FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jangan panik bayi menangis

3 posters

Go down

Jangan panik bayi menangis Empty Jangan panik bayi menangis

Post by fifie Thu 04 Dec 2008, 9:03 pm

Jangan panik bayi menangis

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Jangan panik bayi menangis Ke_04.1
MENANGIS adalah cara untuk berkomunikasi antara bayi dan penjaganya. – Gambar hiasan


TANGISAN adalah satu-satunya medium komunikasi antara bayi dan
penjaganya. Menerusi tangisan, bayi memberitahu bahawa sesuatu telah
berlaku dan mereka memerlukan anda.
Bayi menangis disebabkan beberapa perkara. Sama ada mereka lapar,
haus, terlalu panas atau sejuk, kelihatan pucat, kembung perut, dalam
kesakitan, terlalu penat atau mungkin juga tidak selesa.
Keadaan yang berlaku mendadak pada diri mereka diluahkan dengan
tangisan, justeru ibu bapa dan penjaga perlulah segera mendekati bayi
mereka dan peluklah mereka untuk beberapa ketika.
Terdapat sesetengah bayi yang kerap menangis sejak dari hari pertama
mereka lahir ke dunia ini. Sambil menangis, kaki mereka diangkat ke
atas, tangan bergerak pantas, wajah bertukar merah dan mereka kelihatan
begitu tertekan.
Lebih merisaukan keadaan tersebut sering terjadi ketika waktu tengah
hari dan menjelang malam. Sesetengah bayi pula mengalami sindrom tangis
apabila usia mencecah beberapa minggu. Selepas enam ke lapan minggu,
tangisan bayi akan berkurangan dan mereka akan lebih tenang.
Tidak dinafikan ada bayi yang berterusan menangis lebih daripada
usia tersebut dan jika ini berlaku pada bayi anda jangan panik.
Tangisan itu hanya seketika berbanding jangka masa untuk membesar dan
berkeadaan tenang jauh lebih lama.
Begitu pun, tangisan memang boleh mengundang kerisauan sekiranya ia
amat kuat dan berterusan, terutama apabila anda sendiri tidak dapat
mengenalpasti puncanya.
Mungkin sesuatu telah berlaku yang membuat bayi marah tapi anda
tidak tahu apakah puncanya. Jangan sesekali tidak mempedulikan tangisan
tersebut hanya kerana anda tidak dapat mengenal pasti puncanya.
Bayi tidak akan sengaja membuatkan anda risau dengan tangisan
mereka. Bayi inginkan lebih perhatian, mereka perlu ditenangkan dan
didukung apabila mereka menangis.
Sesetengah bayi, terutama yang aktif memerlukan lebih perhatian berbanding yang kurang aktif.
Yang pasti, bayi tidak akan menimbulkan perangai buruk atau menjadi
mengada-ada sekiranya mereka dimanjakan oleh kedua-dua ibu bapa.
Apa yang harus dilakukan?
- Dukung
Pegang erat bayi anda, rapatkan dia ke dada dan usap belakangnya.
Jangan sering bertukar posisi dukung, duduk atau bangun. Anda boleh
juga mendodoi sambil berjalan perlahan. Ingatkan diri bahawa anda tidak
boleh menghentikan tangisan bayi serta merta. Ia bukan mudah kerana ada
bayi yang menolak jika anda ingin mendukung mereka, jika ini berlaku
cuba juga tetapi dengan cara wajah mereka membelakangi anda.
- Pergerakan
Angkat bayi yang sedang menangis itu. Cuba letakkan mereka dalam
kain pendukung bayi dan berjalan-jalanlah. Anda juga boleh membawa bayi
keluar. Bayi suka melihat benda yang bergerak seperti pokok dan bayang,
namun ingat mereka tidak suka akan pancaran matahari yang bersinar di
mata mereka.
- Menghisap
Menghisap jari atau puting boleh membantu bayi menenangkan diri
mereka dan seterusnya menghentikan tangisan. Jika bayi menghisap susu
badan, cuba rapatkan puting pada mulutnya. Jika menghisap botol pula,
cuba berikan botol berisi air suam.
- Mandian yang menenangkan
Sesetengah bayi akan berasa tenang dan seronok apabila mandi, tapi
ada juga bayi yang langsung tidak menyukai cadangan ini. Mandian boleh
membantu bayi untuk tenang daripada tangisan mereka. Penuhi bekas
mandian bayi dengan air sejuk dan tambah sedikit air panas, pastikan ia
tidak terlalu panas sebelum meletakkan bayi ke dalamnya. Jangan
sesekali biarkan mereka sendiri di dalam bilik mandi.
- Urutan bayi
Gosok perut bayi secara lembut dan kemas dalam pergerakan membulat.
Anda boleh mendapat maklumat tambahan tentang urutan bayi menerusi buku
panduan mengurut bayi.
- Bermain
Cuba alih tumpuan tangisan bayi anda dengan mainan kegemarannya.
Cara ini tidak akan berkesan sekiranya bayi anda terlalu penat dan cara
ini mungkin akan menyebabkan tangisan mereka menjadi lebih teruk lagi.
Jangan teruskan cara ini jika tidak berjaya menenangkan bayi anda.
fifie
fifie
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Jangan panik bayi menangis Selang10
Jawatan : jururawat terlatih
Gender : Female
Jumlah Post : 93
Umur : 40
Tarikh Register : 19/10/2006
Reputation : 8
Points : 6709

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Jangan panik bayi menangis Empty Re: Jangan panik bayi menangis

Post by noni Tue 09 Dec 2008, 4:14 pm

Nak tidur pewot sakit/lapar,nak mintak air tak reti nak ckp..............nangis lah dia.......heheheheheehe....... Laughing
noni
noni
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Jangan panik bayi menangis Johor_10
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender : Female
Jumlah Post : 1148
Umur : 44
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 6594

Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............

Back to top Go down

Jangan panik bayi menangis Empty Re: Jangan panik bayi menangis

Post by ZA_70 Sun 19 Apr 2009, 1:09 pm

Eemmm...betul tu noni...
Yang penting kita kne tau apa kehendak bayi kita tu...
Kalau smua dah buat pun...dia dok nangis jugak...
Ambik dia dokong...urut2 bahagian belakng badan & kepala sambil bahagian letakkan kepala ke dada kita.
Ini diharapkan bayi kita akan mendengar degup jantung kita spt mana dia di dalam kandungan...dan dia akan berhenti dari menangis...
Yang penting kita kne tenang....jgn panik sms mendokong bayi....
Sbb bila kita panik, bayi akan rasa (nalurinya..) kita panik...dia takkan berhenti menangis....


Tapi kalau bayi tu nangis jugak tak berhenti2 siang malam...
Maknanya kne la tu tukar nama kepada....
AHMAD ALBAB....hahahahaha.... gelak sakan gelak sakan gelak sakan
avatar
ZA_70
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Jangan panik bayi menangis Perak_10
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender : Female
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6142

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

Back to top Go down

Jangan panik bayi menangis Empty Re: Jangan panik bayi menangis

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum