FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Saintis UM hasil antivirus denggi.

3 posters

Go down

Saintis UM hasil antivirus denggi. Empty Saintis UM hasil antivirus denggi.

Post by AZS Fri 02 Mar 2007, 4:23 pm

Berita Harian - 2 Mac 2007

KUALA LUMPUR: Sekumpulan saintis dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendakwa berjaya menghasilkan antivirus bagi demam denggi - yang pertama seumpamanya - berasaskan ekstrak herba.

Ketua Jabatan Mikrobiologi Perubatan UM, Prof Sazaly Abu Bakar, berkata antivirus denggi itu menggunakan ekstrak herba dari China, dikenali ‘artemisia’ serta gabungan adunan tujuh herba tempatan lain.

Ekstrak diberi nama ‘DengiMM2’ itu dirumus hasil kajian bersama saintis di UM dan PPUM dengan Autoimmune Sdn Bhd (Autoimmune) yang membiayai projek penyelidikan selama dua setengah tahun sejak Julai 2004.

“Kejayaan ini adalah langkah pertama kerana antivirus terbabit masih perlu menjalani ujian toksik, kimia dan kesan sampingan lanjut serta kelulusan yang mungkin mengambil masa antara tiga hingga empat tahun lagi.

“Jika kapsul dan pil DengiMM2 terbukti sesuai untuk kegunaan klinikal, antivirus merawat jangkitan denggi ini akan menjadi yang pertama di dunia,” katanya pada majlis penutup projek penyelidikan Kajian Mengenai Potensi Ekstrak Tumbuh-tumbuhan Tempatan Sebagai Rawatan Terhadap Denggi, semalam.

Sazaly berkata, walaupun PPUM mempunyai pelbagai kemudahan uji kaji yang lengkap, kejayaan sesuatu kajian banyak bergantung kepada faktor kewangan yang amat diperlukan dan biasanya disumbangkan pihak lain.

Pada fasa pertama penyelidikan antivirus itu, Autoimmune menyediakan rumusan ekstrak tumbuhan tempatan untuk dikaji dan berhasil menurunkan virus denggi di dalam sel yang dicemarinya.

“Uji kaji fasa kedua pula mendapati ekstrak berkenaan berpotensi mengawal virus denggi dan tidak menunjukkan kesan toksik terhadap tikus,” katanya yang juga ketua projek kajian berkenaan.

Sehingga ini belum ada sebarang vaksin dan antivirus yang berkesan untuk rawatan denggi di dunia walaupun India, Vietnam dan Thailand sudah lama berusaha menghasilkannya.

Sebelum ini, herba artemisia yang terbahagi kepada 400 jenis sudah terbukti berkesan digunakan sebagai antara kaedah merawat penyakit demam malaria. - Bernama

AZS
AZS
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri : Saintis UM hasil antivirus denggi. Kedah_10
Jawatan : Radiographer
Gender : Female
Jumlah Post : 1182
Umur : 41
Tarikh Register : 17/10/2006
Reputation : 0
Points : 7028

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Saintis UM hasil antivirus denggi. Empty Re: Saintis UM hasil antivirus denggi.

Post by eriy Tue 15 May 2007, 12:12 pm

demam denggi tu sama ke sakitnya dengan demam malaria..???
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6551

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

Saintis UM hasil antivirus denggi. Empty Re: Saintis UM hasil antivirus denggi.

Post by unta^selsema Mon 03 Nov 2008, 8:05 pm

bagus la kalo da jumpe vaksinnya..xla kesian sgt staff kat wad tu... Cool
unta^selsema
unta^selsema
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : Tukang Sunat Orang
Gender : Male
Jumlah Post : 1355
Umur : 42
Tarikh Register : 19/09/2008
Reputation : 6
Points : 6043

Character sheet
Mutiara Kata saya: jgn telalu cepat menganggap seseorg tu pandai memasak dgn hanya melihat cara dia nyalakan api.

Back to top Go down

Saintis UM hasil antivirus denggi. Empty Re: Saintis UM hasil antivirus denggi.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum