Jiwa murni pelatih jururawat
+4
noni
epiaya
awan_biru85
Fieza
8 posters
Page 1 of 1
Jiwa murni pelatih jururawat
Jiwa murni pelatih jururawat
Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my
Sekumpulan pelatih jururawat didedahkan mengenai dunia sebenar kejururawatan yang tidak boleh didapati dalam pembelajaran teori.
Bagi mereka yang sempurna, menghulurkan bantuan kepada golongan yang
kurang bernasib baik merupakan sesuatu yang dituntut baik dari segi
sosial mahupun agama.
Jika tidak memberi sumbangan kewangan, cukuplah sekadar menunjukkan
keprihatinan bagi menceriakan golongan orang kurang upaya (OKU). Cara
itu boleh membuatkan mereka berasa diri dihargai.
Berbekalkan keprihatinan itulah, sekumpulan pelatih tahun akhir
Diploma Kejururawatan dari Kolej Kejururawatan Murni, Seremban, Negeri
Sembilan termasuk enam orang tenaga pengajar mengadakan projek jiwa
murni di Taman Sinar Harapan, Taman Tuanku Najihah, Seremban, Negeri
Sembilan baru-baru ini.
Projek anjuran bersama Kolej Kejururawatan Murni dan mahasiswa
lepasan ijazah Sarjana Pengurusan Institut Pegawai Kanan Angkatan
Tentera Darat, Port Dickson (INSPEKA) itu diketuai oleh Mejar Samad
Igom.
PELATIH tahun akhir Diploma Kejururawatan bergambar di hadapan bangunan Taman Sinar Harapan di Seremban, Negeri Sembilan.
Ia bertujuan menimbulkan kesedaran pelatih jururawat agar bersikap
prihatin terhadap golongan yang memerlukan seperti insan-insan istimewa
itu.
Program itu juga dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat Kolej
Kejururawatan Murni untuk mendekatkan diri dengan masyarakat serta
memberi sokongan moral dan kasih sayang kepada OKU.
Menurut pengasas Kolej Kejururawatan Murni, Ridzwan Shoib, mulai
tahun ini, para pelatih kolej tersebut wajib mengadakan program
komuniti sebagai salah satu syarat tamat kursus mengikut kreativiti
masing-masing.
"Program seperti ini dapat mendedahkan pelatih mengenai dunia
sebenar kejururawatan yang tidak boleh didapati dalam pembelajaran
teori.
"Mereka juga boleh mendapat gambaran sebenar mengenai pengurusan
pesakit OKU yang sedikit sebanyak memberi mereka pendedahan yang
sewajarnya," katanya.
Tambah Ridzwan, pihak kolej sememangnya menggalakkan
aktiviti-aktiviti komuniti seperti itu kerana selain memberi pendedahan
kepada pelatih, ia secara tidak langsung dapat membantu mereka yang
memerlukan.
"Kami mempunyai enam kumpulan (batch) setakat ini. Untuk semester ini (dalam masa enam bulan), enam aktiviti komuniti seumpama ini akan dijalankan," katanya lagi.
Program itu juga mendapat sambutan baik daripada pihak pengurusan
Taman Sinar Harapan dan INSPEKA yang bergabung tenaga menjayakan
pelbagai aktiviti termasuk pemeriksaan kesihatan, rawatan ringan dan
pertandingan mewarna.
Kerjasama itu secara tidak langsung membantu melancarkan program yang diatur oleh para pelatih kolej tersebut.
Dalam program kali ini, seramai 120 warga OKU menjalani pemeriksaan
kesihatan daripada pelatih jururawat tersebut seperti rawatan cacing,
kutu dan kudis buta.
SERAMAI 30 orang OKU mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna.
Selain itu, para pelatih jururawat turut menjayakan pertandingan
mewarna yang disertai 30 pelajar OKU. Pertandingan itu berjaya
mempamerkan keupayaan dan kreativiti peserta.
Tinjauan Kosmo! mendapati kehadiran pelawat ke Taman Sinar Harapan sedikit sebanyak memberi sinar dan semangat kepada penghuni taman tersebut.
Selain itu, program dimeriahkan lagi dengan majlis sambutan hari
lahir yang diadakan oleh pihak pengurusan Taman Sinar Harapan untuk
kanak-kanak istimewa dan staf yang menyambut ulang tahun pada bulan
Januari lalu.
Bukan itu sahaja, mereka juga diraikan dengan jamuan nasi minyak oleh INSPEKA.
DICETAK DARI KOSMO ONLINE

PROGRAM komuniti ini diadakan bagi menyediakan pelatih menghadapi cabaran kerjaya kejururawatan yang sebenar. |

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Jiwa murni pelatih jururawat
kalu tak silap student kolej ni yang aku nampak kat Hos sultanah Bahiyah....ingat dari kolej mana......
awan_biru85- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : Sn u29
Gender :
Jumlah Post : 202
Umur : 38
Tarikh Register : 03/03/2008
Reputation : 0
Points : 6146
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Jiwa murni pelatih jururawat
bagus2..
epiaya- KERABAT TEGAR SENIOR
- Negeri :
Jawatan : ppp
Gender :
Jumlah Post : 1136
Umur : 46
Tarikh Register : 10/12/2008
Reputation : 10
Points : 6531
Character sheet
Mutiara Kata saya: amal makruf nahi mungkar ///
Re: Jiwa murni pelatih jururawat
awan_biru85 wrote:kalu tak silap student kolej ni yang aku nampak kat Hos sultanah Bahiyah....ingat dari kolej mana......
Kt Kedah eh?
noni- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender :
Jumlah Post : 1148
Umur : 44
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 6594
Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............
Re: Jiwa murni pelatih jururawat
Bagus la tu...smoga dengan adanya program seperti itu, insan2 yang dipanggil jururawat dapat mengaplikasikan setiap apa yang diperolehi dari program tersebut di dalam diri sendiri untuk diguna pakai bila2 masa...di mana2 jua...bukan setakat di tempat kerja nanti...
Buat adik2 yang bakal menjadi jururawat...
Jadilah jururawat yang penyayang, perihatin & tanggungjawab...
Buat adik2 yang bakal menjadi jururawat...
Jadilah jururawat yang penyayang, perihatin & tanggungjawab...
ZA_70- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender :
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6142
Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....
Re: Jiwa murni pelatih jururawat
respek kat pelatih...selamat menjalankan tugas nanti...
house- AHLI JUNIOR
- Jawatan : patient illness
Gender :
Jumlah Post : 24
Umur : 42
Tarikh Register : 14/03/2009
Reputation : 0
Points : 5751
Re: Jiwa murni pelatih jururawat
kdg2 program brsama masyarakat dpt mendekatkan golongn jururawat dg org awam
Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
xrayer- KERABAT SENIOR
- Jawatan : juru proses filem
Gender :
Jumlah Post : 430
Umur : 50
Tarikh Register : 04/09/2008
Reputation : 0
Points : 6386
Character sheet
Mutiara Kata saya: keje setakat gaji yg dibayar je
Re: Jiwa murni pelatih jururawat
awan_biru tu kan student kolej murni batch yg last...
yg de student laki....kalu tgk toi2 mesti kenai muke dak2 tuh...
huhuh..
mmg rajen pun dak2....
mintak2 la mase keje pun rajen camtu gak.....
yg de student laki....kalu tgk toi2 mesti kenai muke dak2 tuh...
huhuh..
mmg rajen pun dak2....
mintak2 la mase keje pun rajen camtu gak.....
zazlienaz- AHLI JUNIOR
- Jawatan : paramedik dan kaki menyibok...
Gender :
Jumlah Post : 31
Umur : 40
Tarikh Register : 13/07/2009
Reputation : 2
Points : 5691
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Similar topics
» Pelatih jururawat Kolej KKM vs Pelatih jururawat Kolej Swasta
» MENCARI PELATIH JURURAWAT DI SEKOLAH JURURAWAT SEREMBAN TAHUN 1982-1984 DAN JERANTUT 1985.25TAHUN SUDAH BERLALU BERHARAP DAPAT BUAT REUNION
» penjamin pelatih jururawat
» Sempena Hari Jururawat Dunia | Kefahaman Perlu Terhadap Isteri Bekerja Sebagai Jururawat
» Pelatih jururawat maut kemalangan - kosmo

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak