Takziah Kepada Jururawat KK Kelebang Besar, Melaka. Alfatihah....
Page 1 of 1

Wanita tunggu panggilan, SMS tak tahu suami maut
Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my 27/04/2009
Tentera terbunuh dalam latihan payung terjun mohon pindah
KOTA BHARU: Seorang jururawat tidak menyangka kegagalan suaminya menjawab panggilan telefon atau membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) daripadanya sepanjang 24 jam selepas keluar dari rumah, maut ketika menyertai latihan payung terjun di Felda Chuping, Perlis, kelmarin.
Jururawat Klinik Kesihatan Kelebang Besar, Melaka, Hasnah Nasir Abdullah, 31, berkata walaupun reda kehilangan suami tersayang, tragedi paling menyedihkan dalam hidupnya itu tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.
Beliau berkata, suaminya, Zamberi Yusof, 26, yang bertugas di Kem Terendak Melaka, keluar dari rumah di kuarters klinik kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu, untuk menyertai latihan penerjunan yang sudah menjadi rutin sepanjang lapan tahun bertugas dalam pasukan terbabit.
Jumaat lalu, dia keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang. Itulah kali terakhir kami bertemu dan sebelum keluar, suami saya sempat memberitahu yang dia tidak sabar nak berpindah kerana sudah memohon pertukaran untuk bertugas di Kelantan. Dia juga mahu saya memohon untuk berpindah sama.
Dia juga berjanji untuk meraikan hari jadi saya yang baru berlalu dan sudah membelikan hadiah, tetapi merahsiakannya. Sejak dia keluar petang itu, saya ada menghubungi beberapa kali serta menghantar SMS kepadanya, tetapi tidak berbalas sesuatu yang tidak pernah dilakukannya.
Namun, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka dia mungkin dalam penerbangan ke lokasi latihan, hinggalah saya menerima khabar kemalangan kira-kira jam 1.30 petang semalam (kelmarin), katanya ketika ditemui di rumah mentuanya dekat Penambang di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi kelmarin, seorang anggota tentera dari 10 Briged Para terbunuh, manakala dua rakannya cedera parah selepas payung terjun masing-masing hilang kawalan akibat angin kencang ketika menjalani latihan penerjunan yang menyebabkan mereka tersasar ke dalam kolam di ladang tebu dekat Felda Chuping, Perlis.
Zamberi dipercayai lemas apabila payung terjunnya tersasar ke dalam kolam berkenaan, manakala rakannya, Mohd Jasi Mohd Yusof, 38, cedera di pinggang akibat terhempas selepas dipercayai pengsan di udara, manakala seorang lagi yang belum dikenali, patah bahu.
Hasnah berkata, beliau kini terpaksa hidup sendirian di Melaka dan berharap jabatannya dapat membantu mempercepatkan kelulusan permohonannya untuk berpindah ke Kelantan, dekat dengan ibu bapanya di Kampung Peria, Kuala Krai.
Sementara itu, bapa Zamberi, Yusof Ismail, 65, berkata beliau bertemu kali terakhir anak ketiga daripada sembilan beradik itu pada Mac lalu ketika pulang bercuti bersama isterinya.
Saya menerima panggilan daripada seorang pegawai dari Kem Terendak memaklumkan kejadian menimpa anaknya itu kira-kira jam 12 tengah hari semalam (kelmarin), katanya.

HH- KERABAT FORUM
- Jawatan : PPP
Gender :
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7036
Similar topics
» Sempena Hari Jururawat Dunia | Kefahaman Perlu Terhadap Isteri Bekerja Sebagai Jururawat
» SELAMAT HARI JURURAWAT UNTUK SEMUA JURURAWAT SEDUNIA
» Insentif kepada lebih ramai jururawat pakar
» Peminat Rayu Menteri Besar Kaji Semula Rombakan Besar-Besaran Pasukan Terengganu
» Kerjaya Jururawat : Jururawat perlu pengorbanan tinggi - Utusan Malaysia

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak