RaHSia JaDi aYaH YaNg BeRKeSaN
+2
wanwaqiuddin1
sya_lotus
6 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Sewaktu Kehamilan dan Saat Kelahiran / Penjagaan Ibu :: Juga Menarik: Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
RaHSia JaDi aYaH YaNg BeRKeSaN
assalamualaikum sumer...
Khas utk bapak2 yg ade dlm forum ni.. ade yg dah jd bapak ke or bakal jadi bapak org..? hikhikhik... utk panduan kite sumer..
BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya: Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.
Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.
Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.
Anak yang tidak berbapa.
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.
Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)
Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.
Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:
Bapa yang komited dan bertanggungjawab.
Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!
Kenali anak anda.
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada merekal Istiqamah (tetap pendirian) .
Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.
Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.
Melindungi, menyara dan mendoakan.
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.
Mencintai ibu mereka.
Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.
Menjadi pendengar yang baik.
Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.
Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.
Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

sya_lotus- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Jawatan : pengurusan
Gender :
Jumlah Post : 438
Umur : 42
Tarikh Register : 19/10/2006
Reputation : 0
Points : 6602
Character sheet
Mutiara Kata saya: U ur own destiny..
Re: RaHSia JaDi aYaH YaNg BeRKeSaN
A. Petua Merangsang Anak Yang Mempunyai Masalah Komunikasi
* Ibu bapa harus memberikan perhatian yang khusus bila diperlukan.
* Pamerkan kasih sayang dengan jelas.
* Puji anak secara khusus.
* Berikan pujian & penghargaan sekerap yang mungkin.
* Hormati kawan-kawan anak.
* Kongsi perasaan ibu bapa dengan anak-anak.
* Kongsi hobi dengan anak.
* Lakukan sesuatu yang istimewa untuk anak.
* Bentuk suasana komunikasi yang selesa.
B. Petua Merangsang Keistimewaan Anak
* Kenali dan nyatakan ciri istimewa anak.
* Terima dan galakkan anak memberi pandangan dan cadangan.
* Terima dan hargai anak walaupun ada kesilapan dan kelemahan.
* Cari keunikan dalam idea atau perlakuan anak dan beri pujian.
* Beri peluang anak untuk mencuba atau bertindak secara unik.
* Hormati setiap pandangan anak walaupun ada yang tidak disetujui oleh ibu bapa.
* Hormati barang kepunyaan dan biliknya.
* Beri peluang anak melakukan sesuatu kerja atau tugasan mengikut caranya sendiri.
C. Petua Meningkatkan Keyakinan Diri Anak
* Bantu anak meningkatkan kemahiran berkomunikasi Galakkan beri pandangan. Dengar ceritanya. Suruh ceritakan pengalaman di sekolah setiap hari.
* Libatkan anak dalam merangka peraturan dalam rumah tangga dan dalam menyelesaikan masalah.
o Jadual harian di rumah.
o Tanggungjawab mengenai bilik tidur.
o Tanggungjawab membantu kerja-kerja dirumah.
* Nilai proses penyelesaian masalah yang dijalankan oleh anak.
* Beri penghargaan untuk setiap 1 kejayaan walaupun kecil.
* Hormati aras ketrampilan anak dan sentiasa ingat yang dia sedang belajar.
* Galakkan anak membuat matlamat peribadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang.
* Beri sokongan dan galakan bila anak dapat mempengaruhi orang lain secara positif.
* Terima perubahan dalam peranan yang dimainkan oleh anak. Contoh : Masa kecil suka ikut bapa ke mana-mana. Bila sudah besar tidak mahu lagi ikut bapa.

lepas ni jadik bapak mithali sumer...hehehehe:D
bagussss....
bagussss....
wanwaqiuddin1- AHLI FORUM
- Jawatan : juru x-ray
Gender :
Jumlah Post : 8
Umur : 45
Tarikh Register : 26/03/2007
Reputation : 0
Points : 6451
Re: RaHSia JaDi aYaH YaNg BeRKeSaN
betul tu..para lelaki jadi la bapa mithali...
kalu tak tau caranya tengok info yang sya bagi...

eriy- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Gender :
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6552
Character sheet
Mutiara Kata saya:
Re: RaHSia JaDi aYaH YaNg BeRKeSaN
agaknya bapak-bapak yang ada dalam forum ni tak berminat kot nak jadi ayah yang berkesan...
rozila- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : SRN
Gender :
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6369
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....
adilla- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Jururawat
Gender :
Jumlah Post : 303
Umur : 41
Tarikh Register : 21/04/2007
Reputation : 18
Points : 6481
Character sheet
Mutiara Kata saya: HiAsI PeRiBaDi
Re: RaHSia JaDi aYaH YaNg BeRKeSaN
aku akan cuba jd bapa yg mithali pd anak2 aku nnt!!!...caiyoo..caiyo..
herpes simplex- SUPER SENIOR
- Jawatan : mlt jugok
Gender :
Jumlah Post : 134
Umur : 44
Tarikh Register : 03/08/2007
Reputation : -2
Points : 6315
Character sheet
Mutiara Kata saya: IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YG BERTAKWA
Re: RaHSia JaDi aYaH YaNg BeRKeSaN
mudah-mudahan herpes..
rozila- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : SRN
Gender :
Jumlah Post : 167
Umur : 46
Tarikh Register : 15/06/2007
Reputation : 0
Points : 6369
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingatlah janji Allah itu pasti dan pasti....
Similar topics
» RAHSIA JADI ISTERI SOLEHAH
» Rahsia SOLAT yang ramai tidak ketahui......
» perkara yang saya takut nak jadi jururawat
» 5 rahsia imej lelaki-lelaki yang perlu WANITA ketahui
» KALAU TAK JADI MLT, KORANG NAK JADI APA???
» Rahsia SOLAT yang ramai tidak ketahui......
» perkara yang saya takut nak jadi jururawat
» 5 rahsia imej lelaki-lelaki yang perlu WANITA ketahui
» KALAU TAK JADI MLT, KORANG NAK JADI APA???
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Sewaktu Kehamilan dan Saat Kelahiran / Penjagaan Ibu :: Juga Menarik: Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak