FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

blur

4 posters

Go down

blur Empty blur

Post by daus91 Wed 15 Jul 2009, 11:09 am

im blur.....
avatar
daus91
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Student
Gender : Male
Jumlah Post : 6
Umur : 33
Tarikh Register : 15/07/2009
Reputation : 0
Points : 5619

Back to top Go down

blur Empty Re: blur

Post by daus91 Wed 15 Jul 2009, 11:10 am

?????
avatar
daus91
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Student
Gender : Male
Jumlah Post : 6
Umur : 33
Tarikh Register : 15/07/2009
Reputation : 0
Points : 5619

Back to top Go down

blur Empty Re: blur

Post by ppfkkpa Sat 07 Aug 2010, 12:29 pm

Jangan Blur, join PPFM sebagai ahli bersekutu, banyak maklumat boleh di kongsi, you masih muda dan perjalanan masih jauh, tapi kalau dah umur 55 tahun pun blur, memang nak kena pencen awal, juga boleh lawati www.ppfmy.com untuk dapatkan maklumat Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia ( PPFM ), apa pun dapatkan dulu Diploma in Pharmacy, dulu namanya Diploma Pembantu Farmasi, atas usaha PPFM / KKPFKMB ianya dah di tukar ke Dip in Pharmacy,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5613

Back to top Go down

blur Empty Re: blur

Post by nori Sun 30 Jan 2011, 4:11 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011

PENGENALAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN
Kerajaan Malaysia telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kabinet yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK). Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menjalankan fungsi penilaian dan pengiktirafan kelayakan dengan tujuan untuk membolehkan pemegang kelayakan berkenaan dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan ahli-ahlinya terdiri daripada:
• Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
• Naib Canselor-Naib Canselor dan Rektor Universiti tempatan;
• Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
• Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan;
• Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi;
• Ketua Pengarah Kerja Raya;
• Ketua Pengarah Kesihatan;
• Ketua Pengarah Pertanian;
• Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan);
• Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi; dan
• Pengerusi semua Jawatankuasa Kecil.
Bagi melicinkan proses penilaian pengiktirafan, JTPPK di bantu oleh empat buah jawatankuasa kecil yang dibentuk mengikut disiplin kelayakan yang utama iaitu:
• Jawatankuasa Kecil Kelayakan Sastera dan Sains Kemasyarakatan (JKSK);
• Jawatankuasa Kecil Kelayakan Sains (JKKS);
• Jawatankuasa Kecil Kelayakan Teknik (JKKT); dan
Jawatankuasa Kecil Kelayakan Perubatan dan Separa Perubatan (JKPSP).


PRINSIP-PRINSIP PENGIKTIRAFAN
Prinsip-prinsip utama yang digunakan dalam pengiktirafan sesuatu kelayakan adalah seperti berikut:
• Pengiktirafan adalah untuk memenuhi keperluan dan perlantikan dalam perkhidmatan awam;
• Kelayakan profesional yang dikaitkan dengan pengamalan akan diselaraskan antara kerajaan dan badan-badan profesional berkenaan;
• Kelayakan dari universiti luar negara adalah dinilai berasaskan perbandingan dengan kelayakan yang sama dari Institusi Pengajian Tinggi tempatan;
• Nilai taraf yang diberikan kepada sesuatu kelayakan adalah di selaraskan dengan struktur dan skim dalam perkhidmatan awam;
• Penilaian adalah berasaskan kepada program dan bukannya institusi yang menawarkan program berkenaan.
Keutamaan adalah diberikan kepada kelayakan yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi tempatan.

• Penilaian adalah berasaskan kepada program dan bukannya institusi yang menawarkan program berkenaan.
Keutamaan adalah diberikan kepada kelayakan yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi tempatan.

KRITERIA PENGIKTIRAFAN
Penilaian pengiktirafan sesuatu kelayakan akan diasaskan kepada kriteria dan penyediaan maklumat oleh Institusi Pengajian Tinggi seperti berikut:
• Latar belakang sesebuah institusi;
• Syarat kelayakan masuk;
• Tempoh pengajian;
• Struktur dan sillibus;
• Kelayakan tenaga pengajar;
• Nisbah pengajar/pelajar;
• Kemudahan pembelajaran;
• Bahasa pengantar;
• Sistem penilaian dan peperiksaan;
• Pemeriksa luar;
• Perhubungan dengan institusi lain;
• Prestasi graduan;
Pengiktirafan dari badan profesional yang telah diperoleh.

CARA MEMOHON PENGIKTIRAFAN
Institusi yang bercadang untuk mendapatkan pengiktirafan ke atas kelayakan yang ditawarkan perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, selaku urusetia kepada JTPPK.
Permohonan hendaklah disertakan dengan satu memorandum yang mengandungi maklumat lengkap mengenai program yang dipohon pengiktirafan. Memorandum berasingan adalah diperlukan bagi setiap program/kelayakan. Setiap program perlu disediakan sebanyak 25 naskhah untuk kegunaan ahli jawatankuasa yang membuat penilaian.
KANDUNGAN MEMORANDUM
Setiap memorandum perlu mengandungi sekurang-kurangnya maklumat-maklumat berikut:
Latarbelakang institusi
• Termasuk maklumat mengenai pengurusan, kewangan, pentadbiran dan objektif penubuhannya.
Kelayakan masuk
• Kelayakan masuk minima yang diperlukan untuk mengikuti program berkenaan.
Jangkamasa program
• Tempoh minima dan maksima yang diperlukan oleh seseorang pelajar untuk menamatkan pengajian.
Struktur program
• Berkaitan dengan kandungan program sepenuhnya termasuk matapelajaran yang ditawarkan dalam setiap semester/penggal/tahun, jam kredit bagi setiap matapelajaran, contact hours, tutorial dan latihan amali.
• 'Course outline' bagi setiap matapelajaran yang mengandungi skop pengajaran, buku teks yang digunakan dan sistem penilaian.
Tenaga pengajar
• Maklumat lengkap bilangan tenaga pengajar dan nisbah dengan pelajar serta kelayakan dan kepakaran serta status samada tetap, kontrak atau separuh masa.
Kemudahan pembelajaran
• Maklumat kemudahan kepada pelajar seperti:
i. Kemudahan perpustakaan
ii. Makmal
iii. Asrama
iv. Komputer
v. Lain-lain kemudahan
Bahasa pengantar
• Bahasa pengantar yang digunakan semasa kuliah, tutorial dan latihan amali.
Sistem peperiksaan
• Maklumat mengenai:
i. Sistem yang digunakan untuk membuat penilaian serta gred dan pemarkahan yang digunakan.
ii. Syarat untuk pengijazahan.
Hubungan dengan institusi lain
• Maklumat mengenai hubungan dan jaringan yang telah diujudkan dengan institusi pengajian lain samada di dalam negara atau di luar negara terutama sekali dari segi penyelidikan dan pembangunan kurikulum.
Pengiktirafan yang telah diperolehi
Maklumat mengenai pengiktirafan yang telah diperolehi oleh program berkenaan samada dari badan profesional, persatuan, masyarakat, industri, negeri dan negara.

SENARAI KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF
Untuk melihat senarai kelayakan yang diiktiraf sila lawati Pengiktirafan Kelayakan
Untuk menyemak senarai kelayakan Kejuruteraan dari negara USA,UK dan Australia sila lawati laman web berikut :-
USA - www.abet.org
UK - www.engc.org.uk
Australia - www.ieaust.org.au
PROSES PENGIKTIRAFAN
Penilaian dan pengiktirafan kelayakan akan melalui proses-proses berikut:
• Kajian dilakukan oleh urusetia dan Jawatankuasa Kerja/Adhoc atau Panel Penilai yang dipilih. Lawatan Penilaian ke institusi akan dilakukan jika perlu.
• Perakuan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kecil.
• Perakuan J/K Kecil dibentang ke JTPPK untuk keputusan.
Keputusan pengiktirafan dimaklumkan kepada pihak yang berkaitan.

Muat Turun Borang Permohonan Pengesahan Pengiktirafan Kelayakan Pelajar

LAMAN WEB BERKAITAN
• Kementerian Pendidikan
• UCAS - Universities and Colleges Admissions Service (UK)
• IAU - International Association of Universities
• NZQA - New Zealand Qualifications Authority
• United Kingdom Engineering Council
• CHEA - Council for Higher Education Accreditation (US)
• Engineers Australia
• ABET - Accreditation Board for Engineering and Technology
• Higher Education Links
• Senarai Universiti & Kolej di seluruh dunia
• Universiti di USA
• College Conexion

MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengiktirafan kelayakan, sila tulis ke alamat berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Latihan
Aras 4, 5 & 6, Blok C1, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRA JAYA

Tel: 603 - 88853364
Fax: 603 - 88892179
E-Mail: recog@jpa.gov.my

Bukan semua pensyarah di Fakulti Farmasi RPMC adalah Pegawai Farmasi :
Noor Azizah bt Abdul Wahab
Faculty Appointment: Acting Head of Pharmacy Programme
Qualifications: M.Sc (Biopharmacy), King?s College Uni. of London, BSc. (Hons) Science and Practice of Pharmacy, Liverpool John Moores University
Email address: azizah@perakmed.edu.my
Tengku Azlan Shah bin Tengku Mohamad
Faculty Appointment: Lecturer
Qualifications: B.Pharm (Hons),USM; R.Ph
Email address: azlantm@perakmed.edu.my
Loo Sin Hui R.Ph, MMPS
Faculty Appointment: Lecturer
Qualifications: M.Pharm (Hons) University of Sunderland,UK
Email address: loosinhui@perakmed.edu.my
Norul Aini Zakariya
Faculty Appointment: Lecturer
Qualifications: B Biomed Sc(UKM), MSc Biochem(UKM)
Email address: norulaini@perakmed.edu.my
Hj. Abdul Rahim bin Ghani
Faculty Appointment: Tutor
Qualifications: Cert in Pharm. Asst. (KKM)
Email address: arahim@perakmed.edu.my

Hj. Sofian bin Yahaya
Faculty Appointment: Tutor
Qualifications: Cert in Pharm. Asst. (KKM)
Email address: sofian@perakmed.edu.my
DRAFF KERTAS KERJA PPF U40 DI JKN SELURUH NEGARA :
1. RINGKASAN EKSEKUTIF :

Pada masa ini tiada PPF U40 di tempatkan di Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara. Ini adalah berbeza dengan lain-lain paramedik dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Lain-lain paramedik telah lama menempatkan jawatan kanan katogeri masing dan hasilnya perkhidmatan mereka lebih menonjol dan menyeluruh jika dibandingkan dengan Penolong Pegawai Farmasi.

Pada asalnya jawatan ini dinamakan Pembantu Farmasi dan telah bertukar kepada Penolong Pegawai Farmasi mulai 1 Jun 2008.


2. RASIONAL :

PPF yang bertugas di Hospital dan Klinik Kesihatan di seluruh negara, mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab terhadap penjagaan pesakit seperti mana yang telah di gariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu seperti di bawah:

Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi
di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia:

Penolong Pegawai Farmasi berperanan sebagai kumpulan sokongan dalam memberikan Perkhidmatan Farmasiutikal di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi di dalam set up penjagaan kesihatan. Peranan Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas di Hospital dan Klinik Kesihatan adalah tulang belakang kepada Perkhidmatan Farmasi .

Selari dengan assimilasi Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal Kimia Ubat
( PMKU ) ke dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh Penolong Pegawai Farmasi.

Perkembangan yang pesat dalam Farmasi Klinikal dan Pemonitoran Program – Program Utilizasi Ubat-Ubatan telah mencetuskan keperluan kumpulan sokongan Penolong Pegawai Farmasi yang mahir serta membolehkan membantu keberkesanan dalam pengurusan ubat-ubatan dan “Pharmaceutical Care “ .

Walaubagaimanapun pendispensan ubat-ubatan samaada ianya dalam konteks Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar mahupun Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam, masih menjadi teras tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

MEMESAN , MENERIMA, MENYIMPAN DAN MENDISPEN UBAT-UBATAN
( Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar dan Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam )

2.1 Memesan :

- Memeriksa baki stok dan keperluan ubat-ubatan yang digunakan berdasarkan penggunaan sebelumnya
- Menganggar kuantiti ubat-ubatan untuk dipesan berdasarkan keperluan
- Memesan ubat-abatan menggunakan kod-kod yang ditetapkan
- Mengemukakan indent untuk kelulusan dan tandatangani Pegawai Farmasi yang menjaga selaras dengan Akta Racun 1952.
- Menyerahkan indent yang telah ditandatangani ke Stor Farmasi untuk bekalan.


2.2 Penerimaan dan Penyimpanan :

- menerima dan memeriksa bekalan yang diterima dari Stor Farmasi berdasarkan pesanan bagi memastikan bekalan betul dan berkedaan baik.
- Menyimpan dan merekod ubat-ubatan serta merta secara teratur.
- Melaksanakan pemeriksaan dari masa kesemasa untuk mengesan ubat-ubat yang melewati tarikh luput, rosak, ubat-ubat lambat bergerak, ubat / bekalan dipanggil balik ( Recall Product ) atau tidak boleh digunakan dan mencatatkan keputusannya.
- Menyerahkan keputusan kepada Pegawai Farmasi yang menjaga dan membantu dalam menyediakan senarai ubat-ubatan untuk pelupusan mengikut prosedur – prosedur seperti yang digariskan dalam arahan Perbendaharaan atau senarai Ubat-Ubat Yang Lambat Bergerak untuk diedarkan kepada pengguna-pengguna lain jika perlu.

2.3 Pengrekodan :

- Bertanggung jawab menjaga rekod penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran ubat-ubatan samaada secara sistem kad atau komputer
- Bertanggungjawab menyimpan rekod dan mengawal ubat-ubatan yang bertarikh luput.


2.4 Pendispensan ( Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar )

- Menjaga kebersihan farmasi terutamanya kaunter-kaunter ubat.
- Memastikan alat sukatan, bekas-bekas ubat, alat-alat keengkapan farmasi , botol ubat,sampul ubat adalah bersih dan dalam keadaan yang baik untuk digunakan.
- Menapis preskripsi untuk menentukan maklumat-maklumat yang terkandung lengkap, kepalsuan, interaksi ubat-ubat dan dos-dos yang dipreskrib dalam kadar lingkungan bukan norma ( not within normal range ) .
- Mendispen ubat kepada pesakit-pesakit dengan menyampaikan arahan-arahan yang terang tentang cara penggunaan / pengambilan ubat dalam bahasa yang difahami.
- Menyimpan rekod ubat psikotropik dan ubat-ubat terkawal yang didispen kepada pesakit sebagaimana peruntukan Akta Racun 1952.
- Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam pemonitoran kegunaan ubat-ubatan.


2.5 Penyedian Sediaan Extemporaneous :

- Menyediakan sediaan-sediaan extemporaneous berpandukan format standard yang diluluskan oleh Pegawai Farmasi yang menjaga apabila perlu.

2.6 Perkhidmatan Pesakit Dalam :

- Menyertai dalam perancangan pelaksanaan dan pemonitoran ubat-ubatan dan alat-alat perubatan / pembedahan ke Wad.
- Menyediakan disinfektan untuk kegunaan wad mengikut ‘ SOP (Standard Operating Procedures ) ‘ .
- Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga semasa Pemeriksaan Wad / Unit bila perlu.
- Mengisi troli dan mendokumentasikan profail ubat pesakit didalam kes ‘System Individualised Drug Distribution ‘ .
- Memastikan label-label , botol-botol dan sebagainya untuk kegunaan wad adalah di dalam keadaan yang baik.

2.7 Perkhidmatan Farmasi Klinikal -
Perkhidmatan Pemonitoran Drug Terapeutik (TDM)

- Menerima sampel darah serta dengan borang permintaan TDM dan memastikan nama dan nombor pendaftaran pesakit atas label sampel darah adalah sama seperti di atas borang.
- Memeriksa kehendak-kehenda penyimpanan dan memastikan samada sampel darah yang diterima normal , ‘ haemolysed’ atau ‘ icteric ‘
- Centrifugekan sampel darah.
- Memulakan prosedur-prosedur assay di atas serum darah yang telah dicentrifuge, dengan menggunakan mesin Analisis Serum Drug Concentration.
- Merekod dan menfailkan semua maklumat mengenai pesakit dan keputusan assay yang diperolehi.
- Mengemukakan keputusan ujian kepada Pegawai Farmasi yang menjaga untuk diperiksa dan dinilai.
- Menjalankan calibrasi reagen sebulan sekali atau bila perlu di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi yang menjaga.
- Memastikan semua sampel darah yang tidak diguna, dimusnahkan mengikut ‘ SOP – Standard Operating Procedures ‘ .
- Memastikan semua stok reagen dan ‘ disposables ‘ mencukupi.
- Memaklumkan kepada Pegawai farmasi yang menjaga jika berlaku sebarang kerosakan alat/mesin atau lain-lain masaalah untuk tindakan selanjutnya.

2.8 Perkhidmatan Farmasi Klinikal –
Perkhidmatan Rekonstitusi Drug Sitotoksik ( CDR )

- Menyediakan bilik Rekonstitusi Drug Sitotoksik dan kabinet ‘ cytogard ‘ setiap pagi mengikut SOP – Standard Operating Procedures .
- Menyediakan label-label yang perlu selaras dengan borang permintaan rekonstitusi yang telah disemak dan diluluskan oleh Pegawai Farmasi yang menjaga.
- Menyedia dan mengatur drug dan alat-alat yang diperlukan dalam kabinet ‘ Cytogard “ untuk Rekonstitusi Drug Sitotoksi – CDR selaras dengan Standard Operating Procedures ( SOP ) .
- Menbantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam aktiviti-aktiviti aseptk rekonstitusi.
- Membungkus dan melabel drug sitotoksik yang direkonstitusi untuk disemak dan diluluskan oleh Pegawai Farmasi yang menjaga.
- Membersihkan kabinet ‘ cytogard ‘ selepas persediaan drugsitotoksi , selaras dengan SOP.
- Memusnahkan semua drug yang tidak digunakan serta ‘soiled item ‘ dengan betul selaras dengan ‘ Cytotoxic Drug Reconstitutions Procedure Manual ‘ .
- Menghubungi Jururawat yang menjaga wad untuk memungut drug yang direkonstitusi dan memastikan drug tersebut diterima oleh Jururawat yang berkenaan.
- Bertanggungjawab ke atas kawalan iventori drug, reagen dan alat-alat yang diperlukan serta memastikan stok yang mencukupi sentiasa dijaga. Apabila paras stok rendah atau lambat bergerak, Pegawai Farmasi yang menjaga diberi makluman untuk tindakan susulan.



2.9 Perkhidmatan Farmasi Klinikal –
Perkhidmatan Total Parentral Nutrition ( TPN ) :

- Mengawal item floor stok yang diperlukan untuk penyediaan TPN.
- Memeriksa dan memastikan bekalan drug dari stor mencukupi.
- Menjaga kebersihan umum bilik bersih selaras dengan Standard Operating Procedures ( SOP)
- Mendisinfak kabinet luminar flow sebelum dan selepas digunakan mengikut Standard Operating Procedures ( SOP ) .
- Menyediakan alat-alat , drug dan label untuk penyediaan TPN mengikut Standard Operating Procedures ( SOP ) .
- Membantu Pegawai Farmasi dalam penyediaan solusi TPN menggunakan teknik aseptik.
- Memastikan isipadu setiap solusi yang digunakan dalam penyediaan TPN sebagaimana dalam kertas kerja yang disediakan oleh Pegawai Farmasi.
- Menghantar sampel ke makmal untuk analisa dan pensterilan kandungannya.
- Mengeluarkan sediaan TPN untuk kegunaan wad setelah memperolehi kelulusan .



2.10 Perkhidmatan Maklumat Drug ( PMD ) –
Penerangan Ubat-Ubatan Di Kaunter

- Memberi arahan-arahan penerangan dalam penggunaan medikasi yang betul dalam kes-kes yang tidak rumit.

2.11 Perkhidmatan Maklumat Drug ( PMD ) –
Pusat Penerangan Ubat-Ubatan :

- Penyusunan penerangan ubat-ubatan ( Compilation ) . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga di dalam pengumpulan dan menfailkan maklumat-maklumat mengenai ubat-ubatan, artikal / abstrak yang berkaitan selaras dengan sistem yang ada di pusat tersebut. Membantu dalam dokumentasi dan kemasukan data yang ada hubungkait dengan perkhidmatan maklumat ubat-ubatan. Membantu dalam pengumpulan dan pemprosesan data yang dikumpulkan semasa semakan utilisasi ubat-ubatan atau lain-lain kajian atas aktiviti yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Farmasi.
- ‘ Retrieval ‘ maklumat ubat-ubatan . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam pengeluaran dokumen / artikal / abstrak yang berkaiatan dengan permintaan dan mengemukakan kepada Pegawai Farmasi untuk penilaian dan pembentukan yang berpatutan dengan keperluan peminta.
- Percetakan Buletin , Newsletter dan lain-lain maklumat ubat-ubatan dan perkhidmatan pendua. Membantu Pegawai Farmasi dalam setting, artwork, pembacaan proof, mencetak dan menyampaikan maklumat ubat-ubatan melalui Buletin / berita yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Drug ( PMD ).
- Penjagaan iventori. Membantu Pegawai Farmasi dalam penjagaan iventori , alat-alat kelengkapan, alat-alat sumber, dan sebagainya di Pusat Maklumat Drug ( PMD )

2.12 Pengeluaran dan Kawalan Mutu Dalam Proses :

- Perolehan bahan-bahan mentah. Membantu dalam perolehan bahan-bahan mentah, komponen-komponen bungkusan, alat-alat pembungkusan dan label mengikut kertas kerja yang standard.
- Membantu dalam pemeriksaan / penapisan dan pengrekodan maklumat-maklumat berkaitan nombor kontrol , nombor kumpulan dan tarikh pengeluaran terhadap bahan mentah , komponen-komponen bungkusan, bahan-bahan pembungkusan dan label-label.
- Menyediakan kawasan kerja dan alat-alat untuk proses pengeluaran.
- Menjalankan proses pengeluaran sebagaimana tertera di dalam ‘ Standard Operating Procedures ‘ selaras dengan ‘ Good Manufacturing Practice’ di bawah penyelian Pegawai Farmasi Kawalan Mutu .
- Menjaga dokumentasi yang teratur bagi semua proses pengeluaran yang dijalankan sebagaimana yang tertera dalam ‘ Standard Operating Procedur ‘ selaras dengan kehendak-kehendak ‘ Good Manufacturing Practice ‘ di bawah penyelian Pegawai Farmasi Kawalan Mutu.
- Melaksanakan Ujian Kawalan Mutu dalam Proses ( IPQC ) sepanjang proses pengeluaran sebagaimana tertera dalam ‘ Standard Operating Procedures ‘ selaras dengan ‘ Good Manufacturing Practice ‘ di bawah penyelian Pegawai Farmasi Kawalan Mutu .
- Membantu dalam pemonitoran proses pengeluaran untuk memastikan komplian kepada ‘ Good Manufacturing Practice .
- Bertanggungjawab keatas operasi dan penjagaan mesin-mesin serta alat-alat kelengkapan yang digunakan dalam proses pengeluaran.
- Menjaga rekod yang teratur berkenaan dengan operasi dan penjagaan mesin-mesin serta alat-alat kelengkapan.
- Bertanggungjawab secara bersama menentukan keselamatan kakitangan kawasan pengeluaran.
- Membungkus ubat-ubat mengikut ‘ Standard Operating Procedures ‘ .

2.13 ungsi Kawalan Mutu - Di Dalam Makmal Analitikal :

- Menjalankan Sampling bahan-bahan mentah, komponen-komponen bungkusan, bahan-bahan intermediate dan produk-produk siap selaras dengan ‘ Sampling Protocol ‘ yang ditetapkan di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi Kawalan Mutu.
- Menerima, memeriksa dan merekod samada semua sampel yang diterima sebagaimana yang tertera di bawah ‘ Standard Operating Procedures ‘ .
- Menyediakan reagen dan bahan-bahan ujian yang diperlukan di dalam analisis sampel selaras dengan kaedah-kaedah analisis yang ditentukan.
- Menganalisa sampel-sampel di bawah arahan dan penyeliaan Pegawai Farmasi Kawalan Mutu.
- Mendokumentasikan semua data-data analitikal dan laporan-laporan ujian selaras dengan Amalan Makmal Yang Baik ‘ Good Laboratoring Practice ‘ .
- Menyelaraskan tentuanukur ( Calibration ) semua alat-alat analitikal dan alat-alat kelengkapan selaras dengan Amalan Makmal Yang Baik ‘ Good Laboratoring Practice ‘ .
- Menjaga rekod-rekod yang teratur bagi hal-hal yang berkaitan dengan tentuanukur
( Calibration ) , operasi penjagaan dan iventori semua instrumen analitikal dan alat-alat kelengkapan.
- Membantu dalam penubuhan ( Establishment ) dan piawaian bahan-bahan kimia dan ‘Biological Reference Standard ‘ .
- Bertanggungjawab ke atas penjagaan rekod iventori untuk bahan-bahan kimia, reagen, glassware dan sebagainya.
- Mahir dalam penggunaan komputer yang berhubungkait dengan automasi makmal.
- Bertanggungjawab bersama menentukan kebersihan dan keselamatan makmal.

2.14 Fungsi Kawalam Mutu Di Dalam Hospital ( Expanded Role )

- Dengan perkembangan ‘ Terapeutic Drug Monitoring – ( TDM ) ‘ di Hospital, keperluan segera timbul untuk tenaga mahir yang diperlukan dalam memberi sokongan teknikal bagi melaksanakan fungsi-fungsi analitikal.
- Applikasi Kawalan Mutu Asas Ujian Dosage Form yang siap dan bahan-bahan mentah ( Net Delivered And Non Standard Item ) .

2.15 Penjagaan Kebersihan :

- Bertaqnggungjawab keatas kebersihan semua kawasan kerja.
- Bertanggungjawab ke atas kebersihan sanitasi dan kesihatan serta kebersihan seluruh kawasan selaras dengan ‘ Good Manufacturing Practice ‘ .

Mamandangkan tugas-tugas Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan adalah kompleks dan memerlukan pemerhatian yang tinggi, maka wajarlah Penolong Pegawai Farmasi Gred U40 di wujudkan di semua Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara bagi tujuan mengkordinasi semua tugas-tugas Penolong Pegawai Farmasi dari segi pentadbiran dan teknikal .

3 SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATAN :

Jika permohonan ini di luluskan, tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi Gred U40di Bahagian Perkhidmatan Farmasi ,Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara adalah seperti berikut :


SENARAI TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U 40
BAHAGIAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
JABATAN KESIHATAN NEGERI SELURUH NEGARA

1. Pengurusan Ubat dan Teknologi Maklumat :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang pengurusan ubat-ubatan dan teknologi maklumat bagi kegunaan Hospital dan Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan .

2. Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang pembangunan organisasi dan keperluan tenaga manusia serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan klinik Kesihatan.

3. Program Kualiti dan Pengurusan Kualiti :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang program kualiti seperti MQH, ISO, KEIZEN, 5S , National Indicator Approach serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

4. Amalan Farmasi Klinikal :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang farmasi klinikal seperti TPN, CDR, TDM serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

5. Amalan Farmasi Hospital dan Kesihatan Awam :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang amalan farmasi di Hospital dan di Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

6. Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang keselamatan pesakit dan penggunaan ubat di Hospital dan Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

7. Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang maklumat ubat dan pendidikan pengguna di Hospital dan Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

8. Pengurusan Latihan dan CPD :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang latihan dan CPD di Hospital dan Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

9. Penyelidikan , Pembangunan dan Perolehan Teknologi :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang penyelidikan, pembangunan, perolehan teknologi di Hospital dan Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

10. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.


4. TEMPAT-TEMPAT PENEMPATAN :

Apabila cadangan menempatkan Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 di semua Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara di terima, bilangan jawatan yang diperlukan adalah sebanyak empat belas jawatan sahaja. Ini adalah kerana Jabatan Kesihatan Negeri hanya terdapat satu sahaja di setiap negeri di Malaysia.

5. DATA-DATA SOKONGAN :

Fungsi-fungsi utama Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara ialah membantu Penolong Pegawai Farmasi yang berkhidmat di Hospital dan Klinik Kesihatan di seluruh negara :
- Untuk mengukuhkan sistembekalan supaya dapat memenuhi keperluan farmaseutikal dan lain-lain keperluan kesihatan dalam program Perkhidmatan Farmasi Hospital dan Program Perkhidmatan Farmasi Klinik Kesihatan.
- Untuk memberi Perkhidmatan Farmasi yang cekap dan berkesan di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Untuk menentukan kualiti, efikasi dan keselamatan dalam penggunaan ubat-ubatan dan lain-lain produk farmaseutikal di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia .
- Membantu dalam mempastikan rasionaliti dalam penggunaan ubat-ubatan di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Fungsi Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara juga ialah membantu Penolong Pegawai Farmasi yang berkhidmat di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan malaysia di seluruh negara dalam menyampaikan perkhidmatan yang menyeluruh ( Total Pharmaceutical Care ) , dengan membantu :

- Mendispen ubat-ubatan kepada pesakit luar
- Pengawasan prekripsi
- Kaunseling pesakit luar dan pesakit dalam
- Penerangan maklumat ubat-ubatan
- Pembelajaran berterusan ( Latihan )
- Pembekalan ubat kepada pesakit dalam
- Pengeluaran persediaan farmaseutikal
- Perkhidmatan Total Parenteral Nutrition ( TPN )
- Perkhidmatan Therapeutic Drug Monitoring ( TDM )
- Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik ( CDR )
- Kawalan mutu dalam proses pengeluaran ( IPQC )
- Amalan Pengeluaran Yang Baik ( GMP )
- Amalan Pengsetoran Yang Baik ( GSP )
- Rekod berkaitan Undang Undang Farmasi
- Penerangan melalui Pusat Maklumat Drug ( PMD )
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan Orientasi
- Program Kualiti Assurance ( QAP )

Dengan adanya jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara, semua aktiviti farmasi seperti di atas boleh dijalankan dengan lancar. Ini adalah kerana tugas pentadbiran dan tugas teknikal yang akan djalankan oleh Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 tersebut :

6. IMPLIKASI KEWANGAN :

Penempatan Pembantu Farmasi Gred U 40 di JKN tidak akan melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kerana jawatan yang dipohon tidak banyak iaitu 30 jawatan sahaja.

Tanggan Gaji Pembantu Farmasi Gred U 40
( TIADA MAKLUMAT YG TERKINI )

U40P1T1 RM 2209.90 - U6P1T10 RM 3153.70
U40P2T1 RM 2285.80 - U6P2T10 RM 3315.40

14 Jawatan x RM 2209.90 x 12 bulan = RM

Implikasi kewangan setahun ialah RM

Ini adalah lebih rendah apabila dibandingkan dengan pembaziran antiobiotik ( kes yang tidak perlu ) RM 2 juta setahun bagi sebuah hospital utama di Malaysia ( Kajian 1992 )

7. CARTA ORGANISASI.

Apabila cadangan menempatkan Pembantu Farmasi Gred U 40 di semua JKN di luluskan, carta organisasi nya adalah seperti berikut .

CARTA ORGANISASI PEMBANTU FARMASI GRED U 40


Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi )


Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40


Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi
di Hospital / Klinik Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia


8. LAIN-LAIN FAKTA :

Penempatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 di Jabatan Kesihatan Negeri di seluroh negara, akan meningkatkan jenis-jenis perkhidmatan yang boleh di berikan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi kepada pesakit di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia di seluruh negara. Ini akan sekaligus akan meningkatkan taraf kesihatan penduduk . Penjagaan farmaseutikal yang menyeluruh ( Total Pharmaceutical Care ) boleh di berikan kepada semua rakyat negara ini dan ianya adalah setanding dengan negara maju.

Penolong Pegawai Farmasi juga berganding bahu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan kesejasteraan rakyat Malaysia dalam aspek perubatan dan kesihatan serta mempunyai visi dan misi yang tersendiri iaitu seperti berikut :-

VISI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Visi Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi ialah memberikan perawatan yang sempurna dengan cara pembekalan ubat-ubatan secara profesional , bekalan yang tepat, berkesan dan selamat serta mendidik masyarakat supaya mendapatkan ubat-ubatan daripada premis yang bertanggungjawab bagi menjamin perawatan yang optimum, penyembuhan yang segera serta kesan sampingan yang minimum.

MISI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Misi Perkhidmatan Penolong pegawai Farmasi ialah menjalankan tugas-tugas seharian dengan penuh beretika, berdedikasi, mengikut organisasi, menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan, dengan tujuan keyakinan pesakit akan bertambah dan seterusnya Perkhidmatan Pharmaceutical Care yang diberikan akan mencapai hasrat yang optimum seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Organisasi Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi akan lebih mantap dan berketerampilan dengan adanya jawatan Pembantu Farmasi Gred U 40 yang akan menjalankan tugas-tugas berikut :-

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U 40 DI JABATAN KESIHATAN NEGERI SELURUH NEGARA :

Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara adalah seorang pegawai perunding Penolong Pegawai Farmasi di peringkat negeri berkenaan .

Fungsi beliau ialah menjalankan tugas-tugas dalam semua aspek kefarmasian seperti berikut :-
- Pentadbiran
- Penyeliaan
- Latihan
- Lain-Lain Tugas

BIDANG KUASA :

Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara adalah beranggungjawab dalam perancangan pentadbiran Penolong Pegawai Farmasi di negeri berkenaan.

PERHUBUNGAN :

Seorang Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara adalah ketua bahagian dalam bidang kefarmasian yang melibatkan Penolong Pegawai Farmasi di negeri berkenaan dan bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri dalam menjalankan tugas sehariannya yang berkaitan dengan pentadbiran.

Beliau bertanggungjawab kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
( Farmasi ) negeri berkenaan berkaitan dengan bidang kefarmasian.

Berhubung dan menyelaras dengan Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) , Ketua Pegawai Farmasi, Pegawai Farmasi Yang Menjaga dan lain-lain pegawai yang terlibat dalam melaksanakan Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi.

Sebagai ketua bahagian dalam bidangnya, beliau dikehendaki berhubung rapat dengan lain-lain pegawai iaitu :
- Pakar-Pakar Perubatan
- Ketua –Ketua Jururawat
- Penyelia Hospital
- Pegawai Pendidikan Kesihatan
- Dan lain-lain pegawai.

PENTADBIRAN :

- Menyemak dan mengambil tindakan ke atas semua surat-surat berkaitan dengan Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi
- Merancang dan menempatkan Penolong Pegawai Farmasi di dalam negeri berkenaan mengikut keperluan dan keutamaan
- Menyediakan Nilaian Prestasi Kerja kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) , Ketua Pegawai Farmasi dan menganggotai Jawatankuasa Penilaian Prestasi Penolong Pegawai Farmasi
- Menyemak dan memberi sokongan keatas permohonan tuntutan perjalanan dan permohonan pinjaman kenderaan dan lain-lain .
- Menerima , menyemak dan mengumpul data-data Penolong Pegawai Farmasi dari Unit-Unit bagi laporan bulanan, suku tahun, tahunan dan dari masa kesemasa.
- Menyimpan dan mengemaskini data-data Penolong Pegawai Farmasi termasuk latihan dan CPD.
- Mengawas supaya disiplin Penolong Pegawai Farmasi sentiasa baik dan dipatuhi
- Bertemu dan merundingcara Penolong Pegawai Farmasi khusus yang bermasaalah dan menyiasat aduan-aduan mengenai Penolong Pegawai Farmasi serta menyediakan laporan apabila sesuai
- Menentukan Penolong Pegawai Farmasi menerima pembayaran elaun-elaun , pengesahan dalam jawatan , semua kemudahan asas dan keselamatan
- Mengatur dan menjalankan mesyuarat dengan semua peringkat Penolong Pegawai Farmasi
- Menghadiri mesyuarat , dialog, perbincangan dengan Penolong Pegawai di seluruh negeri apabila perlu.
- Memastikan semua urusan Penolong Pegawai Farmasi seperti kenaikan pangkat, latihan, pertukaran diedarkan
- Menjadi Ahli Lembaga Temuduga untuk memilih Penolong Pegawai Farmasi mengikuti latihan / kursus.
- Menyediakan Program Pelawat untuk pelawat-pelawat dari luar negeri/ daerah yang datang berkursus atau membuat lawatan sambil belajar.
- Merancang dan memberi syor-syor mengenai pertukaran Penolong Pegawai Farmasi kepada Jawatankuasa Pertukaran.
- Memastikan peralatan, ubat-ubatan dan bekalan mencukupi dan dalam keadaan baik.



PENYELIAAN :

Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara adalah dikehendaki membuat lawatan penyeliaan secara teratur dan kerap ke semua Hospital / Klinik Kesihatan dalam negeri berkenaan dan memberi nasihat serta bantuan kepada Penolong Pegawai Farmasi

- Memeriksa dan memastikan rekod-rekod kefarmasian adalah lengkap dan teliti.
- Penilaian rekod-rekod agar selaras dengan dasar-dasar Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi
- Memerhatikan semua prosedur-prosedur dilakukan dengan betul
- Memeriksa penyimpanan biologikal dan rantaian sejuk yang betul
- Memeriksa bekalan ubat-ubatan , peralatan, alat-tulis mencukupi dan mengikut peraturan
- Menilai beban-kerja di Hospital / Klinik Kesihatan berkenaan dan mengesyorkan langkah-langkah untuk memperbaiki Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi
- Membuat pemeriksaan fizikal ke Hospital / Klinik Kesihatan untuk menentukan kebersihan, kecantikan dalam keadaan sempurna
- Menyelaras masaalah kebajikan dan memberi bimbingan, galakan dan dorongan kepada Penolong Pegawai Farmasi.
- Berbincang dengan Pengarah Hospital, Ketua Pegawai Farmasi , Pegawai Kesihatan Daerah dan lain-lain pegawai jika perlu berkaitan dengan masaalah dan Perkembangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi.
- Memastikan perhubungan yang baik diantara Penolong Pegawai Farmasi, katogeri-katogeri lain serta orang awam.
- Menyediakan laporan maklumbalas kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) Pengarah Hospital , Pegawai Kesihatan Daerah dan lain-lain pegawai.
- Menyelia aspek latihan Penolong Pegawai Farmasi Pelatih.

LATIHAN :

Membantu Pengarah Kesihatan Negeri Pengarah Hospital, Ketua Pegawai Farmasi, Pakar-Pakar Perubatan , Pegawai Kesihatan Daerah dalam menganjurkan dan merancang kursus – kursus dan latihan-latihan dalam perkhidmatan.

- Memilih calon-calon yang sesuai untuk kursus-kursus latihan, kursus dalam perkhidmatan dan kursus lanjutan bagi Penolong Pegawai Farmasi.
- Merancang dan mengambil bahagian dalam melaksanakan kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi Penolong Pegawai Farmasi, kursus orientasi Penolong Pegawai Farmasi yang baru dan lain-lain kakitangan Perkhidmatan Farmasi.



LAIN-LAIN TUGAS :

Khidmat Nasihat :

- Mengesyorkan semua permohonan tuntutan kenderaan, perbatuan dan permohonan pinjaman kepada Pengarah Hospital dan Pegawai Kesihatan Daerah untuk kelulusan
- Memberi nasihat dan cadangan dalam projek projek pembangunan seperti keutamaa dan kesusuaian tempat.
- Memberi nasihat kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) ,Pengarah Hospital , Ketua Pegawai Farmasi dan Pegawai Kesihatan Daerah dalam penempatan dan pertukaran Penolong Pegawai Farmasi.
- Memberi penjelasan jika perlu kepada Lembaga Tindakan Tatatertib mengikut peraturan Perintah Am.
- Memberi cadangan-cadangan kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ), Pengarah Hospital , Pakar-Pakar Perubatan, Ketua Pegawai Farmasi, Pegawai Kesihatan Daerah dan lain-lain pegawai mengenai Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi.

Pendidikan Lanjutan dan Penyelidikan :

Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara hendaklah melengkapkan diri dan mengemaskinikan pengetahuannya dalam kemajuan semasa khususnya dalam aspek kefarmasian :

- Menyebarkan maklumat-maklumat , majallah-majallah kepada semua Penolong Pegawai Farmasi
- Menghadiri seminar-seminar dan bengkel-bengkel di dalam dan di luar negeri.
- Menjadi ahli yang bergiat aktif dalam persatuan profesyennya dan agensi-agensi yang berkaitan
- Mengambil bahagian dan membantu menjalankan kajian-kajian yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

LAIN-LAIN TUGAS :

Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40 di Jabatan Kesihatan Negeri akan mengambilalih tugas-tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U 40/38/36 di Hospital dan Klinik Kesihatan semasa ketiadaan beliau.

- Menganggotai Lembaga / Jawatankuasa Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Pentadbiran, Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Sukan
- Menjalanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Pandangan dan cadangan di atas adalah dari segi akademik / ilmiah dan perlu di lihat dari segi akademik / ilmiah juga.

Tamat : 30 Januari 2011









nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : blur Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5805

Back to top Go down

blur Empty Re: blur

Post by Huzaimi Mon 31 Jan 2011, 5:04 am

wah ,terima kasih untuk maklumat yang detail ini
Very Happy
Huzaimi
Huzaimi
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Tabib Jalanan - Huzaimi.com
Gender : Male
Jumlah Post : 87
Umur : 67
Tarikh Register : 05/01/2009
Reputation : 4
Points : 5916

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

http://Huzaimi.com

Back to top Go down

blur Empty Re: blur

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum