Aktif s*ks punca kanser
5 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Aktif s*ks punca kanser
Aktif s*ks punca kanser
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
VAKSIN HPV yang diterima remaja perempuan mengurangkan risiko mendapat kanser serviks.
HPV boleh dipindahkan kepada pasangan dan ia mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun untuk berkembang.
KANSER serviks atau kanser pangkal rahim terjadi pada saluran
reproduksi wanita dan menjadi penyebab utama kematian akibat kanser di
seluruh dunia.
Biarpun mudah dikesan melalui saringan awal, namun masih ramai yang tidak berusaha mencegahnya.
�Mereka hanya bertemu doktor apabila keadaan sudah kritikal.
�Kajian juga mendapati kanser serviks masih dipandang ringan oleh
sesetengah wanita, bahkan tidak ramai yang melakukan ujian pap smear
yang dapat mengesan kanser berkenaan pada peringkat awal.
�Kebanyakan wanita bekerja mengatakan mereka terlalu sibuk selain
malu untuk menjalani pemeriksaan itu,� ujar Pakar Perbidanan dan Sakit
Puan, Selangor Medical Center, Dr. B.K. Tan.
Jelasnya, kanser serviks berpunca daripada beberapa faktor termasuk hubungan s*ks.
�Salah satu faktornya ialah kehadiran antibodi kepada Virus
Papilloma Manusia (HPV) iaitu virus yang sama menyebabkan ketuat alat
kelamin.
�Virus yang berjangkit melalui hubungan s*ks ini dipercayai boleh
menyebabkan perubahan pada sel pangkal rahim seterusnya membawa kepada
perkembangan sel kanser.
�Bagi wanita yang dijangkiti virus ini, mereka terdedah kepada
risiko kanser serviks manakala bagi lelaki, mereka terdedah kepada
kanser dubur.
�Wanita yang mempunyai ramai pasangan s*ks atau terbabit dengan
pasangan yang juga ramai pasangan s*ks lebih mudah mendapat jangkitan
HPV. Keadaan lebih buruk apabila wanita itu merokok manakala tubuhnya
kurang daya tahan,� katanya.
Tambah Tan, kanser serviks hanya boleh terjadi kepada wanita yang
pernah mengadakan hubungan s*ks. HPV boleh dipindahkan kepada pasangan
dan ia mengambil masa di antara 10 hingga 15 tahun untuk berkembang.
�Kanser ini boleh dikenal pasti berdasarkan beberapa gejala seperti rasa sakit atau pendarahan ketika melakukan hubungan s*ks.
�Selain itu, jika berlaku pendarahan dalam faraj antara haid,
lelehan berdarah di faraj yang berbau dan pendarahan pada wanita
menopaus, juga mungkin tanda kehadiran kanser ini,� katanya.
Menurut satu kajian, kanser serviks menjadi punca kematian kira-kira
270,000 wanita setiap tahun dengan seorang wanita meninggal dunia
setiap dua minit di seluruh dunia.
Memetik laporan Daftar Kanser Kebangsaan pada tahun 2003, anggaran kejadian kanser serviks di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini mencakupi 12.9 peratus kanser yang dihidapi wanita.
Bagaimanapun, menurut Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN) di kalangan 100 wanita di negara ini pada tahun
2003 mendapati 23 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak
perlu melakukan ujian pap smear kerana menganggap mereka tidak mungkin
menghidap kanser itu.
Antara lain, faktor kesibukan menjadi penghalang dengan 18 peratus,
diikuti malu (9.6 peratus) dan tidak pernah mendengar langsung
mengenainya (20 peratus).
�Pelbagai kempen telah dilakukan dan sepatutnya kesedaran untuk
melakukan ujian saringan ini menjadi tanggungjawab setiap wanita yang
pernah melakukan hubungan kelamin sekurang-kurangnya setahun sekali
bagi menentukan tahap kesihatan rahim mereka.
Jika tidak, mereka mungkin akan tersenarai dalam 3,000 hingga 4,000
kes baru yang dilaporkan setiap tahun di negara ini,� kata Tan.
KANSER serviks hanya boleh terjadi kepada wanita yang pernah mengadakan hubungan s*ks. - Gambar hiasan.
Vaksin
Sebagai usaha untuk mengurangkan risiko kematian disebabkan kanser
serviks, kaum wanita di Malaysia kini boleh mendapatkan vaksin HPV
Kuadrivalen.
Vaksin yang dihasilkan khusus untuk mencegah kanser serviks,
prakanser faraj dan prakanser vulva yang disebabkan oleh HPV jenis 16
dan 18 itu semakin kerap diperkatakan.
Malah Kementerian Kesihatan juga mengambil langkah untuk memberi
suntikan pelalian itu kepada 300,000 pelajar perempuan bagi mencegah
penularan kanser serviks
�Suntikan HPV adalah cara paling baik untuk menentang penyakit ini,� kata Tan.
Vaksin ini telah diluluskan dan sudah lebih 30 juta wanita di seluruh dunia mengambilnya.
Ia berfungsi sebagai pencegah ketuat alat kelamin dan lesi (zona
tisu rosak) serviks gred rendah yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11,
16 dan 18.
�HPV jenis 16 dan 18 merupakan punca bagi hampir 70 peratus kes
kanser serviks, kanser vulva dan kanser faraj serta punca bagi 50
peratus lesi.
�Sementara itu, HPV 6 dan 11 menyebabkan kira-kira 90 peratus ketuat
alat kelamin. Empat jenis HPV ini menyebabkan kira-kira 35 hingga 50
peratus lesi gred rendah serviks, faraj dan vulva,� jelas Tan.
Bagaimanapun, pemvaksinan tidak akan melindungi pesakit daripada
jenis HPV dan ia boleh menghalang virus daripada jenis HPV 16 dab 18
sahaja.
�Pemvaksinan bertujuan mengurangkan risiko daripada dijangkiti HPV
16 dan 18 yang menjadi punca kanser serviks. Ia tidak boleh menghalang
sepenuhnya penerima suntikan pelali itu daripada mendapat kanser ini.
�Oleh itu, pemeriksaan rahim secara berkala amat digalakkan bagi
mengelakkan pengesanan kanser pada peringkat akhir yang boleh mengancam
nyawa,� kata Tan.
DICETAK DARI KOSMO ONLINE

'JALANI ujian pap smear.' - B.K. TAN |

|

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Aktif s*ks punca kanser
setahu sy kalu aktif seks la kurangkan penyakit ...yang dok berjangkit tue pasal jangkitan dari pasangan/antara pasangan yg bermasalah jer...
kalu pasal kanser tue sy x tahu la plak...

zen- SUPER DUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Jammerz
Gender :
Jumlah Post : 210
Umur : 43
Tarikh Register : 03/09/2008
Reputation : 9
Points : 6156
Character sheet
Mutiara Kata saya: Kerana Pulut Santan Binasa...Kerana Mulut Pecah Kepala Badan Binasa...
Re: Aktif s*ks punca kanser
jan lupa kanser ni adalah time bom...etiologi, faktor pradispos dan lain2 berkaitan x di ketahui...itu ja....saya rasa klu mkn nasi penyebab kanser bg seseorg pun blh jadi jg,.....zen wrote:setahu sy kalu aktif seks la kurangkan penyakit ...yang dok berjangkit tue pasal jangkitan dari pasangan/antara pasangan yg bermasalah jer...
kalu pasal kanser tue sy x tahu la plak...
Bon- KERABAT SENIOR
- Jawatan : ramal penyakit...!
Gender :
Jumlah Post : 483
Umur : 40
Tarikh Register : 23/05/2007
Reputation : 1
Points : 6815
Character sheet
Mutiara Kata saya: aRamai T...mamaTai T...
Re: Aktif s*ks punca kanser
Betul tu.... Virus HPV boleh dipindahkan melalui pasangan kita. (Yg sah sebagai pasangan suami isteri). Yang membawa virus HPV ini adalah golongan suami dan memindahkan kepada isterinya. Sbb itulah para wanita digalakkan mengambil suntikan Vaksin HPV ni.
Kat hosp tmpt keja rina, ada diperkenalkn vaksin ni..kepada sesapa staff yg nak..bg nama pada pihak pengurusan n mereka akan uruskan vaksin ni. Tapi vaksin ni mahal gakla.. 1 dos= RM200. Ada 3 Dos semuanya. Sakit wooo suntikkan ni..rina baru dpt 2 dos, tinggal 1 dos lagi sbb dos ke3 ni, lepas 6bulan..
Kepada para wanita, marilah kita sama2 mengambil langkah pencegahan kerna kanser servik bukan hanya melalui hubungan sex bebas semata2...

rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
Re: Aktif s*ks punca kanser
bukan ke seks nie 1 senaman....
tengok lak artikel ini!!!!!
Khabarnya, isteri Tom Cruise, Katie Holmes telah meminta Tom Cruise supaya mengamalkan diet seks kerana Tom Cruise dikatakan paranoid tentang pengawalan berat badan.
Katie ada terbaca bahawa badan boleh membakar 600 kalori hanya dengan mengadakan hubungan seks tiga hingga empat kali seminggu.
Disebabkan itu, dia meminta Tom berfikir berapa banyak kalori yang boleh dibuang jika mereka mengadakan hubungan seks setiap hari!,
Tom Cruise pula dikatakan tertarik dengan cadangan isterinya itu dan merasakan idea itu adalah yang terbaik di dalam perancangan diet Katie dan akan mengikutnya.
So, kepada suami isteri yang mempunyai berat badan berlebihan tu atau dalam bahasa yang sedikit kasar iaitu boroi, boleh ler cuba amalkan diet seks ni. Hehe..
Tapi ingat, kalau nak diet cara ni pun jangan ler excersice selalu yer. Agak-agak la juga kan. Bukan apa, takut terlebih excersice nanti, lain pulak jadinya. Huhu..

fiz- KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : pelajar
Gender :
Jumlah Post : 1732
Umur : 34
Tarikh Register : 03/09/2009
Reputation : 5
Points : 7614
Character sheet
Mutiara Kata saya: berkawan biar beribu, beristeri biar 1
Re: Aktif s*ks punca kanser
Senaman & penyakit kelamin adalah 2 perkara yg berlainan..
Menurut pakar, melakukan hbgn seks antara pasangan suami isteri mampu menurunkn berat badan dan juga byk kebaikkan lainnya.
Adakah kita sebagai wanita pasti, pasangan kita bebas dari sebarang jangkitan virus HPV? Untuk langkah berjaga2, adalah digalakkan para wanita mengambil langkah untuk mencegah..Kalau tak mampu nak dapatkan suntikkan vaksin ni, amalkan kebersihan bahagian sulit. Pastikan sentiasa membersihkan diri setiap kali selepas melakukan hubungan kelamin bersama suami.
Menurut pakar, melakukan hbgn seks antara pasangan suami isteri mampu menurunkn berat badan dan juga byk kebaikkan lainnya.
Adakah kita sebagai wanita pasti, pasangan kita bebas dari sebarang jangkitan virus HPV? Untuk langkah berjaga2, adalah digalakkan para wanita mengambil langkah untuk mencegah..Kalau tak mampu nak dapatkan suntikkan vaksin ni, amalkan kebersihan bahagian sulit. Pastikan sentiasa membersihkan diri setiap kali selepas melakukan hubungan kelamin bersama suami.
rieyna168- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : Apa-apa keja yang Ada.
Gender :
Jumlah Post : 4485
Umur : 42
Tarikh Register : 17/05/2008
Reputation : 56
Points : 11072
Character sheet
Mutiara Kata saya: Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara..Kita ada 1 saja HATI. Jika gembira HATI itulah... Jika bertakwa, HATI itulah... Jika beriman, HATI yg 1 itu juga... Jika bercinta, HATI itu juga... Jika terluka pun HATI nan 1 itu... Terlalu banyak satu perkara... Maka jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangimu...Kebencian orang jgn dibuat,Kesayangan orang jgn diambil..
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak