Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.
5 posters
Page 1 of 1
Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.
Sindrom otak bayi bergegar
ELAKKAN bayi terlepas daripada dukungan atau buaian kerana ia boleh menyebabkan kecederaan serius.
Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.
n 20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin,
sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan
diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan
lebam dan bengkak di kepalanya.
n 13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney
Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital
akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika
Syarikat.
n 14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah,
seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan
di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal
yang ditendang oleh seorang peragut.
Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan
anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala
jika si bayi terjatuh?
Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik
Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian
sememangnya tidak digalakkan.
"Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang
dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta
penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi," katanya.
Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding,
gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan
buaian terlalu kuat
Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi
yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam
buaian.
"Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi
kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau
terhempas ke lantai.
"Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya.
Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh
berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia
menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.
"Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus
dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti
muntah-muntah atau sawan.
"Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak," katanya.
Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala,
Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak
ketinggian anak itu jatuh.
Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak
manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak
bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat
terjatuh.
"Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia
berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut.
Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar," jelasnya.
Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan
berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu
kerana tidak dapat mengimbangi badan.
Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh.
Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.
"Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh," katanya.
Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.
Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja
rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam
buaian.
"Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya.
Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh
atau dihempap spring atau besi sangat tinggi," katanya.
copy from kosmo online

Dr. Zulkifli Ismail |
|

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.
bukankah skrg ni pengasuh yg bnyk cederakn bayi,relativ pengasuh pn kdg2 amik kesempata...cabul bayi...nauzubillah..
xrayer- KERABAT SENIOR
- Jawatan : juru proses filem
Gender :
Jumlah Post : 430
Umur : 50
Tarikh Register : 04/09/2008
Reputation : 0
Points : 6386
Character sheet
Mutiara Kata saya: keje setakat gaji yg dibayar je
Re: Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.
kalu buaian yg elektrik tu ok ke?
so kena la beringat jgn bli buaian tuk anak...
kalu anto kat pengasuh pn pesan kat dye jgn letak lam buaian...
nanti nyesal seumo idop...

zazlienaz- AHLI JUNIOR
- Jawatan : paramedik dan kaki menyibok...
Gender :
Jumlah Post : 31
Umur : 40
Tarikh Register : 13/07/2009
Reputation : 2
Points : 5691
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.
masalah nya kalau x tidur dibuaian baby x boleh lena lama.. lagipun semua pengasuh pun nak memudahkan kerja diorg jugak.. kalau bby x tido dibuaian bby asyik terjaga dan menangis je sbb x dapat tido lama dan nyenyak.. satu lagi kalau bby tu asyik menangis je mula lah pengasuh tu naik angin satu badan then mula la episod kes lain pulak.. tensen ngan budak tu then di deranya pulak nanti... Dulu pun masa aku dapat anak pertama aku ingat langsung xnak sentuh buaian.. tapi baby aku ni tido sekejap2 smpai aku nak berehat pun x boleh.. then mak mertua aku ckp semua budak kalau boleh nak tido kat buaian jugak then baru diorg lena.. pengasuh aku pun ckp cam tu jugak.. last2 aku mgalah, trpaksa jugak beli buaian masa baby aku tu dah nak masuk 4 bulan.. x larat weeeehhhhh.... alhamdullilah la aku dapat pengasuh yg baik.. insayallah mintak2 dia ikhlas dan baik sepanjang mengasuh anak2 aku tu..
atikah_ar- AHLI FORUM
- Jawatan : pensyarah
Gender :
Jumlah Post : 6
Umur : 47
Tarikh Register : 01/02/2010
Reputation : 0
Points : 5415
Re: Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.
betul tu.....tapi apapun ni adalah penerimaan masing2......dalam pengalaman ni.......bagi 2 orang anak saya ni pernah tidur dalam buai, tapi takda lagi jatuh leee.....cuam pengertian bagi anak2 ni masih dalam baby, bila diorang dibuaikan seumpama duduk dalam kantung perut ibu semasa mengandung bagi baby le......bila dah besar skit nak msuk kat setahun dalam buaian, rasa lena skit mcm dienjut2 tidur di atas riba ibu @ ayah.....
tapi ALHAMDULILLAH....anak2 say ni tak berapa kerap berbuai sampai le sekarang, lebih kerap tidur bawah.......sebab tu si ayah & ibu perlu belajar cara mcm mana nak peluk & dodoi anak2 ni dgn lembut & kemas, supaya anak2 ni rasa selesa tidur tanpa bergantung kepada buai......
cuma kita jgn lupa, sebahagian besar anak2 yg lahir di dunia ni sukakan buai dari baby lagi.....tapi ada juga yang terus menerus perlukan buaian tu.....kita tak boleh nak salahkan diri @ anak2 tu, dah fitrah semulajadinya.....tapi keselamtan perlu diutamakan.....arus ari ni memlibatkan ibu & ayah bekerja, kelaziman pasangan sekarang manghantar pada pengasuh....cuma kita doakan dgn harapan ALLAH swt temukan pengasuh yg baik untuk anak2 kita....

sekarang ni budak2 mmg suka tido dibuaian.. tapi dlm masa yg sama saya suka juga galakkan atau biasakan anak2 saya tido dibawah.. kdg bila mereka tak dapat lena then baru sy mskkan dlm buaian.. then mmg lena betul la.. baru senang kita nak berehat.. yg penting keselamatan mereka mmg kita kena sentiasa pantau
atikah_ar- AHLI FORUM
- Jawatan : pensyarah
Gender :
Jumlah Post : 6
Umur : 47
Tarikh Register : 01/02/2010
Reputation : 0
Points : 5415
Re: Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.
betul tu....jgn beri kebergantungan pada buaian....apapun sebagi ibu & bapa sememangnya kita kena berhati2......
Similar topics
» Kerap ambil paracetamol boleh sebabkan ASMA.
» Jom Kita Kenal PPE
» Kecederaan sukan lutut berbunyi ?pop?!
» Faktor apa menyebabkan kerosakan saraf?
» Kes Denggi yg menyebabkan kematian : salah siapa?

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak