FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

+18
aedes14
abib
msaa
azrunia
zaki78
epiaya
terompah_biru
kelisa
miVR4
puan akmal
arabella
Mohd.Azlan
fasha_wanna
hannajr
dhiyamirza
nonejoke
zulk
HH
22 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by HH Wed 22 Jul 2009, 7:32 am

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.

Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Save The Planet.
HH
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7035

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by zulk Wed 22 Jul 2009, 8:45 pm

aku pnh baca satu artikel dlm paper (malaysia pnye).. dia kte adalh penting utk panaskn enjin dulu sblom gerak.. yg paling baik adlh >5 min.. sbb.. nk bagi minyak pelincir menyaluti semua komponen enjin.. baru la kurang geseran.. n seterusnya dpt menjangkn hayat kenderaan..
zulk
zulk
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Penang10
Jawatan : detektif kuman
Gender : Male
Jumlah Post : 598
Umur : 115
Tarikh Register : 29/09/2006
Reputation : 11
Points : 6779

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by nonejoke Thu 23 Jul 2009, 12:27 am

saja nak bagi pandangan......bab panas enjin kereta....saya dah baca artikel di atas tapi 50/50 plak.....sebab dlm dunia ni banyak perkara kena 'panas enjin' dulu. kalau tak nanti dia jem. contohnya...nak joging kena panas enjin dulu (warm up), bila bersama isteri..kena panas enjin dulu(foreplay), nak buka puasa ramadan.......panas enjin dulu (makan kurma dan air shj dulu, xleh pulun dua tiga pinggan terus). nak solat, panas enjin dulu (solat sunat dulu), sebab tu saya rasa 'panas enjin' ni penting gak.............ni pendapat saya je. tq
avatar
nonejoke
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Selang10
Jawatan : apa apa la
Gender : Male
Jumlah Post : 87
Umur : 44
Tarikh Register : 27/06/2009
Reputation : 12
Points : 5758

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by HH Thu 23 Jul 2009, 9:09 am

ader pendapat mengatakan jugak..selepas hidup enjin kita bawa slow-slow kereta..kerana proses pemanasan enjin berlaku kat sini...
HH
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7035

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by dhiyamirza Thu 23 Jul 2009, 12:40 pm

la ye ke? yang aku tau...start kete jalan jek...
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6367

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by zulk Thu 23 Jul 2009, 6:04 pm

dhiyamirza wrote:la ye ke? yang aku tau...start kete jalan jek...
ni biasanya jd kt org pompuan... Very Happy Cool
zulk
zulk
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Penang10
Jawatan : detektif kuman
Gender : Male
Jumlah Post : 598
Umur : 115
Tarikh Register : 29/09/2006
Reputation : 11
Points : 6779

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by hannajr Thu 23 Jul 2009, 8:36 pm

yg mana 1 btl ni..
aku plak start enjin tgu smpi temp nek 1 bar baru jalan..
pastu kalo keta x gerak smpi 3 atau 4 ari aku akan panaskn enjin kira2 5min camtu..
hannajr
hannajr
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : penolong pegawai farmasi
Gender : Female
Jumlah Post : 574
Umur : 40
Tarikh Register : 03/01/2009
Reputation : -1
Points : 6499

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by fasha_wanna Thu 23 Jul 2009, 9:31 pm

hahahaha...

HH pnjang nye article...

tulisan besar, wat rase cam x abis2 je bace...

huhuhuhu...

ok back to enjin tu, sy biasa bwk skuter ke klinik...

biasanye on je skutt, trus pecut (sbb biasa kluar umh kol 7.55)...

tp klu siap awl, mgkn biar skutt on je dlu...

so yg mane btol n yg mane slh????
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9107

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by fasha_wanna Thu 23 Jul 2009, 9:38 pm

zulk wrote:
dhiyamirza wrote:la ye ke? yang aku tau...start kete jalan jek...
ni biasanya jd kt org pompuan... Very Happy Cool

hehehe...

cam kutuk je..
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9107

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by Mohd.Azlan Thu 23 Jul 2009, 9:59 pm

Sukar nak percaya juga artikel ni...kajian dia kata,berapa lama...responden berapa ramai,persentage macam mane.Dia kata itu...tapi pakar yang telah diiktiraf kata ini...siap dgn artikel dkt akhbar dan berita lagi.Cuma sekadar pendapat..so pendapat masing2 dan tanya org yg lebih pakar lagi psal...perbandingan yg dilakukan.
Mohd.Azlan
Mohd.Azlan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 321
Umur : 45
Tarikh Register : 29/12/2007
Reputation : 12
Points : 6571

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by arabella Fri 24 Jul 2009, 11:53 am

hari tu waktu kursus memandu takder pun mereka sentuh pasal pemanasan enjin lak... Very Happy
avatar
arabella
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Tukang Sambut....
Gender : Female
Jumlah Post : 8
Umur : 97
Tarikh Register : 18/12/2007
Reputation : 3
Points : 6190

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by fasha_wanna Fri 24 Jul 2009, 2:18 pm

haah...

juz teori, undang2..

stkt tu je x ckup kn..
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9107

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by zulk Sun 26 Jul 2009, 12:14 am

klu ikut logik.. mmg patut la kita panaskan enjin dulu kn..?? mcm sahabat kita kte tu.. nk bwt apa pn kna panaskn enjin dlu..
zulk
zulk
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Penang10
Jawatan : detektif kuman
Gender : Male
Jumlah Post : 598
Umur : 115
Tarikh Register : 29/09/2006
Reputation : 11
Points : 6779

Character sheet
Mutiara Kata saya: hidup ibarat roda...

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by HH Sun 26 Jul 2009, 12:41 am

maklumat ni saya forwardkan kat sini..ader yang anta emel....jadi nak dapatkan kepastian sebenarnya...

saya pun salah seorang yang hidupkan enjin (idle) dalam 1-2 minit esp waktu pagi... warming up..hehe..
HH
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7035

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by dhiyamirza Mon 27 Jul 2009, 1:42 am

zulk wrote:
dhiyamirza wrote:la ye ke? yang aku tau...start kete jalan jek...
ni biasanya jd kt org pompuan... Very Happy Cool

memang ni diakui...kete jadik apa pon main start jalan...tau sampai...bila jadik ape2 kat tengah jalan gelabah tak sudah...
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6367

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by puan akmal Tue 28 Jul 2009, 10:53 am

Question ada lagi ke bukti2 lain yg menyokong artikel kat atas tu?...
sbb dr start aku pandai bawak keta....bapak aku..husband aku semua suruh aku panaskan enjin keta dulu...
jd..bila dah biasa ngan tabiat ni..susah ckit nak terima maklumat yg terbaru kalau x cukup bukti nak mengesahkan... lol!
puan akmal
puan akmal
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : tukang masak
Gender : Female
Jumlah Post : 662
Umur : 42
Tarikh Register : 11/10/2008
Reputation : 0
Points : 6562

Character sheet
Mutiara Kata saya: hormat orang dulu, baru orang hormat kita

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by miVR4 Sat 01 Aug 2009, 3:34 am

so...jwpnya mcm mana...yg mana patut d ikut...panaskan enjin dulu ka atau start enjin trus jalan.....sapa berani bagi jawapan..
miVR4
miVR4
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : judge law
Gender : Male
Jumlah Post : 341
Umur : 43
Tarikh Register : 12/04/2009
Reputation : 0
Points : 6110

Character sheet
Mutiara Kata saya: FADE TO BLACK

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by kelisa Mon 03 Aug 2009, 10:51 pm

arabella wrote:hari tu waktu kursus memandu takder pun mereka sentuh pasal pemanasan enjin lak... Very Happy

Hmmm memang la tak di ajar sebab ni semua sendiri kene bik taw...

Sendiri mau igat la..... What a Face
kelisa
kelisa
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Selang10
Jawatan : ('^')...keje...keje...keje.......
Gender : Female
Jumlah Post : 4246
Umur : 1133
Tarikh Register : 02/08/2009
Reputation : 24
Points : 10467

Character sheet
Mutiara Kata saya: HaRi InI MesTi D'trSkn KrNa SmLm AdAlH SeJaRaH & EsK AdLh HaRi Yg BeLum PaSt UnTk AkU..!!!!

https://www.facebook.com http://kelisa50932Gmail.com

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by terompah_biru Thu 20 Aug 2009, 8:59 pm

erm...so skg neh kesimpulannya kena panaskan dulu ker tak enjinyer?? tp aku panaskan jerk dulu smpila hilang perkataan cool baru aku on aircond n jalan...hehehe
terompah_biru
terompah_biru
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : Missy
Gender : Female
Jumlah Post : 218
Umur : 43
Tarikh Register : 25/11/2008
Reputation : 10
Points : 5777

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by epiaya Fri 21 Aug 2009, 10:10 pm

kalau x silap ada byg jenis enjin skang ni.. setau aku la kalau yg guna kaburator yg kene panaskan enjin dulu.. itupun abg pomen yg bgtau..ntahla..
epiaya
epiaya
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Melaka10
Jawatan : ppp
Gender : Male
Jumlah Post : 1136
Umur : 46
Tarikh Register : 10/12/2008
Reputation : 10
Points : 6531

Character sheet
Mutiara Kata saya: amal makruf nahi mungkar ///

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by zaki78 Mon 24 Aug 2009, 4:04 pm

kalo x panaskan engine, keta akan tersekat2..
zaki78
zaki78
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : mlt
Gender : Male
Jumlah Post : 480
Umur : 46
Tarikh Register : 15/03/2007
Reputation : 2
Points : 6527

Character sheet
Mutiara Kata saya: proud be your self!

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by azrunia Thu 01 Apr 2010, 9:25 pm

gua pun kadang2 panas jer dgn mamat yg enjin pans......kekekkekekee
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6762

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by msaa Thu 08 Apr 2010, 1:03 am

kena wat mythbuster jer..ataupun cohort study jer..randomise multiple henjin...baru amalan temurun ni seiring dgn teknologi henjin yg bebagai mivec, campro, vvti, cvtc, ecvti, vtec dsbnya...
tapi panas henjin ni memang perlu dlm banyak upacara spt yg dikatakan...satu cnth yg tidak dikatankan ialah panas henjin semasa lampu merah hampir ke hijau...kan apa supaya tak semput....kita dalam ready dan klac pun lancar..amalan tmurun ini tidak bleh diamal zaman gear auto...kecuali posisi N. k..tapi tu semua blum cukup buster amalan temurun ni...tapi panas henjin sebulum F1 mula cukup menggegarkan jiwa...
msaa
msaa
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Penang10
Jawatan : Sr CVT & Manager
Gender : Male
Jumlah Post : 556
Umur : 113
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 0
Points : 6621

Character sheet
Mutiara Kata saya: notin i can tell U

https://www.facebook.com/group.php?gid=137801169570733 https://www.facebook.com/msaaGmbH

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by azrunia Thu 08 Apr 2010, 8:12 pm

krkrkrrkkrrkrkrrrrrreeeeeeee......amik study enjin
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6762

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU Empty Re: PEMANASAN ENJIN - AMALAN SALAH TURUN TEMURUN. ANDA WAJIB TAHU

Post by azrunia Mon 12 Apr 2010, 3:03 pm

Hormat

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum