Cerita seram rumah mayat
5 posters
Page 1 of 1
Cerita seram rumah mayat
Cerita seram rumah mayat
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Bagaimanapun, menguruskan mayat tanpa kepala, leper seperti
lempeng atau hancur seluruh badan dianggap biasa oleh kakitangan rumah
mayat PPUM.
LANGKAH kaki penulis ke rumah mayat Pusat Perubatan Universiti
Malaya (PPUM) agak perlahan. Maklumlah, banyak kisah seram yang
diceritakan orang mengenainya.
Namun, semua bayangan itu ditolak ke tepi. Iyalah, kita sebagai
manusia sekuat mana pun ingin menongkat langit, lambat laun akan mati
juga.
Itulah juga pesan Ketua Perhubungan Awam PPUM, Yahaya Abdul Hamid,
44. “Amal itu yang menjadi bekalan utama,” tambah beliau yang
berpengalaman menguruskan jenazah selama lebih 25 tahun.
Menurut Yahaya, keinsafan akan lebih mendalam apabila beliau perlu mengendalikan mayat yang tidak sempurna.
Baru hari pertama bekerja di PPUM, Yahaya perlu menguruskan mayat
yang kepalanya leper seperti lempeng dan dipenuhi serpihan cermin
kereta.
“Mayat itu merupakan seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas dan teksi di Lebuh Raya Karak.
“Badannya juga hampir hancur. Saya tidak dapat tidur lena selama beberapa hari,” kenang beliau.
Hati Yahaya turut sayu melihat mayat seorang gadis berusia awal 20-an yang meninggal dunia akibat kemalangan.
“Dia sangat cantik dan merupakan seorang pelancong yang ingin
menghabiskan masa melawat tempat menarik di negara ini tetapi peristiwa
lain pula berlaku hingga meragut nyawanya,” katanya yang telah
menguruskan beribu-ribu mayat sejak lebih dua dekad.
Terdapat juga kes waris yang tidak dapat menerima kematian saudara-mara, ahli keluarga serta kenalan rapat mereka.
“Kebiasannya kami akan meminta mereka supaya bertenang dan bersabar tetapi ada juga segelintir yang tidak dapat mengawal emosi.
“Jadi kita biarkan mereka sebentar sebelum menenangkan mereka,” katanya.
Cerita Yahaya, 10 tahun lalu ada seorang bapa yang tidak dapat
menerima kematian anaknya selepas motosikalnya dilanggar lari oleh
sebuah kereta.
Si bapa akan memarahi malah mengugut untuk menetak dengan parang sesiapa sahaja yang menyentuh mayat anaknya.
“Semua kakitangan PPUM risau tetapi saya beranikan mengajak pak cik itu minum kopi di kafeteria.
“Kemudian saya terangkan kepada beliau yang PPUM bertanggungjawab
menguruskan mayat anaknya kerana ia merupakan peraturan biasa pihak
hospital.
“Ini bagi memudahkan dia untuk menuntut ganti rugi dan mengenal pasti siapa yang melanggar anaknya itu,” katanya.
Van jenazah tiba-tiba berat
Bagaimanapun, Yahaya tidak pernah mengalami kejadian pelik sepanjang bertugas menguruskan mayat.
“Ada orang kata mayat boleh menjadi terlalu berat walaupun dia seorang yang kurus hingga perlu dipikul oleh ramai orang,
“Ada juga kononnya kulit bertukar hitam dan berulat. Tapi saya tak
pernah mengalami keadaan seperti itu,” kata Yahaya yang berasal dari
Kelantan.
Yahaya juga pernah mendengar cerita jenazah seorang tahfiz al-Quran
berbau harum manakala seorang lagi berlendir di kampungnya.
“Jenazah tahfiz yang berbau harum itu dikatakan seorang yang beramal serta mengajar ilmu dengan ikhlas kepada penduduk setempat.
“Malangnya seorang lagi tahfiz mayatnya berlendir kerana kononnya dia sering melakukan maksiat,” kata Yahaya.
Dalam satu kejadian lain 10 tahun lalu, Yahaya membantu menghantar
jenazah seorang rakan dari Kuala Lumpur ke Melaka. Namun, sepanjang
perjalanan, van jenazah hanya boleh dipandu selaju 40 kilometer sejam.
“Saya bertanya pada pemandu mengapa bawa van perlahan? Pemandu itu
jawab dia telah menekan pedal minyak hingga habis tapi van terasa amat
berat.
“Selepas itu, kami berhenti di Kawasan Rawat Dan Rehat (R&R) di Seremban.
“Saya ‘minta’ si mati supaya melepaskan segala benda yang mungkin
pernah tersimpan di badannya di samping saya membaca ayat-ayat
al-Quran. Syukur perjalanan kemudian menjadi lancar,” ujarnya.
ABDUL LATIF memastikan peti simpanan jenazah kekal pada suhu 4 darjah Celsius.
Bagi Pembantu Tadbir Kanan PPUM, Abdul Latif Md. Isa, mengendalikan
mayat yang tidak mempunyai kepala, tangan dan kaki sudah menjadi
perkara biasa.
“Kadang-kadang saya kena uruskan kepala mayat sahaja kerana badannya tidak ditemui.
“Bayangkan pula mayat seseorang yang meninggal dunia kerana
kemalangan dan runtuhan sehingga terburai isi perut, pecah atau hancur
seluruh badan,” katanya.
Imam surau PPUM, Mohd. Norzaidi Abdul Ghani pula memberitahu
pengalaman menguruskan pesakit yang mempunyai penyakit HIV serta AIDS
amat menguji beliau.
“Kami terpaksa memakai pakaian plastik bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan semasa membersihkan darah mereka.
“Bagi jenazah beragama Islam yang mempunyai tatu, tatu itu dibiarkan
sahaja. Ini kerana untuk membuangnya perlu menggunakan asid bagi
menghakis kulit dan itu seperti menyeksa mayat,” katanya.
DICETAK DARI KOSMO ONLINE

|

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Cerita seram rumah mayat
aku ada gak pengalaman masuk umah mayat...baru jer...ngah mengandung lak tu. aku ingat laki aku tak bg, dia izinkan lak. dia kata utk bt baby tu berani skit. tp ats dsr minat aku pegi gk. masa tu ada workshop untuk neuro. dowang buat operation atas body utk tnjk kepada mo's doctors pasal op laminectomy and craniotomy. aku slh sorang scrub nurse yg terlibat dlm menjayakan program tu...masa msk n tgk mayat takde pe...bile blk umah....waaaa...aku mcm nk menangis...laki aku lak keje malam...aku paksa kwn baik aku 2 org temankan aku...hehehe...tp memang best...org kata pengalaman macam ni tak semua org bley rasa....
sweety- AHLI JUNIOR
- Jawatan : NURSE
Gender :
Jumlah Post : 24
Umur : 38
Tarikh Register : 23/01/2008
Reputation : 0
Points : 6177
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Cerita seram rumah mayat
adush..
brani nyer..
brani nyer..
minnie_mouse- KERABAT TEGAR
- Negeri :
Jawatan : cardiologist...(amin..)
Gender :
Jumlah Post : 943
Umur : 37
Tarikh Register : 21/08/2009
Reputation : 9
Points : 6586
Character sheet
Mutiara Kata saya: "we cannot ALL b great but we can alwyz attach ourSELVES 2 smthg that is GREAT"
Re: Cerita seram rumah mayat
berani??....sebab kerana minat n tak de volunteer yg nk join workshop..
sweety- AHLI JUNIOR
- Jawatan : NURSE
Gender :
Jumlah Post : 24
Umur : 38
Tarikh Register : 23/01/2008
Reputation : 0
Points : 6177
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Re: Cerita seram rumah mayat
girlz yg berani..
Gua respect sma luu....
hehehehe
Gua respect sma luu....
hehehehe
fiz- KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : pelajar
Gender :
Jumlah Post : 1732
Umur : 34
Tarikh Register : 03/09/2009
Reputation : 5
Points : 7614
Character sheet
Mutiara Kata saya: berkawan biar beribu, beristeri biar 1
Similar topics
» CERITA PALING SERAM
» CERITA SERAM: Disorok Makhluk Halus
» seram tapi lawak
» Karangan Kisah Hantu Seram...
» KISAH SERAM KAKI PANCING...
» CERITA SERAM: Disorok Makhluk Halus
» seram tapi lawak
» Karangan Kisah Hantu Seram...
» KISAH SERAM KAKI PANCING...
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak