FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

9 premis kotor diarah tutup

Go down

9 premis kotor diarah tutup Empty 9 premis kotor diarah tutup

Post by Fieza Sun 21 Dec 2008, 10:18 am

9 premis kotor diarah tutup

9 premis kotor diarah tutup Wk_03.1

KAKITANGAN Pejabat Daerah
Hulu Langat menasihatkan pemilik gerai di Ampang Jaya, semalam supaya
menjalankan perniagaan dalam keadaan bersih.




AMPANG JAYA 3 Dis. - Sembilan premis makanan di sekitar Pandan
Perdana di sini yang gagal memastikan tahap kebersihan mengikut
standard yang ditetapkan telah diarah tutup serta-merta malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),
Norhayati Ahmad berkata, premis berkenaan diarah tutup selama 14 hari
setelah didapati tidak memenuhi syarat kawalan mutu kebersihan seperti
ditetapkan oleh MPAJ dan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan bersama 14 anggota penguat
kuasa Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan 11 anggota penguat kuasa
kesihatan MPAJ ini dilancarkan susulan aduan orang ramai tentang tahap
kebersihan tidak memuaskan di beberapa premis perniagaan makanan di
sekitar kawasan ini.

"Aspek yang diberi tumpuan ketika operasi dijalankan adalah kaedah
penyediaan dan pengendalian makanan, kebersihan bekalan air, peralatan,
perkakasan dan sistem perparitan serta pengendalian sisa buangan,"
katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar operasi tersebut di
sini malam tadi.

Turut serta dalam operasi ialah Ketua Penolong Pengawai Kesihatan
Kanan MPAJ, Ghazali Ab. Wahab dan Ketua Penolong Pegawai Kesihatan dan
Persekitaran Pejabat Daerah Hulu Langat, Mad Desa Rashid.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan bagi memastikan setiap
premis makanan di kawasan pentadbiran MPAJ mematuhi semua syarat yang
ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983.

Namun begitu, katanya, sekiranya mereka mematuhi arahan tersebut,
mereka boleh membuka semula premis perniagaan dalam tempoh dua hari
sahaja berikutan telah mengambil langkah drastik dengan mematuhi syarat
yang dikenakan.

"Kebanyakan premis yang ditutup tidak mematuhi peraturan utama
kebersihan antaranya membabitkan kesalahan pengendalian makanan,
peralatan memasak serta keadaan kebersihan keseluruhan premis termasuk
lantai, dinding dan siling," katanya.

Menurutnya, daripada operasi itu, kesalahan lain yang sering dikesan
adalah membabitkan stor simpanan, peralatan memasak yang sudah lama,
tong sampah tidak ditutup sehingga menjadi tempat lipas berkeliaran
serta bahan mentah yang bercampur aduk dengan makanan yang sudah
dimasak dalam satu peti sejuk.

Beliau berkata, selain tidak menjaga kebersihan, pihaknya juga
mengambil kira markah penilaian premis yang berada di bawah tahap 50
peratus.

"Mana-mana premis yang mendapat markah di bawah 50 peratus juga diarahkan ditutup.
"Jika ada pengusaha yang ingkar arahan, mereka boleh didakwa
mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan boleh dikenakan penjara tidak
lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.
Tambah beliau, pihaknya akan menjalankan operasi tersebut dari semasa ke semasa demi kepentingan orang ramai.

Justeru itu, orang ramai juga diminta bekerjasama dalam memastikan
premis-premis berkenaan menjaga kebersihan dengan hanya mengunjungi
premis-premis yang bersih sahaja.

dicetak dari utusan online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : 9 premis kotor diarah tutup Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum