FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kembalilah kepada al-Quran

3 posters

Go down

Kembalilah kepada al-Quran Empty Kembalilah kepada al-Quran

Post by UnderTaker@Manjung Sun 19 Apr 2009, 8:26 am

Kembalilah kepada al-Quran



Mari kita sama-sama menyemak hubungan kita masing –masing dengan
al-Quran. Orang yang paling banyak mencedok hidayah Allah SWT dari
sumbernya iaitu al-Quran, dialah orang yang takwanya diiktiraf oleh
Allah SWT.


Perlu diingat takwa itu bukan sekadar slogan-slogan sahaja
tetapi ia perlu kita buktikan. Firman Allah SWT bermaksud: “Kitab
al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang Yang (hendak) bertakwa.” - Al Baqarah: 2


Tulisan saya hari ini tidak bercadang untuk merumitkan lagi
pemikiran umat Islam dengan memanjangkan lagi perbincangan mengenai
hukum orang kafir membaca al-Quran kerana kita telah maklum dan membaca
serta mengikuti banyak pandangan mengenainya dari berbagai pihak dengan
hujah masing-masing.

Malah ada di kalangan kita yang ghairah membaca isu ini dari
berbagai-bagai surat khabar dan laman sesawang sehingga lebih banyak
helaian yang dibaca, lebih masa menghadap internet daripada helaian
al-Quran dan jangka masa yang kita habiskan lebih lama dari masa yang
kita peruntukan untuk kita membaca al-Quran itu sendiri.


Tulisan hari ini tidak bercadang membincangkan hukum orang
kafir membaca al-Quran tetapi saya ingin mengajak pembaca sekalian
melihat hukum orang Islam yang tidak mahu membaca al-Quran, tidak mahu
mendengar al-Quran, tidak mahu tunduk dengan hukum hakam al-Quran dan
tidak mahu mengamalkan al-Quran.


Saya menegaskan dengan setegas-tegasnya, setiap orang Islam
wajib membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Firman Allah SWT
bermaksud: “Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang
diwahyukan kepada mu dari al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan
tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji
dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang
kamu kerjakan. - Al Ankabut: 45


Firman Allah SWT, bermaksud: “Dan Aku diperintahkan supaya
tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat
kepada Nya), dan supaya Aku sentiasa membaca al-Quran”. oleh itu,
sesiapa yang menurut petunjuk (al-Quran dan beramal dengannya) maka
faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri.” - An
Naml: 91-92


Firman Allah SWT, bermaksud: “Kemudian jika datang kepada kamu
petunjuk dari Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk Ku itu nescaya ia
tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.” -
Surah Toha: 123


Firman Allah SWT, bermaksud: ”Dan sesiapa yang berpaling
ingkar dari ingatan dan petunjuk Ku, maka sesungguhnya adalah baginya
kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat
dalam keadaan buta.”


Ia berkata: “Wahai Tuhan ku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?”



Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang
ayat-ayat keterangan Kami kepada mu, lalu engkau melupakan serta
meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta
ditinggalkan.” Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas
dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi
sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.” - Surah
Toha: 124-127


Malangnya hari ini, umat Islam terkejut dan terkedu apabila
melihat orang kafir membaca al-Quran sedangkan tawaran kepada umat
Islam sendiri dibiarkan begitu sahaja.


Rasulullah saw bersabda, bermaksud: “Orang yang mahir membaca
al-Quran akan bersama dengan para Nabi dan Rasul sedangkan orang yang
membaca al-Quran secara “merangkak-rangkak” ketika membacanya, baginya
dua pahala.” - 6670 sahih Al Jami.’


Umat Islam masih tersipu-sipu malu untuk membaca al-Quran walaupun ganjarannya begitu lumayan sekali.



Rasulullah saw bersabda, bermaksud: “Barang siapa yang membaca
satu huruf al-Quran, baginya satu pahala, satu pahala akan digandakan
dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif laam miim satu
huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” -
2910 sunan Tirmizi.


Malang sekali umat Islam sudah jauh berpaling dari mendekati
al-Quran. Golongan dewasa begitu sibuk dengan mencari kehidupan dan
harta, tekun mengikuti turun naik saham dan berita sensasi di media
massa sehingga tidak sempat membaca al-Quran apatah lagi memahaminya,
maka kehidupan pun jauhlah dari panduan al-Quran.


Golongan remaja pula sibuk mengikuti perkembangan gosip artis,
ahli sukan, perkembangan terbaru telefon bimbit dan dunia keremajaan.
Sanggup bersengkang mata sehingga jauh malam untuk menonton perlawanan
bola sepak tanpa menjeling pun kepada naskhah al-Quran yang sangat
rindu untuk didakap dibuka dan dibaca.


Pelajaran al-Quran diletakkan di hujung-hujung silibus
pengajian formal ataupun tidak formal. Malah ada cadangan al-quran
dibaca dengan tulisan rumi walaupun Muzakarah Fatwa Kebangsaan pada
persidangannya ke-24 pada tahun 1989 memutuskan bahawa haram menulis
atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan
yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran, semata-mata untuk
mengejar matlamat agar setiap anak-anak khatam juga al-Quran 30 juzuk’
secara kosmetik sahaja walaupun dengan membacanya dengan tulisan rumi.


Marilah kita kembali kepada al-Quran!









dipetik dari Sinar Harian Online
UnderTaker@Manjung
UnderTaker@Manjung
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Tukang Jahit
Gender : Male
Jumlah Post : 112
Umur : 43
Tarikh Register : 21/08/2008
Reputation : 0
Points : 6001

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup mesti terusss........

http://undertaker_ipoh@yahoo.com.my

Back to top Go down

Kembalilah kepada al-Quran Empty Re: Kembalilah kepada al-Quran

Post by SaSa Sun 19 Apr 2009, 2:41 pm

Jika hanya Quran tapi Hadith ditolak..............ana tolak. Salah bawaan fahaman tu.
SaSa
SaSa
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Mencari keredhaan Illahi
Gender : Male
Jumlah Post : 255
Umur : 52
Tarikh Register : 29/09/2008
Reputation : 16
Points : 6089

Back to top Go down

Kembalilah kepada al-Quran Empty Re: Kembalilah kepada al-Quran

Post by tam Thu 30 Apr 2009, 11:47 pm

khatam 10 kali ker atau belajar dari 10 org guru pon kalau tak tau apa tuhan kata dlm quran tuh dan tak buat apa yg tuhan suruh dlm quran tuh x guna jugak...
tam
tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender : Male
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7046

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

Back to top Go down

Kembalilah kepada al-Quran Empty Re: Kembalilah kepada al-Quran

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum