FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jururawat wajib ikuti program CPD

+14
adrina alang
imzal82
zairini8
adilla
rieyna168
ors
syidahef
awan_biru85
Ainyanun
sagit's
rozila
MLT_hidayah
zamasy20
MaStErMiNd
18 posters

Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by MaStErMiNd Tue 13 May 2008, 2:57 pm

Jururawat wajib ikuti program CPD (utusan online)



SUBANG JAYA 12 Mei - Mulai tahun depan, jururawat yang berkhidmat
dengan kerajaan dan sektor swasta diwajibkan mengikuti Program
Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) sebagai syarat untuk
memperbaharui Sijil Amali Tahunan mereka.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, jururawat
diwajibkan mengikuti CPD dan memperoleh tahap pencapaian yang
diperlukan sebelum sijil amali tahunan mereka dapat diperbaharui.
Menurut beliau, program itu telah pun berjalan tetapi hanya akan
diwajibkan tahun depan bagi menjamin jururawat dilengkapkan dengan
kemahiran dan ilmu yang diperlukan dengan kehendak semasa.
''Mereka boleh mengikuti kursus dalam bidang tertentu atau
mempelajari sesuatu subjek secara online CPD untuk mendapatkan markah
yang melayakkan sijil amali mereka diperbaharui,'' katanya pada sidang
akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Sambutan Hari Jururawat
Antarabangsa 2008 yang dihadiri 2,000 jururawat dari seluruh negara di
sini hari ini.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan,
Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican; Presiden Persatuan Jururawat
Malaysia, Ramziah Ahmad dan Pengarah Kejururawatan Malaysia, Fathilah
Abd. Wahab.
Majlis itu turut memberi anugerah berbentuk plak kepada tiga bekas
jururawat dalam pelbagai bidang iaitu Lim Chooi Ewe untuk perkhidmatan,
Chan Kum Sum dalam bidang pendidikan dan Rose Paul dalam bidang
komuniti.
Tiong Lai berkata, pihak kementerian akan terus menaikkan tahap
kemahiran jururawat supaya mereka dapat menjalankan pelbagai tugas
daripada kejururawatan sehinggalah kepada bidang teknologi dan
mengendalikan komputer.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, negara menghadapi
kekurangan jururawat dalam bidang-bidang tertentu seperti di Unit
Rawatan Rapi (ICU) dan dewan pembedahan.
Dalam pada itu, katanya, masalah itu tidak kritikal berbanding
kekurangan jumlah doktor dan masalah ini bergantung kepada hospital.
''Kekurangan juga timbul akibat penambahan jumlah hospital kerajaan dan swasta yang dibina sejak kebelakangan ini,'' jelasnya.
Menurutnya, sehingga Mei ini terdapat 71,905 jururawat di seluruh
negara iaitu 54,350 berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan sementara
17,555 dengan institusi swasta.
Bagaimanapun, kata beliau, kementerian telah menyediakan rancangan
untuk mendapatkan bilangan jururawat yang mencukupi menjelang tahun
2010 dan 2020 dan mereka mengikuti kursus di 80 kolej kejururawatan
tempatan.
Sementara itu beliau memberitahu, anggaran jumlah yang diperlukan dalam tempoh 10 tahun pada 2018 ialah 110,185 jururawat.
Sementara itu, Tiong Lai menggesa supaya jururawat mengambil serius
setiap aduan daripada pelanggan, di samping sentiasa mematuhi standard
prosedur operasi (SOP) bagi mengurangkan berlakunya kes kecuaian.
Menurut beliau, kini Majlis Keselamatan Pesakit mengendalikan kes-kes kecuaian yang berlaku di hospital-hospital kerajaan.
ENDS
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14096

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by zamasy20 Wed 14 May 2008, 9:44 pm

Baguih jugak cadangan pak menteri tu...
tapi kalau boleh semua paramedik le...
tak kan jururawat aje... Cool Wink
zamasy20
zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 388
Umur : 64
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 6533

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by MLT_hidayah Wed 14 May 2008, 10:32 pm

zamasy20 wrote:Baguih jugak cadangan pak menteri tu...
tapi kalau boleh semua paramedik le...
tak kan jururawat aje... Cool Wink

betul kata zamasy tu... Laughing
MLT_hidayah
MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : Jururawat wajib ikuti program CPD Selang10
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1508
Umur : 40
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 5967

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by rozila Thu 15 May 2008, 1:14 am

hmmm...setuju ke tak setuju ke...kena setuju jugak...siapalah kita..

macam kat tempat saya ni,walaupun pak menteri kata tahun depan baru diwajibkan tapi sebenarnya program tu dah pun dilaksanakan...

kekadang rasa rindu kat PTK yang ada exam tu pulak sebab semua orang kena dan exam pada tarikh yang sama...

"program CPD" ni...kekadang rasa cemburu jugak sebab asyik-asyik orang yang sama je pergi kursus..dah masuk bulan mei,ada setengah orang tu dah dapat 2-3 kali dah..yang kita ni...satu kursus pun belum attend lagi...yelah..setiap kursus yang kita attend kan akan dapat markah untuk melayakkan sijil amali kita diperbaharui..habis kalau tak pernah pergi kursus ni macam mana nak dapat mata..!!nanti sijil amali kita expired pula..!!
rozila
rozila
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Jururawat wajib ikuti program CPD Tereng10
Jawatan : SRN
Gender : Female
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6306

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by sagit's Thu 15 May 2008, 1:46 am

sabar je la...
same la den pun...kursus lum p 1 lg pun...skrg dh bulan 5....
xpe bnyk courses lg ... sabar n tunggu turn je la ek....
sagit's
sagit's
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : TheRaPist
Gender : Female
Jumlah Post : 697
Umur : 42
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 5
Points : 6200

Character sheet
Mutiara Kata saya: Never Say NO.. BeFore U TrY iT..

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by Ainyanun Wed 28 May 2008, 1:41 am

Attention to all nurses here...
Please go to this website for information on CPD for nurse
http://www.moh.gov.my/opencms/export/sites/default/moh/download/UNIT_CPD_xNursingx_.pdf
Harap-harap dapat membantu anda sekalian...
Ainyanun
Ainyanun
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : cIKgu
Gender : Female
Jumlah Post : 47
Umur : 47
Tarikh Register : 04/05/2008
Reputation : 0
Points : 6008

Character sheet
Mutiara Kata saya: It takes a lot of courage to show your dreams to someone else.

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by awan_biru85 Fri 06 Jun 2008, 11:33 pm

kursus ni barapa lama ye? macam best jerq
awan_biru85
awan_biru85
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Sn u29
Gender : Female
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6084

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://emifadhila.blogspot.com/

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by Ainyanun Sat 07 Jun 2008, 1:58 pm

Itu bukan kursus la...
Ianya guideline untuk nurses tahu mengenai kiraan point bagi kursus2 yang dihadiri...
Ainyanun
Ainyanun
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : cIKgu
Gender : Female
Jumlah Post : 47
Umur : 47
Tarikh Register : 04/05/2008
Reputation : 0
Points : 6008

Character sheet
Mutiara Kata saya: It takes a lot of courage to show your dreams to someone else.

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by syidahef Thu 25 Dec 2008, 6:13 pm

memang bagus buat CPD nie.. tapi mane2 nurse yang tak ckp point tu.. mesti tak dpt buat sijil amali. Kerja kat ward macamana... lepas tu.. yang tak cukup point tu.. cuti panjanng la.. yek..

Tapi buat masa nie.. kat sepital akak berjln lancar. Baru le nampak nurse nie berlumba2 nak g kursus dan dengar CNE, semuanya gara2 nak kutip point. Kalau tak suruh g kursus banyak sangat alasan. Akak setuju tu..teruskan tapi lagi baik semua paramedik terlibat.
avatar
syidahef
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : jururawat terlatih
Gender : Female
Jumlah Post : 71
Umur : 48
Tarikh Register : 27/05/2008
Reputation : 0
Points : 5976

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by ors Thu 25 Dec 2008, 6:54 pm

bukan sajer paramedik sekarang dah terlibat...PPK dan driver pun dah diberi buku log CPD tu....
avatar
ors
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Tolong Orang
Gender : Male
Jumlah Post : 58
Umur : 37
Tarikh Register : 02/11/2008
Reputation : 1
Points : 5856

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by rieyna168 Mon 09 Mar 2009, 3:04 pm

betul tu..ppk pun kena wat cpd gak..dorang pun kena hadiri cne / cme yg diadakan..tp best gak mcm tu,meriah je time cne..sampai xcukup tmpt duduk..tp yg wat rina senyum sorang2 kdg2,ada yg gi cne pastu masa org ngah bg talk,leh tido nyenyak lak..siap berdengkur lagi...kira gi cne just hanya utk point la,bkn utk knowledge.. Very Happy
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Jururawat wajib ikuti program CPD Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11010

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by adilla Wed 11 Mar 2009, 12:21 am

letih2 pun terpaksa pergi kan....kadang rasa mcm x ikhlas jer hee.. Razz
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Jururawat wajib ikuti program CPD Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by rieyna168 Wed 11 Mar 2009, 12:26 am

adilla wrote:letih2 pun terpaksa pergi kan....kadang rasa mcm x ikhlas jer hee.. Razz

maner tak letihnya adilla,dahla kena keja pg,pastu..ptgnye lak sambung dgr cne.kitaorg kt sini tiap2 hari jumaat cne,yg cme lak hari khamis.rina ingt lagi,ada kakak sorang tu,dia dok dpn kitaorg,tiba2 microfon SR yg bg talk kat dpn tu jatuh berdentum,semua terkejut,dia yg sdg tido,siap berdengkur lagi..sikit pun tak gerak.ehehehe..
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Jururawat wajib ikuti program CPD Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11010

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by zairini8 Sun 05 Apr 2009, 10:28 pm

Ye ke... kesiannye......
Tapi nak buat macam mana, kalau tak buat mcm ni, tak dak orang nak attend CNE atau CME.
zairini8
zairini8
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : JURURAWAT U29
Gender : Female
Jumlah Post : 69
Umur : 47
Tarikh Register : 03/04/2009
Reputation : 0
Points : 5764

Character sheet
Mutiara Kata saya: "RAJIN ADALAH PENAWAR YANG PALING MUJARAB, SEDANG MALAS ADALAH RACUN YANG SANGAT BERBISA"

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by imzal82 Tue 07 Apr 2009, 8:39 pm

aku xmo la ader CPD untuk jawatan aku ni..kalo diberi elaun kritikal sebnyk 15% atau sekurang2 nyer 10% aku setuju la utk adekan CPD ni...tapi buat masa ini i say no to CPD
avatar
imzal82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Perawatan Kesihatan Special Gred
Gender : Male
Jumlah Post : 113
Umur : 41
Tarikh Register : 27/04/2007
Reputation : 3
Points : 6481

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by zairini8 Tue 07 Apr 2009, 10:22 pm

kenapa pulak... okey apa kalau ada cpd. boleh tambah pengetahuan....
zairini8
zairini8
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : JURURAWAT U29
Gender : Female
Jumlah Post : 69
Umur : 47
Tarikh Register : 03/04/2009
Reputation : 0
Points : 5764

Character sheet
Mutiara Kata saya: "RAJIN ADALAH PENAWAR YANG PALING MUJARAB, SEDANG MALAS ADALAH RACUN YANG SANGAT BERBISA"

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by rieyna168 Tue 30 Jun 2009, 10:25 pm

Salam2 semua....rina nak tanya,camne nak cari point utk mycpd tu ek? yg dptkn point online tu, rina dah register tapi tak tahu camne nak kumpul point..any idea tak..
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Jururawat wajib ikuti program CPD Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11010

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by adrina alang Sun 17 Jan 2010, 9:18 am

boleh saya sokong tapi mane nak cari mata program nie tu yang saya dok pening.....kat mane la nak cari khusus nak cukupkan cpd.....tolong saYA
avatar
adrina alang
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 43
Tarikh Register : 17/01/2010
Reputation : 0
Points : 5361

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by aedes14 Sun 31 Jan 2010, 2:56 pm

SN ngan PPP mmg wajib pegi pn...
elok gak cpd nie..
aedes14
aedes14
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Jururawat wajib ikuti program CPD Kuala_10
Jawatan : cri slh org
Gender : Male
Jumlah Post : 161
Umur : 39
Tarikh Register : 13/12/2008
Reputation : 0
Points : 5976

https://www.facebook.com/kurangsiuman

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by nadia md. nor Wed 03 Feb 2010, 2:58 pm

point xcukup mcm ne?
nadia md. nor
nadia md. nor
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Jururawat wajib ikuti program CPD Kelant10
Jawatan : Juru ?
Gender : Female
Jumlah Post : 13
Umur : 41
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 1
Points : 6573

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by adilla Thu 18 Mar 2010, 12:36 pm

sekarang wajib sgt2,dulu exam ptk kita ada paper umum dan khusus,skang paper khusus digantikan dgn cpd point,so sapa2 nak rasa ptk aras 4 khusus...byk2 la g kursus ekk..hee
adilla
adilla
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Jururawat wajib ikuti program CPD Perak_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6418

Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by finoza Mon 08 Aug 2011, 3:17 am

seronok lg kalau dah dapat keje as a nuse tok ikut cpd tu...... dah 7 bln graduate tp x de rezki keje kat hosp lagi.... experience first tok dpt keje kat hosp..
avatar
finoza
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Jururawat wajib ikuti program CPD Johor_10
Jawatan : graduate dip. nursing
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 36
Tarikh Register : 18/07/2011
Reputation : 0
Points : 4814

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://finoza@yahoo.com

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by iperson Sun 04 Dec 2011, 5:10 pm

mcmne klo nk buat cpd on9 arr???...sape tau??..ley tlong ajr kite x?? Wink
avatar
iperson
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Jururawat wajib ikuti program CPD Johor_10
Jawatan : staffnurse swasta
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 35
Tarikh Register : 04/12/2011
Reputation : 0
Points : 4675

Back to top Go down

Jururawat wajib ikuti program CPD Empty Re: Jururawat wajib ikuti program CPD

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum