FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

+3
azrul
rubaniibrahim
rieyna168
7 posters

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Mon 13 Apr 2009, 4:06 pm


Orang-orang Kafir Membelanjakan Harta Untuk Dakyah Mereka....Cabaran Untuk Muslim Hari Ini.

Surah Al-Anfal ayat 36 - 37

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan di kalahkan. Dan dalam neraka Jahannamlah orang-orang kafir itu dikumpulkan. Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dengan yang baik dan menjadikan golongan yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain. Lalu kesemuanya ditumpukkanNya dan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang rugi."


Orang-orang Kafir Membelanjakan Harta Untuk Menghalangi Orang-orang Beriman

Orang-orang kafir, mereka belanja harta mereka, secara tolong menolong antara satu dengan yang lain untuk menyekat manusia daripada mengambil jalan Allah. Allah Subhanahu Wataala telahpun memberikan ingatan kepada mereka yang usaha-usaha mereka itu akan rugi, dan akan menemui kegagalan. Kerugian untuk mereka di dunia dan di akhirat. Dan akhimya mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.

Muhammad Ibnu Ishaq melalui AI Zuhri berkata: "Setelah orang-orang kafir quraish kalah dalam peperangan Badar, mereka pulang dan terus merancang untuk menyerang kembali orang-orang Islam. Mereka berjumpa dengan Abu Sufyan yang telah dapat melepaskan dirinya dan harta dagangannya dari serangan tentera-tentera Islam. Mereka lalu menceritakan pada Abu Sufyan bahawa banyak di antara mereka kehilangan anak, ayah dan saudara mara dalam peperangan Badr. Mereka berkata pada hartawan dan pedagang quraish itu:
"Sesungguhnya Muhammad telah ganjilkan kita. Jadi bantulah kami dengan harta kamu, mungkin kali ini kita akan dapat menebus kekalahan (di Badar). Lalu merekapun menyerahkan harta mereka untuk tujuan mereka itu... "

Oleh kerana peristiwa inilah Allah Subhanahu Wataaala telah menurunkan ayat dari surah Al Anfal ini, untuk menyatakan pada Usbah Muslimah yang pertama dan juga pada orang-orang kafir bahawa usaha mereka yakni orang-orang kafir itu akan menemui kegagalan dan di akhirat kelak mereka (orang kafir) akan di masukkan ke dalam api neraka Jahannam.

Sikap seperti ini adalah satu cara tradisi bagi setiap musuh-musuh Islam, semasa dahulu mahupun sekarang ini,
malah sampailah pada hari akhirat. Inilah satu sunnatullah yang mesti difahami oleh setiap orang yang beriman dan yang berusaha untuk melaksanakan Islam dalam masyarakatnya. Sememangnya seperti yang
berlaku dahulu, mereka orang-orang kafir ini, akan berusaha secara tolong menolong dengan harta dan tenaga mereka untuk menyekat kebe:naran dakwah Islamiah, malah kebenaran Islam, Deen Allah SWT yang syumul dan lengkap.

Mereka orang-orang kafir ini akan meletakkan berbagai-bagai halangan pada orang-orang yang beriman. Sejak
dari titik mula dakwah ini lagi mereka telah berusaha dengan sepenuh tenaga untuk menghalang dakwah ini. Halangan-halangan ini rnungkin berbentuk kesenangan atau berbentuk kesukaran. Sebagaimana yang berlaku pada Rasulullah SAW semasa baginda sedang mengajak kaumnya di Mekah, datang sekumpulan pembesar kafir quraish menawarkan pada baginda berbagai bentuk kesenangan;

Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq:
"..dan merekapun berkata pada Rasulullah SAW, "Sekiranya kamu mahukan harta, maka kami akan kumpulkan harta-harta itu, dan menjadikan kamu orang yang paling kaya di antara kami, dan sekiranya kamu mahukan
kemuliaan, maka karni akan melantik kamu menjadi ketua dan penguasa keatas kami, dan kami tidak akan mengambil sebarang keputusan tanpa keizinanmu......

Kita melihat juga bagaimana mereka menyeksa Bilal bin Rabah ra, keluarga Yasir, Khabbab al Arit, dan lain-lainnya. Mereka menyekat daripada memberi bantuan makanan dan minuman kepada Usbah Muslimah yang pertama itu. Mereka menggunakan kata-kata mereka yang mengelirukan orang-orang Islam yang lemah imannya... Seperti yang diperkatakan oleh seorang kafir quraish Aas bin Wail As-Sahammi
"...Tinggalkanlah Muhammad itu, sesungguhnya dia adalah seorang yang tiada berketurunan. Tidak akan ada sesiapa yang meneruskan ajarannya,dan dia akan dilupakan setelah dia mati kelak.." Al Quran telah menggambarkan sikap mereka ini dalam surah Luqman ayat 6 yang bermaksud:

'Dan di antara nianusia ada yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa penqetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperolehi azab yang menghinakan...'
Mereka melakukan ini semua secara tolong menolong, malah secara yang tersusun.Mereka sebenarnya sedar apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu benar namun kerana dikuasai oleh nafsu dan keangkuhan mereka, mereka lebih suka untuk berada dalam kesesatan dan menerima azab Allah SWT. Pernah seorang musuh besar ummat Islam ketika itu, an-Nadr bin Harith berkata:
"...Wahai kaum quraish! Kamu berhadapan dengan satu masalah. Muhammad dulunya adalah seorang yang sangat mempersonakan kamu. Lebih jujur daripada sesiapa di antara kamu dan lebih amanah (daripada kamu).Setelah dia mula menghina berhala kamu, dan setelah dia menyampaikan kepada kamu ajarannya, tiba-tiba sekarang kau katakan dia seorang ahli nujum, tukang sihir, penyaer; dan kamu katakan dia seorang yang gila.Sebenarya tidak satupun daripada tuduhan ini benar! Wahai kaum quraish!Fikirkanlah atas keputusan yang telah kamu ambil ini, demi Allah,sesuatu yang besar disediakan untuk kesudahan kamu... "

Orang-orangyang beriman, yang melalui proses didikan di bawah Madrasah Rasulullah SAW mereka faham yang halangan-halangan in adalah satu sunnatullah, yang sudah semestinya mereka hadapi dengan penuh kesabaran. Orang-orang yang beriman, mereka faham yang mereka juga mesti berada bersama-sama dalam satu Jamaah, dan berjihad dengan segala apa yang ada pada diri mereka, sama ada dengan harta, tenaga dan jiwa raga mereka. Bagi mereka tidak ada hudnah dalam menyebarkan Fikrah Islamiyah, yaitu dalam erti kata tetap melaksanakan Islam dan beriman dengan Allah SWT dalam setiap suasana yang mereka hadapi. Sabda Rasulullah SAW yyang bermaksud;

"Jihad tidak akan berhenti sehingga ke hari kiamat. "

Orang-orang kafir, mereka tidak akan berhenti daripada usaha mereka itu, dan tidak akan membiarkan orang-orang beriman bersenang-senang. Oleh itu kita mestilah menyusun dan merancang kerja-kerja kita untuk menentang
jahiliyah. Adalah satu sunnatullah, sekiranya kita ingin menentang jahiliyah maka mestilah dalam satu usaha yang tersusun rapi. Berada dalam satu Harakah Islam yang mempunyai satu sistem tarbiyah yang benar, dan berkembang dengan cara yang benar juga. Bukan berkembang dengan cara yang tidak masyruk.

Orang-orang beriman dia sedar jahiliyah itu lemah, kerana ia tidak ada kekuatan mutlak. la hanya bergantung pada ketua-ketua dan kekuatan kebendaan sahaja. Namun bagi orang-orang beriman senjata mereka adalah di tangan Allah SWT. Kata as-Syahid Syed Qutb: "Kamu adalah lebih tinggi, oleh itu jangan kamu merasa lemah dan rendah lantas meminta damai (dengan jahiliyah). Kamu adalah lebih tinggi dari segi aqidah dan konsepsi hidup. Kamu adalah lebih tinggi dari segi ikatan penghubung dengan Tuhan yang Maha Tinggi dan Agung... kamu adalah lebih tinggi dari segi kekuatan, keteguhan dan kemenangan kerana kekuatan Yang Teragung adalah bersama-sama kamu. Kamu tidak bersendirian, tetapi kamu adalah didampingi oleh Yang Maha
Perkasa lagi Maha Berkuasa.....".

Pergolakan yang berlaku ini,iaitu pergolakan di antara tentera jahiliyah dengan barisan orang-orang
mukmin ini akan memperlihatkan hakikat atau tabiat seseorang itu. Siapakah yang menegakkan yang Haq, dan siapakah yang menegakkan kebathilan. Yang mana pendukong al Haq, dan yang mana pendukong kebathilan. Mungkin pada mulanya yang Haq dan bathil bercampur, tetapi apabila diadakan ujian dan tapisan, akhirnya yang haq dan bathil ini akan terpisah. Kerana Allah SWT tidak mahu kemenangan itu diberi pada yang campur aduk, tetapi Allah SWT hanya akan memberi pertolongan dan kemenangan pada yang bersih. Walaupun ada terkadang kala pada zahirnya kita lihat orang-orang kafir seolah-olah mendapat kemenangan, tetapi ianya hanya dalam bentuk istidraj (Allah beri dalam keadaan murka)

Bagi orang-orang yang beriman mereka perlulah sentiasa berdoa: "Ya Tuhan kami, janganlah kamu jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami
Rahmat dari sisi Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).




rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Tue 28 Apr 2009, 10:54 am

Saydatina Fatimah R.A Penghulu Wanita Syurga.

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.
Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja
menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT.Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.


Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW.Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin,Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air,berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik.Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum,Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung,mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat disisi-Nya.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu,kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah.Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita.Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun,pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah,meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit.Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu,hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Tue 28 Apr 2009, 5:19 pm

LUASNYA NERAKA

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami
& semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Ana s bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu Nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
penduduk bumi kerana panas dan basinya..

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit,
nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a..w. di pangkuannya sehingga
sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2.. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by kamalia Thu 30 Apr 2009, 10:04 am

Perkahwinan Sejahterakan Hati


WAN ABDUL FATTAH WAN ISMAIL.
--------------------------------------------------------------------------------



DI antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih-sayang dan belas-kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Ruum: 21)

Persoalannya, mengapakah semakin ramai golongan lelaki dan wanita bujang yang menolak perkahwinan? Kalau mungkin kerana tiada jodoh tidak mengapa. Tetapi yang lebih dibimbangi apabila mereka memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan atau tidak sanggup mengorbankan kerjaya.

Malah tidak kurang juga yang mengambil keputusan membujang kerana tidak pasti dengan kemampuan diri dalam mengharungi alam perkahwinan apatah lagi, dengan paparan kisah-kisah kerapuhan institusi kekeluargaan seperti pergolakan rumah tangga, penderaan emosi dan mental, perlakuan curang pasangan, campur tangan keluarga dan bebanan tanggungjawab yang tidak adil.

Wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, KAMARUL SYAMZARI KAMARUDDIN menemu bual pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Wan Abdul Fattah Wan Ismail bagi mengupas persoalan ini.

UTUSAN: Apakah kerugian yang akan dialami oleh mereka yang menolak perkahwinan (Uzuuf) dengan pelbagai alasan remeh-remeh, sedangkan diketahui akan kelebihannya di sisi agama?

WAN ABDUL FATTAH: Menurut Syeikh Khalid Abdurrahman al-Ak, dalam kitabnya Adab al-Hayat al-Zaujiyyah, mereka yang menolak perkahwinan (al-Uzuuf) akan mengalami dua kerugian dan kemudaratan iaitu dari segi keduniaan dan agamanya (akhirat).

Kerugian di dunia yang dimaksudkan di sini ialah jiwa sentiasa di dalam keluh kesah dan tidak tenteram. Ini kerana antara hikmah perkahwinan ialah menjadikan jiwa manusia dalam keadaan tenteram, tenang dan lebih teratur seperti mana yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Ruum ayat 21 di atas.

Sementara itu, Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ada menyatakan: Tidak akan sejahtera hati seseorang yang dikuasai oleh syahwat melainkan dengan perkahwinan, apabila hati dalam keadaan kecelaruan seseorang itu tidak mampu melaksanakan ibadat dan pekerjaan-pekerjaan lain dengan sempurna.

Menolak perkahwinan juga akan mengalami kerugian di dunia iaitu tidak memiliki zuriat keturunan, kerana memiliki zuriat yang sah merupakan antara matlamat sesuatu perkahwinan. Apatah lagi, apabila mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah pahala di dunia ini, melainkan tiga perkara antaranya anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu bapa mereka.

Seseorang juga akan mengalami kerugian dari sudut keagamaan (akhirat). Dengan menolak perkahwinan besar kemungkinan akan terjebak dengan kemungkaran atau dosa-dosa besar yang mengakibatkan mereka diazab dengan azab yang dahsyat pada hari pembalasan nanti seperti dosa zina, jenayah rogol dan seumpamanya.

Perkahwinan sebenarnya menjadi benteng berlakunya perbuatan-perbuatan keji dan sabda Rasulullah bermaksud: Wahai pemuda pemudi, barang sesiapa di kalangan kamu mampu untuk berkawin, maka berkahwinlah, kerana dengan perkahwinan akan dapat menundukkan pandanganmu (dari memandang maksiat) dan menjaga kemaluanmu (dari melakukan zina). Dan sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin maka berpuasalah, kerana ia akan menjadi perisai bagimu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagaimana boleh dijelaskan kepada golongan yang belum berkahwin ini bahawa kesukaran dalam membina sebuah keluarga bahagia dan diredai itu adalah asam garam yang jika berjaya diatasi natijahnya begitu manis?

WAN ABDUL FATTAH: Pepatah Arab menyebut: Kita tidak akan menuai hasil tanaman hari ini, selain daripada penat lelah pada semalamnya. Sesuatu yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti susah sudah tentu akan membuahkan hasil yang baik pada masa akan datang.

Firman Allah: Dan orang-orang berjihad (untuk mencari keredaan) Kami, nescaya Kami benar-benar akan menunjuk jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat kebaikan. (al-Ankabut: 69)

Begitulah juga dalam kehidupan berkeluarga, sekiranya kita sanggup mengharungi segala dugaan dan ujian dalam melayani kerenah pasangan dengan penuh kesabaran di samping mendidik dan mengajar mereka, nescaya akan kita kecapi kemanisan dan kebahagiaan yang sejati di kemudian hari.

Isteri yang bersusah payah melayani suaminya tanpa menghirau penat lelah, siang atau malam, semata-mata untuk mendapat keredaan suaminya, maka akan diberi ganjaran syurga oleh Allah. Sabda Rasulullah bermaksud: Mana-mana isteri yang meninggal dunia dan suami reda kepadanya maka ia akan dimasukkan ke syurga. (Riwayat al-Tirmizi).

Selain itu, suami isteri yang berkerjasama mendidik dan mengajar anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, nescaya anak tersebut akan menjadi saham yang amat bernilai apabila berhadapan dengan Allah kelak.

Kenyataan ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim seperti yang dinyatakan di atas.

Ini membuktikan betapa berbaloi penat lelah selama ini, dengan nikmat yang diperoleh di kemudian hari dan kesemua ini mustahil dapat dikecapi melainkan dengan kesabaran dalam melayari bahtera rumah tangga.

Apakah asas-asas persediaan yang perlu ada bagi bakal pengantin sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan supaya rumahtangga yang dibina mempunyai hala tuju yang seiring dengan kehendak agama?

WAN ABDUL FATTAH: Sebelum menempuh alam rumah tangga dan bergelar suami atau isteri, terdapat banyak perkara asas yang perlu diketahui dan dipelajari. Secara umumnya asas-asas persediaan yang perlu ada pada bakal pengantin ialah pengetahuan agama.

Kebijaksanaan pasangan suami isteri meningkatkan ilmu pengetahuan sudah tentu dapat dijadikan panduan menangani masalah yang berkemungkinan berlaku dalam rumah tangga. Penghayatan mengenai ilmu agama sudah tentu memberi persediaan dalam menghadapi cabaran.

Sebab itulah Islam menekankan asas utama pemilihan pasangan adalah dilihat dari segi agamanya, sabda Rasulullah bermaksud: Wanita (termasuklah lelaki) kebanyakan dikahwini disebabkan oleh empat perkara: kerana harta, keturunan, rupa paras dan kerana agamanya, maka pilihlah yang ada agama nescaya kamu akan beruntung. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkara ini disokong Dr. Muhammad Uqlah selain perkara-perkara seperti mempunyai pekerjaan atau sumber ekonomi bagi menyara keluarga dan lain-lain.

Sabda Rasulullah lagi: Sesiapa yang mengahwini isteri kerana kedudukannya, tiadalah Allah tambah kecuali kehinaan, sesiapa yang menikahi isteri kerana hartanya, tiada ditambah oleh Allah kecuali kefakiran, tetapi sesiapa yang berkahwin kerana ingin menunduk pandangannya menjaga kehormatannya atau menghubung silaturahim Allah akan memberkati keduanya. (Riwayat Imam al-Tabarani)

Mengapakah kesucian perkahwinan semakin dipandang serong oleh sesetengah orang?

WAN ABDUL FATAH: Sememangnya terdapat sesetengah pihak memandang serong kepada kesucian perkahwinan sehingga ada yang sanggup membujang hingga ke akhir hayat. Keadaan ini berlaku kerana beberapa faktor terutamanya kerana kecetekan ilmu dan kejahilan mengenai matlamat, tujuan dan hikmah perkahwinan itu sendiri. Di sebalik pensyariatan perkahwinan, terdapat hikmah-hikmahnya tersendiri yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan kepada manusia.

Antaranya seperti yang disebut dalam kitab Fiqh al-Manhaji, perkahwinan adalah bertujuan untuk memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia iaitu keinginan memiliki zuriat dan tuntutan syahwat.

Islam sebagai agama fitrah, menyahut tuntutan ini dengan menggariskan peraturan-peraturan yang jelas bagi memastikan keinginan tersebut dapat dipenuhi dengan cara syarie iaitu melalui perkahwinan.

Terdapat sesetengah agama melarang rahib-rahibnya daripada berkahwin dengan alasan untuk mendekatkan lagi hubungan dengan Tuhan. Fahaman ini berlawanan dengan fitrah semula jadi yang ada pada manusia dan akhirnya ia akan menyebabkan berlakunya perzinaan.

Oleh kerana itulah Rasulullah menengah umatnya dari meninggalkan sunah perkahwinan sekalipun mereka daripada ahli ibadat. Sesungguhnya Rasulullah menegah al-tabattul iaitu meninggalkan perkahwinan dengan tujuan memberi penumpuan kepada ibadat. (Riwayat al-Tirmizi).

Perkahwinan juga dapat membendung dan mengawal dari berlakunya keruntuhan akhlak dan moral masyarakat. Sekiranya syahwat tidak dapat dipenuhi secara syarie maka zina, rogol dan seumpamanya akan dijadikan alternatif. Perzinaan dan jenayah rogol memberi kesan yang amat besar kepada masyarakat kerana hasil daripada itu akan tersebarnya penyakit di dalam masyarakat seperti HIV, pembuangan bayi, pembunuhan dan sebagainya.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila telah datang kepadamu (meminang) mereka yang baik dari segi agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah mereka. Sekiranya kamu tidak melakukannya (menolak pinangan tersebut atau tidak ingin berkahwin sedangkan mempunyai kemampuan) maka kamu akan mengundang fitnah dan kerosakan pada dunia. (Riwayat al-Tirmizi).

Perkahwinan akan menjadikan masyarakat lebih teratur dan memberi ketenangan dan ketenteraman dalam hidup seperti firman Allah dalam surah al-Ruum.

Selain itu, terdapat pihak yang hanya melihat beberapa kes yang melibatkan keganasan dan keruntuhan rumah tangga. Namun dalam waktu yang sama mereka memejamkan mata daripada melihat jutaan keharmonian dan kedamaian hasil dari perkahwinan serta dapat banyak menyelesaikan permasalahan sosial dalam masyarakat. Keruntuhan rumah tangga berlaku kerana kelalaian pasangan yang tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar dan tidak memahami matlamat berumah tangga iaitu cuai melaksanakan tanggungjawab di dalam keluarga.

Apakah kesannya sekira umat Islam yang bujang ini tidak lagi berkeyakinan kepada institusi perkahwinan?

WAN ABDUL FATTAH: Menurut kitab Nizam al-Usrah fii al-Islam, sekiranya umat Islam memilih membujang ke akhir hayat kerana takut berdepan dengan alam rumah tangga, sebenarnya ia memberi kemudaratan yang amat besar kepada agama, akhlak atau nilai diri, masyarakat dan ekonomi. Kemudaratan dari sudut agama bermaksud apabila seseorang itu menolak perkahwinan maka mereka akan memilih jalan lain bagi memuaskan hawa nafsu iaitu terjebak dengan perbuatan zina, rogol dan seumpamanya. Ketahuilah zina akan menghapuskan kemanisan iman, mengotorkan hati dan menghapuskan kejernihan pada raut wajah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: Berwaspadalah kamu dari perbuatan zina, kerana pada zina itu ada empat kecelaannya: menghilangkan cahaya pada muka, menyekat keberkatan rezeki, terputus daripada kasih sayang Allah dan penyebab untuk ia kekal di dalam neraka buat selamanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Menolak perkahwinan juga akan menyebabkan kemudaratan kepada akhlak dan moral. Mereka akan melakukan zina dan rogol bagi memenuhi kehendak nafsu dan terkeluar daripada prinsip akhlak dan kemuliaan seorang manusia. Sebaliknya bersikap seperti binatang yang tidak berakal. Keadaan ini boleh menjatuhkan kemuliaan manusia yang dianugerahi oleh Allah dan bertukar kepada kehinaan yang lebih dahsyat daripada darjat haiwan.

Kemudaratan kepada masyarakat hasil memilih jalan membujang ialah akan menyebabkan institusi kekeluargaan menjadi lemah disebabkan tidak ada zuriat yang berkualiti dilahirkan sebaliknya anak-anak hasil perzinaan jauh daripada pendidikan dan belaian kasih sayang.

Anak-anak yang dilahirkan tanpa kasih sayang dan pendidikan yang mantap akan menyebabkan mereka tidak mampu memikul tanggungjawab sama ada pada agama, bangsa atau negara.

Apabila akal manusia menjadi lemah disebabkan tekanan dalaman untuk berkahwin, namun dia menolak desakan jiwa kerana keegoaan dan hilang keyakinan terhadap perkahwinan akan menyebabkan tidak dapat memberi tumpuan sewajarnya kepada apa-apa pekerjaan yang dilakukannya. Hasil dari keadaan tersebut akan memberi kesan besar kepada pembangunan ekonomi dan negara.

Menolak perkahwinan bererti kita melawan fitrah semula jadi yang Allah jadikan kepada manusia dan sekiranya manusia melawan fitrah ini. Ia akan membawa kepada kemusnahan mereka sendiri. Rasulullah dan nabi-nabi juga berkahwin kerana tuntutan fitrah sedangkan mereka mampu untuk mengawal nafsu syahwat sekalipun tanpa berkahwin, bagaimana pula manusia lemah seperti kita.

Rasulullah menegur kepada mereka yang tidak mahu berkahwin kerana ingin menumpukan kepada ibadat semata-mata dalam hadis yang bermaksud: Akan tetapi aku juga bersolat, aku juga tidur, berpuasa, berbuka dan juga mengahwini wanita, barang siapa yang berpaling (menolak) dari sunahku maka ia bukan dari umatku. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
kamalia
kamalia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : misi u29
Gender : Female
Jumlah Post : 825
Umur : 39
Tarikh Register : 16/02/2009
Reputation : 7
Points : 6804

Character sheet
Mutiara Kata saya: If u think u are beaten,u are.If u think u dare not,u don't.If u'd like to win but think u can't,its almost certain u won't....

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Thu 30 Apr 2009, 10:38 am

Mana satu pilihan hati..buat renungan semua

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?
Mak jawab, dua-dua bukan..
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. Yang paling tahu hanya Allah..mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu...

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire
Kakak,mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak
halal...Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang
miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan
membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada,mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.. mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang dimuka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.. mak menelan air liurnya. Saya diam.Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?
Kakak..Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya...
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang
bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan,
kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin.Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain,kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah..Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita,dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar
biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang
curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita
jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai
Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh
memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk
dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan
nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan
lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta
Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak..Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.. Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Fri 01 May 2009, 12:35 am

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Al-kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak
bersalah tetapi dizalimi.


Last edited by rieyna168 on Sat 23 May 2009, 11:03 am; edited 1 time in total
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Thu 21 May 2009, 6:34 pm

Lima kunci rahsia

Hadis :

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda "Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:

1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.
3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.
4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

Huraian :
Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari
pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia
dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya
sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat
setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud "Katakanlah :
kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat
Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis)
kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang
sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Sat 23 May 2009, 10:48 am

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan diatas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by fasha_wanna Sat 23 May 2009, 10:54 am

wahhh.. byk nye nk bace..

kne bace skit2 ni..

Very Happy
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9108

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Sat 23 May 2009, 10:57 am

kalau ada ilmu yg ingin dikongsi,meh lah post sesama fasha..mudah-mudahan kita sama2 mendapat manfaat. Smile
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by fasha_wanna Sat 23 May 2009, 1:36 pm

insyaallah..
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9108

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Sun 24 May 2009, 9:47 pm

5 Kebaikan dalam 5 Amal

Sekadar untuk berkongsi dan sesama mengingati:

Daripada Hazrat Shaqiq Bulkhi rah. :

"Kami mencari 5 perkara dan menemukannya dalam 5 amalan iaitu:

1. Keberkatan rezeki didapati melalui solah Dhuha.

2. Cahaya di dalam kubur didapati melalui solah Tahajjud.

3. Jawapan terhadap soalan Munkar dan Nankir didapati melalui membaca Al-Quran.

4. Mudah melintasi titian sirat didapati melalui berpuasa & bersedekah.

5. Mendapat naungan di bawah Arasy Allah S.W.T diperolehi melalui mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi diri.

===========================================================================

Semakin ke hadapan, kita semakin lupa dengan tuhan. Terlalu banyak cabaran dan juga kemudahan melalui nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T membuatkan kita lalai dan akhirnya lupa terus kepada-Nya.

Di masa terluang ni kalau boleh saya nak seru lah formumers-forumers sekalian. Cuba perhatikan apa yang telah di sampaikan oleh
Shaqiq Bulkhi ra.

Kalau rasa macam nak sangat kejar harta dunia, cubalah laksanakan solah Dhuha tu sekurang-kurangnya 2 rakaat sehari pun jadilah.

Bukanlah susah sangat. Barulah keberkatan harta tu ada..kita mencari harta duniawi tetapi dalam masa sama kita ingat kepada pencipta kita yang agung.

Tahajjud, boleh difahami kalau sukar nak dilaksanakan.Cabaran memang cukup-cukup besar. Bukan sesuatu perkara mudah untuk bangun malam dengan sebab untuk beribadat.Tapi sekurang-kurangnya cubalah berniat untuk melaksanakannya kalau terbangun di malam hari.

Kalau tidak terbangun.. maka itu perkara lain. Insya'allah kalau ada niat untuk buat.. maka Allah S.W.T akan mengadakan jalan baginya dan insya'allah.. akan terjagalah dia untuk solat Tahajjud.

Terlalu besar fadhilat Tahajjud ni untuk ditinggalkan.

Lagipun.. bukan dari aspek fadhilat sahaja.. ada diceritakan Allah S.W.T turun ke langit dunia pada 1/3 malam yang akhir.Maka bukankah itu adalah waktu Allah S.W.T paling hampir dengan kita hambanya?? (jangan tanya mcm mana Allah S.W.T turun ke langit dunia.. itu bukanlah urusan kita).

Seboleh-bolehnya buat la Tahajjud ni kalau dapat.

Wallahualam...
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Tue 26 May 2009, 4:29 pm

KELEBIHAN - KELEBIHAN SURAH YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN :

1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan
jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim,
hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan
nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya
dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.


(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya,
seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.

Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas
setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan
dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan,
dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara
bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari
gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari
was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada
orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(Cool SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh
penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(10) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah
ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(11) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan
selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(12) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(13) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia
akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan
kepada anak-anaknya.

(14) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit
jantungnya akan sembuh.

(15) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(16) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak
kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(17) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa
membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan,nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang
setempat dengannya.

(18) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(19) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(20) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(21) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(22) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(23) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.
Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian
dan serangan musuh.

(24) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari
Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(25) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat
dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(26) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(27) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(28) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51
hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(29) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(30) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(31) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca
ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banji
r.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Sun 31 May 2009, 10:01 pm

AURAT-AURAT WANITA ISLAM:

1. Bulu kening -Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka
(perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ....

3.Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada
mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6.Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9.Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya
haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab
Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu,puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,
maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah
- Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Tue 02 Jun 2009, 2:46 pm

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata ,maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan
longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan
: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Thu 11 Jun 2009, 12:02 pm

Kaabah Yang Enggan Bergerak...

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah
mengerjakan Rukun Islam ke-5.Amin

Forward untuk pengetahuan bersama:
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.
Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar,mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga..

Yang menghairankan, biarpun Kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga..Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi Kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.
Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa,rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Subhanallah

Allahuakbar

Betapa pengampun dan penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-Nya. Keampunan Allah tidak mengenal siapa..... semua yang layak akan dapat pengampunan- NYA.... Semoga ALLAh mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amiin.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Sat 13 Jun 2009, 6:54 pm

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang
diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t.
memberinya hidayah masuk Islam.


Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya
pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda
Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ' Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab,
'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat
yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'


'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa
isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'


'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang
tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'


'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai
30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca 'Bismillah.. .' dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).' (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh
seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.


-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.'
(Al-Mulk: 3).


-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu
subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ' (At-Takwir: 18).


-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata
kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'(Yusuf:98)


-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya
sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).


-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.' (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang
terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).


-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.
'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).


-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah
teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak
pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?' Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya
memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! '
Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.' Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '
Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**

NOTA:
Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca
dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.


Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah
Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana
bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi..
Wallahua'lam
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Fri 19 Jun 2009, 9:51 pm


<table class="MsoNormalTable" style="width: 100%;" border="0" cellpadding="0" width="100%"><tr><td style="vertical-align: top;">
</td></tr><tr><td style="padding: 0.75pt;">Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.
Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.
Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.
Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4.
Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.
Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata:Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya.Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua
ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6.
Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya.Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan
kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7.
Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya,anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa.Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8.
Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anakmereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.
Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.
Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu
bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.


Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.
</td></tr><tr><td style="padding: 0.75pt;">
</td></tr></table>













rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Sat 20 Jun 2009, 10:47 pm

Jika ada didalam sesuatu ajaran itu seperti dibawah ini, ia adalah diwartakan sebagai Ajaran Sesat. :-

1) Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu.
2) Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga.
3) Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.
4) Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.
5) Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.
6) Pengikut tarekat mereka sahaja dijamin masuk syurga.
7) Mempunyai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
8. Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.
9) Mempercayai ada lagi nabi selepas nabi Muhammad.
10) Penyerahan rohani / jasmani kepada guru melalui nikad batin.
11) Meminta pertolongan daripada orang yang telah mati.
12) Mempercayai bahawa dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat ma'unah (pertolongan) Allah.
13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.
14) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil nabi, boleh memberi sysfaat kepada muridnya.
15) Mendakwa bahawa wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad.
16) Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diterima terus dari Rasullullah secara jaga.
17) Mempercayai bahawa orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
18) Mempercayai bahawa orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi.
19) Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah melalui Nur Muhammad yang ada dalam dirinya.
20) Boleh memanggil roh orang mati dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.
21) Memansuhkan Syariah islam dan mengadakan syariat baru.
22) Meninggalkan sembahyang Jumaat keraan mengamalkan suluk.
23) amalan haji tidak semestinya di mekah, di tempat lain juga boleh.
24) Huruf huruf dalam kalimah hanyalah lambang.
25) Mempercayai bahawa bacaan2 seorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain2 boleh memberikan kesan baik atau
buruk.
26) Mengagung agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.
27) Mengaku diri sebagai Nabi Isa.
28) Mengaku diri sebagai Imam Mahdi.
29) mendakwa menjadi wali sedangkan dirinya bergelumang dalam maksiat.
30) Mengaku tahu perkara2 ghaib dan menilik nasib sesaorang.
31) Mengaku dirinya atau gurunya maksum
32) Menghalalkan nikah adik beradik
33) Mematuhi dengan buta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya itu melakukan kesalahan an dosa.
34) Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.
35) Guru mendakwa bahawa tugas tugas Rasul diamanat kepadanya.
36) Islam sesaorang itu tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya.
37) Semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini.
38)Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) di dalam badan Nabi adam turun menurun di dalam badan semua Nabi nabi dan
seterusnya ke dalam badan Imam imam (Syiah) dan guru guru hinga kiamat.
39) Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di panca Budi Medan atau di Medan sahaja.
40) Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
41) Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat sahabat nabi s.a.w.
42) Bersemadi di tempat tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu satu hajat.
43) Jika ada kemusykilan dalam satu satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru.
44) Boleh meramalkan kedatangan Imam mahdi dan kiamat.
45) Pengikut boleh menerima kuasa luar biasa dari guru.
46) Pengikut pengikut lelaki dan perempuan dikehendaki diuji dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapapun apa
yang terjadi dengan guru dalam bilik itu.
47) Pengikut tidak boleh berkahwin dengan bukan pengikut ajaran itu.
48) Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalu tidak akan ditimpa bala.
49) Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.
50) Gurunya mengaku Imam mahdi dan muridnya yang kanan Nabi Isa.
51) Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.
52) Percaya kepada makhluk makhluk seperti kayu bata dan dan kuasa ghaib.
53) Perbuatan maksiat seperti judi, zina dan minum arak serta segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru tarekatnya dan boleh dapat jaminan
ampun dari Allah ke atas dosa pengikutnya.
54) Murid murid tidak boleh mengahwini wanita wanita yang diminati oleh gurunya.
55) Murid murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
56) Ibadat sembahyang berpada dengan "niat" (terlintas dihati) sahaja.
57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.
58) Quran mempunyai makna makna batin itulah sebenar keramat.
59) Makna Quran yang zahir itu kulit sahaja tidak berguna.
60) Islam itu ada zahir dan batin; Zahir itu kulit dan batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi.

Bagi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan mana mana perkara di atas segeralah bertaubat "NASUHA"
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Sun 28 Jun 2009, 10:48 am

PENGERTIAN NAZAR

Nazar dari sudut bahasa bermakna janji untuk melakukan sebarang perkara sama ada baik atau buruk.

Nazar dari segi syarak bermaksud janji untuk melakukan perkara yang baik sahaja.

Contoh yang diberikan oleh Ibn Qudamah rh :

"Jika seseorang telah melakukan Nazar, menghalang dirinya atau orang lain melakukan sesuatu, atau membuat dirinya melakukan sesuatu - misalnya :"Jika aku bercakap dengan Zayed, maka aku kena pergi Haji, atau memberi harta ku kepada kebajikan, atau berpuasa satu tahun"; maka ini dikatakan Nazar." (al-Mughni 13/461).

2. Hukum Asal melakukan Nazar

Nabi SAW memerintahkan umatnya menjauhi Nazar. Sabda Nabi SAW dari Ibn Umar ra. berkata :-
"Nabi SAW melarang melakukan Nazar dan bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya ia tidak akan mengubah sesuatu, malah dia membuat mereka yang rugi memberi sesuatu" Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Ada dikalangan ulama' seperti Syiekh Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa hukum bernazar ini haram. Akan tetapi jumhur ulama' mengatakan bahawa bernazar ini hukumnya Makruh.

3. Apa yang perlu dilaku setelah bernazar.

Barangsiapa yang telah bernazar hendaklah dia tunaikan. Sabda Nabi SAW:-

"Barangsiapa yang bernazar untuk ta'at kepada Allah, maka biarkan dia menta'atinya"Hadith Riwayat al-Bukhari

Mereka yang bernazar mempunyai 2 pilihan :-

a. Meneruskan untuk menunaikan Nazar tersebut.
b. Membatalkan nazar dan dikenakan Kafaarat

4. Bernazar melakukan perkara yang haram/berdosa

Contohnya: Kalau aku gagal ujian, aku tidak akan berpuasa Ramadhan. Puasa didalam bulan Ramadhan adalah wajib. Sengaja membatalkan puasa hukumnya adalah Haram. Jika seseorang bernazar melakukan dosa, perkara ini tidak dibenarkan, malah dia hendaklah membatalkan nazar dan dia dikenakan kafaarat kerana membatalkan nazar.

5.Kaffrarah nazar

Hendaklah seseorang yang membatalkan nazar melakukan perkara berikut :-

a. Memberi makan kepada 10 orang miskin, atau
b. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau
c. Membebaskan hamba.

Jika tidak mampu melakukan diatas, barulah berpuasa selama 3 hari. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 89 yang bermaksud:

"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. "
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Wed 01 Jul 2009, 10:38 am

Cara menghindari perasaan hasad dengki, cemburu, denda, & seumpamanya

Menurut al-Zubair bin al-Awwam r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan
benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.
Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.

Cara menghindari penyakit ini:

1. Rendahkan diri kepada ALLAH dan banyakkan berdoa:

Allhummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri
Maksudnya: Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.

2.
Kajilah al-Quran dan banyakkan membaca ayat-ayat berkaitan
hasad.Mudah-mudahan hati bergetar dan menambahkan ketakutan dalam diri.

3. Banyak membaca sejarah kehidupan Nabi s.a.w tentang cara baginda menjauhi sifat itu seperti Kitab Nurul Yakin fi Sirah Sayyid al-Mursalin.

4. Membaca kisah para sahabat mengenai adab dan akhlak mereka seperti Kitab Suwar Min Hayat al-Sahabah, karya Abdul Rahman Rafat al-Basha.

5. Apabila syaitan cuba menimbulkan perasaan itu dalam diri kamu, segeralah membaca istiazah.

6. Jangan risau kejahatan yang dimainkan oleh hati kerana ia tidak dihisab.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h berkata:
Tidak dihisab terhadap apa yang dimainkan dalam diri manusia. Tetapi, dia dihisab atas apa yang dikatakan atau dilakukannya.

7. Banyak memberi hadiah dan salam kepada orang yang dihasad untuk menimbulkan perasaan sayang.

Sabda Nabi s.a.w:
Mahukah aku ajar kepada kamu suatu perkara jika kamu lakukan bersama-sama akan menambahkan kasih sayang, iaitu sentiasa memberi
salam antara kamu.
Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Tirmizi.

Wallahu alam.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Thu 02 Jul 2009, 5:25 pm

5 syarat untuk buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,
maka boleh kamu melakukan maksiat. Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?

Ibrahim bin Adham berkata, Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya. Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? Ya! tegas Ibrahim bin Adham. Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?

Yang kedua, kata Ibrahim, kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?

Ya! Anda benar. kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya! Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita? Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat? kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?

Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?

Baiklah, apa syarat yang kelima? Ibrahim pun menjawab, Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah. katanya sambil terisak-isak
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Thu 02 Jul 2009, 5:30 pm

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di
mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.



Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Mon 06 Jul 2009, 7:12 pm

PERBEZAAN SYAHID DUNIA & SYAHID AKHIRAT

Syahid dunia dan Akhirat
ialah syahid dalam pertempuran menentang musuh di medan pertempuran kerana menegakkan kalimah Allah. Orang yang mati syahid sebegini tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan menurut jumhur ulamak. DiAkhirat nanti ia akan memperolehi balasan istimewa dari Allah SWT. Ia juga selamat dari soal kubur.

Syahid pada hukum dunia

ialah orang yang mati kerana berperang menentang orang-orang kafir tetapi telahpun mendapat gaji dari peperangan yang dilakukannya atau mendapat bahagian harta rampasan dari peperangan tersebut atau orang yang mati kerana memerangi golongan kafir dalam keadaan riya' dan lain-lain.

Syahid pada hukum Akhirat
ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim, orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, orang yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan sebagainya. Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan mendapat pahala khusus dari Allah.
rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by rieyna168 Mon 06 Jul 2009, 7:15 pm

21 Jenis Manusia Yang Akan Dibangkitkan Di Padang Mahsyar

Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa,Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin
Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya : "Wahai
nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh. Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"


Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada di tempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata : "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)"
(Yassin: 52) Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.



  • Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.
  • Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
  • Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
  • Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
  • Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
  • Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
  • Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama)
  • Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
  • Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
  • Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
  • Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
  • Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang).
  • Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat.Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
  • Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
  • Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.
  • Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
  • Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
  • Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
  • Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
  • Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
  • Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

Ya Allah selamatkan kami....jadikan kami golongan yang beriman dan beramal soleh... Amin...

rieyna168
rieyna168
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Sarawa10
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender : Female
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11073

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..

https://www.facebook.com/rieyna168 http://ams-thegunners.forumms.net

Back to top Go down

Berkongsi ilmu agama yang kita tahu.. - Page 2 Empty Re: Berkongsi ilmu agama yang kita tahu..

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum