FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

+13
Wan
shark-cna
Boob Pa Init
pokcik
octavia
C Topui
dhiyamirza
chik_aida87
masri
minnie_mouse
tkr
zaki78
atokpencen
17 posters

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by atokpencen Mon 10 Aug 2009, 10:44 am

Kepada pelatih JTMP, sekiranya anda sedang latihan praktikal. Silalah perhatikan perkara berikut:
1. Gunakan buku log sebagai panduan dan halatuju pembelajaran. Buat nota ke atas setiap topik yang ada dalam buku log. Jangan sesekali minta sain buku log pada last minute. Biasenye yang akan sain buku log akan tapis atau sukat sejauh mana pengetahuan anda dah timba.
2. Sepanjang latihan praktikal, silalah memahami istilah "pelatih JTMP". Kalau pelatih jangan menampilkan diri seperti MLT terlatih. Kawal kebisingan, kawal sikap bermain, kawal sikap bergurau. Apatah lagi sekiranya anda goyang kaki tapi bising dan tidak berdisiplin.
3. Untuk LP di Patologi Kimia: pastikan anda tahu; persampelan, Metod ujian, mesin diguna, anda tahu benar definisi calibrator, bahan kawalan mutu, beza antara keduanya, penggunaan alat, penjagaan asas alat. Anda juga dikehendaki mengetahui QC technique seperti SDI, LJ, westgard rule, jenis QC . dan jangan lupa mengenai QAP makmal, dan biasekan dengan istilah, preanalitik, analitik dan posanalitik.
4. Jangan lupa belajar ambik darah phlebotomy. lakukan praktikal di JPL, OPD.

Rujukan: Medical laboratory Science; Theory and Practice, J Ochei, A Kolhatkar

Semoga sukses.


Last edited by atokpencen on Sun 24 Jan 2010, 8:41 pm; edited 7 times in total (Reason for editing : add reference, ADALAH)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Buku Log Anda

Post by atokpencen Tue 11 Aug 2009, 8:41 am

Buku Log anda (Non KKMl) harus ada catatan mengenai apa yang anda pelajari, diskusi, amati, jalankan. Silalah nyatakan nama personel yang memberi tunjuk ajar tersebut: Contoh: Melapor diri kepada Preseptor: Cik Nuriani. Diberi breifing dan penempatan diatur, Diajar oleh En. Ramdan menggunakan BACTEC untuk blood culture.

Kepada pelatih semua, bagi Masterskill sila hayati motto kalian "UNDENIABLY NUMBER ONE". So atok minta anda betul-betul bersungguh sungguh dalam kursus anda. Ingat, ibubapa anda telah menjamin anda buat pinjaman RM60,000. Pertama atok nak bagi nasihat supaya anda berhati-hati agar anda jangan terjebak dalam masaalah hubungan lelaki-perempuan. Kepada pelatih perempuan, berhati-hati jangan berlaku kejadian yang menyukarkan atau menghalang/ menamat kursus anda. Sekiranya anda ada masaalah, cepat-cepatlah kongsikan masaalah kepada; preseptor anda.

Bab pembelajaran. Silalah baca theory mengenai suatu topik yang ada dalam buku log. Bertanya dan berbincanglah dengan preseptor anda. Sekiranya anda tidak buat begini , anda tidak menunjukkan usaha 10 flat. Pastikan kehadiran anda mantap. Semua preseptor tidak suka sekiranya anda tidak jujur dengan kehadiran.

Akan Atok perturunkan beberapa soalan-soalan patologi yang boleh merangsang minda anda.


Last edited by atokpencen on Fri 02 Oct 2009, 4:17 pm; edited 1 time in total
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Pelatih semua Cubalah jawab soalan mudah berikut.

Post by atokpencen Tue 11 Aug 2009, 11:25 am

PERSAMPELAN PATOLOGI KIMIA

1. Nyatakan semua ujian biokimia yang memerlukan serum.
2. Nyatakan semua ujian biokimia yang memerlukan whole blood? Jika ujian tersebut memerlukan whole blood, nyatakan antipembekunya.
3. Ujian apa yang memerlukan antibekuan heparin?
4. Ujian apa yang memerlukan antibekuan EDTA?
5. Apakah preservative untuk ujian glukosa?
6. Ujian apa yang memerlukan fasting?
7. Bagaimanakah anda memberi penerangan kepada pesakit bagaimana berpuasa sebelum ambil darah?
8. Ujian apa yang perlu berpasangan?
9. Apakah preservatif ujian urin 24 jam ? Nyatakan ujian dan preservatifnya.
10. Bagaimanakah anda menghantar specimen urin 24 jam ke makmal rujukan?
11. Bagaimana menyukat isipadu urin?
12. Bagaimanakah anda memberi penerangan bagaimana memungut urin 24 jam?
13. Bagaimanakah anda mengendalikan ujian CCT. Bermula dari A ke Z, yakni dari membekal botol sehingga pengiraan dan pelaporan ujian.
14. Bagaimanakah anda mengendalikan MOGTT? Apakah pelbagai response atau geraf OGTT. Apa kepentingan kadar glucose 1.75g/kg berat badan?
15. Apakah AKRONIM yang dimaksudkan dengan Ujian STAT?
16. Senaraikan Ujian STAT di makmal anda?
17. Bagaimanakah Ujian CSF diuji dimakmal? Beri penerangan yang meluas tentang ujian-ujian CSF? Apakah kepentingan ujian CSF.
18. Bagaimanakah ujian pleural fluid, ascetic fluid diuji?. Apakah ujian terlibat?
19. Bagaimanakah anda membuat ujian Baby Direct Bilirubin secara manual?
20. Bagaimanakah anda menguji bilirubin baby?
21. Apakah ujian G6PD? Bagaimana ia diuji? Apakah kepentingannya?
22. Nyatakan langkah untuk memastikan pemungutan darah untuk ujian makmal sempurna? Apakah kesalahan-kesalahan di wad yang mungkin berlaku dalam pemungutan sampel? Bagaimana anda mengesan kesalahan tersebut?
23. Bagaimana anda menghantar specimen ke makmal rujukan? Bagaimana anda mengurus laporan keputusan dari makmal rujukan?


Last edited by atokpencen on Tue 11 Aug 2009, 11:28 am; edited 1 time in total (Reason for editing : wrong spelling)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by zaki78 Tue 11 Aug 2009, 12:18 pm

sapa yg keje kat kesihatan perlu ada ilmu diatas, kerana anda akan menjadi pusat rujukan bg dr,sn,ppp,ppkp dan student yg buat praktikal. kadang2 terpaksa buka buku n internet utk menjawab sume soalan diatas. kalau kita x tau kita kena berusaha untuk mencari jawapan bukan ckp x tau.
zaki78
zaki78
KERABAT SENIOR
KERABAT SENIOR

Jawatan : mlt
Gender : Male
Jumlah Post : 480
Umur : 46
Tarikh Register : 15/03/2007
Reputation : 2
Points : 6527

Character sheet
Mutiara Kata saya: proud be your self!

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by tkr Tue 11 Aug 2009, 2:29 pm

ya..betul.
prof. pun tak segan silu surf internet nak jawab soalan dari studentnya .
tkr
tkr
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : lecturer
Gender : Male
Jumlah Post : 59
Umur : 45
Tarikh Register : 01/09/2008
Reputation : 0
Points : 5980

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by atokpencen Wed 12 Aug 2009, 1:25 pm

Pelatih, jangan lupa kerja kat lab, antaranya bermain dengan unit dan coversion factor:

Commonly used in lab

pico 10 to the power of negative 12 p
nano 10 to the power of negative 9 n
micro 10 to the power of negative 6 u
milli 10 to the power of negative 3 m

Paling kerap ditanya oleh doktor ialah unit T4 atau FT4, kerana unit ng/ml dan pmol/l adalah unit yang sering digunakan. Kalau nak tukar unit ng/ml ke pmol/l. Darab ng/ml dengan 13.3. Ramai Doktor tak arif tentang unit dan reference range hormon ini. Pasti dia tanya" kenepa range T4 ini overlapping?" Jawab dia " ya dok, memang dia overlapping ibarat urine albumin trace, akan overlap dengan 1+ atau negatif". Bahagian nak komen TFT ni tak diajar di kolej. Jika anda minta ajar dari chem pathologist atau senior MLT/PS anda tentu boleh buat komen".

Some formula may be helpful to you:

1. LDL = T Cholesterol - (HDL+TG)/2.2
2. Anion gap = (Na+K) -(Cl + HCO3). Get the value from SE nechine and ABG mechine.
3. pH = pK + log ([acid]/ ]base])
4. Calculated osmolality mOsm/Kg = 2[Na]+[urea]+[ca] in unit mmol/l
5. U = 1 umol of substrate acted upon in 1 minute
6. Ionized calcium = T calcium - (0.025 X albumin) + 1 calcium in mmol/l albumin in g/l

Soalan:
1. Apa reagent ujian globulin dalam LFT?
2. Apa reagent LDL dalam ujian FLP?
3. Lukis semua yang anda nampak dalam Mikroskopi UFEME. Cast, Crystal dll. Ini soalan bagus untuk exam.


Last edited by atokpencen on Tue 03 Nov 2009, 7:49 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : additional point)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by atokpencen Thu 13 Aug 2009, 9:43 am

Soalan untuk hari ini:

Dr Westgard masih hidup kah sudah mati? Apakah peraturan westgard?

1. Nyatakan 5 maklumat-maklumat yang perlu ada dalam LJ Chart?
2. Apa yang anda buat apabila satu Delivery Order Calibrator dan Bahan QC baru saja sampai?

Jawab dengan berfikiran secara tadika, simple and always to the simple point. Jangan cari poin hebat saja. Sila jangan lupa kepada perkara basic. Kalau anda tidak lupa perkara basic, anda akan terhidar dari banyak masaalah teknikal di lab.

Baca ini: Edited 12/10/09. Jika anda ada komputer di makmal, anda boleh gunakan SDI EXCELL untuk merekod QC harian anda. Atok sarankan anda semua beralih ke kaedah SDI EXCELL ini. Kebaikannya ialah: penghujung bulan anda dapat membuat laporan keseluruhan dengan mudah kerana: lukisan graf, SD CV otomatic telah diperolehi. Bagaimanapun BIAS tidak tersedia dalam software ini. Sekiranya ia di tambah; ia menjadi lebih ohmp.


Last edited by atokpencen on Sun 24 Jan 2010, 8:43 pm; edited 4 times in total (Reason for editing : adalah......)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Jika anda menguasai praktikal di biochem anda boleh mudah faham subjek lain.

Post by atokpencen Fri 14 Aug 2009, 10:17 am

Untuk hari ini. Selepas ini atok akan beralih ke subjek lain.

ABG/VBG
1. Apa parameter disukat oleh mesin ABG?
2. Apa itu pCO2 pO2, pH?
3. Apa itu HCO3- dan BE?
4. Pastikan anda tahu membuka dan memasang balik elektrod ABG dan melektrod Chiron 644 untuk SE, dan tau basic mantainence. Seluruh Malaysia ada ini mesin. Jangan tak tau. Tanya preseptor anda.

DRUG OF ABUSE SCREENING

1. Apakah dadah-DOA yang diuji dimakmal anda?
2. Apakah C.O.C dan kepentingannya.
3. Berapakah kepekatan yang dianggap positif, dalam saringan dadah bagi setiap analit?
4. Jika positif, analit tersebut akan diuji dengan suatu kaedah lain. Nyatakan kaedah-kaedah tersebut?
5. Berapakah kepekatan cut off bagi ujian pengesahan setiap analit ini?
6. Siapakah yang diberikuasa menandatangani keputusan saringan dadah?
7. Siapakah yang diberi kuasa untuk menandatangani pengesahan positif?
8. Bagaimana mengurus kes-kes yang didapati positif pada saringan awal ?
9. Baca Garispanduan KKM mengenai saringan dadah

Atok akan segera masuk ke subjek lain, mungkin topik last untuk biokem, atok akan tanya pasal west gard rules.
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty West gard rules sila tanya preseptor anda.

Post by atokpencen Mon 17 Aug 2009, 10:05 am

Beralih kita ke Microbiology
http://www.labtestsonline.org/

SELEPAS MENELITI PERKEMBANGAN STUDENT MLT PRAKTIKAL. SAYA DAPATI KELEMAHAN STUDENT IALAH: TIDAK TAHU APA SAMPEL, APA UJIAN/METHOD, UNTUK APA UJIAN ITU, CARI APA, KESAN APA, DAN TIDAK ARIF BAGAIMANA MELAPORKAN KEPUTUSAN.

Apakah teknik aseptik?

1. Media. Ketahui semua jenis media dan kegunaannya.
2. Transport media. Ketahui semua transport media dan kegunaannya. Virus Transport Media
3. Kultur aenerobik. Ketahui kaedah dan alat diguna.
4. Kultur aerobik.
5. Kultur TB
6. Kultur kulat
7. Biochemical Test. Sila dapatkan semua maklumat TSI dan ujian-ujian lain, Ketahui jenis dan kegunaan. Penting ya.
8. Pencelupan Gram
9. Pencelupan ZN / AFB
10. Pencelupan untuk AFB leprosy. Bezakan dengan ZN untuk TB.
11. Pencelupan gonococci (GC) Bagaimana cara melapor.
12. Blood culture.
13. CSF Microbiology.
14. Water sampling microbiology.
15. Stool C&S procedure and selective media.
16. Urine culture. Counting of colony.
17. Wound Swab culture
18. HVS c&S
19. Throat swab
20. Commensal and pathogen in different sites/ anatomical location. SILA KALIAN AMBIL PERHATIAN INI DAN CATIT.
21 Sensitivity test. Choice of antibiotic. Ist line , second line antibiotic.
22. Classification of organism according to morphollogy.
23 Classification of organism according to grams stain reaction.
24 Penjagaan mikroskop cahaya
25 Dark Feild microscop, kegunaan nya.
26 Flourescence microskope, kegunaaannya.

Reference:
Sila beli buku. Jika sukar untuk mendapatkannya. Sila fotokopi.
Medical laboratory Manual for Tropical Countries Volume II: Microbiology , Monica Cheesbrough


Last edited by atokpencen on Fri 11 Dec 2009, 1:01 am; edited 2 times in total (Reason for editing : Tambah requirement)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by atokpencen Wed 19 Aug 2009, 8:23 am

Nanti kita beralih ke Blood Transfusion Services, hari ini:
Immunology & Serology

Trainee MLTs are required to understand the following.

Apakah fix mikropipet? Apakah adjustable micropipet?
Apa beza antara keduanya? Nyatakan kegunaan micropipet dalam unit serologi.
10 mikrolitre bersamaan dengan berapa ml?
100 mikrolitre = ..... ml
Apakah bahan kimia yang digunakan diserologi untuk membunuh/deactivate virus?
Sila ketahui tatacara ujian dibawah

1. UPT
2. UPT in dilution
3. HSV type I & II
4. HCV
5. HAV
6. HbsAg
7. HbcAg
8. HbeAg
9. (RPR) VDRL
10. VDRL in dilution. Terangkan bagaimana buat dilution 1/128
11. Confirmation test for syphilis.; TPHA/TPPA
12. HIV screening
13. Dengue serology
14. Helicobacter pylori
15. Urea Breath test
16. ANA
17. Rubella
18. CMV
19. Toxoplasma
20. IgG, IgM, IgA test
21. Leptospira
22. Legionella antibody
23. Monospot
24. Widal & Weil Felix Test (obsolete)
25. Typidot
26. TORCHES. Senaraikan ujian-ujian terkandung dalamnya.

Bagaimanakah spesimen yang tidak dapat diuji di Hospital Anda diurus?
Apakah yang di maksudkan dengan Makmal Rujukan?
Sila senaraikan makmal rujukan untuk serologi dan mikrobiologi makmal anda?

Sila berbincang dengan MLT Serologi / Ahlikaji Kuman.
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by atokpencen Thu 20 Aug 2009, 8:19 am

Blood Transfusion Service. Soalan ini boleh digunakan oleh penemuduga bila u apply kerja MLT.

1. Blood group terdiri dari dua iaitu: ..................................... Blood Group dan

....................................blood group

Jenis kumpulan darah ............................... blood group ialah : O, A, B,

dan AB. Sementara ....................................blood group terdiri dari

......................positif atau ........................... negatif.

2. Kumpulan/Jenis darah boleh di ketahui dengan menjalankan

........................grouping menggunakan ........................A, B, AB. Spesimen yang

diperlukan untuk menguji kumpulan darah ialah....................................

4. Cara / method di nombor 3 ialah disebut Foward grouping. Sementara kaedah

menguji kumpulan darah Reverse grouping ialah dengan menggunakan ......................

dicampur dengan ................................ dari ........................ yang sudah diketahui

............................... nya.

5. Antigen Rhesus ialah ................ , ................. dan .....................

6. Whole blood boleh dipecahkan kepada komponen-komponen darah. Komponen

darah adalah seperti berikut berserta kegunaan nya dan cara simpanan / suhu / ketahanan/ expiry

Komponen Kegunaan Cara Simpan/Suhu

........................................................ ........................................................................

........................................................ .........................................................................

.......................................................... .........................................................................

.......................................................... .........................................................................

.......................................................... .........................................................................

10. Huraikan tatacara X matching. Nyatakan fasa, fasa X matching dan cara
melapor keputusan X-matching.
11. Bagaimanakah cara menjalankan ujian Direct Coomb test dan Indirect coomb test? Bezakan Direct coomb test dengan Indirect coomb test. Apakah kegunaan setiap satu.?
12. Senaraikan Ujian saringan darah untuk transfusi di Malaysia.
13. Nyatakan syarat-syarat/ keperluan seorang penderma darah.
14. Apakah yang menyebabkan blood incompatible. Huraikan dengan terperinci. Nyatakan jenis-jenis ketidak serasian. Kaitkan dengan fasa-fasa X matching.
15. Sekiranya blood incompatible, apakah yang perlu dilakukan oleh wad. Apa yang perlu dilakukan oleh makmal dari segi Transusion reaction investigation.
16. Kleihauer Test. Nyatakan tatacara ujian dan kepentingannya.
17. Huraikan mengenai tatacara memilih pack darah untuk baby exchange transfusion.
18. Huraikan dengan terperinci blood products, blood components, penyediaan, storage dan kepentingan.


Last edited by atokpencen on Fri 21 Aug 2009, 8:59 am; edited 1 time in total (Reason for editing : pernah penemuduga guna poin red ini)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by atokpencen Fri 21 Aug 2009, 9:05 am

CYTOLOGY. ANDA DIKEHENDAKI MENGENALI SEL-SEL DI BAWAH DAN MELUKIS SETIAP SATU UNTUK MENUNJUKKAN CIRI UTAMA SEL TERSEBUT. 5 HARI SEBELUM HABIS PRAKTIKAL KAMI AKAN BAGI SPOT TEST/EXAM. BUAT BERSUNGGUH SUNGGUH.

1. Huraikan tatacara pengambilan pap smear.
2. Bagaimana menjaga keutuhan spesimen pap smear.
3. Pelaporan pap smear adalah berdasarkan kaedah pelaporan .......................................
4. Nama pencelupan Pap smear ialah pencelupan :................................................ Huraikan tatacara pencelupan pap smear tersebut dengan menyatakan kepentingan-kepentingan setiap langkah.
5. Dapatkan contoh borang: PAP SMEAR REPORT. Pergi fotokopi selepas ini!. Borang ini sangat penting. Formatnya sama dengan yang digunakan di luar negeri, seperti Australia. Urutan dalam borang tersebut mengandungi fakta: Tenung betul-betul.
A. Type of sample
B. Sample adequacy
C. Interpretation
D. Comments
E. Suggestion
6. Huraikan FNAC
7. Huraikan mengenai Diff Quick
8. Huraikan sel-sel pap smear normal. Kenali sel endocervical dengan endometrial.
9. Kenali AGUS
10. Kenali AIS
11. Kenali Squamous Cell
12. Kenali istillah ASCUS, LGSIL, HGSIL, SCC.
13. Huraikan ciri ciri pap smear berikut:
13.1 Jangkitan monilia
13.2 Jangkitan Trichomonas vaginalis
13.3 Jangkitan Actinomyces
13.4 Jangkitan Gardnerella vaginalis
13.5 Jangkitan Chlamdia
13.6 Hangkitan human papilloma Virus (HPV)
13.7 Jangkitan Herpes Simplex Virus (HSV)
13.8 Hormonal study

Dapatkan nota dan gambar dari MLT Cytology./ Cytotechnologist


Last edited by atokpencen on Thu 01 Oct 2009, 8:13 am; edited 2 times in total (Reason for editing : Spoonfeed student)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by atokpencen Mon 24 Aug 2009, 4:40 pm

HEMATOLOGI ......Anda mesti mahir menggunakan mikroskop!!!

Hematologi tanpa mikroskop adalah mati atokpencen
Huraikan apa kegunaan kanta pembesaran X10, X40 dan X 100 dalam hematologi.
Apa kuasa pembesaran yang betul dalam pemeriksaan PBF?

1. PBF; tolonglah fahami betul-betul bagaimana baca slaid PBF. Rata-rata kelemahan pelatih JTMP adalah perkara ini. Oleh kerana ayat adalah dalam bahasa inggeris, tolonglah upgrade sikit BI itu. Ketahui perkataan-perkataan seperti:

Generally, mostly, predominantly
Mildly
Moderate
Markedly
Noted
Arifkan diri mengguna kata penghujung ............cytosis, .........philia, .............penia

Urutan baca PBF adalah berikut:
RBC: Anda tahu perubahan RBC dalam pelbagai jenis anemia, thalasemia, policytemia.- Huraikan tindakbalas pewarnaan (chrome, ......chromic), sais RBC (........cytic), bentuk RBC: microcytic, macrocytic, poikilocyte, anisopoikilocyte, spherocyte, elliptocyte. Tolonglah, jangan asyik cari yang bukan predominant, bukan majoriti.

Contoh laporan yang boleh diterima

RBC are normochromic normocytic. (NOKTAH)
RBC are markedly hypochromic, microcytic (Noktah) contoh anemia iron deficiency.
RBC: Moderate anisopoikilocytosis. Polychromatic cells and few nucleated RBC seen. Retic count elevated. Contoh: anemia teruk yang baru respond kepada rawatan.

Jangan cuba nak impress seperti berikut: RBC are normochromic normocytic. Some are microcytic , few elliptocyte seen. (sudahpun normocytic tambah pula dengan yang aneh..aneh)

WBC - huraikan bentuk abnormal jika ada: young immature cells, blast cell, ulasan count WBC dan ulasan Differential count. Anda tahu apa sel WBC yang meningkat dalam jangkitan parasit, kuman, virus dan dalam kes leukemia.

Contoh: WBC: TWBC count merkedly elevated. Marked Neutrophilia noted. (Noktah) contoh : Appendicitis.

Platelet - huraikan count dan bentuk/sais. Anda tau respon platelet dalam penyakit pendarahan, spesimen tidak cukup mix, denggue.
Contoh: Platelet: adequate. (NOKTAH)
Platelet markedly decreased. (Noktah)
Komen- komen ...jangan berlebih-lebih. Kalau nampak parasit malaria, filaria: laporkan. Itulah gunanya kita: untuk tunjulkan penyakit.


Last edited by atokpencen on Tue 25 Aug 2009, 12:28 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : Add text)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by minnie_mouse Tue 25 Aug 2009, 3:25 pm

atok..
best nyer dpt sln2 dr atok..
blh lah mantapkan lg ilmu d dada..chewah..
hehe..

mekaceh tok.. cheers
avatar
minnie_mouse
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Selang10
Jawatan : cardiologist...(amin..)
Gender : Female
Jumlah Post : 943
Umur : 37
Tarikh Register : 21/08/2009
Reputation : 9
Points : 6586

Character sheet
Mutiara Kata saya: "we cannot ALL b great but we can alwyz attach ourSELVES 2 smthg that is GREAT"

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by atokpencen Wed 26 Aug 2009, 8:56 am

bekalan atok latihan phlebotomi dulu lebih kurang 4 orang je kat clinikal lab HKL. Tak cukup bukan?. Tapi dengan 4 orang tu blelah juga ambik darah pesakit. kalau dengan 1 pengalaman phlebotomi tu. Jawabannya juga bleh.
Pertama: cara anda memasang needle ke syringe mestilah amat meyakinkan. Apatah lagi jika dilihat oleh pesakit.

kedua: Jangan lupa buang angin kat bawah syringe plastik tu bila dah pasang needle. Surung tarik sikit pam syringetu.

Ketiga: Cara anda pegang set anda tadi mesti stabil. STABIL. STABIL. bagaimana pegangan set tidak stabil. Ya....tak stabil jika set tu dipegang oleh hujung jari. Palma dan tangan anda akan mempamerkan kestabilan.

Keempat: Prosedur mengelap dengan 70% alkohol, biar yakin.

Kelima: Ikat torneque dengan yakin. Kalaulah anda guna blader saja (zaman purba) mesti tau ikatan sekali tarik dah terlepas ikatan. Memudahkan cabut set nanti,

keenam: Rasakan dengan hujung jari vena. kalau anda pakai glove, terpaksa buka glov bagi nak rasa deep vein.

Of course sapu balik swab alkoholtu sebab u dah sentuh kulit. Anda dah tau point. Acukan needle/set dan perhatikan angle needle anda. Angle tu berubah sikit dari mencucuk ke vena dan lepas jarum dah benam secara tepat ke vena.

Anda akan merasa "brut" needle bila ia menembusi vena. Anda juga akan merasa ruang kosong bila needle dah masuk dalam vena.

Posisi tangan/ jari anda mesti stabil dalam menarik pam syringe. Kalau anda ketar. Akan amat terserlah sekiranya set dan jari anda ada di awangan/ udara. Untuk menstabilkannya, gunakan seberapa banyak jari memegang syringe. Dan biar syringe baring di atas tangan pesakit. Cara gini, syringe tak bergerak , yang bergerak hanya pam syringe yg anda tarik perlahan-lahan.

Buka torneque baru tarik set yg dah ada darah.

Buat latihan dummy dengan menggunakan syringe sebenar, needle dan tiub getah. boleh buat latihan di rumah. latihan sebegini melatih anda mengingati urutan-urutan yang patut dibuat dlm phlebotomy.
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty kalau ada soalan Junior / Pelatih, tolong jawab aaah.

Post by atokpencen Wed 26 Aug 2009, 10:21 am

minnie_mouse wrote:atok..
best nyer dpt sln2 dr atok..
blh lah mantapkan lg ilmu d dada..chewah..
hehe..

mekaceh tok.. cheers

minnie mouse dan rakan seforumer, Bantu atok sekira pelatih tanya soalan-soalan di sini yer. Klik thread ini akan meningkat, sbab pelatih dah mula jengok. WOW MINNIE ADA AVATAR BARU YANG CUN...TERGEGAR HATI ATOK


Last edited by atokpencen on Thu 01 Oct 2009, 8:16 am; edited 1 time in total (Reason for editing : COMPLIMENT TO MINNIE)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Ini adalah soalan-soalan impromtu Hematologi

Post by atokpencen Fri 28 Aug 2009, 8:41 am

Dapatkan maklumat mengenai tatacara ujian, unit, kepentingan ujian bagi :

1. Retic Count
RBC Sila kenali semua jenis sel darah...penting...penting!! penting!!! Lukis !!
2. ESR
3. G6PD
4. PT , PTT
5. Leishman stain
6. Smear bone marrow.
7. Husband seminal analysis (Sperm count). Bagaimana beri penerangan kepada subjek?
8. TWBC ambil tau mengenai Neubar Chamber dan kaedah manual bagi ujian 8-11. Apa unit dan normal range?
9. TWDC tahu mengetuk coulter counter, tahu unit dan ref. range. Tau apa sel meningkat dalam jangkitan kuman, virus, parasit dan keracunan.
10. TRBC, PCV (Hematocrit)
11. PC / Plt count
12. Red Cell Indices: MCV, MCH, MCHC. Mesti tau unit, ref. range dan kepentingannya.
13. Hb unit dan kepentingannya.
14. Ini penting: CSF cell count: WAJIB!!!!!
15. Reference lab untuk ujian lanjut hematologi: Genetik, CD4 CD8, Clotting factors, DNA
16. Tahu buat smear dan stain untuk PBF
17. Tahu baca slaid dan buat report PBF.

Dah tau semua itu...kira ok lah. Ada terlupa?


Last edited by atokpencen on Mon 30 Nov 2009, 9:32 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : new line)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Guna Template ini untuk baca PBF

Post by atokpencen Wed 02 Sep 2009, 10:01 am

FULL BLOOD PICTURE WORKSHEET

Name :................................................... IC : ...............................Sex ..... / Age: ...........
Race : .............Wad / Clinic: .................. Specimen Number: ...................................................
Diagnosis :................................................................................................ Date: ......................

FBC Report
Hb ................g/dl
TWBC...................x10 to power3 /ul
RBC................x10 to power 6/uL
Retic ......... %
RBC Indices
PCV.................%
MCV................FL
MCH................Pg
MCHC..............%
Platelet.............x10 to power 3/ul

Differentail Count
PN.....................%
L.......................%
M......................%
E......................%
B.......................%

PBF Report
RBC: .................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
WBC
......................................................................................................................................................................................................................................................................................

Platelet..........................................................................................................................................................


Signature




.
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by masri Fri 04 Sep 2009, 8:56 am

Assalammualaikum dan salam Ramadahan Al Mubarak.

Terlebih dahulu di bulan keredahaan dan keampunan Allah Swt ini saya memohon maaf zahir & batin kepada semua forumer sekiranya ada nukilan saya yang boleh mengguriskan hati. Sebagai INSAN yang kudus semua orang tidak terlepas dari membuat kesilapan atau kesalahan, oleh demikian dibulan mulia ini marilah semua MLT / Forumer muhasabah diri dan menjadikan media sebagai tempat meningkat ilmu dan tempat menjanakan pendapat yang bernas yang boelh membantu meningkatkan profesion MLT. Lupakan sengketa, eratkan perhubungan tidak mengira usia dan pangkat. Setiap perikaian atau perbezaan pendapat biarlah untuk kebaikan bukan menjadi medan pertempuran dan permusuhan.

Saya nak ucapkan tahniah kepada atok pencen yang banyak memberi manfaat kepada forumer, cuma saya mohon kalau banyak lagi ilmu itu turun-turunkan kepada yang junior ni dan tak semua senior masih ingat lagi benda yang lama dah tinggla, kurang-kurang ingat juga. Banyak soalan dah diberi tetapi tiada jawapan, forumer lain juga kalau boleh respon kepada soalan-soalan ini, lagi banyak lagi bagus boleh digabungkan idea-idea yang terbaik.

Kepada atok pencen kalau bagi jawapan dilain-lain masa bagus juga. Semoga berjaya.

P/S Siapa sebenarnya atok pencen ini dan bertugas dimana supaya mudah berhubung. Kalau ada alamat email boleh juga saya nak bertanyakan banyak soalan.

Sekian, terima kasih.
avatar
masri
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : JTMP
Gender : Male
Jumlah Post : 56
Umur : 52
Tarikh Register : 04/01/2008
Reputation : 12
Points : 6214

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Hantar mesej kat forumni

Post by atokpencen Fri 04 Sep 2009, 11:29 am

masri wrote:Assalammualaikum dan salam Ramadahan Al Mubarak.

Kepada atok pencen kalau bagi jawapan dilain-lain masa bagus juga. Semoga berjaya.

P/S Siapa sebenarnya atok pencen ini dan bertugas dimana supaya mudah berhubung. Kalau ada alamat email boleh juga saya nak bertanyakan banyak soalan.

Sekian, terima kasih.

En. Masri, gunakan saja kemudahan forum ini. Forumni ada kemampuan send mesej. Di situ moderator saja nampak, member lain tak nampak...kan? Jawabannya adalah terbuka. Lain orang lain cara jawab. Jurnal sains dan pengarang berbeza jawaban nya, hampir tidak sekata, tapi betul. Cukuplah takat ini. TQ
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by atokpencen Tue 08 Sep 2009, 11:40 am

PARASITOLOGI Rujukan sangat baik ialah: Medical laboratory Manual for Tropical Countries Vol 1 oleh Monica Cheesbrough. Keluaran ELBS, low price edition. Buku lain pun boleh juga tapi tak cukup Tropical.

Parasitologi adalah subjek menarik yang mudah dikuasai sekiranya teknik belajar adalah betul. Sekarang format otak anda dan susun pemikiran untuk menguasai parasit ini:

Susun mengikut parasit dalam najis, darah, tisu. ATAU susun ikut klasifikasi berikut: JANGAN SUSUN SAJA TAPI HARUS LUKIS.....TAK BERINISIATIF!!!![ OTAK KAMU KOMPUTER KAH?/color]

Protozoa:
1. Sarcomastigophora = amoeba, flagellates, haemoflagellates
2. Ciliophora= ciliates eg, B. coli
3. Coccida= sporozoa= plasmodium, isospora, cryptosporidium, Toxoplasma.

Helminths: Cacing
1. Platyhelmenthes= cestode dan trematode
2. Nemathehelmenthes= nematode

Berilah contoh-contoh. masukkan dalam klasifikasi tadi. Habis cerita!!!!. [color=red]Ya kamu dah susun, Tapi kenapa kamu tak lukis??? Macamana ciri parasit itu di bawah mikroskop??! Bagaiman cara pelaporan di makmal??


Soalan bonus:
1. Apakah parasit yang di asosiasikan dengan jangkitan HIV? Parasit ini di order oleh doktor ke atas pesakit terimunokompromi.
2. Ketahui semua parasit STOOL FEME.
3. Ketahui spesis parasit malaria yang terkini.
4. Ketahui parasit yang menyerang tisu dan atau janin. Kenapa mesti anda salah dalam menjawab soalan ini?
5. Apa parasit (cacing) suka menyerang limfa dan nodus limfa? Kencing jadi keruh!!! Kaki jadi bengkak....sebengkak-bengkaknya.
6. Kenali nyamok: sekurang-kurang vektyor malaria, aedes dan untut. Zaman kami belajar benda tu.

4 HARI SEBELUM KAMU MINTAK SAIN....ATOK NAK BAGI SPOT CHECK (BERGAMBAR) KALAU TAK KENAL ASAS STOOL FEME, BSMP, FILARIA ......ANDA GAGALKAN TUJUAN PRAKTIKAL...MEMALUKAN KAMI !!!


Last edited by atokpencen on Thu 01 Oct 2009, 8:06 am; edited 4 times in total (Reason for editing : Frust becoz student do not show inisiatif)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty wah.....!!

Post by chik_aida87 Thu 10 Sep 2009, 10:02 pm

atok apply la post lecturer kt kolej tu...kolej tu benar2 memerlukan cikgu yg berpengalaman dlm bidang lab ni mcm atok!!!!
avatar
chik_aida87
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : farmer
Gender : Female
Jumlah Post : 7
Umur : 37
Tarikh Register : 31/05/2009
Reputation : 0
Points : 5659

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by atokpencen Fri 11 Sep 2009, 8:22 am

chik_aida87 wrote:atok apply la post lecturer kt kolej tu...kolej tu benar2 memerlukan cikgu yg berpengalaman dlm bidang lab ni mcm atok!!!!

Atok tak sesuai jadi lecturer kerana cepat panas dan cepat boring kalau student tak dapat jawab. Atok bagi soalan; student tak dapat jawab: tapi tak kata " ooo itu kami tak tau, bleh permudahkan..." atau " tak tau...apa jawabannye"...atau "di mana boleh dapat maklumat tersebut" . Ada forumer dari Penang... tak ingat callsign nye." Nak jadi PBT ke nak jadi MLT katanye?

Lagipun, atok dah preoccupied dengan mengajar (Preceptor) di makmal. Cukuplah tu. Pengetua KJTMP pun tak hingin pekerja yang tua macam kami ni di kolej. Dan kerja di lab pun interesting. Tak nak lari ke sini sana. But then thank you for your concern. Kalau u all nak sambung belajar. Lakukan sebaik anda dah sah jawatan MLT. Itulah yang sebaiknye. Di samping of course, membina keluarga dan lain-lain lagi......
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty TOKSIKOLOGI

Post by atokpencen Mon 14 Sep 2009, 3:46 pm

Jabatan Kimia adalah makmal rujukan KKM bagi spesimen medicolegal.

1. Jangan hantar spesimen kes polis. Polis sendirilah yang perlu hantar ke jabatan kimia.
2. Pastikan ada buku rekod pengambilan spesimen. Buku ini mesti di tandatangani oleh polis. Buku ini biasanya diletakkan di Jabatan Kecemasan.
3. Spesimen yang dihantar ke jabatan kimia adalah, antaranya:

A. Paternity Test. Ketahui sampel yang perlu dihantar. Ketahui cara pelaporan Jabatan Kimia. Lawyer biasa hentam result ini.
B. Blood Alcohol
c. Herbicide poisoning
D. Pesticide Poisoning
E. Ubat-ubatan
F. Herba, suntikan parafin untuk membesarkan organ tertentu lalaki dan atau wanita pernah diminta oleh doktor untuk dihantar ke Jab. Kimia. Dalam kes ini tulis surat ke J. Kimia. Tak perlu borang Kimia.
G. Ujian DNA juga hanya memerlukan surat dari doktor. Jika diminta oleh orang perseorangan atau peribadi, mesti ada bayaran Bank Draft sebanyak RM1,700. Di bayar kepada jabatan Kimia (eg Sarawak, untuk sabah Sarawak) Rujuk website JKimia Malaysia.


Last edited by atokpencen on Thu 07 Apr 2011, 11:37 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : Add information.)
atokpencen
atokpencen
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : Ukir pokok getah, potong rumput
Gender : Male
Jumlah Post : 325
Umur : 64
Tarikh Register : 06/04/2009
Reputation : 8
Points : 6073

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by dhiyamirza Tue 15 Sep 2009, 12:57 pm

seronok i baca...i pun buleh dapat banyak info dari penulisan atok ni..
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 42
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6367

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM Empty Re: TUTORAN PELATIH MLT KKM DAN NON KKM

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum