FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

LIHAT KELEMAHAN DIRI

Go down

LIHAT KELEMAHAN DIRI Empty LIHAT KELEMAHAN DIRI

Post by puan akmal Fri 29 May 2009, 3:42 am


Tazkirah
Remaja: Lihat kelemahan diri dulu


KITA terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang
menginginkan orang lain berubah.


Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu
negara kita berubah. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah
pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah.


Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak
pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.


Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun
hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri
sendiri ia akan menjadi hampa.


Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang
di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita
laungkan.


Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini. Kalau kita
hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap
sekiranya tapak tidak kita bina.


“Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya.
Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang
yang berani melihat kekurangan diri sendiri.


Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani
membincangkan kelemahan diri sendiri.


Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain.
Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya
yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.


Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan.
Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain.


Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah.
Lantas bagaimana kaedah mengubah diri?


Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana mungkin kita
mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti 'ketam
mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.


Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil
jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan
mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.


Ketiga: Mulakan sekarang (Do it now). Jangan bertangguh lagi. Semakin
bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika
dibiarkan.


Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi
degil.


Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum
diri dengan berpuasa kerana mengumpat.


Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga
sebati dengan diri. Wassalam.

<table class="MsoNormalTable" style="width: 100%;" border="0" cellpadding="0" width="100%"> <tr style=""> <td colspan="2" style="padding: 0.75pt;">

</td>
</tr>
<tr style=""> <td style="padding: 0.75pt;" valign="bottom">

</td>
<td style="padding: 0.75pt;">

</td>
</tr>
</table>


puan akmal
puan akmal
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : tukang masak
Gender : Female
Jumlah Post : 662
Umur : 42
Tarikh Register : 11/10/2008
Reputation : 0
Points : 6562

Character sheet
Mutiara Kata saya: hormat orang dulu, baru orang hormat kita

Back to top Go down

LIHAT KELEMAHAN DIRI Empty Re: LIHAT KELEMAHAN DIRI

Post by puan akmal Fri 29 May 2009, 3:44 am

Tazkirah Remaja : Banyak dosa hati keras


SEMUA orang tahu racun sangat berbahaya. Jangankan racun, keracunan makanan pun
ditakuti.


Bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya dosa. Ia lebih
berbahaya daripada racun.


Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Paling teruk kalau
terminum racun orang akan mati tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di neraka
dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu membakar yakni
menyusahkan orang lain di dunia.


Ada orang kata
dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga
kubur masing-masing.


Sangat tidak betul kata-kata itu. Kubur kita orang lain yang gali manakala
kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan.


Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak rasa
itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang.


Memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia langgar orang, dah berapa ramai
mangsa kemalangan angkara pemabuk. Rumah tangga lintang pukang dek kerana arak.
Kan
menyusahkan orang tu.


Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah:


(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan
terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air
wuduk akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk
di akhirat nanti.


(2) Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana baik dan
buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat
meninggalkannya.


(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta
tawaran pahala. Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak
takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.


(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah
dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.


Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat
berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu
malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.


(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah benar nak
dengar nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi sangat berat bila ditegur. Suka
bertekak, berbalah dan tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan tidak
menghormati perasaan orang lain.


(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada
anak-anak. Allah membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya
sebagaimana dia menyakiti ibubapanya.


(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat yang
menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40
hari.


(Cool Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan
menemui jalan penyelesaian.


(9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah. Ada satu hadis,
Rasul bersabda yang maksudnya apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya
mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.
puan akmal
puan akmal
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : tukang masak
Gender : Female
Jumlah Post : 662
Umur : 42
Tarikh Register : 11/10/2008
Reputation : 0
Points : 6562

Character sheet
Mutiara Kata saya: hormat orang dulu, baru orang hormat kita

Back to top Go down

LIHAT KELEMAHAN DIRI Empty Re: LIHAT KELEMAHAN DIRI

Post by puan akmal Fri 29 May 2009, 3:46 am


Tazkirah
Remaja: Iman bentuk peribadi mulia
-
Mohd Zawawi Yusoh



ASALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada remaja. Jika mahu buat karipap,
kita kena ada resepi dan acuan tertentu. Selepas diuli dan dibentuk mengikut
acuan karipap jadilah ia karipap.


Jika resepi karipap tapi guna acuan maruku takkan jadi karipap sebaliknya
akan jadi marupap (maruku campur karipap).


Begitulah keadaannya jika mahu mendidik remaja. Mesti ada resepi yang betul
dan acuan yang tepat. Islam adalah resepi, manakala iman pula acuan.


Kaedah ini yang digunakan Rasulullah s.a.w membentuk generasi terdahulu.
Bermula dengan kenal Allah terbina segala kebaikan. Hadis Nabi Muhammad s.a.w
yang bermaksud: Awal-awal agama adalah kenal Allah. Keimanan yang diajar
Rasul ialah percaya di hati, diungkap lidah dan dibuktikan dengan anggota
badan.


Pengaruh iman yang diajar nabi itu mengubah watak sahabat daripada jahiliah
kepada Islam, daripada saling berperang kepada saling berkasih sayang,
daripada pentingkan diri sendiri kepada sanggup berhabisan.


Malah, seribu satu watak hebat yang tak pernah dilihat sebelum itu muncul.
Daripada orang tidak dikenali menjadi bintang ternama dan tiada tandingan.


Iman yang sebenar dan mampu mengubah manusia ialah pertamanya: Iman yang
terasa sentiasa bersama Allah, rasa diintip dan diperhati. Lihat contoh
apabila iman meresap dihati.


Berlaku satu dialog Khalifah Umar yang menguji remaja penjaga kambing. Suatu
hari, Umar berkata kepada si penjaga kambing,

“Saya mahu beli kambing, bolehkah saya membuat bayaran kepada kamu tanpa
berurusan dengan pemilik kambing ini? Jawab si penjaga kambing, “tidak boleh,
pergilah tuan berurusan dengan pemiliknya.”


Khalifah Umar mendesak, terus menguji. “Jika kamu jual, pemilik kambing ini
tidak tahu malah kambing beranak ke, mati ke, dia bukan kira. Kamu ambil duit
jualan ini pun, pemilik kambing tidak tahu?.


Apakah jawapan remaja sipenjaga kambing yang mendapat percikan keimanan itu?
“Saya sebagai penjaga amanah tidak boleh khianat, walaupun tuan saya tidak
lihat perbuatan saya ini tapi Tuhan tuan saya Maha Melihat?. Ya Allah,
Subhanallah, itulah jawapan keimanan yang membuatkan Umar menangis kerana
terlalu gembira rakyatnya mempunyai akidah, tidak sanggup menipu dan tidak
pecah amanah. Bentengnya ialah keimanan.


Kedua : Iman mendalam penuh dengan cinta Allah hingga mengutamakan Allah
lebih daripada segalanya, abaikan kemahuan sendiri demi untuk Allah. Dengan
kata lain, apabila sesuatu perbuatan itu kelihatan mulia dimatanya, tapi
menurut Allah perbuatan itu hina, mereka memandang perbuatan itu hina.


Seperti memakai emas bagi orang lelaki nampak hebat tapi Allah melaknat
lelaki yang memakai emas. Justeru kerana kecintaan yang mendalam kepada Allah
dapat mamadamkan keinginan untuk pakai emas.


Begitu juga kita nampak sesuatu perbuatan itu tak cantik, rimas tapi Allah
kata perkara itu wajib, jadi utamakanlah kehendak Allah. Seperti memakai
tudung menutup aurat kelihatan rimas dan panas, tapi keimanan akan
mengutamakan kehendak Allah malah melihat perkara itu mulia bahkan rasa
bangga dapat mengikut kehendak Allah.


Umpamanya, sesuatu perbuatan itu seperti merugikan, habiskan duit seperti
zakat, haji atau bersedekah. Oleh kerana Allah pandang amalan itu mulia, iman
akan utamakan kehendak Allah. Terasa diri mulia jika dapat tunaikan malah
akan berusaha sebaik mungkin untuk menunaikannya.


Begitulah juga berjudi itu nampak menguntungkan tapi kerana Allah melarang
dan melaknat, iman akan membuatkan seseorang itu menjauhi perbuatan yang
Allah tidak suka.


Ketiga : Iman yang membuatkan hati terasa kebesaran dan keagungan Allah
melalui tanda-tanda ciptaan Allah. Walaupun tak nampak tuannya tapi dengan
melihat ciptaan-Nya, cukup menggerun keegoan manusia. Anda pernah masuk hutan
untuk satu aktiviti ternampak kesan tapak kaki harimau, apa perasaan anda?
Langkah seribulah jawabnya, baru tengok kesan tapak kaki harimau belum lagi
berhadapan dengannya.


Bawa kereta di lebuh raya, tiba-tiba ada pemandu lain bagi isyarat lampu, dah
tahu tu mesti ada sekatan polis. Punya hebat keyakinan. Keyakinan pada Allah
sepatutnya lebih hebat dari itu, takutkan azab, balasan dan ancaman-Nya
sehingga hidup hanya untuk mematuhinya sahaja.


Lihat Saidina Abu Bakar. Suatu hari dia makan. Selepas makan baru tahu ada
keraguan haram pada makanan itu. Kerana takutkan azab Allah dijolok halkumnya
sehingga termuntah keluar segala makanan yang dimakannya. Bila ditanya kenapa
sampai begitu sekali, beliau menjawab: “Jika ketika dijolok tadi nyawa ku
terkeluar sekali, aku reda sebab nabi bersabda: Daging yang tumbuh dari
makanan haram, layak untuk api neraka?.


Bagaimana iman yang kita miliki. Berfungsi sebagai pembentuk peribadi atau
mandul tanpa sebarang kebaikan. Salam ukhuwwah untuk anda sekelian.


Wassalam.

<table class="MsoNormalTable" style="width: 100%;" border="0" cellpadding="0" width="100%"> <tr style=""> <td colspan="2" style="padding: 0.75pt;">

</td>
</tr>
<tr style=""> <td style="padding: 0.75pt;" valign="bottom">

</td>
<td style="padding: 0.75pt;">

</td>
</tr>
</table>


puan akmal
puan akmal
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : tukang masak
Gender : Female
Jumlah Post : 662
Umur : 42
Tarikh Register : 11/10/2008
Reputation : 0
Points : 6562

Character sheet
Mutiara Kata saya: hormat orang dulu, baru orang hormat kita

Back to top Go down

LIHAT KELEMAHAN DIRI Empty Re: LIHAT KELEMAHAN DIRI

Post by puan akmal Fri 29 May 2009, 3:50 am

Tazkirah Remaja: Perkecil solat, iman binasa
-- Mohd Zawawi Yusoh


GERABAK kehidupan kita akan terbabas tanpa rel. Syariat agama dalam kehidupan
ibarat rel kepada kereta api dan tanpanya kereta api tidak akan sampai ke
destinasi.


Tuhan mengurniakan kepada umat manusia landasan atau rel hidup yang kukuh iaitu
al-Quran dan sunnah. Ia dua pusaka penting yang ditinggalkan nabi kepada umat
Islam. Al-Quran dan hadis melahirkan peraturan hidup yang dinamakan syariat.


Nabi s.a.w bersabda maksudnya: "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika
kamu berpegang teguh padanya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah
dan sunnahku."


Untuk berada di rel atau landasan hidup yang betul, kita perlu kepada ilmu dan
menjadi individu celik syariat, tahu apa suruhan dan larangan Allah, kenal apa
itu ibadat, prihatin apa yang terbaik dan utama bagi seorang Muslim dalam
kehidupan.


Dalam surah Thoha ayat 123 Allah berfirman, maksudnya: "Jika datang
kepadamu petunjuk dari-Ku (Allah), sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak
akan sesat dan tidak akan ^%$#&*. Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku,
maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya
pada hari kiamat dalam keadaan buta."


Untuk berjaya dan cemerlang, umat Islam perlu beribadat, malah dalam
perancangan hidup, ibadat yang perlu diberikan keutamaan.


Ibadat adalah latihan merangkumi minda, hati dan jasad manusia. Disiplin yang
ada dalam ibadat menjadikan seseorang itu cemerlang dalam hidupnya.


Antara ibadat penting dalam kehidupan seharian umat Islam ialah solat. Untuk
berjaya dalam hidup, solat tidak boleh diabaikan sama sekali.


Ibadat solat adalah ibarat "tiang" dalam Islam. Sehingga di dalam
peperangan pun tidak boleh tinggal solat. Selagi hayat dikandung badan selagi
itu mesti solat.


Mengerjakan solat dengan berdiri dan jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan
jika tidak mampu duduk, boleh dengan cara baring.


Jika tidak mampu lagi, terlentang dan tidak mampu lagi, boleh mengiring.
Sekiranya masih tiada daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga,
lakukan dengan isyarat hati. Jika tidak dapat juga, sudahlah! Mari kita yang
mengerjakan solat pada dia. Matilah tu dan solat itu namanya solat jenazahlah.


Hari ini ramai remaja dan segelintir golongan dewasa memperkecilkan solat.
Tidak hairanlah timbulnya pelbagai masalah sosial. Gejala dadah, arak,
persundalan, penderhakaan kepada ibu bapa, ponteng sekolah, kes bunuh yang
menjadi-jadi, ragut, pecah rumah dan kereta, "free sex" dan seribu
satu macam masalah sosial.


Semua itu berpunca daripada tidak solat. Jika solat pun tidak tahu sah atau
batal. Tidak masuk lagi soal khusyuk. Mengenai bacaan dan tajwid semuanya itu
memberi erti solat yang tidak sempurna. Apabila solat tidak sempurna, tidak
sempurnalah akhlak dan perangai.


Firman Allah dalam surah Maryam, ayat 59, maksudnya: "Maka datanglah
selepas mereka yang mensia-siakan solat serta mengikut hawa nafsu, maka kelak
mereka akan menjadi sesat."


Abdullah bin Abbas menyatakan maksud mencuaikan solat bukannya meninggalkan
solat tetapi juga melewatkan daripada waktunya.


Solat bukan saja menghapuskan dosa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w
bermaksud: "Solat menghapuskan dosa antara satu solat dengan satu solat
yang lain kecuali dosa besar.”


Imam Abu Aaliayah berkata: "Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika
tidak ada ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh
mencegah dosa. Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas
membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk akan mencegah perbuatan
jahat, manakala zikrullah (ingat Allah) pula mencegah mungkar (kejahatan) dan
menanam makruf (kebaikan).


Sesetengah ulama dulu apabila tiba saat hendak menghembuskan nafas terakhir,
masih sempat meminta pertolongan orang mengambilkan wuduk untuknya supaya dapat
mengerjakan solat. Malah, ada yang minta diusungkan ke masjid kerana hendak
mati di tempat solat.


Justeru itu, janganlah kita mengabaikan solat dan jadikanlah ia rutin hidup
kita. Setiap kali solat, anggaplah mungkin itu adalah solat yang terakhir.
puan akmal
puan akmal
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : tukang masak
Gender : Female
Jumlah Post : 662
Umur : 42
Tarikh Register : 11/10/2008
Reputation : 0
Points : 6562

Character sheet
Mutiara Kata saya: hormat orang dulu, baru orang hormat kita

Back to top Go down

LIHAT KELEMAHAN DIRI Empty Re: LIHAT KELEMAHAN DIRI

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum