FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

tugas atau responsibility

4 posters

Go down

tugas atau responsibility Empty tugas atau responsibility

Post by babeywanyda Thu 07 May 2009, 7:37 pm

apakah perbezaan pembantu farmasi dengan pegawai farmasi ? :heart: dan apa kelebihan bekeja sebagai ahli farmasi berbanding berkerja sebagai jururawat...? :confused:
avatar
babeywanyda
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : student
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 33
Tarikh Register : 07/05/2009
Reputation : 0
Points : 5618

Back to top Go down

tugas atau responsibility Empty Re: tugas atau responsibility

Post by afiq82 Wed 13 May 2009, 11:55 pm

perbezaan ppf ngan pegawai farmasi adalah dari segi qualification, ppf ader diploma farmasi/pembantu farmasi manakala pegawai farmasi atau ahli farmasi mempunyai ijazah farmasi.

Keje jadik ahli farmasi ngan jururawat mmg sgt berbeza, kalau dari segi kelebihan, of course pasal gaji. ahli farmasi kerajaan fresh grad dpt lebih kurang RM3600++, jururawat aku tak tau laks. kalo ahli farmasi swasta lebih kurang RM6500++. jururawat swasta aku tak tau jugak
avatar
afiq82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PPF
Gender : Male
Jumlah Post : 165
Umur : 42
Tarikh Register : 20/12/2008
Reputation : 9
Points : 5865

Back to top Go down

tugas atau responsibility Empty Re: tugas atau responsibility

Post by ppfkkpa Sat 07 Aug 2010, 1:18 pm

Beza yang paling utama ialah PPF ada Diploma in Pharmacy sedangkan PF ada Bachelor in Pharmacy, nak ikuti kursus PPF amat mudah dan nak ikuti kursus PF amat sukar, 4 flat pun dapat calon simpanan, jika Diploma in Pharmacr nak buat Degree, kena minimum pointer 3.8 , lagi rendah, peluang lagi tipis, begitulah sukarnya nak jadi PF, tugas antara keduanya, sama je, PPF di bayar gaji murah sedangkan PF di bayar gaji tinggi,Tetapi apabila PF di bayar gaji tinggi, bebanan adalah lebih berat, sebab PPF boleh cuci tangan sedangkan PF kena bertanggungjawab terhadap sesuatu kejadian, apa bila M'sia ingin menuju ke taraf negara maju, memang PF kena bagi ubat, sedangkan PPF hanya kerja di belakang kaunter sahaja, lagi ramai PF lagi mudah kerja PPF, tetapi jika pada 2020 anda semua masih sihat, muda, bertenaga, ceria dan berpandangan jauh, eloklah ambil Degree dan jadi PF, sebab masa depan PF lebih cerah berbanding PPF, agaknya gitulah, sebab 2020 saya pun dah pencen,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5548

Back to top Go down

tugas atau responsibility Empty Re: tugas atau responsibility

Post by nori Wed 09 Feb 2011, 7:43 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

PPF telah memberikan khidmat kepada rakyat negara ini bermula dari Negeri Perlis Ingera Kayangan sehinggalah ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Setelah 53 tahun mencurahkan bakti, terdapat ramai antara mereka telah bersara dan sedang meniti liku-liku hidup ini dalam keadaan yang amat sukar. Maklumlah semasa berkhidmat dahulu, tenaga dan keringat mereka telah di perah sehabis-habisnya, sehingga tiada lagi kudrat untuk meneruskan hidup ini. Tetapi ada PPF yang bernasib baik, kerana telah memohon untuk bersara awal. Tetapi rata-rata PPF boleh meneruskan sisa kehidupan mereka kerana segala jenis ubat-ubatan dan vitamin adalah di tangan mereka. Mereka hanya perlu telan sahaja mana-mana yang patut.

Kehidupan pada 2011 adalah amat sukar. Ini adalah kerana hasil daripada kejayaan sistem pendidikan yang teratur dan berkesan dan telah berjaya memasmi buta huruf oleh kerajaan yang memerintah. Rata-rata penduduk negara pada masa ini adalah amat bijak, dan PPF perlu berhati-hati dalam setiap tindakan, tingkah laku dan perbuatan. Segalanya akan di persoalkan jika ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap PPF.

Jika di lihat semasa waktu lawatan pesakit di sebuah hospital kerajaan. Jika yang datang melawat itu adalah rakyat biasa, ia akan membawa buah-buahan dan berkata ” inilah buah tangan yang saya bawa ” dan berharap agar pesakit tersebut akan cepat sembuh. Tetapi jika yang datang itu adalah peguam, ayatnya akan berbeza. Mungkin ayatnya akan berbunyi begini ” terimalah buah ini yang saya bawa untuk di hadiahkan kepada anda. Anda boleh makan buah ini, dan anda juga boleh memberikannya kepada orang lain. Anda berkuasa penuh terhadap buah yang saya berikan ini. Saya tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda makan buah ini anda tercekik ataupun mendapat penyakit atau komplikasi yang lain. Saya juga tidak boleh dipersalahkan jika anda buang sampah dari hasil buah ini dan anda di telah saman oleh majlis daerah, Anda sendirilah yang akan bertanggungjawab di atas perbuatan anda tersebut. ”
Sebab itulah waktu melawat di hospital kerajaan jarang di patuhi kerana, banyak arahan, amaran dan nasihat perlu di berikan kepada pesakit oleh orang yang datang melawatnya.

Tetapi PPF harus terus memberikan khidmat kepada negara, walaupun beribu persoalan dan msaalah datang melanda. Yakinlah bahawa setiap sesuatu itu, pasti akan ada kebaikannya jika di lihat dari sudut yang positif. Oleh itu marilah kita PPF bersama-sama memohon agar kursus pos basik PPF dapat di tambah. Adalah tak logik, setelah berkhidmat selama 53 tahun, hanya ada satu kursus pos basik sahaja. Jururawat yang bawa lampu macam Florence Nigthangle pun dah ada 23 kursus pos basik. Keutamaan kursus pos basik ni ialah kepada junior, sebab merekalah yang akan berkhidmat pada 2020. Ramai senior PPF akan besara pada 2020. Bila dah ada sijil pos basik, bolehlah memohon elaun pos basik pula. Itulah namanya PPF perlu bekerja setiap masa, sepanjang masa dan setiap masa.

DRAFF KERTAS KERJA POS BASIK )
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG MASAALAH
PERMOHONAN PPF
ALASAN PERMOHONAN
LAIN-LAIN ALASAN :
TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PPF
SEKOLAH LATIHAN PEMBANTU FARMASI KKM
KEKOSONGAN JAWATAN PPF
PENUTUP :


Jawatan PPF di wujudkan oleh kerajaan di KKM. Oleh itu PPF juga bertanggungjawab bagi memenuhi dan mencapai visi serta misi BPF KKM. Jawatan ini pada mulanya di kenali sebagai Pembantu Farmasi dan telah bertukar mulai 1 Jun 2008. Mulai 1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menukar gelaran nama jawatan Pembantu Farmasi kepada PPF .
VISI
Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan
negara

MISI
Untuk menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada
tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi
dan cabaran negara.

OBJEKTIF

a. Objektif Umum
Untuk memastikan pesakit mendapat bekalan ubat dan bukan ubat serta bahan-bahan
penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan.

b. Objektif Khusus ( Hospital )
i. Untuk memastikan bahawa semua keluaran farmaseutikal yang dibekalkan
kepada pesakit adalah selamat, berkesan, berkualiti,dan mudah diperolehi,

ii. Untuk mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan
farmaseutikal melalui perkhidmatan yang berkesan dan profesional yang terkini.

iii. Untuk menentukan perbelanjaan ubat-ubatan adalah di tahap optimal dan ubat
berkualiti terdapat pada masa dan keadaan yang diperlukan.

iv. Untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna ke atas penggunaan ubat
secara rasional dan kesan-kesan advers serta kepentingan maklumat yang
mengiringi penggunaan ubat melalui pendidikan pengguna dan pesakit yang
berterusan.

v. Untuk mengoptimakan penggunaan tenaga kerja bagi perkhidmatan farmasi .

vi. Untuk meningkatkan perkhidmatan farmasi setanding dengan perkembangan
farmasi di negara maju.

Objektif Khusus ( Kesihatan Awam )

A. Memberi kepuasan perkhidmatan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit
dengan mengurangkan masa menunggu pesakit.

B. Memperluaskan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan kategori A di Klinik-klinik
kesihatan bagi kemudahan pembekalan ubat kepada pesakit yang tinggal
berhampiran dengan klinik-klinik kesihatan tersebut.

C. Memastikan pembekalan ubat dan alat yang mencukupi dan bermutu diperolehi
untuk program rawatan pesakit.

PENDAHULUAN

Bahagian Perkhidmatan PPF merupakan salah satu cabang yang kian berkembang pesat dan dipengaruhi oleh kemajuan sains perubatan berteknologi tinggi, peningkatan sosio-ekonomi rakyat Malaysia serta ekspektasi pelanggan dalam penjagaan kesihatan. Oleh itu, adalah wajar untuk memperkembangkan perkhidmatan PPF Malaysia agar seiring dengan penjagaan kesihatan yang mencabar.

Sejak tahun 2005, BPF KKM telah memulakan Perkhidmatan Wajib bagi jawatan PF U41. Perancangan yang teliti terhadap setiap aktiviti farmasi dari aspek pengurusan farmasi telah ditekankan dan memastikan agar perancangan tersebut selaras dengan setiap anggota yang terlibat dalam aktiviti farmasi. Ini termasuk bagi jawatan PPF.

Perkhidmatan Farmasi Hospital telah memainkan peranan dalam pembekalan ubat-ubatan seperti aktiviti perolehan, pengeluaran, penyimpanan, pengawalan mutu dan pengedaran bekalan. Walau bagaimanapun, peranan ini telah diperluaskan daripada “product orientated” kepada “patient orientated” di mana hasil terapeutik yang positif adalah menjadi tanggungjawab Perkhidmatan Farmasi. Antara aktiviti rawatan pesakit yang telah diperluaskan adalah Perkhidmatan Farmasi Klinikal seperti Perkhidmatan Nutrisi Parenteral, Perkhidmatan Wad Farmasi, Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun, Perkhidmatan Kaunseling Pesakit, Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal dan Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik.

Dibawah konsep penjagaan pesakit secara individu Pengurusan Farmasi (Pharmaceutical Care), pendekatan berikut telah diikuti :

i. Melakukan penilaian terhadap terapi pesakit dan lain-lain keperluan berkaitan ubat termasuk mengenalpasti sebarang masalah berkaitan ubat.

ii. Membangunkan pelan penjagaan pengubatan yang bertujuan memenuhi matlamat terapeutik pesakit. Ini hendaklah menggariskan tanggungjawab PF dan PPF dll dan pesakit-pesakit dalam usaha mencapai matlamat tersebut.

iii. Menyempunakan penilaian terapi pesakit yang meliputi perancangan khidmat susulan bagi tempoh tertentu untuk memantau perkembangan ke arah matlamat terapeutik.

Perkhidmatan Farmasi Kesihatan merangkumi Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar (perolehan bekalan ubat dan bukan ubat dan pendispensan ubat), Prabungkusan Ubat dan Perkhidmatan Kaunseling Pesakit. Di bawah Program Kesihatan Awam, penjagaan kesihatan merangkumi aktiviti pencegahan, penggalakkan, perawatan dan pemulihan di mana ianya merupakan landasan dalam memastikan pembentukan keluarga dan masyarakat yang sihat. Ini merujuk kepada Perkhidmatan Kesihatan Keluarga, Epidemiologi (Kawalan Penyakit Berjangkit dan Tidak Berjangkit), Kesihatan Primer, Kesihatan Mental dalam Komuniti, Kanak-kanak Berkeperluan Khas, Remaja, Warga Tua, Warga Sihat, Orang Asli dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. Penglibatan Perkhidmatan Farmasi Kesihatan dalam program ini telah menyempurnakan lagi objektif utama Program Kesihatan Awam.

Perkhidmatan PPF , Kesihatan Awam memberikan tugas utama dalam sektor farmaseutikal yang bertanggungjawab untuk memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti, selamat, berkesan serta mampu dan mudah diperolehi dengan mencukupi dan saksama; agar penggunaanya dapat dimanfaatkan oleh pesakit untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan mereka.

Program Perkhidmatan PPF adalah termasuk aktiviti Perkhidmatan Kaunter Farmasi Pesakit Luar dan Perkhidmatan Setor dan Bekalan Farmasiutikal.

Bidang Pengurusan Logistik Farmaseutikal merupakan satu cabang yang penting dalam Perkhidmatan Farmasi. Perkembangan bidang ini banyak dipengaruhi oleh perkembangan pesat dalam perkhidmatan kesihatan terutama dalam penggunaan teknologi terkini. Bidang ini merangkumi perolehan dan bekalan ubatan, barangan perubatan “disposable”, alat-alat kelengkapan perubatan dan perabot perubatan yang merupakan tanggungjawab Stor Farmasi Hospital. Bagi Penjagaan Kesihatan Primer (Farmasi Kesihatan), urusan kewangan bagi perolehan ubat dan bukan ubat telah mula diuruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing. Sistem Perolehan Klinik (CPS) bagi semua klinik kesihatan di Malaysia telahpun dimulakan pada awal tahun 2004.
Beban tugas yang paling nyata bagai PPF ialah bilangan preskripsi yang diterima dan bilangan perkara di dalam preskripsi yang di bekalkan kepada pesakit.

PPF adalah satu skim perkhidmatan kumpulan sokongan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya sama taraf seperti lain-lain paramedic dan diletakkan pada tangga gaji permulaan Gred U29.

Profesion Farmasi di negara ini telah wujud sejak tahun 50’an lagi. Sejak itu, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggalah ke hari ini. Pada satu ketika, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sehinggakan bilangan Ahli-Ahli Farmasi yang diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas di hospital-hospital kerajaan adalah tidak mencukupi. Langkah utama yang diambil ketika itu ialah untuk mengujudkan tenaga pembantu bagi mengatasi kekurangan Ahli Farmasi di hospital-hospital kerajaan. Oleh itu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dan meminjam bangunan Sekolah Latihan Jururawat. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 11 orang sahaja. dan pengajarnya adalah Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu Sekolah Latihan Pembantu Farmasi telah di bina di Petaling Jaya, Selangor.

Kini , setelah 51 tahun berlalu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya telah berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ( KSKB ) Sungai Buloh, Selangor.

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah terdapat sebanyak 3035 jawatan PPF didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % sahaja dan masih terdapat 14 % kekosongan.

Pada masa ini, tugas PPF ialah :

Mengendalikan sumber perolehan bekalan drug dan iventori
Mengendalikan kaunter pesakit luar
Mengendalikan kaunter bekalan wad
Mengendalikan makmal persediaan.

Tugas tambahan PPF :

Makmal TPN ( Total Parental Nutrition )
Makmal IV Admikstur
Makmal Sitotoksik
Makmal TDM ( Therapeutik Drug Monitoring )
Khidmat Nasihat Pendidikan Pesakit

PPF juga bertugas di makmal-makmal di Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan Petaling Jaya .

LATAR BELAKANG MASAALAH :

Setelah SSB diperkenalkan pada 1992, PPF telah diletakkan didalam kumpulan sokongan II iaitu gaji permulaan U29 P1T1 . Lain-lain paramediK yang mempunyai kelayakan diploma diletakkan pada matagaji U29 P1T6

Tetapi pada 5 November 1993, BPF KKM telah mengeluarkan satu surat bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab PPF Dalam KKM.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) telah mengiktiraf Diploma Farmasi KKM adalah setaraf dengan Diploma bagi tujuan perlantikan dalam Perkhidmatan Awam melalui surat bil.
JPA ( L )S.130 / 1 Jld.2 ( 63 ) bertarikh 28 Ogos 1998

Program Diploma Pembantu Farmasi di KKM bermula Julai 2000 sebagaimana surat bahagian Latihan KKM bil ( 112 ) dlm.KKM-74 / INF / 91 Jld.2 bertarikh 23 Jun 2000

Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi telah dipinda mulai I Julai 2000 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2001 bertarikh 20 Disember 2001.

Tetapi walaupun PPF adalah setaraf dengan lain-lain paramedik, namun Kursus Pos basik bagi PPF masih tiada dijalankan oleh KKM.

PERMOHONAN PPF :

PPF memohon agar Kursus Pos Basik bagi PPF di adakan bagi meningkatkan Mutu perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF agar standing dengan lain-lain paramedik di KKM.

ALASAN PERMOHONAN :

PPF merasakan diri mereka adalah paramedik kelas kedua kerana KKM tiada memberikan ruang dan peluang kepada Penolong Pegawai Farmasi bagi Meningkatkan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya bagi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat.

LAIN-LAIN ALASAN :

Adalah amat malang sekali jika kursus pos basik tambahan ini tidak diluluskan kerana perkhidmatan PPF telah bermula sejak 1957 di Pulau Pinang. Ianya hanya berubah sebanyak dua kali sahaja iaitu, berpindah ke Makmal Ubat Petaling Jaya Selangor pada 1960 dan berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh Selangor pada 2003. Lain-lain paramedik telah banyak berubah, sedangkan PPF masih tidak banyak perubahan.

TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PPF

Sejak dahulu lagi, Skim Perkhidmatan PPF adalah terkebelakang dan tiada perubahan, berbanding dengan lain-lain paramedik. KKM sendiri telah gagal memastikan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF, walaupun ada Jawatankuasa Teknikal bagi setiap katogeri.

Disertakan disini perubahan lain-lain skim perkhidmatan didalam KKM:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1999 -Pindaan Skim-Skim Jururawat Pergigian U 8 dan Juruteknik Pergigian U8.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2003 Pindaan Skim Jururawat Masyarakat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 Pindaan Skim Attandan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 Pindaan Skim-Skim Pembantu Perubatan ,Jururawat Pergigian , Juruteknik Pergigian , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Sains.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005, Pindaan Skim Pembantu Pembedahan Pergigian.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Pindaan Skim Pembantu Kesihatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 Pindaan Skim Pengajar

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2005 Pindaan Skim
Juru X ray

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 Pindaan Skim Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat, Juru X ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2006 Pindaan Skim Jurupulih Perubatan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006 Pindaan Skim Pembantu Perubatan

Dan lain-lain.

SEKOLAH LATIHAN PPF KKM

Sekolah Latihan PPF KKM Petaling Jaya pada masa dahulu adalah di bawah pengurusan BPF KKM dan mereka memang tiada kemahiran tentang latihan dan ianya amat berbeza dengan lain-lain paramedik yang mana mereka di letakkan di bawah Bahagian Latihan KKM.

Mesyuarat Mengkaji Kurikulum Latihan Asas PPF yang diadakan di Langkawi pada 6 – 11 September 1993, adalah mesyuarat yang julong kali di adakan dan hasilnya ialah keperluan perubahan yang terkini perlu dilakukan mengikut kehendak semasa, tetapi perubahan yang hendak dilakukan perlulah setimpal dengan ganjaran yanag akan diterima oleh semua PPF.

Perubahan tersebut adalah dari segi Peranan, Tugas dan Tanggungjawab PPF.

Semasa Mesyuarat Pengarah Perkhidmatan Farmasi dengan Pengarah Makmal Ubat dan Stor / Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pegawai-Pegawai Farmasi Negeri Bil. 1/93 pada 21 – 22 Oktober 1993, perkara ini telah di bincangkan dan di persetujui.

Surat edaran Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Ruj ( 63 ) dlm KKM-55(36) bertarikh 5 November 1993 di nyatakan dengan jelas Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi dalam Kementerian Kesihatan.

KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU FARMASI :

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah 3035 jawatan PPF didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah
86 % dan masih terdapat 14 % kekosongan. Dari statistik diatas, dapat dilihat dengan amat jelas bahawa bilangan Pembantu Farmasi amat sedikit jika dibandingkan dengan jawatan lain-lain paramedik.

Dengan bilangan jawatan sebanyak 3035 orang PPF seluroh negara dan pengisian hanya 86 % beban tugas kami di hospital dan klinik kesihatan kerajaan adalah amat berat dan dengan pemberian kursus pos basik tambahan ini, bebanan tersebut dapat dikurangkan.

BPF KKM

BPF KKM terletak di Petaling Jaya , Selangor. Di sana terletaknya pejabat yang mengawal perkhidmatan farmasi di seluruh negara. Pada masa lalu, tempat tersebut di namakan Makmal Ubat dan Setor ( MUS PJ ) .

Bahagian perkhidmatan Farmasi tersebut di ketuai oleh seorang Pengarah Perkhidmatan Farmasi dan di bantu oleh beberapa pegawai kanan yang lain. Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit tersebut adalah seperti berikut :-

• Pengarah Perkhidmatan Farmasi
• Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Amalan dan Pentadbiran Farmasi )
• Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Pengurusan Ubat dan Praktis )
• Penggunaan Ubat dan IT
• Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia
• Pengurusan Kualiti
• Amalan Farmasi Klinikal
• Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan )
• Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat
• Maklumat Ubat dan Pendidikan Pesakit
• Pengurusan Latihan dan CPD ( Contonious Profesional Development )
• Pembangunan Inter Agensi dan Antarabangsa
• Penyelidikan Pembangunan dan Perkembangan Teknologi

Walaupun BPF KKM mempunyai lebih daripada 13 bahagian/ unit / jabatan, tetapi Kursus Pos Basik bagi PPF masih belum banyak. Didalam maklum balas yag PPF terima sebelum ini, ialah ianya sedang di usahakan. Tetapi pihak PPF masih belum di beritahu tentang kemajuan usaha tersebut dan bilakah ianya akan menjadi kenyataan.

Norma Perjawatan PPF :

Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :

- Penguatkuasaan Farmasi 1 orang : setiap unit penguatkuasa
- Pesakit Luar 1 orang : 1 Unit
( Tambahan ) 1 orang setiap 50 pesakit tambahan
- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad (28-30 katil)
- Khidmat TPN / IV Admix 1 orang : setiap 300 kes sebulan
- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap hospital
- Perkhidmatan Pengeluaran Farmaseutikal 1 orang : setiap 300 pek sehari
- Gantian 1 orang : setiap 5 orang

TUJUAN KURSUS POS BASIK PPF :

i) Untuk mengemukakan cadangan bagi peningkatan dan penambahbaikan Perkhidmatan PPF dari aspek penjawatan PPF , latihan, dll.

ii) Untuk memastikan segala aktiviti berdasarkan cadangan ini dapat dijalankan dengan selaras mengikut aktiviti Pengurusan Farmasi (Farmasi Hospital dan Kesihatan) .

iii) Untuk merangka aktiviti – aktiviti PPF Hospital dan Kesihatan yang bakal diadakan pada masa hadapan.

iv) Untuk memastikan segala rumusan yang dibuat berkaitan dengan aktiviti Pengurusan Farmasi adalah demi kemajuan karier PPF .


PENUTUP :

Cadangan ini di harap akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang daripada kalangan warga PPF kepada rakyat dan Negara .

Semua pandangan dan cadangan di atas adalah dari perspektif akademik / ilmiah dan harus juga di lihat dari sudut yang sama juga.


Tamat : 9 Februari 2011

nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : tugas atau responsibility Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

tugas atau responsibility Empty Re: tugas atau responsibility

Post by nori Sat 20 Aug 2011, 12:56 pm

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF :

Tugas dan tanggungjawab PPF ada di gariskan oleh kerajaan melalui pekeliling KKM iaitu pada 1993 dan tugasan generik pada 2008. Tetapi didalam BNF amat jelas di perincikan perbezaan tugas antara PPF dan PF. Iaitu apabila ianya melibatkan professional judgement, ianya adalah tugasan PF.

Secara ringkasnya ialah tugasan PPF hanyalah mematuhi segala yang telah di dokumenkan dan tugasan PF ialah membuat kerja yang tertulis dan mengarang tugasan baru, yang memerlukan professional judgement.

Apapun PPF dan PF telah bertugas di bawah satu bumbung sejak sekian lama, cuma peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF amat perlahan jika dibandingkan dengan PF. Dan sepatutnya ini tidak akan berlaku jika semua PPF mempunyai citarasa yang tinggi dan komitmen yang mendalam dalam tugasan seharian. Dan ini boleh dilakukan jika semua PPF menjadi ahli persatuan dan kesatuan, kerana hanya di sanalah terdapat ruang bagi peningkatan. Macammana nak maju jika jadi ahli persatuan dan kesatuan pun masih tidak berminat.

Dr telah meningkat beberapa langkah dan antaranya ialah menwujudkan Persatuan Dr Pakar bagi semua Disiplin dan yuran penyertaannya ialah RM 1000 bagi 3 tahun, dan semua Dr Pakar di Malaysia telah menjadi ahlinya. Hasilnya kita lihatlah pada hari ini, semua Dr Pakar telah mendapat elaun kepakaran yang lumayan, walaupun disiplinnya hanyalah disiplin kecil sahaja.

PPF juga boleh maju jika semua PPF telah menjadi ahli persatuan dan kesatuan.

AGM persatuan PPF dan AGM kesatuan PPF telah berlalu. Banyak perkara telah dibincangkan. Ini adalah termasuk masa depan dan hala tuju PPF pada masa lalu, pada masa kini dan pada masa akan datang. Ramai juga PPF yang telah hadir pada kedua-dua AGM tersebut. Sebelum AGM, terdapat juga sessi CPE bagi mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan PPF dalam tugasan seharian.

Pada forum yang lalu, terdapat ikrar PPF di KKM. Dan sudah semestinya apabila telah berikrar, ianya perlu dijayakan pula melalui tindakan dan tingkah laku yang sempurna. Pada forum kali ini pula, PPF perlu menghayati lagu tema Kami Sedia Membantu. Semua PPF KKM sudah pastinya telah menyanyi kan lagu ini semasa menghadiri kursus kami sedia membantu. Tetapi apa yang penting ialah, semasa menyanyikan lagu ini, pastikan PPF tersebut telah mengisi borang keahlian persatuan dan borang keahlian kesatuan.

Ini adalah kerana dengan tindakan tersebut, semua PPF telah membantu persatuan dan kesatuan PPF sendiri dalam meramaikan jumlah ahli dan dalam menyatakan kesepakatan dalam mengharungi cabaran semasa dan cabaran akan datang yang sudah pastinya akan datang bertubi –tubi tampa member ruang dan peluang bagi PPF bersedia dan mempertahankan diri. Tetapi jika telah menjadi ahli persatuan dan kesatuan, pastinya persatuan dan kesatuan akan menjadi perisai yang dapat melindungi semua PPF dalam apa jua cabarang mendatang.

Disertakan sari kata lagu kami sedia membantu :

KAMI SEDIA MEMBANTU

Bangsa yang sihat asset Negara,
Kualiti hidup dipelihara,
Berpasukan berganding tangan,
Pertingkatkan taraf kesihatan,
Secara professional matlamat kami,
Dimana pun jua disetiap waktu,
Kami sedia membantu,
Kami penyayang pada semua
Bagi kami tiada beza,
Bertanggungjawab amalan kita,
Kesihatan dan maruah dijaga.

Juga sebagai pengiktirafan kepada PPF yang rajin memakai pakaian seragam sepanjang masa, kerajaan telah bersetuju untuk menambah kadar upah jahit yang lebih sesuai dengan kadar semasa dan kadar di pasaran. Dan seharusnya semua PPF memastikan ianya dapat dinikmati oleh semua PPF dan tugasan ini adalah perlu dilakukan oleh PPF tingkatan yang lebih tinggi. Tak kan PPF U29 sahaja yang membuka mulut mengenai perkara ini.

Tetapi kepada PPF yang telah tercicir daripada menikmatinya, ada saluran yang membolehkan PPF membawanya ke pengetahuan pihak atasan, tetapi sebelum itu pastikan PPF tersebut telah menjadi ahli persatuan dan kesatuan.

Saluran yang boleh di gunakan ialah :

1. Mesyuarat bulanan peringkat jabatan.
2. Mesyuarat Pre Counsil MBJ peringkat PTJ 4 kali setahun
3. Mesyuarat MBJ peringkat PTJ 4 kali setahun
4. Mesyuarat Pre Counsil MBJ peringkat negeri 4 kali setahun.
5. Mesyuarat MBJ peringkat negeri 4 kali setahun
6. Mesyuarat PPF bersama TPKN (Farmasi ) Negeri 2 kali setahun
7. Mesyuarat PPF bersama Pengarah Farmasi PPF KKM 2 kali setahun
8. Mesyuarat JK Teknikal PPF ( kekerapannya tiada maklumat sebab tiada rekod )

Dengan adanya 8 saluran tersebut, pastinya nasib PPF akan terbela. Tetapi jika menjadi ahli persatuan dan kesatuan, ianya akan lebih terbela.


Di sertakan Kadar Upah Jahit Tahun 2011 :

Bil. Jenis Pakaian Kadar Maksimum :
1. Baju Lengan Panjang/ Pendek RM100
2. Sehelai Seluar Panjang RM130
3. Sepasang Baju Kurung Wanita RM120
4. Overall RM150
5. Overcoat RM100
6. Bagi urusan perolehan pakaian seragam di perenggan (i) dan (ii), tiada
kadar yang khusus ditetapkan bagi perolehan pakaian siap dijahit, perolehan
kain dan upah jahit. Agensi boleh menguruskan pembekalan pakaian
seragam tersebut mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa tanpa
perlu memohon kelulusan Perbendaharaan, tertakluk kepada peruntukan
kewangan yang diluluskan.


Di sertakan Pekeliling:


KK/BP/DS(S)10/430/8(s.k. 1/2010)(4)

KEMENTERIAN KEWANGAN

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 6 TAHUN 2011

Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan

PERATURAN DAN KADAR BEKALAN PAKAIAN SERAGAM

TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan baru berhubung
pembekalan pakaian seragam kepada penjawat awam.

LATAR BELAKANG
Pada masa ini, kelayakan pakaian seragam ditetapkan oleh Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5
Tahun 1995 dan akta/peraturan perkhidmatan berkaitan. Peraturan bagi
membekalkan pakaian seragam pula ditetapkan di bawah Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2002 (PP Bil.6/2002). Selaras dengan keadaan
semasa, Perbendaharaan bersetuju supaya PP Bil.6/2002 disemak semula.

TAFSIRAN
Melainkan sesuatu itu terjelas maksudnya dalam Pekeliling ini, tafsiran
di bawah ini hendaklah diikuti:
“Pakaian Seragam” adalah bermaksud pakaian dan kelengkapan lain
yang dibekalkan kepada pegawai yang layak seperti yang ditetapkan
dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990, Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 dan akta/peraturan perkhidmatan
berkaitan serta pindaannya.


KEMUDAHAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM
Semua agensi hendaklah menguruskan bekalan pakaian seragam
kepada pegawai masing-masing pada setiap tahun mengikut prosedur
perolehan dan peraturan kewangan semasa yang ditetapkan.


Agensi boleh memilih untuk membekalkan pakaian seragam mengikut
kaedah yang ditetapkan seperti berikut:

i. agensi menguruskan pembekalan pakaian seragam yang siap
dijahit dari kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang
berkuat kuasa; atau

ii. agensi menguruskan pembekalan kain berkualiti dan perolehan
perkhidmatan jahitan secara berasingan yang diuruskan oleh
kementerian/jabatan mengikut prosedur perolehan yang berkuat
kuasa; atau
iii. agensi mendapatkan kain berkualiti mengikut prosedur
perolehan yang berkuat kuasa dan mengagihkan kepada
pegawai supaya pegawai menguruskan sendiri jahitan pakaian
berkenaan dan seterusnya pegawai akan membuat tuntutan
bayaran balik bayaran upah jahit yang disokong dengan resit
atas kadar maksimum seperti berikut:

Bil. Jenis Pakaian Kadar Maksimum
1. Baju Lengan Panjang/ Pendek RM100
2. Sehelai Seluar Panjang RM130
3. Sepasang Baju Kurung Wanita RM120
4. Overall RM150

5. Overcoat RM100

6. Bagi urusan perolehan pakaian seragam di perenggan (i) dan (ii), tiada
kadar yang khusus ditetapkan bagi perolehan pakaian siap dijahit, perolehan
kain dan upah jahit. Agensi boleh menguruskan pembekalan pakaian
seragam tersebut mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa tanpa
perlu memohon kelulusan Perbendaharaan, tertakluk kepada peruntukan
kewangan yang diluluskan.

KEMUDAHAN BEKALAN KASUT
7. Agensi boleh membekalkan kasut kepada pegawai mengikut pilihan
seperti berikut:

i. agensi menguruskan pembekalan kasut berdasarkan prosedur
perolehan kewangan yang berkuat kuasa mengikut bilangan
kelayakan pegawai di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7
Tahun 1990, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995
dan akta/peraturan perkhidmatan berkaitan serta pindaannya;
atau

ii. bagi pegawai yang layak dibekalkan dengan kasut/boot
keselamatan jenis kulit, agensi boleh membenarkan pegawai
membeli kasut dan seterusnya membuat tuntutan bayaran balik
yang disokong dengan resit bagi pembelian kasut mengikut
bilangan kelayakan pegawai tertakluk kepada kadar berikut:
(a) kasut kulit - maksimum RM150
sepasang; atau
(b) kasut/boot keselamatan
kulit
- maksimum RM250
sepasang.

8. Bagi pembekalan jenis kasut selain daripada di perenggan 7(ii) di atas,
agensi hendaklah mengikut tatacara prosedur perolehan yang sedang
berkuat kuasa.

KELENGKAPAN LAIN
9. Agensi boleh menyediakan kelengkapan lain berkaitan dengan pakaian
seragam pegawai mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa.

TANGGUNGJAWAB KETUA AGENSI
10. Ketua Agensi adalah bertanggungjawab memastikan perkara berikut:

i. peraturan yang ditetapkan berhubung kelayakan, kuantiti, reka
bentuk dan warna pakaian seragam sebagaimana yang
ditetapkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990,
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 dan akta/
peraturan perkhidmatan berkaitan serta pindaannya dipatuhi
sepenuhnya;

ii. menentukan keperluan dan spesifikasi kasut adalah
bersesuaian dengan tugas pegawai;

iii. menyediakan garis panduan dalaman (sekiranya perlu) di
agensi bagi kadar perolehan bekalan kain dan upah jahit yang
sesuai sebagai satu bentuk kawalan dan untuk mengelakkan
pembaziran; dan

iv. memastikan peruntukan tahunan agensi adalah mencukupi bagi
menyediakarl pakaian seragam kepada pegawai pada setiap
tahun.

PEMAKAIAN PEKELlLlNG
11. Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awarn
Negeri, Badarl Berkanurl Persekutuan darl Pihak Berkuasa Tempatan
tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing.

TARIKH KUAT KUASA
12. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.

PEMBATALAN
13. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling ini, Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 6 Tahun 2002 adalah dibatalkan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


(Tan Sri Dr. Wan Abdul Azi an Abdullah)


Ketua Setiausaha
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Audit Negara
Akauntan Negara Malaysia
Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan
Semua Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan


Segala pendapat, cadangan dan nukilan di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihatnya dari sudut yang sama agar memberikan natijah yang sama juga kerana sedikit perbezaan dari sudut pandangan akan memberikan hasil yang berbeza.

Tamat : 18 Ogos 2011.
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : tugas atau responsibility Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

tugas atau responsibility Empty Re: tugas atau responsibility

Post by nori Tue 18 Oct 2011, 9:26 pm

FORUM 18 OKTOBER 2011

Salam Satu Malaysia

Selamat Bertugas Kepada semua PPF.

Tugasan PPF pada tahun 2011 telah banyak berubah. Salah satu tugas yang paling utama ialah memperkasakan JK Teknikal PPF dengan cara berikut :
S/U JK Teknikal PPF perlu lebih aktif
Ahli JK Teknikal PPF juga perlu aktif
Sebelum pergi mesyuarat, sila baca PKPA pengurusan mesyuarat berkualiti
Sediakan beberapa Kertas Kerja dengan bantuan lain lain PPF
Hantar keputusan mesyuarat ke pihak atasan bagi tujuan semakan.
Akhir sekali tunggulah jawapan pihak atasan dengan sabar.

Segala pencapaian dan persediaan PPF bermula pada tahun 1991. Iaitu semasa keluarnya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991 – Panduan Pengurusan Mesyuarat. Amat jelas dinyatakan bahawa setiap mesyuarat perlu menyediakan kertas kerja tidak lebih 15 muka surat. Jika melebihi 15 muka surat, satu ringkasan eksekutif perlulah di sediakan oleh s/u.

Pegawai Perubatan telah mengambil beberapa langkah yang perlu iaitu :
Menukar gelaran jawatan Pegawai Perubatan dan Kesihatan kepada Pegawai Perubatan sahaja
Menukar gelaran jawatan Pakar Kesihatan Keluarga ( FHS) kepada Pakar Perubatan Keluarga (FMS)
Menukar skim gaji dari U kepada UD

Segalanya bermula dengan kertas kerja , dibentangkan dalam mesyuarat, dan di luluskan.

Bagi diri PPF, perlulah memperkuatkan JK Teknikal bagi sebarang tujuan dan maksud.

JK TEKNIKAL PPF

Urusetia JK Teknikal PPF 2011/2012 :
En.Muhammad B Awang PPF dan Tn Hj.Abd Ghani b Yusof

JK Teknikal perlu menyediakan

DRAFF TINDAKAN DAN DRAFF PERLAKSANAAN
Dan yang paling penting ialah mewujudkan JK Kecil bagi setiap isu.

Draff tindakan dan draff pelaksanaan juga perlulah mematuhi tujuan dan hasrat persatuan / kesatuan. Dan jika JK Teknikal PPF tiada idea, boleh salin sahaja tujuan dan objektif persatuan dan kesatuan PPF


Tetapi baru-baru ini PM ada menyarankan agar semua urusan kerajaan, perlulah menggunakan Bahasa Malaysia (BM) dan ini bertujuan memertabatkan BM.

PPF juga tidak terkecuali. Perlu menggunakan BM sepenuhnya. Pada masa lalu, PPF ada 50 masaalah, tetapi di tambah dengan penggunaan BM, ianya akan menjadi 100. Dan sebagai permulaan, marilah semua PPF alih bahasakan cita-cita PPF. (Semua PPF perlu menghafal resolusi ini).


RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000

Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “
7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang

The Director’s Conference 200 after deliberating on the theme “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “ with the main objective of enhancing the role of Allied Health Professionals (AHP) in meeting the future health needs, acknowledges ;

• That the AHP is agroup of professionals with varying work functions in health care who share common objectives of providing quality health services to individuals, families and communities;

• That to be person centred, the future health system shall be guided by the eight health services goals viz.

i. Wellness focus
ii. Person focus
iii. Informed person
iv. Self help and self care
v. Care provided at home or close to home
vi. Seamless and continuous care
vii. Services tailored to need of individuals and groups
viii. Effective, efficient and affordable care;

• That the future health care system shall be geared towards faciliting and sustaining lifelong wellness to individual, families and communities;

• That there are shortfalls and gap in ensuring delivering of person centred services which include:

= non equitable distribution and shortage of human resource for health;
= compartmenttalisation and territoriality of professional groups;
= inappropriate organizational structure;
= inadequate information system and communication mechanism;
= poorly coordinated policies;
= poor career development opportunities;

• That the imformation and communication technology (ICT) as an enable, shall be optimally applied in health care delivery; and

• That there is a need to strengthen intergration of services through virtual, horizontal and vertical intergration and team work


Thereby resolves :

That the Ministry of Health shall accelerate the transformation of current health system which is provider centred into one that is person and community centred, built upon effective teamwork and to fully optimize the role of Allied Health Professionals (AHP),

The Conference hereby recommends :
i. that the role of Allied Health Professionals be enhanced to meet the needs of the future health services through empowerment and improved professional competency;

ii. that due considerations be given to address the legal, ethical and administrative implication arising from the empowerment and enhancement of AHP;

iii. for a reappraisal of current policies, organisational structure and work processes to facilite the transformation process;

iv. that opportunities be inentified for greater involvement of AHP in all areas of care especially with the introduction and availability of telehealth;

v. that professional proficiency be raised and sustained through structured programmes and activities that include short-term course, attachments and fellowships locally or abroad for continuing professional development;

vi. that a conductive work environment be created and natured through motivation, effective leadership, provision of physical and psychosocial support and flexibility thereby facilitating career development;

vii. for the creation of learning opportunities for AHP by optimizing usage of information and communication technology ICT) ;

viii. for the provision of conducive service environment through the redesigning and implementation of career pathways for AHP thus providing greater opportunities for career advancement in recognition of their enhance rples, duties and responsibilities; and

ix. that step be taken to address the problems of shortage, mix and non-equitable distribution of AHP to support their enhance role.

The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms:
i. that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and

ii. that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations

EXISTING CAREER PATHWAY FOR ALLIED HEALTH PROFESSIONAL IN KKM

U 29 Diploma level
↓

1 st Promotion

U 32 ( 8 to 10 years of service as U 29, 5 years service as U 29 minimum )

2 nd Promotion

U 36 ( 3 years service as U 32 minimum )
↓
3 rd Promotion
↓

U 38 ( 3 years service as U 36 minimum )
↓

4 th Promotion
↓

U 40 ( 3 years service as U 38 minimum )

Keputusan dari resolusi di atas ialah : Bahagian Perkembangan Perubatan KKM akan menjadi seketariat bagi menjayakan cadangan pada tahun 2000 tersebut. Tetapi kehadiran PPF di sana, masih belum terasa lagi.


Maklumat terkini perjawatan PPF di KKM
pada 31 Dis 2010 ialah :


Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Jumlah bilangan PPF di KKM berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM

Dengan bilangan PPF yang ramai U40 / U38 / U36 / U32 / U29 U32KUP, pastinya tugasan ini menjadi mudah.

Langkah PPF seterusnya ialah menghantar semua ahli JK Teknikal PPF mengikuti Kursus Pengendalian Mesyuarat dan Penulisan Minit Yang Berkualiti anjuran INTAN. Boleh mohon melalui web. Selepas tu barulah akan lahir PPF berkarisma. Sebab jika tiada pengurusan mesyuarat yang berkuali dan tiada kertas kerja yang berkualiti, pastinya nasib PPF amat sukar untuk di pertahankan.


DRAFF KERTAS KERJA PENEMPATAN PPF
DI PUSAT MAKLUMAT DRUG ( PMD ) DI SEMUA HOSPITAL KKM


1. RINGKASAN EKSEKUTIF :

Pada masa ini tiada PPF ditugaskan secara tetap di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Apabila cadangan ini dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, peranan serta fungsi Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di semua Hospital akan ditingkatkan lagi dan ini akan memberi kesan yang tinggi dalam usaha merawat pesakit secara menyeluruh ( Total Farmaceutical Care )

2. RASIONAL :

Sebagaimana yang diketahui umum, semakin negera bertambah maju, jenis-jenis penyakit juga bertambah. Hospital akan sentiasa penuh sesak dengan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Ini ditambah pula dengan peningkatan harga ubat-ubat baru yang berkualiti serta kesan sampingan yang minimum. , pesakit yang tidak mampu akan membanjiri perkhidmatan Hospital KKM. Kemelesetan ekonomi juga akan menyebabkan perkhidmatan Farmasi KKM akan digunakan sepenuhnya oleh rakyat negara ini. PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) ada peranan yang perlu dimainkan bagi membantu peningkatan taraf kesihatan rakyat negara ini .

Dengan adanya PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) , tugas PPF sedia ada di kaunter Pesakit Luar akan menjadi lebih ringkas dimana jika ada pesakit yang memerlukan maklumat tambahan dan nasihat tentang drug, pesakit tersebut boleh di rujuk kepada PPF yang bertugas di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) .

Apabila cadangan penempatan PPF di Pusat Maklumat Drug
( PMD ) di persetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, semua Hospital akan mempunyai sistem maklumat drug yang lengkap serta bersepadu. Dan ini adalah setanding dengan negara maju.


Apabila cadangan penempatan PPF di Pusat Maklumat Drug
( PMD ) di semua hospital diseluruh negara dipersetujui, PPF di Kaunter Farmasi Pesakit Luar hospital berkenaan , dapat menumpukan sepenuh perhatian dan masa dalam tugas-tugas membekalkan ubat kepada pesakit. Amalan Dispensing Yang Baik ( Good Dispensing Practice ) boleh dipraktikkan sepenuhnya.


Takrif dispensing bagi ubat dan racun menurut undang-undang ialah

“ membekalkan ubat atau racun mengikut preskripsi yang di terima dari pengamal perubatan , doktor gigi atau doktor haiwan yang berdaftar “

Dalam praktis sebenar, aktiviti dispensing melangkaui lebih dari maksud perundangan dan melibatkan pembancuhan, pengbungkusan, penglabelan dan pembekalan.
Pada masa ini ubat-ubat lebih banyak terdapat dalam bentuk siap untuk digunakan yang tersedia untuk dibekalkan. Ubat-ubat yang perlu disediakan terlebih dahulu semakin berkurangan.

Pengetahuan yang mendalan perlu semasa menjalankan tugas mendispen drug kerana ianya bukan sekadar membekalkan ubat tetapi juga merangkumi pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit.
Matlamat dispensing ialah membekalkan ubat dengan cekap, tepat dan selamat. Ciri-ciri komunikasi yang baik mesti terjalin semasa dispensing. Disamping itu, keadaan fizikal juga perlu.

Antara aktiviti dispensing ialah :
- pembancuhan
- pembungkusan
- pengisian ubat
- melabel dengan sempurna
- membekalkan
- nasihat tentang drug.

PPF boleh mengamalkan amalan dispensing yang baik semasa membekalkan ubat kepada pesakit. Penempatan PPF tambahan akan membantu dalam pemberian ubat yang berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada pesakit.

Aspek-aspek kaunseling dikaunter boleh dipraktkkan bagi pesakit yang menghadapi maaalah kepatuhan memakan ubat.

Kaunseling bertujuan memberi pendidikan kepada pesakit khasnya dan kaum keluarga pesakit amnya agar membolehkan beliau mengamalkan cara-cara tertentu dalam pengubatan dan perawatan dengan tujuan menyembuhkan dari penyakit serta mengelakkan komplikasi-komplikasi tertentu.

Objektif kaunseling ialah :
- mengekalkan status kesihatan pesakit
- menyebarkan maklumat di kaunter berkenaan penyakit dan ubatnya.
- membantu kaum keluarga pesakit agar memahami keadaan penyakit pesakit
- mengubah tingkahlaku terhadap kepentingan menjaga kesihatan
- membantu pesakit memahami dirinya sendiri
- membantu pesakit mengubah tabiat hidupnya untuk kepentingan perawatannya
- menekankan kepentingan pematuhan memakan ubat.

Tumpuan kaunseling :
- pesakit sendiri
- kaun keluarganya yang akan membantu
Pematuhan memakan ubat :
- nama ubat
- kegunaan ubat
- tempoh dimakan
- cara mengambil / menggunakan
- kesan sampingan
- penyimpanan
- dan lain-lain.


Komunikasi antara PPF dan pesakit amatlah penting dalam kejayaan sesuatu rawatan kerana Pembantu Farmasilah yang akan membekalkan semua maklumat yang diperlukan oleh pesakit. Dengan adanya PPF tambahan, semua pesakit akan dilayan dengan mesra dan jujur adil dan saksama memandangkan terdapat banyak masa untuk mendispen.

3. SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATAN :

PPF yang bertugas di Hospital , mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab terhadap penjagaan pesakit seperti mana yang telah di gariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu seperti di bawah:

Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab PPF
Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia:

PPF berperanan sebagai kumpulan sokongan dalam memberi Perkhidmatan dan Farmasiutikal di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi di dalam set up penjagaan kesihatan. Peranan PPF yang bertugas di hospital adalah tulang belakang kepada Perkhidmatan Farmasi Hospital.

Selari dengan assimilasi skim Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam skim Perkhidmatan PPF tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh PPF.

Perkembangan yang pesat dalam Farmasi Klinikal dan Pemonitoran Program – Program Utilizasi ubat-ubatan telah mencetuskan keperluan kumpulan sokongan PPF yang mahir serta membolehkan membantu keberkesanan dalam pengurusan ubat-ubatan dan “Pharmaceutical Care “ .

Walaubagaimanapun pendispensan ubat-ubatan samaada ianya dalam konteks Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar mahupun Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam, masih menjadi teras tugas dan tanggungjawab PPF



3.1 Perkhidmatan Maklumat Drug ( PMD ) – Pusat Penerangan Ubat-Ubatan :

- Penyusunan penerangan ubat-ubatan ( Compilation ) . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga di dalam pengumpulan dan menfailkan maklumat-maklumat mengenai ubat-ubatan, artikal/abstrak yang berkaitan selaras dengan sistem yang ada di pusat tersebut. Membantu dalam dokumentasi dan kemasukan data yang ada hubungkait dengan perkhidmatan maklumat ubat-ubatan. Membantu dalam pengumpulan dan pemprosesan data yang dikumpulkan semasa semakan utilisasi ubat-ubatan atau lain-lain kajian atas aktiviti yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Farmasi.

- †Retrieval †maklumat ubat-ubatan . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam pengeluaran dokumen / artikal / abstrak yang berkaiatan dengan permintaan dan mengemukakan kepada Pegawai Farmasi untuk penilaian dan pembentukan yang berpatutan dengan keperluan peminta.


- Percetakan Buletin , Newsletter dan lain-lain maklumat ubat-ubatan dan perkhidmatan pendua. Membantu Pegawai Farmasi dalam setting, artwork, pembacaan proof, mencetak dan menyampaikan maklumat ubat-ubatan melalui Buletin / berita yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Drug ( PMD ).

- Penjagaan iventori. Membantu Pegawai Farmasi dalam penjagaan iventori , alat-alat kelengkapan, alat-alat sumber, dan sebagainya di Pusat Maklumat Drug ( PMD )


4. TEMPAT-TEMPAT PENEMPATAN :

Apabila cadangan penempatan PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) diluluskan, bilangan jawatan yang diperlukan adalah tidak ramai iaitu sebanyak 14 jawatan sahaja ( seorang di setiap Hospital di Ibu Negeri ). Penempatan seorang PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) dapat meningkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi.


5. DATA-DATA SOKONGAN .

Pada masa ini, jumlah jawatan PPF di seluruh negara ialah 2379 jawatan. Ini adalah termasuk PPF U40/38/36/32/29. Bilangan ini adalah amat sedikit sekali jika dibandingkan dengan lain-lain paramedik yang berhubung terus dengan pesakit. Dengan penempatan PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) Hospital-Hospital Utama di seluruh negara, aktiviti serta Perkhidmatan PPF akan ditingkatkan lagi. Ini adalah ke arah mencapai penjagaan Farmaseutikal yang menyeluroh ( Total Pharmaceutical care ) .

6. IMPLIKASI KEWANGAN

Penempatan PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) tidak melibatkan implikasi kewangan kerana pada masa ini maklumat drug diberikan di kaunter pesakit luar , manakala apabila jawatan ini di luluskan , satu jawatan PPF di kaunter pesakit luar akan di pindahkan ke Pusat Maklumat Drug dan kesan jangka panjang ialah kadar kesembuhan pesakit akan lebih tinggi dan akan menurunkan bilangan pesakit di pesakit luar.

7. CARTA ORGANISASI :


PEGAWAI FARMASI GRED U 41


PPF


8. LAIN-LAIN FAKTA.

Kajian Soalselidik Katogeri Spesifik Oleh Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM ) Kubang Kerian Kelantan pada tahun 1996 mendapati sumber maklumat drug yang utama ialah :-

- 48 % maklumat daripada Buku Rujukan
- 29 % maklumat dari Product List / Insert
- 13 % maklumat melalui dan perkhidmatan yang boleh diberikan.
- memberi pengetahuan kepada Doktor / Paramedik tentang berbagai sumber rujukan, jenis maklumat drug rujukan kepada Doktor.
Tujuan Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di ujudkan ialah :
- memberi pendedahan kepada Doktor / Paramedik / Pesakit tentang pusat tersebut, matlamat penubuhanya yang penting dan menerangkan bagaimana sumber-sumber ini dapat digunakan dalam melaksana tugas-tugas seharian.
- memberi satu rangkaian sumber terhadap racun dan ubat yang terdapat di Malaysia serta cara-cara sistem ini dapat di manfaatkan dalam usaha meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit.

Sumber-sumber rujukan :
- rujukan umum seperti artikal-artikal dan monograf sesuatu ubat
- rujukan primer seperti Medline, Medicus, IOWA, laporan klinikal, laporan kes, penyelidikan farmakologi, laporan epidemiologi dan lain-lain.

Fungsi yang berguna bagi Pusat Maklumat Drug ( PMD )
- penilaian ubat dari segi penggunaan, kekerapan dan dos
- melaporkan kesan buruk drug
- mengedarkan formula standard
- pendidikan dan latihan mengenai PMD

Dengan adanya PPF Tambahan, perkhidmatan PMD ( DIS ) akan diperluas dan semua maklumat yang perlu akan disebarkan kepada pesakit / paramedik / Doktor.

Pusat Maklumat Drug ( PMD ) adalah salah satu tugas utama Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi peringkat Kementerian, Pusat tersebut terletak di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan ( BPFK ) di Petaling Jaya. Pada peringkat Hospital ianya tidak dapat ditubuhkan secara teratur sepenuhnya kerana tiada PPF yang ditugaskan secara khusus dipusat tersebut.


VISI PERKHIDMATAN PEMBANTU FARMASI :

Visi Perkhidmatan Pembantu Farmasi ialah memberikan perawatan yang sempurna dengan cara pembekalan ubat-ubatan secara profesional , bekalan yang tepat, berkesan dan selamat serta mendidik masyarakat supaya mendapatkan ubat-ubatan daripada premis yang bertanggungjawab bagi menjamin perawatan yang optimum, penyembuhan yang segera serta kesan sampingan yang minimum.

MISI PERKHIDMATAN PEMBANTU FARMASI :

Misi Perkhidmatan Pembantu Farmasi ialah menjalankan tugas-tugas seharian dengan penuh beretika, berdedikasi, mengikut organisasi, menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan, dengan tujuan keyakinan pesakit akan bertambah dan seterusnya Perkhidmatan Pharmaceutical Care yang diberikan akan mencapai hasrat yang optimum seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan adanya PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) perkhidmatan yang lebih lengkap boleh diberikan kepada penduduk di Negara ini. TAMAT.


Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 18 Oktober 2011

nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : tugas atau responsibility Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

tugas atau responsibility Empty Re: tugas atau responsibility

Post by nori Thu 29 Dec 2011, 9:40 am

FORUM
PPF 29 DISEMBER 2011






Salam
Satu Malaysia dan Selamat Bertugas kepada semua PPF.






Segala cadangan, nukilan dan pandangan di
bawah, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga
perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat
asal. Segala salah dan silap semasa menaipnya, adalah tidak disengajakan,
maklumlah teknologi ICT memungkinkan segalanya.



Tugas atau resposibiliti adalah berbeza mengikut tahap pemikiran masing-masing. Masa mohon kerja isi borang SPA. Lepas tu gi temuduga. Bila dapat kerja, terus lapor diri. Masa tu akan dapat senarai tugas. Buat sahaja kerja mengikut senarai tugas tersebut. Juga ada persatuan PPF dan Kesatuan PPF yang memperincikan secara teliti setiap tugas. Macam mendispen ubat, PF dapat elaun kritikal PPF tidak dapat. Sebab PF mendispen sebab di sarankan oleh Akta Racun 1952 dan PPF mendispen sebab atas arahan pegawai atasan. Tetapi jika semua PPF bersatu dan beri alasan yang kukuh, tidak mustahil juga satu hari nanti PPF juga akan dapat elaun kritikal.






Peningkatan gaji PPF adalah secara
berterusan. Apabila lain-lain penjawat awam naik gaji, PPF juga tidak
ketinggalan. Mengikut dasar JPA, kadar upah adalah selaras dengan kadar kerja.
Maka secara tidak langsung, apabila gaji naik, produktiviti juga perlu di
tingkatkan. Pada masa dahulu gaji PPF hanyalah C7 RM 540.00 sebulan, tetapi
kini ialah UF2-1 RM 1570.00 sebulan. Maka oleh sebab itu, PPF tahun 2011 perlu
bekerja 3 kali ganda dari pada PPF masa lalu.






Dan jika sudah menjawat PPF U40 dengan gaji
RM 7145.00 sebulan, PPF tersebut perlu bekerja 14 kali ganda daripada PPF C7.
Disertakan gaji baru PPF SBPA, agar semua PPF dapat meningkatkan produktiviti.






JADUAL GAJI PPF SBPA



U29/UF2-1
: KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM145;



T1-1570, T2-1715, T3-1860, T4-2005, T5-2150,
T6-2295, T7-2440, T8-2585, T9-2730, T10-2875, T11-3020, T12-3165, T13-3310,
T14-3455, T15-3600, T16-3745, KGT=RM150.00; T17-3895, T18-4045, T19-4195,
T20-4345


U32/UF2-2
: KGT-RM155

T1-2735,
T2-2890, T3-3045, T4-3200, T5-3355, T6-3510, T7-3665, T8-3820, T9-3975,
T10-4130, T11-4285, T12-4440, T13-45
...95,
T14-4750, T15-4905


U36/UF2-4:
KGT-RM180

T1-3060,
T2-3240, T3-3420, T4-3600, T5-3780, T6-3960, T7-4140, T8-4320, T9-4500,
T10-4680, T11-4860, T12-5040, T13-5220, T14-5400, T15-5580


U38/UF2-5
; KGT-RM195

T1-3780,
T2-3975, T3-4170, T4-4365, T5-4560, T6-4755, T7-4950, T8-5145, T9-5340,
T10-5535, T11-5730, T12-5925, T13-6120, T14-6315, T15-6510


U40/UF2-6
: KGT-RM225

T1-4445,
T2-4670, T3-4895, T4-5120, T5-5345, T6-5570, T7-5795, T8-6020, T9-6245,
T10-6470, T11-6695, T12-6920, T13-7145






PPF telah berada di Negara ini melebihi 50
tahun, dan sebagai langkah peningkatan PPF telah menyertai Ceupacs. PPF sendiri
telah ada pengalaman yang menarik bersama Ceupacs. PPF juga ada pengalaman yang
menarik yang tersendiri dan antaranya ialah masih ada PPF yang belum mengisi borang
keahlian kesatuan, walaupun baru sahaja di naikkan ke PPF U36. Dan pada 2012
mungkin separuh dari PPF KKM, tidak mahu menjadi ahli kesatuan kerana pada 2011
telah ada pengiktirafan yang di berikan oleh KKM kepada PPF yang tidak menjadi
ahli kesatuan dan telah di naikkan pangkat ke PPF U36. Kebaikannya ialah KKM
bertindak adil kepada semua PPF tampa mengira ahli ataupun tidak kepada
kesatuan dan keburukkanya ialah PPF yang naik pangkat tersebut akan gagal
menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF
dan gagal juga memperkasakan dan memartabatkan profesyen PPF. Dan sumbangan PPF
tersebut dalam MBJ, MBK adalah zero.









Sebagai
menambah pengalaman dan pengetahuan, PPF perlu menyemak dan menghalusi
perjalanan Ceupacs tersebut dan lihatlah di mana PPF boleh menyumbang kepada
kemajuan dan kemakmuran Negara.






VISI


CUEPACS KEKAL SEBAGAI PUSAT KEBANGSAAN KESATUAN SEKERJA
UNGGUL SEKTOR AWAM



MISI



Mengekalkan CUEPACS sebagai salah sebuah organisasi yang
terbaik dan mampu memperjuangkan kepentingan anggota sektor awam dengan
berkesan secara berterusan dan menjadikan CUEPACS sebagai sumber rujukan utama
berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin mengikut dasar kepimpinan
berpengalaman (k-leadership).



SEJARAH CUEPACS



Enakmen Kesatuan Sekerja mula diperkenalkan pada tahun
1940 tetapi tiada kesatuan sekerja ditubuhkan sehingga dan selepas perang di
mana para pekerja disusun di bawah kesatuan sekerja. Mereka disusun mengikut
status jabatan atau ketukangan. Tidak lama selepas mereka menyedari bahawa ada
banyak kesatuan sekerja yang berganda / bertindih dan mempunyai bidang dan
fungsi yang sama yang tidak memudahkan untuk perjuangan bersama. Pada tahun
1948 beberapa orang pemimpin kesatuan-kesatuan sekerja sektor awam telah
mengambil langkah yang pertama bagi menubuhkan suatu badan kebangsaan iaitu
Majlis Kakitangan Perkhidmatan Kerajaan ( Government Services Staff Council )
yang mewakili 40 badan Kesatuan Sekerja Sektor Awam. Matlamat utama Majlis
tersebut ditubuhkan ialah untuk menggalakkan kerjasama antara kesatuan, tanpa
melibatkan diri dalam autonomi individu hal ehwal pentadbiran kesatuan-kesatuan
berkenaan, dan demi memperjuangkan kepentingan dan kebajikan bersama anggota--anggota
yang bergaji bulan daripada kesatuan-kesatuan yang menyertainya.
Peraturan-peraturan Majlis Kakitangan Perkhidmatan Kerajaan telah diluluskan di
persidangan penaja pada 3 April 1949 dan berpejabat di No. 1362, Jalan Kandang
Kerbau (sekarang Jalan Padang Belia), Brickfields, Kuala Lumpur.



Majlis ini dianggotai oleh sebanyak 8 buah kesatuan dan
apabila dibubarkan untuk memberi laluan kepada penubuhan CUEPACS sebanyak 48
kesatuan bergabung dengannya. Majlis ini telah memainkan peranan yang penting
dalam hal ehwal kebajikan anggota sektor awam dan juga telah menyumbang kepada
kejayaan Majlis Kebangsaan Whitley (National Whitley Council).

Pada mulanya, Majlis ini telah menghadapi berbagai kesulitan khususnya semasa
hendak memperjuangkan ke atas sesuatu isu bersama. Demi kebaikan dan kebajikan
pekerja sektor awam pada masa itu dan terkemudiannya, maka usaha-usaha patut
diambil untuk menggalakkan semua kesatuan sektor awam disusun di bawah satu
badan persekutuan. Inilah yang telah menyebabkan kelulusan resolusi oleh
Persidangan Perwakilan Ke Lima pada 24 April 1955 untuk menubuhkan suatu badan
yang lebih berkesan iaitu CUEPACS. Di antara tujuannya ialah untuk menggalakkan
semua kesatuan sekerja sektor awam menyertai badan baru ini tanpa mengira
jawatan atau gred perkhidmatan mereka.

Selepas melalui banyak masalah dalam penyusunan dan menyatupadukan
kesatuan-kesatuan sekerja sektor awam serta memperjuangkan idea betapa
pentingnya satu badan unggul maka, Kerajaan pada zaman kemerdekaan telah
memberi restu. Akhirnya CUEPACS telah didaftarkan di bawah Enakmen Kesatuan Sekerja
pada 23 Oktober 1957 iaitu beberapa bulan sahaja selepas Negara mencapai
kemerdekaan.



Konvensyen Pertama CUEPACS telah diadakan pada 6
September 1959. Ekoran penyusunan Pejabat Pendaftar Kesatuan Sekerja maka,
CUEPACS telah didaftarkan semula pada 12 November 1960 di bawah Ordinan
Kesatuan Sekerja 1959 (No. Daftar : 195).



STRATEGI



Mengamalkan prinsip kepimpinan yang berkaliber, beretika
dan berpengetahuan; menyelesaikan masalah pekerja melalui perundingan dan
mengekalkan 'smart partnership'; mempertingkatkan sistem pentadbiran,
pengurusan, kewangan dan perjuangan yang berintegriti; berusaha ke arah
mempertingkatkan Program Pembangunan Dan Penyelidikan dan latihan yang
terancang secara berterusan; menggalakkan penggunaan 'electronic-info' yang
efektif dalam mempertingkatkan hubungan dengan kesatuan gabungan / Kerajaan /
Organisasi dalam dan luar Negara.



KEANGGOTAAN



Keanggotaan CUEPACS terbuka kepada semua kesatuan sekerja
dalam perkidmatan awam yang berdaftar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak. Setiap kesatuan sekerja yang berdaftar yang ingin menjadi anggota
CUEPACS hendaklah memberi notis kepada ahli-ahli 14 hari sebelum Mesyuarat
Agung dan meluluskan satu ketetapan dalam persidangan perwakilan atau mesyuarat
agung iaitu bersetuju menganggotai CUEPACS. Selepas itu kesatuan sekerja
berkenaan hendaklah menghantar permohonan kepada Setiausaha Agung CUEPACS untuk
dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kongres.




Majlis Kongres atau badan yang diberi kuasa akan bebas menerima atau menolak
untuk bergabung tanpa memberi apa-apa sebab. Permohonan yang dipersetujui oleh
Majlis Kongres atau badan yang di beri kuasa akan mengemukakan kepada Ketua
Pengarah Kesatuan Sekerja untuk didaftarkan. Bagi kesatuan sekerja Badan
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) memerlukan kelulusan Y. B.
Menteri Sumber Manusia terlebih dahulu.




Jumlah keanggotaan CUEPACS semenjak beberapa tahun yang lalu telah berkurangan
disebabkan banyak Jabatan / Agensi Kerajaan telah diswastakan dan mereka tidak
lagi layak untuk terus berada dalam CUEPACS sebalik menyertai MTUC. Namun
demikian, semenjak tahun Sembilan puluhan banyak juga kesatuan-kesatuan sekerja
sektor awam yang baru daripada Badan-Badan Berkanun termasuk daripada
Universiti-Universiti telah dan sedang hendak bergabung dengan CUEPACS.
Keanggotaan gabungan CUEPACS terkini adalah terdiri daripada 100 kesatuan
sekerja sektor awam



TUJUAN / OBJEKTIF CUEPACS




Membuat apa-apa yang perlu untuk menggalakkan kepentingan atau untuk
kesempurnaan kerja-kerja semua atau mana-mana kesatuan sekerja gabungannya.





Melindungi kepentingan kesatuan-kesatuan sekerja gabungan dan
anggota-anggotanya.




Berusaha memperbaiki keadaan-keadaan kerja misalnya pengambilan, masa kerja,
kenaikan pangkat, tatatertib, keselamatan jawatan, gaji dan faedah-faedah
persaraan anggota-anggota kesatuan sekerja gabungan.




Mengatur perhubungan pekerja/majikan sepanjang yang mengenai perhubungan di
antara Kerajaan dengan mana-mana anggota Kesatuan Anggota.




Berusaha menubuhkan jentera yang dipersetujui di antara majikan dengan CUEPACS
bagi maksud merunding dan membincangkan segala perkara mengenai
kesatuan-kesatuan sekerja anggota dan anggota-anggotanya.




Mengadakan faedah-faedah bagi anggota-anggota kesatuan sekerja anggota
sebagaimana yang akan diputuskan oleh Konvensyen Kongres.




Berusaha membantu ( secara kewangan atau lain-lain ) semua atau mana-mana
kesatuan sekerja anggota dan anggota-anggotanya.




Membantu mana-mana kesatuan sekerja anggota atau mana-mana anggotanya samada
secara kewangan atau lain-lain untuk memperolehi apa-apa nasihat undang-undang
tertakluk kepada perbekalan-perbekalan dalam Undang-undang Kesatuaan Sekerja
yang berkuatkuasa.




Menggalakkan undang-undang mengenai kepentingan kesatuan-kesatuan anggota
khasnya atau kesatuan-kesatuan sekerja amnya.




Menjalankan, jika diputuskan oleh Konvensyen Kongres, kerja-kerja mengarang,
mencetak, menerbit dan mengedarkan apa-apa akhbar, majalah, sari berita atau
lain-lain persuratan bercetak untuk memajukan tujuan-tujuan CUEPACS atau
menggalakkan kepentingan kesatuan-kesatuan anggotanya.




Menggalakkan kebajikan material, sosial dan pelajaran kesatuan-kesatuan anggota
dengan apa-apa cara yang sah yang dianggap patut oleh Konvensyen Kongres atau
Majlis Kongres.




Amnya menjalankan segala tindakan dan usaha yang perlu untuk memajukan
tujuan-tujuan tersebut diatas mengikut keputusan-keputusan yang dibuat oleh
Kongres dalam Konvensyen Tiga Tahun Sekali atau Konvensyen Khas



Alamat Ibu pejabat CUEPACS



Wisma CUEPACS, 34A, Jalan Gajah, Off Jalan Yew Pudu,
55100 Kuala Lumpur.

Tel: 603-92856110, 603-92852081

Fax: 603-92859457



Makluman: Kepada Kesatuan Gabungan Cuepacs yang ingin mendapatkan
gambar aktiviti Cuepacs sila hubungi Puan Sarina Ariffin di Ibupejabat Cuepacs.
Namakan Aktiviti (photo) yang hendak dipohon. ( Tel: 03-92856110 )






Tahun 2012 akan muncul dalam hidup semua PPF.
Tahun 2011 ada lagi berbaki 2 hari. Samaada PPF bersedia ataupun tidak, ianya
pasti akan berlalu juga seperti 2011 ini. Perancangan PPF tahun 2012,
seharusnya telah di sediakan. Pastinya oleh persatuan PPF dan kesatuan PPF.
Antara yang boleh di ambil kira ialah :






Pertama Elaun Kritikal :


Ini adalah perkara baru kepada PPF.
Permohonan awal telah di hantar 11 tahun yang lalu. Antara cara mendapatkanya
ialah memaklumkan kepada PM melalui facebook. YAB PM selalunya akan ambil
maklum ke atas semua nukilan dalam facebook nya. Juga PPF boleh merangka cara
baru bagi mendapatkanya iaitu memohon elaun kritikal secara tugasan. Iaitu
seperti elaun pos basic. Semua PPF yang membuat kerja mendispen ubat, perlu lah
di beri elaun kritikal dan PPF yang tidak mendispen eg PPF di hospital, tidak
di bayar elaun kritikal. Dan majority PPF kesihatan akan dapat elaun tersebut.
Dan jika KKM tidak mahu membayar elaun tersebut, semua PPF kesihatan akan
bercuti mendispen, tunggulah PF datang, barulah pesakit akan mendapat ubat. Dan
hasilnya semua PPF akan di tugaskan ke hospital dan semua PF di Biro dll, akan
di tugaskan ke KK.






Kedua Pusat Kecemerlangan :


Centre Of Execellent ini telah lama di
hasratkan, tetapi perlaksananya amat perlahan. Tujuan pusat kecemerlangan ini
ialah semua PPF boleh memperbaiki diri di sana. Juga pusat tersebut akan mendalami
satu bidang sahaja dalam profesyen PPF secara khusus, dan profesionalisma PPF
akan meningkat. Tetapi pada tahun 2011, pusat kecemerlangan tersebut hanya
wujud dalam diri PPF sahaja tampa ada lokasi yang strategik .






Ketiga KUP U32 dan Hakiki :


PPF pada tahun 2011 telah gagal mengenalpasti
bidang-bidang kepakaran dalam profesyen PPF dan hasilnya semua KUP U32 masih
KUP. Sepatutnya setelah kerajaan meluluskan KUP U32, semua PPF perlu
mengembangkan bidang-bidang kepakaran profesyen dan menjadikan PPF KUP tersebut
sebagai hakiki dengan memegang jawatan dalam satu unit ataupun sub kepakaran.
Dan apa yang terjadi ialah sebelum KUP, PPF U32 hakiki ada 3 orang dan selepas
ada KUP U32, PPF hakiki pun tidak bertambah. Jika di lihat PPP, pada 2011
terdapat PPP U32 hakiki yang tugasanya hanya menjaga Fundus Camera.



Tetapi mungkin PPF KUP U32 tersebut hanya
inginkan gaji U32 sahaja, tampa perlu membuat kerja-kerja U32 hakiki. Tetapi
sedarlah bahawa gaji PPF tersebut adalah setaraf dengan gaji U32 hakiki.



Dasar kerajaan juga sama iaitu kejat. Tiada jawatan
baru, cuma tukar jawatan sahaja dari KUP ke hakiki.



Beza KUP dan hakiki ialah, apabiula bersara
hakiki perlu dig anti jawatan tersebut sedangkan jika KUP bersara, tiada
pengganti di perlukan. Sebabitulah jawatan mereka ialah PPF U29 / U32 KUP.






Keempat KUP U36 :


Sebagai PPF yang ingin berkhidmat untuk Negara,
maka wajarlah permohonan PPF U36 KUP di majukan kepada pihak atasan. Ini adalah
kerana takkan nak jadi PPF KUP U32 je sehingga pencen hingga umur 60 tahun.
Sebagai peningkatan, perlulah PPF membuat permohonan agar selepas 3 tahun KUP
U32 , maka PPF tersebut boleh memohon PPF KUP U36 pula, barulah gaji SBPA yang
baru tu boleh di nikmati oleh ramai PPF. Jika tidak, skil gaji PPF SBPA yang
baru tu di simpan je dalam muzium.






Kelima Perubahan 2012 :


Tahun 2011 akan berlalu. PPF perlu menilai
diri. Mana-mana yang kurang tu perlu di perbaiki. Jika ada kesalahan dan
kesilapan, mohon maaf dan jangan ulangi lagi. Tingkatkan kerja sama. Jangan
berangan-angan banyak. Tingkatkan produktiviti. Sokong usaha KKM yang baik.
Beri pendapat yang membina. Jangan banyak rungutan. Berilah banyak cadangan.
Ahhirnya SELAMAT TAHUN BARU.






Segala cadangan, nukilan dan pandangan di
atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga
perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat
asal.







Tamat : 29 Disember 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : tugas atau responsibility Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

tugas atau responsibility Empty Re: tugas atau responsibility

Post by nori Sun 08 Jul 2012, 11:11 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Salam Satu Malaysia dan Selamat Bertugas kepada semua PPF

Segala cadangan, persoalan, coretan, nukilan, permerhatian, saranan dan pandangan berikut, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga melihatnya dari sudut perspektif yang sama juga, agar ianya memberikan natijah yang sama, tampa terdapat perbezaan dari perpektif ergonomik .


USOL AGM KESATUAN PPF TAHUN 2012 DI IPOH PERAK ( 13 JULAI 2012 – 15 JULAI 2012 )

KESATUAN PPF PERLU MENYALURKAN SEGALA PERJUANGAN PPF SECARA BIJAKSANA, BERHEMAH, BERPRINSIP DAN BERTERUSAN KEPADA PIHAK YANG BERKAITAN, IAITU JK TEKNIKAL PPF.

Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009? Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh 5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.) dan 4 Exco Kesatuan, 3 Exco PPFM, 4 wakil PPF , 1 wakil Sabah dan 1 wakil Sarawak. Wakil PPFM ialah En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun dan wakil utk Kesatuan pula ialah En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam. Wakil PPF ialah Puan Faridah Saidi(CPD-PTK), Hjh.Norhaini bt Othman(HKL), Puan Juriah bt Wakidi(Labuan), En.Talib b Tawil(Biro). Wakil Sarawak ialah En.James Yiek Hua Kuong dan wakil Sabah ialah En.Johnson Chin Nyat Min. Urusetia JK ini ialah Ketua Profesion En.Muhammad B Awang PPF U40 dan juga Tn Hj.Abd Ghani b Yusof, PPF U38 BPF KKM. Semoga dengan penubuhan JK ini, PPF akan lebih cemerlang dan maju kehadapan ! Jika ada sebarang masalah yang perlu di bangkitkan, sila hubungi nama-nama seperti yang tertera diatas dalam Jawatankuasa ini.


Pekeliling dari Lembaga Farmasi Malaysia KKM-55/BPF/101/004/05 JLD. (14) bertarikh 14 Jun 2012 telah pun diedarkan bersama borang pendaftaran. Pendaftaran ini adalah pendaftaran secara ADMINISTRATIF. Tuan/puan dikehendaki menyediakan perkara-perkara seperti berikut: 1. Maklumat Perkhidmatan. 2. Salinan Sijil/Diploma masing-masing yang telah disahkan oleh Pegawai y/m tempat bertugas. 3. 2 keping gambar berwarna (terkini) yang ditulis nama dan ic dibelakang gambar. Bagi lelaki sama ada beruniform atau baju berkolar dan bertali leher, bagi perempuan sama ada beruniform atau berpakaian sopan. Bagi mereka yang kehilangan atau rosak sijil/diploma sila membuat satu salinan surat sumpah dan memohon kembali sijil masing-masing dengan membuat satu surat kepada Kolej Sains Kesihatan Bersekutu.

Segalanya bermula pada 13 Julai 2012 dan setelah segalanya di kumpulkan, ianya akan di bincangkan semasa seminar pada 14 Julai 2012 dan seterusnya ianya akan di majukan semasa AGM pada 15 Julai 2012, dan selepas 365 hari, segala hasil dari usol dan usaha tersebut akan di bentangkan. Seterusnya semua PPF perlu bersedia bagi AGM tahun 2013 dan tuan rumah yang terpilih ada masa selama 365 hari bagi membuat persediaan.


Segala cadangan, persoalan, coretan, nukilan, permerhatian, saranan dan pandangan diatas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga harus melihat perkara yang sama dari sudut perspektif yang sama juga, agar ianya tidak memberikan natijah yang berbeza dari beberapa sudut dan ergonomic.


Selamat Maju Jaya PPF.


Tamat : 8 Julai 2012
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : tugas atau responsibility Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

tugas atau responsibility Empty Re: tugas atau responsibility

Post by nori Sun 07 Apr 2013, 4:44 pm

Salam Satu Malaysia,

Selamat bertugas dan mencurahkan bakti kepada Negara kepada semua PPF

Segalanya dilihat dari perspektif akademik / ilmiah dan dari sudut KIK (kreativiti dan inovasi)

PERTAMA : Satu cadangan pembaharuan telah di majukan kepada JK PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM JPA atas tajuk CADANGAN SKIM BARU PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MULAI 1 JAN 2012 YANG TELAH DI HANTAR KE JPA . Dan isinya adalah seperti berikut ,

PENOLONG PEGAWAI FARMASI MEMOHON AGAR SKIM PENOLONG PEGAWAI FARMASI YANG DITERIMA PAKAI PADA MASA INI DI BERI PENAMBAHBAIKAN KEPADA SKIM YANG LEBIH KOMPREHENSIF BAGI PERKEMBANGAN KERJAYA PENOLONG PEGAWAI FARMASI SEJAJAR DENGAN PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN YANG DI BERIKAN.

Pada masa ini Skim Penolong Penolong Pegawai Farmasi adalah mempunyai Gred seperti berikut iaitu U29, U32, U36, U38, U40. Semasa pembentangan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Penolong Pegawai Farmasi telah di berikan Gred seperti berikut, iaitu Gred UF2-1, UF2-2, UF2-4, UF2-5, UF2-6. Bagi tujuan cadangan penambahbaikan , Penolong Pegawai Farmasi memohon agar Skim Penolong Pegawai Farmasi mempunyai Gred seperti berikut,

iaitu Gred UF2-1, UF2-4, UF2-5. Dan ini akan membolehkan Skim Penolong Pegawai Farmasi adalah diiktiraf oleh kerajaan dan ianya adalah sama seperti Skim-Skim lain, iaitu seperti berikut :

Penolong Pegawai Seni Bina

Penolong Arkitek Lanskap

Penolong Jurutera

Penolong Juruukur Bahan

Penolong Juruukur

Penolong Juruukur Bangunan

Penolong Perancang Bandar dan Wilayah

Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera

Pengamatan isu tersebut di kalangan PPF amatlah perlahan kerana JK tersebut telah menamatkan tugasnya pada Dis 2012 tetapi pemahaman di kalangan PPFtentang isu tersebut masih samar walaupun bulan April 2013 telah memunculkan diri. Setelah ianya di bincangkan antara PPF, satu kertas kerja perlu disediakan. Sememangnya setiap perkara memerlukan kertas kerja. Jika PPF masih belum bersedia untuk membuat satu kertas kerja tentang isu tersebut, tinggalkan sahaja kerana kerajaan pun masih belum membuat keputusan tentang isu tersebut. Tunggu sahaja pengumuman kerajaan.

Antara kronologi isu tersebut ialah :

Lain-lain paramedic telah mendapat dua kenaikan gaji tahunan semasa mereka berpindah ke SKIM BERSEPADU.

Pembayaran gaji Diploma PPF bermula tahun 2003 sedangkan lain-lain paramedic telah menikmatinya sejak SSB pada tahun 1991. Beza gaji PPF dan lain paramedic pada masa tersebut ialah RM220 sebulan, dan pastinya kerajaan telah banyak dapat menjimatkan perbelanjaan Negara bagi membayar gaji Diploma PPF.

Semasa isu diploma pada tahun 1991, lain-lain paramedic telah belajar minima 90 kredit hour sedangkan PPF masih belajar silibus tahun 1952, dan ianya adalah hasil daripada para pengajar PPF ialah PF sedangkan lan-lain paramedic, mereka sendiri yang mengajar pelatih mereka. Juga Kolej lain-lain paramedic adalah di bawah Bhg latihan KKM sedangkan Kolej PPF di bawah BPF KKM, dan tentunya bosnya ialah PF. Silibus Diploma PPF hanya di luluskan pada 1998 dan ketinggalan selama 14 berbanding dengan lain-lain paramedic.

Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam juga memihak kepada PPF kerana semua PPF Kanan telah diserapkan ke PPF U7 walaupun PPF terpaksa membayar RM7000 bagi kos bayaran peguam.

Kerajaan bercadang untuk mempertingkat perkhidmatan penjawat awam, dan ianya adalah selaras dengan usul tersebut iaitu pada masa kini hanya terdapat 12 jawatan sahaja pos PPF U40 dan jika ianya diluluskan akan terdapat sebanyak 49 Pos PPF U38 dan 566 PPF U36 iaitu berganda dengan pos jawatan sedia ada. PPF U38 termasuk dan semua U32 jadi U36 serta KUP juga jadi U36, banyak faedah kepada rakyat kerana tugasan U38 dan U36 adalah lebih menyeluruh berbanding U32 pada masa kini, dan selepas ini bolehlah setkan agar PPF di HKL menjadi betaraf dunia.

Jika dilihat dari skil gaji, ianya juga menguntngkan PPF. Disertakan Skil gaji baru berbanding lama.

JADUAL GAJI PPF SBPA
U29/UF2-1 : KENAIKAN THNAN RM145; T1-1570, T2-1715, T3-1860, T4-2005, T5-2150, T6-2295, T7-2440, T8-2585, T9-2730, T10-2875, T11-3020, T12-3165, T13-3310, T14-3455, T15-3600, T16-3745, KGT=RM150.00; T17-3895, T18-4045, T19-4195, T20-4345


Skil Baru Yang Telah Di Hantar Ke JPA : U36/UF2-4: KGT-RM180
T1-3060, T2-3240, T3-3420, T4-3600, T5-3780, T6-3960, T7-4140, T8-4320, T9-4500, T10-4680, T11-4860, T12-5040, T13-5220, T14-5400, T15-5580

U38/UF2-5 ; KGT-RM195
T1-3780, T2-3975, T3-4170, T4-4365, T5-4560, T6-4755, T7-4950, T8-5145, T9-5340, T10-5535, T11-5730, T12-5925, T13-6120, T14-6315, T15-6510

Skil Lama Yang Ingin Di Hapuskan : U32/UF2-2 : KGT-RM155
T1-2735, T2-2890, T3-3045, T4-3200, T5-3355, T6-3510, T7-3665, T8-3820, T9-3975, T10-4130, T11-4285, T12-4440, T13-4595, T14-4750, T15-4905

U40/UF2-6 : KGT-RM225
T1-4445, T2-4670, T3-4895, T4-5120, T5-5345, T6-5570, T7-5795, T8-6020, T9-6245, T10-6470, T11-6695, T12-6920, T13-7145

Memandangkan PRU13 semakin hampir, cukuplah sekadar di sini.


KEDUA : Biro Sosial dan Multimedia PPF
Kewujudan Biro tersebut telah di bincangkan semasa mesyuarat tertinggi PPF dan sepatutnya semua PPF sudah maklum ianya. Dan ianya adalah terbabit dan melibatkan dalam lingkungan PPF yang menjadi ahli persatuan dan kesatuan sahaja, dan lain-lain PPF yag masih belum menjadi ahli dengan mengisi borang dan membayar yuran, anda semua hanya tertakluk kepada Akta Farmasi yang mana di kuasai oleh PF melalui Persatuan PF Malaysia. Biro tersebut mempunyai halatuju, matlamat, gerakkerja, komitment dan kesinambungan yang teratur, tersusun, jelas dan berketerampilan dalam menjayakannya. Kepada lain-lain PPF yang di luar ruang lingkup di atas, jika ada apa-apa persoalan, isu, usul, cadangan, pandangan dan saranan, hanya perlu salurkan sahaja kepada Ketua Profesyen PPF, kerana di Negara ini, hanya KKM sahaja yang akan menentukan segala aspek PPF dan juga kefarmasian. Sebagai permulaan, semua PPF di pohon agar copy and paste segala isu PPF walaupun di mana ia berada dalam dunia ict ni, dan ianya akan di bincangkan pada pertemuan yang akan di aturkan kelak.

KETIGA : Antara perjalanan peningkatan mutu perkhidmaatan dan perkembangan kerjaya PPF pada tahun 2013 ialah :


MAKLUMAN PERSIDANGAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI KEBANGSAAN KALI KE VI 2013.
Tempat : Hotel Rosa Pasadena, Cameron Highland
Tarikh: 13-15 Jun 2013 (Kha-Sab)
Bayaran Pendaftaran Awal: Ahli - RM100 , Bukan Ahli - RM150
Pendaftaran selepas Tarikh Tutup/lewat : Ahli - RM130, Bukan Ahli- RM180.
Penginapan 2 Malam : RM280.00

Makluman Persidangan PPF Negeri Perak
Tarikh : 4 Mei 2013 ( akan di tunda jika bertembung dgn PRU13 )
Tempat : Dataran Kuala Kangsar
Bayaran Penyertaan : RM 35.00

Mesyuarat Teknikal PPF
Ahli JK Teknikal PPF
Penubuhan Konfederasi Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia
Ahli JK Khas Latihan (Bidang PPF)
Majlis Dialog bersama Dato KSU KKM
MBJ Peringkat PTJ,
MBJ Peringkat JKN
Mesyuarat PPF bersama TPKN (Farmasi )
Mesyuarat Exco Kesatuan PPF
Mesyuarat Ahli majlis Persatuan PPF

KEEMPAT : PF telah memohon semua jawatan PF di tukarkan ke Gred Fleksi iaitu PF U54 pun boleh bertugas di KK dan semestinya surat tersebut di tt oleh PF Jusa C, dan ianya amat sukar untuk di tolak oleh JPA jika Jusa C yang tt surat tersebut, tetapi surat sokongan dari BPF KKM tentang permohonan elaun kritikal bagi PPF masih belum muncul. Antara sebabnya ialah PPFmungkin telah di tawarkan lain-lain kemudahan yang lain-lain PPF tidak tahu, dan hanya PPF tertinggi sahaja yang lebih maklum. Tahun 2013 adalah tahun ulangkaji semula elaun kritikal dan jika PPF dapat bermakna semua PPF kena tingkatkan perkhidmatan sebanyak 10% iaitu sebanyak BIPK tersebut dan jika ianya masih belum di luluskan, kerjalah macam biasa dan tiunggu lah pada 2018 iaitu ianya disemak setiap 5 tahun.


KELIMA : Sebagai PPF, sepatutnya bilangan PF dan bilangan PPF adalah sama sebab jika tidak sama , akan terdapat yang PF tiada PPF. Pada masa ini bilangan PF ialah 5415 dan bilangan PPF ialah 3768 dan sepatutnya sebayak 1647 PPF lagi perlu muncul di KKM dan jika satu PF memerlukan dua PPF maka seramai 3294 lagi PPF di perlukan.

Segalanya dilihat dari perspektif akademik / ilmiah dan dari sudut KIK (kreativiti dan inovasi)
Selamat Bertugas Kepada Biro Sosial dan Biro ICT PPF


Tamat :

7 April 2013


Nota Tambahan :


Skop Fungsi dan Bidang Tugas PPF :

.i. Sebelum gedung ubat dibuka untuk perkhidmatan, Pembantu Farmasi memastikan kebersihan gedung ubat, khasnya di kaunter gedung ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan.
ii. Memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil,losen untuk penyediaan perkhidmatan di hari itu.
iii. Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
iv. Membekal campuran, losen dan 'ointments' kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.
v. Membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil.
vi. Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, 'ointments' dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.
vii. Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.


SKIM PF KKM :

Syarat Lantikan:
Ijazah dalam bidang Farmasi atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia;
[ Gaji Permulaan : RM2,570.42 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Farmasi adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Farmasi Gred U41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan seperti di atas kecuali B.M.

Deskripsi Tugas:
Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; atau
Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; atau
Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan - menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.


PENCERAMAH DAN INPUT SEMASAA SIMPOSIUM PPF TAHUN 2012

Ybg Dato Eshah A. Rahman
Pengarah Kanan BPF KKM

Prof Madya Saad Othman
Pusat Pengajian Sains Farmasi USM Pulau Pinang

Tn Hj Mohideen Hassan
Ketua Pen S/U Kanan BHG Pengurusan Latihan KKM

Tn Hj Abu Bakar Ibrahim
PPF U40 Hos QE KK Sabah

Dr Salmah Bahari
Pengarah bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi


Segalanya dilihat dari perspektif akademik / ilmiah dan dari sudut KIK (kreativiti dan inovasi)


TAMAT
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : tugas atau responsibility Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

tugas atau responsibility Empty Re: tugas atau responsibility

Post by nori Thu 19 Sep 2013, 10:16 am

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat 
dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 


Semua PPF perlu membaca Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Pengarah Kesihatan  yang bertajuk  Ke Arah Perkhidmatan Farmasi Yang Cemerlang bertarikh 30 Mac 2010. Perjalanan dan peningkatan PF adalah bersandarkan kepada perkara-perkara yang tersebut dalam kenyataan akhbar tersebut.
 
Semua PPF juga perlu membaca Surat Jawapan Dari Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM bertarikh 19 Julai 2006 berkaitan tuntutan PPF demi kemajuan PPF.Dan antara intipati surat jawapan tersebut ialah PPF harus bersikap berpada-pada (reasonable) dalam setiap tuntutan. Jika PPF SMART, harus tu hayalah satu sifat sahaja. Banyak lagi sifat-sifat lain iaitu wajib, sunat, makruh, haram, halal dan akhirnya barulah harus.
 
Tahniah kepada Ahli Majlis baru PPFM dan langkah perlu diteruskan. Dan antara mereka ialah
 
Ydp- Pn Samidah,
Nydp- En Rahmat,
Su- Tn Hj Manan,
Psu- En Asrul Effendi,
Bendhari- Tn Hj Sulaiman
Lima Orang  Ahli Majlis
( 10 Ahli Majlis PPFM Sessi 2013 / 2015 )
 
Persoalan yang paling utama kini ialah visi, misi dan hala tuju PPF. Banyak ianya diperkatakan. Banyak juga masaalah timbul. Bagi kelangsungan dan kelastarian PPF segalanya perlu di buat penambahbaikan.
 
Penambahbaikan yang paling utama ialah perubahan sikap setiap PPF. Jika dahulu ada PPF baling batu dan sembunyi tangan . Dan ada juga PPF yang sentiasa cuci  tangan. Versi baru PPF ialah tiada lagi istilah sembunyi tangan dan cuci tangan. Ini bermaksud semua PPF perlu berusaha keras dan bertungkus lumus bagi kejayaan PPF. Cara mudah menjayakannya ialah bagi setiap cadangan dan persoalan PPF ianya perlulah disertakan dengan cara bagaimana untuk mencapainya.
 
Bagi persoalan Kursus Pos Basik yang kedua utk PPF, maklum balas yang diterima ialah ZERO. Dan apa yang ada kini hanyalah cadangan asal dari PPF. Dan jika ianya di hantar ke pihak atasan, jawapannya ialah semua PPF akan tahu. Sebab jika melibatkan latihan KSKB pun akan terlibat sama.
 
Pengalaman paling berharga bagi PPF ialah semasa proses penukaran nama dari PF ke PPF. KKM  tawar kan pertukaran nama daripada PF kepada Farmasi Teknisyen, Farmasi Teknologis dll. Tetapi PPF konsisten pada masa itu iaitu jika PPF tidak diluluskan, PPF akan tetap kepada nama lama iaitu Pembantu Farmasi. Syukur segalanya telah berakhir.


Yang belum berakhir ialah Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bilangan PPF Yang Malaysia Perlukan Berbanding Penduduk, dll.
 
PPF perlu berfikir, berapakah bilangan PPF yang sepatutnya
Berada di Negara ini kerana lain-lain katogeri paramedic telah ada ratio
Tersebut. Contohnya jururawat 1: 200 dengan bilangan penduduk. Tapi
Ianya juga boleh melibatkan peningkatan mutu perkhidmatan 
Dan perkembangan kerjaya PPF iaitu mutu perkhidmatan di utamakan.
Dua orang PPF bagi setiap PF . Barulah Penolong Pegawai Farmasi.

 
Jika PPF masih belum bersedia untuk memberikan cadangan bagaimana untuk menyelesaikan segala persoalan yang di bangkitan, eloklah PPF berundur ke belakang sedikit dan menyepikan diri. Teruskan usaha yang sejajar dengan perkembangan semasa iaitu sebagai Penolong Pegawai Farmasi, tolong sahajalah Pegawai Farmasi. Biar Pegawai Farmasi yang meneruskan kelangsungan perkhidmatan farmasi dan PPF sebagai pembantu sahaja. Sebagai pembantu juga akan menimbulkan pelbagai persoalan tetapi yang paling utama ialah norma perjawatan PF dan PPF perlulah di tetapkan iaitu setiap sorang PF, perlulah mempunyai dua orang PPF sebagai Pembantu. PF belajar kat U dan gaji banyak sedangkan PPF hanya Diploma sahaja dan gaji ciput.
 
Lepas ni pasti semuanya SMOOTH.
 
Selamat Menyambut Kemerdekaan
 
Malaysia sudah lama merdeka. Banyak undang-undang, protocol dll di wujudkan. PPF akan dimasukkan kedalam akta farmasi. Pendaftaran  PPF secara sukarela  telah di jalankan. Tetapi keahlian PPF dalam persatuan dan kesatuan masih belum 100%. Nanti apabila persatuan dan kesatuan ppf membuat ketetapan bahawa siapa bukan ahli tidak layak di gelar PPF baru PPF sedar,  yang masih belum jadi ahli bukan PPF. Sebagai contoh semua peguam menjadi ahli Bar Council dan semua Dr menjadi ahli MMA. Staff Nurse dan MA juga sama. Ada Nombor Keahlian dan Sijil Praktik Tahunan.



Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat 
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
Tamat
 
19 Sept 2013
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : tugas atau responsibility Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

tugas atau responsibility Empty Re: tugas atau responsibility

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum