FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!!

+4
atokpencen
dhiyamirza
afiq82
project pop
8 posters

Go down

suspek contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!!

Post by project pop Sat 27 Jun 2009, 6:37 pm

saya difahamkan....sekiranya nak sambung degree farmasi di indonesia....
student akan diberikan ujian kelayakan untuk masuk ke IPT di indon....
ader sesape yang penah ambil test ka.....macam mana bentuk test dia...
soalan yang disoal berkaitan apa.....

kalau salah tentang ujian kelayakan ini....sila betulkan saya.....ok

sesiapa ada pengalaman dan pengetahuan lebih....bolehlah kongsi dengan rakan2 forum ini....

sekian,terimazzzz kasehhhh


Last edited by project pop on Wed 01 Jul 2009, 10:50 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : first topic just for fun and not suitable to discuss hehehe)
avatar
project pop
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : bisnessman
Gender : Male
Jumlah Post : 8
Umur : 37
Tarikh Register : 27/06/2009
Reputation : 0
Points : 5577

Back to top Go down

suspek Re: contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!!

Post by afiq82 Mon 29 Jun 2009, 4:22 am

bende nie patut takyah jadikan isu pon. masing2 ader kelebihan masing2. kalo nak ckp saper lagi power, kiter sendiri pon tau saper dier, kalo tak, takkan topik nie diwujudkan btol tak?

masalah ppf skarang sbb kebanykan kita semua ader inferiority complex, tau keadaan kiter camner and still nak tunjuk bagus. yg penting, wat keje mesti ikhlas, tak payah nak banding2 saper lebih hebat.

kalau saya, nak kata kita hebat sgt pon tak sbb pharmacist nie bleh wat clinical decision and kerja2 teknikal pon diorang bleh buat.

and kita, kalo kerja teknikal nie mmg takleh dipertikaikan lagi kehebatannyer, haha, tapi nak buat clinical decision aku tak rasa ramai yg mahir btol tak? so, masing2 ader kehebatan dan kekurangan. no point nak banding2 and tanding2.
avatar
afiq82
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : PPF
Gender : Male
Jumlah Post : 165
Umur : 42
Tarikh Register : 20/12/2008
Reputation : 9
Points : 5865

Back to top Go down

suspek Re: contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!!

Post by dhiyamirza Tue 30 Jun 2009, 9:20 am

i tak nampak maksud power yang cuba di ketengahkan oleh project pop...cuma sudah tentulah ppf lagik power dari pf...ikut gred jawatan pun tahu dah...
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!! Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 41
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6305

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

suspek Hang teruk 1000 kali teruk.....apa tujuan thread ini???

Post by atokpencen Tue 30 Jun 2009, 12:26 pm

project pop wrote:saya rasa PPF lebih ok berbanding PF kerana apa yang saya lihat masa praktikal.....
byk PF tanya PPF sebelum wat sesuatu...terutama dalam penyediaan ubat2 ekstemporaneus......pengiraan pun ppf yang buat..mereka cuma sign je....n wat simple math checking bab campur2 lagilah....hampeh, yang mereka ekspert cuma dok kaunter n preskrib ubat.....ppf yang cari ubat n sediakan....siapa yng setuju....berilah komen anda......

Hang dah jadi apa yang hang jadi, hang tak jadi pada benda yang hang tak jadi!!!!!. Isu ni kronik kat mane, mane. Pegi pd nurse, MLT, PPP, persekitaran...thread serupa ini ada. Bikin habis karan!!!!. Sori geng atok lupa ubat penenag, emosi sangat. Atok patient..
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6011

Back to top Go down

suspek Re: contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!!

Post by hannajr Tue 30 Jun 2009, 2:02 pm

dr diri sndri jer yg bleh mmpowerkan diri anda..kalo pharmacist skli pun tp xtau hapa..pun sama gak wlpn drg gred U41..dan begitu la sebaliknya..klao attenden lg baik dr U29..hahah x ka haru jadiknya..jd mari la kita mmpowerkan diri kita demi gaji yg kita dpt tp2 hjg bulan tu lol!
hannajr
hannajr
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : penolong pegawai farmasi
Gender : Female
Jumlah Post : 574
Umur : 40
Tarikh Register : 03/01/2009
Reputation : -1
Points : 6437

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

suspek Re: contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!!

Post by akoizer Tue 07 Jul 2009, 7:44 am

aku mo kreta power jew... lol!
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 44
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6765

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

suspek Re: contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!!

Post by ppfkkpa Sat 07 Aug 2010, 12:35 pm

Setahun dah berlalu, masih tiada maklum balas, ada rakan saya Mr Gilbert Wong dari Sabah, dulunya PPF kini dah jadi PF, Hubungi dia, semua orang Sabah kenal dia, jangan putus asa, tapi soalan setiap tahun adalah berubah, memang semua PPF layak jadi PF, cuma masa je yang menentukan, Gilbert pun sambung di Indon jugak, yang penting jangan putuskan hubungan sesama PPF, sentiasa berhubungan , melalui ict pun boleh, dan sentiasa belajar dari senior,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5548

Back to top Go down

suspek Re: contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!!

Post by nori Sat 12 Feb 2011, 12:52 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

PPF di negara ini amat bernasib baik, USM telah membuka peluang kepada semua PPF melalui saluran ke 2, warga emas, dll, semua PPF boleh sambung ke Bac in Pharm (Hons) , tetapi pastikan RM mencukupi, dan CPU kat otak masih ada ruang kosong dan boleh menerima benda2 baru, lain-lain serah je pada yang Esa, pasti kemungkinan akan menjadi kenyataan.

Setingkat lagi, pertambahan pengetahuan PPF tentang perjalanan dan perlaksanaan organisasi PPF dan perkembangan semasa serta perkembangan akan datang bagi semua PPF di negara ini, ialah menambah pengetahuan PPF tentang adanya khidmat sms. Di farmasi sendiri telah terdapat perkhidmatan pembekalan ubat melalui khidmat sms. Sudah pastinya khidmat ini bukanlah datang dengan sendirinya, tetapi adalah usaha terkini PF dan PPF yang berhadapan dengan pesakit setiap hari dan juga perkembangan teknologi semasa iaitu perluasan khidmat telefon mudah alih di negara ini telah meningkat.

Semua ceruk rantau di seluruh negara telah terdapat pencawang telefon mudah alih bagi membolehkan rakyat negara ini menikmati telefon mudah alih dengan mudah, pantas, cekap dan terkini.. Syarikat yang membekalkan perkhidmatan ini juga telah meningkat dari masa ke semasa. Pastinya keuntungan daripada aktiviti ini, boleh menyerap kos awal pembinaannya, dan pada masa ini masih belum ada syarikat telekomunikasi yang mengalami kerugian.

Itu belum termasuk lagi jalur lebar internet yang boleh di akses dengan telefon bimbit. PPF juga perlu seiring dengan mereka dan segala kemungkinan akan berlaku. Pembekalan ubat melalui pos juga telah di perkenalkan. Ini menunjukkan, seluruh negara telah di litupi oleh jalinan jalanraya yang baik bagi membolehkan semua ubat dapat di hantar ke hadapan pintu semua pesakit oleh syarikat pos. PPF perlu sentiasa bersedia untuk bergerak kehadapan, kerana setiap hari akan ada sahaja perubahan demi perubahan kepada sistem yang lama dan usang bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan negara ini.

Sehubungan dengan itu, semua PPF perlu meneruskan kesinambungan dan situasi ini dengan menyerapkan perkhidmatan sms dalam tugasan harian , menjadikan ianya sebahagian daripada kehidupan seharian PPF agar PPF juga terus dapat memberikan khidmat yang berkualaiti, berkesan dan dipercayai, seterusnya mengelakkan PPF agar tidak terus ketinggalan terkebelakang jika dibandingkan dengan lain-lain para medik.

Pastinya jika terdapat sesuatu perubahan, memang akan terdapat kekurangan dan kelebihannya jika di bandingkan dengan cara tradisi. PPF telah menjalani kehidupan sebangai PPF selama 53 tahun dan sudah pastinya akan dapat menilai sendiri tentang perkembangan peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF sendiri dan halatujunya pada masa hadapan. Kesimpulannya ialah, PPF masih ketinggalan jika di bandingkan dengan lain-lain para medik yang berjaya dan masih terkehadapan jika di bandingkan dengan lain-lain para medik yang lainnya. Jumlah para medik di negara ini adalah banyak dan PPF adalah pada peringkat pertengahan antara semuanya. Jika di kira dari segi CGPA, PPF masih lulus iaitu markah melebihi 50%. PPF perlu juga mengetahui bahawa masih terdapat golongan para medik yang terkebelakang kerana nama mereka jarang di sebut, dan kemudahan juga di pinggirkan terutamanya daripada bahagian pergigian.

Seterusnya di sertakan bersama ini senarai no tel PPF bagi urusan sms dalam usaha mengiratkan tali silatur rohim, menyebarkan perkembangan terkini PPF, berkongsi idea dan pendapat, memdapatkan khidmat nasihat tentang cara-cara menyelesaikan segala masaalah yang timbul semasa menjalankan tugasan seharian sebagai PPF. Walaupun di Negara ini terdapat 3000 PPF, tetapi no tel yang dapat dikumpulkan ialah 57 sahaja. Jika di lihat dari statiktik penjualan telefon bimbit di negara ini, minimum setiap PPF telah mempunyai sebanyak 3 telefon bimbit dan sepatutnya no tel ini adalah sebanyak 9000 nombor. Tetapi yang aktifnya hanya 57 sahaja. Dan juga terdapat antara nombot-nombor tersebut telah tidak membuat komunikasi melebihi dua tahun.

Dalam keadaan sebegini, maka amat perlulah PPF sendiri memikirkan bagaimana komunikasi dan perhubungan sesama PPF dapat di pertingkatkan lagi sesuai dengan suasana persekitaran yang mendatang dan mencabar. Jika masaalah ilmu pengetahuan dan perubahan sikap PPF di perlukan, maka program pendidikan perlulah di titik beratkan. Dan sudah semestinya PPF mempunyai biro pendidikan sendiri bagi menjalankan usaha tersebut. Bukan satu, malah ada dua biro pendidikan dalam organisasi PPF iaitu persatuan / kesatuan. Jika PPF gagal dalam usaha meningkatkan taraf pemikiran dan usaha-usaha menambah pengetahunan, janganlah berasa kecil hati, sebab usaha ini perlu dilakukan berterusan dan tampa berputus asa. Contoh yang paling nyata ialah peristiwa di bumi Palestin. Seluruh dunia tahu bahawa membunuh satu jiwa itu adalah salah, tetapi pembunuhan rakyat Palestin setiap hari masih terus berlaku. Sejarah manusia selama lebih 3000 tahun, masih belum berjaya mendidik manusia tentang kesalahan perbuatan tersebut. Tetapi tentu ada alasan bagi semua kejadian.

Senarai no tel PPF bagi tujuan menjayakan aktiviti sms sesama PPF :

0124052808, 0139327969, 0123778679, 0132167350, 0175126251, 0137159183, 0124398109, 0165401547, 0193468443, 0195195227, 0193134661, 0124579673, 0123468272, 0123232098, 0194577588, 0175269967, 0125172500, 0137159173, 0195417157, 0126129499, 0136308499, 0124878234, 0123042545, 0193010547, 0195591407, 0194136149, 0125922849, 0129201004, 0133053554, 0125384926, 0175968926, 0175216164, 0123365086, 0134680091, 0194438424, 0134583249, 0174158646, 0193962626, 0137785394, 0125286020, 0199339760, 0135300377, 0195935646, 0125872517, 0194119823, 0175004007, 0134880155, 0175823426, 0166772600, 0125040427, 0174612385, 0195179112, 0134529434, 0196443329, 0125757897, 0175198170, 0139408456, ( 57 PPF )

Segala cadangan dan pandangan yang tertera di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya pula semua PPF melihat perkara tersebut dari sudut perspektif yang sama agar ianya menghasilkan natijah yang sama dan tidak tersasar.

Tamat : 12 Februari 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!! Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

suspek Re: contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!!

Post by nori Thu 26 Jan 2012, 10:09 am

FORUM PPF 26 JANUARI 2012

Salam Satu Malaysia dan Selamat Bertugas kepada semua PPF.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. Segala salah dan silap semasa menaipnya, adalah tidak disengajakan, maklumlah teknologi ICT memungkinkan segalanya. Wawasan 2020 Cuma tinggal lagi 8 tahun sahaja. Apakah PPF sudah bersedia. YB Menteri Kesihatan ada memaklumkan bahawa Pegawai perubatan masih kurang di KKM. Hakikatnya MO dah macam cendawan lepas hujan. PPF juga sepatutnya begitu, dan sepatutnya pada 2012 ni semua PPF berusaha secara aktif agar mereka boleh jadi PF melalui pjj, sepenuh masa, di IPTA, IPTS, luar negara dll. PPF sendiri perlu mengatur hala tuju mereka pada masa hadapan. JPA pastinya tiada masaalah kerana lean civil service memungkinkan segalanya. Iaitu jawatan PPF sedia ada di tukarkan ke PF, maka tiada jawatan baru di wujudkan. PPF perlu lebih bersedia. Aturkan langkah dan strategi.

ANJAKAN PARADIGMA PPF TAHUN 2012 :

Pada tahun 2012, segalanya berlalu dengan amat pantas sekali, tetapi PPF bernasib baik kerana persatuan PPF dan kesatuan PPF telah mengadakan mesyuarat mereka dan segalanya telah dirancang dengan amat rapi dan teliti. Bagi pihak lain-lain PPF pula sesuatu perlu dilakukan agar segalanya berjalan seperti yang di harapkan. SBPA telah di beri ruang dan peluang oleh YAB PM bagi membuat penambahbaikan. PPF perlu berusaha ke arah itu. KSN dan JPA telah membuka jalan bagi tujuan tersebut dan kenyataaan akhbar oleh KSN telah menuju kearah itu.

Saya merujuk kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.

2. Sehubungan ini adalah dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

3. Pasukan Petugas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal yang berkaitan Perkhidmatan Awam setelah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam.

4. Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.

5. Pasukan Petugas tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

6. Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh 1 bulan dari kenyataan media ini, iaitu sehingga 15 Februari 2012 kepada:

YBhg. Datuk Farida Mohd Ali,
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Aras 13, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA.

E-mel: farida.sbpa@jpa.gov.my

7. Pasukan Petugas diberi tempoh 2 bulan, iaitu sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Kerajaan.

8. Bagi mereka yang telah pun bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal.

9. Bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu dibuat.

10. Walau apa pun Kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu termasuklah kemudahan dan gaji.

Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj Hassan
Ketua Setiausaha Negara

13 Januari 2012

Muat Turun Kenyataan Media

Semua PPF perlu menyalurkan rasa tidak puas hati dan kekalutan mereka berkaitan SBPA secara terus, teratur, lancar dan bersesuaian kepada pihak yang berkaitan. Antara yang paling utama ialah pemberian taraf diploma farmasi mulai tahun 1993 dan ada yang berpendapat agar PPF U32 hakiki dan KUP di pindahkan ke matagaji dalam SBPA ke T8. Kertas kerja lengkap perlu di majukan.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 26 Januari 2012
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!! Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

suspek Re: contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!!

Post by nori Mon 13 Aug 2012, 4:51 pm

Selamat Bertugas Kepada Semua PPF

Salam 1 Malaysia


NOTA MAKLUMAN MEDIA
MENGENAI SKIM SBPA OLEH YBHG. TAN SRI
ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH, KETUA PENGARAH
PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA :

- INTIPATI PELAKSANAAN SBPA –

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan
adalah seperti berikut:

1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5)
inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service),
kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan
Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA)
bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan
Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan
penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja
mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu
berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah
untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar
upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada
empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan
Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional,
serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan
Sokongan; 2

5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji
Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji
Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi
dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian
prestasi;

6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan
Pelaksana;

7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif
Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan
Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi
(duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan
(realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus
(outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process
reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan
(revision);

8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan
Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan
Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam
Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert
dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji
tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred
kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong
kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi
(PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu
Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program
Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi
menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh
kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi
membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah
program SkillsMalaysia;

13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan
penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini
kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif
Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan,
Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada
dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan
Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan
dasar bekerja dari rumah;

15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan
dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai
dalam perkhidmatan;

16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat
awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk
meninggalkan perkhidmatan;

17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam
secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup
berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun
bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan;
dan

19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem
saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia
ada (SSM)


Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011

Walaubagaimanapun SBPA telah di batalkan dan diganti dengan yang baru. Satu Jawatankuasa Khas telah di tubuhkan bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam.


DRAFF CADANGAN SKIM PPF TAHUN 2012

GAJI BARU SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI .


Kepada :

JK PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM
JPA
PUTRAJAYA.


PENOLONG PEGAWAI FARMASI MEMOHON AGAR SKIM PENOLONG PEGAWAI FARMASI YANG DITERIMA PAKAI PADA MASA INI DI BERI PENAMBAHBAIKAN KEPADA SKIM YANG LEBIH KOMPREHENSIF BAGI PERKEMBANGAN KERJAYA PENOLONG PEGAWAI FARMASI SEJAJAR DENGAN PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN YANG DI BERIKAN.


Pada masa ini Skim Penolong Penolong Pegawai Farmasi adalah mempunyai Gred seperti berikut iaitu U29, U32, U36, U38, U40


Semasa pembentangan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Penolong Pegawai Farmasi telah di berikan Gred seperti berikut,
iaitu Gred UF2-1, UF2-2, UF2-4, UF2-5, UF2-6


Bagi tujuan cadangan penambahbaikan , Penolong Pegawai Farmasi memohon agar Skim Penolong Pegawai Farmasi mempunyai Gred seperti berikut,
iaitu Gred UF2-1, UF2-4, UF2-5.

Dan ini akan membolehkan Skim Penolong Pegawai Farmasi adalah diiktiraf oleh kerajaan dan ianya adalah sama seperti Skim-Skim lain, iaitu seperti berikut :

Penolong Pegawai Seni Bina
Penolong Arkitek Lanskap
Penolong Jurutera
Penolong Juruukur Bahan
Penolong Juruukur
Penolong Juruukur Bangunan
Penolong Perancang Bandar dan Wilayah
Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera

Skim Penolong Pegawai Farmasi yang dicadangkan ini hanya mempunyai tiga gred sahaja dan perkhidmatan yang di berikan akan lebih bersepadu dan lebih menyeluruh.

Tamat

13 Ogos 2012
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!! Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

suspek Re: contoh soalan2 test nak sambung pelajaran kat indonesia!!!!!!!

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum