yang
pasti, peningkatan tahap kesedaran dan menerima rawatan awal untuk
kanser payudara dapat memberi harapan untuk kehidupan seperti biasa.
Diharapkan kesedaran mengenai pentingnya pengesanan dan rawatan awal
dapat diterapkan di kalangan wanita di Malaysia.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8100
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Pembunuh nombor satu wanita
Cik fieza...
Teman nk tanye, kamu ada buat ke psp setiap bulan?
Ada ajar psk tak? Kalau ada, baguih la...
zamasy20- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Jawatan : Misi
Gender :
Jumlah Post : 388
Umur : 64
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 6598
Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..
Re: Pembunuh nombor satu wanita
sekadar berkongsi pengetahuan, saya ada menonton dokumentari dalam Astro, dia kata kalau nak mengurangkan risiko kanser kita mestilah mengambil vitamin B17 dengan cukupnya. vitamin nikatanya banyak terdapat dalam sayur sayuran hijau dan buah-buahan. tetapi kalau boleh elakkan yang banyak terdedah kepada racun serangga...katanya kanser adalah penyakit metabolik yang disebabkan oleh diri kita sendiri kerana diet yang tak seimbang..macam tu lah secara ringkasnya dalam dokumentari tu.
dhiyamirza- KERABAT SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender :
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6370
Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....
Re: Pembunuh nombor satu wanita
teman pun ade dengar ceramah dari dietition..
dia kate kalau kite makan makanan yng anti oksidan, sel2 kanser lambat dihasilkan..
Tapi kalau kita suka makan makanan yang dibakar/dipanggang ia akan mempercepatkan sel2 kanser terhasil..
Jadi kita kene la makan sayuran & ulaman sebab ianya adalah makanan anti oksidan selain dari kita mengambil pelbagai vitamin...
zamasy20- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Jawatan : Misi
Gender :
Jumlah Post : 388
Umur : 64
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 6598
Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..
Re: Pembunuh nombor satu wanita
ye betul..sebab "we are what we eat"
dhiyamirza- KERABAT SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Tutor
Gender :
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6370
Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....
Similar topics
» Kanser paru-paru pembunuh nombor satu lelaki
» DEGREE IN MLT DI UITM
» CERITA TENTANG LELAKI DAN WANITA YANG 2X5.....(SATU MUHASABAH DIRI)
» Jururawat pembunuh
» Rahsia di sebalik nombor rumah
» DEGREE IN MLT DI UITM
» CERITA TENTANG LELAKI DAN WANITA YANG 2X5.....(SATU MUHASABAH DIRI)
» Jururawat pembunuh
» Rahsia di sebalik nombor rumah
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak