FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

+9
puan akmal
kainkapan
zhuloongza
ahmadmohdgudang
akoizer
liza
dhiyamirza
afiq82
mohdrashid
13 posters

Page 2 of 2 Previous  1, 2

Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by puan akmal Thu 09 Jul 2009, 12:52 am

mohdrashid wrote:sebenarnya banyak lagi cerita yang best masa mendispens ni.. yang best tu kalau yang lucu2.....ader tak sesiapa yang ader cerita lucu masa mendispen


aku ada satu cerita....
aku pernah dispen ubat utk husband and wife. aku x pasti la....ni ceta lucu ke..ceta yang nak wat aku bengang.
masa tu aku x tau yg diorang ni husband and wife ambil ubat sama2...
mula2 aku panggil husband dia dulu.... pas tu ada masalah ckit kat nama. dia x mengaku tu nama dia. sbb sebutan aku x sama dgn yg sepatutnya... jadi aku minta le kad spital dia. mula2 dia x nak bagi. pas tu aku pon bengang sbb...kalau dia x tunjuk kad dia.. x pasal2 aku bagi ubat kat pt yg salah. last2 bila aku dah xplain panjang lebar..baru dia nak tunjuk pt history card dia. nama pun sama..ubat pun sama. so aku pon dispen la cam besa... dan lepas tu aku bg sepatah dua kata utk pakcik ni... kiranya sbg pengajaran la...
pas tu panggil pt yg seterusnya....aku panggil..x juga dtg. pas tu aku panggil lagi. masih x de respon... kali ke 5 aku panggil...baru aku perasan...kat depan kaunter aku..ada sorang mak cik posing ala2 model sambil tayang pt history card dia dgn senyuman yg lebar. aku pon tanya apsal? mak cik tu pun ckp...dia nak aku tgk nama dia kat kad tu... sbb dia lah org yg aku panggil tu.... hehhehe...rupa2 nya mak cik ni wife kpd pakcik tadi. aku pun dispen ja ubat cam besa.

pas tu aku terfikir...makcik ni perli aku ke?...sbb tadi aku sound husband dia lol! lol! lol!
puan akmal
puan akmal
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : tukang masak
Gender : Female
Jumlah Post : 662
Umur : 42
Tarikh Register : 11/10/2008
Reputation : 0
Points : 6562

Character sheet
Mutiara Kata saya: hormat orang dulu, baru orang hormat kita

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by MAPPUM Mon 13 Jul 2009, 10:08 pm

aku pun ada byk cerita lucu,bengang, marah, malu, kena buat surat tunjuk sebab dan lain2,tiap kali balik keja,dlm kreta aku kena pasang telinga pasai bini aku ppf, dia lepas geram kat aku, kalau lepas kat pesakit, gaduh pulak. dia dah 2kali kena tulis surat, 1.mslah ubat xada stok.pt xpecaya. 2. pt xnak byr duit ubat, bakhil kut! hspital ni kdg2 ubat special kena byr walu keja krajaan. Pesakit xpaham bahasa pun ada,myamar, bangla, india asli. berbuih mulut menerangkan pasai ubat
avatar
MAPPUM
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : pengamal kecemasan
Gender : Male
Jumlah Post : 3
Umur : 53
Tarikh Register : 31/01/2009
Reputation : 0
Points : 5789

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by akoizer Tue 14 Jul 2009, 4:37 pm

jd aku x terkejut klu tetiba mendispen ubat dgn MJ..
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by akoizer Wed 15 Jul 2009, 4:25 pm

hari ini aku di bahagian filling...kami ada pesakit yg regular amik ubat HPT & inhaler....

apabila giliran dia utk amik ubat......dia pun minta PCM tp junior saya yg berada di bhg dispen ckp."panadol yg kena bg ari 2 pak cik utk 1 minggu sj, klu ko mau lg kena minta surat baru..."

Pak cik 2 terus bertukar wajah kpd muka 0.5sen.....lalu berkata..."tolong la nak,..kalau tiada PCM saya x bole pigi tandas, saaakkiitt kepala saya.."

tetiba perut saya macam dicucuk2 kelucuan dgn ayat power pak cik yg x berkenaan itu...lalu saya pun mencelah sambil menahan kelucuan..."sini la pak cik, na panadol ko..tp lain kali ko jumpa doktor dulu aaaa...saya risau ni kalau ko x dpt pigi tandas sbp x panadol.."

maka itu la peristiwa lucu yg berlaku di tempat kerja saya hari ini...
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by mohdrashid Thu 16 Jul 2009, 2:37 pm

bagus.... macam2 ada kan dalam masa kita mendispen.....
mohdrashid
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 771
Umur : 45
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 6563

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by akoizer Fri 17 Jul 2009, 10:49 pm

ya bos,..mcm2 ada........
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by akoizer Mon 20 Jul 2009, 2:32 pm

hari ini ada 1 kejadian.........

selepas seorg peskit tu mendapatkn ubat,...dia kembali semula ke kaunter & bertanyakan Rx nya......

kwn yg berada di bhg dispen menyatakan bahawa Rx nya itu sudah tamat tempoh & akan disimpan oleh pihak farmasi...Namun,..pesakit tersebut masih jg berkeras mendapatkn Rx nya sebab ada benda dia mau beli...

kwn saya itu pun mengambil Rx tersebut lalu menyemak semula. Ternyata,...memang betul ada yg dia mau beli...........KEJU..

di mau beli keju & ia ditulis di belakang Rx...

saya pun mengambil sehelai kertas & menyalin semula brg yg mau dibeli oleh pesakit itu...barulah di beredar dgn senyuman....
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by mohdrashid Wed 22 Jul 2009, 12:11 am

akoizer wrote:hari ini ada 1 kejadian.........

selepas seorg peskit tu mendapatkn ubat,...dia kembali semula ke kaunter & bertanyakan Rx nya......

kwn yg berada di bhg dispen menyatakan bahawa Rx nya itu sudah tamat tempoh & akan disimpan oleh pihak farmasi...Namun,..pesakit tersebut masih jg berkeras mendapatkn Rx nya sebab ada benda dia mau beli...

kwn saya itu pun mengambil Rx tersebut lalu menyemak semula. Ternyata,...memang betul ada yg dia mau beli...........KEJU..

di mau beli keju & ia ditulis di belakang Rx...

saya pun mengambil sehelai kertas & menyalin semula brg yg mau dibeli oleh pesakit itu...barulah di beredar dgn senyuman....

lah ada juga org macam tu rupanya...... isk kesian rx kita
mohdrashid
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 771
Umur : 45
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 6563

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by mohdrashid Wed 22 Jul 2009, 12:12 am

memang masa mendispen macam2 cerita lucu yang ada......dunia2
mohdrashid
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 771
Umur : 45
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 6563

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by mohdrashid Wed 22 Jul 2009, 12:13 am

kalau di spital aku ni kaunter farmasi selalu menjadi kaunter pertanyaan.... x tau napa..... sedangkan kaunter pertanyaan disebelah kaunter farmasi.... papan tanda besar lagi tu.....
mohdrashid
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 771
Umur : 45
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 6563

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by akoizer Thu 23 Jul 2009, 10:27 pm

mungkin kaunter farmasi kamu tu ada simpan bunga2 & perhiasan lain yg lebih menonjol berbanding kaunter pertanyaan boss....

atau...

tiada yg bertugas di kaunter pertanyaan,...
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by mohdrashid Mon 27 Jul 2009, 11:57 pm

akoizer wrote:mungkin kaunter farmasi kamu tu ada simpan bunga2 & perhiasan lain yg lebih menonjol berbanding kaunter pertanyaan boss....

atau...

tiada yg bertugas di kaunter pertanyaan,...
betul juga kali bos.... setelah aku perhatikan 2 3 hari baru aku perasan rupanya kaunter farmasi tu nampak menarik dari jauh.
mohdrashid
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 771
Umur : 45
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 6563

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by akoizer Sun 02 Aug 2009, 2:58 pm

ko simpan tanglung lg la org x pandang kaunter pertanyaan tu..
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by akoizer Sun 02 Aug 2009, 6:22 pm

klu ko simpan kain ela lg mesti org suka masuk,..klu ko buat deco mcm kdi jahit lg,..mesti ramai masuk pi tempah baju raya....
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by mohdrashid Wed 12 Aug 2009, 11:29 pm

blh juga tu boss.... part time untuk cari duit raya
mohdrashid
mohdrashid
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : penolong pengedar dadah berlesen
Gender : Male
Jumlah Post : 771
Umur : 45
Tarikh Register : 25/04/2009
Reputation : 13
Points : 6563

Character sheet
Mutiara Kata saya: boleh bah kalau ko.......

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by YB_tokey_obat Fri 14 Aug 2009, 1:27 pm

simpan model keranda la,lau takmau bagi org banyak tanya...
YB_tokey_obat
YB_tokey_obat
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : tokey obat
Gender : Male
Jumlah Post : 125
Umur : 43
Tarikh Register : 01/04/2009
Reputation : 6
Points : 5858

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by akoizer Sun 23 Aug 2009, 11:56 am

uikk...! klu modal keranda takut la pulok kita dtg on-call mlm yb...krg betol2 ada isi...
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by akoizer Sun 23 Aug 2009, 11:58 am

paling ideal aku rasa,..simpan sj "BUKAN TEMPAT PERTANYAAN"

klu ma c lg org dtg,...tulis "AWAS H1N1"......
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by YB_tokey_obat Tue 25 Aug 2009, 11:28 am

takut juga ko yer?
YB_tokey_obat
YB_tokey_obat
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : tokey obat
Gender : Male
Jumlah Post : 125
Umur : 43
Tarikh Register : 01/04/2009
Reputation : 6
Points : 5858

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by ppfkkpa Fri 06 Aug 2010, 9:52 pm

Pengalaman mendispen memang banyak, nak bergaduh pun ada, tapi sebagai PPF terlatih, memang tak nak gaduh dengan pesakit, patient always right, jadi PPF je yang salah, apa pun jika nak gaduh, suruh tunggu pukul 5 kat padang, bukak uniform PPF dan belasah dia cukup2, lepas tu nama kita akan naik kat pejabat, lepas tu hingga pencen, memang tak ada orang yang akan cari pasal dengan kita lagi, aman dan bahagia jadi PPF, setiap hari akan ada pesakit yang baru, pesakit mempunyai berbagai taraf pendidikan, yang ada phd pun ada, PPF kena ingat pada 2015, semua guru di sek rendah dan menengah perlu ada ijazah, tapi PPF masih diploma holder je, macam ni le, jika pesakit tu lebih pandai dari PPF, suruh je dia jadi PPF dan PPF yang akan ambil ubat dan jadi pesakit , sonang le itu,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5610

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by nori Tue 01 Feb 2011, 7:23 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Maklumat terkini yang diterima ialah, pengisian Borang ABM 8 ( Anggaran Belanja Mengurus ) setiap dua tahun, adalah sudah tidak di praktikkan. Ini adalah kerana semua jawatan sokongan di KKM akan di isi oleh JPA melalui saluran mereka yang biasa. Ianya adalah mengikut keutamaan.
Tetapi sebagai PPF, Borang ABM 8 tersebut perlulah di isi setiap tahun, kerana pihak atasan yang akan membawa borang tersebut melalui saluran tertentu. Jika masih tak dapat jawatan tambahan PPF di tempat masing-masing, jangan salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri kerana tidak menghantar Borang ABM 8 setiap tahun. Tetapi PPF harus berfikiran terbuka dan positif iaitu, jawatan utama di farmasi ialah PF. Jawatan mereka tidak memerlukan ABM 8 kerana mereka di lantik melalui akta. Semua PF perlu melaporkan diri dengan KKM selama 4 tahun, dan selepas itu, barulah mereka boleh berubah arah ke bidang lain. Jika semua PPF boleh memainkan peranan mereka dalam menolong PF dalam setiap tugasan, tiada salah dan silapnya jika di mana ada PF, dan tentu ada PPF, kerana mereka adalah Penolong Pegawai Farmasi.

Antara dilema PPF ialah, bilangan pengajar di kolej, jumlah kolej, belajar selama 3 tahun, lepas dapat diploma, barulah bilangan PPF di Malaysia bertambah. Tetapi selepas 3 tahun, rakyat Malaysia dah jadi 35 juta termasuk PATI.

DRAFF KERTAS KERJA PENEMPATAN PPF GRED U 29
DI PUSAT MAKLUMAT DRUG ( PMD ) DI SEMUA HOSPITAL KKM


1. RINGKASAN EKSEKUTIF :

Pada masa ini tiada PPF Gred U 29 ditugaskan secara tetap di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Apabila cadangan ini dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, peranan serta fungsi Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di semua Hospital akan ditingkatkan lagi dan ini akan memberi kesan yang tinggi dalam usaha merawat pesakit secara menyeluruh ( Total Farmaceutical Care )

2. RASIONAL :

Sebagaimana yang diketahui umum, semakin negera bertambah maju, jenis-jenis penyakit juga bertambah. Hospital akan sentiasa penuh sesak dengan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Ini ditambah pula dengan peningkatan harga ubat-ubat baru yang berkualiti serta kesan sampingan yang minimum. , pesakit yang tidak mampu akan membanjiri perkhidmatan Hospital KKM. Kemelesetan ekonomi juga akan menyebabkan perkhidmatan Farmasi KKM akan digunakan sepenuhnya oleh rakyat negara ini. PPF U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) ada peranan yang perlu dimainkan bagi membantu peningkatan taraf kesihatan rakyat negara ini .

Dengan adanya PPF Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) , tugas PPF sedia ada di kaunter Pesakit Luar akan menjadi lebih ringkas dimana jika ada pesakit yang memerlukan maklumat tambahan dan nasihat tentang drug, pesakit tersebut boleh di rujuk kepada PPFGred U 29 yang bertugas di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) .

Apabila cadangan penempatan PPF Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug
( PMD ) di persetujui oleh KKM, semua Hospital akan mempunyai sistem maklumat drug yang lengkap serta bersepadu. Dan ini adalah setanding dengan negara maju.


Apabila cadangan penempatan PPF Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug
( PMD ) di semua hospital diseluruh negara dipersetujui, PPF Gred U 29 di Kaunter Farmasi Pesakit Luar hospital berkenaan , dapat menumpukan sepenuh perhatian dan masa dalam tugas-tugas membekalkan ubat kepada pesakit. Amalan Dispensing Yang Baik ( Good Dispensing Practice ) boleh dipraktikkan sepenuhnya.


Takrif dispensing bagi ubat dan racun menurut undang-undang ialah :

membekalkan ubat atau racun mengikut preskripsi yang di terima dari pengamal perubatan , doktor gigi atau doktor haiwan yang berdaftar

Dalam praktis sebenar, aktiviti dispensing melangkaui lebih dari maksud perundangan dan melibatkan pembancuhan, pengbungkusan, penglabelan dan pembekalan.
Pada masa ini ubat-ubat lebih banyak terdapat dalam bentuk siap untuk digunakan yang tersedia untuk dibekalkan. Ubat-ubat yang perlu disediakan terlebih dahulu semakin berkurangan.

Pengetahuan yang mendalan perlu semasa menjalankan tugas mendispen drug kerana ianya bukan sekadar membekalkan ubat tetapi juga merangkumi pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit.

Matlamat dispensing ialah membekalkan ubat dengan cekap, tepat dan selamat. Ciri-ciri komunikasi yang baik mesti terjalin semasa dispensing. Disamping itu, keadaan fizikal juga perlu.
Antara aktiviti dispensing ialah :
- pembancuhan
- pembungkusan
- pengisian ubat
- melabel dengan sempurna
- membekalkan
- nasihat tentang drug.

PPF Gred U 29 boleh mengamalkan amalan dispensing yang baik semasa membekalkan ubat kepada pesakit. Penempatan PPF Gred U 29 tambahan akan membantu dalam pemberian ubat yang berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada pesakit.

Aspek-aspek kaunseling dikaunter boleh dipraktkkan bagi pesakit yang menghadapi maaalah kepatuhan memakan ubat.

Kaunseling bertujuan memberi pendidikan kepada pesakit khasnya dan kaum keluarga pesakit amnya agar membolehkan beliau mengamalkan cara-cara tertentu dalam pengubatan dan perawatan dengan tujuan menyembuhkan dari penyakit serta mengelakkan komplikasi-komplikasi tertentu.

Objektif kaunseling ialah :
- mengekalkan status kesihatan pesakit
- menyebarkan maklumat di kaunter berkenaan penyakit dan ubatnya.
- membantu kaum keluarga pesakit agar memahami keadaan penyakit pesakit
- mengubah tingkahlaku terhadap kepentingan menjaga kesihatan
- membantu pesakit memahami dirinya sendiri
- membantu pesakit mengubah tabiat hidupnya untuk kepentingan perawatannya
- menekankan kepentingan pematuhan memakan ubat.

Tumpuan kaunseling :
- pesakit sendiri
- kaun keluarganya yang akan membantu

Pematuhan memakan ubat :
- nama ubat
- kegunaan ubat
- tempoh dimakan
- cara mengambil / menggunakan
- kesan sampingan
- penyimpanan
- dan lain-lain.

Komunikasi antara PPF Gred U 29 dan pesakit amatlah penting dalam kejayaan sesuatu rawatan kerana PPF lah yang akan membekalkan semua maklumat yang diperlukan oleh pesakit. Dengan adanya PPF Gred U 29 tambahan, semua pesakit akan dilayan dengan mesra dan jujur adil dan saksama memandangkan terdapat banyak masa untuk mendispen.

3. SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATAN :

PPF yang bertugas di Hospital , mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab terhadap penjagaan pesakit seperti mana yang telah di gariskan oleh KKM iaitu seperti di bawah:

Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab PPF
Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia:

PPF berperanan sebagai kumpulan sokongan dalam memberi Perkhidmatan dan Farmasiutikal di bawah penyeliaan PF di dalam set up penjagaan kesihatan. Peranan PPF yang bertugas di hospital adalah tulang belakang kepada Perkhidmatan Farmasi Hospital.

Selari dengan assimilasi skim Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam skim Perkhidmatan PPF, tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh PPF.

Perkembangan yang pesat dalam Farmasi Klinikal dan Pemonitoran Program Program Utilizasi ubat-ubatan telah mencetuskan keperluan kumpulan sokongan PPF yang mahir serta membolehkan membantu keberkesanan dalam pengurusan ubat-ubatan dan Pharmaceutical Care .

Walaubagaimanapun pendispensan ubat-ubatan samaada ianya dalam konteks Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar mahupun Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam, masih menjadi teras tugas dan tanggungjawab PPF.


3.1 Perkhidmatan Maklumat Drug ( PMD ) Pusat Penerangan Ubat-Ubatan :

- Penyusunan penerangan ubat-ubatan ( Compilation ) . Membantu PF yang menjaga di dalam pengumpulan dan menfailkan maklumat-maklumat mengenai ubat-ubatan, artikal/abstrak yang berkaitan selaras dengan sistem yang ada di pusat tersebut. Membantu dalam dokumentasi dan kemasukan data yang ada hubungkait dengan perkhidmatan maklumat ubat-ubatan. membantu dalam pengumpulan dan pemprosesan data yang dikumpulkan semasa semakan utilisasi ubat-ubatan atau lain-lain kajian atas aktiviti yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Farmasi.
- Retrieval maklumat ubat-ubatan . membantu PF yang menjaga dalam pengeluaran dokumen / artikal / abstrak yang berkaiatan dengan permintaan dan mengemukakan kepada PF untuk penilaian dan pembentukan yang berpatutan dengan keperluan peminta.
- Percetakan Buletin , Newsletter dan lain-lain maklumat ubat-ubatan dan perkhidmatan pendua. membantu PF dalam setting, artwork, pembacaan proof, mencetak dan menyampaikan maklumat ubat-ubatan melalui Buletin / berita yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Drug ( PMD ).
- Penjagaan iventori, membantu PF dalam penjagaan iventori , alat-alat kelengkapan, alat-alat sumber, dan sebagainya di Pusat Maklumat Drug ( PMD )


4. TEMPAT-TEMPAT PENEMPATAN :

Apabila cadangan penempatan Ppf Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) diluluskan, bilangan jawatan yang diperlukan adalah tidak ramai iaitu sebanyak 14 jawatan sahaja ( seorang di setiap Hospital di Ibu Negeri ). Penempatan seorang Ppf Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) dapat meningkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi.


5. DATA-DATA SOKONGAN .

Pada masa ini, jumlah jawatan Ppf di seluruh negara ialah 3379 jawatan. Ini adalah termasuk PPF Gred U 40, U38, U 36, U 32 dan U 29. Bilangan ini adalah amat sedikit sekali jika dibandingkan dengan lain-lain paramedik yang berhubung terus dengan pesakit. Dengan penempatan PPF Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) Hospital-Hospital Utama di seluruh negara, aktiviti serta Perkhidmatan Pembantu Farmasi akan ditingkatkan lagi. Ini adalah ke arah mencapai penjagaan Farmaseutikal yang menyeluroh ( Total Pharmaceutical care ) .
6. IMPLIKASI KEWANGAN

Penempatan PPF Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) tidak melibatkan implikasi kewangan kerana pada masa ini maklumat drug diberikan di kaunter pesakit luar , manakala apabila jawatan ini di luluskan , satu jawatan PPF Gred U 29 di kaunter pesakit luar akan di pindahkan ke Pusat Maklumat Drug dan kesan jangka panjang ialah kadar kesembuhan pesakit akan lebih tinggi dan akan menurunkan bilangan pesakit di pesakit luar.

7. CARTA ORGANISASI :


PEGAWAI FARMASI GRED U 41


PPF GRED U 29


8. LAIN-LAIN FAKTA.

Kajian Soalselidik Katogeri Spesifik Oleh Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM ) Kubang Kerian Kelantan pada tahun 1996 mendapati sumber maklumat drug yang utama ialah :-

- 48 % maklumat daripada Buku Rujukan
- 29 % maklumat dari Product List / Insert
- 13 % maklumat melalui dan perkhidmatan yang boleh diberikan.
- memberi pengetahuan kepada Doktor / Paramedik tentang berbagai sumber rujukan, jenis maklumat drug rujukan kepada Doktor.

Tujuan Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di ujudkan ialah :
- memberi pendedahan kepada Doktor / Paramedik / Pesakit tentang pusat tersebut, matlamat penubuhanya yang penting dan menerangkan bagaimana sumber-sumber ini dapat digunakan dalam melaksana tugas-tugas seharian.
- memberi satu rangkaian sumber terhadap racun dan ubat yang terdapat di Malaysia serta cara-cara sistem ini dapat di manfaatkan dalam usaha meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit.

Sumber-sumber rujukan :
- rujukan umum seperti artikal-artikal dan monograf sesuatu ubat
- rujukan primer seperti Medline, Medicus, IOWA, laporan klinikal, laporan kes, penyelidikan farmakologi, laporan epidemiologi dan lain-lain.

Fungsi yang berguna bagi Pusat Maklumat Drug ( PMD )
- penilaian ubat dari segi penggunaan, kekerapan dan dos
- melaporkan kesan buruk drug
- mengedarkan formula standard
- pendidikan dan latihan mengenai PMD

Dengan adanya PPF Gred U 29 tambahan, perkhidmatan PMD ( DIS ) akan diperluas dan semua maklumat yang perlu akan disebarkan kepada pesakit / paramedik / Doktor.

Pusat Maklumat Drug ( PMD ) adalah salah satu tugas utama Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi peringkat Kementerian, Pusat tersebut terletak di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan ( BPFK ) di Petaling Jaya. Pada peringkat Hospital ianya tidak dapat ditubuhkan secara teratur sepenuhnya kerana tiada PPG Gred U 29 yang ditugaskan secara khusus dipusat tersebut.


VISI PERKHIDMATAN PPF :

Visi Perkhidmatan PPF ialah memberikan perawatan yang sempurna dengan cara pembekalan ubat-ubatan secara profesional , bekalan yang tepat, berkesan dan selamat serta mendidik masyarakat supaya mendapatkan ubat-ubatan daripada premis yang bertanggungjawab bagi menjamin perawatan yang optimum, penyembuhan yang segera serta kesan sampingan yang minimum.

MISI PERKHIDMATAN PPF :

Misi Perkhidmatan PPF ialah menjalankan tugas-tugas seharian dengan penuh beretika, berdedikasi, mengikut organisasi, menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan, dengan tujuan keyakinan pesakit akan bertambah dan seterusnya Perkhidmatan Pharmaceutical Care yang diberikan akan mencapai hasrat yang optimum seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan adanya PPF Gred U 29 di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) perkhidmatan yang lebih lengkap boleh diberikan kepada penduduk di Negara ini.

Pandangan dan cadangan di atas adalah dari sudut akademik / ilmiah dan harus di lihat juga dari sudut akademik / ilmiah .

Tamat : 1 Februari 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by nori Thu 29 Sep 2011, 11:20 am

SALAM 1 MALAYSIA

FORUM PPF 28 SEPT 2011



Segala kemungkinan, pasti akan berlaku, samaada ianya disedari oleh PPF ataupun tidak. Peningkatan pasti terus berlaku.



Perjalanan Forum pada 2010 telah meninggalkan satu peningkatan yang amat ketara sekali iaitu, semua PPF perlu bergabung tenaga dan bersatu hati serta mengambil jalan tengah dalam menyelesaikan sesuatu yang membelenggu jiwa dan diri PPF.



Perjalanan pada tahun 2011 pula menggambarkan bahawa semua PPF perlu mengatur langkah dan mengorak strategi yang kreatif, inovatif dan dinamik, dalam memperkatakan sesuatu cadangan atau usol.



Resolusi semasa AGM PPF 2011 telah menampilkan ketelusan pihak atasan dalam mengiktiraf dan memperakui akan kehadiran PPF dalam pesada memberikan perkhidmatan farmasi kepada rakyat.





Sempena Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia tahun 2011, PPF perlu menghayati semangat dan natijah perjuangan PPF dahulu bagaimana mereka mewariskan satu profesyen yang kental dan dinamik.



Semasa Mesyuarat AGM Kesatuan PPF Tahun 2011 semua PPF yang hadir telah membetulkan tanggapan agar semua PPF perlu jadi ahli secar sah dan tiada tunggakan yang akan menyebabkan terputusnya tarf keahlian.



Di tambah pula semasa Mesyuarat AGM Persatuan PPF tahun 2011, semua PPF yang hadir juga bersetuju agar perjalanan dan gerak langkah PPF perlu di atur agar tersusun kemas, serta berdaya maju dan sudah semestinya semua PPF perlu jadi ahli agar setiap kejayaan akan dapat di nikmati bersama.



Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Kesihatan Negeri yang dijalankan setiap 3 bulan, adalah sebagai wadah yang akan menghubungkan semua PPF di negeri tersebut dalam mempertingkatkan mutu dan taraf perkhidmatan tampa ada persoalan yang tidak dapat di atasi, dan pastinya semua PPF perlu libatkan diri dan memberikan input yang berguna dan strategic.



Mesyuarat Pengurusan PPF Peringkat Negeri juga telah menemukan semua PPF peringkat pengurusan ( mid line manager ) yang bertujuan bagi mengatasi segala yang masih tersimpul dan membentangkan perancangan dan perlaksanan aktiviti PPF peringkat negeri, dan semua PPF perlu aktif menghadirkan diri tampa ada keuzuran.



Mesyuarat Pengurusan PPF Peringkat Kebangsaan juga adalah medan bagi PPF mencari ruang dan peluang dalam mempertingkatkan modal insane kea rah memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berterusan.



Mesyuarat JK Teknikal PPF yang di adakan juga bertujuan menyatukan semua PPF dan sudah semestinya semua PPF perlu melibatkan diri secara serius dengan membuat beberapa persedian sebelum menghadirinya dengan mengadakan beberapa JK Kecil yang akan merombak dan menyimpulkan segala aspek teknikal PPF yang masih di hadapi.



Pertemuan PPF Bersama Bhg Sumber Manusia KKM juga membolehkan semua PPF mengorak langkah dan mengikuti strategi yang telah di gariskan dan juga perlu merancang secara teliti hasil pertemuan tersebut.



Pertemuan PPF Bersama KSU KKM akan member peluang kepad PPF bagi menyuarakan hasrat dan harapan yang bernas, dalam memartabatkan diri sendiri dan profesyen PPF.





CEUPACS juga telah membuka ruang kepada PPF dalam menyuarakan suara PPF dari aspek Kebajikan, Gaji, Elaun dan Keadaan Tempat Kerja



Akta Dadah Berbahaya 1952 juga telah menggariskan secar terperinci tentang poeranan dan tanggungjawab PPF dalam mengawal dan membantu .



Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pencegahan ) 1983 juga telah diadakan bagi aktiviti pencegahan.



Akta Dadah Berbahaya ( Langkah Langkah Pencegahan Khas ) 1985 juga bertujuan agar pencegahan khas dapat di adakan.



Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Hak Harta ) 1988 juga berfungsi mengelakkan pengumpulan harta bagi aktiviti yang salah.



YAB PM juga telah memperkenalkan beberapa aktiviti Negara, antarnya :

MBE – Model Baru Ekonomi

ETP – Program Transformasi Ekonomi

GTP – Government Transformation Plan

MPEN – Majlis Penasihat Ekonomi Negara

IPS – Inisiatif Pembaharuan Strategik

PEMANDU – Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan

R&D – Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan

NKEA – Makmal Bidang Aktiviti Ekonomi Utama Negara

NKRA – Bidang Keberhasilan Utama Negara

NPPC – Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara

PEMUDAH – Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

Semua PPF perlu menyokong usah ini bagi memastikan segalanya mencapai kejayn.







Negara Maju pada 2020 juga memastikan pendapatan perkapita bagi rakyat Negara ini ialah AS 15,000 setahun, ataupun lebih kurang RM 3875 sebulan pendapatan penduduk.



Enam NKRA juga telah dilancarkan, iaitu,:

Mengurangkan Jenayah

Memerangi Rasuah

Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah

Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pendalaman

Menambah Baik Pengangkutan Awam di Bandar



Segalanya telah di unjurkan mempunyai KPI – Key Performance Indek bagi mencapainya.



Teras Strategik ke 4 RMK10 juga melibatkan PPF iaitu dalam

Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.





Perjawatan di KKM pada 31 Dis 2010 PF=7048, PPF = 3502 ( 2.7% kosong )



Dan akhir sekali semasa Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi 2011 30 Oct – 2 Nov 2011 Melaka, Thema : Inovasi Kreatif Penjana Transformasi Kecemerlangan Farmasi, semua PPF perlu membentangkan hasilnya setelah usaha yang berterusan.



Berita Harian 27 September 2011, menyatakan PPF termasuk dalam profesyen STRESS ( Hasil kajian PPUM ) dan PPF perlu memohon BIPK dengan fakta terbaru ini. Permohonan ini masih belum berjaya, walaupun ianya sudah di mulai pada 2002.





PERMOHONAN BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN

KRITIKAL (BIPP) UNTUK PENOLONG PEGAWAI FARMASI

YANG BERTUGAS DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA





Permohonan PPF :



1. Pendahuluan



2. Latarbelakang Masaalah



3. Permohonan PPF



4. Alasan Permohonan



5. Lain-lain Alasan Permohonan :



5.1 Tiada Perubahan Dalam Skim PPF



5.2 JPA mengendalikan Banyak Skim



5.3 Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Farmasi



5.4 Perubahan Tugas Penolong Pegawai Farmasi



5.5 Hala Tuju Kerjaya PPF Pada Masa Hadapan





6. Penutup:



Lampiran : A

Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia ( Rujukan : Bil ( 63 ) dlm.KKM-55 ( 36 ) Bertarikh : 5 Nov. 1993 ) :



Lampiran : B

Senarai Tugas Generik Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan. (Ruj : KKM-55/BPF/301/002/01/Jld.2 ( 2 ) Bertarikh : 24 March 2009)



Lampiran : C

Norma Perjawatan Penolong Pegawai Farmasi :





Lampiran : D

Perkhidmatan Farmasi Onkologi



Lampiran : E

Senarai Bahan Rujukan PPF Semasa Bertugas



Lampiran : F

Senarai Perkhidmatan Kritikal JPA (10 Oktober 2007)



Lampiran : G

Kriteria Perkhidmatan Kritikal









1. PENDAHULUAN :



Penolong Pegawai Farmasi adalah satu skim perkhidmatan kumpulan sokongan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya sama taraf seperti lain-lain paramedik dan diletakkan pada tangga gaji permulaan U29 P1 T6



Profesion Farmasi di negara ini telah wujud sejak tahun 50’an lagi. Sejak itu, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggalah ke hari ini. Pada satu ketika, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sehinggakan bilangan Ahli-Ahli Farmasi yang diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas di hospital-hospital kerajaan adalah tidak mencukupi. Langkah utama yang diambil ketika itu ialah untuk mengujudkan tenaga pembantu bagi mengatasi kekurangan Ahli Farmasi di hospital-hospital kerajaan. Oleh itu, Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dengan meminjam bangunan Sekolah Latihan Jururawat. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 11 orang sahaja. dan pengajarnya adalah Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi telah di bina di Petaling Jaya, Selangor.



Kini , setelah 52 tahun berlalu, Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi Petaling Jaya telah berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ( KSKB ) Sungai Buloh, Selangor.



Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah terdapat sebanyak 3035 jawatan Penolong Pegawai Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % sahaja dan masih terdapat 14 % kekosongan.



Pada masa ini, tugas Penolong Pegawai Farmasi ialah :

Mengendalikan sumber perolehan bekalan drug dan iventori

Mengendalikan kaunter pesakit luar

Mengendalikan kaunter bekalan wad

Mengendalikan makmal persediaan.



Tugas tambahan Penolong Pegawai Farmasi :

Makmal TPN ( Total Parental Nutrition )

Makmal IV Admikstur

Makmal Sitotoksik

Makmal TDM ( Therapeutik Drug Monitoring )

Khidmat Nasihat Pendidikan Pesakit



Penolong Pegawai Farmasi juga bertugas di makmal-makmal di Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan Petaling Jaya .



Mulai 1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menukar gelaran nama jawatan Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai Farmasi .



Semasa SSB diperkenalkan pada 1992, Penolong Pegawai Farmasi telah diletakkan didalam kumpulan sokongan II . Tetapi Jururawat lebih bermasib baik kerana telah menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK). Ini diikuti pula oleh Pembantu Perubatan pada 1 Januari 2008. Walaupun menyumbang khidmat yang sama di Kementerian Kesihatan Malaysia, warga Penolong Pegawai Farmasi masih belum menerima BIPK , walaupun ianya telah diperkenalkan sejak 15 tahun yang lalu.



2. LATAR BELAKANG MASAALAH :



Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka tercicir dalam pembayaran BIPK tersebut sedangkan Pegawai Farmasi dengan deskripsi tugas yang hampir sama, telah lama menikmati BIPK tersebut.





3. PERMOHONAN PPF :



PPF memohon agar Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi di iktiraf sebagai Perkhidmatan Kritikal dan sekali gus layak mendapat Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) .



Ini adalah kerana Penolong Pegawai Farmasi juga telah menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Negara dari segi kesihatan rakyat, walaupun masih belum menerima BIPK. Berbeza dengan Pegawai Farmasi, mereka telah lama menikmati BIPK tersebut. Ini menunjukkan terdapat kepincangan dari segi pembayaran tersebut kerana Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi adalah bertugas di Jabatan yang sama.





4. ALASAN PERMOHONAN :



Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka adalah paramedik kelas kedua kerana bekerja dibawah satu bumbung iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia , dan dalam jabatan yang sama iaitu Jabatan Farmasi, tetapi kerajaan hanya membayar BIPK kepada Pegawai Farmasi sahaja.



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Mesyuarat Mengkaji Kurikulum Latihan Asas Penolong Pegawai Farmasi yang diadakan di Langkawi pada 6 – 11 September 1993, . Beberapa perubahan telah dibincangkan. Perubahan tersebut adalah dari segi Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi.



Surat edaran Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Ruj ( 63 ) dlm KKM-55(36) bertarikh 5 November 1993 di nyatakan dengan jelas Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi dalam Kementerian Kesihatan.

Ini adalah selari dengan assimilasi Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya

dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh Penolong Pegawai Farmasi.



Lampiran A , menunjukkan dengan jelas Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana pekeliling KKM bilangan ( Rujukan : Bil ( 63 ) dlm.KKM-55 ( 36 ) Bertarikh : 5 Nov. 1993 ) :



Lampiran B , juga menunjukkan dengan jelas senarai tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi sebagaimana Senarai Tugas Generik Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan, sebagaimana pekeliling KKM bilangan (Ruj : KKM-55/BPF/301/002/01/Jld.2 ( 2 ) Bertarikh : 24 March 2009)



Lampiran C , menunjukkan dengan jelas, Penolong Pegawai Farmasi terlibat dalam semua aktiviti di jabatan farmasi , sebagaimana tercatat pada Norma Perjawatan Penolong Pegawai Farmasi.



Lampiran D , denganjelas menunjukkan bahawa tugas Penolong Pegawai Farmasi memang mempunyai risiko kerana perlu bertugas di Unit Farmasi Onkologi. Berbeza dngan Pegawai Farmasi, kerana mereka telah menikmati BIPK. Semua Penolong Pegawai Farmasi adalah terlibat di dalam unit ini kerana program giliran tugas dijalankan terhadap semua Penolong Pegawai Farmasi.,



Lampiran E , menunjukkan senarai buku bahan rujukan bagi semua Penolong Pegawai Farmasi semasa menjalankan tugas seharian. Segala tugas Penolong Pegawai Farmasi adalah di pantau dan perlu mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang telah di tetapkan. Pengetahuan yang mendalam serta kualiti kerja yang tinggi adalah diperlukan semasa menjalankan tugasan seharian.. Penolong Pegawai Farmasi juga perlu memahami serta melaksanakan segala peraturan tersebut dan ianya juga terkandung dalam silibus Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) Penolong Pegawai Farmasi.



Lampiran F, menunjukkan senarai perkhidmatan kritikal yang dikeluarkan oleh JPA. Amat jelas di lihat terdapat beberapa jawatan yang mempunyai perkaitan secara langsung, iaitu pembantu dan penolong pegawai, mereka semuanya layak mendapat BIPK. Tetapi bagi Penolong Pegawai Farmasi, hanya Pegawai Farmasi sahaja yang mendapat BIPK.



Lampiran G , menunjukkan kriteria perkhidmatan kritikal, Penolong Pegawai Farmasi Juga memenuhi kriteria tersebut. Apa yang boleh kami katakana ialah, Jabatan Farmasi KKM tidak akan berfungsi tampa penglibatan Penolong Pegawai Farmasi. Begitu juga semasa wabak H1N1, Penolong Pegawai Farmasi juga terlibat sama dalam menangani dan mengawalnya . Memang Penolong Pegawai Farmasi memenuhi semua kriteria tersebut seperti yang di di gariskan oleh JPA.





5. LAIN-LAIN ALASAN :



5.1 TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PENOLONG PEGAWAI FARMASI



Sejak dahulu lagi, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah terkebelakang dan tiada perubahan, berbanding dengan lain-lain paramedik . JPA sendiri telah gagal memastikan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya Penolong Pegawai Farmasi,



Disertakan disini perubahan lain-lain skim perkhidmatan didalam KKM:



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1999 -Pindaan Skim-Skim Jururawat Pergigian U 8 dan Juruteknik Pergigian U8.



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2003 Pindaan Skim Jururawat Masyarakat



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 Pindaan Skim Attandan



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 Pindaan Skim-Skim Pembantu Perubatan ,Jururawat Pergigian , Juruteknik Pergigian , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Sains.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005, Pindaan Skim Pembantu Pembedahan Pergigian.



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Pindaan Skim Pembantu Kesihatan Awam



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 Pindaan Skim Pengajar



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2005 Pindaan Skim

Juru X ray



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 Pindaan Skim Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat, Juru X ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran.



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2006 Pindaan Skim Jurupulih Perubatan



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006 Pindaan Skim Pembantu Perubatan



Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, walaupun ianya telah berubah dan maju kehadapan, tetapi ganjaran dari pihak kerajaan seperti BIPK masih belum diterima.





5.2 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENGENDALIKAN BANYAK SKIM :



Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) mengendalikan melebihi 500 skim jawatan perkhidmatan awam kerajaan dan ada kemungkinan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi telah terlepas pandang semasa membuat kajian semula pembayaran BIPK.



5.3 KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI :



Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah 3035 jawatan Penolong Pegawai Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % dan masih terdapat 14 % kekosongan. Dari statistik diatas, dapat dilihat dengan amat jelas bahawa bilangan Penolong Pegawai Farmasi amat sedikit jika dibandingkan dengan jawatan lain-lain paramedik yang juga bersama-sama menjaga kesihatan rakyat.



Dengan bilangan jawatan sebanyak 3035 orang Pembantu Farmasi seluroh negara dan pengisian hanya 86 % beban tugas kami di hospital dan klinik kesihatan kerajaan seluruh negara adalah amat berat dan dengan pemberian elaun BIPK ini, ianya akan dapat meningkatkan motivasi Penolong Pegawai Farmasi.



Jumlah Semua Jawatan Di KKM Sehingga 30 Jun 2007 :





Perjawatan Penolong Pegawai Farmasi (PPF) Sehingga 30 Jun 2007 :





Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka tidak dihargai di atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan negara , motivasi kerja juga sukar ditingkatkan, ini berlaku apabila ada perjumpaan dengan lain-lain kumpulan paramedik, mereka berasa diri mereka dipencilkan.



5.4 PERUBAHAN TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI :



Pada Jun 2007, sebuah Universiti Awam ada mengeluarkan tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) dalam bidang-bidang farmasi seperti berikut

( Phd 38 Bidang dan Sarjana 17 Bidang ) :



Cardiopharmacology, Social Pharmacy, Pharmacy Education, Toxicology

( General & Target Organ Toxicology ), Pharmacy Practice, Radiopharmacy, Physiology, Pharmaceutics : Drug Delivery / Physical Pharmacy , Pharmacy Management, Pharmaceutical Biotechnology, Pharmacoinformatics, Pharmacognosy, Toxicogenomics, Pharmacogenomics, Evidence- Based Pharmacy Practices, Biocomputing, Pharmaceutical Bioprocessing, Neuropharmacology, Pharmaceutical Engineering, Neurotoxicology, Pharmacoeconomics, Forensic Pharmacy, Forensic Toxicology, Genetic Toxicology, Environmental Toxicology, Immunotoxicology, Pharmaceutical Chemistry: Drug Synthesis, Endocrine Pharmacology, Cancer Pharmacotherapeutics, Pathophysiology, Pharmaceutical Chemistry : Combinatorial Chemistry, Pharmaceutical Analysis, Cosmeceuticals, Nutraceuticals, Phytochemistry, Veterinary Pharmacy, Marine Biopharmaceuticals, Sport Pharmacy,



Ini menunjukkan dalam masa beberapa tahun akan datang ini, perkembangan yang amat pesat akan berlaku dalam bidang kefarmasian, dan semestinya bebanan tersebut akan di letakkan ke atas bahu Penolong Pegawai Farmasi.



5.5 HALA TUJU KERJAYA PADA MASA HADAPAN :



Mengikut keperluan negara maju, nisbah Penolong Pegawai Farmasi dan penduduk ialah 1:5000 dan pada 2020 Malaysia memerlukan tambahan 3000 Penolong Pegawai Farmasi.



Kertas Puteh Pengurusan Sumber Manusia Farmasi USA pada 1996 menyatakan Pharnacy Technician will have agrowing role as the pharmacist depend on them to facilitate expansion of the profession’s scope of practice.



Memang Penolong Pegawai Farmasi akan membantu Pegawai Farmasi dalam bidang bidang yg lebih spesifik seperti teknik aseptic,Total Perenteral Nutrition, Cytotoxic Drug Reconstitution, CDR, dan lain-lain.



PENUTUP :



PPF berasa sudah tiba masanya pihak kerajaan harus menimbang semula segala tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi serta pengorbanan mereka selama 52 tahun ini, dan mengiktiraf jasa dan penat lelah mereka dengan memanjangkan pemberian BIPK ini kepada Penolong Pegawai Farmasi.



Penolong Pegawai Farmasi tentu akan berasa kecewa jika permohonan ini di tolak kerana lain-lain paramedik telahpun menikmati BIPK ini.





Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.



Tamat : 29 Sept 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by nori Sun 05 Jan 2014, 10:25 am

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
Tahun 2014 adalah tahun yang paling manis bagi semua PPF kerana PPF pada usia 60 tahun akan meninggalkan perkhidmatan iaitu kepada yang lahir pada tahun 1954, selamat tinggal kepada profesyen PPF. PPF yang lahir selepas tahun tu, akan terus berkhidmat untuk Negara. Persidangan PPF memang di adakan pada setiap tahun dan bukan semua PPF berpeluang mengikutinya. Terdapat berbagai-bagai halangan sama ada kecil dan besar pasti akan menunggu dan mengganggu peluang PPF menghdiri persidangan tersebut. AGM kesatuan diadakan pada setiap tahun dan AGM persatuan diadakan setiap dua tahun. Di sana akan bertemu serta berkumpul semua PPF di Negara ini. Selalunya AGM di adakan selama dua hari dan dalam masa 48 jam tersebut, berbagai cerita, peristiwa, kenangan dan ingatan akan timbul dan di kenang oleh semua PPF. Dan jika tiada peluang bagi menghadirinya, ianya boleh di ikuti esoknya dalam teknologi terkini ICT. Noltalgia kenangan PPF juga terdapat dalam facebook kepada sesiapa yang ada ruang, masa dan peluang. Tetapi bagi PPF yang telah bersara, segala kesulitan masa, tenaga dan RM pasti tiada halangan kerana RM graduiti dan kekangan masa tugasan telah berkurangan. Tetapibilangan PPF bersara yang hadir juga amat terhat. Banyak nostalgia bersama pesara PPF. Antaranya En Arumugam, Tn Hj Zakaria Embi, Tn Hj Sofian yahya, Tn Hj Sabirin Mohamad, Tn Hj Kamaruddin dll yang telah banyak menyumbang masa, tenaga dan bakti kepada PPF. Jika tiada ingatan dan nostalgia, mungkin boleh mengumpul nostalgia baru oleh PPF yang muda dan bertenaga yang baru memulakan profesyen dalam  masa 10 tahun dan kebawah. Bagi PPF yang telah berkhidmat selama 13 tahun, tahniah juga kerana akan di anugerahkan KUP. Kepada PPF U40 juga tahniah diucapkan, kerana anda adalah antara yang terpilih antara ramai PPF bagi jawatan tersebut. Bagi lain-lain PPF juga tahniah kerana anda juga adalah PPF U40, tetapi oleh kerana kekangan pentadbiran, maka PPF U40 hanya 12 orang sahaja di Negara ini. Dan mungkin pada masa hadapan, PPF juga akan menikmati skim fleksibel sebagaimanan PF iaitu setelah naik pangkat, tidak perlu bertukar kerana jawatan kenaikan pangkat tersebut, boleh bertugas dimana-mana sahaja , walaupun di tempat lama ia bertugas. Apa yang prenting ialah, berkhidmat untuk Negara. Pada masa lalu PPF dah dekat usia 55 tahun, barulah merasa kenaikan pangkat. Berita terkini ialah Pen Peg Perubatan yang U36, akan di berikan KPSL ke U42, walaupun tiada ijazah. Bagi Pen Peg Perubatan yang ada ijazah, akan di lantik ke PPPU41 sahaja. KPSL lagi tinggi grednya daripada PPP fresh yang baru keluar IPTA/IPTS. PPF juga boleh mengikuti peredaran tersebut dengan usaha yang gigih, tampa jemu dan jalan yang berliku-liku. Tabahkan hati, kuatkan semangat, pasti Berjaya. Dan apabila dilihat dalam senarai temuduga kenaikan pangkat PPF U38 ke U40, ramai antara mereka adalah PPF silence. Dan yang Berjaya pun ialah PPF silence. Oleh itu pada tahun 2014 ni, bagi PPF yang ingin Berjaya dan melangkah masa depan yang lebih gemilang dan terbilang, perlulah lebih silence. Silence is GOOD. Pusat Kecemerlangan PPF perlu diteruskan. Centre Of Execellent.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 
 
Tamat
 
5 Januari 2014


 
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan - Page 2 Empty Re: pengalaman mendispens yang boleh menjadi panduan dan teladan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum