Combi: Ubah sikap hapuskan nyamuk Aedes
Combi: Ubah sikap hapuskan nyamuk Aedes
KUALA LUMPUR 4 Feb. – Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan berharap dapat mengubah sikap penduduk yang kurang prihatin pada kebersihan sekitar kawasan rumah sehingga menyebabkan nyamuk aedes membiak, melalui pendekatan baru di bawah program Program Combi atau Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku, yang telah diperkenalkannya mulai awal tahun ini.
Pegawai Epidemiologi Negeri Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr. Nurbizura Abdul Hamid berkata, projek perintisnya telah dijalankan awal tahun ini di Taman Melati di sini dan kawasan itu dipilih kerana mencatatkan kes demam denggi tertinggi di Kuala Lumpur dengan 199 kes sepanjang tahun lepas.
Projek perintis itu dilancarkan pada 13 Januari lepas dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Penduduk dan Kebajikan Taman Melati.
“Konsep program ini ialah kita nak ubah tingkah laku penduduk secara komunikasi berkesan dengan menggunakan khidmat sukarelawan yang terdiri daripada anggota persatuan penduduk itu sendiri,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dr. Nurbizura berkata, program itu dimulakan dengan fasa intensif selama tiga bulan di mana pada setiap Sabtu para sukarelawan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk meronda dan menemui tuan rumah dengan memberi satu borang untuk mengenal pasti kawasan takungan air yang boleh menyebabkan nyamuk aedes membiak.
“Bila orang yang sama asyik datang ketuk pintu rumah selama 12 minggu berturut-turut dan edar borang, kita harap penduduk akhirnya akan mengubah sikap mereka sendiri dan menjadikan ia kebiasaan untuk memeriksa kawasan rumah,” katanya.
Dr. Norbizura berkata, selepas tiga bulan, sukarelawan akan tetap memantau kawasan perumahan tetapi hanya sebulan sekali dengan memeriksa kawasan persekitaran supaya bersih dan bebas daripada nyamuk aedes.
Selain itu, panji-panji dan sepanduk juga digantung di sekitar kawasan perumahan bagi meningkatkan kesedaran penduduk mengenai bahaya nyamuk aedes.
“Kita juga bercadang untuk ke sekolah dan beri taklimat, apabila anak balik dari sekolah mereka akan ceritakan balik kepada ibu bapa dan ini juga merupakan salah satu cara komunikasi berkesan,” katanya sambil menambah bahawa pihaknya juga bercadang untuk meluaskan program itu ke kawasan lain.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penduduk dan Kebajikan Taman Melati yang juga salah seorang sukarelawan, Hamid Masdewi, 50, berkata, sehingga minggu ketiga hari ini, maklum balas daripada penduduk amat memuaskan.
Beliau berkata, sebanyak empat kes demam denggi dikesan di situ minggu lepas dan telah disiasat oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan manakala pihak DBKL pula telah melakukan semburan asap.
“Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi kes demam denggi dikesan dan ini menunjukkan penduduk mula sedar mengenai bahaya nyamuk aedes yang boleh membawa maut,” katanya ketika ditemui sebelum memulakan rondaan.
Beliau berkata, selain dapat memberi kesedaran dan mengubah sikap masyarakat, program yang dianggotai oleh 30 sukarelawan itu juga dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.
“Setiap minggu kami akan edar borang untuk diisi dan minggu berikutnya penduduk dikehendaki menyerahkan kembali borang tersebut kepada kami. Pada masa yang sama kami juga akan edar sekali lagi borang yang sama sehingga minggu ke-12,” katanya.
Beliau berkata, borang yang sudah diisi itu akan dikumpul dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Bahagian Kesihatan DBKL untuk siasatan dan penilaian.
Hamid berkata, masalah tetap timbul terutamanya pada minggu pertama di mana mereka kurang mendapat kerjasama daripada penduduk.
“Ada yang tidak mahu keluar rumah kerana fikirkan kami ini hendak jual barang, ada yang tiada di rumah, ada juga rumah yang tidak berpenghuni dan kotor yang boleh memberi kesan kepada penduduk lain,” katanya sambil menambah anggota sukarelawan telah diberi taklimat yang mencukupi sebelum program itu dilancarkan.
Rata-rata penduduk yang ditemui berpuas hati dan menyokong program Combi yang membawa manfaat bersama.
Kamarudin Abas, 55, seorang pesara berkata, program sebegini amat bagus kerana dapat memberi kesedaran kepada penduduk yang selama ini mungkin kurang mengambil berat mengenai kawasan pembiakan nyamuk aedes.
Seorang juru ukur bahan, Chew Er Hing, 27, berkata, pihak berkuasa perlu membuat pemantauan yang lebih kerana masih terdapat jentik-jentik di sekitar kawasan perumahannya.
– Bernama

<<BLaCk>>- ADMINISTRATOR
- Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender :
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12807
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan
Similar topics
» nyamuk......brapa lama ko mengadung?
» HAPUSKAN LIPAS DI DALAM KABINET RUMAH
» Penglibatan PPKP dalam program COMBI
» Bincang? Pasal Aedes & Denggi
» hapus aedes, cegah denggi
» HAPUSKAN LIPAS DI DALAM KABINET RUMAH
» Penglibatan PPKP dalam program COMBI
» Bincang? Pasal Aedes & Denggi
» hapus aedes, cegah denggi
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak