Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
3 posters
Page 1 of 1
Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
Teks dipetik dari ceramah Panel Agama --> JAKIM sebagai panduan dan rujukan bersama :
Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
DALAM hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki". (Bukhari dan Muslim)
Ia adalah satu topik menarik yang selalu dibincangkan dalam pelbagai forum kebapaan iaitu seolah-olah kini nilai kelelakian semakin pupus sama ada dari segi bilangan mahupun tanggungjawab. Mengapakah fenomena ini terjadi, apakah puncanya, dan bagaimanakah langkah terbaik untuk mengatasinya? Mungkin ramai yang beranggapan ia membawa maksud bertambahnya bilangan 'lelaki lembut' yang meniru gaya hidup wanita, seperti yang pernah dibincangkan di akhbar tempatan suatu masa dahulu, atau semakin kurangnya bilangan lelaki di dunia pada masa ini.
Pada hakikatnya yang dimaksudkan ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai lelaki seperti yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran iaitu lelaki sebagai 'qowwamun' (pelindung) kepada wanita. Allah berfirman di dalam surah an Nisa' ayat 34: Yang bermaksud: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.
Lelaki mendapat dua bahagian lebih daripada kaum wanita dalam pembahagian harta pusaka, lelaki dikehendaki membayar mahar apabila berkahwin, lelaki dikehendaki menggauli isterinya dengan baik, lelaki juga diizinkan berpoligami hingga 4 orang isteri dengan syarat mampu berlaku adil. Mengapakah lelaki diberi kelebihan oleh Allah daripada wanita dalam banyak perkara? Jawapannya ialah kerana lelaki itu memimpin perempuan, bukan perempuan memimpin lelaki dan tidak pula sama kedudukannya.
Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya dan begitulah seterusnya.
Maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.
Merujuk kepada matan hadis itu, Rasulullah juga menggunakan perkataan 'qowwamun' yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan baginda tidak menggunakan perkataan 'ar-rijal' yang membawa makna lelaki di dalam bahasa Arab. Maksudnya, golongan lelaki yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya pada hari ini.
Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sebaliknya mengeksploitasi, merogol dan menjadikan mereka sebagai alat melepaskan nafsu.
Lihatlah laporan yang selalu dipaparkan di media cetak dan elektronik mengenai moral atau akhlak masyarakat kita, khususnya orang Melayu Islam yang semakin hari semakin tenat.
Peningkatan kes rogol, sumbang mahram, bunuh, samun, ragut wanita, dera isteri, anak dan pembantu rumah, jelas menunjukkan betapa hilangnya nilai serta peranan ramai lelaki di negara ini. Fenomena ini bukanlah merujuk kepada hilangnya sifat kelelakian kerana mereka bertukar jantina, tetapi disebabkan tidak menjalankan tugas sebagai lelaki yang sebenarnya sebagai pelindung kepada wanita, seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan hadis nabi.
Jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak diekspolitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan. Pendek kata jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.
Dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat amat memerlukan lelaki bersifat pelindung. Mereka tidak akan malas di rumah dan membiarkan isteri dan anak sahaja membanting tulang setiap hari. Selain itu mereka tidak akan memukul atau mendera sama ada isteri mahupun anak, tidak menengking, tidak mengherdik, tidak memaki, mencaci dan mencarut kepada isteri dan ahli keluarganya. Lelaki pelindung juga tidak akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit manapun masalah yang dihadapinya. Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus bilangannya dalam masyarakat hari ini.
Namun, wanita juga turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki berikutan lantangnya suara sumbang golongan aktivis wanita yang ingin menyamaratakan taraf wanita dan lelaki tanpa menyedari akan risikonya. Mereka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini dipegang kaum lelaki. Pada masa sama, semakin ramai pula wanita yang rela diri mereka dieksploitasi oleh lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata, hingga wujudnya golongan Pelayan Pelanggan (GRO) atau pelacur yang dianggap bukan lagi suatu masalah dalam masyarakat.
Media massa berlumba-lumba menggunakan wanita untuk melariskan produk mereka. Apa logiknya wanita berpakaian ketat dan seksi berbaring di atas kereta baru yang hendak dilancarkan? Perkara seumpama ini tidak akan berlaku jika lelaki mempunyai sifat pelindung dan wanita pula menyedari mereka wajib dilindungi, bukan dieksploitasi atau diperalatkan untuk kepentingan duniawi.
Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk menyedarkan kaum lelaki mengenai tugas mereka? Dalam hal ini, lelaki Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dengan lelaki sebagai pelindung martabat tersebut.
Jika lelaki Muslim sedar bahawa dia hamba Allah, maka dia wajib menurut perintah Allah. Jika ingin mengikuti perintah Allah, dia wajib patuh ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh pelindung terbaik iaitu baginda Rasulullah saw. Rasulullah tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita, terutama isteri baginda sendiri. Baginda mengajar kita melindungi wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda, seseorang lelaki itu akan sentiasa menjadi pelindung kepada wanita. Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis :
Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab, jika engkau makan dia pun hendaklah diberi makan, jika engkau membuat pakaian, dia hendaklah diberi pakaian, kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan dikatakan dia buruk. (Abu Daud)

rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
Satu-satunya jln penyelesaian buat lelaki dan juga wanita, sebagaimana yg diajar oleh nabi tercinta.
Kembalilah kpd Al-Quran dan Sunnah.
Kembalilah kpd Al-Quran dan Sunnah.
SaSa- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : Mencari keredhaan Illahi
Gender :
Jumlah Post : 255
Umur : 52
Tarikh Register : 29/09/2008
Reputation : 16
Points : 6089
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
antara penyebab/faktor ada kena mengena dengan tajuk adalah: ramai lelaki melayu-islam khasnya terjerumus kelembah penagihan dadah, ramai jadi penganggor, walaupun islam tapi tiada berilmu tentangnya, mempunyai nafsu sahwat tapi tiada berkemampuan untuk berkahwin, terdedah kepada gambar/filem lucah, wanita modern berpakaian mendedahkan aurat dan dirasakan banyak lagi punca2 yang menjadikan masalah diatas.
rubaniibrahim- SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender :
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5943
Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
zaman sekarang ni,terlalu banyak pengaruh yg merosakkan pemikiran umat
islam..Walaupun Al-quran dijadikan panduan, tapi bila dah terpengaruh
semuanya ilang entah kemana..entah kenapa keimanan sebilangan besar
umat islam hari ni telah menjadi nipis..senipis kulit bawang..ini
sesuatu yg merunsingkn..apa akan jadi pada umat islam dimasa akan
datang.W/hulam..sama2lah kita mendidik anak2 kita ilmu agama..
islam..Walaupun Al-quran dijadikan panduan, tapi bila dah terpengaruh
semuanya ilang entah kemana..entah kenapa keimanan sebilangan besar
umat islam hari ni telah menjadi nipis..senipis kulit bawang..ini
sesuatu yg merunsingkn..apa akan jadi pada umat islam dimasa akan
datang.W/hulam..sama2lah kita mendidik anak2 kita ilmu agama..
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
Teringat ceramah dlm radio IKIM di mana berkesah berkenaan perkara ini. Bagaimana melawan musuh Islam.
Antara intipatinya...........jemaah, semangat ukhuwah dan akidah.
Satu lg.........kenali ideologi2/taktik2 musuh Islam yg cuba menghancurkan perpaduan umat Islam.
Antara intipatinya...........jemaah, semangat ukhuwah dan akidah.
Satu lg.........kenali ideologi2/taktik2 musuh Islam yg cuba menghancurkan perpaduan umat Islam.
SaSa- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : Mencari keredhaan Illahi
Gender :
Jumlah Post : 255
Umur : 52
Tarikh Register : 29/09/2008
Reputation : 16
Points : 6089
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
jika rajin mengikuti radio IKIM banyak ilmu kita dapat..
rubaniibrahim- SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender :
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5943
Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
isi-isi dari hadis ni :
DALAM hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda
yang bermaksud: "Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit
dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin
ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi
seorang lelaki". (Bukhari dan Muslim)
1. ilmu semakin sedkit,kejahilan semakin byk
- jahil sbb tidak mahu belajar ilmu agama.tgk saja pada zmn skrg,terutama dibandar2..anak-anak dihantar utk kelas tusyen itu dan ini,tapi xnak pulak antar anak2 tu pegi belajar mengaji.kelas fardhu ain pun tak dibuat. kalau di sekolah luar bandar,rina percaya kela2 fardhu ain ni masih wujud.ini salah ibu bapa kerna tidak memberi pendedahan kpd anak2nya.kita kena ingt yg anak2 ini akan menjadi pelapis.
2. zina berleluasa
- skrg ni,bkn stkt dewasa sahaja,anak2 kecik pun dah tahu n cuba utk melakukan perkara sebegini.semuanya kerna pengaruh video2 yg mudah didapati.kat dlm hp pun dah boleh tgk dah skrg ni. perkara ni susah utk dibendung selagi individu tiada asas dlm diri dan tidak timbul rasa takut terhadap penciptaNya.
3. wanita semakin ramai,lelaki semakin kurang,50 wanita hanya dilindungi seorg lelaki.
- sbnrnya lelaki masih byk skrg ni..tp yg menjadi pelindung tu yg kurang jumlahnya.
-
DALAM hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda
yang bermaksud: "Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit
dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin
ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi
seorang lelaki". (Bukhari dan Muslim)
1. ilmu semakin sedkit,kejahilan semakin byk
- jahil sbb tidak mahu belajar ilmu agama.tgk saja pada zmn skrg,terutama dibandar2..anak-anak dihantar utk kelas tusyen itu dan ini,tapi xnak pulak antar anak2 tu pegi belajar mengaji.kelas fardhu ain pun tak dibuat. kalau di sekolah luar bandar,rina percaya kela2 fardhu ain ni masih wujud.ini salah ibu bapa kerna tidak memberi pendedahan kpd anak2nya.kita kena ingt yg anak2 ini akan menjadi pelapis.
2. zina berleluasa
- skrg ni,bkn stkt dewasa sahaja,anak2 kecik pun dah tahu n cuba utk melakukan perkara sebegini.semuanya kerna pengaruh video2 yg mudah didapati.kat dlm hp pun dah boleh tgk dah skrg ni. perkara ni susah utk dibendung selagi individu tiada asas dlm diri dan tidak timbul rasa takut terhadap penciptaNya.
3. wanita semakin ramai,lelaki semakin kurang,50 wanita hanya dilindungi seorg lelaki.
- sbnrnya lelaki masih byk skrg ni..tp yg menjadi pelindung tu yg kurang jumlahnya.
-
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
"wanita semakin ramai,lelaki semakin kurang,50 wanita hanya dilindungi seorg lelaki".
inilah satu masalah juga. ramai wanita berpangkat dan ahli koprat tapi lelaki ramai tiada berkerja disebabkan wanita lebih cekap dan pintar dan lelaki sebaliknya.
satu lagi, lelaki yang berkemampuan tak dibenarkan berpoligami walhal Islam membolihkan sisuami yang berkemampuan bolih beristeri 4.....
inilah satu masalah juga. ramai wanita berpangkat dan ahli koprat tapi lelaki ramai tiada berkerja disebabkan wanita lebih cekap dan pintar dan lelaki sebaliknya.
satu lagi, lelaki yang berkemampuan tak dibenarkan berpoligami walhal Islam membolihkan sisuami yang berkemampuan bolih beristeri 4.....
rubaniibrahim- SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender :
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5943
Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
rubaniibrahim wrote:"wanita semakin ramai,lelaki semakin kurang,50 wanita hanya dilindungi seorg lelaki".
inilah satu masalah juga. ramai wanita berpangkat dan ahli koprat tapi lelaki ramai tiada berkerja disebabkan wanita lebih cekap dan pintar dan lelaki sebaliknya.
satu lagi, lelaki yang berkemampuan tak dibenarkan berpoligami walhal Islam membolihkan sisuami yang berkemampuan bolih beristeri 4.....
wanita berpangkat dan menjadi ahli korporat bkn bermakna perempuan tu
dah lebih dr seorg lelaki..dia tetap perempuan,dan masih tetap perlu
dilindungi oleh seorg lelaki.status dia takkan merubah hakikat yg
sebenar..wanita lebih cekap dan pintar itu bonus bg
mereka..insyaAllah,suami didikla isteri tu dgn sempurna supaya dia
tidak bermegah2 dgn pangkat yg dia ada.
siapa kata lelaki yg berkemampuan tidak dibenarkn utk berkahwin lebih
dr 1?semua akui itu tertulis didlm kitab dan dibolehkn..cuma kalau bro
rubani tanya kt mana2 wanita,jwpn mmg tiada yg menginginkn diri
dimadu.tp itu tidak bermakna para wanita menolak hakikat.ni rina post
petikan ceramah berkaitan dgn lelaki yg ingin bermadu ni..
petikan dr web drmaza:
Cuma malangnya, poligami ini jika digunakan oleh lelaki yang tidak
bertanggungjawab sehingga mencemarkan institusi berkenaan. Apatahlagi
golongan anti poligami ini hanya menonjolkan contoh-contoh buruk
poligami dan melupai contoh-contoh baik yang banyak. Lelaki-lelaki yang
baik dan berkemampuan patut tampil membawa contoh yang baik dalam perlaksanaan poligami. Sementara yang tidak berkemampuan dan ‘lemah’ kewibawaannya untuk adil, maka janganlah memakan ubat yang tidak diperuntukkan untuk anda.
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
SaSa- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : Mencari keredhaan Illahi
Gender :
Jumlah Post : 255
Umur : 52
Tarikh Register : 29/09/2008
Reputation : 16
Points : 6089
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
senyum je bro SaSa..joinla berforum,kita kongsi2 idea..

Ustaz aku kata...........bila seseorang sedang menyampaikan syarahan2nya, hendaklah kamu diam dan dengar. Mudah2an kamu akan mendpt keberkatannya.rieyna168 wrote:senyum je bro SaSa..joinla berforum,kita kongsi2 idea..
SaSa- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : Mencari keredhaan Illahi
Gender :
Jumlah Post : 255
Umur : 52
Tarikh Register : 29/09/2008
Reputation : 16
Points : 6089
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
SaSa wrote:Ustaz aku kata...........bila seseorang sedang menyampaikan syarahan2nya, hendaklah kamu diam dan dengar. Mudah2an kamu akan mendpt keberkatannya.rieyna168 wrote:senyum je bro SaSa..joinla berforum,kita kongsi2 idea..
Hahahaha bro SaSa ni..
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
Hawa,pasangan Adam..begitulah kaitannya dgn tajuk perempuan perlu dilindungi..
Hawa atau perempuan itu tercipta dari tulang rusuk Adam atau lelaki. Tafsirannya, tidak ingin menempatkan kaum perempuan setara dengan lelaki, tapi tetap menginginkan kaum perempuan sebagai pendamping.
Kenapa dari tulang rusuk? Kenapa tidak tulang lain? Jawapannya, kerana kedudukan tulang rusuk berada di tengah-tengah, tidak di atas atau di bawah. Jika dari tulang kaki,ertinya perempuan akan dipijak-pijak oleh lelaki. Kalau tulang kepala,maka perempuan pula akan menguasai lelaki. Itulah sebabnya digunakan tulang rusuk yang letaknya di kawasan dada, antara kepala dan kaki.
Tulang rusuk itu pembentuk rongga dada yang berfungsi sebagai pelindung hati[penjaga hati]. Kamu tahu bahawa hati adalah pengatur perilaku
seseorang. Baik buruknya seseorang ditentukan oleh hatinya. Jadi perempuan pengaja hati lelaki.
Jika perempuan itu berasal dari tulang rusuk lelaki, maka bererti ada tulang rusuk lelaki yang hilang.Bermakna lelaki menjadi tidak lengkap. Rongga dada pelindung hatinya tidak kukuh. Hal ini akan membuat hatinya menjadi tidak tenang, resah,dan tidak menentu. Agar hati dapat dilindungi, agar fikiran juga menjadi tenang, dan bersemangat untuk melakukan kerja, maka tulang rusuk yang hilang itu harus dicari!
Dalam mencari tulang rusuk yang hilang itu, bagaimana hendak membuat penilaian? Kamu lihat saja begini, apabila penawaran banyak, permintaan rendah, harga akan turun!Penawaran sedikit, permintaan tinggi, harga akan naik!
Berkaitan dengan ‘harga’ keindahan seorang perempuan dilihat dari caranya berpakaian. Maka bila perempuan berpakaian kurang kain, maka banyaklah 'barang' yang ditampilkannya. Semakin banyak yang ditampilkan maka semakin rendah harganya. Yang harganya mahal sesuatu yang yang belum ditampilkannya. Jika terlihat telapak kaki, maka yang berharga mahal adalah betis, jika terlihat betis, maka yang mahal dan adalah paha!Apabila sudah terbuka semua, mungkin tidak ada lagi yang indah!
Namun keindahan seorang perempuan tidak hanya dilihat dari sesuatu yang bersifat luaran, tapi juga dalamannya. Bukan hanya sesuatu yang dapat dilihat, tapi bukan dengan mata kasar. Sesuatu yang dapat dirasa, tapi mungkin tidak dapat diraba.
Setelah pilihan ditemui, ertinya tulang rusuk telah dipasang pada tempatnya, tetapi tetap akan ada persoalan yang datang. Lelaki kadang-kadang bingung bagaimana menghadapi persoalan dengan perempuan. Jika dimarahi tidak sesuai,namun jika didiamkan juga tidak boleh.
Tulang rusuk itu bentuknya bengkok dan jika dibiarkan saja, maka ia semakin lama akan semakin membengkok. Tapi jika dibetulkan dengan keras, maka ia akan langsung patah - begitulah perempuan. Kadang-kadang lelaki memang tidak tahu bagaimana harus menghadapinya. Mungkin ada dari sikap perempuan yang menurut penilaian lelaki tak boleh diterima, yang jika didiamkan saja akan membuat perempuan semakin menjadi-jadi. Namun jika dimarahi,dia akan patah atau rosak. Jadi caranya harus dengan kelembutan dan kesabaran. Namun jika ternyata dengan cara itu juga tidak dapat diatasi, lepaskan saja dia dengan baik-baik...

rieyna168 wrote:
Hawa atau perempuan itu tercipta dari tulang rusuk Adam atau lelaki.
SaSa- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : Mencari keredhaan Illahi
Gender :
Jumlah Post : 255
Umur : 52
Tarikh Register : 29/09/2008
Reputation : 16
Points : 6089
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
SaSa wrote:rieyna168 wrote:

nape bro..salah ker fakta ni..kalau ada yg bercanggah,kongsi2la..
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
Tak pa2.....teruskan.
Tgh recall kat mana2 yg boleh sokong statement tu.
Nantilah...........belum jumpa lg.
Tgh recall kat mana2 yg boleh sokong statement tu.
Nantilah...........belum jumpa lg.
SaSa- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : Mencari keredhaan Illahi
Gender :
Jumlah Post : 255
Umur : 52
Tarikh Register : 29/09/2008
Reputation : 16
Points : 6089
Re: Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..
SaSa wrote:rieyna168 wrote:
Hawa atau perempuan itu tercipta dari tulang rusuk Adam atau lelaki.
Adam tinggal keseorangan dan pada satu ketika dia terlena. Ketika itu,Jibril mencabut tulang rusuknya di sebelah kiri, dibentukkannya menjadi
daging dan tulang, seterusnya terciptalah Hawa, sebagai isteri. Perkara ini dinyatakan dalam surah al-Nisa, ayat 1.
Surat An-Nisa`, Satu Bukti Islam Memuliakan Wanita
Berbekal pengetahuan tentang Islam yang tipis, tak sedikit kalangan yang dengan lancangnya menghakimi agama ini, untuk kemudian menelorkan kesimpulan-kesimpulan tak berdasar yang menyudutkan Islam. Salah satunya, Islam dianggap merendahkan wanita atau dalam
ungkapan sekarang ‘bias jender’. Benarkah?
Sudah kita maklumi keberadaan wanita dalam Islam demikian dimuliakan, terlalu banyak bukti yang menunjukkan kenyataan ini. Sampai-sampai ada satu surah dalam Al-Qur`anul Karim dinamakan surah An-Nisa`, artinya wanita-wanita, karena hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita lebih banyak disebutkan dalam surah ini daripada dalam surah yang lain.(Mahasinut Ta`wil, 3/6)
Untuk lebih jelasnya kita lihat beberapa ayat dalam surah An-Nisa` yang berbicara tentang wanita.
1. Wanita diciptakan dari tulang rusuk laki-laki.Surah An-Nisa` dibuka dengan ayat:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ
وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً
كَثِيرًا وَنِسَاءً
“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan dari jiwa yang satu itu Dia
menciptakan pasangannya, dan dari keduanya Dia memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.” (An-Nisa`: 1)
Ayat ini merupakan bagian dari khutbatul hajah yang dijadikan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sebagai pembuka khutbah-khutbah beliau. Dalam ayat ini dinyatakan bahwa dari jiwa yang satu, Allah Subhanahu wa Ta'ala menciptakan pasangannya. Qatadah dan
Mujahid rahimahumallah mengatakan bahwa yang dimaksud jiwa yang satu adalah Nabi Adam 'alaihissalam. Sedangkan pasangannya adalah Hawa.Qatadah mengatakan Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam. (Tafsir Ath-Thabari, 3/565, 566)
Dalam hadits shahih disebutkan:
إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ، وَِإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي
الضِّلْعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهَا، وَإِنِ
اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ وَفِيْهَا عِوَجٌ
“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila
engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.” (HR. Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, “Dalam hadits ini ada dalil dari ucapan fuqaha atau sebagian mereka bahwa Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ
dan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menerangkan bahwa wanita diciptakan dari tulang rusuk. Hadits ini menunjukkan keharusan berlaku
lembut kepada wanita, bersikap baik terhadap mereka, bersabar atas kebengkokan akhlak dan lemahnya akal mereka. Di samping juga
menunjukkan dibencinya mentalak mereka tanpa sebab dan juga tidak bisa seseorang berambisi agar si wanita terus lurus. Wallahu
a’lam.”(Al-Minhaj, 9/299)
2. Dijaganya hak perempuan yatim. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ
لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ
أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ
أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُوا
“Dan jika kalian khawatir tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bilamana kalian menikahinya), maka nikahilah
wanita-wanita lain yang kalian senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kalian khawatir tidak dapat berlaku adil maka nikahilah seorang
wanita saja atau budak-budak perempuan yang kalian miliki. Yang demikian itu lebih dekat untuk kalian tidak berlaku aniaya.” (An-Nisa`:3)
Urwah bin Az-Zubair pernah bertanya kepada Aisyah radhiyallahu 'anha tentang firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ
تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى maka Aisyah radhiyallahu 'anha menjawab,
“Wahai anak saudariku1. Perempuan yatim tersebut berada dalam asuhan walinya yang turut berserikat dalam harta walinya, dan si wali ini ternyata tertarik dengan kecantikan si yatim berikut hartanya. Maka si wali ingin menikahinya tanpa berlaku adil dalam pemberian maharnya
sebagaimana mahar yang diberikannya kepada wanita lain yang ingin dinikahinya. Para wali pun dilarang menikahi perempuan-perempuan yatim
terkecuali bila mereka mau berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim serta memberinya mahar yang sesuai dengan yang biasa diberikan kepada wanita lain. Para wali kemudian diperintah untuk menikahi wanita-wanita lain yang mereka senangi.” Urwah berkata, “Aisyah
menyatakan, ‘Setelah turunnya ayat ini, orang-orang meminta fatwa kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang perkara wanita,
maka Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan ayat:
وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ
“Dan mereka meminta fatwa kepadamu tentang wanita.” (An-Nisa`: 127)
Aisyah radhiyallahu 'anha berkata, “Dan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat yang lain:
وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ
“Sementara kalian ingin menikahi mereka (perempuan yatim).” (An-Nisa`: 127)Salah seorang dari kalian (yang menjadi wali/pengasuh perempuan yatim)tidak suka menikahi perempuan yatim tersebut karena si perempuan tidak cantik dan hartanya sedikit. Maka mereka (para wali) dilarang menikahi perempuan-perempuan yatim yang mereka sukai harta dan kecantikannya kecuali bila mereka mau berbuat adil (dalam masalah mahar, pent.). Karena keadaan jadi terbalik bila si yatim sedikit hartanya dan tidak cantik, walinya enggan/tidak ingin menikahinya.” (Diriwayatkan olehAl-Bukhari no. 4574 dan Muslim no. 7444)
Masih dalam hadits Aisyah radhiyallahu 'anha tentang firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ قُلِ اللهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ وَمَا
يُتْلَى عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ فِي يَتَامَى النِّسَاءِ اللاَّتِي لاَ
تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ
Dan mereka meminta fatwa kepadamu tentang wanita. Katakanlah, “Allah memberi fatwa kepada kalian tentang mereka dan apa yang dibacakan kepada kalian dalam Al-Qur`an tentang para wanita yatim yang kalian tidak memberi mereka apa yang ditetapkan untuk mereka sementara kalian ingin menikahi mereka.” (An-Nisa`: 127)
Aisyah radhiyallahu 'anha berkata:
أُنْزِلَتْ فِي الْيَتِيْمَةِ، تَكُوْنُ عِنْدَ الرَّجُلِ فَتَشْرِكُهُ
فِي مَالِهِ، فَيَرْغَبُ عَنْهَا أَنْ يَتَزَوَّجَهَا وَيَكْرَهُ أَنْ
يُزَوِّجَهَا غَيْرَهُ، فَيَشْرَكُهُ فِي ماَلِهِ، فَيَعْضِلُهَا، فَلاَ
يَتَزَوَّجُهَا وَيُزَوِّجُهَا غَيْرَهُ.
“Ayat ini turun tentang perempuan yatim yang berada dalam perwalian seorang lelaki, di mana si yatim turut berserikat dalam harta walinya.
Si wali ini tidak suka menikahi si yatim dan juga tidak suka menikahkannya dengan lelaki yang lain, hingga suami si yatim kelak ikut
berserikat dalam hartanya. Pada akhirnya, si wali menahan si yatim untuk menikah, ia tidak mau menikahinya dan enggan pula menikahkannya
dengan lelaki selainnya.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 5131 dan Muslim no. 7447)
Penulis : Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Similar topics
» 5 rahsia imej lelaki-lelaki yang perlu WANITA ketahui
» lelaki menyerupai wanita
» WANITA vS LELAKI
» LELAKI & WANITA
» Wanita dan Lelaki Tua
» lelaki menyerupai wanita
» WANITA vS LELAKI
» LELAKI & WANITA
» Wanita dan Lelaki Tua
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak