FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Keperluan yang sering diabaikan suami isteri

2 posters

Go down

Keperluan yang sering diabaikan suami isteri Empty Keperluan yang sering diabaikan suami isteri

Post by byduri Fri 10 Jul 2009, 3:33 pm

Petikan : FiKRAH
iSLAMiAH

Dicatat oleh Ahmad Baei Jaafar di 10:06:00
AM


Keperluan
yang sering diabaikan suami isteri


Sebelum sesuatu pasangan hendak
diijabkabulkan, Penolong Pendaftar Nikah (juru nikah) akan bertanya kepada
pengantin sesuatu yang asas tentang Islam dan perkahwinan. Antara soalan
yang penting ialah, apa yang wajib bagi suami setelah diijabkabulkan?

Kebanyakan bakal suami memberi jawapan yang agak betul, iaitu memberi nafkah
zahir dan batin. Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan nafkah
zahir, dia menjawa, beri makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Jawapan
yang cukup cemerlang.

Tetapi apabila ditanya apa pula yang dimaksudkan dengan nafkah batin, dia
terdiam tidak dapat menjawab. Biasanya kalau tidak menjawab adalah kerana
tidak tahu atau malu nak jawab. Ya, dalam soalan ini ternyata dia malu
hendak menjawab.

Kenapa dia malu? Dia malu kerana jawapan yang dimaksudkan ialah seks. Itulah
sebabnya dia tersipu-sipu nak jawab. Tetapi benarkah jawapan itu? Di sinilah
kesilapan umat Islam yang jawapan itu telah lama diwarisi entah sejak bila.

Sebenarnya, jawapan itu salah kerana nafkah yang sebenarnya hanya satu
itu nafkah zahir. Tetapi boleh juga disebut nafkah batin dengan merujuk
kepada memberi didikan ilmu agama kepada isteri. Batin atau jiwa isteri
perlu dididik ke arah kebaikan dan ketakwaan serta keimanan. Nafkah inilah
yang sering diabaikan oleh suami. Dan atas sebab itulah mengapa berlaku
masalah rumah tangga yang sukar diselesaikan.

Menyentuh soal seks, suka dijelaskan di sini bahawa ia satu keperluan yang
Allah sediakan kepada makhluknya. Allah bekalkan keinginan seks kepada
manusia sama seperti yang diperlukan binatang. Tetapi keperluan itu dibezakan
dengan perkahwinan yang sah untuk menambahkan keharmonian rumah tangga.

Allah sebutkan dalam al-Quran, “kamu pakaian bagi mereka dan mereka juga
pakaian bagi kamu,” (al-Baqarah) adalah hendak menunjukkan betapa lelaki
dan perempuan itu saling memerlukan. Maka seks itu adalah pengikat kasih
sayang selain anak yang dilahirkan hasil hubungan intim antara pasangan
itu.

Walau bagaimanapun hubungan seks halal ini sering diabaikan oleh pasangan
sama ada suami atau isteri kerana tidak memahami peranan dan fungsi di
atas. Malah sesetengahnya menganggapnya kotor atau kerja sia-sia yang sekadar
melepaskan nafsu syahwat sahaja.

Oleh sebab itu kita lihat, ada suami yang lebih sebuk dengan kerja lalu
lupa hendak bermesra dengan isteri. Ada juga isteri yang sebuk dengan urusan
kerja baik dalam rumah atau luar hingga tidak berpeluang untuk bermesra
dengan suami.

Kemungkinan mereka berdua ada masalah, tetapi tidak cuba diselesaikan dengan
cara yang baik sehingga akhirnya menjadi kudis dan barah. Sebenarnya beberapa
kes yang pernah dirujuk kepada saya, suami mengadu isteri tidak mahu menyerahkan
dirinya kepada suami setelah empat tahun berkahwin.

Tetapi apabila bertanya punca, jawapan yang diberi oleh suami dan isteri
sering bercanggah. Mereka sering tuduh menuduh. Namun apabila persoalan
yang sama ditanya pada sesi temu bual tertutup secara empat mata, isteri
mengakui tidak mendapat kepuasan seks setiap kali bersama suami.

Jadi, berdasarkan jawapan itu boleh disimpulkan bahawa ramai suami dalam
kes seumpama ini tidak mengambil berat soal kepuasan seks isterinya. Padahal
keperluan ini perlu diberi perhatian sama dengan keperluan makan dan minum
dan sebagai.

Oleh sebab itu perkara ini perlu diberi perhatian oleh kedua-dua belah
pihak secara jujur. Suami perlu berterus terang dengan isteri jika ada
masalah kesihatan. Dan isteri juga perlu berterus terang dengan suami jika
ada kekurangan yang boleh menjejaskan hubungan.

Ingatlah jika kedua-dua pihak boleh membaiki kelemahan masing-masing mereka
mampu memanjangkan hayat perkahwinan mereka. Selain itu, lelaki yang bergelar
suami harus sedar bahawa mereka telah berbelanja besar untuk berkahwin
malah sesetengahnya hutang bertahun-tahun. Tentulah tidak wajar suami sanggup
membiarkan wang yang dilaburkan itu habis begitu sahaja.

Jadi, binalah perkahwinan dengan sebaiknya melalui kesefahaman yang jitu.
Manakala isteri perlu setia dengan hubungan itu dengan saling memahami
keperluan di atas kerana suami lazimnya sentiasa mengharap belaian kasih
sayang isteri sepanjang hayat sama seperti malam pertama.




¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
byduri
byduri
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 47
Umur : 42
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 0
Points : 5833

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Keperluan yang sering diabaikan suami isteri Empty Re: Keperluan yang sering diabaikan suami isteri

Post by fasha_wanna Fri 10 Jul 2009, 8:34 pm

info yg bagos Idea
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Keperluan yang sering diabaikan suami isteri Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9107

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum