PENAMAAN CALON
+4
chubby
sempai81
zaki78
cippon
8 posters
Page 1 of 1
PENAMAAN CALON
SALAM SEMUA, AKU DAPAT TAU, BORANG PENAMAAN CALON DAH KUAR, TAPI AKU TAK TERIMA APA APA LAGI SINI, APA CITER, MCM MANA AKU NAK MASUK WEI DAN MENGUNDI, ADA KEMUNGKINAN NAK SELEWENGKAN UNDI KE PENAMAAN CALON DAN UNDI KE, KATA DAH NAK TUTUP DAH, MELEPAS DEN, HUAAAAAAAAAAAA
cippon- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Jawatan : kaki dan tangan hospital
Gender :
Jumlah Post : 100
Umur : 44
Tarikh Register : 07/11/2006
Reputation : 0
Points : 6603
Re: PENAMAAN CALON
takpa, itu baru penamaan calon, belum lagi mengundi!
zaki78- KERABAT SENIOR
- Jawatan : mlt
Gender :
Jumlah Post : 480
Umur : 46
Tarikh Register : 15/03/2007
Reputation : 2
Points : 6527
Character sheet
Mutiara Kata saya: proud be your self!
Re: PENAMAAN CALON
PERIHAL PEMILIHAN SEMULA AHLI EXCO UNION
Assalamualikum semua MLT, semuga sihat dan bersemangat hendaknya.
Dah lama saya tidak berforum sebab selain daripada sibuk hal-hal tugas resmi dan hal-hal peribadi, saya juga terpaksa mengendalikan tugas-tugas tidak resmi untuk kepentingan profesion kita.
Saya minta maaf kerana mengambil terlalu lama untuk mendapatkan beberapa jawapan kerana ada beberapa perkara telah berlaku ketika memburu jawapan-jawapan itu. Ini termasuk ahli exco Kesatuan diistiharkan tidak sah oleh Pengarah Trade Union disebabkan laporan oleh ahli kita sendiri. Ini sedikit sebanyak telah membantut peluang saya untuk berinteraksi dengan ahli-ahli exco kesatuan lebih-lebih lagi sekarang kita tiada ahli exco yang boleh menjalankan tugas kesatuan sehingga pengundian semula dibereskan.
Saya banyak terdengar cerita-cerita yang datang dari andaian semata-mata dan tak kurang juga fitnah yang sengaja atau tidak sengaja diadakan dari sumber yang tak dapat dikesan. Apa yang saya tahu, ialah hasil dari masalah ini Kesatuan terpaksa berbelanja besar untuk mengadakan pengundian semula dengan lebih teliti. Ada 2 kerugian yang saya nampak disini ia itu masa yang dibuang untuk pengundian semula ini, masa yang sepatutnya digunakan untuk menangani masalah profesion yang masih belum selesai dan pembaziran wang yang terpaksa dibelanjakan kerana pengundian semula ini. Lebih-lebih lagi Pengundian ahli exco baru akan tetap diadakan pada BGM tahun hadapan, ini bermakna ahli exco yang terpilih sekarang tidak banyak masa untuk menjalankan tugas mereka sebelum BGM 2009. Pengiraan undi semula ini akan diadakan dalam EGM di Dewan Ungku Omar pada pertengahan bulan September 2008 (Itulah yang paling cepat yang boleh dilakukan tanpa menambah kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan). Kekalutan senarai yang diterima dari pihak Biro angkasa memeningkan kepala ahli-ahli yang menolong secara sukarela untuk memproses penghantaran borang percalonan kepada ahli-ahli. Ahli-ahli dari klinik-klinik kesihatan diminta tinjau-tinjaulah kat PTJ (Pejabat Kesihatan yang mentadbir) masing-masing, kot-kot ada sampul yang bercop kesatuan.
Sekiranya ahli-ahli, sehingga sekarang, masih belum terima borang penamaan calon, saya rasa sudah pasti ada kesilapan alamat, atau alamat tidak lengkap atau kesilapan senarai yang ada pada Kesatuan itu sendiri atau Pos Malaysia yang lambat walaupun sampul telah dihantar kepada ahli-ahli pada 14 Julai 2008 (Isnin) - tak kan 2 minggu masih tak sampai ke tangan penerima kot?
Saya dengar dari salah seorang ahli di Kelantan, pada pemilihan tahun lepas dia menerima sampul pengundian setelah BGM tamat pada Ogos 2007. Nak ketawa ada, nak menangis pun ada, dalam zaman serba canggih masih terjadi perkara begini? Nampaknya, Urusetia kenalah hantar borang-borang penamaan calon 2 bulan dan borang undi sebulan sebelum tarikh mesyuarat, barulah cukup masa untuk sampai ke tangan ahli (jika alamatnya tepat).
Ahli-ahli diminta lebih pro-aktif dengan menghubungi Setiausaha kesatuan beralamat seperti di bawah.
Setiausaha
Kesatuan Kebangsaan Juruteknologi Makmal Perubatan
d/a Institut Penyelidikan Perubatan
Jalan Pahang,
50588 Kuala Lumpur.
Atau lebih cepat, e-mail kepada setiausaha minta borang penamaan calon dalam bentuk “soft copy” melalui e-mail disamping itu berikan alamat yang tepat supaya surat-surat atau dokumen-dokumen penting kesatuan pada masa akan datang boleh sampai ke tangan anda dan tidak terbiar dalam pigeon hole pejabat atau lain-lain tempat (Hanya borang menamakan calon saja boleh melalui e-mail, borang pengundian tak boleh, oleh itu pastikan alamat terbaru dan tepat dimaklumkan kepada setiausaha secepat mungkin). E-mail address setiausaha adalah seperti berikut.
yahyamlt@yahoo.com
Kalau tak sempat untuk proses pencalonan, lakukan juga seperti yang saya sarankan ini, sekurang-kurangnya tak terlepas dalam proses pengundian nanti.
(Ingat! borang pengundian tak boleh dikirim melalui e-mail sebab mesti dimasukan dalam sampul yang tertutup sebelum dikirim kepada setiausaha)
Sudah berpuluh tahun saya mengundi , sekali-sekali ada juga borang pencalonan atau pengundian tak sampai kat saya walaupun alamat tepat - human error?, sekarang saya ada di KL dan tengok dengan mata kepala sendiri baru saya tau betapa rumitnya kerja urusetia pengundian.
Dari apa yang saya tau cara pemilihan calon begini:-
Selepas borang-borang pencalonan diterima, urusetia akan menyenaraikan calon-calon dan surat akan dihantar untuk mengesahkan calon-calon sedia menerima pencalon nama mereka. Jika calon menolak pencalonannya, maka nama beliau akan dikeluarkan dari senarai. Nama calon-calon yang menerima pencalonan sahaja akan disenaraikan dan dihantar kepada ahli-ahli untuk diundi. Sekiranya nama calon yang anda calonkan tidak ada dalam senarai, ini adalah kerana beliau menolak pencalonannya, anda boleh pohon untuk melihat surat penolakan calon atau bertanya terus kepada calon tersebut jika tak puas hati. Jika calon dicalonkan untuk lebih dari satu jawatan, calon akan diminta memilih satu jawatan sahaja untuk bertanding dan surat penerimaan mesti dihantar kepada setiausaha untuk diproses, jika tidak dihantar susah untuk Urusetia memasukkan nama calon dalam senarai jawatan untuk bertanding. Jawatan-jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:-
1. Presiden
2. Timbalan Presiden
3. Setiausaha
4. Timbalan Setiausaha
5. Bendahari
6. AJK – 6 orang.
Semua proses ini dari pencalonan sehingga pengundian hendaklah mengambil tidak kurang dari 28 hari sebelum tarikh mesyuarat samada BGM atau EGM.
Untuk pengetahuan ahli-ahli baru, dulu ahli-ahli percaya mempercayai antara satu sama lain maka kesilapan kecil disini tak menjdi masalah, asalkan ada orang yang mahu buat kerja Union, cukup. Tak ada orang yang nak melaporkan kepada Pengarah Kesatuan Sekerja kerana tak ada kepentingan dan juga kepercayaan kepada sesama JTMP menebal. Dulu ahli-ahli tolak menolak, masing-masing tak mau jadi AJK Union (ye la kan, berapa ramai orang yang mau buat kerja lebih tanpa imbuhan) tetapi terpaksa terima sebab tak ramai orang yang mahu. Sekarang nampaknya merebut-rebut pulak (macam parti politik). Setakat AJK saja tak maunya sebab AJKlah yang nak kena buat kerja, lebih-lebih lagi Setiausaha. Apa yang direbut ialah jawatan Presiden sebab boleh mengarahkan saja dan “prominent figure”, pegawai-pegawai kat KKM akan kenal dan berurusan dengannya, glamour habis atau bolehlah cepat naik pangkat kot? Presiden dulu dan juga yang diistiharkan tak sah tu dah U40 sebelum dipilih jadi presiden, mungkin tak ada kepentingan untuk naik pangkat la agaknya tapi apa hal yang lain, kalau betul nak berjuang untuk profesion jadilah AJK dulu, belajar selok-belok pengurusan kesatuan baru bertanding jadi presiden.
Jadi, ahli-ahli pandai-pandailah dan berhati-hatilah memilih calon-calon sebab jika tersalah pilih bukan saja Union tak bergerak (seperti dicanang-canangkan oleh pihak-pihak tertentu, betul ke tak betul ke, wallahu a’lam) tetapi takut terkubur terus.Semua yang saya nyatakan disini hanyalah hasil dari pengamatan saya sahaja sebagai orang yang dah lama dalam union tapi tak teringin nak jadi AJK apatah lagi Presiden, terpulang kepada anda semua untuk menerima pendapat saya atau tidak.
Disini saya tamatkan celoteh saya, tentang jawapan-jawapan yang saya jumpa akan saya bentangkan pada hari dan dalam forum yang lain.
Persoalan yang perlu jawapan:
Saya akan bincangkan semua ini dalam forum lain pada masa terdekat. T.Q.
Sempai81

- Masalah JTMP Sabah, Serawak yang tak boleh join union.
- Masalah JTMP di Universiti-universiti juga tak boleh join union.
- Masalah JTMP di institusi kesihatan swasta juga tak boleh join union.
- Masalah elaun kritikal JTMP.
- Masalah JTMP Gred U41 (Skim Bersepadu bukan Pengurusan & Profesional).
Saya akan bincangkan semua ini dalam forum lain pada masa terdekat. T.Q.
Sempai81
sempai81- AHLI JUNIOR
- Jawatan : JTMP
Gender :
Jumlah Post : 41
Umur : 66
Tarikh Register : 13/03/2008
Reputation : 0
Points : 6113
Re: PENAMAAN CALON
kpd sempai, saya nak tanya skt, kenapa kebanyakan mlt baru x join union? kat sini ada mlt yg nak masuk tetapi x tau mcm mana nak buat?
zaki78- KERABAT SENIOR
- Jawatan : mlt
Gender :
Jumlah Post : 480
Umur : 46
Tarikh Register : 15/03/2007
Reputation : 2
Points : 6527
Character sheet
Mutiara Kata saya: proud be your self!
Re: PENAMAAN CALON
haah la sempai ktorang kt klinik kesihatan ni lagi terpingggir.kitorang tau ad persatuan tp xtau cam ne nk join....kenape x bg masa kitorang sem 6 kan senang tengah berkumpul ni ntah dah kemane geng2 kitorang
chubby- AHLI JUNIOR
- Jawatan : mlt
Gender :
Jumlah Post : 27
Umur : 39
Tarikh Register : 19/07/2008
Reputation : 0
Points : 5969
Re: PENAMAAN CALON
kalau x pun buat daftar secara online, saya rasa kebanyakan kk dah ade internet.
zaki78- KERABAT SENIOR
- Jawatan : mlt
Gender :
Jumlah Post : 480
Umur : 46
Tarikh Register : 15/03/2007
Reputation : 2
Points : 6527
Character sheet
Mutiara Kata saya: proud be your self!
Re: PENAMAAN CALON
mcm mane caranya nak daftar tu. bdk2 kelas kami sume jenis aktif n ada yg banyak pandangan. leh hebatkan lg union 2
chubby- AHLI JUNIOR
- Jawatan : mlt
Gender :
Jumlah Post : 27
Umur : 39
Tarikh Register : 19/07/2008
Reputation : 0
Points : 5969
Re: PENAMAAN CALON
Salam sejahtera semua, sempai ingin nak bagi tau yang AJK Union yg baru pd pemilihan Ogos 2007 memang merancang dan telah pun memperkenalkan union dan lain-lain pertubuhan JTMP yang berdaftar kpd student sem 6 selepas kursus induksi, tetapi sempat hanya sekali sahaja untuk batch 2008. Sekarang semua aktiviti terpaksa dihentikan sebab AJK baru ini diistiharkan tidak sah oleh Pengarah kesatuan sekerja atas kesilapan teknikal ketika pemilihan dulu, hasil drpd aduan seorang ahli yg tak puas hati sebab kalah bertanding ( Waduh, Kesatuan kita pun nak jadi macam parti politik juga). Walhal sepatutnya kita semua buat kerja untuk profesion kita tetapi pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan kpd AJK yg baru nak mula melangkah. Drpd 11 org yg dipilih 4 org adalah org yg belum pernah berkhidmat dlm AJK Kesatuan, yg 7 lagi tu tenggelam timbul mengikut kehendak ahli yg memilih mereka , ada tahun dia dipilih maka dia pun ada dlm AJK, ada tahun org lain pulak dipilih maka dia pun tak ada dlm AJK.
Proses Pemilihan semula sedang berjalan, insyallah selepas raya ni Kesatuan akan menyambung aktiviti berjumpa dengan student sem 6 jika AJK yg sama dipilih semula oleh ahli. Kalau org lain yg dipilih entahlah........samada mereka akan meneruskan aktiviti ini atau tidak.
Borang ahli boleh diminta melalui e-mail drpd setiausaha Kesatuan seperti tercatit di atas. Insyalallah beri pada setiausaha alamat penuh anda supaya borang itu sampai ke destinasi yg betul, terutama klinik-klinik. Buat masa ini belum boleh daftar online. (Ahli-ahli dari klinik-klinik sering tertinggal sebab alamat yg diberi kpd Kesatuan ialah alamat PTJ, ia itu Pejabat Kesihatan yg mentadbir klinik itu dan apa-apa surat yg dihantar kesatuan akan sampai di situ dan bukan di klinik yg anda bertugas.
Wasalam, insyallah berjumpa lagi!
Proses Pemilihan semula sedang berjalan, insyallah selepas raya ni Kesatuan akan menyambung aktiviti berjumpa dengan student sem 6 jika AJK yg sama dipilih semula oleh ahli. Kalau org lain yg dipilih entahlah........samada mereka akan meneruskan aktiviti ini atau tidak.
Borang ahli boleh diminta melalui e-mail drpd setiausaha Kesatuan seperti tercatit di atas. Insyalallah beri pada setiausaha alamat penuh anda supaya borang itu sampai ke destinasi yg betul, terutama klinik-klinik. Buat masa ini belum boleh daftar online. (Ahli-ahli dari klinik-klinik sering tertinggal sebab alamat yg diberi kpd Kesatuan ialah alamat PTJ, ia itu Pejabat Kesihatan yg mentadbir klinik itu dan apa-apa surat yg dihantar kesatuan akan sampai di situ dan bukan di klinik yg anda bertugas.
Wasalam, insyallah berjumpa lagi!
sempai81- AHLI JUNIOR
- Jawatan : JTMP
Gender :
Jumlah Post : 41
Umur : 66
Tarikh Register : 13/03/2008
Reputation : 0
Points : 6113
Re: PENAMAAN CALON
em cian kite yang dah lepas sem 6 nie huhu
chubby- AHLI JUNIOR
- Jawatan : mlt
Gender :
Jumlah Post : 27
Umur : 39
Tarikh Register : 19/07/2008
Reputation : 0
Points : 5969
Re: PENAMAAN CALON
harap mlt yg belum jadi ahli union dpt sabar..saya akn membantu untuk memajukan union kita...harap dari bantuan semua...
ficus- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : MLT
Gender :
Jumlah Post : 203
Umur : 51
Tarikh Register : 24/12/2007
Reputation : 1
Points : 6165
Character sheet
Mutiara Kata saya: LiFe iS dRama...
Re: PENAMAAN CALON
kepada sempai....aritu ade ahli yg berjumpa dgn kitorang mase sem6.tapi kenape tidak disertakan sekali borang keahlian pada masa itu jgk?
3D- SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : BATMAN dlm LAB
Gender :
Jumlah Post : 178
Umur : 41
Tarikh Register : 26/08/2008
Reputation : 0
Points : 5929
Re: PENAMAAN CALON
Actually saya sokong sempai dlm beberapa perkara. Sebab dlm union ni kita berjuang tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan. Bagi sesetengah pihak yang terlalu inginkan jawatan mungkin mereka ada agenda tersembunyi. Kami mlt di kawasan pantai timur mengharapkan perubahan kepada barisan ajk yang baru tetapi pada masa yang sama semangat dan pengetahuan orang lama dalam union tidak boleh dipinggirkan. Kita terlalu jauh ketinggalan berbanding dengn profesion kakitangan sokongan yang lain..Apa puncanya? Mungkin atas sebab inilah sesetengah pihak mengambil peluang untuk mendapatkan kepercayaan dan kekuatan daripada ahli yang lain dengan mencari jalan untuk mengubah apa yang telah kita bina selama ini...Salah siapa?. Jika kita selamanya lena di buai mimpi, insya Allah bila kita sudah di korporatkan nnti masalah akan menjadi lebih rumit lagi. Kebajikan kita akan diabaikan......Wassalam.
Petchiko- AHLI SENIOR
- Jawatan : MLT
Gender :
Jumlah Post : 90
Umur : 47
Tarikh Register : 02/07/2008
Reputation : 6
Points : 6058
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: PENAMAAN CALON
sempai... dalam ape jua usaha anda untuk menaik tarafkan jawatan JTMP amat saya sanjungi & hargai...
lakukanlah ape yang terdaya ...
saya berharap sempai atau ajk yang baru dapat memperbaharui sistem yang sedia ada...dan percepatkan permohonan ahli yang baru... supaya tenaga & pemikiran orng yang muda-muda nie dapat di guna pakai....

RxL max_ain- SUPER SENIOR
- Jawatan : jtmp
Gender :
Jumlah Post : 103
Umur : 42
Tarikh Register : 28/04/2008
Reputation : 0
Points : 6048
Character sheet
Mutiara Kata saya: Jangan Pandang Belakang..
Similar topics
» calon simpanan??
» Ruangan Member Forum Mencari Jodoh
» calon ppkp u29 2010
» Subject: : Mencari Calon Isteri
» ape CALON SIMPANAN ni?????apesal xmsukkan jer??helppp...

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak