PAKEJ SENGSARA
4 posters
Page 1 of 1
PAKEJ SENGSARA
Pakej sengsara
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: RM50 untuk demam-demam, RM100 jika muntah-muntah. Begitu harga tawaran ‘pakej sengsara’ ilmu hitam yang ditawarkan segelintir bomoh tidak bertanggungjawab bagi menjerat pelanggan taksub kepada perkara tahyul untuk menganiaya individu dimusuhi mereka.
Harian Metro difahamkan, kewibawaan golongan bomoh sesat itu diukur melalui kesan ilmu sihir terhadap seseorang hingga namanya menjadikan sebutan pelanggan.
Lebih menakutkan, jenis penyakit yang konon mampu dikirimkan kepada mangsa dan tempoh penderitaan disihir bomoh mata duitan itu turut bergantung kepada nilai wang pengeras dibayar pelanggan.
Ini bermakna jika mahu musuh lebih menderita, lebih mahal upah dikenakan bomoh terbabit.
Beberapa bomoh yang ditemubual wartawan Harian Metro di sini mengakui terpaksa menawarkan khidmat jahat seperti itu berikutan persaingan sengit di kalangan mereka untuk mendapatkan wang mudah.
Seorang bomoh yang hanya mahu dikenali sebagai Koromoh, berusia lewat 30-an, berkata dia tiada pilihan selain menawarkan khidmat itu disebabkan bilangan bomoh kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
“Di sekitar bandar raya ini dianggarkan terdapat tidak kurang 20 bomoh dan tidak hairan jika masing-masing mahu mempromosikan khidmat mereka dengan memperkenalkan pakej itu bagi memancing pelanggan.
“Kebanyakan pelanggan bomoh berkenaan termasuk pekerja kilang dan suri rumah dari beberapa kawasan sekitar.
“Sihir berkenaan biasanya ditujukan kepada pihak yang dimusuhi akibat perasaan tidak puas hati, dengki dan dendam,” katanya yang didatangi lima pelanggan, baru-baru ini.
Menurutnya, khidmat murah dan mudah untuk membalas dendam terhadap seseorang menjadikan pelanggan semakin taksub dan percaya terhadap bomoh tanpa berfikir panjang kesannya kepada mangsa.
“Pelanggan tidak perlu membawa sebarang barangan kecuali wang pengeras kerana ia akan menentukan jenis dan tempoh masa penderitaan yang bakal dialami mangsa sihir.
“Menerusi perkhidmatan itu, seseorang pelanggan hanya perlu menyatakan nama mangsa dan membayar wang pengeras manakala urusan lain diuruskan bomoh terbabit,” katanya ketika ditemui di Pasir Gudang di sini, semalam.
Katanya, kebiasaannya, seseorang mangsa mengalami kesengsaraan antara seminggu hingga berlarutan bertahun-tahun.
Seorang lagi bomoh yang dikenali sebagai Abon berkata, ada antara pelanggannya sanggup membayar wang pengeras hingga mencecah ratusan dan ribuan ringgit semata-mata mahu melihat musuh mereka ditimpa pelbagai kesengsaraan termasuk kesakitan bagi tempoh lama.
“Jika membayar lebih, seseorang itu dikatakan boleh pengsan, mengalami penyakit ganjil, muntah darah, menghadapi masalah keluarga selain membawa maut.
“Pakej RM50 dianggap sebagai percubaan bagi mengenakan mangsa secara ringan-ringan, sekali gus melihat kekuatan ilmu sihir dimiliki seseorang bomoh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor (JAJ), Mohd Nooh Kadri, berkata amalan ilmu hitam mahupun perbuatan sihir adalah perbuatan syirik kerana menyekutukan Allah.
Menurutnya, ia bertujuan jahat dan tidak akan membawa sebarang faedah kepada mana-mana pihak.
“Bukan saja akidah terpesong kerana mempercayai ilmu sihir, malah mendapat dosa besar kerana pengamal berkenaan melakukan perbuatan menganiaya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

rubaniibrahim- SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender :
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5943
Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...
Re: PAKEJ SENGSARA
hangat di semua media elektronik, akhbar dan lain2...
EWAN- KERABAT TEGAR
- Jawatan : studen..
Gender :
Jumlah Post : 776
Umur : 33
Tarikh Register : 13/01/2009
Reputation : 9
Points : 6578
Character sheet
Mutiara Kata saya: malas adalah racun paling berbisa, rajin adalah ubat yang paling mjarab.
Re: PAKEJ SENGSARA
keliling sudut bawah hadapan rumah, lantai dan pintu setiap malam ada orang sapu benda putih (chat @ kapor) saya dah buat laporan polis dan dah janji dgn pak imam nak buat pemulihan rumah...
rubaniibrahim- SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender :
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5943
Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...
Re: PAKEJ SENGSARA
subhanAllah... sape punya angkara tu tuan???...
saya sebagai ahli yg beretika turut bersimpati dengan nasib tuan....
saya sebagai ahli yg beretika turut bersimpati dengan nasib tuan....
EWAN- KERABAT TEGAR
- Jawatan : studen..
Gender :
Jumlah Post : 776
Umur : 33
Tarikh Register : 13/01/2009
Reputation : 9
Points : 6578
Character sheet
Mutiara Kata saya: malas adalah racun paling berbisa, rajin adalah ubat yang paling mjarab.
Re: PAKEJ SENGSARA
amboi siap adakan pakej, ini da bole di kira menyumbangkan kepada dana ekonomi negara nies... hahaha ai mcm2, perkara mcm nies bole di niagakan. Manusia oh manusia...
mohdeskay- AHLI SENIOR
- Jawatan : System Engineer
Gender :
Jumlah Post : 98
Umur : 44
Tarikh Register : 05/04/2009
Reputation : 10
Points : 5839
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: PAKEJ SENGSARA
BRO NAK JADIK BOMOH GAK KER????...
EWAN- KERABAT TEGAR
- Jawatan : studen..
Gender :
Jumlah Post : 776
Umur : 33
Tarikh Register : 13/01/2009
Reputation : 9
Points : 6578
Character sheet
Mutiara Kata saya: malas adalah racun paling berbisa, rajin adalah ubat yang paling mjarab.
Re: PAKEJ SENGSARA
haha dek wan... bau kemeyan(btul ke ejaan nies) pom dah ta tahan nak bomoh camene la agaknya tu. Lagipom syirik kan. syirik tu di laknat Allah s.w.t , mintak simpang la jauh2.
mohdeskay- AHLI SENIOR
- Jawatan : System Engineer
Gender :
Jumlah Post : 98
Umur : 44
Tarikh Register : 05/04/2009
Reputation : 10
Points : 5839
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: PAKEJ SENGSARA
mane lar tau.... lagik pon bro cakap tadi boley menyumbang dana ekonomi negara, jadik bunyi nye mcm nak jadi bomoh gak lar....
EWAN- KERABAT TEGAR
- Jawatan : studen..
Gender :
Jumlah Post : 776
Umur : 33
Tarikh Register : 13/01/2009
Reputation : 9
Points : 6578
Character sheet
Mutiara Kata saya: malas adalah racun paling berbisa, rajin adalah ubat yang paling mjarab.
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak