FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Implikasi Osteoartritis

Go down

Implikasi Osteoartritis Empty Implikasi Osteoartritis

Post by Fieza Sun 21 Dec 2008, 10:11 am

Implikasi Osteoartritis


Implikasi Osteoartritis Doktor-menulis-logo

SEMENJAK berkembangnya bidang perubatan di Malaysia, bilangan warga emas juga telah banyak meningkat.
Peningkatan ini juga menyebabkan bertambahnya bilangan penyakit,
yang secara langsung atau tidak, berkait rapat dengan proses penuaan.
Osteoartritis adalah salah satu di antara masalah yang sering
dikaitkan dengan warga emas. Osteoartritis berasal dari dua perkataan
iaitu ‘osteo’ dan ‘artritis’ yang membawa maksud radang sendi tulang.
Secara dasarnya, ianya adalah disebabkan oleh masalah degenerasi
(kemerosotan) tulang rawan yang meliputi sendi-sendi sinovial seperti
di lutut, paha, bahu, siku dan sebagainya.
Rawan sendi ini terbina dari sejenis protein yang memberi kesan
‘kusyen’ kepada sendi, terutamanya sendi-sendi yang menampung berat
badan seperti paha dan lutut.
Proses degenerasi ini mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan
ia juga bergantung kepada banyak faktor-faktor penyumbang lain.
Terdapat lebih 100 jenis artritis tetapi osteoartritis adalah yang paling kerap dialami oleh warga tua.
Di Malaysia sahaja, dijangkakan terdapat lebih dari 1 juta pesakit
osteoartritis dan jumlah ini semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Lebih daripada 30 peratus warga emas yang berusia 65 tahun ke atas menghidap osteoartritis yang memerlukan rawatan.
Sebelum usia 45 tahun, lelaki lebih mudah mendapat osteoartritis
manakala wanita pula lebih terdedah kepada penyakit ini setelah usia
mereka melebihi 55 tahun.
Pada usia tersebut, wanita didapati berisiko dua hingga tiga kali
ganda lebih tinggi mudah mendapat osteoartritis berbanding lelaki.
Punca
Setakat ini, tidak ada kajian saintifik yang dapat mengesahkan punca-punca sebenar yang menyebabkan osteoartritis.
Bagaimanapun, terdapat banyak faktor-faktor berkait rapat yang dapat menyumbang kepada osteoartritis.
Secara amnya, peningkatan usia adalah faktor yang paling besar di dalam menentukan tahap osteoartritis.
Satu kajian di Malaysia sebelum ini mendapati sebanyak 9.3 peratus dari penduduk dewasa di Malaysia mendapat sakit lutut.
Jumlah ini meningkat kepada 23 peratus bagi golongan yang berumur melebihi 55 tahun dan 39 peratus bagi yang melebihi 65 tahun.
Secara umumnya, osteoartritis boleh diklasifikasikan kepada osteoartritis primer dan osteoartritis sekunder.
Osteoartritis primer merupakan yang paling banyak berlaku dan ianya berkait rapat dengan proses penuaan.
Pada peringkat ini, kandungan air pada rawan meningkat dan kandungan
protein rawan pula makin berkurangan. Ini menyebabkan keanjalan rawan
terjejas, mudah rosak dan terhakis.
Degenerasi rawan akan berterusan sehinggalah rawan semakin berkurangan dan tidak lagi bertindak sebagai kusyen di dalam sendi.
Kehilangan rawan seterusnya membawa kepada peningkatan kesan geseran pada sendi dan menyebabkan sendi berkenaan berasa sakit.
Pergerakan sendi yang terjejas juga menjadi semakin terbatas disebabkan geseran dan rasa sakit.
Radang pada rawan juga menyebabkan berlakunya pembentukan
tulang-tulang lebihan (osteophytes) pada tempat-tempat yang tidak
sepatutnya.
Osteophytes ini juga memberikan kesan sampingan seperti sakit di
sekitar sendi dan boleh mengurangkan kemampuan pergerakan sendi.
Osteoartritis sekunder pula melibatkan banyak faktor-faktor tambahan seperti penyakit atau pun sesuatu keadaan tertentu.
Antara faktor yang boleh menyebabkan osteoartritis sekunder
termasuklah obesiti, jangkitan kuman pada sendi, trauma, masalah
hormon, gout, masalah sendi kongenital (sejak lahir) dan banyak lagi.
Faktor keturunan juga mungkin ada kaitan dengan osteoartritis,
tetapi setakat ini ianya masih belum dapat dibuktikan secara saintifik.

Pendek kata, apa sahaja masalah yang menyebabkan sendi menjadi tidak
normal, boleh menjadi punca atau penyumbang kepada osteoartritis
sekunder.
Tanda-tanda
Pada peringkat awalnya, osteoartritis tidak memberikan sebarang
tanda dan kebanyakan pesakit masih boleh meneruskan aktiviti harian
tanpa terpaksa mengubah cara hidup masing-masing.
Lenguh-lenguh sendi adalah antara tanda-tanda yang mungkin dialami oleh pesakit pada peringkat permulaan penyakit ini.
Setelah osteoartritis masuk ke tahap yang lebih serius, tanda-tanda
yang kerap dialami oleh pesakit-pesakit osteoartritis ialah termasuk
sendi-sendi menjadi sakit, bengkak, panas dan kaku.
Sakit sendi adalah gejala yang paling utama dan menyusahkan bagi
pesakit-pesakit osteoartritis. Rata-rata pesakit yang mendapatkan
rawatan untuk osteoartritis adalah kerana sakit sendi yang berpanjangan
dan mengganggu aktiviti harian mereka.
Di peringkat awal, sakit sendi meningkat akibat penggunaan sendi
yang berulang- ulang. Di tahap yang teruk, di mana tulang bergeser
sesama sendiri akibat ketiadaan rawan, sendi boleh sakit walaupun hanya
dengan sedikit pergerakan ataupun ketika rehat.
Jika gejala ini tidak dirawat, aktiviti-aktiviti biasa yang mudah
seperti mencangkung, turun atau naik tangga dan sebagainya akan menjadi
lebih sukar dan menjejaskan kesinambungan aktiviti-aktiviti harian
pesakit.
Pesakit yang beragama Islam mungkin akan mengadu sudah tidak dapat
bersolat seperti biasa dan terpaksa duduk di atas kerusi untuk solat
atau solat secara berlunjur.
Di peringkat yang lebih teruk lagi, rehat atau tidur mungkin akan
terganggu akibat daripada kesakitan sendi yang berpanjangan. Pesakit
juga mungkin mengadu terdapat bunyi geseran (crepitus) semasa
pergerakan sendi dan kadang-kala sendi menjadi lebih kaku.
Tanda-tanda ini disebabkan oleh kehilangan lapisan rawan pada
permukaan sendi. Di Asia, sendi lutut merupakan sendi yang paling kerap
mendapat osteoartritis.
Walaupun begitu, osteoartritis turut melibatkan mana-mana sendi lain
terutamanya yang menampung berat badan seperti lutut, pinggul dan
tulang belakang.
Selain daripada sendi-sendi yang disebutkan tadi, sendi-sendi kecil
pada jari tangan dan ibu jari juga boleh juga mendapat osteoartritis.
Pada tahap yang teruk, sendi-sendi boleh menjadi bengkok kerana
kehilangan rawan dan juga kehilangan sebahagian dari tulang pada
permukaan sendi.
Kesan yang selalu dapat dilihat ialah lutut menjadi pengkar
(bengkok) akibat osteoartritis yang teruk. Otot-otot, terutamanya di
paha, pula boleh menjadi kecut (atropi) dan lemah akibat jarang
digunakan.
Tanda-tanda awal yang disebabkan oleh osteoartritis ini boleh berlanjutan sehingga lebih dua minggu.
Sekiranya pesakit mendapati gejala-gejala awal seperti yang
dinyatakan tadi pada sendi-sendi penting, terutamanya pada lutut atau
pinggul yang berlanjutan lebih dari dua minggu, mereka disaran supaya
mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor.
Diagnosis
Kebanyakan doktor dapat membuat diagnosis awal osteoartritis secara
klinikal iaitu berdasarkan tanda-tanda seperti yang disebutkan tadi.
Doktor juga akan membuat pemeriksaan imbasan sinar-X terhadap pesakit-pesakit bagi mengesahkan diagnosis osteoartritis.
Imej dari imbasan sinar-X dapat menunjukkan kepada doktor tahap kerosakan sendi yang dialami pesakit osteoartritis.
Imbasan sinar-X juga dapat menolong doktor merancang pembedahan tukar ganti sendi sekiranya ianya diperlukan.
Artroskopi, iaitu penggunaan alat untuk pemeriksaan terus ke dalam
sendi, juga digunakan segelintir doktor untuk mengesahkan osteoartritis
dan pada masa yang sama boleh membuat rawatan mencuci sendi terbabit.
Bagaimanapun, cara ini lazimnya terhad kepada sendi-sendi yang besar
seperti sendi lutut dan ianya tidak begitu popular kerana ia melibatkan
pembedahan.
dicetak dari utusan online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Implikasi Osteoartritis Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum