FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

14082009

Post 

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Empty H1N1 konspirasi kapitalis buat duit




<table height=50 cellSpacing=0 cellPadding=0 width="100%" border=0><tr><td style="MARGIN: auto 5px auto auto" align=left width=55>author_photo("Hishamuddin Rais")
H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Hishamuddin-rais</TD>
<td vAlign=bottom>Hishamuddin Rais http://www.malaysiakini.com/news/110426
Ogos 12, 09
5:29pm</TD>
<td vAlign=bottom align=right></TD></TR></TABLE>
Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group
."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.
HH
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 7035

Back to top Go down

Share this post on: reddit

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit :: Comments

Aurum

Post Fri 14 Aug 2009, 8:59 pm by Aurum

Ada
orang yang mengatakan penyakit H1N1 ini adalah konspirasi pihak-pihak
tertentu. Bolehlah membaca artikel-artikel berikut untuk mengetahui
cerita tentang konspirasi ini di:

Konspirasi H1N1 sila ke http://ibnuyaacob.com/?p=1099

hmmm..... Shocked

Back to top Go down

rieyna168

Post Sat 15 Aug 2009, 4:28 pm by rieyna168

Dah heboh dah kat tenet pasal h1n1 ni kemungkinan besar 1 konspirasi. Sejauh mana kebenarannya, kita pun tak tahu..ermmm... Question

Back to top Go down

terompah_biru

Post Thu 20 Aug 2009, 8:48 pm by terompah_biru

erm....dengar2 jugak pasal rumours2 neh...tp blom tentu btol..but whut eva it is, dont let H1N1 win!!!

Back to top Go down

akoizer

Post Sat 22 Aug 2009, 12:35 pm by akoizer

sama ada betol atau tidak, utamakan keselamatan....beringat sblm kena...

kalau benar bagai dikata, x apa yg bole kita buat melainkan mendapatkan ubat2an yg dibekalkan bagi meneruskan kehidupan...

Back to top Go down

irwansyah07

Post Tue 25 Aug 2009, 4:32 pm by irwansyah07

ada virus ada jual nya anti virus..... ada betul nya statement ini... bisness besar nie.

Back to top Go down

m_azmir90

Post Tue 25 Aug 2009, 6:18 pm by m_azmir90

Erm, igt nyawa org ni boley wat maen2 ke?
Kita cabut cket nyawa org yg wat konspirasi ni....
Bebel

Back to top Go down

math

Post Mon 31 Aug 2009, 2:13 am by math

mane na cari owg yg mula kan tu....,

Back to top Go down

<<BLaCk>>

Post Tue 01 Sep 2009, 9:33 am by <<BLaCk>>

hmmm..mcm2 skang ni..tp aku pun pasan. sebelum adanya penyakit ni ekonomi dunia ada merudum...tup2 bila wabak ni on, terus ekonomi dunia pulih..pasal ape? pasal ada aktiviti ekonomi terutama dalam bidang perubatan.

secara tak langsung ianya menyuntik balik modal kewangan kepada negara pengeluar barangan PPE dan pengeluar vaksin...

itu yg aku prasan la...

Back to top Go down

m_azmir90

Post Tue 01 Sep 2009, 12:21 pm by m_azmir90

Erm, rasenye peykit ni mula2nya berada di eropah kan?
Sy pon x pasti.
Tp yang truknya ramai yang mati akibat penyakit ni.
Kalo virus ni bermodified lagi, saya rase susah nak cipta vaksin lagi...
Jenuh la saintis nak pk...

Back to top Go down

math

Post Tue 01 Sep 2009, 9:40 pm by math

mejoriti yg meninggal coz komplikasi drpd H1N1 jer...,
terutamanya pneumonia...,
ade jer masalah URTI terus dikaitkan dgn H1N1...,
entah lar....,
Exclamation Question

Back to top Go down

<<BLaCk>>

Post Wed 09 Sep 2009, 12:50 pm by <<BLaCk>>

asal penyakti ni kalau sapa2 yg follow dari awal mmg pakat tahu yg kes ni bermula di Mexico. Skang ni virus dah pandai bermutasi tu pasal abih segala penjuru dunia kena.

Skarang ni diramalkan akan ada gelombang kedua yg akan melanda. Di negara kita gelombang ini dijangka akan melanda selepas raya.. Wallahualam tp apapun persediaan diri yg kita kena buat ialah dengan mengikut saranan yg telah dikeluarkan oleh KKM. sentiasa memakai alat perlindungan diri dan mengamalkan kebersihan diri. Dan seandainya mengalami tanda2 awal jangkitan cepat2 lah mendapatkan rawatan di klinik2 yg berhampiran. Tetapi awas! jangan sesekali mendapatkan suntikan antiviaral Tamiflu sekiranya anda tidak terkena jangkitan. Ini kerana antiviral ini hanya berfungsi semasa kita dijangkiti sahaja..kalau masa sihat amik, masa sakit nanti dah tak berguna lagi dan dengan erti kata lain tak berkesan langsung.

Back to top Go down

HH

Post Wed 09 Sep 2009, 2:38 pm by HH

Penyakit ni bala dan dugaan dari ALLAH swt..kembalilah kepada nya supaya kita terhindar daripada panyakit ini. Sekiranya terkena juga..itu juga adalah dugaannya...bersabarlah

Back to top Go down

avatar

Post Sun 13 Sep 2009, 2:48 pm by sipotgondangturbo

VAKSIN H1N1 DISYAKI BOLEH MENGAKIBATKAN KEMATIAN..????


H1N1 keluaran Glaxo Smith Kline disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan. Para penerima vaksin H1N1 ini dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).

Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan. Pakar memberi amaran, permintaan tinggi bergabung dengan kelewatan pengeluaran boleh menyebabkan kekurangan bekalan, lalu memaksa kerajaan yang bakal menghadapi gelombang kedua selesema itu, yang mungkin lebih dahsyat, membuat pilihan sukar dalam menentukan siapa yang patut diberi vaksin terlebih dahulu.
Dalam kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane menyatakan bahawa dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badan sudah sedia lemah.more information visit http://daunzaitun.blogspot.com

Back to top Go down

sweeties

Post Mon 14 Sep 2009, 7:00 pm by sweeties

HH wrote:Penyakit ni bala dan dugaan dari ALLAH swt..kembalilah kepada nya supaya kita terhindar daripada panyakit ini. Sekiranya terkena juga..itu juga adalah dugaannya...bersabarlah

bala di hala kpd kita....
arahn dr Pengarah...klinik ksihatan di buka pd public holiday,20,21,22hh sept.09....
semua paramedik yg terlibat di kehendaki bekerja pd hari tersebut...warghhhhhh....

Back to top Go down

sweeties

Post Mon 14 Sep 2009, 7:01 pm by sweeties

HH wrote:Penyakit ni bala dan dugaan dari ALLAH swt..kembalilah kepada nya supaya kita terhindar daripada panyakit ini. Sekiranya terkena juga..itu juga adalah dugaannya...bersabarlah

Back to top Go down

HH

Post Tue 15 Sep 2009, 6:05 am by HH

sweeties wrote:
HH wrote:Penyakit ni bala dan dugaan dari ALLAH swt..kembalilah kepada nya supaya kita terhindar daripada panyakit ini. Sekiranya terkena juga..itu juga adalah dugaannya...bersabarlah

bala di hala kpd kita....
arahn dr Pengarah...klinik ksihatan di buka pd public holiday,20,21,22hh sept.09....
semua paramedik yg terlibat di kehendaki bekerja pd hari tersebut...warghhhhhh....

itulah kita sebagai pegawai kerajaan..

saya yang menurut perintah,

jangan jadikan ia isu...kalau tak silap di arah bekerja pun layak menuntut OT - kalau yang kat Klinik Kesihatan tu..atau pun menuntut ETO...

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Icon_biggrin H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Icon_sad

Back to top Go down

avatar

Post Sun 27 Sep 2009, 3:23 pm by sipotgondangturbo

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit 894464
huhuhu..makin lame makin tkut dgn h1n1 nih...mujur dh try Olive Oleo y de kt daunzaitun.blogspot tu...time raye bru ni x yah pki mask dh..anak2 sedare pn minum gak Olive Oleo nih...semua ok je time raye... H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Icon_biggrin

Back to top Go down

math

Post Fri 02 Oct 2009, 8:05 pm by math

Walaupun masih ade kes yg dilapor kan x pi x sekecoh dulu...,
senyap jer skrg ni....,
H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Icon_question

Back to top Go down

avatar

Post Sat 03 Oct 2009, 3:17 am by sipotgondangturbo

math wrote:Walaupun masih ade kes yg dilapor kan x pi x sekecoh dulu...,
senyap jer skrg ni....,
H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Icon_question

dgr citer KKM sembunyi an data sbnr..tatau la btul ke x...law btul pon mayb tanak bagi masyrkt panik.. H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Icon_question

Back to top Go down

HH

Post Sun 04 Oct 2009, 11:16 am by HH

sipotgondangturbo wrote:
math wrote:Walaupun masih ade kes yg dilapor kan x pi x sekecoh dulu...,
senyap jer skrg ni....,
H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Icon_question

dgr citer KKM sembunyi an data sbnr..tatau la btul ke x...law btul pon mayb tanak bagi masyrkt panik.. H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Icon_question

sampai begitu sekali..kenapa ader kompromi dari sudut kesihatan...tak berhargakah nyawa yang melayang...

kerana aper yang kita lihat sekarang masyarakat malaysia lebih tak endah daripada endah...

kalau kita war-warkan kematian atau kejadian penyakit ni...mereka akan lebih berhati-hati...

Back to top Go down

avatar

Post Mon 05 Oct 2009, 1:23 pm by sipotgondangturbo

sampai begitu sekali..kenapa ader kompromi dari sudut kesihatan...tak berhargakah nyawa yang melayang...

kerana aper yang kita lihat sekarang masyarakat malaysia lebih tak endah daripada endah...

kalau kita war-warkan kematian atau kejadian penyakit ni...mereka akan lebih berhati-hati...[/quote]

kita belum tahu kebenaran nya..tapi jika benar,tidak patut mereka melakukan begini..maklumat begini sgt pnting untuk nyawa manusia..ingat,nyawa tidak di jual dimana2..masyarakat malaysia pon x endah coz diorg lum kena kt diri sndri..dh kena br tau bahaye ke x pnykit ni..

Back to top Go down

Bon

Post Tue 20 Oct 2009, 12:50 pm by Bon

itu la namanya manusia...haiwan palaing bijak d dunia...he3....
ada virus ada la anti virus...mcm dunia digitalis jg la...
biasala tu....

Back to top Go down

math

Post Fri 30 Oct 2009, 6:38 pm by math

Pemain chelsea pun takut virus H1N1...,
ni kan owq Malaysia...,
maklumat begini tdk patut di rahsia kn...,
H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Icon_neutral

Back to top Go down

math

Post Fri 30 Oct 2009, 6:39 pm by math

Pemain chelsea pun takut virus H1N1...,
ni kan owq Malaysia...,
maklumat begini tdk patut di rahsia kn...,
H1N1 konspirasi kapitalis buat duit Icon_neutral

Back to top Go down

Post  by Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum