FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jangan bangga berpoligami

+3
zamasy20
suring
Fieza
7 posters

Go down

Jangan bangga berpoligami Empty Jangan bangga berpoligami

Post by Fieza Thu 26 Jun 2008, 7:40 pm

Jangan bangga berpoligami


Kebenaran berpoligami bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan lelaki. Sebaliknya, poligami adalah satu tanggungjawab yang amat berat dan besar.Jangan bangga berpoligami Fa_01.1
PERASAAN enggan berkongsi, boleh menimbulkan pergaduhan di antara suami dan isteri-isterinya. - Gambar hiasan.
<hr noShade SIZE=1>

PADA saat ini, poligami semakin terbuka diamalkan oleh lelaki. Ini dibuktikan apabila kebelakangan ini, pihak media tempatan kerap melaporkan soal perkahwinan yang melibatkan poligami. Bukan itu sahaja, gambar pengamal poligami bersama isteri-isterinya turut dipaparkan di media. Tampak jelas kebahagiaan terpancar pada wajah setiap isteri yang terlibat. Lebih-lebih lagi, wajah sang suami yang tentunya tersenyum lebar kerana berjaya mengurus kesemua isteri dengan baik.
Namun, tidak semua poligami berakhir dengan gembira dan bahagia. Hanya beberapa individu tertentu sahaja yang bertuah dapat menikmatinya.
Ini kerana apabila membincangkan soal poligami, ramai yang menuding jari ke arah pasangan masing-masing untuk saling tuduh menuduh terhadap punca masalah. Kata-kata seperti tidak sehaluan, perlukan kasih sayang yang lebih, layanan tidak semesra dahulu atau mempunyai kewangan kukuh menjadi antara faktor pendorong suami berkahwin lagi.
Namun, apakah perlu suami mencanangkan hal ini kepada umum semata-mata mahu berkahwin kali kedua, ketiga atau keempat?
"Perkahwinan sememangnya perlu dihebahkan dan diuar-uarkan kepada orang ramai. Namun, tidak perlulah ia disebarkan ke seluruh pelosok negara atau dunia. Memadai, berita gembira ini diumumkan kepada masyarakat umum yang berhampiran."
"Tujuan hebahan adalah bagi mengelakkan fitnah dan agar masyarakat setempat tahu pasangan tersebut telah berkahwin secara sah".
Begitulah penjelasan seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali apabila mengulas hal berkaitan poligami.
Menurutnya, berkahwin lebih daripada satu atau poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina atau memiliki perempuan simpanan yang pastinya hanya menzalimi diri dan wanita.
"Namun begitu, poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab.
"Dalam kes perkahwinan poligami, keadaan juga adalah serupa. Tetapi hasrat dan keinginan untuk berpoligami (masih dalam perancangan) sewajarnya tidak didedahkan kepada umum kerana hasrat tersebut masih belum mempunyai keputusan yang muktamad.
"Permohonan untuk berpoligami boleh diterima dan boleh juga ditolak di pejabat agama. Bagi permohonan yang diterima, alhamdulillah...Tetapi jika ditolak, ia boleh menimbulkan kesan buruk terutama kepada pemohon dan bakal pasangannya," jelas Suzana.
Walaupun kemungkinan besar permohonan poligami akan diterima, namun kata Suzana, hasrat dan keinginan tersebut tetap tidak wajar dihebahkan di seluruh negara berdasarkan alasan berikut:Jangan bangga berpoligami Fa_01.2

<HR noShade SIZE=1>


Poligami bukan untuk dibanggakan
*** Kebenaran berpoligami bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan oleh lelaki. Sebaliknya, poligami adalah satu tanggungjawab yang amat besar. Kegagalan melaksanakan poligami seperti yang disarankan oleh syarak boleh meletakkan seorang lelaki itu berdosa besar.
*** Menurut Doktor Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami adalah perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat.
Katanya, ia bukanlah satu perkara yang wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati, ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil sehingga mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri-isteri yang dikahwini.
Menimbulkan hasrat yang serupa kepada lelaki lain
*** Hebahan hasrat seseorang lelaki untuk berpoligami boleh menimbulkan atau menyemarakkan hasrat yang sama kepada lelaki lain. Fitrah seorang lelaki pasti mempunyai kehendak untuk berpoligami sama ada pernah diluahkan atau terpendam. Bezanya, tidak semua lelaki layak untuk berpoligami.
*** Seorang lelaki yang ingin berpoligami perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:
*Mampu menanggung nafkah isteri-isteri: Suami wajip menanggung nafkah isteri zahir dan batin, tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan, minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks yang adil kepada semua isteri-isterinya.
*Berlaku adil kepada isteri-isteri. Menurut Abu al-'Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.
Adil dalam menyediakan kediaman
Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu isteri.
Pengasingan bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang tidak semestinya menyediakan sebuah rumah untuk setiap isteri, bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama.
Dari segi psikologi, menempatkan isteri-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan.
Adil dalam giliran bermalam
Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteri-isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain.
Di samping itu, keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut.
Adil dalam musafirJangan bangga berpoligami Fa_01.3
SEBUAH majalah yang memaparkan tentang baik dan buruk amalan poligami di Indonesia. - Gambar hiasan.
<hr noShade SIZE=1>

Menurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteri-isteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang daripada mereka menemaninya bermusafir.
Dengan ini, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza keadaannya, jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri.
Bagaimanapun, mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.
*** Menurut peruntukan Undang-undang Keluarga Islam, seseorang hanya dibenarkan untuk berpoligami sekiranya:
*Perkahwinan yang dicadangkan ini adalah patut dan perlu memandangkan keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.
*Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggungannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan perkahwinan yang baru.
*Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
*Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar'ie kepada isteri.
Boleh menyebabkan pergaduhan
*Fitrah wanita ialah tidak dapat menerima perkongsian suami walaupun sejak kebelakangan ini terdapat beberapa kes yang mengenengahkan kepada umum isteri-isteri sedia ada menyokong permohonan suami berpoligami. Sokongan bukan bererti kerelaan penuh kerana sudah pasti, ada sedikit rasa terluka apabila suami berhasrat ingin berpoligami.
*Dengan perasaan enggan berkongsi itulah, boleh menimbulkan pergaduhan dan memberikan tekanan kepada kedua-dua pihak.
*Masyarakat sekeliling juga akan berpandangan serong terhadap pemohon.
Berdasarkan alasan-alasan dan fakta-fakta yang diberikan ini maka tidak wajar seorang lelaki menghebahkan kepada umum tentang hasratnya untuk berpoligami. Dalam perkara ini, pihak media perlu memainkan peranan penting.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Jangan bangga berpoligami Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Jangan bangga berpoligami Empty Re: Jangan bangga berpoligami

Post by suring Thu 26 Jun 2008, 8:42 pm

tiada sekelumit pun hasrat tersebut singgah dihatiku.......kerana menjaga hati perempuan itu umpama menggalas batu dibahu.....tolong jangan dedahkan aku kearah tersebut...please fieza please....
avatar
suring
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Jangan bangga berpoligami Pahang10
Jawatan : Timbalan pengarah JKKN.Pahang
Gender : Male
Jumlah Post : 1723
Umur : 48
Tarikh Register : 28/03/2008
Reputation : 10
Points : 7018

Back to top Go down

Jangan bangga berpoligami Empty Re: Jangan bangga berpoligami

Post by zamasy20 Thu 26 Jun 2008, 9:09 pm

by suring :
tolong jangan dedahkan aku kearah tersebut...please fieza please....

Wahai en suring...
jangan le meke riso...rahsiamu rahsiaku jugak.... Cool Wink :P005:
zamasy20
zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 388
Umur : 64
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 6533

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

Back to top Go down

Jangan bangga berpoligami Empty Re: Jangan bangga berpoligami

Post by afen Sun 29 Jun 2008, 10:37 am

suring wrote:tiada sekelumit pun hasrat tersebut singgah dihatiku.......kerana menjaga hati perempuan itu umpama menggalas batu dibahu.....tolong jangan dedahkan aku kearah tersebut...please fieza please....

aku setuju dgn mu suring. Memang susah utk menjaga hati seorang wanita. Namun bila ketiadaan nya ..kita akan merasa suatu kesunyian..dan disebalik kejayaan kita adalah dorongan oleh wanita.
Kejatuhan seorang lelaki perkasa dan kaya juga disebabkan oleh wanita.
so..wanita ..ditanganmu ada racun dan madu\
aku tidak tahu yang mana engkau hendak beri kepada ku.
afen
afen
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : ppkp
Gender : Male
Jumlah Post : 286
Umur : 53
Tarikh Register : 16/01/2007
Reputation : 0
Points : 6505

Character sheet
Mutiara Kata saya: Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah... DENDAM

Back to top Go down

Jangan bangga berpoligami Empty Re: Jangan bangga berpoligami

Post by Rays Mon 30 Jun 2008, 11:13 am

Dengar tu vlad..
jgn berpoligami kalau tak boleh..
Rays
Rays
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Gender : Male
Jumlah Post : 190
Umur : 43
Tarikh Register : 23/11/2007
Reputation : 3
Points : 6176

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Jangan bangga berpoligami Empty Re: Jangan bangga berpoligami

Post by Palladium Wed 22 Oct 2014, 10:28 am

Jangan bangga berpoligami Cinta_3_segi_by_farhah
Jangan bangga berpoligami Cinta3segi
Palladium
Palladium
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Jangan bangga berpoligami Penang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 295
Umur : 46
Tarikh Register : 02/08/2008
Reputation : 6
Points : 6242

Back to top Go down

Jangan bangga berpoligami Empty Re: Jangan bangga berpoligami

Post by Info Bola Sepak Mon 10 Aug 2015, 11:50 am

Shocked Shocked Shocked
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Jangan bangga berpoligami Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Jangan bangga berpoligami Empty Re: Jangan bangga berpoligami

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum