FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SPUB

+2
akoizer
dhiyamirza
6 posters

Go down

SPUB Empty SPUB

Post by dhiyamirza Sun 26 Jul 2009, 10:39 pm

saya nak tanya kawan2 yang ade pengalaman yang boleh dikongsikan atau maklumat yang boleh disampaikan di sini tentang SPUB...bagaimana ia dijalankan di tempat anda? sebab selalu yang bermasalah saya rasa ialah fasiliti yang dirujuk...kadang2 ubat tu tak de..kadang2 surat rujukan tak sampai patient dah datang...dan yang paling popular ialah walk in patient...macam ne u ol handle benda2 macam ni...mungkin boleh kongsi sebagai menambahkan pengetahuan dan sedikit panduan...
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : SPUB Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6367

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by akoizer Mon 27 Jul 2009, 9:47 pm

salam sejahtera,...

biasanya di tempat saya, SPUB yg belum complete prosedurnya akan kami rujuk kpd hospital yg berkenaan.

walaubagaimanapun,..situasi spt pts suda dtg ttp ubat belum sampi sering juga terjadi tapi, di tempat saya yg beruntungnya belum pernah ada pts yg marah @ buat complain akibat masalah SPUB spt yg disebutkan...
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by dhiyamirza Tue 28 Jul 2009, 8:53 am

yela...kadang2 bukan pe kesian kat patient...spub ni sepatutnya menyenangkan semua pihak...tapi kadang2 kalau kita rujuk semula tempat yang merujuk, deekorang pon lepaskan tangan...macam ne? pas tuh u ol ade tak rekod2 yang standard selain borang SPUB R0R utk reten...macam ne korang dok calculate harga ubat tu?
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : SPUB Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6367

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by akoizer Sun 02 Aug 2009, 6:27 pm

kami rujuk dgn stor,...
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by YB_tokey_obat Wed 05 Aug 2009, 11:28 am

kalau farmasi yang uruskan SPUB memang takde masalah,yang jadi masalah bila doktor yang pandai2 suruh patient pegi amik ubat sana sini tanpa melalui farmasi,ini yang menyebabkan terjadinya walk in SPUB...sebabnya doktor tak fahm konsep SPUB tu sendiri...kes macam ni memang aku marah...
YB_tokey_obat
YB_tokey_obat
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : tokey obat
Gender : Male
Jumlah Post : 125
Umur : 43
Tarikh Register : 01/04/2009
Reputation : 6
Points : 5858

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by dhiyamirza Wed 05 Aug 2009, 5:32 pm

yea...kes ni memang banyak...pandai2 jek cakap...tanpa tanya2 di perkhidmatan farmasi...
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : SPUB Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6367

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by YB_tokey_obat Thu 06 Aug 2009, 4:13 pm

yang susahnya kita juga bila takde ubat dlm pres tu...kita jugak nak menghadap karenah patient...kita juga nak cari ubat tu...semuanya kita jugak..nak je ku maki doc tu.. :P005:
YB_tokey_obat
YB_tokey_obat
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : tokey obat
Gender : Male
Jumlah Post : 125
Umur : 43
Tarikh Register : 01/04/2009
Reputation : 6
Points : 5858

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by akoizer Sun 23 Aug 2009, 12:11 pm

masalah jg tu bila rx dah ampi tp ubat blom ada..
akoizer
akoizer
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : PARAMBULATOR.
Gender : Male
Jumlah Post : 1054
Umur : 45
Tarikh Register : 14/05/2009
Reputation : 6
Points : 6827

Character sheet
Mutiara Kata saya: PERKHIDMATAN PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN & PROFESIONALISME.

http://s.liddy@yahoo.com

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by YB_tokey_obat Tue 25 Aug 2009, 11:08 am

mmg masalah la bila ubat tu mmg takde dlm simpanan kita...aku tak terima ps tu,suruh pt amik kat tmpt asal la...
YB_tokey_obat
YB_tokey_obat
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : tokey obat
Gender : Male
Jumlah Post : 125
Umur : 43
Tarikh Register : 01/04/2009
Reputation : 6
Points : 5858

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by nurida Sat 24 Oct 2009, 12:16 am

sy keje di hospital n slalu merujuk@menghantar surat spub ke mana2 klinik kesihatan.(salah satu tugas yang memeningkan kepala)...bab hantar surat xder masalah tapi tntang menyediakan ubat2 untuk kk yg dirujuk mmg prioblem...slalu gak bertekak dgn ppf di kk...ntahla,xtau di maner silapnyer...bila kiter dah antar ubat ke kk,pt still dtg spital dgn alasan ubat tiada di kk.(kami menggunakan cds- satu sistem merekod ubat)so,dptla kami detect ubat dh bekal @blum...slalu blk lambat @dtg weekend untuk settle kan spub nie..
avatar
nurida
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : aku budak famasi
Gender : Female
Jumlah Post : 7
Umur : 41
Tarikh Register : 21/07/2008
Reputation : 0
Points : 5971

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by YB_tokey_obat Tue 27 Oct 2009, 11:10 am

itu mmg tak dinafikan,kadang2 ada pt ikut suka dia jer..redha je la dgn keje kita ni...
YB_tokey_obat
YB_tokey_obat
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : tokey obat
Gender : Male
Jumlah Post : 125
Umur : 43
Tarikh Register : 01/04/2009
Reputation : 6
Points : 5858

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by dhiyamirza Wed 28 Oct 2009, 4:45 pm

nurida wrote:sy keje di hospital n slalu merujuk@menghantar surat spub ke mana2 klinik kesihatan.(salah satu tugas yang memeningkan kepala)...bab hantar surat xder masalah tapi tntang menyediakan ubat2 untuk kk yg dirujuk mmg prioblem...slalu gak bertekak dgn ppf di kk...ntahla,xtau di maner silapnyer...bila kiter dah antar ubat ke kk,pt still dtg spital dgn alasan ubat tiada di kk.(kami menggunakan cds- satu sistem merekod ubat)so,dptla kami detect ubat dh bekal @blum...slalu blk lambat @dtg weekend untuk settle kan spub nie..

Kami kat KK ni lagik pening...u ol kat hospital kadang me"refer" ikut suka2 hati aje...dah la kami kat kk ni one man show...datang ubat spub tak siapla...tu lah ni la...ni lah yang selalu pn fatimah(KPF) kat HPSF ni bising...ppf hospital nak bertekak2 dengan PPF dengan KK wat pe...
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : SPUB Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6367

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by ppfkkpa Fri 06 Aug 2010, 7:20 pm

SPUB adalah satu Inovasi farmasi, semua PPF patut sokong, pesakit perlu dapatkan ubat sebab telah di Rx oleh Dr, tugas PPF ialah bekalkan sahaja, jika di hospital, PF akan ambil alih tugas ini, tetapi di KK, PPF lah yang akan handle benda ni, bagi saya inovasi adalah sesuatu yang baru dan banyak masaaalah, tetapi jika PPF inginkan cabaran, perlulah menghadapi segala cabaran ini, jangan give up, nanti pesakit akan doakan kejayaan PPF sebab mereka dapat ubat yang di perlukan, semua masaalah boleh di atasi dengan pengalaman PPF yang ada dan kemudahan yang di sediakan, yang penting Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Nanti PPF kena buat konferen hanya berlaitan SPUB je dan cara-cara mengatasinya,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5610

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by nori Tue 25 Jan 2011, 7:09 pm

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF

TONGGAK 12 JPA

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemulian Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9.Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta


1. Menghargai Masa

Amalan Positif
Menepati Masa
Menyengerakan Tugas
Mempunyai Perancangan Waktu
Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif
Menetapkan Target Date
Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan


1. Menghargai Masa
Amalan Negatif
Berbual-bual Kosong
Tidak Menyenggarakan Tugas
Tidak Merancangkan Pekerjaan
Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan
Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi
Berniaga di Waktu Pejabat
Ke Kantin Waktu Bertugas
Tiada Sence Of Urgency
Tidak Merancang Pekerjaan
Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat
Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa


2. Ketekunan Membawa Kejayaan
Amalan Positif
- Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak rintangan.

- Bercita-cita tinggi

- Sanggup berkorban


2. Ketekunan Membawa Kejayaan
Amalan Negatif
-Mudah tersinggung
-Mudah putus asa
-Tidak bercita-cita tinggi
-Disuruh buat baru buat
-Kurang berdisiplin
-Tidak bersemangat
-Tiada inisiatif
-Suka bertangguh


3. Keseronokan Bekerja
Amalan Positif
-Menggap kerja sebagai ibadat
-Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
-Sedia memberi kerjasama

Amalan Negatif
-Menganggap kerja sebagai beban
-Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.


4. Kemulian Kesederhanaan

Amalan Positif
-Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
-Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
-Merendah diri
-Mesra dalam pergaulan
-Tidak memperagakan kemewahan
-Sedia menerima cadangan dan nasihat


4. Kemulian Kesederhanaan
Amalan Negatif
-Menonjol-nonjolkan diri
-Berlakuan mengada-ngada
-Berlebih-lebihan mengampu ketua
-Memperagakan kemewahan dan kedudukan
-Sombong dan meninggi diri
-Membesarkan perkara kecil


5. Ketinggian Peribadi
Amalan Positif
-Tertib dan baik budi bicara
-Berilmu dan berpengetahuan luas
-Berlumba-lumba membuat kebajikan
-Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
-Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
-Bertanggungjawab
-Bersih dari sifat dengki


5. Ketinggian Peribadi
Amalan Negatif
-Sombong dan suka menunjuk-nunjuk
-Sukar untuk membuat kebajikan
-Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
-Tamak mengejar pangkat dan kedudukan
-Menghina dan merendahkan usaha orang lain
-Hasad dengki
-Berpura-pura dalam tindakan
-Pemarah dan tidak sabar


6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Amalan positif
-Pemaaf dan berhemah tinggi
-Ikhlas dan bertimbang rasa
-Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
-Pemurah dalam usaha kebajikan
-Ramah,berbudi mulia
-Dan berkerjasama
-Boleh menerime teguran


6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Amalan Negatif
-Kasar dan kurang sopan
-Berdendam
-Bermuka-muka
-Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima
kritikan
-Suka hina dan caci orang
-Sombong & penting diri sendiri
-Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan


7. Pengaruh Teladan
Amalan Positif
-Bermoral dan berakhlak tinggi
-Tertib dan beradap sepanjang masa
-Rajin dan kuat kerja
-Amanah dan bertanggungjawab
-Berbudi mulia serta merendahkan diri
-Gemar da cintakan ilmu yang bermanafaat


7. Pengaruh Teladan
Amalan Negatif
-Buruk perangai
-Jahil dan tidak suka membaca
-Dengki dan buruk sangka
-Mempersendakan agama
-Kedekut
-Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
-Sensitif dan pemarah


8. Kewajipan Menjalankan Tugas
Amalan positif
-Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi
-Tekun dan sabar menjalankan tugas
-Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas
-Mementingkan kualiti
-Bersikap profesional dan cekap
-Cepat,cermat dan berdisiplin
-Inisiatif


8. Kewajipan Menjalankan Tugas
Amalan Negatif
-Tidak boleh diharapkan
-Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
-Tidak bersungguh-sungguh
-Tidak peka kepada kualiti
-Tidak taat kepada arahan
-Selalu buat silap
-Tidak ikut peraturan
-Suka bertangguh


9.Kebijaksanaan Berhemat
Amalan Positif
-Berhati-hati apabila berbelanja
-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
-Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat
-Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan
-Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan


9.Kebijaksanaan Berhemat
Amalan Negatif
-Boros dan suka menbazir
-Tidak cermat dengan harta kerajaan
-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
-Bermewah dengan harta kerajaan
-Memperaga kehebatan dan kemewahan


10. Keutamaan Kesabaran
Amalan Positif
 Tenang menghadapi masalah rumit
 Mempunyai perhitungan jauh
 Tahan menerima cabaran
 Tidak putus asa
 Pemaaf dan berhemah tinggi
 Cermat dalam tutur kata


10. Keutamaan Kesabaran
Amalan Negatif
 Cepat mengalah
 Berpandangan sempit
 Tidak tahan menghadapi kesusahan
 Tidak sanggup berkorban
 Takutkan cabaran
 Selalu mengubah pendirian dan keputusan


11. Peningkatan Bakat
Amalan Positif
-Memberi dorongan terhadap kreativiti
-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal
-Mengalakkan pencambahan fikiran
-Memberi galakan kepada pemikiran baru
-Berani mencuba idea-idea baru
-Mengenal dan memupuk bakat yang ada
-Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru


11. Peningkatan Bakat
Amalan Negatif
 Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru
 Tidak menghargai bakat yang ada
 Memperkecilkan usaha orginal
 Berpuashati dengan tahap bakat yang ada


12. Nikmat Mencipta
Amalan Positif
 Berani mencuba
 Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah
 Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
 Sentiasa dalam cabaran intelektual
 Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan



12. Nikmat Mencipta
Amalan Negatif
 Takut menemui kegagalan
 Memandang remeh usaha orang lain
 Berpuashati dengan kedudukan yang sediada
 Pemikiran tidak dinamik
 Tidak suka pembaharuan
 Tidak sabar dalam penciptaan baru

Tonggak 12 yang ke 13 bagi PPF
ialah menjadi ahli persatuan / kesatuan .
Amalan Positif :
Ramai yang dah jadi ahli

Amalan Negatif :
Ramai juga yang masih belum jadi ahli.

Tahniah kepada PPF yang telah berjaya dalam peperiksaan PTK dan dapat naik gaji, sonang je tonggak 12 ni, yang ke 13 tu je payah sikit,


Di JPA terdapat bahagian yang mengendalikan Skim dan Perkhidmatan, tentunya di ketuai oleh PTD. PTD ni amat cepat naik pangkat dan bertukar serta segala permohonan akan di lihat oleh PTD yang baru.

Dibawah nya terdapat beberapa JK Kecil yang dilaksanakan oleh N17, N22 dan N36, mereka inilah yang akan menurut perintah peg atasan.

Pada 2010 PPF telah menyediakan satu draff kertas kerja iaitu seperti berikut.

DRAFT CADANGAN
GAJI BARU SKIM PERKHIDMATAN
PENOLONG PEGAWAI FARMASI .

1) PENDAHULUAN

a) Definisi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi .

b) Definisi Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi

c) Pelaksanaan nya

d) Kelemahan - pd Skim gaji Pembantu Farmasi semasa
SSB
Cth tertinggal 1 kenaikan - tarikh pemindahan gaji
Berbeza .
e) Kelemahan - pd Skim gaji Pembantu Farmasi semasa
SSM
Cth tertinggal 1 kenaikan - tarikh pemindahan gaji
Berbeza - kelulusan skim gaji diploma lambat berbanding
Paramedic lain .

Pelaksanaan skim bersepadu paramedic lain .
Contoh :
Rujukan :

2) Justifikasi Cadangan .

Rujuk a) kepentingan perkhidmatan ,
b) motivasi .kebajikan social ,
c) Peningkatan tahap perkhidmatan dan pencapaian ,
d) Kelayakan akademik
e) kelayakan Latihan
f) keadaan ekonomi semasa
g) dll.

Mengapa perlu skim baru ?
1.
2.
3.

- Perbandingan dengan Skim gaji Diploma lain
- Perbandingan dengan Skim Paramedik lain
- Perbandingan dengan skim gaji di luar Negara

3) Cadangan baru Skim Gaji Penolong Pegawai Farmasi

1) Kategorikan dalam Skim Bersepadu tapi kekalkan perjawatan U36 , U38 , U40 dan tambahan U42 .

2) Kategorikan dalam skim kumpulan mendapat elaun kritikal

3) Kenaikan Pangkat yang lebih cepat dan lebih mudah / mesra

4) Kekalkan kemudahan kejawatan U41 dan lebih mudah .

5) ..

6)

7)

Cool - Lampiran

- pergerakan gaji semua kategori Penolong
Pegawai Farmasi .
- Gaji permulaan - Diploma paramedik /
- Kenaikan - lihat ada kumpulan yang tertinggal semasa
perubahan sistem saraan .

4) Tarikh kuat kuasa skim baru ;

Pada 2026 .

5) Lampiran Senarai tugas semua kategori

Semak senarai tugas - jawatan naik pangkat lebih professional .

6) Jumlah anggaran pertambahan perbelanjaan mengurus tahunan banding %
- Pencapaian objektif perkhidmatan .

7) Rujukan sokongan

1) semakan gaji guru,
2) semakan gaji polis,
3) semakan gaji penghulu
4) lain lain

Cool Penutup

Jika PPF masih belum pernah lihat draff ini, maksudnya, PPF sendiri telah ketinggalan selama setahun.

Selalunya kertas kerja sebegini akan mengambil masa selama 15 tahun untuk dilaksanakan, dan jika 2011 PPF menyediakannya, mungkin pada 2026 baru hasilnya akan di nikmati,

Tetapi jangan lupa, kerajaan pernah membayar tunggakan penerima Elaun Pingat Gagah Berani (PGB) sebanyak RM300.00 sebulan mulai 1983

Ini adalah draff kertas kerja secara Ilmiah / akademik dan perlu di lihat secara ilmiah / akademik juga.

Tamat 25 Jan 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : SPUB Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by nori Fri 15 Jul 2011, 12:48 pm

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF.

SPUB adalah pencapaian baru bagi PF dan PPF. Tetapi kini dah ada kaunter pandu lalu dan khidmat pos laju. Semuanya adalah demi kemudahan pesakit. Tetapi PPF bagaimana pula, siapa yang menjaga bagi kebajikan dan suasana kerja PPF.
PPF boleh maju jika bersatu dalam persatuan dan kesatuan.

Pada hari ini Timb Menteri Kesihatan mengumumkan bahawa Sekolah Dalam Hospital ( SDH ) telah bermula dengan HKL, H Serdang dan H Ampang menjadi perintis. Dan pastinya PPF di hospital berkenaan mempunyai tugasan tambahan iaitu pastikan pesakit di SDH tidak mengambil piriton dan seumpamanya. Sebab, nanti bila cikgu mengajar, murid-murid akan tidur. Cadangkan ambil ubat anti histamine yang tidak mengantuk. Itulah namanya Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjay PPF. Jika tiada PPF yang mengambil bahagian, pastinya PF akan kehadapan dalam perkara tersebut.

Majallah PPF juga telah terhenti seketika penerbitanya dengan tujuan agar PPF boleh memberikan sumbangan artikal yang berpandangan jauh dan beketerampilan. Tetapi versi 2011 akan di usahakan secara teratur dan tersusun serta lengkap mewakili semua bidang PPF.

Petikan majallah PPF versi 2009 yang amat bermakna dari s / u kesatuan PPF
“ kehidupan adalah singkat, kita membuatnya singkat dengan membuang masa “

Dan disertakan petikan dari web persatuan :

Bagaimana hendak mendapatkan majalah "Suara Pembantu Farmasi" ?

Hantarkan alamat anda kepada ke alamat berikut atau email kepada:
Nama : PERSATUAN PEMBANTU FARMASI MALAYSIA
Alamat HQ. : Lot 512 Belakang Taman Norwina, Demit, Kubang Kerian, 16150 Kelantan.
Email: Setiausaha khormat: YDP

Kesatuan PPF dan persatuan PPF bergabung tenaga dalam pengeluaran majalah Suara PPF, dan keluaran yang terakhir ialah pada 2009. Tetapi dengan semangat yang ada, keluaran tahun 2011 akan di usahakan dengan gigih.

Antara perjalanan bagi menyediakan majallah tersebut ialah mengumpulkan bahan-bahan. Sebagai jalan penyelesaian jangka pendek, cepat, mudah, ringkas dan pantas, eloklah semua PPF mengarang sendiri bahan-bahan untuk di muatkan dalam majallah tersebut. Ini termasuklah segala aktiviti PPF, berserta gambarnya sekali, jika ada. Selepas itu semua bahan tersebut perlulah di emelkan ke
Kepada : zamriariffin@ymail.com ,
untul dikumpulkan, disatukan dan dijilidkan sebelum di hantar ke sidang pengarang.

Banyak masa lagi iatu, pertemuan PPF akan datang ialah September 2011 dan bersaman dengan Jamuan Hari Raya, tarikh, masa dan tempat, tunggu…..
Tetapi jika PPF ada jalan pintas yang lebih cepat, mesra dan berketerampilan, salurkan terus kepada mereka. Apa pun dah dua tahun masih tiada sebarang berita untuk di cetak. Ini adalah kerana PPF telah menjalankan Research bagaimana nak menerbitkan majallah dan keputusannya telah di capai.

Selepas di kumpulkan, semua bahan tersebut akan di hantar ke sidang pengarang majallah dan merekalah yang akan memutuskan, mana-mana bahan yang boleh di masukkan dalam majallah tersebut mengikut keutamaan dan kesesuaian. Sidang pengarang adalah terdiri dari dua badan gabongan PPF iaitu persatuan dan kesatuan. Semua PPF perlu memberi masa kepada mereka bagi mengwujudkan sidang pengarang yang terkini, kerana sidang pengarang yang lama telah bertukar tempat bertugas.

Seterusnya ialah petikan ucapan NYDP persatuan semasa AGM Dwi Tahunan persatuan tempoh hari :

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI
DI HOTEL THE KATERINA, BATU PAHAT JOHOR PADA 17-18 JUN 2011
DISAMPAIKAN OLEH, GANESAN G.NARAYANAN, NYDP PPFM.

Terima kasih Saudara / Saudari Pengerusi Majlis
SALAM SEJAHTERA, SELAMAT PETANG DAN SALAM SATU MALAYSIA,

• Yang Berbahagia Dr.Salmah bt Bahri, Pengarah Amalan & Perkembangan BPF KKM mewakili Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Malaysia
• Yang Berusaha Puan Rosidah bt Md.Din, Timb.Pengarah Kesihatan Negeri (F) Bhg Perkhidmatan Farmasi Negeri Johor
• Yang Berusaha Puan Siti Hanidah bt Maksom, Ketua Pegawai Farmasi, Perkh.Farmasi, Pejabat Kesihatan Bt.Pahat
• Yang Berusaha En.Zaini b Tahir, Ketua Peg.Farmasi, Jabatan Farmasi Hospital Batu Pahat
• Yang DiHormati, En.Muhammad b Awang, Ketua Profesion Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
• Yang Dihormati rakan seperjuangan Presiden dan Exco Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat.
• Yang DiHormati, Pengerusi JK Penganjur , Pn.Samidah bt Rahmat
• Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Kebangsaan, ahli-ahli, para Pen.Pegawai Farmasi Malaysia dan para hadirin dan hadirat yang saya hormati sekelian

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,
1. Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran kepada tuhan yang maha esa di atas limpah kurnianya sehingga membolehkan kita dapat bersama-sama pada petang yang mulia ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam daripada YDP En.Lee Kim Huat kepada Yg Bhg Dr.Salmah, Dif2 jemputan dan semua para hadirin sekelian serta memohon maaf bagi pihak beliau di atas keuzuran beliau menghadiri majlis ini. Saya selaku NYDP mewakili Persatuan Penolong Pegawai Farmasi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yg Berbahagia Dr.Salmah di atas kesudian beliau hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PPFM bagi tahun 2011/2013. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua dif-dif jemputan yang dimuliakan di atas kesudian melapangkan masa untuk ke Majlis ini. Tidak dilupakan juga saya ucapkan terima kasih kepada semua perwakilan dan para hadirin yang datang dari segenap sudut di Malaysia ini. Selamat datang, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,
2. Bagi pihak Persatuan, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Puan Samidah Rahmat dan semua Ahli Jawatankuasa Penganjur di atas usaha gigih menjadikan Malam Mesra ini malam yang penuh bermakna dan juga syabas di atas usaha mengelolakan Persidangan yang bakal diadakan esok.Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian, Persatuan kita telah masuk tahun ke 37 umurnya sehingga hari ini. Namun masih ramai yang keliru akan peranannya serta juga peranan Kesatuan.
Bagi ahli-ahli baru ingin saya perjelaskan peranan Persatuan. Persatuan adalah komited kepada aspek profesionalsima Penolong Pegawai Farmasi, pembangunan profesional dan CPD, pendidikan, berkongsi pengetahuan, respon kepada keperluan ahli-ahli , membantu untuk profesion mencapai dan kekal dalam satu standard yang relevan dan menyokong kepada peranan atau “expanded & extended roles” Penolong Pegawai Farmasi.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,
3. Sebagai penjawat awam kita perlulah sentiasa mengambil tahu sebarang maklumat terkini dari Kementerian dan Kerajaan Malaysia serta bersedia untuk berubah dan mengikuti perkembangan semasa dan terkini. Ekoran itu, saya amat tertarik dengan ucapan YAB Perdana Menteri dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke 11 di PICC pada 9 Mac 2010 yang lalu dan menyeru semua Penolong Pegawai Farmasi merenung kembali kepada amanat beliau dalam ucapan tersebut. Ingin saya mengupas beberapa petikan ucapan YAB Perdana Menteri yang memfokuskan kepada pembaharuan dalam sektor awam dengan menggariskan Lapan Tonggak Perdana dan dalam ucapan tersebut beliau menyebut : “mahu tidak mahu para penjawat awam mesti berfikir di luar lingkungan kotak. (Think out of the box). Saya tidak mahu budaya “automation’’ menjadi satu hakikat kehidupan dalam sektor awam. Kita seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian-penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman”. Ini ditujukan kepada semua penjawat awam. YAB juga menyentuh Lapan Tonggak Perdana iaitu 4 Tonggak Utama (The Four Pillars) dan 4 Tonggak Nilai untuk kecermerlangan perkhidmatan awam dan pembangunan Negara.

4. THE FOUR PILLARS
Tiang Utama Pertama :
Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan - Tonggak pertama ini menyentuh aspek perpaduan nasional yang kita sedia maklum. Dalam gagasan ini juga diujudkan sebanyak 50 Klinik 1 Malaysia.
Tiang Utama Kedua:
Program Transformasi Kerajaan(GTP) – Ia adalah mencerminkan satu kerajaan yang lebih responsive terhadap aspirasi dan prihatin kepada denyut nadi rakyat. Seperti yang sering disebut, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir. Jadinya, kerajaan perlu bersifat sebagai pemudahcara dan bukannya “absolute arbiter of wisdom”.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan, dalam aspek ini ia mengingatkan semua penjawat awam yang mana Pen.Pegawai Farmasi juga sebagai penjawat awam, harus memenuhi minda mereka dengan ilmu yang “uptodate” dan mahir dalam komunikasi, sentiasa kreatif, inovatif serta sentiasa peka kepada perubahan, bersedia berubah dan effisien sebelum menghadapi pelanggan yang kebanyakannya “educated”.
Tiang Utama Ketiga dan Ke Empat adalah dua prakarsa penting ekonomi iaitu Model Baru Ekonomi (NEM) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10). YAB Perdana Menteri menerangkan untuk mencapai cita-cita nasional bagi menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, memerlukan kita keluar dari perangkap atau kepompong paradigma. “Kita tidak boleh takut atau bimbang untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan kerana jika kita mengambil sikap suka melewatkan apa yang perlu diubati dengan segera hanya kerana kita kuathir terhadap kesakitan yang bakal ditempuhi dek kerana rawatan tersebut, maka kita sebenarnya sedang mendedahkan diri untuk ditimpa bencana yang lebih serius.”
YAB Perdana Menteri juga mahukan lebih diberi perhatian kepada ehwal ‘’continuing education’’, ‘’skills upgrading”, “succession planning” dan ‘’career advancement’’para penjawat awam.

Yang Bhg Dr, Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,
5. Pihak Persatuan sentiasa menerima berbagai-bagai pertanyaan dan desakan dari para ahli iaitu Penolong Pegawai Farmasi yang sentiasa dahagakan ilmu dan pembangunan karier. Saban hari pertanyaan diajukan kepada Persatuan untuk membawa masalah pembangunan pendidikan dan karier PPF. Persatuan amatlah berharap Bahagian Perkhidmatan Farmasi khasnya dan Kementerian Kesihatan Malaysia amnya akan memberi lebih ruang dan peluang kepada Penolong Pegawai Farmasi untuk memajukan diri dalam karier dan penambahan ilmu bagi memantapkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal sebagaimana yang disebutkan oleh YAB Perdana Menteri dalam petikan ucapan yang saya sampaikan tadi iaitu continuing education, skills upgrading dan career advancement.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,
6. Persatuan Pen.Pegawai Farmasi amat berterima kasih kepada Bhg Perkhidmatan Farmasi KKM di atas sokongan dan kelulusan mengadakan Pos Basik pertama. Persatuan juga amat bersyukur dan mengucapkan penghargaan di atas sokongan Bhg Perkhidmatan Farmasi kerana memberi peluang dalam memperkembangankan skop perkhidmatan atau “expanded scope” dengan melibatkan para PPF dalam peranan baru iaitu Program Terapi Methadone.
Persatuan juga sangat mengharapkan PPF diberi juga peluang dalam lain-lain skop baru seperti MTAC Athma, Perkhidmatan Nasihat Ubat-Ubatan, HMR, Stor Integrasi (Bhg Ubat), Unit Penguatkuasaan dan lain-lain Unit baru yang difikirkan sesuai untuk tugas Teknikal dan bekerja dalam satu pasukan. Dengan penambahan aktiviti baru, akan juga memberikan lebih ruang kepada Pegawai Farmasi dengan memberi lebih tumpuan kepada bidang klinikal dan membantu mempertingkat tahap kesihatan pesakit. Perkara ini telah terbukti berjaya apabila satu Inovasi perkhidmatan di lakukan di USA yang memenangi Award oleh sekumpulan Ahli Farmasi dan Pharmacy Technician pada tahun 2006 di mana kumpulan ini mencipta satu inovasi. Petikan dari Medscape: “New York (MedscapeWire) Dec 13 — Five teams of pharmacists and certified pharmacy technicians were declared the winners of this year's Innovations in Pharmaceutical Care Award on December 4th at the American Society of Health-System Pharmacists (ASHP) Midyear Conference in Las Vegas, Nevada.
Winners included a team at Duke University Medical Center that reengineered pharmacy work functions to allow pharmacists more time to focus on patient care. Another winning team, from North Mississippi Medical Center - Department of Pharmacy Services, uses a certified pharmacy technician in the medication error tracking and reporting process, giving pharmacists and other health professionals more time to implement new patient care programs.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
7. Bagi meningkatkan mutu, imej dan moral Profesion, Persatuan berharap para Penolong Pegawai Farmasi di dedahkan dan dilibatkan dengan Health System Research secara menyeluruh serta sebagai sesuatu yang harus di galakkan di setiap negeri. Penglibatan PPF dalam HSR akan meningkatkan tahap dan moral profesion di samping membantu Bhg.Perkhidmatan Farmasi dalam semua aktiviti sebagai satu pasukan.

8. Sebagai “Benchmark” profesion ini, jika kita perhatikan di luar Negara contohnya United Kingdom, Pharmacy Technician mempunyai Journal sendiri dan hasil kajian mereka di terbitkan dalam majalah journal 4 kali setahun (februari, april, julai, oktober) melalui Association of Pharmacy Technician, UK (Aptuk- http://www.aptuk.org). Peranan mereka diiktiraf oleh Royal Pharmaceutical Society of Great Britain dan didaftarkan di bawah Akta Farmasi di sana seterusnya menjadikan profesion tersebut dikawal dan di “Regulate”. Keadaan yang sama juga di USA (NPTA, PTCB) dan Kanada (CAPT).

Tuan-tuan dan Puan-puan sidang hadirin sekelian,
9. Persatuan dimaklumkan PPF juga akan di daftarkan dalam masa terdekat ini dan bersyukur sekiranya ia menjadi kenyataan. Pendaftaran ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua ahli-ahli dan Penolong Pegawai Farmasi baik dalam kerajaaan atau Institusi swasta. Pendaftaran ini akan menjadikan profesion ini lebih dihormati, menaikkan imej dan moral, mudah dikawal, dan memotivasikan semua Penolong Pegawai Farmasi. Motivasi dan kepuasan dalam tugas (Motivation and Job Satisfaction) adalah amat penting sekali dalam kerja seharian. Ini disokong dalam buku Ronald L.Pardee (1990) yang menyebut “ Motivation is such an important element in improving work productivity”. Beliau juga menyebut “one major means of increasing an employee’s level of intrinsic motivation is through changing the work itself or called Job Enrichment (Herzberg, 1976) . Job enrichment is a critical element of Quality Of WorkLife (QWL). Dengan mewajibkan pendaftaran ini secara tidak langsung juga akan menaikkan imej, motivasi dan moral profesion serta mengelak dari pengambilan Penolong Pegawai Farmasi yang tidak bertauliah terutamanya di sektor swasta serta juga penggunaan gelaran jawatan yang tidak standard atau disalah gunakan oleh mereka yang tidak layak atau tidak bertauliah.

Yang Berbahagia Dr, Tuan-tuan dan Puan-puan,
10. Pendidikan adalah elemen paling penting dalam mana-mana profesion bagi melahirkan anggota yang bermutu, berkualiti dan berilmu. Justeru itu semua Penolong Pegawai Farmasi adalah di sarankan melibatkan diri dalam mana-mana peluang kursus atau memohon mendapatkan kursus contohnya Kursus Intan yang boleh dipohon melalui Online. Persatuan berharap semua PPF tidak menolak peluang sekiranya ditawarkan kerana dimasa akan datang PPF perlu memenuhi mata CPD minima 40 untuk memperolehi PTK aras 4 berpandukan kepada kriteria yang ditetapkan.

11. Dalam aspek latihan pulak, Persatuan berharap bilangan Pengajar perlu di tambah bagi melahirkan lebih ramai graduan-graduan di Institusi latihan KKM iaitu KSKB. Pihak Persatuan juga dimaklumkan sehingga kini bilangan Pengajar masih tidak mencukupi dan keadaan ini akan menjadi lebih kritikal apabila Kolej Sains Kesihatan baru yang bakal beroperasi iaitu KSKB Ulu Kinta pada tahun 2012. Pengambilan Tenaga Pengajar amatlah memerlukan kelayakan sewajarnya. Kualiti pendidikan harus di pelihara dan di kawal sebaiknya. Bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar dalam subjek teknikal dan farmaseutik, Persatuan juga ingin mencadangkan sekiranya dapat di jalankan Top-Up Degree 2 tahun dalam bidang Pharmaceutical Science atau Pharmaceutical Technology seperti yang di jalankan di UK dan USA serta juga Teaching Methodology untuk pembangunan karier PPF. Pemilihan dan tawaran perlulah kepada mereka yang benar-benar layak dan cemerlang serta berpengalaman. Bagi memelihara kualiti Diploma Farmasi di IPTA, KSKB dan IPTS, persatuan juga bersetuju proses pengambilan pelajar, kurikulum pendidikan dan mutu pengajaran di pantau supaya negara dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan bermutu. Bagi mata pelajaran klinikal, seharusnya Kolej mempunyai para Pensyarah yang berpengalaman luas dalam bidang teknologi farmasi serta berpengetahuandalam Teaching Methodology. Kita tidak sama sekali mahu mana-mana Institusi pendidikan yang seolah-olah menjual Diploma kepada pelajar semata-mata inginkan perniagaan di Institusi tersebut dengan tidak menggagalkan pelajar yang lemah dan tidak kompeten. Dan bagi mereka yang benar-benar cemerlang dan layak pula, Persatuan merasakan mereka harus di beri peluang untuk sambung belajar Ijazah Farmasi dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 setelah menghabiskan 3 tahun di dalam Diploma dan mereka ini tidak seharusnya diletakkan setaraf dengan pelajar Foundation, Matrik yang hanya belajar setahun tanpa pengetahuan asas dalam bidang Farmaseutikal serta pengalaman.
Mungkin bagi pelajar-pelajar Foundation/Matriks/ STPM harus diletakkan kelayakan minima CGPA 3.8 tetapi bukan pelajar lulusan Diploma Farmasi. Bagi mereka yang telah berkhidmat 5 tahun dan ke atas pengalaman harus menjadi ukuran dalam penentuan kelayakan dan pengetahuan yang diperolehi haruslah mendapat pengiktirafan. Persatuan berharap golongan ini mendapat peluang menyambung pelajaran ke Ijazah Farmasi dengan kelayakan CGPA minima 3.0. Biarlah Universiti yang menentukakan samada mereka layak mendapat Ijazah atau tidak melalui peperiksaan yang dijalankan dan jika mereka tidak kompeten, sudah tentu mereka akan di gagalkan.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,
12. Perubahan drastik yang bakal berlaku selepas pendaftaran perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, memerlukan komitmen jitu dari semua. Penolong Pegawai Farmasi haruslah bersedia untuk berubah (Ready To Change). Dunia bergerak dengan begitu pantas, begitu juga bidang farmaseutikal dan penyampaian kesihatan. Kita tidak boleh leka dan berpuashati dengan apa yang diterima sebaliknya berusaha memberi dan sentiasa proaktif serta bersikap positif. Mereka yang bersikap negative akan ketinggalan dalam arus pembangunan ini.

13. Yang Bhg Dr, Dif-dif jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian, pihak Persatuan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Bhg.Perkhidmatan Farmasi di atas sokongan dan keprihatinan yang di berikan dalam semua tuntutan oleh pihak Persatuan. Pewujudan Jawatankuasa Teknikal Pen.Pegawai Farmasi Malaysia adalah sebagai bukti keperhatinan dan perhatian yang diberikan oleh Dato Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi ke atas profesion ini. Untuk pengetahuan semua Penolong Pegawai Farmasi, Jawatankuasa ini telah di ujudkan pada tanggal 16 November 2009 sebagai mesyuarat yang pertama di adakan. Ahli-ahli nya adalah terdiri dari Para Pegawai Kanan Bhg.Perkhidmatan Farmasi, Exco Persatuan dan Exco Kesatuan. Tujuan di ujudkan JK ini adalah untuk membincangkan semua hal-hal berkaitan profesion, merancang latihan yang perlu dan sesuai seluruh Negara termasuk untuk PPF sektor swasta, pelaksanaan mata CPD/PTK, penetapan tanda aras korikulum Diploma dan Pos Basik mengikut keperluan semasa dan perancangan keperluan sumber manusia. Oleh yang demikian jika ada sebarang masalah dari ahli-ahli, bolehlah disalurkan melalui Persatuan atau Kesatuan berpandukan isu yang berkaitan untuk dibawa berbincang dalam mesyuarat ini.

14. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya menyeru kepada semua Penolong Pegawai Farmasi yang belum lagi menjadi ahli supaya berbuat demikian. Marilah sama-sama kitamenjadi ahli Persatuan dan Kesatuan. Kekuatan organisasi ini adalah ditangan anda. Kita memerlukan ahli yang aktif dan pemimpin-pemimpin muda yang boleh mengambil alih kepimpinan sedia ada. Berapa lama lagi kita boleh mengharapkan Ahli Majlis – Ahli Majlis Tertinggi senior yang telah begitu lama menyumbangkan tenaga iaitu hampir 30 tahun. Mereka sebenarnya ingin berehat tetapi kita ketandusan kepimpinan sebenarnya. Kepada PPF baru, anda boleh lawati laman web Persatuan: ww.ppfmy.com untuk berinteraksi sesama PPF atau bersama Ahli Majlis Tertinggi dalam chatbox atau juga dalam forum.

15 Sebelum saya menamatkan ucapan ini, izinkan saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yg Bhg Dr.Salmah bt Bahri kerana sudi hadir bersama kita dan merasmikan majlis ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua Dif-dif jemputan, para hadirin sekelian dan khasnya kepada AJK Penganjur yang bertungkus lumus bekerja menjayakan Majlis dan persidangan ini. Bagi pihak Persatuan, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor yang sudi memberi sumbangan dalam majlis malam mesra, juga kepada syarikat-syarikat farmaseutikal, wakil-wakil negeri, Ahli Majlis – Ahli Majlis Tertinggi, orang perseorangan yang sudi memberikan derma, tenaga, buah fikiran dan material bagi menjayakan majlis ini.
Akhir sekali saya bagi pihak Ahli Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan para perwakilan kepada kami untuk menerajui Persatuan penggal ini.
Kemaafan dipohon sekiranya terdapat kesilapan dan kelemahan sepanjang kepimpinan ahli majlis sesi 2009-2011.

“KESILAPAN ITU DARI MANUSIA, KESEMPURNAAN ADALAH DARI TUHAN “

Saya sudahi dengan dua rangkap pantun
Dari Perlis ke Batu Pahat
Singgah di Tapah Berhenti Makan
Para hadirin kelihatan Hebat
Semuga bergembira menikmati hidangan
Bunga Dedap di Atas Para
Anak Dusun Pasang Pelita
Kalau Tersilap Tutur Bicara
Jemari Disusun Maaf Dipinta
Sekian, terima kasih. Selamat malam dan selamat bersidang.

Ganesan G.Narayanan
Naib Yang DiPertua
Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia

Pastinya PPF teruja dengan ucapan tersebut, dan yakinlah pasti akan ada banyak lagi usaha yang akan di lakukan oleh persatuan pada masa hadapan demi kemajuan PPF.
Seterusnya ialah tentang pengumpulan maklumat PPF di Malaysia :

KEPADA SEMUA PPF INSTITUSI SWASTA, DIMINTA KERJASAMA MEMBERI SENARAI PPF DI TEMPAT ANDA UTK TUJUAN PENYENARAIAN PPF MSIA DAN PENDAFTARAN DALAM AKTA BARU NANTI. URGENT !!! SILA EMAIL KPD SAYA- GANESAN ( email: pfganesh@gmail.com ) Dalam email, sertakan- 1.Nama penuh; 2. No KP; Alamat Surat Menyurat; Tempat Bertugas; Kolej Latihan; Tahun masuk kolej dan tamat, Batch No (Jika KSKB); Nama & Alamat Majikan.

Pada akhir 2010, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu KKM ada mengedarkan satu borang maklumat Penjawat Sains Kesihatan Bersekutu KKM,. Semua paramedic mengisinya, termasuklah PPF. Kesinambungan daripada itu, semua PPF swasta juga boleh mengisi borang tersebut, tetapi pada muka hadapan borang tersebut, perkataan KKM perlu lah di padamkan.

Semua maklumat yang perlu dan berkaitan ada dalam borang tersebut, termasuklah maklumat kelulusan akademik dan maklumat latihan pos basic, luar Negara dan lain-lain.
Borang tersebut juga telah di emelkan kepada semua PPF oleh Biro Multimedia. Cuma perjalanan dan perlaksanaanya sahaja yang tertinggal oleh PPF y/m.

Banyak faedah jika semua bilangan PPF di Negara ini di daftarkan iaitu antaranya ialah pengiraan keperluan PPF pada masa hadapan dapat di kira melalui nisbah PPF dan penduduk. Bagi ahli persatuan dan kesatuan, ianya boleh di dapati dengan menyemak senarai nama daftar keahlian masing-masing. Masukkan dalam Exel, lepas u sort mengikut abjad nama, pasti tidak akan berlaku pertindihan. Dan hasil pun tercapai.

Jika ada PPF yang amat prihatin dengan nasib PPF, mereka boleh mendapatkan maklumat PPF di KKM dengan menghubungi :
En Hairul Anuar bin Mat Hussein
Emel : anuarmh@moh.gov.my
No Tel : 03 8883 1088
Ini adalah kerana borang tersebut di keluarkan oleh pegawai di atas.

Seterusnya penerangan tentang persatuan dari laman web persatuan :

Piagam persatuan menggariskan matlamat berikut:
1. Meningkatkan dan menjaga nama baik profesion Pembantu Farmasi
2. Mengggalakan dan meningkatkan kemahiran ilmu kefarmasian dikalangan ahli.
3. Mempertahankan dan meningkatkan taraf profesion ini.
4. Bergabung dan bekerjasama dengan lain NGO yang sealiran perjuangan persatuan.
5. Penyebar maklumat dan candangan ahli-ahli untuk kepentingan profesionalisma ahli.

Dan semua PPF perlu menyokong usaha yang dijalankan oleh persatuan dalam mencapai 5 objektif di atas.

Apakah program yang dilaksanakan olih Persatuan untuk meningkatkan Profesionalisma Pembantu Farmasi ?
1. Persatuan menerbit majalah ilmiah Suara Pembantu Farmasi. Terbitan dua kali setahu. Percuma untuk ahli.
2. Persatuan adakan mesyuarat dan roadshow dalaman.
3. Mengadakan kursus dengan kerjasama Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) dari masa ke masa.
4.Ceramah Perubatan setiap kali mesyuarat agong di adakan.
5. Lain-lain program yang di adakan dengan kerjasama cawangan Negeri-Negeri bila di perlukan.
Dan semua PPF perlu menyokong usaha yang dijalankan oleh persatuan dalam mencapai 5 objektif di atas.

Disertakan juga resolusi 2000 untuk tatapan PPF :

RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000
Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “
7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang
The Director’s Conference 200 after deliberating on the theme “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “ with the main objective of enhancing the role of Allied Health Professionals (AHP) in meeting the future health needs, acknowledges ;

• That the AHP is agroup of professionals with varying work functions in health care who share common objectives of providing quality health services to individuals, families and communities;

• That to be person centred, the future health system shall be guided by the eight health services goals viz.

i. Wellness focus
ii. Person focus
iii. Informed person
iv. Self help and self care
v. Care provided at home or close to home
vi. Seamless and continuous care
vii. Services tailored to need of individuals and groups
viii. Effective, efficient and affordable care;

• That the future health care system shall be geared towards faciliting and sustaining lifelong wellness to individual, families and communities;

• That there are shortfalls and gap in ensuring delivering of person centred services which include:

= non equitable distribution and shortage of human resource for health;
= compartmenttalisation and territoriality of professional groups;
= inappropriate organizational structure;
= inadequate information system and communication mechanism;
= poorly coordinated policies;
= poor career development opportunities;

• That the imformation and communication technology (ICT) as an enable, shall be optimally applied in health care delivery; and

• That there is a need to strengthen intergration of services through virtual, horizontal and vertical intergration and team work

Thereby resolves :

That the Ministry of Health shall accelerate the transformation of current health system which is provider centred into one that is person and community centred, built upon effective teamwork and to fully optimize the role of Allied Health Professionals (AHP),
The Conference hereby recommends :
i. that the role of Allied Health Professionals be enhanced to meet the needs of the future health services through empowerment and improved professional competency;

ii. that due considerations be given to address the legal, ethical and administrative implication arising from the empowerment and enhancement of AHP;


iii. for a reappraisal of current policies, organisational structure and work processes to facilite the transformation process;

iv. that opportunities be inentified for greater involvement of AHP in all areas of care especially with the introduction and availability of telehealth;

v. that professional proficiency be raised and sustained through structured programmes and activities that include short-term course, attachments and fellowships locally or abroad for continuing professional development;

vi. that a conductive work environment be created and natured through motivation, effective leadership, provision of physical and psychosocial support and flexibility thereby facilitating career development;

vii. for the creation of learning opportunities for AHP by optimizing usage of information and communication technology ICT) ;

viii. for the provision of conducive service environment through the redesigning and implementation of career pathways for AHP thus providing greater opportunities for career advancement in recognition of their enhance rples, duties and responsibilities; and

ix. that step be taken to address the problems of shortage, mix and non-equitable distribution of AHP to support their enhance role.

The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms:
i. that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and

ii. that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations

EXISTING CAREER PATHWAY FOR ALLIED HEALTH PROFESSIONAL IN KKM

U 29 Diploma level
1 st Promotion
U 32 ( 8 to 10 years of service as U 29, 5 years service as U 29 minimum )
2 nd Promotion
U 36 ( 3 years service as U 32 minimum )
3 rd Promotion
U 38 ( 3 years service as U 36 minimum )
4 th Promotion
U 40 ( 3 years service as U 38 minimum )

Semua paramedic telah melangkah awal dalam mencapai saranan tersebut, tetapi di bahagian PPF perlaksanaannya, masih belum boleh di dokumentasikan. Dan ianya juga adalah bagi memastikan PPF tidak ketinggalan jauh dengan laluan kerjaya baru PF iaitu 14 tahun terus ke U54.

Seterusnya AGM Kesatuan PPF :

Bayaran bagi PPF WALK-IN :
1. MAKAN MALAM - RM35.00 / SEORANG
2. SEMINAR - RM45.00/ SEORANG (untuk makan dan minum)
3. MESYUARAT AGONG - RM35.00/ SEORANG (untuk makan dan minum)

Emel : zamriariffin@ymail.com

Dan esok kita akan bincangkan pula perjalanan dan perlaksanan, pencapaian, kelebihan dan kekurangan serta cadangan- cadangan / usol bagi di majukan ke JK Teknikal PPF. Tetapi pastikan ianya tidak melebihi 10 muka surat, sebab web ini hanya menerima 10 muka surat sahaja.

Segala pendapat, cadangan, pandangan, coretan dan pemerhatian di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat nya dari sudut perspektif yang sama agar ianya akan memberikan gambaran yang sama dan tidak tersasar, kerana sedikit perbezaan pendapat akan memberikan najitah yang berbeza, dan yang amat perlu ialah semua PPF mesti berfikiran positif setiap masa, sepanjang masa dan sebarang masa.

Tamat : 15 Julai 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : SPUB Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by nori Mon 02 Dec 2013, 10:11 am

Ass’kum dan Salam Satu Malaysia
 
Selamat bertugas kepada semua PPF
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat 
dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
SPUB adalah satu usaha baru dan mempertingkatkan skop perkhidmatan PPF. PPF perlu menonjolkan diri secara berhemah. Dan sebagai PPF, hanya perlu menolong PF. Jika PF maju, maka PPF pun akan turut maju. Apa yang penting ialah kerja sama.
 
Peningkatan pemikiran PPFbermula dari Dialog di TV 1 bersama Ketua Pengarah JPA, dan selepas itu terdapat beberapa rencana yang menjurus kepada isu tersebut. Ceupacs telah mendahului semuanya, denan mengeluarkan beberapa rencana.


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan turut memasukkan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) dalam senarai 100 skim perkhidmatan yang akan dikaji semula awal tahun depan. 
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata gred perkhidmatan yang diguna pakai menerusi Skim KP oleh lebih 10,000 pengawal keselamatan awam dan polis bantuan seluruh negara itu dilihat tidak lagi munasabah dalam keadaan ekonomi semasa.Omar turut mencadangkan Skim KP yang bermula daripada gred KP11 itu ditukar lantik menjadi gred KP17 dengan mengikut kadar gaji yang diterima pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Pertahanan Awam. 

"Gaji gred KP11 yang diberi kepada pengawal keselamatan awam dan polis bantuan hari ini sudah sama macam gred 10 penjawat awam lain yang sudah disemak gajinya...ia dilihat tidak adil kerana tugas mereka lebih mencabar malah terpaksa berdepan pelbagai risiko demi menjaga ketenteraman awam.
"Kebajikan mereka perlu juga dijaga dan selaras dengan kajian semula itu, gred pengarah keselamatan di universiti juga dapat ditambah baik yang mana di universiti penyelidikan misalnya, pengarahnya layak mendapat gred sekurang-kurangnya Jusa C," katanya kepada pemberita di sini Jumaat. 
Beliau sebelum itu menghadiri sesi dialog bersama wakil 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Himpunan Skim KP IPTA di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini."Disebabkan kerajaan sekarang sedang melalui proses semakan skim perkhidmatan, saya berharap naik taraf Skim KP ini juga dapat diselesaikan tahun depan kerana ia tidak pernah dikaji sejak ia mula diperkenalkan," katanya. 

Sementara itu, Omar turut meminta kerajaan agar mewujudkan insentif khas bagi penguatkuasa dan anggota keselamatan yang bekerja shif lewat malam sebagai jaminan agar mereka lebih berdedikasi dalam membanteras tragedi yang tidak diingini sepanjang menjaga ketenteraman awam pada waktu tersebut.
 
Selain itu, beliau turut berharap imbuhan tetap perumahan yang diterima penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan dapat diberi sepenuhnya terutama bagi yang bekerja 'on-call' kerana bidang tugas yang terpaksa mengorbankan masa rehat penjawat awam tersebut. 


Katanya, beliau akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan berhubung kajian semula serta cadangan berkenaan. 
 
 
Berikut adalah senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam yang telah dinaiktarafkan :

Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

PPF perlu berusaha agar skim PPF juga boleh dipertingkatkan. Persatuan dan kesatuan kena bekerja kuat. Dan mengikut kebiasaanya banyak RM perlu di habiskan bagi menyediakan 50 set permohonan dan setem yang perlu dihantar melalui Pos Malaysia Berhad . Tetapi pelaburan ramai PPF pada tahun 2010 hanya memberikan pulangan 8% sahaja. Tetapi ramai PPF memilih untuk melabur di sana dan jika semua PPF melabur pada persatuan dan kesatuan, hasil yang mungkin di perolehi ialah :

 
1.     Masuk skim bersepadu dapat dua kenaikan tahunan
2.     Masuk skim kritikal dapat elaun 10% sebulan
3.     Kelayakan Pos Basik diiktiraf dapat elaun RM200 sebulan
4.     Tukar ke skim 29, 36, 38 maka 95% dari PPF akan dapat kenaikan
5.     dll


Tetapi jika PPF memilih untuk berdiam diri, terima sahajalah apa-apa yang di putuskan oleh kerajaan.
Semua PPF perlu bersedia kerana pada 4 Januari 2014 akan ada Seminar Pembentangan Pencapaian PPF Tahun 2013.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat 
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat 
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
Tamat
 
2 Disember 2013


 
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : SPUB Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

SPUB Empty Re: SPUB

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum