FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

mencari kawan2 bacth 32

3 posters

Go down

mencari kawan2 bacth 32 Empty mencari kawan2 bacth 32

Post by Nickieta Wed 30 Sep 2009, 12:44 pm

mencari kawan2 bacth 32 894464 ,apakhabaq sume ?Dah lama tak dengaq berita hangpa! kalu sudi contact la aku kat Perlis skarang!dok kat klinik sorang2 boringnya ! mencari kawan2 bacth 32 Icon_rolleyes




FROM;
CHE HATIAH BT SHAFIE
KK.SANGLANG,PERLIS.
NO.TEL;019-3134661
Nickieta
Nickieta
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : ppp
Gender : Male
Jumlah Post : 3
Umur : 45
Tarikh Register : 28/08/2009
Reputation : 0
Points : 5575

Back to top Go down

mencari kawan2 bacth 32 Empty Re: mencari kawan2 bacth 32

Post by ppfkkpa Fri 06 Aug 2010, 9:32 pm

Apsal nak cari batch 32 je, PPF dah ada 50 tahun di M'sia, cari lah batch 1 hingga batch 50, baru banyak idea, cerita zaman dulu2 dan cerita terkini, kat Perlis tentu senang nak shooping baju raya kat Wang Kelian, Padang Besag lagi best, harap blh join forum ni sehingga tamat perkhidmatan PPF sehingga pencen nanti, jangan putus asa, agm PPF di Brisdale KL bulan lalu, join ke,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5610

Back to top Go down

mencari kawan2 bacth 32 Empty Re: mencari kawan2 bacth 32

Post by nori Fri 04 Feb 2011, 1:16 pm

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

PPF Che Hatiah kerja sorang-sorang je kat KK. Tetapi masih ramai lagi PPF yang ada berdua dan bertiga tetapi kerja pun tak habis-habis, sehinggakan nak tidur pun tak senang. Batch 32 ni masih muda dan banyak idea, tetapi sila gunakan idea tersebut bagi kemajuan PPF sendiri. Apa yang ada pada masa ini, adalah usaha PPF batch yang terdahulu. Batch 32 ni perlu bersatu dalam memperjuangkan sesuatu, agar tugasan PPF jadi lebih mudah dan teratur. Usaha perlu tampa jemu, sebab kejayaan tak akan menjadi kenyataan dalam masa sehari. Selalulah join forum PPF ni.

Sejarah PPF berulang sekali lagi. PPF sendiri perlu memastikan berapakah bilangan PPF yang ideal untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia pada masa terkini. Pada masa kelulusan permohonan jawatan baru bagi tahun 2010, PPF telah di anugerahkan sebanyak 132 jawatan manakala PF telah berjaya mendapat 700 jawatan. Pengagihan sebanyak 132 jawatan PPF tersebut adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan dan selaras dengan permohonan ABM8 tahun 2008. Hasilnya, masih terdapat KK yang hanya mempunyai seorang PPF. Segala usaha perlulah dilakukan oleh PPF sendiri dalam memohon jawatan tambahan. Banyak saluran yang boleh di ikuti iaitu mesyuarat jabatan, mesyuarat MBJ peringkat PTJ / JKN, mesyuarat pengurusan PPF peringkat negeri / kebangsaan, mesyuarat majlis bersama kebangsaan (MBK) dan mesyuarat jk teknikal PPF. Tetapi tindakan yang paling berkesan ialah PPF di KK berkenaanlah yang perlu melakukan usaha yang gigih dan tabah dalam menjayakannya.

Bagi jawatan PPF, segala usaha adalah diputuskan oleh agensi pusat kerana beberapa dasar dan sumber kewangan perlu di cari sebelum sesuatu jawatan baru PPF di luluskan. Tetapi jika jawatan PRA yang di minta, kelulusan adalah di peringkat JKN sahaja. Ini adalah kerana jawatan PRA bukanlah jawatan yang di lantik oleh agensi pusat, sebaliknya JKN sendiri yang melantik dan membayar gajinya. Ini dapat di lihat dengan amat berkurangnya PRA bertukar antara negeri, sedangkan PPF banyak yang telah melangkaui negeri untuk memberikan perkhidmatan untuk negara. Jika keperluan amat mendesak, JKN boleh melantik PRA secara sambilan dan dibayar gaji secara harian. Apapun, tepuk dada, tanya selera.


DRAFF PERMOHONAN JAWATAN PRA DI KK KKM.

Justifikasi Ringkas :-

1. Pada masa ini, jumlah pesakit yang datang ke KK semakin meningkat, ini menyebabkan beban kerja PPF juga semakin meningkat dan di khuatiri akan berlaku kesilapan semasa membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit. Pertambahan jumlah penduduk ini adalah kerana jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat

2. Jawatan PRA ini adalah amat diperlukan bagi membantu PPF melakukan tugasnya dengan lebih lancar dan lebih sempurna.

3. Purata bilangan Rx yang diterima setiap KK berjumlah 1500 Rx sebulan dan purata pembungkusan semula ubat ( pre-packing ) yang diperlu disediakan adalah sebanyak 5000 sebulan. Jika PRA dapat menjalankan tugas pembungkusan semula, PPF yang sedia ada dapat menumpukan terus tugas penyaringan preskripsi dan pembekalan ubat dengan lebih baik. Aktiviti pembungkusan semula yang kukuh dapat memberikan satu perkhidmatan pendispensan ubat-ubatan yang cekap, tepat dan berkesan.

4. Disamping itu kebanyakan KK hanya mempunyai seorang PPF oleh itu PRA dapat membantu menguruskan stor dan bilik farmasi. PRA ini boleh membantu PPF dalam urusan pemunggahan dan penyusunan ubat-ubatan serta alat perubatan semasa stok baru diterima daripada stor integrasi. Tambahan pula BPF KKM sedang menjalan sistem Perolehan Klinik (CPS) dimana penghantaran ubat/alatan dari Pharmaniaga dihantar terus ke KK.

5. Jawatan ini dipohon untuk mengelakkan dari menggunakan PPK bekerja di Unit Farmasi. Pada masa sekarang tiada jawatan PPK di tempatkan di Unit Farmasi.

6. Untuk memastikan kualiti perkhidmatan bahagian farmasi KK tidak terjejas dengan lebih teruk pada masa hadapan, maka jawatan PRA ini amatlah diperlukan.


SENARAI TUGAS PRA DI UNIT FARMASI KK

1. Memastikan keadaan Unit Farmasi sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.

2. Membantu PPF melakukan pembungkusan semula (pre-packing) ubat-ubatan seperti tablet,cecair, losyen,liniment dan membantu menjaga mesin-mesin pembungkusan semula.

3. Menyusun botol-botol platik dan sampul ubat di unit farmasi / stor

4. Membantu PPF mengambil dan menerima ubat-ubatan dari stor ataupun syarikat pembekal.

5. Menyusun ubat dan alat perubatan di stor apabila stok tiba.

6. Membantu memastikan keselamatan unit farmasi dan stor terutamanya sebelum unit farmasi dan stor ditutup. Memastikan semua lampu, alat penghawa dingin dan pintu ditutup dan dikunci.

7. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa oleh pegawai


Pandangan dan cadangan di atas, adalah dari sudut akademik / ilmiah dan harus dilihat juga dari sudut tersebut.

Tamat : 4 Februari 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : mencari kawan2 bacth 32 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

mencari kawan2 bacth 32 Empty Re: mencari kawan2 bacth 32

Post by nori Wed 23 Nov 2011, 12:53 pm

FORUM 23 NOVEMBER 2011




Salam Satu Malaysia dan selamat bertugas
kepada semua PPF.





Segala cadangan, nukilan dan pandangan di
bawah adalah di lihat dari perspektif
akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama
agar ianya tidak tersasar jauh dari
matlamat asal. Perlembagaan kesatuan PPF
yang asal adalah dalam bahasa Inggeris dan ramai PPF tidak memahami akan hasrat
yang tersirat dan tersurat. . Sebagai usaha inivasi dan kreativiti, di sertakan
perlembagaan daripada kesatuan sekerja
dalam bahasa Malaysia. Jabatan kesatuan sekerja adalah di bawah Kementerian
Sumber Manusia. Positive thingking, positive result. Mencari kawan bagi meningkatkan IQ.



KESATUAN SEKERJA





PERATURAN 1 NAMA
DAN ALAMAT PEJABAT BERDAFTAR






1.
Nama Kesatuan Sekerja yang ditubuhkan
menurut Peraturan-peraturan ini ialah KESATUAN (yang selepas ini disebut ‘Kesatuan’)






2. Pejabat berdaftar kesatuan ialah di
KKM Putrajaya dan tempat mesyuaratnya ialah
di pejabat berdaftar ini atau di mana-mana tempat lain yang ditetapkan
oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.









PERATURAN
2 TUJUAN






1. Tujuan
Kesatuan ini ialah untuk:






(a) Mengorganisasikan pekerja-pekerja
yang disebut di bawah peraturan 3(1) sebagai ahli Kesatuan dan memajukan
kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu
pengetahuan.






(b) Mengatur perhubungan di antara
pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang
baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi
ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta
syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.






(c) Mengatur perhubungan di antara ahli
dengan ahli atau di antara ahli-ahli dengan pekerja-perkerja lain,di antara
ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di antara pegawai Kesatuan
dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di
antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera
penimbangtara menurut peraturan 26 dan
peraturan 27.






(d) Memajukan kebajikan ahli-ahli
Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi
undang-undang.






(e) Memberi bantuan guaman kepada
ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja.









(f) Memberi bantuan seperti pembiayaan
semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh
Majlis Jawatankuasa Kerja.






(g) Menganjurkan dan mengendalikan
kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya
dan para pekerja amnya.






(h) Mengendalikan urusan mengarang,
menyunting, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal, majalah,
buletin atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau
untuk kepentingan ahli-ahli Kesatuan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa
Kerja.






(i)
Menubuhkan
Tabung Wang Kebajikan dan menggubalkan peraturan-peraturan tambahan untuk
mentadbir dan mengawal tabung wang itu jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung.






(j) Secara amnya melaksanakan sebarang
tujuan kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.






2. Tujuan yang dinyatakan dibawah
peraturan 2(1) hendaklah dilaksanakan menurut peraturan-peraturan ini, Akta
Kesatuan Sekerja 1959 dan undang-undang bertulis yang lain yang ada kaitan.









PERATURAN
3 AHLI KESATUAN









1. Keanggotaan Kesatuan ini terbuka
kepada PPF yang digaji oleh KKM kecuali mereka yang memegang
jawatan pengurusan, eksekutif, sulit
atau keselamatan.
Mereka ini hendaklah berumur
lebih dari 16 tahun dan mempunyai tempat kerjanya di Semenanjung Malaysia tertakluk kepada syarat bahawa seseorang
yang diuntukkan pendidikan
dalam sesuatu sekolah, politeknik, kolej, universiti atau institusi lain yang ditubuhkan di bawah
mana-mana undang-undang bertulis tidak
boleh menjadi ahli Kesatuan kecuali jika sekiranya ia:-






(a) sebenarnya seorang pekerja menurut
takrif dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959; dan



(b) berumur lebih dari 18 tahun








2. Permohonan untuk menjadi ahli
hendaklah dilakukan dengan mengisi borang yang ditentukan oleh Kesatuan dan
menyampaikannya kepada Setiausaha. Setiausaha hendaklah mengemukakan permohonan
itu kepada Majlis Jawatankuasa Kerja untuk kelulusan. Majlis Jawatankuasa Kerja
boleh menolak sebarang permohonan untuk menjadi ahli mengikut budibicaranya
tanpa memberi sebarang alasan.






3. Setelah permohonan seseorang itu
diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja dan yuran masuk serta yuran bulanan
yang pertama dijelaskan maka namanya hendaklah didaftarkan dalam Daftar
Ahli/Yuran sebagai ahli.






4. Seseorang ahli itu hendaklah
diberikan senaskah buku Peraturan-peraturan Kesatuan dengan percuma apabila
diterima sebagai ahli.






5. Seseorang yang diterima
masuk menjadi ahli dan kemudian berhenti daripada tempat kerjanya, tred atau
industri seperti dinyatakan dalam peraturan 3(1) akan dengan sendirinya
terhenti daripada menjadi ahli Kesatuan. Namanya hendaklah dikeluarkan daripada
Daftar Ahli/Yuran tertakluk kepada peruntukan berkenaan di bawah Peraturan
Tambahan Wang Kebajikan (jika ada).









PERATURAN
4 YURAN DAN TUNGGAKAN






1.
Yuran
Kesatuan adalah seperti berikut:-






Yuran masuk RM 2.00


Yuran bulanan RM 5.00





Sebarang kenaikan
yuran hendaklah diputuskan dengan undi rahsia menurut peraturan 25.






2. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan
sebelum tujuh haribulan pada tiap-tiap bulan.






3. Seseorang ahli yang terhutang yuran
selama tiga bulan berturut-turut akan dengan sendirinya terhenti daripada
menjadi ahli Kesatuan. Haknya dalam kesatuan akan hilang dan namanya hendaklah
dipotong dari Daftar Ahli/Yuran.






4. Seseorang yang terhenti daripada
menjadi ahli kerana tunggakan yuran boleh memohon semula untuk menjadi ahli
menurut peraturan 3(2).






5. Majlis Jawatankuasa Kerja berkuasa
menetapkan kadar bayaran yuran bulanan yang kurang atau mengecualikan buat
sementara waktu mana-mana ahli daripada
bayaran yuran bulanan atau sebarang kutipan atau yuran khas (jika ada):-






(a)
jika
dia jatuh sakit teruk atau ditimpa kesusahan yang berat ;






(b) dia dibuang kerja, diberhentikan atau
diketepikan dan masih menunggu keputusan sesuatu perundingan atau perbicaraan
tentang pembuangan kerja, pemberhentian
atau pengenepian itu; atau






(c) kerana sebarang sebab lain yang
difikirkan munasabah dan wajar oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.









PERATURAN
5 BERHENTI MENJADI
AHLI






Seseorang ahli yang ingin berhenti dari
Kesatuan hendaklah memberi notis secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu
sebelum tarikh berhenti kepada Setiausaha dan hendaklah menjelaskan terlebih
dahulu semua tunggakan yuran dan hutang (jika ada). Nama ahli berkenaan
hendaklah dipotong dari Daftar Ahli/Yuran.









PERATURAN
6 HAK AHLI






Semua ahli mempunyai hak yang sama dalam
Kesatuan kecuali dalam perkara-perkara tertentu yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan
ini.









PERATURAN 7 KEWAJIPAN
DAN TANGGUNGJAWAB AHLI






1. Setiap ahli hendaklah menjelaskan
yurannya menepati masa dan mendapatkan resit rasmi bagi pembayaran itu.
Pembayaran yuran bulanan dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah tanggungjawab
setiap ahli dan bukannya tanggungjawab pegawai-pegawai Kesatuan.






2. Setiap ahli hendaklah memberitahu
Setiausaha dengan segera apabila berpindah tempat tinggal atau bertukar tempat
kerja.






3. Seseorang ahli yang menghadiri
mesyuarat Kesatuan atau menggunakan pejabat Kesatuan hendaklah berkelakuan
baik, jika tidak ia akan diarah keluar oleh seorang pegawai Kesatuan yang
bertanggungjawab.









4.
Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan
sebarang dokumen atau surat pekeliling
tentang Kesatuan tanpa mendapat kelulusan Majlis Jawatankuasa Kerja.






5. Seseorang ahli tidak boleh
mendedahkan sebarang hal tentang kegiatan Kesatuan kepada orang yang bukan ahli
atau kepada pertubuhan lain atau pihak akhbar tanpa mendapat izin Majlis
Jawatankuasa Kerja.









PERATURAN
8 PERLEMBAGAAN DAN
PENTADBIRAN






1. Kuasa yang tertinggi sekali dalam
Kesatuan terletak kepada Mesyuarat Agung melainkan tentang perkara yang
hendaklah diputuskan melalui undi rahsia menurut peraturan 25.






2. Tertakluk kepada syarat tersebut di
atas Kesatuan hendaklah ditadbirkan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.









PERATURAN 9 MESYUARAT
AGUNG DUA TAHUNAN






1. Mesyuarat Agung Dua Tahunan
Kesatuan hendaklah diadakan seberapa segera selepas 31 Mac dan tidak lewat dari
30 September setiap dua
tahun. Tarikh, masa dan tempat mesyuarat itu hendaklah ditetapkan oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja.






2. Notis permulaan bagi Mesyuarat
Agung Dua
Tahunan
yang menyatakan tarikh, masa, tempat mesyuarat, permintaan
usul-usul untuk perbincangan dalam mesyuarat itu (termasuk usul pindaan peraturan) dan
penamaan calon bagi pemilihan ahli Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah dihantar
oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum
tarikh mesyuarat. “Ahli” di sini bermakna ahli yang berhak mengundi pada masa pengundian
itu dijalanankan.






3. Pencalonan bagi setiap jawatan
dalam Kesatuan dan usul-usul untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan
hendaklah dihantar oleh ahli kepada Setiausaha sekurang-kurangnya dua puluh
satu hari sebelum Mesyuarat Agung Dua Tahunan itu.









4. Semua
pencalonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang yang ditentukan oleh Kesatuan dan hendaklah mengandungi
perkara- perkara yang berikut:-






Nama jawatan yang ditandingi,
nama calon, nombor kad pengenalan, nombor keahlian, tarikh lahir, alamat
pekerjaan, nombor sijil kerakyatan/taraf kerakyatan dan tempoh masa ia bekerja
dalam “establishment”, tred, pekerjaan atau industri seperti yang ditentukan
dalam peraturan 3(1).






5. Sesuatu pencalonan tidak sah jika:





(a) ia tidak ditandatangani oleh seorang
penyokong dan seorang pencadang yang merupakan ahli-ahli berhak; atau






(b) ia tidak mengandungi persetujuan
bertulis calon yang hendak bertanding.






6. Setiausaha
hendaklah menghantar kepada semua ahli sekurang-kurangnya empat belas hari
sebelum tarikh Mesyuarat Agung Dua Tahunan
suatu agenda yang mengandungi
usul-usul, penyata tahunan dan penyata kewangan (jika ada) untuk perbincangan
dan kelulusan (serta kertas undi rahsia) mengikut kembaran kepada
peraturan-peraturan ini bagi pemilihan Majlis Jawatankuasa Kerja dan sebarang
perkara yang akan diputuskan dengan undi rahsia
(jika ada).






7. Satu perempat dari jumlah ahli yang
berhak akan menjadi kuorum Mesyuarat Agung Dua
Tahunan.






8. Jika selepas satu jam dari masa
yang ditentukan bilangan ahli yang hadir masih tidak mencukupi maka mesyuarat
itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lewat dari empat belas
hari kemudian) yang ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.






9. Sekiranya kuorum bagi Mesyuarat
Agung Dua Tahunan yang ditangguhkan itu masih
belum mencukupi pada masa yang ditentukan maka ahli-ahli yang hadir berkuasa
menguruskan mesyuarat itu, akan tetapi tidak berkuasa meminda
peraturan-peraturan Kesatuan.









10. Urusan
Mesyuarat Agung Dua Tahunan antara lain ialah:-






(a) menerima dan meluluskan
laporan-laporan daripada Setiausaha, Bendahari dan Majlis Jawatankuasa Kerja;






(b) membincang dan memutuskan sebarang
perkara atau usul tentang kebajikan ahli-ahli dan kemajuan Kesatuan;






(c) melantik:-





i) Pemegang Amanah, jika perlu;





ii) Ahli Jemaah Penimbangtara, jika
perlu;






iii)
Juruaudit
Dalam; dan






iv) Pemeriksa Undi; untuk melaksanakan
pemilihan pegawai-pegawai Kesatuan bagi tempoh yang akan datang.






(d) meluluskan perlantikan pegawai atau
pekerja sepenuh masa Kesatuan sekiranya perlu dan menetapkan skel gaji serta
syarat-syarat pekerjaannya;






(e) membincang dan memutuskan
perkara-perkara lain yang terkandung di dalam agenda; dan






(f) menerima penyata Jemaah Pemeriksa
Undi tentang dengan pemilihan Majlis Jawatankuasa Kerja dan perkara-perkara
lain (jika ada).






PERATURAN
10 MESYUARAT AGUNG
LUARBIASA






1. Mesyuarat
Agung Luarbiasa hendaklah diadakan:-






(a)
apabila
difikirkan mustahak oleh Majlis Jawatankuasa Kerja; atau






(b apabila menerima permintaan bersama
yang bertulis daripada sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah ahli
yang berhak mengundi. Permintaan itu hendaklah menyatakan tujuan dan sebab
ahli-ahli berkenaan mahu mesyuarat itu diadakan.









2. Mesyuarat Agung Luarbiasa yang
diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan oleh Setiausaha dalam tempoh dua
puluh satu hari dari tarikh permintaan itu diterima. Notis dan agenda hendaklah
disampaikan oleh Setiausaha kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya tujuh hari
sebelum tarikh Mesyuarat Agung Luarbiasa.









3. Peruntukan-peruntukan peraturan 9
tentang kuorum dan penangguhan mesyuarat agung adalah juga terpakai kepada
Mesyuarat Agung Luarbiasa.






4. Jika Mesyuarat Agung Luarbiasa yang
diminta oleh ahli-ahli ditangguhkan kerana kuorum tidak cukup maka mesyuarat
yang ditangguhkan itu hendaklah dibatalkan sekiranya kuorum masih tidak
diperolehi selepas satu jam dari masa yang dijadualkan. Mesyuarat Agung
Luarbiasa bagi perkara yang sama tidak boleh diminta lagi dalam tempoh enam
bulan dari tarikh mesyuarat itu dibatalkan.






5. Jika Mesyuarat Agung Dua Tahunan
tidak dapat diadakan dalam masa yang ditentukan mengikut Peraturan 9, maka
Mesyuarat Agung Luarbiasa berkuasa menjalankan sebarang kerja yang lazimnya
dijalankan oleh Mesyuarat Agung Dua Tahunan dengan syarat Mesyuarat Agung
Luarbiasa yang demikian mestilah diadakan sebelum 31 Disember pada tahun yang
berkenaan.









PERATURAN
11 PEGAWAI DAN PEKERJA
KESATUAN






1. Pegawai
Kesatuan bererti seseorang anggota Majlis Jawatankuasa Kerja.






2. Seseorang tidak boleh dipilih atau
bertugas sebagai pegawai Kesatuan jika ia:-






(a) bukan ahli Kesatuan;





(b) belum sampai umur 21 tahun;





(c) bukan warganegara Malaysia;





(d) pernah menjadi ahli eksekutif
mana-mana kesatuan yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 15 (1)
(b) (iv),(v) atau (vi) Akta Kesatuan Sekerja1959 atau Enakmen yang telah
dimansuhkan oleh akta itu;






(e) pernah disabitkan oleh mana-mana
mahkamah undang-undang mengenai pecah amanah, pemerasan atau intimidasi atau
suatu kesalahan di bawah seksyen 49, 50 atau 50A atau suatu kesalahan yang pada
pendapat Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja menjadikannya tidak layak untuk
menjadi pegawai sesebuah kesatuan sekerja”;






(f) seorang pemegang jawatan
(office-bearer) atau pekerja sesebuah parti politik; atau






(g) seorang yang masih bankrap.








3. Majlis Jawatankuasa Kerja berkuasa
menggaji pekerja-pekerja sepenuh masa yang difikirkan perlu setelah mendapat
kelulusan mesyuarat agung. Seseorang pekerja Kesatuan selain daripada mereka
yang tersebut dalam “proviso” kepada seksyen 29(1) Akta Kesatuan Sekerja
1959,tidak boleh menjadi pegawai Kesatuan atau bertugas dan bertindak
sedemikian rupa sehingga urusan hal ehwal Kesatuan seolah-olah dalam
pengawalannya.






4. Seseorang
tidak boleh digaji sebagai pekerja Kesatuan jika dia:






(a) bukan warganegara Malaysia;





(b)
telah
disabitkan oleh sesebuah mahkamah kerana melakukan suatu kesalahan jenayah dan
belum lagi mendapat pengampunan bagi kesalahan tersebut dan kesalahan itu pada
pendapat Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja tidak melayakkannya digaji oleh
sesebuah kesatuan sekerja;






(c) seorang pegawai atau pekerja sesebuah
kesatuan sekerja yang lain; atau






(d) seorang pemegang jawatan
(office-bearer) atau pekerja sesebuah parti politik.









PERATURAN
12 MAJLIS JAWATANKUASA
KERJA









1. Majlis Jawatankuasa Kerja adalah
badan yang menjalankan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Kesatuan termasuk
hal pertikaian perusahaan dalam masa di antara dua mesyuarat agung.









2. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah
terdiri daripada seorang Presiden, seorang Naib Presiden, seorang Setiausaha, seorang Penolong Setiausaha, seorang
Bendahari, seorang Penolong Bendahari dan Empat (4) orang Ahli Jawatankuasa. Mereka dikenali sebagai
pegawai-pegawai Kesatuan.






3. Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Kerja
hendaklah dipilih setiap Dua Tahun
sekali
dengan undi rahsia oleh semua ahli yang berhak.






4. Sekiranya seseorang calon bagi
sesuatu jawatan tidak ditandingi dan pencalonannya telah dilaksanakan menurut
cara yang ditentukan dalam peraturan 9(4), maka dia akan dianggap telah dipilih
dan namanya akan diasingkan dari kertas undi bagi pemilihan pegawai-pegawai.






5. Majlis Jawatankuasa Kerja yang
pertama hendaklah dipilih dengan undi rahsia dalam masa enam bulan setelah
Kesatuan didaftarkan dan sehingga pemilihan itu dijalankan, Majlis Jawatankuasa
Penaja yang ditubuhkan semasa penubuhan kesatuan hendaklah menguruskan hal
ehwal Kesatuan.






6. Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Kerja
akan memegang jawatan daripada satu Mesyuarat Agung Dua Tahunan ke satu Mesyuarat
Agung Dua
Tahunan
berikutnya.






7.
Sekiranya dalam sesuatu Mesyuarat Agung
Luarbiasa suatu usul “tidak percaya”
telah diluluskan terhadap Majlis Jawatankuasa Kerja oleh dua pertiga suara terbanyak, Majlis
Jawatankuasa Kerja hendaklah dengan serta
merta bertugas sebagai pengurus sementara dan hendaklah mengadakan pemilihan semula pegawai-pegawai Kesatuan
dengan undi rahsia dalam tempoh sebulan
setelah Mesyuarat Agung Luarbiasa itu. Pegawai-pegawai
yang dipilih dengan cara ini akan memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung Dua Tahunan yang
akan datang.






8. Apabila berlakunya pertukaran
pegawai-pegawai, pegawai atau Majlis Jawatankuasa Kerja yang bakal meninggalkan
jawatan hendaklah dalam satu minggu menyerahkan segala rekod berhubung dengan
jawatannya kepada pegawai atau Majlis Jawatankuasa Kerja yang mengambil alih
jawatan.






9. Pemberitahu tentang pemilihan
pegawai-pegawai hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam
tempoh empat belas hari selepas pemilihan itu.






10. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah
bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan setengah daripada jumlah
anggotanya akan menjadi kuorum mesyuarat. Minit mesyuarat Majlis Jawatankuasa
Kerja hendaklah disahkan pada
mesyuarat biasa yang berikutnya.






11. Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja
hendaklah diadakan oleh Setiausaha dengan
arahan atau persetujuan Presiden.






12. Notis dan agenda mesyuarat hendaklah
diberi kepada semua ahli Majlis Jawatankuasa Kerja sekurang-kurangnya lima hari
sebelum mesyuarat.






13. Permintaan secara bertulis untuk
mengadakan mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja boleh dibuat oleh
sekurang-kurangnya setengah daripada jumlah anggota Majlis Jawatankuasa Kerja.
Permintaan itu hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha yang akan mengadakan
mesyuarat yang diminta dalam tempoh empat belas hari dari tarikh permintaan
berkenaan diterima.









14. Apabila berlaku sesuatu perkara yang
memerlukan keputusan serta merta oleh Majlis Jawatankuasa Kerja dan tidak dapat
diadakan mesyuarat tergempar maka Setiausaha boleh dengan persetujuan Presiden
mendapatkan keputusan melalui surat pekeliling. Syarat-syarat yang tersebut di
bawah ini hendaklah disempurnakan sebelum perkara itu boleh dianggap sebagai
telah diputuskan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja:-






(a) perkara dan tindakan yang dicadangkan
hendaklah dinyatakan dengan jelas dan salinan surat pekeliling itu disampaikan
kepada semua ahli Majlis Jawatankuasa Kerja;






(b) sekurang-kurangnya setengah daripada
jumlah ahli Majlis Jawatankuasa Kerja telah menyatakan secara bertulis sama ada
mereka itu bersetuju atau tidak dengan cadangan tersebut; dan






(c) suara yang terbanyak daripada mereka
yang menyatakan sokongan atau sebaliknya tentang cadangan tersebut akan menjadi
keputusan.






15. Keputusan yang didapati melalui surat
pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha dalam mesyuarat Majlis
Jawatankuasa Kerja yang akan datang dan dicatatkan dalam minit mesyuarat itu.









16. Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja yang
tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tidak lagi berhak
menyandang jawatannya kecuali dia dapat memberi alasan yang memuaskan kepada
Majlis Jawatankuasa Kerja.






17. Apabila seseorang pegawai Kesatuan
meninggal dunia, berhenti atau terlucut hak maka calon yang mendapat undi yang
terkebawah sedikit bagi jawatan berkenaan dalam masa undian yang lalu hendaklah
dijemput untuk mengisi tempat yang kosong itu. Bagi jawatan Presiden, Naib
Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha atau Bendahari, calon tersebut
hendaklah mendapat tidak kurang daripada satu perempat jumlah undi yang telah
dibuang bagi jawatan itu.






18. Jika tiada calon yang layak atau
calon yang layak enggan menerima jawatan itu, Majlis Jawatankuasa Kerja
berkuasa melantik seseorang ahli yang layak untuk mengisi kekosongan itu.






19. Setiausaha hendaklah menghantar notis
pertukaran pegawai-pegawai kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam masa
empat belas hari dari tarikh pertukaran dibuat.






20. Majlis Jawatankuasa Kerja boleh
menggunakan sebarang kuasa dan menjalankan sebarang kerja yang difikirkan perlu
bagi mencapai tujuan-tujuan Kesatuan dan untuk memajukan kepentingannya dengan
mematuhi peraturan-peraturan ini, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan
Peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja 1959.






21. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah
mengawal tabung wang Kesatuan supaya tidak dibelanjakan dengan boros atau
disalahgunakan. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah mengarahkan Setiausaha atau
pegawai yang lain mengambil langkah-langkah sewajarnya supaya seseorang
pegawai, pekerja ataupun ahli Kesatuan didakwa di mahkamah kerana menyalahguna
atau mengambil secara tidak sah wang atau harta kepunyaan Kesatuan.






22. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah
mengarahkan Setiausaha atau pegawai yang lain supaya menguruskan kerja-kerja
Kesatuan dengan sempurna.






23. Tertakluk kepada peraturan 11(3),
Majlis Jawatankuasa Kerja boleh menggaji mana-mana pegawai atau pekerja sepenuh
masa yang difikirkan mustahak atas kadar gaji dan syarat-syarat pekerjaan yang diluluskan
oleh Mesyuarat Agung









24. Pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja
Kesatuan boleh digantung kerja atau
diberhentikan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja kerana kelalaian, tidak
amanah, tidak cekap atau enggan melaksanakan sebarang keputusan atau kerana
sebab-sebab lain yang difikirkan munasabah atau wajar demi kepentingan
Kesatuan.






25. Majlis Jawatankuasa Kerja akan
memberi arahan kepada Pemegang-pemegang Amanah tentang pelaburan wang Kesatuan.






26. (a) Majlis Jawatankuasa Kerja boleh menggantung
atau memecat keahlian atau
melarang daripada memegang jawatan seseorang ahli jika didapati bersalah kerana
cuba hendak merosakkan Kesatuan atau melakukan perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan ini atau
membuat atau melibatkan diri dengan sebarang perbuatan mencela, mengeji atau
mencerca Kesatuan, pegawai atau dasar Kesatuan.






(b)
Sebelum
tindakan tersebut diambil, ahli berkenaan hendaklah diberi peluang untuk
membela diri terhadap tuduhan berkenaan. Sesuatu perintah penggantungan,
pemecatan atau larangan hendaklah bertulis dan menyatakan dengan jelas bentuk
dan alasan tentang penggantungan, pemecatan atau larangan tersebut.



Jika
berkenaan, perintah itu hendaklah juga menyatakan tempoh ianya berkuatkuasa dan
syarat-syarat yang membolehkan ia ditarik balik.






(c) Jika seseorang yang telah digantung
faedahnya, dipecat atau dilarang daripada memegang jawatan rasa terkilan,dia
berhak merujukkan kilanan berkenaan melalui Majlis Jawatankuasa Kerja untuk
diselesaikan oleh Jemaah Penimbangtara di bawah peraturan 26 dan peraturan 27
atau merayu terus kepada Mesyuarat
Agung dimana keputusan Mesyuarat Agung adalah muktamad.






27. Dalam masa antara Mesyuarat Agung Dua Tahunan, Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah mentafsirkan
peraturan-peraturan Kesatuan dan jika perlu, akan menentukan perkara
yang tidak ternyata dalam peraturan-peraturan ini.






28. Sebarang keputusan Majlis Jawatankuasa
Kerja hendaklah dipatuhi oleh semua ahli Kesatuan kecuali sehingga ianya
dibatalkan oleh suatu ketetapan dalam mesyuarat agung melainkan keputusan yang
berkehendakkan undi rahsia.









PERATURAN
12.A JAWATANKUASA
TEMPATAN






1. Majlis Jawatankuasa Kerja boleh
menubuhkan Jawatankuasa Tempatan di sebarang daerah/tempat pekerjaan untuk
menjaga kepentingan ahli-ahli di daerah/tempat pekerjaan itu jika difikirkan
perlu.






2. Komposisi keanggotaan bagi
tiap-tiap Jawatankuasa Tempatan hendaklah ditentukan oleh Majlis Jawatankuasa
Kerja.






3. Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah
menggubal peraturan-peraturan kecil sejajar dengan peraturan-peraturan ini bagi
menentukan cara-cara penubuhan, pembubaran, perlantikan
anggota Jawatankuasa Tempatan dan tugas-tugas Jawatankuasa Tempatan.






4. Setiap Jawatankuasa Tempatan akan
bertugas sebagai penyelaras sahaja dan tidak mempunyai kuasa eksekutif selain
daripada kuasa yang diberikan kepadanya secara bertulis oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja.









PERATURAN
13 TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI
KESATUAN






1. Presiden





(a) menjadi Pengerusi semua mesyuarat dan
bertanggungjawab tentang ketenteraman dan kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat itu
serta mempunyai undian pemutus dalam semua isu semasa pada masa mesyuarat
kecuali perkara-perkara yang melibatkan undi rahsia;






(b) mengesahkan dan menandatangani minit
tiap-tiap mesyuarat;






(c) menandatangani semua cek Kesatuan
bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari; dan






(d) mengawasi pentadbiran dan perjalanan
Kesatuan dan berikhtiar supaya peraturan-peraturan ini dipatuhi oleh semua yang
berkenaan.






2. Naib Presiden





(a) membantu Presiden dalam menjalankan
tugas-tugasnya dan memangku
jawatan Presiden pada masa ketiadaannya.






(b) Menjalankan
tugas-tugas sebagaimana diarah oleh Majlis jawatankuasa
Kerja












3. Setiausaha





(a) mengelolakan kerja-kerja Kesatuan
mengikut peraturan-peraturan ini dan
melaksanakan perintah-perintah dan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau Majlis
Jawatankuasa Kerja;






(b) mengawasi kerja-kerja kakitangan
Kesatuan dan bertanggunjawab tentang surat-menyurat dan menyimpan buku-buku,
surat-surat keterangan dan kertas-kertas
Kesatuan mengikut cara dan aturan yang diarahkan oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja;






(c) menetapkan serta menyediakan agenda
mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja dengan persetujuan Presiden dan menghadiri
semua mesyuarat, menulis minit-minit mesyuarat dan menyediakan Penyata Tahunan
Kesatuan untuk Mesyuarat Agung Dua Tahunan;






(d) menyediakan atau menguruskan supaya
disediakan Penyata-penyataTahunan dan surat keterangan lain yang dikehendaki
oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam masa yang ditentukan;






(e) menyimpan dan mengemaskini suatu
Daftar Ahli yang mengandungi nama ahli, alamat, nombor kad pengenalan dan
tarikh menjadi ahli Kesatuan;






(f) menandatangani semua cek Kesatuan
bersama dengan Presiden dan Bendahari.






4.
Penolong Setiausaha






(a) Membantu Setiausaha dalam urusan
pentadbiran Kesatuan dan memangku jawatan Setiausaha semasa ketiadaannya; dan






(b) Menjalankan tugas-tugas sebagaimana
diarah oleh Majlis jawatankuasa
Kerja






5. Bendahari





(a) bertanggungjawab dalam urusan
penerimaan dan pembayaran wang Kesatuan dan urusan penyimpanan buku-buku
kira-kira sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Kesatuan
Sekerja 1959.






(b) mengeluarkan resit rasmi bagi
sebarang wang yang diterima.









(c)
bertanggungjawab
tentang keselamatan simpanan buku-buku kewangan dan surat-surat keterangan yang
berkenaan di Ibu Pejabat. Buku-buku dan surat-surat keterangan ini tidak boleh
dikeluarkan dari tempat rasminya tanpa kebenaran yang bertulis daripada
Presiden pada tiap-tiap kali ia hendak dikeluarkan.






(d) menyediakan penyata kewangan bagi
tiap-tiap mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja dan Mesyuarat Agung.






(e) menandatangani semua cek Kesatuan
bersama dengan Presiden dan Setiausaha.






6. Penolong Bendahari





(a) Membantu Bendahari dalam urusan
kewangan Kesatuan dan memangku
jawatan Bendahari semasa
ketiadaannya; dan






(b) Menjalankan tugas-tugas sebagaimana
diarah oleh Majlis Jawatankuasa
Kerja









PERATURAN
14 PEMEGANG AMANAH






1. Tiga orang Pemegang Amanah yang
berumur tidak kurang dari 21 tahun dan bukan Setiausaha atau Bendahari Kesatuan
hendaklah dilantik/dipilih di dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan yang pertama. Mereka
akan menyandang jawatan itu selama yang dikehendaki oleh Kesatuan.






2. Sebarang harta (tanah, bangunan,
pelaburan dan lain-lain) yang dimiliki oleh Kesatuan hendaklah diserah kepada
mereka untuk diuruskan sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis Jawatankuasa
Kerja.






3. Pemegang Amanah tidak boleh
menjual, menarik balik atau memindah milik sebarang harta Kesatuan tanpa
persetujuan dan kuasa daripada Majlis Jawatankuasa Kerja disampaikan dengan
bertulis oleh Setiausaha dan Bendahari.






4. Seseorang Pemegang Amanah boleh
diberhentikan daripada jawatannya oleh Majlis Jawatankuasa Kerja kerana tidak
sihat, tidak sempurna fikiran, tidak berada dalam negeri atau kerana sebarang
sebab lain yang menyebabkan dia tidak boleh menjalankan tugasnya atau tidak
dapat menyempurnakan tugasnya dengan memuaskan.









5. Jika seseorang Pemegang Amanah
meninggal dunia, berhenti atau diberhentikan maka kekosongan itu hendaklah
diisi oleh mana-mana ahli yang dilantik oleh Majlis Jawatankuasa Kerja sehingga
Mesyuarat Agung yang akan datang.






6. Mesyuarat Agung boleh melantik
sebuah syarikat pemegang amanah seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat
Amanah 1949 (Trust Companies Act 1949) atau undang-undang lain yang bertulis
yang mengawal syarikat-syarikat Pemegang Amanah di Malaysia untuk menjadi
Pemegang Amanah yang tunggal bagi Kesatuan ini. Jika syarikat Pemegang Amanah
tersebut dilantik maka rujukan “Pemegang Amanah” dalam peraturan-peraturan ini
hendaklah difahamkan sebagai syarikat Pemegang Amanah yang dilantik.






7. Butir-butir tentang Pemegang Amanah
atau pertukaran Pemegang Amanah mengenainya hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan
Sekerja dalam tempoh empat belas hari selepas pertukaran berkenaan untuk
dimasukkan ke dalam daftar kesatuan.Sebarang perlantikan atau pemilihan tidak
boleh dikuatkuasakan sehingga didaftarkan sedemikian.









PERATURAN
15 JURUAUDIT DALAM






1. Dua orang Juruaudit Dalam yang
bukan ahli Majlis Jawatankuasa Kerja hendaklah dipilih secara angkat tangan
dalam Mesyuarat Agung. Mereka hendaklah memeriksa kira-kira Kesatuan pada penghujung
tiap-tiap tiga bulan dan menyampaikan laporannya kepada Majlis Jawatankuasa
Kerja.






2. Buku-buku dan kira-kira Kesatuan
hendaklah diaudit bersama oleh kedua-dua Juruaudit Dalam dan mereka itu berhak
melihat semua buku dan surat keterangan yang perlu untuk menyempurnakan tugas
mereka.






3. Seseorang ahli Kesatuan boleh
mengadu dengan bersurat kepada Juruaudit Dalam tentang sebarang hal kewangan
yang tidak betul.






4. Apabila berlaku kekosongan jawatan
oleh sebarang sebab, kekosongan ini bolehlah diisi dengan cara lantikan oleh
Majlis Jawatankuasa Kerja sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.









PERATURAN
16 JURUAUDIT LUAR






1. Kesatuan hendaklah melantik seorang
Juruaudit Luar bertauliah dan seterusnya memperolehi kelulusan Ketua Pengarah
Kesatuan Sekerja bagi perlantikan ini. Juruaudit Luar itu hendaklah merupakan
seorang akauntan yang telah memperolehi kebenaran bertulis daripada Menteri
Kewangan untuk mengaudit kira-kira syarikat-syarikat di bawah Akta Syarikat
1965.






2. Kira-kira Kesatuan hendaklah diaudit
oleh Juruaudit Luar dengan segera selepas sahaja tahun kewangan ditutup pada 31
Mac dan hendaklah selesai sebelum 31 Ogos tiap-tiap tahun.






3. Juruaudit Luar berhak menyemak
semua buku dan surat keterangan yang perlu untuk menyempurnakan tugasnya.






4. Kira-kira Kesatuan yang diaudit
hendaklah diakui benar oleh Bendahari dengan surat sumpah (statutory
declaration).






5. Satu salinan penyata kira-kira yang
diaudit dan laporan Juruaudit Luar itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli
sebelum Mesyuarat Agung Dua Tahunan. Penyata kira-kira dan Laporan
Juruaudit Luar tersebut hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Dua Tahunan untuk kelulusan.






6. Kira-kira Kesatuan yang diaudit
hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja berserta dengan Borang
N sebelum 1 Oktober tiap-tiap tahun.






PERATURAN
17 JEMAAH PEMERIKSA
UNDI






1. Satu Jemaah Pemeriksa Undi yang
terdiri daripada lima orang ahli hendaklah dipilih secara angkat tangan dalam
mesyuarat agung untuk mengendalikan segala perjalanan undi rahsia. Mereka
hendaklah bukan pegawai Kesatuan atau calon bagi pemilihan pegawai-pegawai
Kesatuan. Seboleh-bolehnya ahli-ahli yang dipilih ini hendaklah ahli-ahli yang tinggal di sekitar
kawasan Ibu Pejabat Kesatuan.






2. Jemaah Pemeriksa Undi ini akan berkhidmat
dari suatu Mesyuarat Agung Dua Tahunan ke
Mesyuarat Agung Dua Tahunan yang berikutnya.
Apabila berlaku kekosongan, kekosongan ini hendaklah diisi dengan cara lantikan
oleh Majlis Jawatankuasa Kerja sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.






3. Sekurang-kurangnya tiga orang
Pemeriksa Undi hendaklah hadir apabila pembuangan undi dijalankan. Mereka
hendaklah memastikan bahawa aturcara yang tertera di dalam kembaran kepada
peraturan-peraturan ini dipatuhi dengan sepenuhnya.









PERATURAN
18 GAJI DAN BAYARAN-BAYARAN
LAIN






1. Skim gaji serta syarat-syarat
pekerjaan bagi pegawai-pegawai yang bekerja sepenuh
masa dengan Kesatuan dan pekerja-pekerja Kesatuan hendaklah ditetapkan melalui
usul yang diluluskan di Mesyuarat Agung Dua Tahunan.






2. Pegawai-pegawai Kesatuan yang
dikehendaki berkhidmat separuh masa bagi pihak Kesatuan boleh dibayar saguhati.
Jumlah pembayaran saguhati itu hendaklah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Dua Tahunan.






3. Pegawai-pegawai atau wakil-wakil
Kesatuan boleh diberi bayaran gantirugi dengan kelulusan oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja kerana hilang masa kerjanya dan perbelanjaan serta elaun
yang munasabah bagi menjalankan kerja-kerja Kesatuan. Mereka itu hendaklah
mengemukakan satu penyata yang menunjukkan butir-butir perjalanan dan bukti
hilang masa kerjanya (jika berkenaan) dan perbelanjaan yang beralaskan resit
atau keterangan pembayaran lain. Had maksimum bayaran, elaun dan perbelanjaan
yang boleh dibayar hendaklah ditentukan dari semasa ke semasa oleh Mesyuarat
Agung dan Majlis Jawatankuasa Kerja tidak boleh meluluskan sebarang bayaran
yang melebihi had yang ditentukan oleh Mesyuarat Agung itu.









Segala cadangan, nukilan dan pandangan di
atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga
perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya
tidak tersasar jauh dari matlamat asal.Tingkatkan IQ.










Tamat : 23 November 2011
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : mencari kawan2 bacth 32 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

mencari kawan2 bacth 32 Empty Re: mencari kawan2 bacth 32

Post by nori Wed 14 Mar 2012, 10:44 am

SELAMAT
TAHUN BARU 2012 ,






Forum
14 Mac 2012.






Selamat
Bertugas kepada semua PPF :






Semua
cadangan dan pendapat yang di utarakan di bawah, adalah di lihat dari sudut
akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara berkenaan dari
perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang jauh dari
tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama.



Mencari kawan batch 32 tak ada masaalah jika semua PPF turut membantu. Majlis re union akan di adakan pada 1 Julai 2012, bagi mengumpul semua batch PPF setelah 54 tahun mencurahkan bakti. Apa yang penting ialah, ruangkan masa untuk hadir bersama dan segalanya akan menjadi nyata apabila semua PPF bersatu. Ada PPf yang bernasib baik dan ada juga yang kurang. Tetapi semuanya adalah PPF. re Union akan mengumpul segala pahit dan manis sebagai PPF. 2012 akan menjadi titik tolah kepada kemajuan PPF. Tetapi tugas hakiki jangan di lupakan.



Perjalanan
PPF pada tahun 2012 adalah seperti biasa sahaja dan sila pastikan bahawa setiap
bulan akan terdapat aktiviti PPF dan semua PPF perlu menghadirinya. Mengikut
KMK dan KIK, Plan, Do, Check and Action (PDCA). Hanya PPF yang tentukan. Antara
mesyuarat PPF tahun 2012 ialah Mesyuarat MBJ, Mesyuarat Jabatan Farmasi,
Mesyuarat JK Teknikal PPF , Mesyuarat Exco Persatuan PPF dan Mesyuarat Exco
Kesatuan PPF. Dan yang paling utama ialah semua minit mesyuarat MBJ perlu di
majukan ke JPA dalam masa 2 minggu. Maksudnya apa yang dibincangkan dalam
mesyuarat tersebut, akan di baca oleh JPA, dan PPF sendiri lah yang perlu
menentukan nasib dan masa depan PPF. Kepada PPF yang telah berkhidmat selama 34
tahun, pastinya, perkara ini mudah sahaja, sebab sudah 34 kali mengharunginya. Dan
PPF juga telah 54 tahun mencurahkan bakti di Negara ini.





Tahniah
kepada JPA kerana mempunyai keterampilan, jika di bandingan dengan farmasi,
ibarat langit dan bumi. Sejarah berlaku pada tahun 1998, iaitu semasa mesyuarat
JK pengiktirafan kelayakan JPA yang di pengerusi kan oleh Menteri Pelajaran.
Pada mesyuarat tersebut, JPA telah mengiktiraf diploma farmasi adalah setaraf
dengan kelayakan lain-lain institusi IPTA/IPTS bagi tujuan lantikan dan gaji
dalam perkhidmatan awam. Surat dari JPA
kepada Ketua Setiausaha KKM adalah bertarikh 3 hari selepas mesyuarat tersebut.
Bagi pihak farmasi pula, diploma farmasi di bincangkan di Melaka pada tahun
1990, BPF KKM pula mula menngambil pelajar diploma farmasi pada 2003, dan gaji
diploma PPF bermula 2003. Pakar mathematic PPF perlu tampil membuat pengiraan,
berapa bulankah selepas kelayakan tersebut di iktiraf, maka barulah PPF
mendapat faedah. Lain-lain paramedic telah mula mempelajari silibus diploma
sebelum itu, dan apabila JPA iktiraf kel;ayakn mereka,, mereka terus dapat gaji
diploma. Ianya juga ada kaitan dengan sekolah latihan paramedic lain di bawah
bahagian latihan KKM dan sekolah latihan PPF di bawah BPF KKM. Adalah tidak
patut semua PPF menyalahkan BPF KKM, sebab PPF sendiri pada masa itu masih
belum kukuh organisasinya. Sepatutnya PPF telah membantu BPF KKM, maka barulah
hasil yang optima di perolehi.





Pakar
mathematic PPF juga perlu tampil membuat pengiraan, berapakah rx yang boleh di
dispen oleh PPF dalam masa sehari. BPF KKM menetapkan 300 rx bagi setiap PPF.
Itu adalah norma pada tahun 2005. Norma pada tahun 2012 PPF sendiri kena kira,
sebab dahulu PPF cuti bersalin Cuma 42 hari sahaja, sedangkan kini adalah 90
hari. Jika pakar mathematic PPF tidak tampil mengira segala norma perjawatan
PPF bagi tahun 2012, maka PPF perlu lah bersedia dengan segala norma perjawatan
yang akan di keluarkan oleh BPF KKM. Ada KK pada tahun 1992 rx setahun adalah
17,000 dan pada 2011 jumlah rx setahun ialah 24,000, tetapi PPF di situ masih
dua orang. Itu belum masuk kira pergi ganti PPF bercuti, berkursus dll. Pendek
kata, masa berubah, tetapi bilangan PPF masih belum berubah.





Aktiviti
tahun 2012 adalah :





Januari-
Berlalu Tampa Erti Yang Bererti



Februari-
Berlalu Tampa Erti Yang Bererti



Mac-
Akan Berlalu Lagi 17 Hari



April
– Lawatan Sambil Belajar Ke KSKB dan Pertemuan PPF Pos Basic Holder



Mei


Jun


Julai
– RE UNION PPF SEMPENA 54 TAHUN



Ogos


September


Oktober


November


Disember





Mesyuarat
Exco Persatuan PPF, Mesyuarat Exco Kesatuan PPF, Mesyuarat JK Teknikal,
Persidangan PPF Setiap Negeri, Mesyuarat Pre Counsil MBJ, Mesyuarat MBJ,
Mesyuarat PTJ, Dll.



PPF
perlu bersedia sepanjang masa, setiap masa dan sebarang masa.






Dalam
ucapan YB Timbalan Menteri Kesihatan Dato’ M Mahalinggam, semasa merasmikan
Persidangan Persatuan PPF, Di Hotel Seri Malaysia Ipoh pada AGM 1997, telah
memaklumkan bahawa semua katogeri paramedik telah mengwujudkan JK Teknikal
masing-masing. Dan lihatlah JK Teknikal PPF di tubuhkan bila dan apakah
perkembangan nya. Juga siapakah Wakil PPF dalam JK tersebut serta apakah
tugasan Jawatankuasa Kecil yang di anggotai oleh PPF dalam merangka Peningkatan
Mutu Perkhidmatn dan Perkembangan Kerjaya PPF. Semua PPF perlu memahami bahawa
segala kemajuan dan pengiktirafan PPF adalah bermula dengan peningkatan mutu
perkhidmatan. Dan selepas itu barulah semua PPF boleh memikirkan peningkatan
kerjaya. Sambungan dari itu, pada tahun 2000, semua paramedik telah di
anugerahkan jawatan Anggota Kesihatan Bersekutu (AHP), termasuklah PPF dan satu
resolusi telah di keluarkan semasa
RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000 Theme : “ Enhancing Patient
Centred Service Through Teamwork “ yang di adakan pada 7 – 9 September 2000, di
Genting Highlands, Pahang. The Director’s Conference 200 after deliberating on
the theme “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “ with the main
objective of enhancing the role of Allied Health Professionals (AHP) in meeting
the future health needs, Semua AHP termasuk PPF di sarankan memberikan
perkhidmatan berdasarkan Wellness focus, Person focus, Informed person, Self
help and self care, Care provided at home or close to home, Seamless and
continuous care, Services tailored to need of individuals and groups,
Effective, efficient and affordable care. Cara mencapainya terdapat dalam
resolusi tersebut dan ianya perlulah di patuhi oleh semua PPF termasuk ahli
persatuan, ahli kesatuan dan juga PPF yang bukan ahli kedua-duanya.






Keputusan
kerajaan dalam membatalkan SBPA adalah tindakan yang terbaik pada waktu ini.
Semua PPF telah mendapat kenaikan gaji sebanyak 13 %. Tentu rakyat lain akan
berasa iri hati dan cemburu dalam kenaikan tersebut.. Sebab mereka merasakan
mereka tidak mendapat apa-apa. Tetapi sebenarnya semua rakyat Malaysia
menikmati 13 % tersebut, Cuma dalam cara dan suasana yang berbeza. PPF dapat
kenaikan gaji, sedangkan rakyat lain mendapat peningkatan perkhidmatan. Dari
segi akta pekerjaan, setiap sen adalah di kira. PPF tidak boleh bekerja dengan
cara lama kerana sepatutnya apabila kenaikan gaji 13 % di berikan, tugas dan
tanggungjawab PPF juga perlu meningkat 13 %, sejajar dengan kenaikan tersebut.
Apabila PPF masih bekerja dengan cara lama, maka bermulalah pembaziran wang
kerajaan. Kalau dahulu bekalkan ubat dalam masa 13 minit, dengan gaji baru
sepatutnya dalam masa 11 minit, pesakit boleh mendapatkan ubat. Tetapi itu
adalah kebaikan dan jika di lihat dari segi keburukannya ialah, PPF masih
berkerja pada takuk lama. Malaysia akan rugi jika tiada peningkatan
perkhidmatan.



Rakyat
Malaysia juga amat bertuah kerana mendapat YAB PM yang berpandangan jauh.



Banyak
saranan dan usaha beliau dalam memajukan Negara, antaranya ialah :






MBE
– Model Ekonomi Baru



ETP
– Program Transformasi Ekonomi



GTP
– Program Transformasi Kerajaan



MPEN
– Majlis Penasihat Ekonomi Negara



IPS
– Institiut Pembaharuan Strategic



PEMANDU
– Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanan



R
& D – Inovasi , Penyelidikan dan Pembangunan



NKEA
– Makmal Bidang Aktiviti Ekonomi Utama Negara



NKRA
– Bidang Keberhasilan Utama Negara



NPPC
– Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara



PEMUDAH
– Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan



KPI
– Key Performance Indek






Banyak
sebab mengapa PPF masih ketinggalan. Antaranya ialah:-



Nama
PPF tiada dalam ingatan PM,



PM
punya keputusan, ia boleh beri kepada lain-lain AHP



PM
tinggal di tempat terang dan memang tak nampak PPF yang duduk di tempat gelap



Segalanya
nasib PPF telah tercatat pada kitab yang tinggi



PPF
perlu bersabar kerana PM juga manusia biasa.






PPF
boleh mengubah nasib dengan berjumpa bomoh yang terbilang. Antara nasihat bomoh
ialah segalanya adalah bermula di tangan PPF sendiri. PPF perlu mengatur
langkah dan strategi yang berketepatan tinggi, usaha yang jitu, tampa megira
masa dan selainnya serahkan kepada YAB PM untuk membuat keputusan.






Seterusnya,
disertakan di sini jalan penyelesaian yang terpimpin.






Pertamanya
PPF perlu menyediakan draff perkembangan PPF setahun,lima tahun dan sepuluh
tahun.






Keduanya
ialah menyediakan kertas kerja yang lengkap bagi mencapai apa yang telah di
draffkan dalam perancangan setahun, lima tahun dan sepuloh tahun tersebut.






Ketiganya
ialah menghantar nya ke YAB PM. Juga perlu di ketahui ialah YAB PM adalah PM,
Menteri Kewangan, Presiden Umno, Ahli Parlimen Pekan dll. Dan PPF juga perlu
mengetahui tarikh akhir bagi menghantar apa-apa permohonan. Pembentangan Budget
setiap tahun adalah pada bulan Oktober. Semua permohonan kepada YAB PM yang
melibatkan RM, perlu di hantar ke Kementerian Kewangan sebelum 1 Jun setiap
tahun, bagi Kementerian Kewangan membuat penilaian terakhir, setelah mendapat
pandangan dan sokongan dari lain-lain kementerian. PPF perlu jelas dalam
perkara ini. Kita teruskan dengan permohonan elaun kritikal bagi PPF. Kertas
kerja telah di hantar oleh beberapa PPF kepada persatuan dan kesatuan. Tetapi
hasilnya, hanya mereka yang tahu. Juga lain-lain PPF boleh membantu dengan
mendesak agar kesatuan dan persatuan mempercepatkan usaha tersebut dengan
alasan di desak oleh ramai PPF. Tentunya jika di undi secara dalam talian,
pastinya melebihi 50 % PPF menyokong agar PPF turut menikmati Bayarn insentif
Perkhidmatan kritikal (BIPK) tersebut.
Jaln yang berliku perlulah di harungi.






Semua
PPF telah terlepas pandang agar betapa pentingnya BPF KKM kepada peningkatan
mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF. Dan sepatutnya ketua profesyen
PPF lebih maklum. Jika ketua profesyen PPF menyatakan bahawa BIPK tidak layak
bagi PPF, lain-lain PPF perlu menerimanya dengan hati yang terbuka. Memang
nasib dan masa depan PPF terletak sebahgiannya di tangan ketua profesyen PPF.






Untuk
makluman semua, BIPK akan di kaji setiap lima tahun, dan pada 2013 ianya akan
di kaji. Jika PPF bernasib baik, ianya boleh di kebelakangkan tarikhnya atas
sokongan YAB PM. Contoh yang paling nyata ialah saguhati polis zaman darurat.
Zaman darurat tamat pada 1968 dan pada 2012 anggota polis tersebut telah
mendapat saguhati, iaitu selepas 44 tahun. PPF juga mungkin akan dapat
tunggakan sejak 15 tahun dahulu. PPF seramai 3500 orang sahaja, dan hanya sedikit jika di bandingkan dengan
jururawat iaitu seramai 52000 orang. PPF hanya beberapa peratus sahaja daripada
jururawat ( pakar mathematic PPF perlu tampil dengan fact and figure ). BIPK
telah di perkenalkan sejak 15 tahun lalu, PPP Cuma baru dapat 10 tahun. Bagi
diri PPF masih zero. PPF telah mencurahkan bakti di Negara ini selama 54 tahun,
tetapi surat sokongan daripada Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi
KKM, masih belum di terima dalam urusan sokongan bagi PPF mendapatkan BIPK ini.
Jika ada surat tersebut, usaha PPF telah 50 % Berjaya kerana semua permohonan
PPF kepada kerajaan, pastinya akan di pulangkan semula ke KKM, dan akhirnya
ianya akan sampai ke meja BPF KKM. Dan jika bernasib baik, ketua profesyen pun
akan di maklumkan sama. Langkah berikutnya ialah mendapatkan surat sokongan BPF
KKM agar PPF juga dapat BIPK ini dan seterusnya ialah menghantar permohonan
tersebut ke PM sebelum 1 Jun 2012. Jika tidak, PPF akan terus menggigit jari
dan akhirnya apabila semua jari telah di gigit, terpaksa lah pula gigit jari
orang lain. PF lah yang akan menjadi mangsa dalam senarai menunggu.









Dan
PPF juga perlu mahir dalam semua bidang keberhasilan utama negara NKRA dan seterusnya tentu YAB PM amat menghargainya
kerana hasrat beliau telah di terjemahkan secara akademik dan ilmiah oleh
rakyat Negara ini di kalangan PPF.






Seterusnya
senarai nama PPF yang perlu di hubungi jika memerlukan bantuan teknikal dll
perlulah di kemaskinikan setiap masa dan sepanjang masa agar tiada PPF yang
ketinggalan berterusan. Ianya juga perlu di tambah dengan senarai nama PPF U40,
U38, U36, U32 dan U29. Dalam perjalanan mentadbir Negara YAB PM amat memerlukan
sokongan Kakitangan Awam dan NGO. Bagi kepentingan PPF kakitangan awam ialh PF manakala
NGO pula ialah persatuan PPF dan kesatuan PPF. Bagi organisasi persatuan PPF
dan kesatuan PPF memang tiada masalah kerana segalanya ada di rekodkan. Ianya
bermula dengan Ahli Majlis, Exco dan Wakil Negeri. Dan jika ada keperluan,
wakil daerah juga boleh di lantik dari kalangan persatuan PPF dan kesatuan PPF.
Masalah yang paling besar ialah perjalanan penjawat awam iaitu dari kalangan PF
dan PPF. PF mempunyai agenda yang tersendiri samada secara terancang dan tidak
dirancang. PPF juga mempunyai masalah yang tersendiri. Masalah PPF akan di
sentuh dan masalah perjalanan PF tidak akan di sentuh sebab , tiada maklumat.
Semua PPFU40, U38, U36 dan U32 mempunyai senarai tugas, tetapi tugasan membantu
lain-lain PPF memang tidak tercatat sebab senarai tugas tersebut di karang oleh
PF. Sepatutnya semua PPF tersebut perlu menjaga kebajikan lain-lain PPF di
bawah seliaan dan jagaan mereka. Juga seperti yang di maklumkan terdahulu,
sehingga kini, masih belum ada surat / pekeliling yang di keluarkan oleh ketua
profesyen.



Sejarah
semasa AGM kesatuan pada 2007, ketua profesyen PPF telah hadir dan
membentangkan perkembangan PPF di Malaysia. Tetapi kemudahan power point tidak
di sediakan dalam bilik AGM tersebut dan ianya tidak dapat di bentangkan bagi
makluman semua PPF yang hadir. Malangnya sehingga kini 2012, perkembangan
tersebut masih belum di bentangkan kepada semua PPF.Jika sudah di bentangkan,
maksudnya masih ada PPF yang bernasib malang kerana masih tidak menerimanya
sehingga kini.






Berbalik
kepada PPF U40, U38, U36 U32 dll, siapakah yang memantau aktiviti mereka.
Sepatutnya ketua profesyen perlu memantau dan menasihatkan semua mereka itu
agar menjadi ahli persatuan dan kesatuan. Lain-lain PPF juga boleh memantau,
iaitu siapakah dikalangan mereka yang masih belum menjadi ahli persatuan dan
kesatuan serta membayar yuran tertunggak jika ada. Persoalan RM memang tiada
sebab upah jahit pakaian seragam dah jadi RM600 dan gaji dah naik 13 %. Tetapi
PPF juga manusia biasa, iaitu 1000 alasan boleh di beri. Maka selepas ini, jika
ada PPF yang masih belum jadi ahli, merekalah yang patut di persalahkan. Yang
lucunya ada juga di kalangan PPF tersebut pun masih belum jadi ahli.



Kempen
merubah sikap di kalangan PPF telah Berjaya, kempen biro pendidikan juga telah
Berjaya, dan seterusnya ialah semua PPF perlu membantu biro keahlian dalam
menjayakan misi dan visinya. Permohonan menjadi ahli telah di permudahkan
sebanyak 90 %. Ianya ringkas, mudah, cepat, tepat dan anggun. Semua PPF perlu
mematuhi prosedur yang di tetapkan,iaitu,






Masukkan
bayaran secara bank in ke MAYBANK 0140 2031 0915 ( kesatuan ) dan AFFIN BANK
100180003775 ( persatuan ) dan selepas itu emelkan slip pembayaran tersebut
kepada setiausaha kehormat persatuan dan setiausaha agong kesatuan. Yuran
kesatuan ialah RM5.00 sebulan dan yuran persatuan ialah RM100 seumur hidup.
Yang selebihnya nanti, setiausaha persatuan dan kesatuan akan uruskan. Tetapi
sebagai PPF alaf baru, tugas pertama ialah perlu sahkan nombor akaun tersebut.
Ini adalah kerana setiap dua tahun akan terdapat perubahan kepada kepimpinan
persatuan dan kesatuan. Senang cerita ialah setiap dua tahun akan ada pemilihan
ahli majlis dan exco dan juga segalanya akan berubah selepas itu kerana ianya
adalah mengikut suasana dan selera ahli majlis dan exco baru. Dan pada 2012 AGM
kesatuan akan ada pemilihan. Pastikan semua PPF tiada yuran tertunggak dan
sekaligus membolehkan PPF tersebut mengundi siapakah pilihan di hati mereka.
PPF juga perlu mematuhi masa yang telah di tetapkan iaitu akaun kesatuan akan
di tutup pada 31 Mac iaitu lagi 17 hari dan akaun persatuan di tutup pada 31
Disember. Dan selepas itu segalanya akan di hantar ke ROS dan pendaftar
kesatuan. Jika pihak atasan ingin mengetahui berapakah bilangan ahli kesatuan
dan persatuan, mereka Cuma perlu rujuk sahaja kepada pihak pendaftar. Dan
selepas ini, jangan bersedih jika permohonan PPF tidak di layan kerana keahlian
PPF hanyalah sekitar 60 % sahaja daripada semua bilangan PPF yang layak. Juga
dari segi mathematiknya juga, hanya 60 % sahaja permintaan PPF di luluskan.
Oleh sebab itu, mohon lah seratus usol dan syukur 60 daripadanya di luluskan.






Juga
apabila di sebut hal usol ini, PPF memang kertinggalan amat jauh daripada lain2
AHP. Semasa persidangan PPF di Ipoh Perak pada 2011, masih tak Nampak usolnya
ataupun hasil dari persidangan tersebut. Begitu juga semasa AGM persatuan di
Johor, masih juga tak Nampak usolnya. Seterusnya AGM kesatuan di Melaka, masih
juga tak ada usol nya yang perlu di majukan ke pihak atasan bagi di
pertimbangkan ataupun di perhalusi bagi kemajuan PPF. Ini berbeza dengan
lain-lain AHP, mereka telah menyiapkan usol sebelum sesuatu acara berlangsung
dan hasilnya ialah, selepas ucapan perasmian, semua usol tersebut di berikan
kepada perasmi untuk di bawa balik dan di pertimbangkan. Tetapi jalan
penyelesaianya masih ada. PPF perlu melantik urusetia bagi setiap persidangan,
symposium, perjumpaan dll, dan adalah menjadi tugas urusetia bagi menyediakan
laporan bagi aktiviti tersebut. Juga semua usol atau resolusi dll, perlulah di
hantar kepada pihak atasan oleh setiausa persatuan dan kesatuan dan salinan
kepada semua ahli majlis dan exco. Dan semua wakil negeri dan wakil daerah juga
perlu di maklumkan tentang permohonan tersebut. Dan akhirnya pada hujung tahun
seramai 46 PPF telah di maklumi iaitu 10 ahli majlis persatuan. 10 exco
kesatuan, 13 wakil negeri persatuan dan 13 wakil negeri kesatuan. Tetapi jika
ada PPF yang terlena di buai mimpi indah, pastinya maklumat tersebut telah di
kongsi bersama. Teknologi ICT juga mempercepatkan dan mempermudahkan segalanya.






Dalam
laporan AHP, Bhg Perkembangan Perubatan KKM, semua ketua profesyen telah di
maklumkan tentang alamat emel. Ini termasuk juga ketua profesyen PPF iaitu mohamad_awang@yahoo.com . Banyak emel
telah di hantar ke sana tetapi masih belum menerima pengesahan penerimaannya
atupun maklumbalasnya. Ini amat berbeza dengan JPA yang menpunyai 1.4 juta
kakitangan awam dan ceupacs, apabila dihantar emel, pasti mendapat balasan.
Walaupun hasilnya masih jauh, tetapi dengan balasan yang di terima kepanasan
hati PPF telah reda sedikit. Tetapi jika lain-lain PPF telah mendapat balasan
daripada mohamad_awang@yahoo.com,
tahniah di ucapkan, maksudnya profesyen PPF dalam laluan kerjaya yang tepat.
Jika tidak, usaha dari segi lain perlu di lakukan. Di sinilah bermulanya
Scientific Meeting bagi PPF, PPF perlu mencari lebuhraya baru bagi menghantar
segala permohonan dan mengkaji sifat manusia dalam pengurusan. Segalanya di
namakan SAINS PENGURUSAN. PPF memang tidak layak bagi membicarakan aspek
teknikal dalam bidang kefarmasian. Bahagian itu serahkan sahaja kepada PF.



Juga
sebagai jalan penyelesaian jangka panjang dan jangka pendik, PPF perlu di
dedahkan tentang Skop Tugas dan Norma Perjawatan PPF. Ianya telah di bahaskan
secara panjang lebar oleh kementerian sumber manusia. Dan secara ringkasnya
ialah :






PPF
U29 – 100 % tugas teknikal



PPF
U32 – 80 % tugasan teknikal dan 20 % tugasan pengurusan PPF



PPF
U36 – 70 % tugasan teknikal dan 30 % tugasan pengurusan PPF



PPF
U38 – 60 % tugasan teknikal dan 40 % tugasan pengurusan PPF



PPF
U40 – 50 % tugasan teknikal dan 50 % tugasan pengurusan PPF.






Antara
tugasan pengurusan PPF ialah, CME, CPD, MBJ, JK Teknikal, Pertukaran Dll.



Bila
sebut CME ni, PPF juga telah ketinggalan. Staff Nurse dengan CNE nya, PPP
dengan CME nya, PF dengan CPE nya. Sedangkan PPF masih tiada CPE yang di
uruskan oleh PPF sendiri. Jaln penyelesaiannya ada dua jalan yang berbeza.






Penyelesaian
pertama ialah PPF sendiri berdikari dengan peningkatan mutu perkhidmatan dan
perkembangan kerjaya sendiri dan penyelesaian kedua ialah ikut sahaja PF sebab
kan PPF ni penolong pegawai farmasi. Juga draffkan bagimana PPF boleh sambung
belajar dan jadi PF. Langkah awal yang telah Berjaya ialah USM telah menerima
kemasukkan PPF mengikut saluran kedua bagi mendapatkan Bac in Pharm. Laluan
seterusnya ialah perlu di fikirkan oleh semua PPF dan hantar MEMORANDUM ke
pihak atasan.






SEJARAH A :





Profesion Farmasi di negara ini telah wujud sejak tahun
50’an lagi. Sejak itu, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat
sekali sehinggalah ke hari ini. Pada satu ketika, profesion ini telah
berkembang dengan begitu pesat sehinggakan bilangan Ahli-Ahli Farmasi yang
diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas di hospital-hospital kerajaan adalah
tidak mencukupi. Langkah utama yang diambil ketika itu ialah untuk mengujudkan
tenaga pembantu bagi mengatasi kekurangan Ahli Farmasi di hospital-hospital
kerajaan. Oleh itu, Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi yang pertama telah
diwujudkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dengan meminjam bangunan Sekolah
Latihan Jururawat. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 11 orang
sahaja. dan pengajarnya adalah Pegawai
Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu Sekolah Latihan Penolong
Pegawai Farmasi telah di bina di Petaling Jaya, Selangor.






Kini , setelah 55 tahun berlalu, Sekolah Latihan Penolong
Pegawai Farmasi Petaling Jaya telah berpindah ke Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu ( KSKB ) Sungai Buloh, Selangor.






Perjawatan pada 1 Jan 2011 ialah terdapat sebanyak 3035
jawatan Penolong Pegawai Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan
U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % sahaja dan masih terdapat 14 %
kekosongan.






Pada masa ini, tugas Penolong Pegawai Farmasi ialah :


Mengendalikan sumber perolehan bekalan drug dan iventori


Mengendalikan
kaunter pesakit luar



Mengendalikan
kaunter bekalan wad



Mengendalikan
makmal persediaan.






Tugas
tambahan Penolong Pegawai Farmasi :



Makmal TPN ( Total Parental Nutrition
)



Makmal IV Admikstur


Makmal Sitotoksik


Makmal TDM ( Therapeutik Drug
Monitoring )



Khidmat Nasihat Pendidikan
Pesakit






Penolong
Pegawai Farmasi juga bertugas di makmal-makmal di Biro Pengawalan Farmasiutikal
Kebangsaan Petaling Jaya .






Mulai
1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menukar gelaran nama jawatan
Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai
Farmasi .






Semasa
SSB diperkenalkan pada 1992, Penolong Pegawai Farmasi telah diletakkan didalam
kumpulan sokongan II . Tetapi Jururawat lebih bermasib baik kerana telah
menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK). Ini diikuti pula oleh
Pembantu Perubatan pada 1 Januari 2008. Walaupun menyumbang khidmat yang sama
di Kementerian Kesihatan Malaysia, warga Penolong Pegawai Farmasi masih belum
menerima BIPK , walaupun ianya diperkenalkan sejak 15 tahun yang lalu.






SEJARAH
B :






Profesion
Penolong Pegawai Farmasi bermula sekitar bulan September 1957 iaitu sebulan
sesudah Kemerdekaan Malaya. Pada masa itu latihan dijalankan di premis Sekolah
Latihan Jururawat, Hospital Besar Pulau Pinang. Latihan dijalankan disana
sehingga tahun 1964. Kolej latihan adalah dinamakan sebagai Sekolah Latihan
Pembancuh Ubat. Pada ketika itu, Latihan adalah dijalankan secara teori selama
setahun dan ”on job training selama 2 tahun”.Pada tahun 1964, sekolah latihan
Pembancuh Ubat telah berpindah ke Makmal Ubat dan Stor, Jalan Universiti (G.M.S
– General Medical Store) dimana sekarang telah dijadikan IbuPejabat
Perkhidmatan Farmasi Malaysia (Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM). Latihan
disini dimulakan dengan pengambilan pelatih pertama seramai 26 pelatih sahaja.
Kemudian dengan pembinaan 2 lagi Makmal, jumlah pengambilan ditambah menjadi
120 pelatih setiap tahun. Di kawasan yang sama jugalah latihan Pembantu Makmal
Kimia Ubat dijalankan yang kita ketahui kemudiannya telah di ‘asimilasi’
menjadi Pembantu Farmasi.

Gelaran jawatan sebenarnya didapati berubah sebanyak 4 kali. 3 kali secara
rasmi dan sekali tidak rasmi. Secara rasmi, gelaran pertama iaitu pembancuh Ubat diguna mulai 1957 – 1981.
Gelaran kedua iaitu Pembantu Farmasi
dilulus dan diguna mulai 1982 sehinggalah 31 Mei 2008 dan kemudian mulai 1 Jun
2008 secara rasminya diubah sebagai Penolong
Pegawai Farmasi. Tetapi ramai yang tidak mengetahui ada satu lagi
gelaran yang diguna secara tak rasmi pada 1981-1982 iaitu JuruUbat.
Semasa itu gelaran tersebut tidak diluluskan kerana ia kelihatan golongan
Profesional. (Maklumat daripada Senior) Selepas itulah ia diubah kepada
Pembantu Farmasi.

Perkembangan latihan. Pada tahun 1998 Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Yang
Amat Berhormat Dato’Seri Najib Tun Abd Razak telah meluluskan sijil latihan
Pembantu Farmasi kepada Diploma Farmasi. Selepas penyediaan kurikulum, program
ini dinaik taraf dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah meluluskan nama
diploma kepada Diploma Pembantu Farmasi bermula tahun 2000 (walaupun diluluskan
Diploma Farmasi). Nama sekolah juga di ubah kepada Kolej Pembantu Farmasi
dengan Pengajar dari kalangan bekas Pembantu Farmasi pertama selepas naik taraf
seramai 7 orang. (Ketua program sekarang En.Ariffin Sutan adalah salah seorang
dari 7 Pengajar tersebut). "Walaubagaimana pun semua Senior tidak akan
lupa akan jasa dan kenangan latihan oleh Miss E.L Leong , Pharmacist @ Pengetua
Sekolah sebelum itu yang telah banyak memberi sumbangan dan jasa besar kepada
Profesion ini. (Semoga roh beliau dicucuri rahmat....)"
Mulai tahun
2004, Kolej Latihan telah berpindah kali ketiga ke premis sekarang iaitu Kolej
sains Kesihatan Bersekutu, Sg.Buloh dengan imej baru dan penambahan Pengajar
seramai 13 orang.
(Termasuk Ketua Program-maklumat sehingga 2008) Kursus pula telah diubah
mengikut sistem Universiti dengan kredit point dan pembelajaran semester.



Kursus
Diploma Pembantu Farmasi (seharusnya Diploma Farmasi) mengambil masa 3 tahun
dan dikendalikan mengikut sistem semester yang merangkumi 6 semester.

Empat semester iaitu tahun 1 semester 1 & 2, Tahun 2 semester 1 dan Tahun 3
semester 2 dikendalikan dibawah Program Diploma Pembantu Farmasi di Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu, Sg.Buloh.
Pada tahun 2 semester 2 dan tahun 3 semester 1, pelatih perlu menjalani latihan
klinikal di hospital-hospital kerajaan, klinik kesihatan dan institusi yang di
iktiraf oleh KKM.



Penolong
Pegawai Farmasi tidak terlepas dari menghadapi arus perkembangan yang amat
pesat dalam bidang Teknologi Farmaseutikal, pembangunan, pendidikan,integriti
dan nilai-nilai murni serta keperluan tinggi terhadap perkhidmatan berkualiti
(High demand in quality service). Semua warga kesihatan secara amnya dikerah
menambahkan ilmu pengetahuan, mengubah sikap, imej,dan komitmen untuk satu hala
tuju baru bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang memiliki kepakaran tinggi
serta memberi perkhidmatan berkualiti dan bermutu kepada pelanggan.

Seruan Perdana Menteri keatas Pembangunan
Modal Insan banyak memberi kesan kepada aktiviti perancangan
kursus-kursus dan program. Kementerian Kesihatan sendiri berjaya merancang
banyak program-program serta memberi peluang-peluang kepada semua anggota
terutamanya dari kalangan Paramedik sejak akhir-akhir ini.

Penolong Pegawai Farmasi juga sedar hampir
semua paramedik di Kementerian Kesihatan telah melalui penjenamaan
semula sebagai produk baru dengan imej yang lebih baik, penambahan peluang
kursus-kursus pos basik, peluang melanjutkan "Ijazah di Universiti
tempatan, program-program kursus lanjutan ditempat kerja yang padat,
"penglibatan dalam aktiviti Jabatan dan kemasyarakatan, penghormatan dan
pengiktirafan dari Kementerian, ketua jabatan dan para profesional.
Imbuhan gaji yang baik, elaun-elaun kritikal, kenaikan gaji setiap kali bila
ada perubahan skim perkhidmatan kepada mereka (Jururawat, PPKP, PPP, XRay,etc)
membuat diri mereka dihargai,kebajikan terjaga dan sentiasa menyemarakan
semangat bekerja. Lembaga pendaftaran juga telah lama diujudkan bagi mengawal
profesion mereka.

Tetapi amatlah menyedihkan sekali, satu-satunya profesion yang beroperasi sejak
50 tahun lalu di Kementerian Kesihatan iaitu Pembantu Farmasi(Gelaran baru Penolong Pegawai Farmasi sejak 1
Jun 2008
)paling disisihkan oleh
Kementerian Kesihatan dan paling kurang mendapat perhatian baik
dari segi peluang kursus-kursus pos basik, program-program jabatan (yang boleh
dibilang jari penglibatan mereka), akta pendaftaran, peluang melanjutkan
pengajian Ijazah Farmasi di Universiti tempatan, kurangnya pengiktirafan oleh
Pegawai sendiri dikebanyakan Hospital dan Institusi, paling lambat mendapat
apa-apa kemajuan dalam profesion termasuk diploma pembantu farmasi. Nama
diploma juga masih tidak relevan dengan perkembangan semasa. Masih lagi pihak-pihak
tertentu di KKM yang bermain menarik tali untuk melambatkan sebarang proses
tuntutan oleh PPF.

Ini amatlah dikesali dan PPF sentiasa
bekerja dalam keadaan tekanan atau stress yang tinggi. Jika dilihatkan PPF kanan pun jika dalam gred yang sama dengan paramedik lain pun kurang mendapat pengiktirafan dan
penghormatan yang sama dari immidiate officer dan Pegawai Perubatan
& Pegawai Kesihatan. Kenapa ini
berlaku kepada PPF?

Melalui satu kajian yang dijalankan oleh Kaunselor di HKL yang
dibentangkan dalam "6th combined
scientific meetings of Allied Health professionals" di Melaka 2006
lalu, didapati golongan pekerja yang
mengalami stress paling tinggi ialah Pembantu Farmasi. Menurut kaunselor
tersebut satu laporan telah dihantar ke JPA untuk pengetahuan dan tindakan.
Dan akhir sekali pada 1 Julai 2012 jam 10.30 pagi satu majlis pertemuan semua PPF seluruh Negara akan di
adakan. Majlis Sambutan Jubilee Emas PPF
di Malaysia dan Majlis Makan Tengahari. Jumpa di sana.



Akhir
sekali, dalam SBPA PPF adalah sekolompok dengan Juruteknologi Pergigian,
Jururawat Pergigian, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Jurupulih Perubatan,
kerana masih belum jadi Skim Bersepadu. Ahli Skim Bersepadu tekah melangkah
jauh.




Ianya boleh di mulai dengan
memartabatkan JK Teknikal PPF Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan
pada 16 November 2009. Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah
Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh
5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.)
dan 4 Exco Kesatuan, 3 Exco PPFM, 4 wakil PPF , 1 wakil Sabah dan 1 wakil
Sarawak. Wakil PPFM ialah En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim,
Tn.Hj.Sulaiman b Harun dan wakil utk Kesatuan pula ialah En.Rohin Daud,
En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam. Wakil PPF ialah
Puan Faridah Saidi(CPD-PTK), Hjh.Norhaini bt Othman(HKL), Puan Juriah bt
Wakidi(Labuan), En.Talib b Tawil(Biro). Wakil Sarawak ialah En.James Yiek Hua
Kuong dan wakil Sabah ialah En.Johnson Chin Nyat Min. Urusetia JK ini ialah
Ketua Profesion En.Muhammad B Awang PPF U40 dan juga Tn Hj.Abd Ghani b Yusof,
PPF U38 BPF KKM. Semoga dengan penubuhan JK ini, PPF akan lebih cemerlang dan
maju kehadapan ! Jika ada sebarang masalah yang perlu di bangkitkan, sila
hubungi nama-nama seperti yang tertera diatas dalam Jawatankuasa ini.
JK Teknikal ini di kendalikan oleh PF dan
sebagai PPF kita perlu mengwujudkan JK Pemandu dan JK Pelaksana, iaitu JK Kecil
di bawah JK Teknikal, barulah segala yang dirancang akan dapat di dilaksanakan.
Begitulah perlaksanaan semua JK Teknikal lain-lain paramedik . Dan ianya
memerlukan komitmen yang tinggi dari semua PPF. )






Setiap
permohonan PPF perlulah melalui penyediaan Kertas Kerja yang lengkap dan
teratur, ianya juga perlu mengandungi tajuk tajuk seperti berikut, dan
lain-lain yang relevan, Pendahuluan, Kronologi Masaalah, Permohonan PPF, Latarbelakang
Masaalah, Alasan Permohonan, Lain-Lain Alasan, Data-Data Sokongan dan Penutup.
JK Teknikal juga perlu bersedia menerima segala permohonan dari PPF: Dengan
latar belakang yang konsisten dan pengalaman yang luas, pasti segalanya akan di
halusi oleh Mereka, kerana mereka meiliki segalanya iaitu :-



5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga
Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan,
Hosp.)



4 Exco Kesatuan, En.Rohin Daud,
En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam.



3 Exco PPFM, En.Ganesan
G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun



4 wakil PPF , Puan Faridah Saidi, Hjh.Norhaini bt Othman,
Puan Juriah bt Wakidi, En.Talib b Tawil,



1 wakil Sabah En.Johnson
Chin Nyat Min.



1 wakil Sarawak. En.James Yiek
Hua Kuong






Urusetia
JK Teknikal : En.Muhammad
B Awang PPF dan Tn Hj.Abd Ghani b Yusof






Lain-lain PPF, sila tumpukan
kepada lain-lain aktiviti, iaitu seperti
Mesyuarat bulanan peringkat jabatan, Mesyuarat
Pre Counsil MBJ peringkat PTJ 4 kali setahun, Mesyuarat MBJ peringkat PTJ 4
kali setahun, Mesyuarat Pre Counsil MBJ peringkat negeri 4 kali setahun, Mesyuarat
MBJ peringkat negeri 4 kali setahun, Mesyuarat PPF bersama TPKN (Farmasi )
Negeri 2 kali setahun, Mesyuarat PPF bersama Pengarah Farmasi PPF KKM 2 kali
setahun dan Mesyuarat JK Teknikal PPF ( kekerapannya tiada maklumat sebab tiada
rekod )



Jika
semua PPF mendalami dan membuat persediaan yang teliti dan rapi, pastinya
segalanya akan berjalan dengan jayanya, dan mesyuarat yang terakhir, memang
banyak dilakukan iaitu mesyuarat kedai kopi.



Mesyuarat JK Teknikal PPF


Usol semasa AGM persatuan


Usol semasa AGM kesatuan


Mesyuarat PPF Kanan bersama Pengarah
Kanan BPF KKM



Mesyuarat PPF y/m peringkat negeri


Mesyuarat Pengurusan PTJ


Mesyuarat MBJ JKN


Mesyuarat Pre Council MBJ JKN


Mesyuarat MBJ PTJ


Mesyuarat Pre Council MBJ PTJ


Mesyuarat kedai kopi.





Perkembangan
terkini PPF memang banyak, sehinggakan tiada sempat untuk menulis semuanya.
Segalanya bermula dengan perancangan yang rapi oleh PF dan PPF hanya
mennurutinya sahaja . Walaubagaimanapun disertakan di sini perkembangan PF di
BPFKKM.






PERKEMBANGAN
TERKINI BPF KKM :



Pengarah
Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )



Timbalan
Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )



Ketua
Penolong Pengarah Kanan ( U54 )



Polisi
Ubat Kebangsaan ( U52 )



Pengurusan
Ubat & IT ( U52 )



Pembangunan
Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )



Pengurusan
Kualiti ( U52 )



Amalan
Farmasi Klinikal ( U48 )



Amalan
Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) – ( U48 )



Pemonitoran
Harga Ubat ( U48 )



Urusetia
Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )



Keselamatan
Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )



Maklumat
Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )



Pengurusan
Latihan dan CPD ( U48 )



Pembangunan
Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )



Penyelidikan
Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )



Urusetia
Lembaga Farmasi ( U48 )



Perkhidmatan
PPFakan menjadi lebih komplek memandangkan BPF KKM sedang dalam perancangan
bagi menyediakan perkhidmatan farmasi menyeluruh bagi negara ini. Tentunya
beban tugas PPF akan bertambah rumit dan mencabar.Lambat laun, pasti PPF juga
akan terlibat sama. Mungkin pada 2020, iaitu lagi lapan tahun sahaja.






Surat
dari KKM kepada semua PPF secara langsung dan tidak langsung.









Pejabat
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)



Putrajaya.





Bil(51)dlm.KKM-171/BKP/01/04/0046
bertarikh 23 Nov 2011






PENEMPATAN
PASUKAN PERUBATAN DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR.






Penubuhan
Klinik Sementara Pusat Pemindahan Banjir (KSPPB)



Apabila
terdapat 1000 orang di pusat pemindahan tersebut, klinik secara tetap perlu di
wujudkan.



Tugasan
PPF No 1 :Senarai peralatan Di Klinik Sementara Pusat Pemindahan Banjir



(Alat
Perubatan 34 perkara dan alat bukan perubatan 10 perkara)



Tugasan
PPF No 2 : Senarai Ubat-Ubatan Di Klinik Sementara Pusat Pemindahan Banjir (158
Ubat)



Tugasan
tambahan PPF ialah menyelenggara ubatan Lorazepam Tablet, Diazepam Injection, Diazepam
Tablet, Pethidine Injection mengikut etika perundangan.






Surat
tahun KKM 2009 :



Penubuhan
Klinik Kesihatan bersepadu seluruh Negara.



Ringkasannya
ialah semua KK perlu menyediakan rawatan kepada semua pesakit kerana FMS telah
di tempatkan di KK.






Daripada
dua surat di atas, dapatlah di lihat bahawa perkembangan PPF di KK telah
menjadi keutamaan, walaupun bilangan PF di kesihatan awam masih belum
menyeluruh. Dan ini sekaligus memerlukan agar semua PPF kesihatan awam bersatu
dan berganding bahu, terutama pada hujung tahun, sebab kekurangan ubat dan SPUB
ke hospital berhampiran. Di hospital kurang beban terhadap PPF kerana PF telah berkembang seperti cendawan
selepas hujan. Dan langkah yang boleh di ambil bagi mengatasinya ialah pergi ke
INTAN dan mengikuti Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti.









Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991



Panduan
Pengurusan Mesyuarat






Tujuan





Latarbelakang





Tanggungjawab
Urusetia






Tindakan-tindakan
Pra Mesyuarat






Timdakan-tindakan
Semasa Mesyuarat






Tindakan-tindakan
selepas Mesyuarat






Dll.







Biro
Pendidikan PPF telah berusaha dan berkerja keras bagi membina tahap kefahaman
dan tahap kesedaran di kalangan PPF dan konsep merubah sikap telah di laksanakan. Pada masa ini, segalanya
berjalan dengan berkesan. Langkah seterusnya ialah mengatur strategi bagi
mencapai kejayaan yang gemilang. Pada tahap ini, keberkesanan urusetia dan
jawatankuasa kecil PPF dalam menjayakan segala perjalanan mesyuarat amatlah di
harapkan. Dengan segala persiapan yang rapi oleh urusetia jk kecil PPF,
segalanya akan Berjaya di majukan ke pada pihak atasan. PPF juga perlu
menyokong dasar keraajan iaitu perkhidmatan awam yang kejat ( lean civil
service ) Tiada perjawatan baharu di luluskan, tetapi pertukaran taraf jawatan
adalah di benarkan. Tugasan urusetia bagi setiap mesyuarat PPF adalah amat
penting.SBPA telah di mulakan pada 2008 oleh JPA, dan pada 2012 pun PPF masih
belum membincangkanya. Itulah yang di katakana oleh Mantan PM mendahului masa.
Rasanya eloklah PPF bersedia dengan segala perancangan bagi kegunaan PPF pada
masa akan datang.






Dan akhir sekali pada 1 Julai 2012 jam 10.30 pagi satu
majlis pertemuan semua PPF seluruh
Negara akan di adakan. Majlis Sambutan
Jubilee Emas PPF di Malaysia dan Majlis Makan Tengahari. Jumpa di sana.








PERSOALAN
AKAN DATANG :






JK
Penambahbaikan SSM di kalangan PPF



JK
mycpd point menggantikan PTK Khusus



JK
Kursus Ulangkaji PPF Setiap 3 Tahun Sekali



DLL.





Antaranya
:






Memberi
peluang PPF melanjutkan pelajaran ke Ijazah
Farmasi di IPTA
Berdaftar dengan Lembaga Farmasi
atau Akta Allied Health



Mengadakan
kursus2 pos basik yang boleh
dihadiri oleh semua PPF dari BIRO
Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital2, Kesihatan, Institusi2 dengan
sekurang2nya 5 kursus pos basik di sediakan
Diploma di tukar ke Diploma Farmasi
dari Diploma Pembantu Farmasi
Nama Skim yang lebih relevan dan versatile kepada kepakaran iaitu Teknologis Farmasi.
Uniform yang sesuai dan standard
untuk bidang kefarmasian.
Bilik-bilik khas kepada semua Pegawai Kanan
PPF.
Peruntukkan khas untuk persidangan
tahunan di tiap negeri dan Kebangsaan.
Expanded dan Extended Role yang
baru.
Penglibatan dalam Health System
Research (HSR) dan pembentangan dalam konferens atau scientific meeting.
Organisasi PPF baru dengan pelantikan
seorang ketua PPF U40 Kebangsaan dengan gelaran Ketua Pen.Pegawai
Farmasi Kanan Malaysia
dengan bantuan 2 PPF U38 (Timb.Ketua PPFK)yang
menjaga bahagian Kesihatan Primer dan Hospital/Biro selain pos-pos yang
diperlukan mengikut program-program di Bhg.Perkhidmatan Farmasi KKM,Petaling
Jaya.
Pelantikan kordinator PPF yang
juga U40 di tiap negeri dan
diletakkan di pejabat TPKN(F) atau JKN untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan
PPF,kursus-kursus,pertukaran dan penempatan dll.
Mengujudkan pos-pos baru specialist dalam bidang masing-masing selepas kursus
pos basik serta mereka benar-benar bertugas di bidang berkaitan. (sebagai
contoh di kanada dan UK mereka mempunyai post "Pharmacy Technician
Specialist in Community Pharmacy,Pre-operative Drug Mx, Supply Chain, cardiovascular
Medications etc).
Melahirkan satu TEAM WORK yang positif diantara Pegawai Farmasi dan
Pen.Pegawai Farmasi
dalam suasana yang harmoni dan mesra.
Memberi peluang PPF terlibat sama
dalam program-program kemasyarakatan.
Mengujudkan satu Jawatankuasa Pembangunan Perkhidmatan Farmasi yang di anggotai
oleh Pegawai, PPF, Pemb.Tadbir Stor, Pen.Peg.Tadbir Stor, Atendan dan PRA.
(memudahkan dalam projek kajian, inovasi, KMK, ISO,5's dll)
Mengujudkan satu post U36 di tiap
daerah di Pejabat Kesihatan untuk tugas penyeliaan dan pemantauan PPF
Mengujudkan lebih banyak Kolej-Kolej Farmasi bagi menampung keperluan.
Menawarkan semula Post Tenaga Pengajar
kepada mereka yang sedang berkhidmat untuk menampung keperluan di Kolej
Farmasi serta penambahan kolej-kolej.
Menaikkan imej PPF dikalangan
semua paramedik dengan meletakkan mereka dalam apa2 JK di Hospital dan Klinik
supaya mereka tidak lagi di pandang rendah oleh lain-lain paramedik.






Kuatkan
semangat, tingkatkan ilmu, sebagai PPF ikut sahaja PF melainkan perkara-perkara
yang melibatkan professional judgement. Rujuk BNF, semua PPF boleh buat kerja
PF kecuali di atas.









Semua
cadangan dan pendapat yang di utarakan di atas, Adalah di lihat dari sudut
akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari
perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan
matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama. PPF perlu meningkat IQ, EQ dan
SQ . Selamat Maju Jaya PPF.









Tamat
: 14 Mac 2012
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : mencari kawan2 bacth 32 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

mencari kawan2 bacth 32 Empty Re: mencari kawan2 bacth 32

Post by nori Tue 11 Dec 2012, 10:14 pm

Salam Satu Malaysia

Selamat Bertugas Kepada Semua PPF

Segalanya di lihat dari perspektif akademik / ilmiah

PPF terus menyumbang bakti kepada negara walaupun berbagai rintangan di hadapi dan PF sebagai kumpulan Pengurusan dan Profesional, tentunya ada sesuatu yang dirancang buat semua PPF. PPF kena tabah dan kuatkan semangat walaupun jalan amat berliku. 2013 akan terus mendatang, aspek pendidikan perlulah di beri penambahbaikan bagi meneruskan tugasan sebagai PPF.

Biro Kewangan, mencari dana, Biro Pendidikan, menambahkan ilmu, Biro Kebajikan dan Sosial merapatkan jurang dan Biro Multimedia menghebahkan segala kebaikan. 2013 akan ada AGM Persatuan di Kedah dan AGM Kesatuan di Kelantan. Yang jauh di rapatkan, yang rapat di dekatkan lagi dan yang bersara, teruskan menikmati pencen. Setiap negeri sudah ada Biro Kebajikan dan Sosial dan dua aktiviti akan di jalankan iaitu Jamuan Tahun Baru 2013 dan Perjumpaan Muhibbah / Hari Keluarga PPF peringkat negeri. Harap semua negeri dapat menghebahkannya mengenai tarikh, masa , tempat, bayaran dll. Jk PPF lapang, semuanya boleh hadir.

Langkah pertama ialah semua PPF perlu jadi ahli kesatuan dan persatuan dan apabila keahlian ramai, suara akan jitu dan tindakan berkesan. Mungkin pada 2013 barulah muncul sinar dalam diri PPF. Dan selepas tu penambahbaikan JPA sistem SSM akan di umumkan.

Segalanya di lihat dari aspek kognitif dan percambahan pemikiran melalui sudut akademik / ilmiah.

Sekian

Tamat

11 Disember 2012
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : mencari kawan2 bacth 32 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

mencari kawan2 bacth 32 Empty Re: mencari kawan2 bacth 32

Post by nori Fri 07 Jun 2013, 5:11 pm

Salam Satu Malaysia,

Selamat bertugas dan mencurahkan bakti kepada Negara kepada semua PPF

Segalanya dilihat dari perspektif akademik / ilmiah dan dari sudut KIK (kreativiti dan inovasi)

Persidangan PPF di Rosa Pasedena Cameron Highland akan berlangsung sedikit hari lagi, jika masih ada ruang dan peluang, jemputah YB Menteri Kesihatan / YB Timbalan Menteri Kesihatan untuk hadir bagi membuka ataupun menutupnya. Ini adalah kerana mereka masih baru dalam KKM dan masih belum menyelami citarasa dan perasaan PPF. Dengan kehadiran tersebut, peluang PPF bagi menyampaikan sesuatu secara terus amatlah di harapkan. Jika tiada kesempatan, semua Ahli Majlis PPFM dan Exco Kesatuan PPF bolehlah mencari satu hari yang sesuai bagi bertemu YB Menteri dan YB Timbalan Menteri. Perkara ini telah lama di praktikkan oleh lain-lain organisasi. Eg. Ketua Polis Negara KPN yang baru telah mengadap DYMM Agong dan DYMM Sultan-Sultan di setiap negeri. Ianya bertujuan bagi memperkenalkan semua pengurusan tertinggi PDRM dan lain-lain isu. Dong Zong juga telah mengunjungi YAB PM sebanyak beberapa kali bagi menyatakan hasrat mereka. PPF juga boleh mencontohi mereka-mereka tersebut. Dan jika masih tiada kesempatan dan ada banyak halangan, setiap persidangan perlulah mempunyai, ringkasan dan natijahnya bagi di majukan kepada pihak pengurusan tertinggi. Dan sesalinan ringkasan tersebut perlulah dimaklumkan kepada semua PPF. Jika tiada rumusan, cadangan dan perlaksanaan, maka ianya akan mengambil masa yang teramat lama bagi PPF mencapai kemajuan seperti yang telah lama di nikmati oleh lain-lain paramedik. Ianya juga bermaksud hanya biro sosial PPF sahaja yang bergerak aktif sedangkan biro pendidikan PPF masih sedang mencari-cari.

Kekosongan jawatan klinikal instruktor PPF terdapat di KSKB dan sepatutnya semua PPF yang memegang Ijazah Sarjana Muda dalam berbagai bidang, perlulah memohon jawatan ini dan sekaligus boleh mempraktikkan apa yang telah di pelajari di IPT pada masa lalu. Seterusnya menurunkan ilmu tersebut kepada pelatih PPF dan pada masa akan datang semua PPF lulusan KSKB mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran dan dugaan, sebab pada masa ini, PPF lulusan MUSPJ lah yang mendominasi perjuangan dan kemajuan PPF melalui PPFM dan kesatuan. PPF junior mempunyai iq yang tinggi tetapi ianya hilang di telan kesebokkan bekerja, urusan keluarga dan urusan RM yang terhad. Sebab itulah PF menonjolkan diri pada hari ini, walaupun pada masa dahulu PPF lah golongan majoriti di perkhidmatan farmasi. Ruang dan peluang masih terbuka luas. Jangan salahkan PPFM dan kesatuan jika sesuatu yang tidak diundang berlaku kepada profesyen PPF. Salahkan diri kita sendiri sebab kita yang memohon jawatan ini.

Persidangan PPF di Cameron Highland akan berlangsung dan pakar-pakar ICT dikalangan PPF perlu hadir kesana bagi mengaplikasikan persidangan tersebut secara maya dan hasilnya semua PPF boleh mengikutinya secara on line, facebook, dll, Tonjolkan kebolehan PPF dan pastikan semua PPF boleh mengikutinya secara maya. Teknologi secara maya memudahkan urusan PPF seharian. PF memang sebok sebab perkhidmatan farmasi mereka yang reka dan semestinya ianya akan memihak kepada mereka. PPF hanya mengikut arahan dari pihak atasan sahaja. Dan terpaksa korbankan hujung minggu bagi menbuat OT sedangkan PF memang tak boleh buat OT. Tuntutlah ilmu sepanjang hayat. Kesihatan Sepanjang Hayat, Kualiti Sepanjang Masa dan Menuntut Ilmu Bila-Bila Sahaja.


Segalanya dilihat dari perspektif akademik / ilmiah dan dari sudut KIK (kreativiti dan inovasi)

TAMAT

7 Jun 2013
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : mencari kawan2 bacth 32 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

mencari kawan2 bacth 32 Empty Re: mencari kawan2 bacth 32

Post by nori Tue 08 Jul 2014, 9:16 am

Ass’kum,
Salam Satu Malaysia
dan Selamat Bertugas kepada semua PPF

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
PPF bernasib baik, sebab senior-senior yang lalu telah memperjuangkan nasib dan masa depan PPF
Jika Jururawat, pasti tak tidur lena sebab banyak perubahan berlaku dalam profesyen dan kena ikut perubahan.
Terkini ialah mulai Julai 2014, semua Jururawat KUP kena pakai baju puteh pula berbanding biru bagi KUP lalu. Pertama Jururawat kena draff surat semua KUP kena pakai baju biru dan kini semua KUP kena pakai baju puteh pula. Itu belum masuk draff surat Skim Bersepadu dan draff surat Ijazah kejururawatan. PPF tak perlu ada Skim Bersepadu sebab Ijazah Pembantu Farmasi tdak wujud. Draff surat elaun kritikal PPF juga tiada. Draff surat elaun pos basik PPF juga tiada. Dan draff senarai tugas PPF terkini juga tiada sebab pada masa kini PF yang membekalkan ubat di Jabatan Farmasi Pesakit Luar semua hospital KKM. Apa yang pasti ialah hujung bulan ambil je gaji yang di berikan oleh kerajaan. Apa yang pasti ialah senarai tugas terakhir PPF ialah mematuhi arahan pegawai atasan. Skop inilah yang di gunapakai oleh PF bagi mentadbir jabatan farmasi. PF juga adalah golongan pengurusan dan profesional dan PPF hanya sokongan.
 
Semua pindaan skim KKM bermula apabila Diploma Royal Society Of London yang diberikan kepada Inspektor Kesihatan ( kini PPKP) diiktiraf oleh kerajaan. Ianya juga melalui Tribunal Perkhidmatan Awam. Tetapi kini, tribunal pun dah jadi sejarah. Silap haribulan PPF pun jadi sejarah. Staff baru yang akan menanggung segalanya sebab PPF in service boleh di kekalkan kepada KUP seperti Penolong Jururawat, Bidan dll.
 
MESYUARAT SAINSTIFIK PPF TAHUN 2014 boleh membantu, sebab masa terus berlalu dan AGM Kesatuan PPF akan terus disusun berserta pemilihan Exco baru. Dan jika semua PPF menjadi ahli Kesatuan, mereka boleh mengundi. Nasib, masa depan, cabaran PPF seluruh negara pasti boleh di pertingkatkan pada mesyuarat tersebut.
 
Mesyuarat Sainstifik tersebut akan berlangsung, walaupun dihadiri oleh minima PPF, sebab rangka sudah di aturkan, Cuma semua PPF Batch 28 perlu menggerakkan wakil kestuan / persatuan di tempat bertugas masing2 agar mesyuarat ini menjadi keutamaan dalam perlaksanaan pada tahun ini. Para medik lain telah maju dan PPF juga seharusnya begitu. Jika ianya berjaya,maka  alaf baru PPF sudah bermula. 


AGM Kesatuan tahun 2014 masih belum ada maklumat, yang pasti ialah ianya akan ada pemilihan dan borang pemilihan dan lain-lain maklumat masih belum diterima. Dari segi kos penganjuran,ianya boleh dijimatkan jika semua PPF hadir, isi borang pemilihan, mengundi dan dapatkan keputusan dan Mesyuarat Saintifik PPF hanyalah sebagai selingan sahaja. Memandangkan cadanan  AGM kali ini akan di adakan di Negeri Sembilan, maka PPF disana perlulah berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakannya. Apa yang pasti ialah surat jemputan ke Mesyuarat Saintifik PPF tahun 2014 perlu di keluarkan secara ICT dalam masa 30 hari dari tarikh penganjurannya. Dan jika perbelanjaan secara individu, tempoh 24 pun mencukupi. Macam hari raya juga, malam ni umum, esok dah boleh sambut.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 


Tamat:
 
8 Julai 2014


NOTA TAMBAHAN :

 
Mesyuarat Sainstifik PPF Batch 28 akan diteruskan.
Semua PPF Batch 28 perlu menyediakan satu  kertas kerja 5 muka surat bagi pembentangan pada mesyuarat tersebut.
 
Muka Pertama :
Biodata PPF, nama, alamat, pengalaman bekerja, dll
Muka Dua :
Isi pembentangan Kertas Kerja (Pandangan PPF Dari Sudut Sainstifik )
Muka Lima :
Cadangan PPF Batch 28 kepada lain-lain PPF.
 
Ianya akan di cetak dengan harga 3 sen sekeping dan akan diedarkan kepada semua PPF yang hadir.
Ianya juga akan di salurkan ke alam maya secara ICT kepada semua PPF Batch 28.
 
Semua Kertas Kerja akan dibentangkan mengikut negeri dan PPF Batch 28 dari negeri tersebut akan membentangkan secara berkumpulan dan akan menjawab segala pertanyaan dari lain-lain PPF.
 
PERLIS:
KEDAH:
PULAU PINANG:
PERAK:
SELANGOR:
WILAYAH PERSEKUTUAN:
NEGERI SEMBILAN:
MELAKA:
JOHOR:
PAHANG:
TERENGGANANU:
KELANTAN:
SABAH:
SARAWAK:
 
Tarikh, Masa, Tempat, DLL, masih belum di putuskan.
 
Seterusnya semua PPF Batch 28 bolehlah merencanakan apa yang ingin disampaikan dan apa yang ingin dicadangkan.
 
Perkembangan PPF tahun 1991 dan tahun 2014 adalah berbeza 100%. PPF juga perlu bersedia menyahut cabaran demi kejayaan Bhg Farmasi KKM. Banyak unit dan jabatan baharu disana.
Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit tersebut adalah seperti berikut :-
• Pengarah Perkhidmatan Farmasi
• Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Amalan dan Pentadbiran Farmasi )
• Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Pengurusan Ubat dan Praktis )
• Penggunaan Ubat dan IT
• Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia
• Pengurusan Kualiti
• Amalan Farmasi Klinikal
• Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan )
• Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat
• Maklumat Ubat dan Pendidikan Pesakit
• Pengurusan Latihan dan CPD ( Contonious Profesional Development )
• Pembangunan Inter Agensi dan Antarabangsa
• Penyelidikan Pembangunan dan Perkembangan Teknologi


Apa yang pasti ialah semua PPF akan merasai apa yang di putuskan oleh BPF KKM dan wajarlah PPF sendiri memberikan input dalam bahagian / unit tersebut. Oleh kerana segalanya berjalan dengan amat pantas dan tidak dapat di kejar, maka sewajarnya PPF di bahagikan kepada tiga ruang utama iaitu PPF Hospital, PPF Kesihatan Awam dan PPF Biro.
 
Dan PPF perlulah menampilkan diri secara holistik dalam aktiviti KKM  dan antara aktiviti semua PPF pada tahun 2014 ialah :
 
Mesyuarat Teknikal PPF
Ahli JK Teknikal PPF
Penubuhan Konfederasi Sains Kesihatan Bersekutu Malaysia
Ahli JK Khas Latihan (Bidang PPF)
Majlis Dialog  Bersama Dato KSU KKM
MBJ Peringkat PTJ, 
MBJ Peringkat JKN
Mesyuarat PPF bersama TPKN (Farmasi )
Mesyuarat Exco Kesatuan PPF

Mesyuarat Ahli Majlis Persatuan PPF
 
Batch 28 bercadang untuk mengadakan RE UNION bersempena AGM Kesatuan tahun ini. 
Ada kebaikan dan keburukannya. 
Tetapi jika di timbang dengan neraca yang adil, kebaikannya akan melebihi keburukannya.
Konvensyen ialah perjumpaan dan dapat 20 mata mycpd
Sciencetific Meeting akan membincang benda-benda baru dari sudut sains dan akan dapat 20 mycpd point.
Jika PTJ murah hati, segala perbelanjaan akan di tanggung.
YAB PM akan bentangkan RMK 11 dan eloklah PPF draffkan kemahuan PPF pada RMK 11
RMK 10 sudah berlalu dan nasib PPF macam biasa-biasa je.

Batch 28 ramai dan menjadi sejarah kerana mereka datang dari berbagai latar belakang
Ada yg dah jd PF eg En Gilbert dan Faridah Loh
Dan ada yg masih sebagai PPF dan akan bersara lagi 10 tahun.
Keserasian dan kematangan perlulah di terokai.
JPA menggalakkan kretiviti dan inovasi.

RE UNION BATCH 28 mempunyai 3 plan
Plan A - Konvensyen
Plan B - Sciencetific Meeting
Plan C - Lawatan Sambil Belajar.

 
Plan A, B dan C mempunyai berbagai kebaikan dan kekurangan dan secara awalnya Kertas Kerja Plan B telah disediakan.

Cadangan tempat : Negeri Sembilan, sempena AGM Kesatuan PPF.

Tepuk dada tanya selera :

 
Pembentangan Kertas Kerja Mesyuarat Sainstifik PPF Batch 28 adalah di cadangkan mengikut negeri, samaada secara individu ataupun secara berkumpulan. Semua PPF Batch 28 perlu menyediakan ketas kerja pembentangan dan ianya akan di cetak dan di edarkan kepada semua PPF yang hadir.

Antara Batch 28 yg boleh di hubungi dan pembentangan mengikut Negeri :

PERLIS:

Shakar Seman
 
KEDAH:
 
PULAU PINANG:
 
PERAK:
Tn Hj Bakeri Songep - 019 3468443
Tn Hj Zainuddin Perak - 017 5198170
Tn Hj Idris Uda Saidi - 012 9680929

 
SELANGOR:
 
WILAYAH PERSEKUTUAN:
 
NEGERI SEMBILAN:
 
MELAKA:
 
JOHOR:
Khir Johari  - 012 6313103
Siti Aishah
Sabariah Alias
Rosli  - 013 7785394
 
PAHANG:
 
TERENGGANANU:
 
KELANTAN:
Azmi Hamid - 019 9878400
Khalid Yaakob - 013 9200599
Tn Hj Razali Dolah - 019 0339760


SABAH:
Gilbert
Ong Say Bee
Justin
 
SARAWAK:
Welfred Sarawak - 019 8163572
Sahlan Johari

Baki lagi 60 PPF hanya boleh jumpa di facebook sahaja.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai Diploma in Pharmacy, pastikan segalanya berjalan lancar, teratur, berkesan, terpelihara dan tersusun.


GOOD LUCK TO BATCH 28
 Similar topics
 
DRAFF KERTAS KERJA
CADANGAN MENGADAKAN MESYUARAT SAINTIFIK PPF TAHUN 2014
SEMPENA MAJLIS RE UNION PPF BATCH 28.
 
A. PENDAHULUAN :
 
Mesyuarat Saintifik  ini merupakan penambahan pengisian pengetahuan terhadap Penolong Pegawai Farmasi seluruh negara. Pengisian Mesyuarat Saintifik ini adalah lebih kepada skop pembinaan  motivasi, perubahan kepada sikap yang positif dan tugasan-tugasan klinikal dalam menjalankan tugas-tugas seharian dan cabaran semasa dan segalanya di lihat dari sudut saintifik.
 
B. OBJEKTIF :
 
Memberikan kesedaran kepada semua Penolong Pegawai Farmasi seluruh negara  tentang kepentingan peranan dan tanggungjawab mereka dalam KKM terutama dalam Jabatan Farmasi di semua tempat bertugas
 
Menyedarkan peserta tentang pentingnya peranan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat dan Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya Penolong Pegawai Farmasi.
 
Kearah penyatuan sikap semasa menjalankan tugas harian
 
Menyuntik kepentingan pengetahuan bersifat rohani disamping fizikal
 
Mengulang kaji ilmu-ilmu klinikal agar tugas harian lebih menunjukkan keterampilan , tepat, bertanggung jawab, profesioanal dan jauh dari sebarang kesilapan.
 
Mendedahkan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang Penguatkuasaan Farmasi serta akta-akta bersangkutan untuk persediaan menjayakan hasrat dan nspirasi Negara.
 
C. TARIKH / MASA / TEMPAT :
 
Anjuran bersama ( CADANGAN) :
Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
Kesatuan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia
Biro Pendidikan Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
Biro Pendidikan Kesatuan Penolong  Farmasi Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia .
 
Tarikh: 
Ogos 2014 ( Sabtu  ) - CADANGAN
 
Tempat :
Hotel Seremban.- CADANGAN
 
Jangka Masa / Hari               :
Satu Hari - CADANGAN
 
Tajuk Tajuk Pembentangan Kertas Kerja :
Perkara perkara yang berkaitan dengan Penolong Pegawai Farmasi dalam masa 23 tahun ( 1991- 2014) dari sudut padangan saintifik kerohanian dan kemanusian
 
Peserta :
Penolong Pegawai Farmasi semua katogeri terutananya Batch 28
 
Jumlah Peserta:
76 orang
 
Perasmian :
1. Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM ( Cadangan ) :                 
2. Pengarah JKN Negeri sembilan ( Cadangan )
 
Penutup dan Penyampaian Sijil :
En Rohin Daud – Presiden KKPFKMB
 
D. ANGGARAN PERBELANJAAN :
 
Sewa Dewan : RM  8,000.00
Minum Pagi
Makan Tengahari
Minum     Petang  
Sewa 3 Bilik            ( Penceramah Luar )
 
Cenderahati penceramah : RM 500.00
 
Cenderahati Perasmi : RM 200.00
 
Fail peserta : RM 900.00
 
Pengurusan : RM 200.00
 
Lain-lain perbelanjaan : RM200.00
 
JUMLAH : RM 10,000.00
 
Kesemua perbelanjaan di atas dibiayai oleh peserta  iaitu RM60.00 seorang
Penginapan ( kepada peserta yang berkenaan ) ,Tambang perjalanan, parking, dan lain-lain elaun peserta ditanggung oleh PTJ masing-masing. Malaysia terdapat 500 syarikat GLC, tentu mereka boleh membantu dari sudut Tanggungjawab Sosial Korporat Kepada Komuniti.
 
E. AJK INDUK ( CADANGAN ):
 
Pengerusi                               : En Rohin Daud
Naib Pengerusi                      : Tn Hj Razalee Dolah
Setiausaha                             : En Zamri Ariffin
Pen Setiausaha      :
Bendahari                              :
AJK                                         : Semua Exco KKPFKMB
                                               
F. AJK PENATIA / PELAKSANA ( CADANGAN ):
 
Pengerusi:                              : Tn Hj Razalee Dolah
Naib Pengerusi                      : Tn Hj Bakeri Songep
Setiausaha                             : Tn Hj Idris Uda Saidi
AJK                                         : Lain-Lain PPF
                                                                                                                               
G. KETUA-KETUA SESI ( CADANGAN ):
 
Persiapan Tempat : PPF Seremban
Pendaftaran : PPF Perlis
Penyambut Tetamu                : PPF Kedah
PA System : PPF Pulau Pinang
Jamuan : PPF Perak
Pembentangan Kertas Kerja : PPF Selangor
Sijil : PPF Melaka
Aturcara : PPF Johor
 
H. PENGERUSI MAJLIS
1. PPF Sabah
2. PPF Sarawak
 
I. BACAAN DOA :
PPF Kelantan
 
J. ATURCARA MAJLIS ( CADANGAN)
 
( Sabtu  )
 
8.00 am
Pendaftaran  Peserta
Ucapan Perasmian
Minum Pagi
Pembentangan Kertas Kerja Sessi I
 
1.00 pm - 2.00 pm  :
Makan Tengahari / Rehat / Solat
 
2.00 pm:
Pembentangan kertas Kerja Sessi II
 
5.00 pm :
Ucapan Penutup
Penyampaian Sijil
BERSURAI
 
K. PAKAIAN :
 
Tidak perlu memakai pakai seragam. Pakaian menutup aurat/tidak menjolok mata.
 
L. LAIN-LAIN :
 
1. Memohon kepada KKPFKMB mengeluarkan surat lantikan kepada semua AJK persidangan melalui jabatan AJK masing-masing.
2. Memohon agar semua ketua unit atau jabatan para peserta dan AJK persidangan memberikan cuti gantian/ kelepasan.
3. Semua surat jemputan resmi peserta, penceramah dan perasmi dikeluarkan olih KKPFKMB    
4. Semua penceramah hendaklah menyediakan teks ucapan / kertas kerja untuk di masukkan dalam fail  kepada setiap peserta.
5. Peruntukan perbelanjaan Mesyuarat Saintifik adalah dari yuran peserta, sumbangan kesatuan, persatuan, orang perseorangan dan syarikat.
6. Mata mycpd sebanyak 20 mata point akan diberikan kepada semua peserta.
7.Pengangkutan, penginapan peserta adalah daripada PTJ masing-masing.
8. Lagi 20 hari semua umat Islam akan berpuasa dan segalanya perlulah disetkan sebelum Awal Ramadhan.
10. Surat tawaran mengikuti Mesyuarat Sainstifik ini kepada semua PPF Batch 28 perlulah di keluarkan awal agar segalanya berjalan dengan teratur dan lancar.
 
Disediakan Oleh
Biro Pendidikan

Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
 
 
TAMAT
 

8 Julai 2014
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : mencari kawan2 bacth 32 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

mencari kawan2 bacth 32 Empty Re: mencari kawan2 bacth 32

Post by nori Tue 14 Oct 2014, 9:37 pm

Selamat Bertugas Kepada Semua PPF dan Salam Satu Malaysia

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat  dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat  dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.



AGM Kesatuan PPF akan di adakan dalam masa terdekat
Di harap Biro ICT PPF dapat menjalankan tugas dengan emelkan surat tersebut kepada semua PPF.


Antara aktiviti yang boleh di adakan ialah :
Reunion Semua Batch
Perjumpaan Kawan Kawan Lama
Bertukar Tukar Idea
DLL


Ketua Jabatan memerlukan surat rasmi. 
Facebook hanyalah sebagai persediaan bagi PPF  utk hadir sahaja.


Cara ringkas, mudah, cepat, sejastera dan bahagia ialah : 
SMS ALAMAT EMEL TUAN/PUAN KE 019 6909244


AGM tahun ni ada pemilihan EXCO Baru sessi 2014/2016. Selamat Ber AGM.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.
 
Tamat
 

14 Oktober 2014
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : mencari kawan2 bacth 32 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

mencari kawan2 bacth 32 Empty Re: mencari kawan2 bacth 32

Post by nori Sat 22 Nov 2014, 11:22 pm

Selamat Bertugas Kepada Semua PPF
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 

 
Perjalanan segala permohonan, permintaan, harapan, pandangan, nukilan  dan cita rasa PPF adalah amat perlahan sekali. Ianya amat berbeza dengan lain-lain Profesional Kesihatan Bersekutu yang di ketuai oleh Ketua Profesyen. PPF juga ada Ketua Profesyen. Banyak sebab dan musababnya bagi kelewatan tersebut dan apa yang paling utama ialah memartabatkan pemberian perkhidmatan oeh PPF kepada seluruh warga Negara ini. Apabila perkhidmatan kelas pertama yang telah di berikan oleh PPF, maka JPA juga akan melayan PPF sebagai penjawat awam kelas pertama. Permohonan PPF bagi mendapatkan elaun kritikal melalui bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK) telah memakan masa. Surat bertarikh tahun 2000, masih belum terjawab setelah 14 tahun berlalu. Dalam masa 14 tahun, sebanyak 7 kali AGM persatuan dan kesatuan yang melibatkan perlantikan exco baru. Ini adalah kerana borang pencalonan jawatan hanya akan dikeluarkan dalam masa selang setahun. Senang cerita orang lama tak boleh buat, orang baru juga tak boleh buat, campuran orang lama dan orang baru juga masih belum berhasil. Oeh itu jalan pintas telah di buka bagi mencapai segala kejayaan.
 
Jururawat KKM telah mendapat BIPK sebanyak 10 % dari gaji pokok dan selepas itu ianya telah di naikan kepada 15 % dari gaji pokok. PF pula mendapat elaun tetap BIPK RM 850 sebulan. Dua orang PF akan mendapat gaji yang sama banyak dengan seorang PPF. Tetapi segala penambahan jawatan melalui Anggaran Belanja Mengurus ( Borang ABM 8 ) hanya di lakukan dalam talian. Dan berita terkini ialah permohonan jawatan bagi PPF tambahan / baru pada tahun 2016 telah di tutup dan PPF hanya boleh memohon jawatan baru / tambahan hanya bagi tahun 2017. Masih ada masa lagi.
 
Bagi menjayakan permohonan BIPK bagi PPF, usaha keras dan jitu Jururawat perlulah di copy and paste.
Jika semua PPF ingin tahu mengapa Jururawat mendapat BIPK 15 % dari gaji pokok mereka, disertakan di sini sebab dan musababnya. Semua Jururawat Kesihatan Awam KKM perlu membuat laporan seperti berikut, setiap hari, setiap bulan, sepanjang tahun dan sepanjang masa.
 
PEMBENTANGAN PENCAPAIAN MCH KKM
( Target KK, Target PKD, Target Negeri, Target KKM )
 
Jagaan Ante Natal
Anggaran Bilangan ibu Mengandung
Peratus Ibu Baru Yang Menerima Rawatan dan Jagaan
Jumlah Kedatangan Ibu ( Lama dan Baru )
 
Pencapaian Inj ATT Ibu Hamil
Kedatangan Ante Natal Baru
Bil Inj ATT Diberi Dos Kedua dan Tambahan
Liputan IDS
Liputan Kedatangan Ante Natal Baru
 
Ibu Hamil Baru Diperiksa Oleh SN
Bil Kes Baru
Di Periksa Oleh SN
Peratus Pemeriksaan
 
Kelahiran Dirumah
Bil Kelahiran
Bil Kelahiran Dirumah ABC
Peratus Kelahiran Yang Disambut Oleh Bidan Kg
 
Perawatan Post Natal Dirumah
Kelahiran Berdaftar
Kelahiran Dilapor
Jumlah Post Natal Dilawati 1 hari – 4 hari
Liputan
Jumlah Post Natal Dilawati Lebih Dari 4 Hari
 
Kesihatan Kanak Kanak
Kedatangan Kanak-Kanak Berumur Kurang Dari Setahun
Peratus Kedatangan Kanak-Kanak Berumur Kurang Dari Setahun
 
Kedatangan Toddler
Kedatangan Kanak-Kanak 1 Tahun – 4 Tahun
Peratus Kedatangan
 
Perkhidmatan Perancang Keluarga
Jumlah Penerima Baru
Jumlah Kedatangan Perancang Keluarga ( Baru / lama )
 
Liputan Pengamal Baru / Semula Perancang Keluarga
 
Pre Pregnancy Care
Bilangan Kedatangan Baru
Bilangan Kedatangan Ulangan
Bil Ibu Berisiko
Peratus Ibu Berisiko Berdaftar
 
Perkhidmatan Kesihatan Wanita
Target Pap Smear
Jumlah Pap Smear Yang Diambil
Peratus Liputan
Bil Umur Bawah 20 Thn
Peratus
Bilangan Umur 20 Thn – 24 Thn
Peratus
Bilangan Umur 25 Thn – 29 Thn
Peratus
Bilangan Umur 25 Thn – 29 Thn
Peratus
Bilangan Umur 30 Thn – 34 Thn
Peratus
Bilangan Umur 35 Thn – 39 Thn
Peratus
Bilangan Umur 40 Thn – 44 Thn
Peratus
Bilangan Umur 35 Thn – 39 Thn
Peratus
Bilangan Umur 45 Thn – 49 Thn
Peratus
Bilangan Umur 50 Thn – 54 Thn
Peratus
Bilangan Umur 55 Thn – 59 Thn
Peratus
Bilangan Umur 60 Thn – 64 Thn
Peratus
Bilangan Umur Lebih Dari 65 Thn
Peratus
Bilangan Umur Bawah 50 Thn
Peratus
Peratus Liputan Keseluruhan
 
Pengambilan Pap Smear
Jumlah Bilangan
Bilangan Slide Normal
Bil Slide Positof
Bil Pap Smear Yang Tidak Memuaskan
Peratus Slide Yg Tidak memuaskan
 
Pencapaian UCI
Bil Imunisasi Kelahiran Mengikut TBIS
Peratus
Bil Kelahiran Berdaftar
Peratus
Bil Kanak-Kanak 1 Thn – 2 Thn
Peratus
Bil BCG
Peratus
Bil TBIS
Peratus
Bil ALB
Peratus
Bil Polio
Peratus
Bil Hepatitis B
Peratus
Bil ELB
Peratus
Bil MMR
Peratus
 
Pencapaian Indikator SSA
Kedatangan Ibu Hamil Bawah 12 Minggu Hamil
Peratus Ibu Dengan HB 11 gm Semasa 36 Minggu Hamil
Peratus Suntikan Dexamethasone Inj
 
Bil Reten QAP
Bil Eclampsia
Bil Kelahiran Hidup
Bil Kadar Kejadian Eclampsia
Bil Peperal Sepsis
Bil Kelahiran Dirumah
Bil Kejadian Pre Upralspsis
Bil SNHJ
Bil ELB
Peratus SNHJ
Bil Visual defect
 
Kanak Kanak OKU Bawah 1 Tahun
Bil Kelahiran
Bil Pengesahan OKU
Bil Down Syndrom
Peratus
Nisbah Down Syndrome per 800 kelahiran hidup
 
Saringan Congenital Hypothyroidism
Bil Lahir Dirumah / ABO Yg Disaring Hypothyroidism
Bilangan bayi yg disaring Hypothyroidism
 
Statistik Remaja Hamil
Bil Kad Ibu hamil Baru
Status Remaja (Berkahwin/Tidak Berkahwin/Jumlah)
Bil Telah Bersalin
Bil Masih Bersekolah
Bil Tidak Bersekolah
 
MDG 4 & 5 Kadar Kematian bayi
Bil Lahir Hidup
0-6 Hari
7-27 Hari
28 hari – 1 Tahun
Jumlah Kematian
Peratus Pencapaian
 
Kematian Ibu
Bil KematianIbu Bersalin
Peratus Kematian
 
Kematian Kanak Kanak Bawah 5 tahun
Bil ELB
Bil Kelahiran Hidup
0-6 Hari
7-27 Hari
28 Hari – 1 Tahun
1-4 Tahun
Bil Dibawah 5 Tahun
 
Dari data diatas, JPA telah luluskan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)  untuk SN dan PPF juga perlu menghantar laporan seperti SN maka bolehlah dapat 15 %, dan jika kurang maka 10 % sahaja macam MA. Halangan tetap ada dari sumber yang di sangka dan tidak disangka-sangka.
 
Tamat  sudah tugasan SN menghantar statistik dan report setiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun. Bagi tugasan PPF pula, ianya adalah amat mencabar kerana tugasan PPF terbahagi kepada 3 tugasan utama iaitu Biro, Kesihatan Awam dan Hospital. Bagi tugasan PPF Kesihatan Awam ianya amat mencabar kerana terpaksa berebut dan bersaing dengan PF bagi menyediakannya dan antara tugasan PPF Kesihatan Awam ialah menghantar bilangan item pre packing, bil pack pre packing, bilangan Rx dan bilangan perkara, setiap hari, bulan dan tahun. Yang lain-lain PF yang uruskan. Tetapi pada tahun 2015 bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangn kerjaya PPF segalanya perlulah di tambah kiri, kanan, depan dan belakang. Pendek kata setiap saat tugasan PPF perlulah di rekodkan. Ianya juga bersamaan dengan kehendak MS ISO iaitu dokumenkan apa yang di buat dan buatkan apa yang telah di dokumenkan. Dan jika ianya berjalan sehala dan seiring, segalanya akan di permudahkan. Tugasan utama PPF pada tahun 2015 ialah mendokumenkan segala tugasan PPF. Ini termasuk segalanya samaada yang tercatat dan yang tidak tercatat. Selepas itu barulah PPF diiktifaraf sebagai pemenjawat awam yang berstatus diploma.
 
Semua PPF perlu bertanggungjawab. Jika menjadi ahli persatuan dan kesatuan, maka dia adalah PPF 100%. Jika hanya menjadi ahli satu sahaja, maka dia adalah PPF 50 % dan jika tidak menjadi ahli kepada kedua-dua nya, maka jadilah ia PPF 0 %. Terdapat sedikit kekeliruan pada diri PPF iaitu, mana yang lebih penting dan terdapat juga perbezaan bagi semenanjung dan Sabah Sarawak. Persatuan adalah NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan Kesatuan adalah entity yang berdaftar dengan Kesatuan Sekerja. Jika itu pun masih belum faham, eloklah subjek ini di ajar semasa subjek ko kurikulum diploma farmasi kerana subjek akademik dah penuh. Subjek ko kurikulum hanya lah 2 kredit hour dan wajib lulus sedangkan akademik memerlukan 90 kredit hour. Dan usaha PPF bagi memiliki Ijazah Penolong Pegawai Farmasi, 120 kredit hour dan memasuki Skim Bersepadu masih dalam kajian dan ianya dah masuk tahun ke 10 kajian tersebut. Antara masaalahnya ialah mendapatkan silibus, mendapatkan pengajar, mendapatkan pengiktirafan JPA dll. Pendek kata ada seribu kesukaran. Tetapi lagi lama menjayakannya, maka lagi jauhlah beza PPF dan lain-lain paramedic. Jalan ringkas ialah ambil lagi 40 kredit hour dan jadikan ia ijazah farmasi. Pada masa lalu UITM ada Diploma Lanjutan selama 2 tahun dan lepas itu ianya diiktiraf sebagai Ijazah dan semua pemegang Diploma Lanjutan Uitm tersebut di pulangkan dan di gantikan dengan Ijazah. Berbeza dengan PPF, sebab masih ada pemegang Sijil Pembancuh Ubat, tetapi mendapat gaji Diploma Pembantu Farmasi. Sepatutnya bidang akademik PPF di perkasakan dengan berbagai cara. Terpulanglah kepada PPF sendiri bagi menjayakannya. Tepuk Dada Tanya Selera.
 
Wassap PPF juga aktif, dan ianya adalah cara terkini berkomunikasi. Akhir kata, semua PPF perlu jadikan forum ini sebagai wadah berbisa bagi kreativiti dan inovasi PPF. Copy and paste dan salurkan segala yang berkaitan kepada pihak yang khusus dan selepas itu hanya tunggu je jawapannya. 2015 segalanya akan meningkat . Tahniah kepada semua PPF sebab masih bersatu hati dalam memperjuangkan sesuatu, tetapi jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri dahulu. Dan pastinya pada tahun hadapan minit mesyuarat persatuan PPF dan kesatuan PPF akan setebal 5 inchi setiap kali bermesyuarat. Tetapi jika dibahagikan semuanya kepada 3500 PPF, ianya hanya 0.001mm sahaja setiap PPF. Tetapi Ketua Profesyen sendiri perlulah menyumbang sekurang-kurangnya 1cm setiap kali bermesyuarat. Jika masih belum bersedia, lain-lain PPF boleh bantu. Kan kita tinggal sebumbung. Anggaplah segala yang berlaku pada hari ini adalah sebahagian daripada kehidupan sebagai PPF dan bersedialah bagi masa hadapan.
Ulang bicara, Tepuk Dada Tanya Selera.
 
Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. 
 
Tamat
22 Nov  2014 

 
NOTA TAMBAHAN :
 
Penglibatan PPF semasa Sambutan Hari Kesihatan Tahun 2015 :

PPF Day ( 1 Jan ) Hari Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
World Leprosy Day ( 27 Jan ) Hari Kusta Sedunia
World Hepatitis Day ( 22 March ) Hari Hepatitis Sedunia
World Tuberculosis Day ( 24 March ) Hari Tibi Sedunia
World Health Day ( 7 April ) Hari Kesihatan Sedunia
Mother’s Day ( 6 May ) Hari Ibu
Red Crescent Day ( 8 May ) Hari Bulan Sabit Merah
Family International Day ( 15 May ) Hari Keluarga Antarabangsa
World Non Tobacco Day ( 31 May ) Hari Tampa Tembakau Sedunia
World Environment Day ( 5 Jun ) Hari Alam Sekitar Sedunia
Father’s Day ( 17 Jun ) Hari Bapa
World Breast Feeding Week ( 1 Ogos – 7 Ogos ) Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia
World Women’s Day ( 8 August ) Hari Wanita Sedunia
Women’s Day ( 25 August ) Hari Wanita
World Heart Day ( 30 September ) Hari Jantung Sedunia
Senior Citizen Day ( 1 October ) Hari Wargatua
Mental Health Day ( 10 October ) Hari Kesihatan Mental

World Pharmacist Day ( 11 October ) Hari Farmasi Sedunia
World Food Day ( 16 October ) Hari Makanan Sedunia
Malaysian Environment Week ( 21 – 27 October ) Minggu Alam Sekitar Malaysia

Family National Day ( 11 November ) Hari Keluarga Kebangsaan
World Diabetis Day ( 14 November ) Hari Diabetis Sedunia

World Children Day ( 20 November ) Hari Kanak-Kanak Sedunia
World Aids Day ( 1 Disember ) Hari AIDS Sedunia

 
Lain-lain sambutan, boleh di cadangkan dan dipertimbangkan.
 
Perkhidmatan PPF telah di mulai pada tahun 1957, dan sejak itu telah ramai PPF yang telah pergi meninggalkan kita. Oleh itu, pada setiap perjumpaan PPF, perlulah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada PPF yang telah dahulu pergi meninggalkan kita. Jasa dan pengorbanan PPF tersebut memang banyak.

 
AGM Kesatuan PPF telah berlalu.
Aktiviti PPF akan bertambah.
Ianya termasuklah mengisi perancangan aktiviti  tahun 2015.
29 November 2014 akan terdapat Mesyuarat PPF Peringkat Negeri .
Ianya bertujuan untuk mengorak langkah bagi memartabatkan PPF.
Semua PPF dalam negeri tersebut di jemput hadir.
Ianya juga boleh di wakili oleh Pengerusi PPF peringkat PTJ tersebut.
Segala yang perlu di perjuangkan hendaklah di dokumenkan.
Ianya termasuklah dari segi JPA, KKM, JKN dan PTJ sendiri.
Ini adalah bagi kemajuan semua PPF.
Bagi persoalan-persoalan yang masih tertunggak, ianya juga akan di bawa ke pihak atasan.
Tetapi mengikut saluran yang benar dan tepat.
Semua PPF perlu mengatur strategi dan memperkemaskan diri.
Pada tahun 2015 perkhidmatan PPF akan di tingkatkan.

Ianya selaras dengan Negara maju.
PPF mendahului memberikan perkhidmatan selaras dengan Negara maju.
Perancangan Malaysia Maju pada 2020, akan dipelopori oleh PPF pada tahun 2015.
Iaitu 6 tahun lebih awal.
Terdapat PPF yang memiliki Ijazah Farmasi.
Terdapat Juga PPF yang memiliki Sarjana.
Siapa kah mereka dan di mana mereka tinggal, ramai yang tahu.
Tetapi oleh kerana aktiviti PPF sepanjang tahun yang lalu tidak banyak.
Maka PPF tersebut telah tidak dapat mempertingkatkan sosio dan budaya lain-lain PPF.
Maka tahun 2015, semua PPF yang ada kelebihan pendidikan tersebut.
Ayuh marilah kita ubah segalanya dalam diri lain-lain PPF.

Agar segalanya meningkat, selaras dengan Negara Maju.
Langkah pertama ialah mengisi borang keahlian persatuan dan kesatuan.
Lepas itu pastikan tiada yuran tertunggak.
Kerana jika ada yuran tertunggak, maka kelayakan untuk mengundi exco baru akan hilang.
Exco dan Ahli Majlis PPF adalah amat penting.
Lain-lain PPF juga penting.
Semua Ahli Majlis dan EXCO PPF akan menjalankan tugas.
Dan lain-lain PPF akan memberikan tugas.
Akhir sekali, Selamat Datang Tahun 2015
 
Dan semua PPF perlu pastikan bahawa segala yang dirancangkan akan berjalan seperti yang di rancangkan kerana dengan sedikit kekhilafan, segalanya akan berubah mengikut suasana dan keadaan semasa.
 
TAMAT

nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : mencari kawan2 bacth 32 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5802

Back to top Go down

mencari kawan2 bacth 32 Empty Re: mencari kawan2 bacth 32

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum