FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

5 posters

Go down

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Empty FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

Post by hius2007 Sat 06 Dec 2008, 4:26 pm

sal2 dan salam sejastera kepada semua PPF di Malaysia . Tahun 2008 akan berlalu sedikit masa lagi. Pencapaian PPF di dalam pembangunan negara perlu di tingkatkan pada 2009 nanti. Sebagaimana semua maklum, tahun 2008 tak banyak membawa perubahan kepada PPF. Dahulu kita semua mohon tukar nama, bila dah dapat , kekecewaan kita tetap sama. Semasa kita memohon pertukaran nama dahulu, peg atasan telah bersiap sedia dengan segala perancangan yg teliti. PPF tak buat apa pun dan apabila nama berubah mulai 1 jun 2008, semu PPF rasa tertekan.

Pada 2009 nanti, jika PPF memohon sesuatu, perlulah ada perancangan yg teliti agar hasilnya dapat di nikmati dengan ceria. Satu hal yang masih belum diluluskan ialah pertukaran pakaian seragam. Jangan nanti apabila di luluskan, PPF rasa tak selesa pula untuk memakainya. Semua PPF perlu berfikiran terbuka, jika ada perubahan dalam perkhidmatan dll, tentu ada hikmahnya yang tersembunyi. Tugas PPF pada tahun hadapan ialah menyelesaikan apakah hikmah tersebut yang tersembunyi itu. Bila ianya tersembunyi, tentulah amat sukar untuk di terjemahkan. Kalau anda seorang bomoh atau pun ahli nujum, mudahlah. Apa pun PPF perlu menggunakan segala kemahiran yang ada bagi menyahut cabaran tahun 2009. Jika kita bersatu, segala halangan mendatang pasti mudah di atasi.

Juruteknologi Farmasi telah berada lama di luar negara. Malaysia sedang berusaha kearah itu. Semua PPF boleh membicarakannya, tetapi keputusannya adalah di tangan BPF KKM. Jika ada kewajarannya, pasti BPF KKM akan setuju. Bagi PPF yg lain, perlulah berubah ke arah yang lebih terancang dan sistemetik.Setiap yang baru tak semestinya baik. Itulah yang berlaku kepada kad E Kesihatan JPJ. Dulu semua sokong, tapi bila selepas dua tahun di dapati keburukannya adalah melebihi kebaikannya. Maka tak ada lagi E Kesihatan kini. Tapi jika semua PPF bersatu, segalanya akan jadi lebih mudah. kita hanya akan ikut satu haluan sahaja dan jangan sesekali berpecah. Jika kita semua bersatu, mungkin satu hari nanti akan ada Bahagian Paramedik di KKM. Kini semua paramedik adalah di bawah Amalan Perubatan yang di ketuai oleh Peg Perubatan.

2009 pasti akan datang. Forum 2008 yang lalu hanya ada sedikit penyertaan PPF. Tu lah sebabnya PPF tak leh nak buat apa2 dgn isu yang di bangkitkan. Tak pa, pada tahun hadapan kita PPF semua akan ramai2 join forum ni bagi mencari cahaya kegemilangan sebab cahaya kegelapan memang dah banyak dah. Tak leh nak kira. Dari posting, kolej, elaun kritikal, senarai tugas, CPD, PTK, dll. Nak deman rasanya bila ingatkan isu2 tersebut.

Selamat tahun Baru 2009 bersama azam baru.
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6016

Back to top Go down

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Empty Re: FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

Post by nurida Mon 08 Dec 2008, 10:48 am

slamat arie rayer buat smua rakan2...first time kejer d pagi rayer...
avatar
nurida
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : aku budak famasi
Gender : Female
Jumlah Post : 7
Umur : 41
Tarikh Register : 21/07/2008
Reputation : 0
Points : 5909

Back to top Go down

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Empty Re: FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

Post by hius2007 Thu 25 Dec 2008, 10:11 pm

Forum ni sebenarnya bertujuan bertukar tukar pendapat dan mengulas sesuatu isu,nampaknya sejak 6 Dis, hanya ada 2 forumer sahaja di sini. Betul lah kata pepatah, kegawatan telah melanda PPF. PPF perlu ingat bahawa pada masa ni kita di belengu oleh beberapa masaalah. Pastinya masaalah tersebut akan bertambah dengan perubahan masa. Jika PPF tidak berusaha pada hari ni utk menyelesaikannya, problem tersebut akan menjadi dua kali ganda mengikut peredaran masa. Peg tak kan beri peluang pada PPF sebab PPF sendiri dah terlalu banyak masaalah sendiri yg tersendiri.

Sebenarnya Peg pun dah mempunyai masaalah yg bertimbun. Jika Peg bawa PPF bersama dlm arus kemajuan mereka, tentu itu akan lebih merumitkan keadaan. Cara yg paling selamat ialah, tinggalkan PPF dgn masaalah yg mereka sendiri akan hadapi.

Dari dahulu lagi jika Peg nak membantu PPF, memang boleh. Sebab mereka adalah kumpulan Pengurusan dan Profesional dlm KKM. Mungkin hubungan antara PPF dan Peg adalah renggang. Pada saya ini hanya persepsi sahaja tampa ada kebenarannya. Kesimpulannya ialah pemikiran Peg dan PPF adalah berlawanan arus. Peg fikir lain dan PPF fikir lain. Peg cuba nak memajukan PPF tetapi PPF anggap Peg nak mengjumudkan PPF. Macam mana boleh jadi begini , saya pun tak tahu. Lagi satu di perhatikan, jika PPF dah jadi U40, suara mereka akan jadi sedikit, sebab nak jaga periuk nasi. Yg sering berforum hanyalah U29 je. Mana yg lain2, saya pun tak tahu. Jika ada isu pun, U40 ni akan fikir 100 kali bila nak bawa ke atas. Itu yg jadi semua tindakan PPF lambat dan tertangguh.

2009 nanti PPF perlu bergerak secara holistik dan berbagai.Jika masaalah ni hanya melibatkan U29, biar U29 sahaja yg ketengahkan. Jika beri kepada U32 dan keatas, jawabnya kelewatan pasti wujud. Mungkin PPF tak pernah terfikir perkara ini.

Biar saya jelaskan sesuatu. Pernah U29 buat kertas kerja yg baik dan nak dihantar ke BPF KKM, tetapi di halang oleh PPF kanan dengan alasan jika peg baca kertas kerja ni pasti Peg akan ketawa. Ini tentulah berlaku sebab PPF U29 hanya ada Dip dan kerja di luar bandar sedangkan Peg di BPF KKM tu ada master dan kerja di bandar besar. Taraf pemikiran juga berbeza. Hasilnya kertas kerja tersebut hanya jadi perhiasan sahaja.

Dahulu saya dah cadangkan, PPF tak boleh bergerak bersama kerana hala tuju kita berbeza. U29 perlu ada JK sendiri, begitu juga U32, U36, U38 dan U40. Apabila bergerak bersama, taraf pemikiran adalah berbeza. U29 pastinya masih muda dan kuat tenaga dan U40 pastinya dah dekat nak pencen dan tentunya banyak pengalaman.
Hasilnya, kelewatan ajelah yg kita terima.

Kalau masih tak ada forumer yg aktif di sini, alamat 2009 akan berlalu macam 2008 yg akan berlalu sedikit masa lagi. he he he
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6016

Back to top Go down

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Empty Re: FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

Post by hius2007 Thu 26 Feb 2009, 1:10 pm

2009 dah 2 bulan berlalu
Forum ni masih blm banyak isu yg di perkatakan
Forum ni adalah jambatan antara PPF dan PPFM/Union
AJK PPFM dan Union baca forum ni hari2
Tetapi jika tiada isu yg di bincangkan
Maka tiadalah tindakan dari PPFM/Union

Jika PPF masih belum sedar
Lepas ni akan banyak lagi problem yg akan timbul
PPP dan jururawat dan keluarkan garis panduan CPD mereka
PPF punya garis panduan CPD belum ada lagi
Nanti apabila Peg buatkan utk PPF
Tentu ada PPF yang berasa hati
Sedangkan PPF sendiri mmg tak mampu membuatnya

Lagi satu, semasa kursus PPF, mengapa perlu Peg yg jd urusetia
Tak adakah PPF yg berkelayakan utk mengendalikannya
Seeloknya, Peg hanya di jemput sebagai Penceramah sahaja
Lain2 PPF uruskan sendiri.

Di KKM juga, dilihat perkembangan Bhg Farmasi amat perlahan
Lain2 bahagian telah maju ke hadapan .
Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas kelihatan
Disertakan di sini Perkembangan KKM.

Program Pengurusan Ibu Pejabat / Negeri :

Kesihatan Awam :
-Pengurusan Kesihatan awam Ibu Pejabat / Negeri
-Pembangunan Kesihatan Keluarga
-Pendidikan Kesihatan

Rawatan Perubatan :
-Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri
-Pengurusan Hospital

Farmasi dan Bekalan :
( kosong je )

Rawatan Perubatan :
-Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri
-Pengurusan Hospital
-Rawatan Kecemasan & Pesakit Luar
-Rawatan Am Pesakit Dalam
-Perubatan Am
-O & G
-Pediatrik
-Orthopedik
-Anastesiology
-ENT
-Oftalmology
-Dermatology
-Neurology
-Pembedahan Neuro
-Urology
-Perubatan Transfusi
-Perubatan Forensik
-Pembedahan Plastik
-Radioterapy & Oncology
-Pengimejan Diagnostik
-Patology
-Pembedahan Kardiotorasik
-Kardiology
-Perubatan Nuklear
-Perubatan Respirotari
-Psykiatrik & Kesihatan Mental
-Rehabilitasi.

Semua jawatan tambahan dll
Adalah mengikut keperluan unit2 tersebut
Jika Farmasi tiada unit2 baru
Dan jgn terkejut tiada jawatan baru bagi U29

Tugasan di unit2 tersebut juga
Akan membuka peluang bagi paramedik utk kursus pos basik
Jika ada kursus pos basik, tentu elaun pos basik akan dinikmati
Juga perlu semua PPF maklum bahawa
Semua unit tersebut pastinya mempunyai setor
Di KKM hanya PPF yg ada mengikuti latihan asas dlm pengstoran
Ini termasuk tugasan memesan, menyimpan dan membekal

Oleh itu marilah kita kembali kepada tugas2 asas PPF
Tugas2 asas PPF adalah seperti berikut :
- Tugasan Penyenglengaraan Setor
- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat
- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi

Jika kita boleh buktikan itu adalah tugasan utama kita
Kita boleh maju.

bye
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6016

Back to top Go down

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Empty Re: FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

Post by dhiyamirza Fri 27 Feb 2009, 9:53 am

tuan hius....yela.....kita tak dak guideline lagi utk CPD/CME ini....so nampaknya kita lah kene propose..kalau pasal kursus tu betul...saya setuju...apsal officer yangnak jadik urusetia...dah sah2 nama kursus ppf. bukan kursus peg..kalau kursus dia, tak dok pon kita nak masuk...dah macam ne tu?
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 41
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6305

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Empty Re: FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

Post by ppfkkpa Sat 07 Aug 2010, 1:29 pm

Kalau bab forum ni, PPF memang tak ramai berminat dan memberikan maklum balas, sebab PPF dah ada kabel yang besar lagi kuat untuk menyampaikan segala kemahuan dan tuntutan serta isu PPF, sebab itu lah tak ramai PPF jadi ahli PPFM / KKPFKMB, kata mereka tak jadi ahli lagi baik, tepuk dada, tanya selera, order dan bayar, lepas tu pasti kenyang,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5548

Back to top Go down

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Empty Re: FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

Post by nori Sat 29 Jan 2011, 7:16 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

ULANG TAHUN PPF KE 50
Tahun 2011 adalah tahun yang paling sesuai bagi PPF menyambut Sambutan Jubilee Emas 50 Tahun PPF di Malaysia. Kursus Pembantu Farmasi telah dijalan kan di Malaysia semenjak bulan September 1957 dan telah melatih 3258 orang Penolong Pegawai Farmasi dan seramai 162 orang Pembantu Makmal Kimia Ubat. Pada mulanya kursus ini dijalankan di premis Sekolah Latihan Kejururawatan, Pulau Pinang. Pada tahun 1964, kursus ini dipindahkan ke premis Makmal Ubat dan Stor, Petaling Jaya, Selangor yang sekarang ini dikenali sebagai Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kolej Pembantu Farmasi mula berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, pada September 2004 di bawah sistem pentadbiran yang berintegrasikan secara bersepadu di bawah satu bumbung dengan lain-lain program sains kesihatan. Buat masa ini kolej ini menjalankan kursus peringkat Diploma berdasarkan kurikulum baru yang berpandukan system mata kredit (CGPA) dengan pengambilan dua kali dalam setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk member latihan di dalam bidang penjagaan Farmaseutik dan seterusnya bagi memenuhi keperluan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan di Negara ini.
Dengan kemajuan penjagan kesihatan dan perkembangan perkhidmatan Farmasi, kursus yang dikendalikan diperingkat Diploma ini diharap dapat meningkatkan kemahiran anggota dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang semakin mencabar.
System pengajian kursus ini yang menggunakan Penilaian Mata Kredit (CGPA) mengambil masa tiga tahun latihan yang merangkumi enam semester pengajian di mana dalam Tahun 1, Semester 1 dan 2 dan Tahun 2 Semester 1, kursus ini dikendalikan di Kolej Kesihatan Sains Bersekutu, Sungai Buloh dan untuk pengajian Tahun 2, Semester 2 dan Tahun 3, Semester 1, pelatih-pelatih ditempatkan menjalani latihan praktis di hospital-hospital kerajaan atau klinik-klinik kesihatan manakala untuk tahun 3 semester 2, pelatih-pelatih dikehendaki balik semula ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu untuk melengkapi semester akhir.
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam perancangannya yang terdekat sedang berusaha untuk memperkembangkan kursus Diploma Farmasi di bawah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di negeri Perak dan Sabah untuk tahun-tahun akan datang.
KETUA PROGRAM FARMASI KSKB :
ENCIK ARIFFIN BIN SUTAN

TENAGA PENGAJAR PROGRAM FARMASI KSKB :
ENCIK MOHD SANI BIN NAWI
PUAN ZORAINA BINTI ABD. KADIR
CIK CHUAN LEE PHING
PUAN AYUZELITA BINTI OSMAN
ENCIK ALIODIN BIN DAMSAH
ENCIK TAUFIK SHAHIDI BIN JAAFAR
PUAN JARAH BINTI MAT
PUAN SHANTY A/P SUPPLIMONYAN
PUAN FAIRULIZA BINTI SABRAN
CIK NIK HASNIDA BINTI NIK LEH
PUAN DAHLIA BINTI ABDUL WAHAB@DOL

SEJARAH KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU :

"Malaysia adalah sebuah Negara yang berkembang maju dengan pesatnya sejak kemerdekaan. Begitu juga dengan bidang kesihatannya. Ia telah menempuh era perubahan dengan begitu pantas dan kemajuan dalam bidang ini adalah amat membanggakan Negara."

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membina banyak hospital dan pusat kelengkapan moden yang dilengkapi dengan peralatan canggih bagi memastikan Negara tidak ketinggalan dalam arus perubahan dan kepesatan kemajuan bidang perubatan dan kesihatan. Di samping itu, tenaga pekerjanya yang terdiri dari kumpulan professional dan sokongan sentiasa dilatih dari semasa ke semasa agar berupaya memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi selaras dengan kehendak pelanggan.

Sedar akan keperluan perkhidmatan professional kesihatan yang semakin tinggi, kerajaan melalui KKM telah mewujudkan pusat-pusat latihan yang meliputi sebelas bidang dibawah rancangan Malaysia yang ke-7, kolej-kolej latihan tersebut disusun berkonsepkan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB). Konsep ini menjurus kepada pengurusan berpusat di mana segala kemudahan pengajaran, pembelajaran, pentadbiran, pengurusan keawangan dan kemudahan fizikal di bawah satu bumbung pentadbiran. Lima Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) telah diluluskan pembinaannya termasuklah di SG. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan Hulu Kinta.

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh merupakan kolej pertama yang dibina dengan kapasiti pelajar 3000 orang di atas tapak seluas 28 hektar. Kampus induknya yang tersergam indah mempunyai lapan blok asrama yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah riadah.

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh mula beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2004. Kini terdapat lebih kurang 2700 orang pelatih yang terdiri dari enam program termasuklah Kejururawatan, Radiografi dan Radioterapi, Fisioterapi, Jurupulih Carakerja, Penolong Pegawai Farmasi dan Kesihatan Persekitaran. Wawasan kolej ini adalah untuk menjadi sebuah institusi latihan kesihatan yang moden, berintegrasi dan cemerlang, di samping berupaya menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi keperluan semasa. Inilah objektif bersama yang mesti dicapai oleh semua warga Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh khususnya.


DRAFF KERTAS KERJA PENEMPATAN PPF
DI UNIT PENGUATKUASAAN FARMASI
JABATAN KESIHATAN NEGERI SELUROH NEGARA



1. Ringkasan Eksekutif :

Kertas kerja ini bertujuan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh PPF di seluroh negara. Pada masa ini Perkhidmatan PPF hanya terdapat di Hospital-Hospital Kerajaan dan di Klinik- Klinik Kesihatan Kerajaan. PPFi tiada ditempatkan di Unit Penguatkuasaan Farmasi . Memandangkan penguatkuasaan undang-undang adalah salah satu tugas dan aktiviti Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, adalah wajar jika PPF juga di beri peluang untuk terlibat sama di dalam aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang. Dengan latarbelakang pendidikan kefarmasian yang lengkap, PPF boleh memainkan peranan dalam membantu kejayaan Unit Penguatkuasaan Farmasi.

2. Rasional :

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM adalah salah satu bahagian yang terdapat di dalam organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Tiga katogeri perjawatan yang utama di dalam Perkhidmatan Farmasi ialah PPF yang teramai sekali, diikuti dengan Pegawai Farmasi dan yang sedikit sekali bilangannya ialah Pembantu Tadbir .
( Penyelenggara Setor ).

Perkhidmatan PPF di KKM terbahagi kepada dua bidang tugas yang utama iaitu Perkhidmatan PPF Hospital dan Perkhidmatan PPF Kesihatan Awam.

Walaubagaimanapun, senarai tugas dan tanggungjawab PPF KKM adalah membantu Pegawai Farmasi menjalankan aktiviti-aktiviti kefarmasian.

Pada masa ini Deskripsi tugas Pegawai Farmasi ialah :
- Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan,pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal.
- Berkhidmat di Unit Penguatkuasaan Farmasi Negeri-Negeri , menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran
- Berkhidmat di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan , menjalankan aktiviti-aktiviti Regulatori iaitu menganalisa kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM mempunyai misinya yang tersendiri iaitu :-

Memastikan semua warga Malaysia memperolehi produk farmaseutikal dan produk pemeliharaan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuklah nasihat mengenai penggunaannya scara rasional.



Bagi menjayakan misi tersebut, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM terbahagi kepada tiga seksyen iaitu :-

Pengurusan Pengawalan Farmaseutikal yang objektifnya ialah memastikan bahawa keluaran farmaseutikal yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan dan berkualiti, serta menentukan bahawa kosmetik-kosmetik yang dibenarkan dipasaran adalah selamat.

Pengurusan Pelesenan dan Penguatkuasaan yang objektifnya ialah menentukan bahawa pengilangan, pengimportan, penjualan, pengedaran, pengurusan dan kegunaan farmaseutikal, kosmetik dan produk pemeliharaan kesihatan dilaksanakan selaras dengan perundangan-perundangan farmasi yang berkuatkuasa dalam negara.

Pengurusan Farmasi yang objektifnya memastikan bahawa pesakit-pesakit yang menerima rawatan di bawah KKM memperolehi Perkhidmatan Farmasi yang berkonsepkan Total Pharmaceutical Care . dan memastikan pendidikan orang awam terhadap penggunaan ubat-ubatan secara rasional dipertingkatkan.

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan PPF mesti dilibatkan didalam semua aktiviti kefarmasian termasuklah di Unit Penguatkuasaan Farmasi.

Unit Penguatkuasaan Farmasi, pada kebiasaannya terletak di setiap ibu negeri di Malaysia. Pada masa ini tiada PPF ditempatkan secara khusus dan tetap di unit berkenaan .


3. Senarai Tugas dan Tanggungjawab PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi

Apabila cadangan penempatan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi di luluskan, Senarai Tugas PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi adalah seperti berikut :-
1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m
2. Membantu dalam kerja-kerja pengeluaran lesen.
3. Membantu dalam kerja-kerja pemeriksaan premis-premis
4. Membantu dalam kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang
5. Membantu dalam kerja-kerja pendakwaan
6. Menjalankan tugas-tugas yang di arahkan .

4. Tempat-Tempat Penempatan :

Pada masa ini semua ibu negeri di Malaysia mempunyai Unit Penguatkuasaan Farmasi sendiri dan apabila cadangan menempatkan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi di luluskan, PPF ( Penguatkuasaan ) akan di tempat di semua ibu negeri di Malaysia yang bilangannya hanya 15 orang sahaja.

5. Data Data Sokongan :

Sejajar dengan perkembangan dan kepesatan pembangunan negara, tahap kesihatan rakyat juga perlu ditingkatkan. Ini dapat dicapai dengan penjagaan kesihatan dan produk kesihatan yang selamat.

KKM mempunyai rancangan yang tersendiri didalam menambah anggota kesihatan . Ini dapat di lihat daripada Rancangan Malaysia Ke Sembilan ( RM 9 )

Apabila terdapat penambahan bilangan pegawai perubatan dan lain-lain paramedic, pengawalan produk farmaseutikal akan menjadi lebih rumit. Ditambah lagi dengan bertambahnya bilangan kilang-kilang pengeluaran farmasiutikal. Dengan adanya PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi, segala aspek undang-undang kefarmasian akan lebih berkesan dengan penguatkuasaan undang-undang dengan lebih ketat lagi. Ianya adalah lebih terjamin sebelum semua produk farmaseutikal digunakan oleh pengguna.

Seterusnya Norma Perjawatan PPF KKM Boleh di kemaskinikan :-

Norma Perjawatan PPF :

Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :

- Penguatkuasaan Farmasi 1 orang : setiap unit penguatkuasa
- Pesakit Luar 1 orang : 1 Unit
( Tambahan ) 1 orang setiap 50 pesakit tambahan
- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad
- Khidmat TPN / IV Admix 1 orang : setiap 300 kes sebulan
- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap hospital
- Perkhidmatan Pengeluaran Farmaseutikal 1 orang : setiap 300 pek sehari
- Gantian 1 orang : setiap 5 orang Pembantu Farmasi


6. Implikasi Kewangan :

Aktiviti penguatkuasaan adalah salah satu sumber pendapatan negara. Bayaran lesen yang dikeluarkan akan menambahkan sumber kewangan negara. Penempatan PPFseramai 15 orang di seluruh negara hanya melibatkan implikasi kewangan yang kecil sahaja jika dibandingkan dengan jumlah pembelian ubat oleh KKM pada setiap tahun.

Tanggagaji PPF Gred U29 seramai 15 orang ialah :


U29P1T1 RM 830.50 - U8P1T26 RM 2137.30
U29P2T2 RM 883.20 - U8P2T26 RM 2295.70
U29P3T3 RM 936.10 - U8P3T3 RM 2435.40

7. Carta Organisasi PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi :-


Pengarah Kesihatan Negeri


Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi )


Ketua Penolong Pengarah Farmasi ( Pengurusan Farmasi )


Penolong Pengarah ( Penguatkuasaan )


PPF Gred U 29


PPF Gred U 29 akan menjalankan tugas seharian dibawah arahan Penolong Pengarah Farmasi ( Penguatkuasaan ) .


8. Lain-Lain Fakta dan Data :

Pengisian jawatan PPF U 29 di Unit Penguatkuasaan Farmasi akan membantu bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM mencapai objektifnya. PPF juga dapat meningkatkan perkhidmatannya kepada warga Malaysia dan sekali gus menjayakan visi dan misi KKM.

Aspek perundangan adalah sesuatu yang rumit dan tidak boleh difahami oleh semua orang. PPF mempunyai laktar belakang pendidikan di dalam bidang kefarmasian , mempunyai kebolehan serta kepakaran dalam menyebarkan maklumat yang tepat tentang undang-undang kefarmasian dan pendidikan atas tajuk :-


UNDANG UNDANG KEFARMASIAN

Undang undang memberikan tafsiran yang tepat mengenai Dadah, Ubat Ubat, Racun Berjadual, Dadah Merbahaya dan lain-lain. Terdapat pebezaan dari segi pengendalian bagi setiap jenis ubat .

Terdapat beberapa undang-undang yang mengawalnya iaitu :-
 Akta Racun 1952 ( Semakan 1989 ) dan peraturan-peraturannya.
 Akta Dadah Merbahaya 1952 ( Semakan 1989 ) dan peraturan-peraturannya.
 Akta Jualan Dadah 1952 ( Semakan 1989 ) dan peraturan-peraturannya.
 Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
 Akta Ubat Iklan dan Penjualan 1956 ( Semakan 1989 )

Aspek-aspek yang dikawal ialah :-
 pemilikan
 penyimpanan
 penjualan
 pengilangan
 pengangkutan
 penglabelan
 pengiklanan.

Cara-Cara pengawalan ialah :-
 memberi kuasa kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Veterinar
 mengeluarkan lesen
 penyimpanan
 rekod
 Buku Racun ( Poison Book )
 Buku Preskripsi ( Prescription Book )

Jenis Jenis Lesen : B, A , D dan E .

Mengetahui undang-undang adalah penting bagi semua pembekal sebelum membekalkan ubat tersebut .

Peraturan dadah dan Kosmetik 1984 ( Di wartakan Jun 1984 ) Tujuan peraturan ini ialah untuk memastikan semua ubat adalah berkesan, selamat dan kualiti yang baik untuk digunakan. Peraturan ini mensyaratkan semua ubat dan kosmetik mesti di daftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah ( PBKD ) dan diberikan nombor pendaftaran.

Semua pengedar mesti memastikan setiap ubat mempunyai nombor PBKD dan ini termasuk :-
 semua racun berjadual ( mulai Nov 1985 )
 semua racun tak disenaraikan dalam jadual ( mulai Ogos 1988 )
 ubat-ubat tradisional dan hemeopati ( mulai Jan 1992 )
 kosmetik ( akan di umumkan kemudian )

Semua ubat untuk kegunaan manusia mesti didaftarkan , ini termasuk :-
 perawatan penyakit
 diagnosa penyakit / keadaan penyakit
 pencegah hamil
 bius
 untuk mengubah keadaan fisiologi badan
 kawalan berat badan
 penjagaan kesihatan badan

Sementara itu keluaran yang tidak perlu di daftarkan ialah :-
 ubat-ubat vaterinar
 agen diagnostik dan test kit
 alat cegah hamil
 alat dressing
 alat-alat perubatan
 bahan-bahan pencuci
 pewarna makanan.

PENYALAHGUNAAN DADAH

PPF ( Penguatkuasaan ) boleh membantu dalam aspek pencegahan dan penyalahgunaan dadah . Masyarakat perlu mengetahui isu-isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, serta memahami dan menghargai usaha-usaha dan rancangan antidadah. PPF ( Penguatkuasaan ) juga boleh membantu dalam usaha-usaha mencegah penyalahgunaan dadah secara berkesan , sistemetik serta teratur.

Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan :
- heroin (77 % )
- morphin ( 8.7 % )
- ganja ( 3.27 % )
- candu ( 1.7 % )
- amphetamin ( 0.4 % )
- barbiturate ( 0.29 % )
- Dadah Dadah Lain ( 7.61 % )

( sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat )

Penyalahgunaan dadah akan memberi akibat buruk kepada negara dari segi ekonomi, politik dan sosial. Pengawalannya juga sukar jika tidak mendapat kerjasama semua rakyat serta agensi yang terlibat secara khusus tentang penggunaan , penguatkuasaan serta perlesenan.

Antara agensi kerajaan yang terlibat secara langsung tentang penyalahgunaan dadah ialah seperti berikut :-

Agensi-Agensi Pencegah : Bidang Tugas :

Jabatan Peguan Negara Perundangan
Polis, Kastam,UPP Penguatkuasa Undang-Undang
Bahagian Farmasi KKM Penguatkuasa Undang-Undang dan Pengawalan Bahan-Bahan Racun dan Psikotropik
Bahagian Rawatan dan Pemulihan Rawatan dan Pemulihan Penagih Dadah
Kementerian Dalam Negeri
Jabatan Penjara Rawatan dan Pemulihan Banduan Dadah
Hospital KKM Penentuan Penagih dan Rawatan Detoksifikasi
Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemudahan Latihan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Pendidikan Pencegahan
Kementerian Penerangan Penerangan dan Pencegahan umum
Kementerian Belia dan Sukan penerangan dan pencegahan Umum.
Pusat Dadah USM Penang Kajian-Kajian Epidemiologi dan Sosiologi
Pemadam dan lain-lain NGO Jagaan Lanjutan, Pencegahan dan Penerangan.

Dengan penempatan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi, pelajaran pendidikan dan pencegahan penyalahgunaan dadah dapat di sebarkan dan masyarakat dapat mengambil langkah awal terhadap pencegahan.

Pandangan dan ulasan di atas, adalah secara akademik / ilmiah dan perlu juga di lihat dari segi akademik / ilmiah.

Tamat : 29 Januari 2011



nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Empty Re: FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

Post by nori Sun 10 Jul 2011, 1:13 pm

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF :

Rasanya baru je tahun 2011 berlalu, tapi hari ni dah 9 Julai, begitulah pantasnya masa berlalu. Apabila Research, Search telah dilakukan, maka masih banyak lagi ruang dan peluang bagi PPF membantu menjayakan wawasan 2020.

PERTAMA :

Kongres Profesor lulus 14 resolusi jayakan transformasi dan resolusi Persidangan PPF di Ipoh dan AGM PPFM di Batu Pahat tempoh hari masih belum di keluarkan.

2011/07/09, KUALA LUMPUR: Kongres Profesor Negara yang berakhir semalam meluluskan 14 resolusi berdasarkan setiap kluster ilmu untuk membantu kerajaan menjayakan usaha transformasi negara seperti berikut:

1.Mengukuhkan dasar, proses perancangan dan tadbir urus sektor sumber asli dan alam sekitar; transformasi ekonomi yang disokong sistem pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan berasaskan sasaran keberhasilan konkrit dan jelas.
( PPF juga terlibat dalam meminimakan penggunaan plastic )

2.Kod tadbir urus sektor awam dan kaedah penguatkuasaan dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan pengurusan.
( PPF juga terlibat dalam aktiviti penguatkuasaan akta farmasi dan akta dadah berbahaya.)

3. Pembangunan modal insan berpengetahuan dan kemahiran tinggi serta sistem keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dicadang bagi memastikan ICT menjadi pemacu utama transformasi.
(PPF juga terlibat dalam meningkat pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kefarmasian)

4. Pengukuhan Polisi Inovasi Negara bagi memastikan kelestarian ekosistem inovasi tanpa sempadan iaitu membabitkan semua peringkat masyarakat bermula di sekolah hingga industri dan agensi kerajaan.
( PPF juga terlibat dalam aktiviti KIK / Kumpulan Inovasi dan Kreatif )

5. Bagi memastikan negara tidak terdedah kepada ancaman penyusutan sumber dan krisis tenaga, pembangunan kecekapan penggunaan tenaga, pengoperasian perkakasan, perancangan bandar dan pemerkasaan penjanaan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui dicadangkan.
(PPF juga terlibat dalam paperless aktiviti dan membekalkan ubat bagi tempoh 3 bulan dan sekaligus dapat menjimatkan petrol pesakit, dan kehausan tayar kenderaan dan masa yang ada oleh pesakit boleh di gunakan oleh pesakit untuk memajukan Negara dalam bidang-bidang mereka)

6. Sokongan padu terhadap penegasan dasar mengekalkan nisbah 60:40 bagi pelajar aliran sains berbanding pelajar bukan sains yang merosot pada tahap 20:80 ketika ini bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 60 penyelidik, saintis dan jurutera bagi setiap 10,000 tenaga kerja.
( PPF juga terlibat mendidik warga dan keluarga farmasi agar menitikberatkan aliran sains bagi mencapai nisbah tersebut.)

7. Usaha menjana dan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains sosial disifatkan kritikal bagi membekalkan data sosial mencukupi untuk pelaksanaan transformasi negara.
( PPF juga terlibat dalam menjayakan pembekalan dan penerangan tentang perubahan tingkah laku oleh pesakit yang mendapatkan bekalan ubat. Nasihat yang mencukupi juga perlu diberikan kepada pesakit tentang perubahan sikap dan tingkah laku terhadap ubat-ubatan yang mereka gunakan.)

8. Menekankan kepentingan sistem pendidikan diperkukuhkan menerusi pendekatan kesepaduan bermula pendidikan dasar hingga tertiari yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berorientasikan bakat, bukan peperiksaan.
( PPF juga perlu mengembeleng tenaga terhadap bakat yang PPF miliki bagi memajukan perkhidmatan farmasi di Negara ini.)

9. Akses perkhidmatan kesihatan secara saksama dengan memberi keutamaan kepada aspek pencegahan penyakit secara menyeluruh dan berkesan.
( PPF perlu bergiat secara serius dalam aktiviti pencegahan penyakit, kerana pada masa ini bilangan PPF yang menyertainya adalah amat minima.)

10. Menitikberatkan kesepaduan sosial sebagai prasyarat untuk menjamin transformasi negara yang seimbang.
( PPF juga perlu memastikan penglibatan semua kaum dan semua katogeri dalam setiap aktiviti yang di jalankan bagi mengeratkan semangat berpasukan dan Satu Malaysia.)

11. Bagi memartabat industri farmaseutikal, kerajaan dicadang mewujudkan keupayaan sebagai pengeluar ubatan halal bagi mengelak kebergantungan terhadap pasaran luar yang diragui kesesuaiannya dan boleh mengancam kesihatan rakyat.
( Ruang dan peluang bagi PPF melibatkan diri dalam aktiviti pengilangan bahan-bahan farmasiutikal berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang PPF semua ada.)

12. Turut diusul bagi bidang kesihatan adalah masalah ketagihan dadah dipertanggungjawabkan bersama Kementerian Kesihatan kerana ia dikenal pasti sebagai penyakit.
( PPF perlu lebih aktif dalam aktiviti pencegahan dan berganding bahu dengan PDRM, AADK, PEMADAM, PENGASIH, dan lain-lain agensi dalam aktiviti pencegahan.)

13. Meminta kerajaan memastikan inti pati pembangunan dikawal sistem nilai budaya yang murni untuk mengelak penyelewengan, mengekalkan moral tinggi serta menegakkan prinsip keadilan sosial.
( Memantapkan nilai-nilai integrity dalam diri PPF.)

14. Bagi memastikan sekuriti makanan, negara dicadang memberi perhatian khusus kepada isu penggunaan tanah, koordinasi antara pelbagai kementerian dan agensi, dasar insentif, kebergantungan kepada buruh asing, mekanisme pemasaran, pemindahan teknologi, perubahan iklim, sumber air dan dana pelaburan.
( PPF perlu memastikan bilangan rakyat Negara ini mencapai 70 juta sebagaimana yang di sarankan oleh mantan PM agar kebergantungan kepada buruh asing dapat di elakkan.)

Semua PPF perlu memahami dan menghayati resolusi tersebut, kerana ianya dikeluarkan oleh Professor, lainlah jika ada Professor di kalangan PPF.


KEDUA :

Pertukaran nama jawatan :

Pembantu Farmasi => Penolong Pegawai Farmasi => Juruteknologi Farmasi :

Sebenarnya JPA telah maklumkan pad awal-awal lagi bahawa, pertukaran tersebut adalah gelaran jawatan sahaja, tampa ada perubahan dari segi lain-lainnya. Maka jadi lah kita kini Pembantu Farmasi yang telah bertukar nama jawatan kepada Penolong Pegawai Farmasi.

Pengarah Perkhidmatan Farmasi yang lalu telah menggariskan seperti berikut dan bertujuan agar PPF mencari jalan selamat bagi Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF, tetapi PPF hanya menunggu sahaja tampa menyediakan Kertas Kerja yang lengkap tentang masa depan dan hala Tuju PPF.

Perubahan tersebut ialah Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Penolong
Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

( Rujukan : Bil ( 63 ) dlm.KKM-55 ( 36 ) Bertarikh : 5 Nov. 1993 ) :
Penolong Pegawai Farmasi berperanan sebagai kumpulan sokongan dalam memberikan Perkhidmatan Farmasiutikal di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi di dalam set up penjagaan kesihatan. Peranan Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas di Hospital dan Klinik Kesihatan adalah tulang belakang kepada Perkhidmatan Farmasi .

Selari dengan assimilasi Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal Kimia Ubat
( PMKU ) ke dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh Penolong Pegawai Farmasi.

Perkembangan yang pesat dalam Farmasi Klinikal dan Pemonitoran Program Program Utilizasi Ubat-Ubatan telah mencetuskan keperluan kumpulan sokongan Penolong Pegawai Farmasi yang mahir serta membolehkan membantu keberkesanan dalam pengurusan ubat-ubatan dan Pharmaceutical Care .

Walaubagaimanapun pendispensan ubat-ubatan samaada ianya dalam konteks Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar mahupun Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam, masih menjadi teras tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Amat jelas tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat (PMKU) telah di serapkan kedalam PPF dengan latihan selama 6 bulan kepada PMKU untuk jadi PPF dalam subjek farmakologi.

Latihan PPF selama 3 tahun adalah sebanyak 98 credit hour, dan Cuma kurang lagi 22 credit hour untuk layak mendapatkan Ijazah, setaraf dengan PF iaitu sebanyak 120 credit hour.

PPF perlu mencari subjek untuk di pelajari sebanyak 22 credit hour lagi dan layak mendapat Diploma Lanjutan ( Advance Diploma ) dan sekali gus setaraf Ijazah Pertama. Tetapi ruang yang telah ada ialah, dapatkan pointer 3.8 dan sambung pelajaran ke Ijazah Farmasi.

Masterskill telah membuka fakulti farmasi, dan seharusnya semua PPF kita pakat penuhkan fakulti tersebut. Apabila ada ijazah farmasi, automatik kena bertugas dengan KKM selama 1 tahun PRP dan 3 tahun wajib. Lepas tu terus dapat laluan kerjaya baru bagi PF dan selepas 15 tahun, akan dapat U54. Juga elaun kritikal menunggu RM 850 sebulan.

Kepada PPF yang ada Ijazah sains, boleh mohon jadi Pensyarah di IPTA / IPTS yang ada fakulti farmasi.

Inilah laluan kerjaya PPF pada masa ini.


KETIGA :

Tambahan bagi PPF yang ingin melanjutkan pelajaran.

Kursus Bac Sc ( Hons ) Pharmaceutical and Health Sciences
University of Nothingham, Malaysia is offering a new programme for qualified candidates and pharmacy personels. Those who are keen to do a degree courses can enroll and contact the person as given below. This will be also an opportunity for those who are planing to become a Tutors at private Pharmacy Colleges and continue for further developments in career as lecturers. In governments colleges, the pharmacy board had change the qualification of tutors to Degree in Pharmacy Only. So its difficult for all Assistant Pharmacist in Malaysian governments Institution to becomes tutors unless you have a degree in pharmacy. But you may try this course and becomes a tutors, scientist, reseachers on drugs.

The Pharmaceutical and Health Sciences programme is a full-time degree studied over three years leading to the award of a BSc single honours degree. All three years of the course are taught at the University of Nottingham Malaysia Campus by our experienced academic staff in the School of Pharmacy. In addition to the staff based permanently at the Malaysia Campus you will also be taught by visiting academics from Nottinghams UK Campus and senior representatives of the Pharmaceutical Industry in Malaysia and South East Asia.

Programme structure :

Year One
During the first year teaching will concentrate on the fundamentals of the main areas of the course which are Pharmaceutics, Pharmaceutical & Medicinal Chemistry, Physiology & Pharmacology and Microbiology.

Year Two
In the second year you will consolidate the main topics taught in year one and start to explore these subjects in the context of industrial pharmacy and healthcare in general.

Year Three
The final year builds upon the basic pharmaceutical science foundation and also sees the introduction of a selection of optional modules including some in the field of business and entrepreneurship to meet the needs of employers in the Pharmaceutical and Healthcare sectors. Crucially, a semester-long research project allows the student to develop scientific research and data analysis skills in an area of their choosing.


KEEMPAT :

Rakyat Malaysia juga amat bertuah kerana mendapat YAB PM yang berpandangan jauh.
Banyak saranan dan usaha beliau dalam memajukan Negara, antaranya ialah :

MBE Model Ekonomi Baru
ETP Program Transformasi Ekonomi
GTP Program Transformasi Kerajaan
MPEN Majlis Penasihat ekonomi Negara
IPS Institiut Pembaharuan strategic
PEMANDU Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanan
R & D Inovasi , Penyelidikan dan Pembangunan
NKEA Makmal Bidang Aktiviti Ekonomi Utama Negara
NKRA Bidang Keberhasilan Utama Negara
NPPC Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara
PEMUDAH Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
KPI Key Performance Indek

Jika PPF mahir dalam semua bidang di atas, tentunya YAB PM amat menghargainya kerana hasrat beliau telah di terjemahkan secara akademik dan ilmiah oleh rakyat Negara ini di kalangan PPF.


Enam NKRA :

Mengurangkan Jenayah, Memerangi Rasuah, Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman, menambahbaik pengangkutan awam di bandar dan yang keenam missing in action.

Teras Strategik Ke 4 RMK 10 , membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Defisit Fiskal Negara pada tahun 2010 ialah 5.3 % daripada KDNK dan berharap ianya dapat di capai kurang dari 3 % daripada KDNK pada tahun 2015.


PPF perlu mahir dalam melaksanakan semua perkara tersebut dan menjayakan hasrat kerajaan.


KELIMA :

MESYUARAT AGUNG KESATUAN KEBANGSAAN
PEMBANTU FARMASI KERAJAAN MALAYSIA BARAT 2011 :

Tarikh : 22 - 24 hb. Julai 2011
Tempat : Emperor Hotel, Melaka.

Satu seminar bertajuk "PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI PENOLONG PEGAWAI FARMASI" akan diadakan pada 23.07.2011 sempena mesyuarat agung tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi wakil negeri masing-masing .

Perjalanan AGM tersebut adalah yang paling sukar bagi PPF kerana, ianya pertama kali di adakan selama 3 hari. Semua PPF perlu mengambil peluang untuk hadir kerana sejak 50 tahun PPF di negara ini, inilah kali pertama ada AGM yang santai dan relax. Boleh pilih hari mana yang nak hadir. Apapun pertemuan sesama batch latihan adalah di alu alukan, juga pertemuan semua bekas Exco , semua di jemput hadir, sebab bukan mudah nak mempertahankan kegemilangan selama 50 tahun yang lepas, tampa komitment yang tinggi semua bekas-bekas exco. Anda semua di alu-alukan. Semua nama anda ada dalam simpanan rekod, sebab segalanya di rekodkan, sejak 50 tahun yang lepas.

Yang masih dalam ingatan ialah Tn Hj Ghafar, En Arumugam, Tn Hj Kamaruddin Abd Rahim, Tn Hj Sofian Yahya, Tn Hj Sabirin Mohammad, Tn Hj Zakaria Embi, dll.


ATURCARA MAJLIS :

Aturcara AGM 22 Julai 2011 ( Jumaat )
02.00 petang : Peserta mendaftar diri untuk menginap
05.00 petang : Minum petang
07.30 malam : Makan malam
08.30 malam : CME / Lawatan Belajar

Aturcara Seminar Pembangunan Sahsiah Diri PPF 23 Julai 2011 ( Sabtu )
08.30 pagi : Pendaftaran seminar
09.00 pagi : Ceramah I
10.30 pagi : Minum pagi
11.00 pagi : Ceramah II
01.00 petang : Rehat / makan tengahari
02.30 petang : Ceramah III
04.30 petang : Minum petang ( acara bebas )
08.00 malam : Makan malam ( perasmian )

Aturcara AGM Kesatuan PPF 24 Julai 2011
08.30 pagi : Pendaftaran Mesyuarat Agong
09.00 pagi : Mesyuarat Agong dimulakan
10.30 pagi : Rehat / minum pagi
11.00 pagi : Mesyuarat disambung semula
01.30 petang : Rehat / makan tengahari

Aturcara Majlis Makan Malam dan Perasmian AGM Kesatuan PPF 24 Julai 2011 ( Ahad )
08.00 malam : Ketibaan dif-dif jemputan
08.30 malam : Ketibaan Y. Bhg. DatoPengarah Kanan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
08.35 malam : Ucapan pengerusi majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Mesyuarat Agong 2011

: Ucapan Dasar Presiden Kesatuan Kebangsaan Pembantu
Farmasi Kerajaan Malaysia Barat
: Ucapan Perasmian Y. Bhg. Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

09.15 malam : Makan malam di mulakan

: Acara Persembahan Kebudayaan Melaka
Persembahan dari Hospital Kuala Lumpur
: Cabutan bertuah
11.30 malam : Bersurai


BAYARAN PAKEJ SEMINAR DAN MESYUARAT
22.07.2011 24.07.2011 ( Penginapan 3 hari 2 malam )
RM 250.00 / ORANG

22.07.2011
1. Minum Petang
2. Makan Malam
3. Minum Malam

23.07.2011
1. Sarapan Pagi
2. Minum Pagi
3. Makan Tengahari
4. Minum Petang
5. Grand Dinner

24.07.2011
1. Sarapan pagi
2. Minum pagi
3. Makan tengahari



PAKEJ UNTUK SEMINAR SAHAJA
22.07.2011 23.07.2011 ( Penginapan 2 hari 1 malam )
RM 130.00 / ORANG
22.07.2011
1. Minum Petang
2. Makan Malam
3. Minum Malam
23.07.2011
1. Sarapan Pagi
2. Minum Pagi
3. Makan Tengahari
4. Minum Petang
5. Grand Dinner

PAKEJ UNTUK MESYUARAT AGONG SAHAJA
PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM ( Penginapan 2 hari 1 malam )
RM 130.00 / ORANG
23.07.2011
1. Minum Petang
2. Grand Dinner
24.07.2011
1. Sarapan pagi
2. Minum pagi
3. Makan tengahari



WALK IN :

GRAND DINNER
RM 35 SEORANG

SEMINAR
RM 45 SEORANG
Minum pagi
Makan Tengahari
Minum Petang

MESYUARAT AGONG
RM 25 SEORANG
Minum pagi
Makan Tengahari


PAKEJ 1 (SEMINAR DAN MESYUARAT)
22.07.2011 - 24.07.2011
RM250.00 SEORANG
PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM TERMASUK MAKAN DAN MINUM
TERMASUK MAKAN MALAM PERASMIAN

Pakej 2 ( Seminar sahaja )
22.07.2011 - 23.07.2011
RM130.00 SEORANG
PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM TERMASUK MAKAN DAN MINUM
TERMASUK MAKAN MALAM PERASMIAN

Pakej 3 ( AGM sahaja )
23.07.2011 - 24.07.2011
RM130.00 SEORANG
PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM TERMASUK MAKAN DAN MINUM

Ahli dan yang belum menjadi ahli dialu-alukan

SILA HANTAR TEMPAHAN ANDA SEBELUM ATAU PADA 19 hb. JULAI 2011
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI EN. ZAMRI B. ARIFFIN SELAKU SETIAUSAHA AGONG KESATUAN KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI DI NOMBOR 013-9327969 ATAU EMAIL zamriariffin@ymail.com

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 10 Julai 2011.
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Empty Re: FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

Post by nori Thu 24 Nov 2011, 9:50 am

FORUM 24 NOVEMBER 2011





Salam Satu Malaysia dan selamat bertugas
kepada semua PPF. Tingkatkan IQ.

Tahun 2008 dah berlalu, tahun 2009 dah berlalu, tahun 2010 pun sudah berlalu dan tahun 2011 juga akan berlalu secara sedar dan tidak sedar.









Segala cadangan, nukilan dan pandangan di
bawah adalah di lihat dari perspektif
akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama
agar ianya tidak tersasar jauh dari
matlamat asal. Perlembagaan kesatuan PPF
yang asal adalah dalam bahasa Inggeris dan ramai PPF tidak memahami akan hasrat
yang tersirat dan tersurat. . Sebagai usaha inivasi dan kreativiti, di sertakan
perlembagaan daripada kesatuan sekerja
dalam bahasa Malaysia. Jabatan kesatuan sekerja adalah di bawah Kementerian
Sumber Manusia. Positive thingking, positive result.


KESATUAN SEKERJA


PERATURAN 1 NAMA
DAN ALAMAT PEJABAT BERDAFTAR





1.
Nama Kesatuan Sekerja yang ditubuhkan
menurut Peraturan-peraturan ini ialah KESATUAN (yang selepas ini disebut ‘Kesatuan’)





2. Pejabat berdaftar kesatuan ialah di
KKM Putrajaya dan tempat mesyuaratnya ialah
di pejabat berdaftar ini atau di mana-mana tempat lain yang ditetapkan
oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.








PERATURAN
2 TUJUAN





1. Tujuan
Kesatuan ini ialah untuk:





(a) Mengorganisasikan pekerja-pekerja
yang disebut di bawah peraturan 3(1) sebagai ahli Kesatuan dan memajukan
kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu
pengetahuan.





(b) Mengatur perhubungan di antara
pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang
baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi
ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta
syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.





(c) Mengatur perhubungan di antara ahli
dengan ahli atau di antara ahli-ahli dengan pekerja-perkerja lain,di antara
ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di antara pegawai Kesatuan
dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di
antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera
penimbangtara menurut peraturan 26 dan
peraturan 27.





(d) Memajukan kebajikan ahli-ahli
Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi
undang-undang.





(e) Memberi bantuan guaman kepada
ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja.



(f) Memberi bantuan seperti pembiayaan
semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh
Majlis Jawatankuasa Kerja.





(g) Menganjurkan dan mengendalikan
kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya
dan para pekerja amnya.





(h) Mengendalikan urusan mengarang,
menyunting, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal, majalah,
buletin atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau
untuk kepentingan ahli-ahli Kesatuan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa
Kerja.







(i)
Menubuhkan
Tabung Wang Kebajikan dan menggubalkan peraturan-peraturan tambahan untuk
mentadbir dan mengawal tabung wang itu jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung.



(j) Secara amnya melaksanakan sebarang
tujuan kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.





2. Tujuan yang dinyatakan dibawah
peraturan 2(1) hendaklah dilaksanakan menurut peraturan-peraturan ini, Akta
Kesatuan Sekerja 1959 dan undang-undang bertulis yang lain yang ada kaitan.








PERATURAN
3 AHLI KESATUAN



1. Keanggotaan Kesatuan ini terbuka
kepada PPF yang digaji oleh KKM kecuali mereka yang memegang
jawatan pengurusan, eksekutif, sulit
atau keselamatan.
Mereka ini hendaklah berumur
lebih dari 16 tahun dan mempunyai tempat kerjanya di Semenanjung Malaysia tertakluk kepada syarat bahawa seseorang
yang diuntukkan pendidikan
dalam sesuatu sekolah, politeknik, kolej, universiti atau institusi lain yang ditubuhkan di bawah
mana-mana undang-undang bertulis tidak
boleh menjadi ahli Kesatuan kecuali jika sekiranya ia:-





(a) sebenarnya seorang pekerja menurut
takrif dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959; dan



(b) berumur lebih dari 18 tahun


2. Permohonan untuk menjadi ahli
hendaklah dilakukan dengan mengisi borang yang ditentukan oleh Kesatuan dan
menyampaikannya kepada Setiausaha. Setiausaha hendaklah mengemukakan permohonan
itu kepada Majlis Jawatankuasa Kerja untuk kelulusan. Majlis Jawatankuasa Kerja
boleh menolak sebarang permohonan untuk menjadi ahli mengikut budibicaranya
tanpa memberi sebarang alasan.





3. Setelah permohonan seseorang itu
diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja dan yuran masuk serta yuran bulanan
yang pertama dijelaskan maka namanya hendaklah didaftarkan dalam Daftar
Ahli/Yuran sebagai ahli.







4. Seseorang ahli itu hendaklah
diberikan senaskah buku Peraturan-peraturan Kesatuan dengan percuma apabila
diterima sebagai ahli.



5. Seseorang yang diterima
masuk menjadi ahli dan kemudian berhenti daripada tempat kerjanya, tred atau
industri seperti dinyatakan dalam peraturan 3(1) akan dengan sendirinya
terhenti daripada menjadi ahli Kesatuan. Namanya hendaklah dikeluarkan daripada
Daftar Ahli/Yuran tertakluk kepada peruntukan berkenaan di bawah Peraturan
Tambahan Wang Kebajikan (jika ada).








PERATURAN
4 YURAN DAN TUNGGAKAN








1.
Yuran
Kesatuan adalah seperti berikut:-



Yuran masuk RM 2.00


Yuran bulanan RM 5.00






Sebarang kenaikan
yuran hendaklah diputuskan dengan undi rahsia menurut peraturan 25.



2. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan
sebelum tujuh haribulan pada tiap-tiap bulan.





3. Seseorang ahli yang terhutang yuran
selama tiga bulan berturut-turut akan dengan sendirinya terhenti daripada
menjadi ahli Kesatuan. Haknya dalam kesatuan akan hilang dan namanya hendaklah
dipotong dari Daftar Ahli/Yuran.





4. Seseorang yang terhenti daripada
menjadi ahli kerana tunggakan yuran boleh memohon semula untuk menjadi ahli
menurut peraturan 3(2).





5. Majlis Jawatankuasa Kerja berkuasa
menetapkan kadar bayaran yuran bulanan yang kurang atau mengecualikan buat
sementara waktu mana-mana ahli daripada
bayaran yuran bulanan atau sebarang kutipan atau yuran khas (jika ada):-







(a)
jika
dia jatuh sakit teruk atau ditimpa kesusahan yang berat ;





(b) dia dibuang kerja, diberhentikan atau
diketepikan dan masih menunggu keputusan sesuatu perundingan atau perbicaraan
tentang pembuangan kerja, pemberhentian
atau pengenepian itu; atau



(c) kerana sebarang sebab lain yang
difikirkan munasabah dan wajar oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.








PERATURAN
5 BERHENTI MENJADI
AHLI





Seseorang ahli yang ingin berhenti dari
Kesatuan hendaklah memberi notis secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu
sebelum tarikh berhenti kepada Setiausaha dan hendaklah menjelaskan terlebih
dahulu semua tunggakan yuran dan hutang (jika ada). Nama ahli berkenaan
hendaklah dipotong dari Daftar Ahli/Yuran.



PERATURAN
6 HAK AHLI






Semua ahli mempunyai hak yang sama dalam
Kesatuan kecuali dalam perkara-perkara tertentu yang dinyatakan dalam
peraturan-peraturan ini.



PERATURAN 7 KEWAJIPAN
DAN TANGGUNGJAWAB AHLI





1. Setiap ahli hendaklah menjelaskan
yurannya menepati masa dan mendapatkan resit rasmi bagi pembayaran itu.
Pembayaran yuran bulanan dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah tanggungjawab
setiap ahli dan bukannya tanggungjawab pegawai-pegawai Kesatuan.





2. Setiap ahli hendaklah memberitahu
Setiausaha dengan segera apabila berpindah tempat tinggal atau bertukar tempat
kerja.





3. Seseorang ahli yang menghadiri
mesyuarat Kesatuan atau menggunakan pejabat Kesatuan hendaklah berkelakuan
baik, jika tidak ia akan diarah keluar oleh seorang pegawai Kesatuan yang
bertanggungjawab.



4.
Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan
sebarang dokumen atau surat pekeliling
tentang Kesatuan tanpa mendapat kelulusan Majlis Jawatankuasa Kerja.





5. Seseorang ahli tidak boleh
mendedahkan sebarang hal tentang kegiatan Kesatuan kepada orang yang bukan ahli
atau kepada pertubuhan lain atau pihak akhbar tanpa mendapat izin Majlis
Jawatankuasa Kerja.








PERATURAN
8 PERLEMBAGAAN DAN
PENTADBIRAN





1. Kuasa yang tertinggi sekali dalam
Kesatuan terletak kepada Mesyuarat Agung melainkan tentang perkara yang
hendaklah diputuskan melalui undi rahsia menurut peraturan 25.





2. Tertakluk kepada syarat tersebut di
atas Kesatuan hendaklah ditadbirkan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.








PERATURAN 9 MESYUARAT
AGUNG DUA TAHUNAN





1. Mesyuarat Agung Dua Tahunan
Kesatuan hendaklah diadakan seberapa segera selepas 31 Mac dan tidak lewat dari
30 September setiap dua
tahun. Tarikh, masa dan tempat mesyuarat itu hendaklah ditetapkan oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja.





2. Notis permulaan bagi Mesyuarat
Agung Dua
Tahunan
yang menyatakan tarikh, masa, tempat mesyuarat, permintaan
usul-usul untuk perbincangan dalam mesyuarat itu (termasuk usul pindaan peraturan) dan
penamaan calon bagi pemilihan ahli Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah dihantar
oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum
tarikh mesyuarat. “Ahli” di sini bermakna ahli yang berhak mengundi pada masa
pengundian itu dijalanankan.





3. Pencalonan bagi setiap jawatan
dalam Kesatuan dan usul-usul untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan
hendaklah dihantar oleh ahli kepada Setiausaha sekurang-kurangnya dua puluh
satu hari sebelum Mesyuarat Agung Dua Tahunan itu.



4. Semua
pencalonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang yang ditentukan oleh Kesatuan dan hendaklah mengandungi
perkara- perkara yang berikut:-





Nama jawatan yang ditandingi,
nama calon, nombor kad pengenalan, nombor keahlian, tarikh lahir, alamat
pekerjaan, nombor sijil kerakyatan/taraf kerakyatan dan tempoh masa ia bekerja
dalam “establishment”, tred, pekerjaan atau industri seperti yang ditentukan
dalam peraturan 3(1).







5. Sesuatu pencalonan tidak sah jika:


(a) ia tidak ditandatangani oleh seorang
penyokong dan seorang pencadang yang merupakan ahli-ahli berhak; atau





(b) ia tidak mengandungi persetujuan
bertulis calon yang hendak bertanding.





6. Setiausaha
hendaklah menghantar kepada semua ahli sekurang-kurangnya empat belas hari
sebelum tarikh Mesyuarat Agung Dua Tahunan
suatu agenda yang mengandungi
usul-usul, penyata tahunan dan penyata kewangan (jika ada) untuk perbincangan
dan kelulusan (serta kertas undi rahsia) mengikut kembaran kepada
peraturan-peraturan ini bagi pemilihan Majlis Jawatankuasa Kerja dan sebarang
perkara yang akan diputuskan dengan undi rahsia
(jika ada).





7. Satu perempat dari jumlah ahli yang
berhak akan menjadi kuorum Mesyuarat Agung Dua
Tahunan.





8. Jika selepas satu jam dari masa
yang ditentukan bilangan ahli yang hadir masih tidak mencukupi maka mesyuarat
itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lewat dari empat belas
hari kemudian) yang ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.





9. Sekiranya kuorum bagi Mesyuarat
Agung Dua Tahunan yang ditangguhkan itu masih
belum mencukupi pada masa yang ditentukan maka ahli-ahli yang hadir berkuasa
menguruskan mesyuarat itu, akan tetapi tidak berkuasa meminda
peraturan-peraturan Kesatuan.



10. Urusan
Mesyuarat Agung Dua Tahunan antara lain
ialah:-





(a) menerima dan meluluskan
laporan-laporan daripada Setiausaha, Bendahari dan Majlis Jawatankuasa Kerja;







(b) membincang dan memutuskan sebarang
perkara atau usul tentang kebajikan ahli-ahli dan kemajuan Kesatuan;



(c) melantik:-




i) Pemegang Amanah, jika perlu;




ii) Ahli Jemaah Penimbangtara, jika
perlu;





iii)
Juruaudit
Dalam; dan

iv) Pemeriksa Undi; untuk melaksanakan
pemilihan pegawai-pegawai Kesatuan bagi tempoh yang akan datang.





(d) meluluskan perlantikan pegawai atau
pekerja sepenuh masa Kesatuan sekiranya perlu dan menetapkan skel gaji serta
syarat-syarat pekerjaannya;





(e) membincang dan memutuskan
perkara-perkara lain yang terkandung di dalam agenda; dan





(f) menerima penyata Jemaah Pemeriksa
Undi tentang dengan pemilihan Majlis Jawatankuasa Kerja dan perkara-perkara
lain (jika ada).






PERATURAN
10 MESYUARAT AGUNG
LUARBIASA





1. Mesyuarat
Agung Luarbiasa hendaklah diadakan:-





(a)
apabila
difikirkan mustahak oleh Majlis Jawatankuasa Kerja; atau





(b apabila menerima permintaan bersama
yang bertulis daripada sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah ahli
yang berhak mengundi. Permintaan itu hendaklah menyatakan tujuan dan sebab
ahli-ahli berkenaan mahu mesyuarat itu diadakan.



2. Mesyuarat Agung Luarbiasa yang
diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan oleh Setiausaha dalam tempoh dua
puluh satu hari dari tarikh permintaan itu diterima. Notis dan agenda hendaklah
disampaikan oleh Setiausaha kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya tujuh hari
sebelum tarikh Mesyuarat Agung Luarbiasa.



3. Peruntukan-peruntukan peraturan 9
tentang kuorum dan penangguhan mesyuarat agung adalah juga terpakai kepada
Mesyuarat Agung Luarbiasa.





4. Jika Mesyuarat Agung Luarbiasa yang
diminta oleh ahli-ahli ditangguhkan kerana kuorum tidak cukup maka mesyuarat
yang ditangguhkan itu hendaklah dibatalkan sekiranya kuorum masih tidak
diperolehi selepas satu jam dari masa yang dijadualkan. Mesyuarat Agung
Luarbiasa bagi perkara yang sama tidak boleh diminta lagi dalam tempoh enam
bulan dari tarikh mesyuarat itu dibatalkan.





5. Jika Mesyuarat Agung Dua Tahunan
tidak dapat diadakan dalam masa yang ditentukan mengikut Peraturan 9, maka
Mesyuarat Agung Luarbiasa berkuasa menjalankan sebarang kerja yang lazimnya
dijalankan oleh Mesyuarat Agung Dua Tahunan dengan syarat Mesyuarat Agung
Luarbiasa yang demikian mestilah diadakan sebelum 31 Disember pada tahun yang
berkenaan.



PERATURAN
11 PEGAWAI DAN PEKERJA
KESATUAN





1. Pegawai
Kesatuan bererti seseorang anggota Majlis Jawatankuasa Kerja.







2. Seseorang tidak boleh dipilih atau
bertugas sebagai pegawai Kesatuan jika ia:-



(a) bukan ahli Kesatuan;




(b) belum sampai umur 21 tahun;
(c) bukan warganegara Malaysia;




(d) pernah menjadi ahli eksekutif
mana-mana kesatuan yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 15 (1)
(b) (iv),(v) atau (vi) Akta Kesatuan Sekerja1959 atau Enakmen yang telah
dimansuhkan oleh akta itu;





(e) pernah disabitkan oleh mana-mana
mahkamah undang-undang mengenai pecah amanah, pemerasan atau intimidasi atau
suatu kesalahan di bawah seksyen 49, 50 atau 50A atau suatu kesalahan yang pada
pendapat Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja menjadikannya tidak layak untuk
menjadi pegawai sesebuah kesatuan sekerja”;





(f) seorang pemegang jawatan
(office-bearer) atau pekerja sesebuah parti politik; atau





(g) seorang yang masih bankrap.


3. Majlis Jawatankuasa Kerja berkuasa
menggaji pekerja-pekerja sepenuh masa yang difikirkan perlu setelah mendapat
kelulusan mesyuarat agung. Seseorang pekerja Kesatuan selain daripada mereka
yang tersebut dalam “proviso” kepada seksyen 29(1) Akta Kesatuan Sekerja
1959,tidak boleh menjadi pegawai Kesatuan atau bertugas dan bertindak
sedemikian rupa sehingga urusan hal ehwal Kesatuan seolah-olah dalam
pengawalannya.





4. Seseorang
tidak boleh digaji sebagai pekerja Kesatuan jika dia:





(a) bukan warganegara Malaysia;




(b)
telah
disabitkan oleh sesebuah mahkamah kerana melakukan suatu kesalahan jenayah dan
belum lagi mendapat pengampunan bagi kesalahan tersebut dan kesalahan itu pada
pendapat Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja tidak melayakkannya digaji oleh
sesebuah kesatuan sekerja;





(c) seorang pegawai atau pekerja sesebuah
kesatuan sekerja yang lain; atau





(d) seorang pemegang jawatan (office-bearer)
atau pekerja sesebuah parti politik.








PERATURAN
12 MAJLIS JAWATANKUASA
KERJA







1. Majlis Jawatankuasa Kerja adalah
badan yang menjalankan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Kesatuan termasuk
hal pertikaian perusahaan dalam masa di antara dua mesyuarat agung.



2. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah
terdiri daripada seorang Presiden, seorang Naib Presiden, seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, seorang
Bendahari, seorang Penolong Bendahari dan Empat (4) orang Ahli Jawatankuasa. Mereka dikenali sebagai
pegawai-pegawai Kesatuan.





3. Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Kerja
hendaklah dipilih setiap Dua Tahun
sekali
dengan undi rahsia oleh semua ahli yang berhak.





4. Sekiranya seseorang calon bagi
sesuatu jawatan tidak ditandingi dan pencalonannya telah dilaksanakan menurut
cara yang ditentukan dalam peraturan 9(4), maka dia akan dianggap telah dipilih
dan namanya akan diasingkan dari kertas undi bagi pemilihan pegawai-pegawai.





5. Majlis Jawatankuasa Kerja yang
pertama hendaklah dipilih dengan undi rahsia dalam masa enam bulan setelah
Kesatuan didaftarkan dan sehingga pemilihan itu dijalankan, Majlis Jawatankuasa
Penaja yang ditubuhkan semasa penubuhan kesatuan hendaklah menguruskan hal
ehwal Kesatuan.





6. Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Kerja
akan memegang jawatan daripada satu Mesyuarat Agung Dua Tahunan ke satu Mesyuarat
Agung Dua
Tahunan
berikutnya.





7.
Sekiranya dalam sesuatu Mesyuarat Agung
Luarbiasa suatu usul “tidak percaya”
telah diluluskan terhadap Majlis Jawatankuasa Kerja oleh dua pertiga suara terbanyak, Majlis
Jawatankuasa Kerja hendaklah dengan serta
merta bertugas sebagai pengurus sementara dan hendaklah mengadakan pemilihan semula pegawai-pegawai Kesatuan
dengan undi rahsia dalam tempoh sebulan
setelah Mesyuarat Agung Luarbiasa itu. Pegawai-pegawai
yang dipilih dengan cara ini akan memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung Dua Tahunan yang
akan datang.





8. Apabila berlakunya pertukaran
pegawai-pegawai, pegawai atau Majlis Jawatankuasa Kerja yang bakal meninggalkan
jawatan hendaklah dalam satu minggu menyerahkan segala rekod berhubung dengan
jawatannya kepada pegawai atau Majlis Jawatankuasa Kerja yang mengambil alih
jawatan.





9. Pemberitahu tentang pemilihan
pegawai-pegawai hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam
tempoh empat belas hari selepas pemilihan itu.





10. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah
bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan setengah daripada jumlah
anggotanya akan menjadi kuorum mesyuarat. Minit mesyuarat Majlis Jawatankuasa
Kerja hendaklah disahkan pada
mesyuarat biasa yang berikutnya.





11. Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja
hendaklah diadakan oleh Setiausaha dengan
arahan atau persetujuan Presiden.





12. Notis dan agenda mesyuarat hendaklah
diberi kepada semua ahli Majlis Jawatankuasa Kerja sekurang-kurangnya lima hari
sebelum mesyuarat.





13. Permintaan secara bertulis untuk
mengadakan mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja boleh dibuat oleh
sekurang-kurangnya setengah daripada jumlah anggota Majlis Jawatankuasa Kerja.
Permintaan itu hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha yang akan mengadakan
mesyuarat yang diminta dalam tempoh empat belas hari dari tarikh permintaan
berkenaan diterima.



14. Apabila berlaku sesuatu perkara yang
memerlukan keputusan serta merta oleh Majlis Jawatankuasa Kerja dan tidak dapat
diadakan mesyuarat tergempar maka Setiausaha boleh dengan persetujuan Presiden
mendapatkan keputusan melalui surat pekeliling. Syarat-syarat yang tersebut di
bawah ini hendaklah disempurnakan sebelum perkara itu boleh dianggap sebagai
telah diputuskan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja:-





(a) perkara dan tindakan yang dicadangkan
hendaklah dinyatakan dengan jelas dan salinan surat pekeliling itu disampaikan
kepada semua ahli Majlis Jawatankuasa Kerja

(b) sekurang-kurangnya setengah daripada
jumlah ahli Majlis Jawatankuasa Kerja telah menyatakan secara bertulis sama ada
mereka itu bersetuju atau tidak dengan cadangan tersebut; dan





(c) suara yang terbanyak daripada mereka
yang menyatakan sokongan atau sebaliknya tentang cadangan tersebut akan menjadi
keputusan.





15. Keputusan yang didapati melalui surat
pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha dalam mesyuarat Majlis
Jawatankuasa Kerja yang akan datang dan dicatatkan dalam minit mesyuarat itu.



16. Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja yang
tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tidak lagi berhak
menyandang jawatannya kecuali dia dapat memberi alasan yang memuaskan kepada
Majlis Jawatankuasa Kerja.





17. Apabila seseorang pegawai Kesatuan
meninggal dunia, berhenti atau terlucut hak maka calon yang mendapat undi yang
terkebawah sedikit bagi jawatan berkenaan dalam masa undian yang lalu hendaklah
dijemput untuk mengisi tempat yang kosong itu. Bagi jawatan Presiden, Naib
Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha atau Bendahari, calon tersebut
hendaklah mendapat tidak kurang daripada satu perempat jumlah undi yang telah
dibuang bagi jawatan itu.





18. Jika tiada calon yang layak atau
calon yang layak enggan menerima jawatan itu, Majlis Jawatankuasa Kerja
berkuasa melantik seseorang ahli yang layak untuk mengisi kekosongan itu.





19. Setiausaha hendaklah menghantar notis
pertukaran pegawai-pegawai kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam masa
empat belas hari dari tarikh pertukaran dibuat.





20. Majlis Jawatankuasa Kerja boleh menggunakan
sebarang kuasa dan menjalankan sebarang kerja yang difikirkan perlu bagi
mencapai tujuan-tujuan Kesatuan dan untuk memajukan kepentingannya dengan
mematuhi peraturan-peraturan ini, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan
Peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja 1959.





21. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah
mengawal tabung wang Kesatuan supaya tidak dibelanjakan dengan boros atau
disalahgunakan. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah mengarahkan Setiausaha atau
pegawai yang lain mengambil langkah-langkah sewajarnya supaya seseorang
pegawai, pekerja ataupun ahli Kesatuan didakwa di mahkamah kerana menyalahguna
atau mengambil secara tidak sah wang atau harta kepunyaan Kesatuan.





22. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah
mengarahkan Setiausaha atau pegawai yang lain supaya menguruskan kerja-kerja
Kesatuan dengan sempurna.





23. Tertakluk kepada peraturan 11(3),
Majlis Jawatankuasa Kerja boleh menggaji mana-mana pegawai atau pekerja sepenuh
masa yang difikirkan mustahak atas kadar gaji dan syarat-syarat pekerjaan yang diluluskan
oleh Mesyuarat Agung



24. Pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja
Kesatuan boleh digantung kerja atau
diberhentikan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja kerana kelalaian, tidak
amanah, tidak cekap atau enggan melaksanakan sebarang keputusan atau kerana sebab-sebab
lain yang difikirkan munasabah atau wajar demi kepentingan Kesatuan.





25. Majlis Jawatankuasa Kerja akan
memberi arahan kepada Pemegang-pemegang Amanah tentang pelaburan wang Kesatuan.





26. (a) Majlis Jawatankuasa Kerja boleh menggantung
atau memecat keahlian atau
melarang daripada memegang jawatan seseorang ahli jika didapati bersalah kerana
cuba hendak merosakkan Kesatuan atau melakukan perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan ini atau
membuat atau melibatkan diri dengan sebarang perbuatan mencela, mengeji atau
mencerca Kesatuan, pegawai atau dasar Kesatuan.





(b)
Sebelum
tindakan tersebut diambil, ahli berkenaan hendaklah diberi peluang untuk
membela diri terhadap tuduhan berkenaan. Sesuatu perintah penggantungan,
pemecatan atau larangan hendaklah bertulis dan menyatakan dengan jelas bentuk
dan alasan tentang penggantungan, pemecatan atau larangan tersebut.



Jika
berkenaan, perintah itu hendaklah juga menyatakan tempoh ianya berkuatkuasa dan
syarat-syarat yang membolehkan ia ditarik balik.





(c) Jika seseorang yang telah digantung
faedahnya, dipecat atau dilarang daripada memegang jawatan rasa terkilan,dia
berhak merujukkan kilanan berkenaan melalui Majlis Jawatankuasa Kerja untuk
diselesaikan oleh Jemaah Penimbangtara di bawah peraturan 26 dan peraturan 27
atau merayu terus kepada Mesyuarat
Agung dimana keputusan Mesyuarat Agung adalah muktamad.





27. Dalam masa antara Mesyuarat Agung Dua Tahunan, Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah mentafsirkan
peraturan-peraturan Kesatuan dan jika perlu, akan menentukan perkara
yang tidak ternyata dalam peraturan-peraturan ini.





28. Sebarang keputusan Majlis
Jawatankuasa Kerja hendaklah dipatuhi oleh semua ahli Kesatuan kecuali sehingga
ianya dibatalkan oleh suatu ketetapan dalam mesyuarat agung melainkan keputusan
yang berkehendakkan undi rahsia.








PERATURAN
12.A JAWATANKUASA
TEMPATAN





1. Majlis Jawatankuasa Kerja boleh
menubuhkan Jawatankuasa Tempatan di sebarang daerah/tempat pekerjaan untuk
menjaga kepentingan ahli-ahli di daerah/tempat pekerjaan itu jika difikirkan
perlu.





2. Komposisi keanggotaan bagi
tiap-tiap Jawatankuasa Tempatan hendaklah ditentukan oleh Majlis Jawatankuasa
Kerja.





3. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah
menggubal peraturan-peraturan kecil sejajar dengan peraturan-peraturan ini bagi
menentukan cara-cara penubuhan, pembubaran, perlantikan
anggota Jawatankuasa Tempatan dan tugas-tugas Jawatankuasa Tempatan.





4. Setiap Jawatankuasa Tempatan akan
bertugas sebagai penyelaras sahaja dan tidak mempunyai kuasa eksekutif selain
daripada kuasa yang diberikan kepadanya secara bertulis oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja.



PERATURAN
13 TUGAS
PEGAWAI-PEGAWAI KESATUAN





1. Presiden




(a) menjadi Pengerusi semua mesyuarat dan
bertanggungjawab tentang ketenteraman dan kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat itu
serta mempunyai undian pemutus dalam semua isu semasa pada masa mesyuarat
kecuali perkara-perkara yang melibatkan undi rahsia;





(b) mengesahkan dan menandatangani minit
tiap-tiap mesyuarat;





(c) menandatangani semua cek Kesatuan
bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari; dan





(d) mengawasi pentadbiran dan perjalanan
Kesatuan dan berikhtiar supaya peraturan-peraturan ini dipatuhi oleh semua yang
berkenaan.





2. Naib Presiden




(a) membantu Presiden dalam menjalankan
tugas-tugasnya dan memangku
jawatan Presiden pada masa ketiadaannya.





(b) Menjalankan
tugas-tugas sebagaimana diarah oleh Majlis jawatankuasa
Kerja





3. Setiausaha




(a) mengelolakan kerja-kerja Kesatuan
mengikut peraturan-peraturan ini dan
melaksanakan perintah-perintah dan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau Majlis
Jawatankuasa Kerja;







(b) mengawasi kerja-kerja kakitangan
Kesatuan dan bertanggunjawab tentang surat-menyurat dan menyimpan buku-buku,
surat-surat keterangan dan kertas-kertas
Kesatuan mengikut cara dan aturan yang diarahkan oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja;



(c) menetapkan serta menyediakan agenda
mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja dengan persetujuan Presiden dan menghadiri
semua mesyuarat, menulis minit-minit mesyuarat dan menyediakan Penyata Tahunan
Kesatuan untuk Mesyuarat Agung Dua Tahunan;





(d) menyediakan atau menguruskan supaya
disediakan Penyata-penyataTahunan dan surat keterangan lain yang dikehendaki
oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam masa yang ditentukan;





(e) menyimpan dan mengemaskini suatu
Daftar Ahli yang mengandungi nama ahli, alamat, nombor kad pengenalan dan
tarikh menjadi ahli Kesatuan;





(f) menandatangani semua cek Kesatuan
bersama dengan Presiden dan Bendahari.





4.
Penolong Setiausaha





(a) Membantu Setiausaha dalam urusan
pentadbiran Kesatuan dan memangku jawatan Setiausaha semasa ketiadaannya; dan





(b) Menjalankan tugas-tugas sebagaimana
diarah oleh Majlis jawatankuasa
Kerja





5. Bendahari




(a) bertanggungjawab dalam urusan
penerimaan dan pembayaran wang Kesatuan dan urusan penyimpanan buku-buku
kira-kira sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Kesatuan
Sekerja 1959.





(b) mengeluarkan resit rasmi bagi
sebarang wang yang diterima.



(c)
bertanggungjawab
tentang keselamatan simpanan buku-buku kewangan dan surat-surat keterangan yang
berkenaan di Ibu Pejabat. Buku-buku dan surat-surat keterangan ini tidak boleh
dikeluarkan dari tempat rasminya tanpa kebenaran yang bertulis daripada
Presiden pada tiap-tiap kali ia hendak dikeluarkan.





(d) menyediakan penyata kewangan bagi
tiap-tiap mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja dan Mesyuarat Agung.





(e) menandatangani semua cek Kesatuan
bersama dengan Presiden dan Setiausaha.





6. Penolong Bendahari




(a) Membantu Bendahari dalam urusan
kewangan Kesatuan dan memangku
jawatan Bendahari semasa ketiadaannya;
dan

(b) Menjalankan tugas-tugas sebagaimana
diarah oleh Majlis Jawatankuasa
Kerja



PERATURAN
14 PEMEGANG AMANAH





1. Tiga orang Pemegang Amanah yang
berumur tidak kurang dari 21 tahun dan bukan Setiausaha atau Bendahari Kesatuan
hendaklah dilantik/dipilih di dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan yang pertama. Mereka
akan menyandang jawatan itu selama yang dikehendaki oleh Kesatuan.





2. Sebarang harta (tanah, bangunan,
pelaburan dan lain-lain) yang dimiliki oleh Kesatuan hendaklah diserah kepada
mereka untuk diuruskan sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis Jawatankuasa
Kerja.





3. Pemegang Amanah tidak boleh
menjual, menarik balik atau memindah milik sebarang harta Kesatuan tanpa
persetujuan dan kuasa daripada Majlis Jawatankuasa Kerja disampaikan dengan
bertulis oleh Setiausaha dan Bendahari.





4. Seseorang Pemegang Amanah boleh
diberhentikan daripada jawatannya oleh Majlis Jawatankuasa Kerja kerana tidak
sihat, tidak sempurna fikiran, tidak berada dalam negeri atau kerana sebarang
sebab lain yang menyebabkan dia tidak boleh menjalankan tugasnya atau tidak
dapat menyempurnakan tugasnya dengan memuaskan.



5. Jika seseorang Pemegang Amanah
meninggal dunia, berhenti atau diberhentikan maka kekosongan itu hendaklah
diisi oleh mana-mana ahli yang dilantik oleh Majlis Jawatankuasa Kerja sehingga
Mesyuarat Agung yang akan datang.





6. Mesyuarat Agung boleh melantik
sebuah syarikat pemegang amanah seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat
Amanah 1949 (Trust Companies Act 1949) atau undang-undang lain yang bertulis
yang mengawal syarikat-syarikat Pemegang Amanah di Malaysia untuk menjadi
Pemegang Amanah yang tunggal bagi Kesatuan ini. Jika syarikat Pemegang Amanah
tersebut dilantik maka rujukan “Pemegang Amanah” dalam peraturan-peraturan ini
hendaklah difahamkan sebagai syarikat Pemegang Amanah yang dilantik.





7. Butir-butir tentang Pemegang Amanah
atau pertukaran Pemegang Amanah mengenainya hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan
Sekerja dalam tempoh empat belas hari selepas pertukaran berkenaan untuk
dimasukkan ke dalam daftar kesatuan.Sebarang perlantikan atau pemilihan tidak
boleh dikuatkuasakan sehingga didaftarkan sedemikian.



PERATURAN
15 JURUAUDIT DALAM





1. Dua orang Juruaudit Dalam yang
bukan ahli Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah dipilih secara angkat tangan
dalam Mesyuarat Agung. Mereka hendaklah memeriksa kira-kira Kesatuan pada
penghujung tiap-tiap tiga bulan dan menyampaikan laporannya kepada Majlis
Jawatankuasa Kerja.





2. Buku-buku dan kira-kira Kesatuan
hendaklah diaudit bersama oleh kedua-dua Juruaudit Dalam dan mereka itu berhak
melihat semua buku dan surat keterangan yang perlu untuk menyempurnakan tugas
mereka.





3. Seseorang ahli Kesatuan boleh
mengadu dengan bersurat kepada Juruaudit Dalam tentang sebarang hal kewangan
yang tidak betul.





4. Apabila berlaku kekosongan jawatan
oleh sebarang sebab, kekosongan ini bolehlah diisi dengan cara lantikan oleh
Majlis Jawatankuasa Kerja sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.



PERATURAN
16 JURUAUDIT LUAR





1. Kesatuan hendaklah melantik seorang
Juruaudit Luar bertauliah dan seterusnya memperolehi kelulusan Ketua Pengarah
Kesatuan Sekerja bagi perlantikan ini. Juruaudit Luar itu hendaklah merupakan
seorang akauntan yang telah memperolehi kebenaran bertulis daripada Menteri
Kewangan untuk mengaudit kira-kira syarikat-syarikat di bawah Akta Syarikat
1965.





2. Kira-kira Kesatuan hendaklah
diaudit oleh Juruaudit Luar dengan segera selepas sahaja tahun kewangan ditutup
pada 31 Mac dan hendaklah selesai sebelum 31 Ogos tiap-tiap tahun.





3. Juruaudit Luar berhak menyemak
semua buku dan surat keterangan yang perlu untuk menyempurnakan tugasnya.





4. Kira-kira Kesatuan yang diaudit
hendaklah diakui benar oleh Bendahari dengan surat sumpah (statutory
declaration).





5. Satu salinan penyata kira-kira yang
diaudit dan laporan Juruaudit Luar itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli
sebelum Mesyuarat Agung Dua Tahunan. Penyata kira-kira dan Laporan
Juruaudit Luar tersebut hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan untuk kelulusan.





6. Kira-kira Kesatuan yang diaudit
hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja berserta dengan
Borang N sebelum 1 Oktober tiap-tiap tahun.





PERATURAN
17 JEMAAH PEMERIKSA
UNDI





1. Satu Jemaah Pemeriksa Undi yang
terdiri daripada lima orang ahli hendaklah dipilih secara angkat tangan dalam
mesyuarat agung untuk mengendalikan segala perjalanan undi rahsia. Mereka
hendaklah bukan pegawai Kesatuan atau calon bagi pemilihan pegawai-pegawai
Kesatuan. Seboleh-bolehnya ahli-ahli yang dipilih ini hendaklah ahli-ahli yang tinggal di sekitar
kawasan Ibu Pejabat Kesatuan.





2. Jemaah Pemeriksa Undi ini akan
berkhidmat dari suatu Mesyuarat Agung Dua Tahunan ke
Mesyuarat Agung Dua Tahunan yang berikutnya.
Apabila berlaku kekosongan, kekosongan ini hendaklah diisi dengan cara lantikan
oleh Majlis Jawatankuasa Kerja sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.





3. Sekurang-kurangnya tiga orang
Pemeriksa Undi hendaklah hadir apabila pembuangan undi dijalankan. Mereka
hendaklah memastikan bahawa aturcara yang tertera di dalam kembaran kepada
peraturan-peraturan ini dipatuhi dengan sepenuhnya.



PERATURAN
18 GAJI DAN
BAYARAN-BAYARAN LAIN





1. Skim gaji serta syarat-syarat
pekerjaan bagi pegawai-pegawai yang bekerja sepenuh
masa dengan Kesatuan dan pekerja-pekerja Kesatuan hendaklah ditetapkan melalui
usul yang diluluskan di Mesyuarat Agung Dua Tahunan.





2. Pegawai-pegawai Kesatuan yang
dikehendaki berkhidmat separuh masa bagi pihak Kesatuan boleh dibayar saguhati.
Jumlah pembayaran saguhati itu hendaklah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Dua Tahunan.





3. Pegawai-pegawai atau wakil-wakil
Kesatuan boleh diberi bayaran gantirugi dengan kelulusan oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja kerana hilang masa kerjanya dan perbelanjaan serta elaun
yang munasabah bagi menjalankan kerja-kerja Kesatuan. Mereka itu hendaklah
mengemukakan satu penyata yang menunjukkan butir-butir perjalanan dan bukti
hilang masa kerjanya (jika berkenaan) dan perbelanjaan yang beralaskan resit
atau keterangan pembayaran lain. Had maksimum bayaran, elaun dan perbelanjaan
yang boleh dibayar hendaklah ditentukan dari semasa ke semasa oleh Mesyuarat
Agung dan Majlis Jawatankuasa Kerja tidak boleh meluluskan sebarang bayaran
yang melebihi had yang ditentukan oleh Mesyuarat Agung itu.



Segala cadangan, nukilan dan pandangan di
atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga
perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya
tidak tersasar jauh dari matlamat asal.Tingkatkan IQ.




Tamat : 24 November 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Empty Re: FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

Post by nori Tue 05 Jun 2012, 1:04 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Salam Satu Malaysia dan Selamat Bertugas kepada semua PPF


RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000

Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “

7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang

The Director’s Conference 200 after deliberating on the theme “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “ with the main objective of enhancing the role of Allied Health Professionals (AHP) in meeting the future health needs, acknowledges ;

• That the AHP is agroup of professionals with varying work functions in health care who share common objectives of providing quality health services to individuals, families and communities;

• That to be person centred, the future health system shall be guided by the eight health services goals viz.

i. Wellness focus
ii. Person focus
iii. Informed person
iv. Self help and self care
v. Care provided at home or close to home
vi. Seamless and continuous care
vii. Services tailored to need of individuals and groups
viii. Effective, efficient and affordable care;

• That the future health care system shall be geared towards faciliting and sustaining lifelong wellness to individual, families and communities;

• That there are shortfalls and gap in ensuring delivering of person centred services which include:

= non equitable distribution and shortage of human resource for health;
= compartmenttalisation and territoriality of professional groups;
= inappropriate organizational structure;
= inadequate information system and communication mechanism;
= poorly coordinated policies;
= poor career development opportunities;

• That the imformation and communication technology (ICT) as an enable, shall be optimally applied in health care delivery; and

• That there is a need to strengthen intergration of services through virtual, horizontal and vertical intergration and team work


Thereby resolves :

That the Ministry of Health shall accelerate the transformation of current health system which is provider centred into one that is person and community centred, built upon effective teamwork and to fully optimize the role of Allied Health Professionals (AHP),

The Conference hereby recommends :
i. that the role of Allied Health Professionals be enhanced to meet the needs of the future health services through empowerment and improved professional competency;

ii. that due considerations be given to address the legal, ethical and administrative implication arising from the empowerment and enhancement of AHP;

iii. for a reappraisal of current policies, organisational structure and work processes to facilite the transformation process;

iv. that opportunities be inentified for greater involvement of AHP in all areas of care especially with the introduction and availability of telehealth;

v. that professional proficiency be raised and sustained through structured programmes and activities that include short-term course, attachments and fellowships locally or abroad for continuing professional development;

vi. that a conductive work environment be created and natured through motivation, effective leadership, provision of physical and psychosocial support and flexibility thereby facilitating career development;

vii. for the creation of learning opportunities for AHP by optimizing usage of information and communication technology ICT) ;

viii. for the provision of conducive service environment through the redesigning and implementation of career pathways for AHP thus providing greater opportunities for career advancement in recognition of their enhance rples, duties and responsibilities; and

ix. that step be taken to address the problems of shortage, mix and non-equitable distribution of AHP to support their enhance role.

The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms:
i. that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and

ii. that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations


EXISTING CAREER PATHWAY FOR ALLIED HEALTH PROFESSIONAL IN KKM

U 29 Diploma level

1 st Promotion

U 32 ( 8 to 10 years of service as U 29, 5 years service as U 29 minimum )

2 nd Promotion

U 36 ( 3 years service as U 32 minimum )

3 rd Promotion

U 38 ( 3 years service as U 36 minimum )

4 th Promotion

U 40 ( 3 years service as U 38 minimum )


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah meminta kerajaan menimbang cadangan supaya menaikkan gred jawatan kira-kira 50,000 pekerja perhutanan, pertanian dan teknikal.

Setiausaha Agung CUEPACS berkata kesemua pekerja terbabit yang kini dalam gred G17, G22 dan G26 dicadang dinaikkan kepada gred G27, G32 dan G36 kerana mereka mempunyai kelayakan akademik dan sijil kemahiran.

Beliau berkata ini selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu melahirkan pekerja mahir ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Maka pekerja yang ada kemahiran khas atau bertaraf antarabangsa perlu diberi pengiktirafan,

Cadangan mengenai penarafan gred tersebut telah dikemukakan kepada
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.



Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata suruhanjaya itu mempunyai enam anggota iaitu bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam; bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil; bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail; bekas Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Suruhanjaya diberi mandat untuk mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan.

Semua perakuan-perakuan Suruhanjaya Khas ini akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.

Sekretariat Suruhanjaya Khas adalah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara, diumumkan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas bersama penjawat Awam di Putrajaya, pada 8 Mac 2012.

YAB PM turut mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.



Segalanya adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama.


Selamat Maju Jaya PPF.


Tamat : 5 Jun 2012
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009 Empty Re: FORUM PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2009

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum