Kulit Bersisik
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Kulit Bersisik
Kegatalan kulit bersisik
OLEH Nurul Anuar kari
KULIT penghidap ekzema mudah dijangkiti kuman terutamanya bakteria S. aureus (gambar tengah dan kanan) atau virus seperti Herpes simplex (gambar kiri). <hr noShade SIZE=1> |
PENYAKIT kulit! Bunyinya tidak menakutkan tetapi tentu menggerunkan jika anda sendiri menghidapinya atau melihat orang menderita kerananya. Penyakit kulit menakutkan bukan kerana kesakitan yang dialami tetapi kerana ia menonjol secara luaran dan mencacatkan penampilan seseorang individu.
Kebanyakan penyakit kulit tidak berbahaya dan jarang sekali mengancam nyawa. Namun, kehadiran mana-mana penyakit kulit sekalipun pasti akan menggusarkan kehidupan seharian, bukan sahaja kerana ia menyebabkan ketidakselesaan tetapi turut membuatkan rasa rendah diri untuk bergaul dalam masyarakat.
Jika membincangkan masalah kulit, mungkin perkara pertama yang difikirkan adalah kecantikan bagi seorang wanita. Bagaimanapun, apa yang ingin dikemukakan kali ini adalah masalah kulit, khususnya ekzema atopik yang kini menyerang satu dari setiap lima kanak-kanak.
Jika anda merupakan ibu bapa atau saudara kepada pesakit ekzema, pasti memahami ia sesuatu yang amat sukar dihadapi. Sungguhpun tidak mengancam nyawa, pesakit yang hidup tidak selesa ‘dalam kulit sendiri’ sudah pasti sukar menjalani kualiti hidup yang baik seperti orang lain.
Tambahan lagi, terdapat juga diagnosis yang kurang tepat diberikan kepada pesakit ekzema atopik oleh doktor yang tidak mempunyai kepakaran penyakit kulit, menyebabkan rawatan yang diberikan juga tidak berkesan. Ada pula pesakit yang terus membuat andaian sebagai masalah kulit kering atau kurap dan hanya mendapatkan ubat dari farmasi tanpa menemui doktor.
Ekzema, dermatitis, ekzema atopik
Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Sabeera Begum Kader Ibrahim menjelaskan ekzema, yang juga dikenali sebagai dermatitis, berasal dari perkataan Grek yang bermaksud ‘panas meluap-luap’ yang menggambarkan rasa pada kulit ekzema.
Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Sabeera Begum Kader Ibrahim menjelaskan ekzema, yang juga dikenali sebagai dermatitis, berasal dari perkataan Grek yang bermaksud ‘panas meluap-luap’ yang menggambarkan rasa pada kulit ekzema.
“Ekzema merangkumi sebilangan masalah kulit yang biasa ditemui, dari yang paling ringan sehingga yang paling teruk, dan dianggarkan 30 hingga 35 peratus pesakit yang dirujuk ke HKL menghidap ekzema.
“Ekzema atopik pula merupakan jenis ekzema yang paling banyak berlaku tetapi puncanya masih samar. Faktor genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dalam berlakunya masalah kulit,” ujar beliau.
Menurut Dr. Sabeera, ekzema merupakan sejenis penyakit yang membebankan seperti diabetes kerana ianya kronik dan berlarutan untuk satu jangka masa yang panjang.
Tambahnya, penyakit ini mungkin menyebabkan anak tidak dapat ke sekolah sehingga beberapa bulan akibat terdedah kepada cuaca panas, debu dan peluh sementara ibu bapa mungkin terpaksa mengambil cuti bagi menjaga anak yang mengalami ekzema teruk.
Bagaimanapun, situasi ini biasanya tidak berlanjutan seumur hidup. Dianggarkan dua pertiga pesakit ekzema akan semakin pulih apabila mereka meningkat dewasa, kebanyakannya sekitar umur 18 tahun.
Ekzema atopik juga dikaitkan dengan penyakit atopik lain seperti asma (lelah) dan allergik rhinitis. Ruam susu yang biasa dilihat pada bayi pula merupakan antara tanda awal masalah ekzema, terutamanya jika ibu bapa bayi menghidap penyakit atopik atau alahan lain.
Dr. Sabeera menyatakan bilangan kes ekzema kini semakin meningkat terutamanya di kalangan kanak-kanak.
“Penyakit ini banyak ditemui di negara membangun, kebanyakannya di dalam kawasan bandar. Terdapat hipotesis yang mengaitkan masalah ini dengan tahap kebersihan yang diamalkan kini.
“Penduduk yang terlalu bersih dikatakan menghalang pendedahan anak kepada unsur tertentu untuk membentuk imuniti dari peringkat awal,” katanya.
Menurutnya lagi, jika imuniti terhadap punca alahan tidak dibentuk dari peringkat awal, maka kesan interaksi dengan bahan sama kelak akan menjadi lebih teruk (hipersensitif).
l Pencetus
Pencetus bukanlah punca pesakit menghidap ekzema tetapi ianya adalah unsur atau bahan iritasi yang menyebabkan ekzema pesakit semakin teruk.
Bahan iritasi dari persekitaran pesakit mungkin menyebabkan ekzema semakin meluap-luap tetapi ini dapat dipulihkan selepas beberapa hari jika bahan tersebut dijauhkan dari pesakit dan dibersihkan dari kulitnya.
Antara bahan iritasi yang biasa ditemui termasuk logam, fabrik, detergen dan bahan kimia tertentu. Sesetengah pesakit juga mungkin membentuk alahan terhadap bahan tertentu (alergen) seperti hama habuk, air liur haiwan peliharaan, bulu, debunga dan mungkin juga makanan tertentu yang mungkin memburukkan lagi ekzema.
Menurut Dr. Sabeera, pengenalan alergen tertentu pada badan pesakit akan memulakan tindak balas sistem imuniti badan.
“Tindak balas ini mungkin akan memburukkan keadaan ekzema. Kulit pesakit mungkin akan mengambil sedikit masa untuk pulih walaupun selepas alergen itu dibersihkan dari badan pesakit.
“Pesakit yang mengalami ekzema sederhana atau teruk disarankan menjalani ujian saringan alahan pada makanan. Makanan punca alahan ini juga hanyalah pencetus dan bukan punca pesakit menghidap ekzema,” jelasnya.
Beliau menyatakan doktor dapat memberi panduan makan berpantang untuk pesakit mengikut hasil ujian tersebut tetapi perlu memastikan pesakit tidak kekurangan nutrien penting yang diperlukan badan.
Rawatan
Prinsip utama rawatan ekzema adalah dengan mengelakkan bahan iritasi atau alergen yang boleh memburukkan keadaan.
Prinsip utama rawatan ekzema adalah dengan mengelakkan bahan iritasi atau alergen yang boleh memburukkan keadaan.
Dr. Sabeera menjelaskan rawatan ekzema yang diberikan juga khusus mengikut keadaan dan keperluan individu setiap pesakit.
“Rawatan yang diberikan tidak akan memulihkan ekzema 100 peratus tetapi lebih kepada usaha mengawal keadaan kulit pesakit bagi membolehkan mereka menjalani hidup yang lebih berkualiti.
“Tujuan utama rawatan adalah untuk menghentikan kitaran ‘gatal, garu, makin gatal, makin garu’. Ini akan memberi peluang kepada kulit untuk pulih dan membina semula benteng pertahanannya,” ujar beliau.
Dr. Sabeera memaklumkan perancangan rawatan optimum melibatkan beberapa bahagian bagi meredakan keadaan kulit yang kering, bengkak, gatal atau dijangkiti kuman secara serentak.
Tambahnya, penggunaan pelempap menjadi asas penjagaan kulit pesakit bagi membantu mengunci lembapan dan melembutkan semula kulit.
Pelembap juga dikatakan dapat membantu mengurangkan rekahan, kekeringan pada kulit dan meredakan kegatalan.
Selain itu, ubat sapuan steroid juga diperlukan untuk mengurangkan kemerahan pada kulit pesakit. Terdapat lebih 100 jenis ubat sapuan steroid di pasaran dengan tahap kekuatan berbeza.
Pengambilan ubat ini perlu mengikut nasihat dan preskripsi dari doktor, terutamanya bagi kanak-kanak bagi mengelakkan keracunan steroid. Ubat sapuan steroid juga hanya boleh diberikan dalam jarak tempoh tertentu mengikut keadaan ekzema pesakit dan bukan secara berterusan untuk jangka panjang.
Bagi Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), Dr. Allan Yee Kim Chye, pemberian ubat steroid perlu dijaga kerana ubat ini juga boleh memberi kesan buruk kepada kulit jika terlalu banyak digunakan.
“Ubat sapuan steroid lebih banyak diserap bahagian lipatan kulit, kulit muda atau tua, kulit muka, kawasan kemaluan (sehingga 100 kali ganda) dan kulit berpenyakit seperti ekzema.
“Jika tidak dikawal penggunaannya, ubat ini mungkin memberikan kesan sampingan pada bahagian yang disapu atau pada sistem badan,” tegasnya.
Menurut beliau, antara kesan sampingan jika tersalah guna ubat ini adalah atrofi kulit, kerosakan vena (Telangiectasia), kulit mudah bengkak, lemah terhadap jangkitan kuman, dermatitis alahan sentuhan, jerawat, kulit semakin berbulu, katarak dan glaukoma pada mata.
Beliau turut menekankan ubat steroid hanya untuk kegunaan jangka pendek dan dianggap tidak berkesan lagi jika perlu digunakan lebih dari tiga minggu. Calcineurin inhibitor merupakan antara ubat yang dikatakan menjadi alternatif selamat untuk steroid dalam merawat ekzema.
Bagi menangani masalah jangkitan kuman pula, campuran antibiotik dan ubat sapuan steroid boleh digunakan mengikut nasihat doktor. Ini terutamanya untuk menentang jangkitan bakteria Staphylococcus aureus yang banyak ditemui pada kulit ekzema.
Selain itu, terdapat juga ubat lain seperti ubat gatal atau antihistamin yang boleh digunakan untuk meredakan rasa gatal, terutamanya pada waktu malam.
Bagi pesakit yang memerlukan rawatan pakar, mereka mungkin perlu dimasukkan ke wad di mana ekzema yang teruk boleh dirawat menggunakan beberapa kaedah lain seperti terapi cahaya (fototerapi) atau PUVA untuk mengurangkan masalah kulit pesakit.
Tambah Dr. Allan, beberapa penemuan baru mungkin membantu dalam usaha memahami dan menangani ekzema.
“Penyusuan susu badan dan pengambilan probiotik oleh ibu mengandung mungkin dapat melambatkan atau membantu mengurangkan masalah ekzema.
“Ini masih dalam kajian tetapi hasil 18 kajian awal menunjukkan terdapat kaitan penyusuan ibu untuk tiga bulan pertama selepas bayi dilahirkan dengan perlindungan daripada ekzema atopik,” ujarnya.
Kempen menangani ekzema
Bagi mengenengahkan masalah ekzema, Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM) dengan kerjasama Leo Pharma Malaysia akan mengadakan satu kempen pada 13 Julai ini (Ahad) di pusat membeli belah Sunway Pyramid.
Bagi mengenengahkan masalah ekzema, Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM) dengan kerjasama Leo Pharma Malaysia akan mengadakan satu kempen pada 13 Julai ini (Ahad) di pusat membeli belah Sunway Pyramid.
Selain sesi soal jawab mengenai ekzema, orang ramai juga boleh menyertai kuiz dan permainan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan juga sumbangan beg cenderahati dari penganjur.
Menurut Dr. Allan, antara yang cuba diketengahkan melalui kempen ini adalah peningkatan kes ekzema di seluruh dunia, kesannya kepada sosioekonomi negara dan menekankan pentingnya diagnosis tepat bagi membezakan ekzema dengan penyakit kulit lain, di samping menentukan tahap ekzema yang dialami setiap pesakit.
“Diagnosis yang tepat akan menentukan jenis dan keberkesanan rawatan yang diberikan.
“Ekzema adalah penyakit yang membebankan pesakit dan keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlu memahami keadaan yang dihadapi anak dan bukan hanya memarahi mereka kerana menggaru kulit yang gatal,” katanya.
Beliau bagaimanapun menjelaskan bukan semua pesakit ekzema terpaksa menghadapinya seumur hidup dengan antara 40 hingga 50 peratus pesakit ekzema di Barat semakin pulih menjelang umur 10 tahun.
Ini menunjukkan separuh daripada pesakit ekzema akan dapat mengawal masalah kulit mereka dengan baik sebelum memasuki sekolah menengah. Bagi separuh lagi pesakit ekzema, mereka juga dapat mengawal masalah ini dengan baik tetapi akan memerlukan usaha yang lebih bagi mengelakkan tercetusnya ekzema akibat bahan iritasi atau alergen.
Bagi mereka yang tidak menghadapi ekzema pula, janganlah memberi layanan berbeza kepada pesakit ekzema. Bukan mudah hidup dengan rasa tidak selesa dengan kulit sendiri, bayangkan jika ada yang terkurung di dalam kulit itu.
Adalah membanggakan bagi pesakit yang dapat meneruskan hidup dengan penyakit yang dihadapinya dan adalah mulia untuk individu yang sihat menerima mereka dalam hidupnya.
Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8100
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Kanser Kulit : Gadis 18 tahun dapat kanser kulit (Kosmo)
» rahsia kulit cantik...
» 9 petua kulit lebih sihat..
» petua kulit kekal licin tanpa jerawat
» KULIT BAYI RUSSIA TERTULIS AYAT AL-QURAN
» rahsia kulit cantik...
» 9 petua kulit lebih sihat..
» petua kulit kekal licin tanpa jerawat
» KULIT BAYI RUSSIA TERTULIS AYAT AL-QURAN
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak