FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peranan PKA

3 posters

Go down

Peranan PKA Empty Peranan PKA

Post by HH Wed 22 Oct 2008, 4:21 pm

Boleh terangkan kat sini,,,TQ..
HH
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 6973

Back to top Go down

Peranan PKA Empty Re: Peranan PKA

Post by fiz Sun 06 Sep 2009, 9:24 am

sy pown ingin tahu jugak..
sy ada tmuduga 6ti..........
avatar
fiz
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : Peranan PKA Tereng10
Jawatan : pelajar
Gender : Male
Jumlah Post : 1732
Umur : 33
Tarikh Register : 03/09/2009
Reputation : 5
Points : 7552

Character sheet
Mutiara Kata saya: berkawan biar beribu, beristeri biar 1

Back to top Go down

Peranan PKA Empty Re: Peranan PKA

Post by wanzsafwan Mon 14 Sep 2009, 3:25 pm

Penghuraian Perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam (PKA)

1. Skim Perkhidmatan
Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, U22 dan U24.

2. Peringkat Organisasi
Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan

3. Ringkasan Tugas
Melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan di dalam program kebersihan alam sekelililng, kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer (Control and Prevention - Primary Health Care Approach)

4. Skop Fungsi dan Bidang Tugas:

4.1 Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)
4.1.1 Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan air limbah;
4.1.2 Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan sisa pepejal;
4.1.3 Pengawasan mutu air minum luar bandar;
4.1.4 Terlibat dalam aktiviti pengawasan dan perlindungan kesihatan alam sekitar; dan
4.1.5 Bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod, stok bahan-bahan dan peralatan.

4.2 Kawalan Penyakit Berjangkit
4.2.1 Membantu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dalam pengawalan penyakit berjangkit serta melaporkan apa-apa kejadian luar biasa penyakit;
4.2.2 Membantu dalam pengawalan wabak penyakit berjangkit yang melibatkan aktiviti seperti seperti disinfeksi dan lain-lain; dan
4.2.3 Mengesan penyakit berjangkit secara aktif.

4.3 Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
4.3.1 Bertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975;
4.3.2 Membantu dalam kerja-kerja pencegahan dan pengawalan penyakit bawaan vektor;
4.3.3 Mengesan penyakit bawaan vektor secara aktif;
4.3.4 Menjalankan tinjau alam dalam kawasan gerak kerja;
4.3.5 Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan;
4.3.6 Menyediakan laporan-laporan aktiviti harian, minggu, bulanan dan tahunan; dan
4.3.7 Bertanggungjwab menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod stok bahan-bahan dan peralatan.

4.4 Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
4.4.1 Mengambil sampel-sampel bekalan air dari punca-punca sistem bekalan air luar bandar Kementerian kesihatan dan ladang-ladang; dan
4.4.2 Persampelan air dari bekalan air awam (JBA-JKR) bagi mengukur keasidan dan kealkalian.

4.5 Keselamatan dan Kualiti Makanan
4.5.1 Membantu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran menjalankan aktiviti pensampelan makanan;
4.5.2 Menyediakan dan mengemaskini Daftar Premis Makanan (Food Premise Register) dan Pengendali Makanan (Food Handlers) di kawasan gerak kerja;
4.5.3 Membantu menjalankan penyiasatan kes keracunan makanan; dan
4.5.4 Menghantar kompaun atau saman.

4.6 Perundangan dan Penguatkuasaan
4.6.1 Bertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dalam semua aspek kerja berkaitan dengan Unit Siasatan dan Pendakwaan;
4.6.2 Membantu dalam menyimpan barang-barang exhibit;
4.6.3 Membantu dalam menjalankan aktiviti pemeriksaan, penutupan dan operasi penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam;
4.6.4 Menghantar dan menyempurnakan notis dan saman; dan
4.6.5 Membantu dalam penyediaan laporan secara berkala.

4.7 Kesihatan Am
4.7.1 Mengadakan pemeriksaan susulan ke atas ladang/ lombong/ sekolah selepas pemeriksaan awal oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran berkaitan dengan pelupusan sisa pepejal, najis dan air perlimbahan;
4.7.2 Memberi maklumbalas mengenai pembuangan sisa toksid dan punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan gerak kerja; dan
4.7.3 Mengambil bahagian dalam kerja-kerja kawalan dan pencegahan semasa dan selepas bencana alam.

4.8 Promosi Kesihatan
4.8.1 Menjalankan aktiviti promosi kesihatan dalam kawasan gerak kerja; dan
4.8.2 Melibatkan diri dan mengambil bahagian di dalam pergerakan masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO).
4.9 Lain-lain skop tugas yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh ketua jabatan.

5. Hubungan Kerja
5.1 Dalaman
5.1.1 Anggota di bahagian/ unit yang sama.
5.1.2 Anggota di bahagian lain di dalam organisasi yang sama

5.2 Luaran
5.2.1 Komuniti.
5.2.2 Jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain.
5.2.3 Pekerja.

6. Persekitaran Kerja
Dalam dan luar pejabat (di lapangan).

7. Kebolehan Yang Diutamakan
7.1 Berpengetahuan dalam bidang kesihatan awam iaitu kawalan penyakit berjangkit, kawalan vektor, keselamatan dan kualiti makanan, BAKAS dan KMAM; dan
7.2 Berpengalaman, memahami dan melaksanakan tugas mengikut aktiviti-aktiviti yang ditetapkan.

8. Sifat-sifat Yang Bersesuaian Dengan Jawatan
8.1 Berketerampilan dan berpengetahuan;
8.2 Berkebolehan berkomunikasi dengan baik; dan
8.3 Perwatakan yang baik serta mesra dan boleh bekerjasama.

9. Ancaman/ Bahaya
Risiko kepada keselamatan dan kesihatan terhadap jangkitan penyakit.
avatar
wanzsafwan
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Pembantu Kesihatan Awam
Gender : Male
Jumlah Post : 7
Umur : 39
Tarikh Register : 14/09/2009
Reputation : 0
Points : 5492

Back to top Go down

Peranan PKA Empty Re: Peranan PKA

Post by fiz Tue 06 Oct 2009, 1:59 pm

thanks 4 this info...
avatar
fiz
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : Peranan PKA Tereng10
Jawatan : pelajar
Gender : Male
Jumlah Post : 1732
Umur : 33
Tarikh Register : 03/09/2009
Reputation : 5
Points : 7552

Character sheet
Mutiara Kata saya: berkawan biar beribu, beristeri biar 1

Back to top Go down

Peranan PKA Empty Re: Peranan PKA

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum