FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya?

+7
afiq82
HH
hannajr
nixie
puan akmal
dhiyamirza
akoizer
11 posters

Page 2 of 2 Previous  1, 2

Go down

Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya? - Page 2 Empty Re: Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya?

Post by ppfkkpa Fri 06 Aug 2010, 10:26 pm

Kebaikannya ialah semua ubat selamat, sebab dalam original pack, keburukannya ialah RM laju macam ribut, bulan Jun RM dah kontang, dulu tab bricanyl 1000 tab RM 10.32, kini 30 tab je dah RM 10.50, PPF kira lah sendiri berapa kali ganda, lebih baik KKM sendiri buat kilang ubat macam dahulu, Makmal Ubat dan Setor, PPF buat sendiri je, tetapi banyak lagi langkah jimat cermat yang boleh di ambil oleh PPF, fikir fikir lah sendiri,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5613

Back to top Go down

Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya? - Page 2 Empty Re: Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya?

Post by azrunia Sat 07 Aug 2010, 7:46 am

betui2.........
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya? - Page 2 Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6765

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya? - Page 2 Empty Re: Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya?

Post by ppfkkpa Tue 10 Aug 2010, 11:47 pm

dan lagi satu, ini adalah peluang bagi semua PPF yang dah bersara, buka kilang sendiri, jual dan dapat untung berlipat kali ganda, bayangkan Normal Saline Eye Drop, harganya RM 5.30 sebotol, modal hanya garam dan air sahaja, dan PPF bersara tak perlu jadi staff kontrak dgn KKM, dengan sijil pembancuh ubat, memang tak ada orang boleh pertikaikan kebolehan PPF, sijil PPF dan Diploma in Pharmacy, belum pencen lagi, baru je kerja 20 tahun,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5613

Back to top Go down

Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya? - Page 2 Empty Re: Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya?

Post by nori Tue 22 Feb 2011, 6:21 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Kewujudan persediaan ready made / individual pack kepada PPF akan memberi satu ruang dan peluang bagi PPF menimba ilmu dalam keadaan tersebut. Sila berfikir secara positif. PF yang ada Bac in Pharm pun tak kata apa-apa, takkan PPF yang cuma ada Dip in Pharm pulak yang banyak nak memberi pendapat, cadangan dan saranan. Apa pun sila dapatkan Degree dahulu, dan lepastu boleh duduk semeja dengan PF dan berbicara dari sudut kepentingan untuk negara. Saranan kepada semua PPF, sila dapatkan apa-apa degree dalam apa-apa bidang pun , bagi menjamin masa depan yang terjamin.

Selamat bertugas kepada semua PPF. Tentunya jika ingin bertugas, semua PPF perlu sihat dan sejastera. Oleh itu elakkanlah daripada penyakit 3 serangkai daripada menghampiri PPF. Caranya mudah sahaja, amalkan cara hidup sihat. Tetapi di negara ini terdapat ramai pakar perubatan daripada berbagai disiplin yang berbeza dan mereka juga amat sukar untuk menentukan taraf kesihatan seseorang pesakit mereka. Tentunya ianya adalah berkait rapat dengan di universiti manakah mereka mendapatkan kelayakan kepakaran tersebut dan dimanakah mereka bertugas. Pakar mental hanya pentingkan mental, pakar kardiovaskular, utamakan jantung, dan pakar mata, utamakan mata, dan begitu jugalah seterusnya.

Tetapi terdapat keseronokan dalam menuntut ilmu ini kerana semakin banyak yang kita tahu, ianya juga bermaksud semakin banyak lagi yang kita belum tahu. Oleh itu wajarlah semua PPF menyimpan Sijil Pembancuh Ubat / Sijil Pembantu Farmasi / Diploma Pembantu Farmasi dan Diploma Farmasi mereka secara yang praktik kerana pada masa hadapan amat sukar bagi mendapatkan semula.

Juga sebagai negara maju 2020 yang di war-warkan, semua rakyanya di galakkan mempunyai ijazah bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk negara. Jika di Australia, pemandu ambulan mereka mempunyai ijazah perubatan kecemasan kerana di samping mereka memandu, mereka juga boleh set drip, dan buat cpr. Tetapi jika nak tanamkan mayat, sape-sape pun boleh, walaupun tiada ijazah. Tetapi itu adalah penghujung kehidupan, tak kan ada orang yang nak perjuangkannya. Tetapi jika melibatkan nyawa manusia, semua rakyat di galakkan berusaha bersungguh-sungguh bagi menyambungkan nyawanya, walaupun hanya untuk beberapa ketika sahaja, itu lebih mulia daripada tidak berusaha langsung. Ijazah adalah penting untuk menyelamat nyawa.

Dan bersama ini di sertakan sebahagian daripada nukilan PPF di negara ini.
Tetapi peluang PPF untuk sambung belajar dalam bidang ijazah farmasi samada di ipta/s di negara ini menggunakan kelayakan diploma PPF dan pengalaman sahaja, adalah amat sukar. Kecuali usm yang hanya beri kepada warga emas sahaja. Melainkan anda mengambil peperiksaan stpm (sains) dan mendapat kelulusan yang dapat melayakkan anda mengikuti kursus bachelor farmasi di ipta/s. Ini adalah syarat / sekatan yang di kenakan oleh Lembaga Farmasi Malaysia kepada ipta/s Tujuannya adalah untuk memastikan hanya calon yang berkualiti dan layak sahaja mengikuti kursus ini. Adakah dalam tempoh 5 tahun lagi diploma PPF akan diterima sebagai kelayakan untuk sambung pembelajaran anda ke ijazah farmasi di ipta/s di negara ini.

Ini adalah kerana kelayakan yang ditetapkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) adalah hanya STPM (sains) dan Matrikulasi(sains) sahaja bukannya diploma dan pengalaman sebagai Pembantu Farmasi. OK....anda anak orang berada dan keluarga menghantar anda sambung belajar farmasi kt indonesia contohnya. Katakanlah anda berjaya masuk ke IPT di sana menggunakan kelayakan diploma anda dan berjaya menamatkan pengajian serta memperolehi ijazah farmasi. Boleh ke anda nak dapatkan sijil amalan farmasi anda di Malaysia nanti dengan LPM sedangkan anda tidak mempunyai kelayakan asa yang ditetapkan (STPM/Matrikulasi)??? Itu saya sendiri tak tau anda kena clarify dengan LPF.

Apakah peluang PPF bagi menikmati skim bersepadu dalam masa 5 tahun lagi.
PPF tidak akan mendapat status bersepadu kerana dalam skim Perkhidmatan Farmasi di KKM telah wujud 2 jenis skim gred U iaitu pemegang diploma U29 (PPF) dan Ijazah U41 (Peg. Farmasi). Untuk lebih jelas cuba rujuk definasi skim bersepadu. Berbeza dengan skim MLT dimana sekarang hanya wujud satu skim U saja iaitu MLT U29 (pegawai sains adalah gred C41). Saya yakin MLT akan dapat mewujudkan satu lagi skim MLT U41 dan mereka akan dapat taraf bersepadu.

PPF tidak mendapat elaun BIPK kerana tidak memenuhi kriteria "permintaan terhadap jawatan tersebut dari pihak lain adalah tinggi". senang cerita permintaan dari pihak swasta. Kekosongan/perjawatan PPF yg tidak diisi di KKM bukan boleh dijadikan kriteria untuk mendapat elaun kritikal. Kes ini adalah berbeza dengan kes permintaan terhadap jawatan oleh pihak lain yang tinggi. Kriteria utama utk dapat elaun kritikal yang sebenar adalah pengaruh desakan/tekanan dari sesuatu pihak dan sokongan dari bahagian yang mentadbir sesuatu jawatan itu dan bukannya permintaan yang tinggi dari pihak lain. Contohnya MA....adakah permintaan terhadap MA dari pihak swasta tinggi??? I dont think so tetapi mereka mendapat sokongan dari bahagian amalan perubatan dan suara mereka yang vokal kerana ramai ahli (>8000 org).

Adakah tuntutan elaun kritikal oleh PPF mendapat sokongan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM? Itu saya pun tak tau... ni adalah syarat/sekatan yang dikenakan oleh Lembaga Farmasi Malaysia kepada IPTA/IPTS. syarat tu bukan satu sekatan, ppf buleh sambung kalo diploma dpt CGPA 3.8 dan keatas. kalo dari matrik atau stpm nak amek degree farmasi kat ipta diorang nak 4 flat je. so, mmg diorang nak jaga kualiti, itu aku setuju. Cuba bayangkan anda sekarang berumur 30 tahun dan telah berkhidmat selama 5 tahun. Tanya diri anda secara jujur ttg fakta2 di atas. adakah dalam tempoh 5 tahun lagi PPF akan mendapat elaun kritikal?

Anda seorang PPF yang berumur lebih dari 35 tahun dan masih tidak mempunyai ijazah. Anda juga mengalami simptom "boring yang amat sangat" dengan kerjaya sekarang.Tanya diri anda secara jujur " Perlukah saya sambung belajar ke peringkat ijazah?". Oleh kerana laluan kerjaya dari PPF ke Peg. Farmasi (PF) amat kelam, kenapa anda tidak sambung belajar dalam bidang lain? Sebelum anda membuat keputusan cuba fikirkan fakta berikut: Belajar 3 thn utk dpt ijazah...umur naik ke 39thn...masih adakah ruang nak bertukar karier samada dgn kerajaan atau swasta? Ramai kawan2 yang sambung ijazah masih jugak tak dapat kerja dan masih jugak bekerja sbg PPF.

Pendapat saya (maaf kalau tak betul...sekadar pendapat peribadi sahaja)
Anda mesti sambung sekiranya anda ada minat dan cita2 nak dapatkan sekeping ijazah, tak kiralah berapa pun umur anda. Tak kiralah bidang apa sekalipun. Tentang karier selepas belajar jangan difikirkan sangat. Jadilah seorang yg realistik...anggaplah peluang kerja itu sebagai rezeki..ada rezeki dapat dan kalau tak ada tak apa kerana dah ada kerja. Setahu saya lebih dari 20 orang PPF KKM yg dah ada ijazah dan sedang sambung belajar sejak 2000 hingga sekarang. Ramai PPF yang ada ijazah sejak tahun 2000, masih kekal sebagai PPF.Alasan lain untuk anda sambung belajar ialah : anda akan mendapat satu kepuasan untuk diri sendiri.sebagai galakan untuk anak2 anda bahawa umur bukan penghalang dalam mengejar ilmu. "different situation --happy campus life" kehidupan kampus yang akan menjadi kenangan manis sepanjang hayat. circle of friends - anda akan mendapat ramai kawan baru. mungkin berpeluang bertemu jodoh/pasangan kepada yg masih belum kahwin. (Yg dah kawin boleh tambah jika lelaki la, perempuan jgn sesekali...berdosa. Gurau je niii....) sekurang2nya anda berpeluang meninggalkan sekejap (30 hari/tahun) tugasan anda yg anda rasa boring sangat tu. Mohon maaf kepada yang tak mengalami simptom "boring yg amat sangat/boring gila".

Sekiranya anda boleh bergraduate sebelum umur 40 thn lagi bagus. ni adalah kerana peluang utk dapat jawatan lain masih ada walau pun "quite slim". Ini adalah kerana telah menjadi "unwritten policy" SPA untuk tak ambil penjawat awam yg berumur 40 thn utk menjawat jawatan baru. KPSL.

Kesemua persoalan di atas boleh di atasi dengan PPF mengatur langkah bagaimana nak mencapainya. Pertama sudahkah semua PPF mengisi borang maklumat biodata kesihatan bersekutu. Lepas tu semua PPF di negara ini bersatu hati dalam memperjuangkan sesuatu. Saya adalah orang yang hadir di UM pada masa lawatan Lembaga Farmasi kerana UM nak buka fakulti farmasi. Kebetulan saya ada kursus di UM. Dan nasib malang pensyarah saya di UM tu dah letakkan jawatan dan jadi dekan IPTS yang lain di KL. Dan yang paling penting ialah, jangan jauhkan diri dari biro pendidikan PPF, pastinya setiap bulan akan ada pertemuan. We set Our Future.

Segala pandangan, cadangan dan nukilan di atas adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara yang sama dari perspektif yang sama juga.

Tamat : 22 Februari 2011.
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya? - Page 2 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5805

Back to top Go down

Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya? - Page 2 Empty Re: Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya?

Post by nori Mon 04 Feb 2013, 11:16 am

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 dan selamat bertugas kepada semua PPF serta meneruskan kesinambungan memberikan perkhidmatan yang mempunyai daya saing yang tersendiri kepada bangsa, negara dan tanah air yang tercinta dan dicintai.



Segalanya dilihat dari sudut akademik / ilmiah yang bertujuan merangsang aktiviti dan perkembangan kognitif.Perjalanan kehidupan sebagai PPF memang amat mencabar dan sukar setiap hari, dahulu, kini dan selamanya.



Persediaan Pre Pack sedia ada akan memudahkan kerja-kerja PPF dan meningkatkan taraf perkhidmatan farmasi di negara ini. Bidang penguatkuasaan farmasi juga akan menjadi lebih mudah dan ianya adalah sejajar dengan pendaftaran PPF dalam Akta Farmasi yang mana aktiviti penguatkuasaan adalah termasuk dalam skop tugasan PPF dan mungkin juga PPF baru kena lulus peperiksaan penguatkuasaan dahulu dan selepas itu barulah boleh di daftarkan dalam akta farmasi. PF telah lama mendahului PPF dalam aktiviti ini. Permbaziran tidak perlu di sebut kerana gaji Pharmacy Technician di Amerika dan Kanada, adalah menyamai gaji PF di negara ini. Dan negara maju juga menyasarkan pendapatan semua penduduk USD15,000 setahun. Malaysia akan menjadi negara maju lagi 7 tahun iaitu pada 2020.



Ceupacs adalah organisasi yang memperjuangkan nasib semua penjawat awam iaitu 1.4 juta orang. Secara logiknya ia hanya berjuang bagi 50% sahaja dan PPF masih ketinggalan. Ceupacs juga telah menubuhkan JK Sains dan Teknologi bagi mengelakkan permohonan bertindih antara paramedik. PPF juga masih ketinggalan. Wakil ceupacs pernah menghadiri aktiviti PPF dan di harap usaha ini adalah berterusan. Semasa AGM persatuan dan kesatuan juga boleh menjemput wakil ceupacs bagi mengetahui perkembangan terkini. Pada masa ini yang terkini ialah ceupacs sedang berusaha agar tribunal perkhidmatan awam di wujudkan semula. PPF pernah mendapat faedah dari tribunal perkhidmatan awam pada tahun 1997, dan semua PPF yang menerimanya telah tersenyum lebar, walaupun kos guamannya ialah RM 7000. Tribunal juga menunjukkan bahawa JPA pernah terkhilaf dalam mentafsir skim perkhidmatan awam. Dan harap PPF tidak terus ketinggalan dengan berusaha setiap masa, sepanjang masa dan semasa.



Sepatutnya PPF setiap negeri perlu menjalankan berbagai aktiviti kerana dana telah di sediakan. Yuran keahlain kesatuan PPF telah di naikkan semenjak AGM di Pulau Pinang tempoh hari. Tetapi aktiviti masih di takuk lama. Maka sewajarnyalah semua kenaikan yuran tersebut di pulangkan ke setiap negeri bagi mereka menjalankan berbagai aktivi. Pada masa lalu, kewangan merupakan masaalah utama di setiap negeri bagi menjalankan aktiviti. Tetapi segala aktiviti perlulah menjuruskan kepada peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF.



Dalam facebook banyak aktiviti PPF di paparkan. Cuma aktiviti Ketua Profesyen sahaja yang agak kekurangan. Mungkin beliau teramat sebok ataupun ada aktiviti yang tidak sepatutnya di dedahkan. Pertemuan PPF dan Ketua Profesyen yang di adakan di Terengganu tempoh hari, mempunyai masaalah teknikal kerana bilik tersebut tidak di sediakan LCD dan lap top. Dan hasilnya sehingga kini pembentangan oleh Ketua Profesyen tersebut masih di tangguhkan. Pertemuan terakhir juga di adakan di Ipoh perak iaitu semasa Seminar PPF. Dan Ketua Profesyen amat sebok sehinggakan tiket kapal terbang untuk pulang ke Kl pun telah di sediakan, walaupun pada malam tersebut terdapat Jamuan Makan Malam dan esoknya ada AGM PPF. Tetapi segalanya telah disalurkan ke JPA. Kita tunggulah sahaja pengumuman YAB PM berkaitan penambahbaikan skim perkhidmatan awam. Tetapi apa yang penting ialah, PPF sentiasa bernasib baik jika di bandingkan dengan kakitangan pergigian. Jika di bandingkan dengan paramedik, cuma kurang sedikit sahaja.



Diploma Lanjutan Farmasi ( dahulunya pos basik ) dalam perancangan dan hasilnya, tepuk dada tanya selera.



PPF telah menyumbangkan bakti selama lebih dari 50 tahun di negara ini. Kadar bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK) ialah 10% dan jika PPF inginkan BIPK, maka perkhidmatan PPF perlu di tingkat sebanyak 10% dari pada yang di berikan pada masa ini. Dan yang amat penting ialah mendapat sokongan PF.



KURSUS PENGURUSAN SISA KLINIKAL FARMASI

Merujuk perkara di atas, adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa JK Teknikal PPF Daerah Perak Tengah akan menganjurkan kursus yang akan di adakan seperti berikut :-



Tarikh : 9 Februari 2013 ( Sabtu )

Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat : Bilik CME, KK Bota Kiri, Perak.



Sehubungan dengan itu, semua PPF yang ada kelapangan dan berkemampuan, adalah di jemput untuk menghadiri kursus tersebut .Kursus tersebut akan membentangkan lapan kertas kerja. Satu masaalah mulai timbul apabila seorang penceramah masih belum dapat di hubungi. Beliau adalah seorang Exco kesatuan PPF. Bantuan dari semua PPF di perlukan bagi mengirim no hp dan alamat e mel beliau ke urusetia bagi di majukan surat jemputan kursus.Sepatutnya semua PPF perlu menyimpan no hp dan alamat e mel beliau. Nama beliau ialah Rosefazila. Sila sms alamat emel dan no hp beliau ke urusetia di talian 012 9680929. Jika semua PPF tidak dapat membantu, kursus perlu diteruskan,



Rancangan Malaysia Kesepuloh (RM10) telah di bentangkan dan dalam masa 5 tahun yang akan datang, Malaysia memerlukan pekerja yang mempunyai kebolehan berfikir taraf tinggi (high order thingking ability) dan juga akan terdapat peningkatan yang signifikan dalam keupayaan modal insan di sektor kesihatan. Nisbah professional penjagaan kesihatan terhadap penduduk akan berubah. Ini termasuklah Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Ahli Farmasi, Jururawat dan PPF.



PPF perlu mengatur langkah dalam menjayakan hasrat tersebut dengan cara mengadakan aktiviti setiap bulan bermula Januari 2013. Di samping merancang ke arah kecermerlangan PPF aktiviti tersebut juga bertujuan bagi memperkukuhkan PPPFM / Kesatuan, MBJ, MBK, dan meningkat modal insan di kalangan PPF. Segalanya memang terdapat di dalam Tongkak 12 Jabatan Perkhidmatan Awam yang perlu di hayati oleh semua PPF. Apapun hasrat akhirnya ialah kesempurnaan PPF seluruh Malaysia terjaga dan akan menanamkan sifat menghargai jasa-jasa PPF terdahulu menghargai jasa-jasa PPF pada masa masa kini dan mendidik agar semua PPF mempunyai pelapis masa kini, masa akan dating dan selamanya.



Sudah sampai masanya untuk PPF mengatur langkah untuk melonjak ke satu paradigma baru dalam pembangunan profesion PPF yang kita sayangi dan meluaskan lagi lingkup bidang perkhidmatan yang di berikan, Jika hanya mengharapkan PPFM / Kesatuan sahaja yang bertindak tampa penglibatan semua PPF, pasti ianya tidak akan berjaya. Kalau Berjaya pun hanyalah sekitar 30 peratus sahaja. Mohon 10 perkara, hanya tiga perkara sahaja yang akan menjadi kenyataan yang memungkinkan.



Perjuangan oleh organisasi PPF yang mewakili profesion ini perlu berubah. Ianya sudah tidak lagi sesuai untuk zaman sekarang yang penuh dengan teknologi tinggi dan tahap penyampaian kesihatan yang dinamik, sentiasa bergerak pantas dan desakan yang tinggi terhadap kualiti. PPF masih lagi dengan usaha-usaha lama dengan permohonan untuk kelulusan uniform, elaun-elaun, dan mengekori semua apa yang diperolehi oleh lain-lain paramedik KKM dan sepatutnya PPF lah yang mendahului semua paramedic dalam segalanya.



PPF juga harus bersedia untuk berubah (ready for change). PPF perlu mengwujudkan satu identiti baru yang lebih kukuh dengan menjadikan profesion ini satu aset yang teramat penting kepada perkhidmatan farmasi dan KKM. Jangan sekali-kali hanya mengharapkan nasib dan usaha lain-lain paramedik sahaja. Bagaimana untuk mencapainya, inilah reality nya seperti mimpi menjadi kenyataan.



Masalah kita yang paling besar ialah sokongan dari BPF KKM sendiri. Sekiranya kita mendapat sokongan, PPF boleh meneruskan satu agenda baru dan 'transform' kepada tahap dan dimensi baru dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan farmasi yang menyeluruh ( total pharmaceutical care ) .Tetapi seperti kebiasaanya segala masaalah akan ada jalan penyelesaiannya samaada berliku ataupun tidak, ianya adalah bergantung kepada masa, keadaan dan cuaca.



Untuk setaraf dengan lain-lain paramedik dan mengelakkan dari profesion ini dilupakan satu hari kelak dengan pembanjiran PF di segenap sudut Kesihatan Awam / Hospital, semua PPF harus bersedia untuk menambah ilmu, terutama dalam aspek farmakologi, klinikal, QAP, inovasi dan libatkan diri juga dalam aktiviti R&D bidang tenaga manusia dan pembangunan , yang mana penglibatan PPF dalam bidang ini amat sedikit pada masa ini tetapi jika PPF masih berbangga dengan pencapaian pada masa ini, ianya adalah sebagai galakkan sahaja.



Bidang R&D juga akan membolehkan PPF mengujudkan dua jawatan sokongan baru iaitu PRA ( Farmasi ) yang mana adalah sama dengan negara Ireland yang mempunyai Pharmacy Aides. Tugas mereka adalah seperti PPK dalam unit farmasi tetapi dengan kursus khas berkhaitan ubat yang basik sahaja selama 6 bulan dan Pharmacy Technologist U41 (Teknologis Farmasi) yang berkelulusan Ijazah Teknologis Farmasi atau Ijazah Sains Farmaseutikal (sama seperti di USA). Tetapi jika semua PPF beranggapan, dua Negara tersebut terlalu laju ke hadapan dan amat sukar untuk di kejar, maka cukuplah sekadar apa yang ada pada hari ini, sebab pada masa ini pun PPF masih jauh lagi menuju kejayaan.



Dengan KERTAS CADANGAN yang lengkap, pasti KKM akan meneliti perkara membabitkan peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF, Pastinya kewujudan Teknologis Farmasi yang memiliki kepakaran teknikal (TPN, CDR, TDM, Logistik Management) boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Farmasi kerana para PF dapat menumpukan perhatian penuh kepada tugas klinikal kepada pesakit dan berganding bahu dengan doktor untuk membantu pesakit-pesakit dalam rawatan harian, sedangkan PPF meneroka bidang baru yang lebih memerlukan komitmen yang tinggi.



Persidangan PPF beberapa tahun yang lalu juga, telah menunjukkan jalan bagaimana nak mencapai hasrat tersebut. Antara tajuk yang di sentuh pada persidangan tersebut ialah Prepairing & Enhanced Quality Service , Pembangunan Kesihatan Primer dan Halatuju PPF, Update Profesion PPF, Occupational Safety in Pharmacy , Teknik Aseptik, Perolehan & Pengurusan Stor, dan Pengujian Produk Farmaseutikal, Pengawalan Ubat Pasaran, ADR & Product Recall. Di akhir persidangan juga terdapat pembentangan Kertas Kerja oleh PPF atas tajuk Expanded Role PPF dan Extended Role PPF, Tu belum termasuk lagi pencapaian PPF semasa Simposium tempoh hari.

BPF KKM juga sedang dalam usaha pendaftaran PPF di KKM dan Swasta, iaitu mengikut AKTA FARMASI 2010. Ini adalah bagi memboleh kan PPF mendapat “ Annual Practicing Certificate (APC) “ dan “ Practicing Certificate (PC) “ dan usaha ini disambut baik oleh 23 IPTA / IPTS yang menawarkan program Dip in Pharm di seluruh Malaysia. Dan PPF juga perlu berganding bahu dan bekerja sama dalam menjayakannya.



Aktiviti berkala secara formal dan tidak formal PPF juga akan dapat mengumpulkan semula semua PPF lama dan baru, yang mana antara mereka ini pernah membentangkan Kertas Kerja Halatuju PPF suatu masa dahulu.

Dan akan banyak juga perbincangan sesama PPF secara formal dan tidak formal akan menjurus kepada perkembangan laluan kerjaya PPF yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.



Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Ke Hospital Cameron Highland pada bulan April 2013 akan mengumpulkan semua PPF baru dan lama dalam suasana yang santai di ,



Satu cadangan pembaharuan telah di majukan kepada JK PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM JPA atas tajuk CADANGAN SKIM BARU PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MULAI 1 JAN 2012 YANG TELAH DI HANTAR KE JPA . Dan isinya adalah seperti berikut ,PENOLONG PEGAWAI FARMASI MEMOHON AGAR SKIM PENOLONG PEGAWAI FARMASI YANG DITERIMA PAKAI PADA MASA INI DI BERI PENAMBAHBAIKAN KEPADA SKIM YANG LEBIH KOMPREHENSIF BAGI PERKEMBANGAN KERJAYA PENOLONG PEGAWAI FARMASI SEJAJAR DENGAN PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN YANG DI BERIKAN.





Pada masa ini Skim Penolong Penolong Pegawai Farmasi adalah mempunyai Gred seperti berikut iaitu U29, U32, U36, U38, U40Semasa pembentangan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Penolong Pegawai Farmasi telah di berikan Gred seperti berikut, iaitu Gred UF2-1, UF2-2, UF2-4, UF2-5, UF2-6. Bagi tujuan cadangan penambahbaikan , Penolong Pegawai Farmasi memohon agar Skim Penolong Pegawai Farmasi mempunyai Gred seperti berikut,

iaitu Gred UF2-1, UF2-4, UF2-5. Dan ini akan membolehkan Skim Penolong Pegawai Farmasi adalah diiktiraf oleh kerajaan dan ianya adalah sama seperti Skim-Skim lain,

iaitu seperti berikut :

Penolong Pegawai Seni Bina

Penolong Arkitek Lanskap

Penolong Jurutera

Penolong Juruukur Bahan

Penolong Juruukur

Penolong Juruukur Bangunan

Penolong Perancang Bandar dan Wilayah

Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera



Skim Penolong Pegawai Farmasi yang dicadangkan ini hanya mempunyai tiga gred sahaja dan perkhidmatan yang di berikan akan lebih bersepadu dan lebih menyeluruh. Antara kebaikan cadangan skim baru ini ialah, secata otomatik PPF setaraf Penolong Jurutera . Selepas 15 tahun, KUP ke U36, sedangkan lain-lain paramedic perlu bertungkus lumus, barulah dapat U36 dan ianya static bagi mereka, melainkan jika mereka mempunytai ijazah.



Keputusan pada Januari 2013 ialah JPA telah menerima 1600 cadangan yang melibatkan pertambahan perbelanjaan, dan pada dasarnya JPA hanya menerima cadangan yang tidak melibatkan pertambahan perbelanjaan. Apa pun ianya masih belum di umumkan dan PPF masih mempunyai harapan, walaupun tipis.



Tahun 2013 akan ada AGM persatuan dan tahun 2014 akan ada AGM kesatuan dan calon yang layak bertanding telah mengatur strategi bagi mencapai kejayaan. Dasar perjuangan PPF perlu berubah sebab cara bertindak pada masa lalu, memerlukan jangka masa yang terlalu lama bagi mencapai kejayaan. Perubahan yang perlu di lakukan ialah semasa AGM persatuan, pastikan tiga Ahli Majlis adalah dari Hospital, tiga Ahli Majlis adalah dari Kesihatan Awam, dua Ahli Majlis adalah dari Biro, satu Ahli Majlis adalah dari BPF KKM dan satu Ahli Majlis adalah dari sector swasta. Begitu juga AGM kesatuan sebab pada masa ini semua Ahli majlis dan Exco adalah berasal dari Hospital KKM dan kita lihatlah kejayaan PPF di semua Hospital tersebut sedangkan lain-lain usol, cadangan, saranan, dll dari lain-lain katogeri memang tak pernah di bincangkan dan pencapaian mereka adalah sekadar cukup makan sahaja. Segalanya terletak di bahu masing-masing, tepuk dada dan Tanya selera kerana pada masa ini banyak terdapat restoran yang beroperasi 24 jam, segalanya di hujung jari sahaja dan tertakluk kepada cuaca dan suasana.



Secara ringkasnya semua PPF perlu menerima emel / sms sebanyak minima 10 kali setahun. Ini adalah kerana perlembagaan PPF kesatuan dan persatuan mensyaratkan semuanya perlu mengadakan mesyuarat setiap 3 bulan sekali. MBJ juga perlu bermesyuarat pada bilangan yang sama dan mesyuarat pengurusan farmasi peringkat negeri di adakan setiap 6 bulan. Ini adalah bagi membolehkan semua PPF mengusulkan apa-apa saranan dan inovasi bagi di majukan ke pihak atasan. Tetapi jika tiada emel / sms, PPF hanya perlu membawa perkara-perkara membujur lalu melintang patah sahaja dan apa-apa yang terlintas. Jika termasuk mesyuarat semua biro PPF, bilangannya adalah akan meningkat secara drastik . PPF pernah menyuarakan bahawa segalanya perlulah di bawa ke mesyuarat, tetapi apabila tarikh mesyuarat pun tidak di tetapkan, samalah seperti mencurah air ke daun keladi.



Perkembangan semasa hubungan antara PPF dan PF adalah bergantung kepada beberapa factor. Pertama ialah nama PPF memang tiada dalam hati PF, sebab itulah segalanya PPF selalu tertinggal dan terpinggir. Kedua ialah PF merasakan diri mereka telah lengkap, dan tidak memerlukan PF, dan nasib PPF hanyalah seperti melukut sahaja. Ketiga ialah segalanya telah tertulis di kitab yang tinggi Lau Mah Fuz dan sememangnya tidak boleh di rungkaikan. Keempat ialah perkhidmatan farmasi adalah hak dan kepunyaan PF dan mereka boleh beri sahaja kepada sesiapa yang mereka mahukan dan ianya pernah berlaku iaitu pada suatu masa dahulu PF memohon jawatan Pembantu Penguatkuasa bagi penguatkuasaan farmasi, tetapi JPA tidak luluskan kerana masaalah budget. Kelima ialah segala yang ada pada masa ini adalah sebagai ujian kepada PPF, yang mana jika lulus ujian, tersebut mereka yang berkenaan akan di naikkan ke U40, dan PPF yang prihatin bolehlah mengemukakan agar PPF U40 di berikan kepada semua PPF.sebab pada masa ini hanya 12 orang sahajaPPF yang bernasib baik. Dan yang keenamnya ialah dll.



Hasrat PPF bagi menjadi GRED U29, U36 dan U38 bolehlah di mulakan sekarang ataupun tunggulah sehingga JPA luluskan. Kebaikkannya ialah akan ramai U36 secara KUP dan ramai rakyat Negara ini dapat perkhidmatan yang baik dan keburukkannya ialah budget KKM tahunan akan meningkat.



Masa berlalu amat pantas, sehinggakan tidak dapat mengejarnya secara tersusun, sebab itulah pada 2012 terdapat 52 forum iaitu purata satu setiap minggu dan apabila masuk tahun 2013, Cuma akan ada 12 forum sahaja iaitu satu setiap bulan. Walaupun elaun kritikal PPF tak dapat, beban tugas dan kehendak pelanggan memang bertambah, dan pada Mac 2013, akan beroperasilah lagi sebuah KSM di sini dan bilangan PPF masih sama, juga, siapa nak pesan, siapa nak paking, siapa nak rekod, dll dan setor pun akan di simpan sehingga syiling.



Segalanya dilihat dari sudut akademik / ilmiah yang bertujuan merangsang aktiviti dan perkembangan kognitif.



Sekian



Tamat
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya? - Page 2 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5805

Back to top Go down

Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya? - Page 2 Empty Re: Kewujudan prepacking sedai ada...apa komplikasinya?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum