FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD

4 posters

Go down

Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD Empty Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD

Post by Lord Vlad Thu 12 Oct 2006, 1:35 pm

so sebagai PPKP kita patut tahu info berkenaan HFMD... so mana² PPKP yang ada pengalaman terutama dari sarawak boleh la bagi tunjuk ajar pada kami yang kurang pengalaman dalam menangani HFMD...

hidup PPKP !!!!!


Apa yang menyebabkan HFMD?

HFMD berpunca daripada jangkitan virus. Kajian menunjukkan lebih 70 jenis virus boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut, tetapi jenis paling biasa ialah virus coxsackie A16 (CxA16) dan enterovirus 71 (EV71). Kes dilaporkan di Sarawak disebabkan virus Cx A16.

HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain, tetapi ia jarang berlaku. Kumpulan enterovirus ini termasuk virus polio, coxsackie, echovirus dan enterovirus lain.

HFMD pada manusia tidak sama dengan HFMD pada lembu atau kambing kerana ia disebabkan jangkitan virus berbeza. Jadi tidak perlu takut untuk minum susu segar atau makan daging.

Dr Syed Nazir, berkata jangkitan HFMD biasanya lemah dan tidak berbahaya. Ia biasanya menyerang kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi boleh berlaku pada orang dewasa.

Adakah jangkitan ini serius?

Jangkitan disebabkan coxsackie A16 biasanya lemah dan hampir semua pesakit boleh sembuh tanpa rawatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, jangkitan enterovirus 71 lebih berbahaya, boleh menyebabkan meningitis, enchephalitis dan kadangkala membawa maut jika tidak diberikan rawatan segera.

Siapa yang berisiko dijangkiti?

Sebenarnya semua orang berisiko mendapat HFMD. Bagaimanapun, lazimnya berlaku pada kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi orang dewasa juga boleh mendapat HFMD.

Namun, jika ia berlaku pada orang dewasa, kesannya sangat lemah kerana orang dewasa mempunyai antibodi daripada pendedahan pada masa lalu terhadap virus ini.

Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian mempunyai risiko lebih tinggi. Ini sebabnya kerajaan mengarahkan supaya tadika dan sekolah ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan virus.

Jangkitan membolehkan badan seseorang membina antibodi terhadap virus berkenaan, tetapi orang yang pernah mendapat penyakit ini boleh mendapat HFMD kali kedua jika ia disebabkan jangkitan virus lain.

Apakah gejala HFMD?

Sebaik dijangkiti, virus mengambil masa tiga hingga enam hari untuk membiak dalam badan dan ini dipanggil tempoh inkubasi. Selepas tempoh ini pesakit akan mula mengalami gejala penyakit seperti:



Demam (38°C) selama dua atau tiga hari


Sakit mulut


Berhingus


Ulser dalam mulut (pada lelangit lembut, bibir bahagian dalam atau lidah)


Sakit tekak


Hilang selera makan


Keletihan


Ruam dan melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung tetapi ia tidak gatal atau menyebabkan rasa sakit


Sakit perut

Bagaimana virus merebak?

Walaupun tidak berbahaya, HFMD mudah berjangkit, terutama pada kanak-kanak. Ia merebak melalui sentuhan langsung kepada najis, air liur, hingus dan cecair daripada kulit melepuh orang yang dijangkiti.

Jangkitan juga boleh berlaku melalui udara apabila orang dijangkiti bersin. Virus boleh hinggap di atas permainan, buku, pensil atau peralatan yang dipegang orang yang dijangkiti.

Virus ini juga boleh hidup lebih lama di luar badan manusia berbanding virus lain, oleh itu jika aspek kebersihan diabaikan ia akan merebak dengan cepat kepada orang lain.

Jangkitan mudah berlaku dalam minggu pertama seseorang itu dijangkiti. Najis bekas pesakit masih mengandungi virus, walaupun ia sudah sembuh dan perkara ini boleh berlarutan sehingga lima minggu.

Justeru, Dr Syed Nazir menegaskan supaya setiap orang, terutama ibu bapa dan petugas pusat jagaan kanak-kanak, sentiasa menitikberatkan soal kebersihan. Tangan perlu dicuci dengan bersih setiap kali selepas menukar lampin, keluar dari tandas, mengelap hingus, air liur atau cecair dari kulit melepuh kanak-kanak yang dijangkiti.

Jangkitan juga boleh berlaku pada anak dalam kandungan jika si ibu dijangkiti sebelum bersalin. Bayi boleh mengalami masalah jantung, meningitis (keradangan selaput otak) atau mati jika dijangkiti ketika dilahirkan.

Adakah rawatan khas untuk HFMD?

Menurut Dr Syed Nazir, tiada rawatan khas bagi penyakit ini. Kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa tujuh hingga 10 hari tanpa mengambil ubat. Ubat diberikan hanya untuk meredakan ketidakselesaan yang dialami pesakit seperti ubat demam, ulser atau lepuh.

Bolehkah ia dicegah?

Kaedah pencegahan paling berkesan ialah melalui pemberian vaksin, tetapi sehingga kini tiada vaksin untuk HFMD kerana ia membabitkan jenis virus yang banyak.

Bagaimanapun, cara pencegahan paling mudah ialah menjaga kebersihan. Pada musim cetusan penyakit seperti sekarang ini, elakkan membawa anak ke tempat sibuk dan sesak seperti pusat beli-belah dan kolam renang awam.

Tutup mulut ketika batuk atau bersin. Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas ke tandas. Jangan lupa untuk kerap membersihkan peralatan yang digunakan kanak-kanak.

“Malah, pengusaha tadika yang diarahkan tutup kerana penyakit ini juga perlu membersihkan semua peralatan dalam premis mereka sebelum ia dibuka semula. Langkah ini penting untuk mengelakkan jangkitan berulang kerana virus Cx A16 boleh hidup lama di luar badan manusia,” katanya.

TEKNIK MENCUCI TANGAN:

1 - Lumur tangan dengan sabun dan gosokkan kedua-dua tapak tangan.

2 - Masih pada kedudukan tapak tangan bertemu tapak tangan, gosok dicelah jari.

3 - Letakkan tangan kanan di belakang tangan kiri dan gosok.

4 - Bengkokkan jari (dengan menggenggam tangan) supaya kekotoran pada bahagian sendi dapat dibersihkan.

5 - Genggam ibu jari dan gosok dengan cara putaran.

6 - Beralih ke tapak semula dan gosok dengan cara putaran. Ulang semua langkah 3 hingga 6 untuk tangan kanan.
[u]
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD Empty Re: Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD

Post by butet Wed 26 Sep 2007, 2:15 pm

bukannya susah nak kawal jangkitan hfmd ni.....cara- caranya seperti berikut :
1. Minta tadika / hospital buat penutupan secara sukarela selama 1 minggu jika kes sentiasa di laporkan melibatkan sekolah tadika ini dan jemur segala tilam,bantal, buat spray lysol, cuci alatan mainan.
2. pohon pada kerjasama cikgu sebelum pelajar masuk pintu pagar sekolah/ tadika minta diperiksa tanda gejala hfmd.
3. kalau didapati ada pelajar terdapat tanda gejala hfmd minta di rujuk ke klinik.
4. kalau pesakit hfmd telah discharge dari hospital jangan benarkan dia pegi ke tadika selama 1 minggu dari tarkh keluar dari wad.

o.k setakat tu dulu........harap dapat membantu kalian...
kat sini saya selalu buat langkah pencegahan seperti tu...

hidup kulaan niring napa takurihing................
kayuh baambai
butet
butet
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : pantau penyakit
Gender : Male
Jumlah Post : 11
Umur : 47
Tarikh Register : 20/12/2006
Reputation : 0
Points : 6482

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD Empty Re: Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD

Post by <<BLaCk>> Wed 26 Sep 2007, 3:37 pm

terima kasih atas tunjuk ajar dari sr yg bernama butet heheehehehe
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD Empty Re: Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD

Post by falci Wed 26 Sep 2007, 3:57 pm

jangan ingat baby je yang dapat HFMD ni. Ada satu kes di Sarawak, di mana anak dan ibu sekali dapat HFMD. Ibu tu pun ada herpangina jugak.
falci
falci
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri : Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD Sarawa10
Jawatan : Skodeng Kuman
Gender : Female
Jumlah Post : 736
Tarikh Register : 17/06/2007
Reputation : 35
Points : 7449

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD Empty Re: Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD

Post by <<BLaCk>> Thu 04 Oct 2007, 8:55 am

hmm kat S'wak kes HFMD spesel ckit. sampai bleh bawa maut pun ada..
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD Empty Re: Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD

Post by falci Thu 04 Oct 2007, 9:27 pm

memang ada. pernah dulu masa i oncall, ada sorang baby lelaki umur 3 tahun belong to a chinese couple meninggal dalam helikopter masa nak diterbangkan ke hospital besar. I amik kesempatan menjenguk rupa budak tu semasa antar result ke wad.

dahla comel, gemuk plak tu, sian betul. First case budak meninggal kena HFMD kat tempat saya. Mak bapak dia ingat demam biasa je.
falci
falci
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri : Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD Sarawa10
Jawatan : Skodeng Kuman
Gender : Female
Jumlah Post : 736
Tarikh Register : 17/06/2007
Reputation : 35
Points : 7449

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD Empty Re: Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD

Post by <<BLaCk>> Sat 23 Feb 2008, 7:32 pm

apapun ini tips utk semua..utk kita mengesahkan kes itu sbg HFMD, 1st kita tgk mulut/ lidah, mesti ada ulser, pastu mesti ada maculopopular rashes / vesicles kat tapak tangan / tapak kaki..tp bukan kat blakang tapak tangan tau...n last skali mesti ada sejarah demam / tidak..

bg pengesahan lab kita kena amik throat swab or vesicles swab..
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD Empty Re: Peranan PPKP dalam kawalan & pencegahan HFMD

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum