INDAHNYA SUBUH
Page 1 of 1
INDAHNYA SUBUH
Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat
Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah
kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat),
yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu
tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur
Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau
as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah
jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.
Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan
berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya
tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam
syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta
menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit
dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu
saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga
hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh
gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan
tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak
keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang
bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam
hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh
(iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan
Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di
antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang
yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah
waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.
Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama
dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan
mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada
mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu
mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati
Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui
batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan
dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam
at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat
solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan
seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang
kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan
solat Subuh?
Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya
dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin
Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa
yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah
malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah
melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di
hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan
digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada
Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan
masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu
adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar
dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW,
ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan
melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak
terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu
menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat
sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka
Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan
solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah
cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang
membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya,
sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis
riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan
memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur
apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan
solat Subuh.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak