FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Unit Inspektorat Sekolah (UIS)

4 posters

Go down

Unit Inspektorat Sekolah (UIS) Empty Unit Inspektorat Sekolah (UIS)

Post by pmneus Tue 08 Sep 2009, 10:14 pm

Bermula 1 Jun 2009 : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah menjadi perintis dengan mewujud dan memperkenalkan unit baru iaitu Unit Inspektorat Sekolah (UIS) di semua 10 daerah di Negeri Kelantan dimana setiap daerah UIS telah dipertanggungjawabkan kepada seorang PPKP U29 dan di peringkat negeri (JKN) diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) yang bertindak sebagai sekretariat di peringkat negeri.

Penubuhan unit khusus ini adalah bagi memberi lebih fokus kepada Institusi pendidikan khususnya sekolah, IPTA, IPTS, Tadika dan Taska. Ini adalah disebabkan kejadian keracunan makanan, demam Denggi, sekolah bebas Denggi, Sekolah bebas Rokok, sanitasi sekolah & yang terbaharu kluster ILI & HINI serta aktiviti promosi kesihatan perlu dirancang dan dilaksana dengan lebih profesional untuk menangani masalah kawalan penyakit dan kesihatan persekitaran yang semakin mencabar.

Ini semua telah mendapat kerjasama dan perakuan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN) & Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang bertanggungjawab terhadap majoriti kemudahan institusi pendidikan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Hasilnya Pasukan bertindak Kesihatan Sekolah (PBKS) telah dibentuk dan dianggotai oleh Pegawai-pegawai utama agensi berkenaan dan dipengerusikan oleh Tuan timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan awam) JKN Kelantan. JKN diwakili oleh KPP Epid CDC, Ketua Pegawai Kesihatan persekitaran UIP Negeri & Pegawai Kesihatan persekitaran UIS (Sekretariat) manakala JPN diwakili oleh Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan, KPP HEM, Penyelia Kesihatan yang mengadakan mesyuarat secara berkala setiap 3 bulan sekali & akan turun bersama ke lapangan (institusi berkenaan) jika berlaku sebarang masalah berkaitan kesihatan spt. keracunan makanan, penutupan premis, wabak dll.

Senarai tugas PPKP UIS di peringkat daerah :

Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan (Pegawai Kesihatan Daerah) dan Ketua Bahagian ( Pen.Pegawai Kesihatan Persekitaran U36/U32) serta memastikan semua aktiviti Pemantauan berkaitan kesihatan persekitaran sekolah, IPTA, IPTS, tadika dan taska di peringkat operasi berjalan dengan lancar bagi mencapai matlamat dan objektif mengikut garis panduan,pelan tindakan serta dasar dan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.


TUGAS & TANGGUNGJAWAB PEN.PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

1. Bertanggungjawab dalam Menyediakan Pelan Tindakan Unit Inspektorat Sekolah (UIS).
2. Bertanggungjawab dalam Menjalankan Pemeriksaan Sekolah Sejahtera.
3. Bertanggungjawab dalam Menjalankan Pemeriksaan Fizikal Institusi Pengajian.
4. Menjalankan Penguatkuasaan Perundangan Kesihatan Awam
- Akta Makanan 1983 & Peraturan berkaitan
- Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
- Akta Pengawalan & Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.
- Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2008.
5. Membantu memantau kejadian penyakit berjangkit
- Food Water Borne Disease spt Keracunan Makanan,Typhoid, dll
- Vector Disease spt Denggi, Chikungunya, malaria, Filariasis, JE dll.
- Vaccine Borne Disease spt Measles, Rubella, dll
6. Menjalankan Pemeriksaan premis makanan di Institusi Pengajian .
7. Menjalankan Pemeriksaan Sokongan Teknikal Pengeluaran Permit (e.g: IPTA/ IPTS/ Tadika / Taska /Pusat Tiusyen dll.)
8. Memantapkan Dokumentasi (Mengemaskini dan menganalisa data, Reten, Laporan, dll. )
9. Membantu dalam aktiviti Promosi Kesihatan (e.g: PBDS, KENDIRI, Pendidikan Kesihatan dll.)
10. Membantu dalam Pembangunan Sumber Manusia .
11. Terlibat dalam Koordinasi Program Bersepadu Kesihatan Sekolah .
12. Sebagai Urusetia Pasukan Bertindak Kesihatan Sekolah (PBKS) Peringkat Daerah .
13. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
avatar
pmneus
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 11
Umur : 55
Tarikh Register : 19/10/2007
Reputation : 0
Points : 6190

Back to top Go down

Unit Inspektorat Sekolah (UIS) Empty Re: Unit Inspektorat Sekolah (UIS)

Post by <<BLaCk>> Wed 09 Sep 2009, 12:32 pm

Tahniah atas tertubuhnya unit UIS...moga maju & terus maju
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Unit Inspektorat Sekolah (UIS) Empty Re: Unit Inspektorat Sekolah (UIS)

Post by Plasmodium Tue 15 Sep 2009, 2:20 pm

Tahniah ... Inspektorat JKN klate memang kreatif & inovatif. Harap negeri lain juga ke arah itu dan akan mengikuti perkembangan selanjutnya.
Plasmodium
Plasmodium
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 7
Umur : 50
Tarikh Register : 07/05/2009
Reputation : 0
Points : 5625

Back to top Go down

Unit Inspektorat Sekolah (UIS) Empty Re: Unit Inspektorat Sekolah (UIS)

Post by MaStErMiNd Tue 06 Oct 2009, 2:38 pm

Tahniah kepada mereka yg berusaha menubuhkan unit baru ini, semoga ianya dapat menapati kehendak misi dan visi penubuhannya. Tahniah juga kepada JKN Kelantan kerana menjadi perintis sehingga tertubuhnya unit ini.
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14096

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Unit Inspektorat Sekolah (UIS) Empty Re: Unit Inspektorat Sekolah (UIS)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum