FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

+11
libas
MLT
sanuar7345
nabil
falci
masri
Petchiko
tarepanda
Nadi
ascus
zuiadisirad
15 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by zuiadisirad Wed 28 Oct 2009, 12:13 am

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 894464
Kepada seluruh mlt di Semenanjung Malaysia disini saya ingin menyatakan bahawa memartabatkan kewibawaan mlt adalah ditangan kita. Kita sendiri yang akan mencorakan profesion kita. Maka dengan itu fikirlah masak-masak dalam pemilihan pada mesyuarat BGM pada bulan 12 nanti. Kita sedia maklum perjawatan kita terlalu jauh kebelakang dibandingkan dengan jawatan paramedik yang lain, maka dengan itu keputusan adalah ditangan anda samada mahu kehadapan atau kebelakang. Kita selalu dihidangkan cerita yang negatif berkaitan kesatuan yang lepas maka marilah kita bangun dan aturkan strategi supaya orang tidak memperlekehkan profesion kita. Seperti yang kita sedia maklum semasa saya, setiausaha dan Presiden menghadiri perjumpaan dialog bersama KSU di KKM maka presiden kita telah mengutarakan driskripsi tugas mlt yang tercatat di SPA antaranya meminyakkan peralatan, membantu dalam pembedahan mayat dll. Tidak ada sesiapa yang membangkitkan isu ini melainkan presiden yang telah minta penjelasan kepada pihak KKM siapakah yang telah memperlekehkan profesion mlt. Tiada jawapan dari VVIP dihadapan. Pn. Tan Pengarah BSKB bangun memberitahu bahawa beliau bersama mlt U40 dan preseden telah membincangkan senarai tugas mlt namun ucapan tersebut telah disanggah oleh Khairul dan memberitahu senarai tugas dan diskripsi tugas adalah berbeza. Kita perlukan semangat Hang Jebat seperti Presiden, untuk mempertahankan kewibawaan dan maruah mlt supaya kita tidak diperbodohkan oleh perjawatan lain.

Baru-bari ini Presiden telah menerima surat ugutan sekiranya beliau bertanding ada hamba Allah yang akan menyaman beliau di mahkamah. Apakah rasioanalnya orang ini mengugut presiden sedangkan sebelum ini tidak ada presiden yang menerima surat ugutan ini. Apakah presiden membela profesion mlt dianggap menjadi kesalahan besar sehingga boleh menyebabkan runtuhnya profesion mlt. Orang seperti ini sudah ketandusan idea dan kepimpinan hingga sanggup menjatuhkan maruah orang lain. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, sebelum ini presiden dan beberapa orang exco telah membuat road show di Kuantan, Terengganu, Kelantan dan Seberang Jaya bertujuan memberikan maklumat kepada mlt berkaitan isu-isu yang telah kesatuan ajukan pada KKM dan Alhamdulillah pihak KKM menyambut baik segala cadangan menaikkan taraf mlt antaranya proposal U41 telah kami hantar kepada KPSU Cik Nurikhlas .Perbelanjaan kami ketempat tersebut adalah dari duit poket kami sendiri tanpa mengambil satu sen pun duit Kesatuan. Diluar sana kedengaran kami menggunakan duit kesatuan untuk tujuan itu, apakah buktinya sila tampil berjumpa kami sekiranya ada bukti. Wahai manusia janganlah kamu suka memfitnah kerana memfitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Rasanya mlt baru nak mengorak langkah bagi memperjuangkan bagi memartabatkan profesion. Marilah kita berganding bahu , bangun bersama-sama memperjuangkan profesion kita ke arah CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG.
avatar
zuiadisirad
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 11
Umur : 56
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 0
Points : 5575

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by ascus Wed 28 Oct 2009, 7:12 am

En Zuaidi. Boleh tak loadkan surat 3 pages tu kat sini supaya boleh ditatap oleh kitaorang dan boleh kita sama-sama jawap.
avatar
ascus
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : mlt
Gender : Male
Jumlah Post : 26
Umur : 54
Tarikh Register : 19/09/2007
Reputation : 0
Points : 6278

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by Nadi Thu 29 Oct 2009, 9:47 pm

Terus maju MLT kehadapan..
avatar
Nadi
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : MLT
Gender : Male
Jumlah Post : 113
Umur : 48
Tarikh Register : 19/02/2008
Reputation : 6
Points : 6172

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by tarepanda Thu 29 Oct 2009, 11:17 pm

bg sy,org yg mengugut tu rendah mentalitinya..susah profesion ni nk maju kalu masih ada org mcmtu dlm kessatuan,yg xsuka melihat pembaharuan
tarepanda
tarepanda
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : JTMP u29
Gender : Female
Jumlah Post : 56
Umur : 40
Tarikh Register : 06/12/2008
Reputation : 0
Points : 5853

Character sheet
Mutiara Kata saya: i`m already gone...

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by Petchiko Fri 30 Oct 2009, 12:29 am

bulan 12 nanti kita tunjukan suara kita dengan mengundi mereka yang berkebolehan untuk berjuang meningkatkan profesion kita...AYUH!!!
Petchiko
Petchiko
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : MLT
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 47
Tarikh Register : 02/07/2008
Reputation : 6
Points : 6058

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by masri Fri 30 Oct 2009, 12:47 pm

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 894464
dan salam sejahtera. dalam pengamatan saya selagi petualang di kalangan JTMP sendiri sampai bila pun JTMP tidak akan maju malah tidak mustahil disuatu hari nanti akan dijumudkan. Kepada semua JTMP sedarlah diri untuk bangun berjuangan demi profesioan. Adakah kita ,mahu suatu masa nanti JTMP hanya ditugaskan untuk menjaga kaunter, key in demografik data, menjaga punchcard, menjaga pintu stor kimia dan stor kering dan menjadi penyambut tetamu di depan makmal? sekiranya ini niat disegelintir JTMP akan tercapailah niat anda selagi ada yang membantah sebarang perubahan atau kemajuan profesion JTMP.

Sayugia diingat bahawa setiap perjuangan / pembaharuan memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan akan ada yang terkorban atau kecudang tetapi kita mesti redha mungkin hasilnya kita tak dapat / sempat merasinya tetapi mungkin anak, cucu kita di masa hadapan. Tidak benda yang dapat dalam sekelip mata tanpa sebarang tindakan. Harus difikirkan kemajuan profesioan juga salah satu perjuangan kita supaya JTMP tidak diperlekehkan. Cerminkan diri apa kedudukan kita sekarang.

Dalam conference MIMLS, hanya Peg.sains banyak di 'highlight' untuk kemajuan mereka, Patologis juga banyak menyokong mereka dan sekarang mereka C 41 perlu menjalankan bech work. Bukan niat hendak mengdengki atau menghalang tetapi baik untuk mereka membuat kerja bench work supaya dapat memahirkan diri praktikal dan teori. Semua ini berlaku disebabkan bilangan telah bertambah dan JTMP tidak membuat perancangan yang rapi untuk meningkat profesion.

Apa yang hendak tekan disini tiada perselisihan dan pertindihan perjawatan sekiranya masing-masing menjalankan tanggungjawab masing-masing. JTMP dengan tugas hakiki sendiri dan peg.sains dengan tugas mereka sendiri. Terpenting adalah penjelasan skop tugas dan senarai tugas JTMP itu sendiri. Lagi ramai lagi meriah dalam makmal.

Kita perlu mengambil contoh terdekat dengan kita antara jawatan Dr dengan Penolong Pegawai Perubatan, seakan sama sama tetapi berbeza dan mereka dapat membuktikannya. suatu ketika dahulu jawatan ini paling hangat diperhebohkan untuk dijumudkan, tup-tup lain pulak. Yang penting pengolahan cerita, sebabnya dipenguhung cerita tetap sama untuk meningkat tahap perkhidmatan kesihatan.

rata-rata patologis menyokong bilangan Peg>sains ditambah lagi dan ada juga merasakan inilah titik permulaan untuk menambah bilangan mereka dan secra tidak langsung mutu perkhidmatan makmal ditingkatkan kerana pekerjanya berkelulusan tinggi (teorinya qualification mempengaruhi rating) Patologis akan berbangga kerana pekerjannya mempunyai taraf pendidikan yang tinggi supaya pakar-pakar tidak mempertikaikan hasil / keputusan yang dijanakan. Bagi mereka apa nama perjawatan tidak begitu penting yang penting adalah outcome. Disebabkan peg.sains lebih menonjol segala-galanya jadi merkea ini lebih dipercayai dan diyakini berbanding dengan JTMP. Andaikata JTMP mempunyai perjawatan yang setaraf mungkin Patologi juga akan menyatrafkan anatara JTMP dan Peg,sains.

Jadi renung-renungkanlah. Pada pengamatan saya dalam tempoh 5 tahun ini tiada perubahan pada tahap profesion JTMP kemungkinan JTMP akan dijumudkan dan diganti dengan Peg. sainsdan JTMP hanya dikekalkan diKK dan sedikit demi sedikit akan diganti dengan Peg. sains. Untuk itu marilah bersatu untuk memajukan profesion dan hentikan niat tidak baik, sesiapa yang boleh bekerja (sukarela) dan berani kehadapan biarlah dia memperjuangkan nasib JTMP. JTMP juga jangan lupa tanggungjawab perlu bersatu dan membantu apa yang difirkankan perlu, bukan hanya pandai berkokok bila minta bantu dalam memberikan kertas kerja senyap. Jangan mengharap pada AJK kesatuan saja, bukan AJK dan bukan ahli juga boleh menyumbang idea atau apa khidmat yang perlu. Benefitnya akan dapat kepada semua.

Jangan kedekut sangat dengan RM 2 sebulan untuk menjadi ahli, sehinggakan membandingkan antara KFC dengan yuran setahun. Anggaplah sebagai derma untuk kemajuan perofesion, dan kalau rasa AJK tak bagus tak pandai bergerak masuk bertanding atau calonkan sesiapa yang boleh menggerakkan profesion. Kalau tak jadi ahli macamana nak bersuara, berkokok ajelah. Tunjukkan bakat yang boleh membantu dalam menjayakan profesion, diakui banyak yang pandai bercakap / bersuara tetapi malu atau hanya bercakap sahaja. Tonjolkan diri untuk kemajuan / benefit kepada semua.

Kepada pemegang Ijazah atau bakal penerima ijazah, kalau sayangkan Profesion JTMP bergerak bersama, sekiranya yakin bahawa segulung izajah yang ada boleh dapat perjawatan lain atau dengan mudah boleh jadi Peg.sains tak mengapalah lupakan untuk memartabatkan profesion JTMP. Pengalaman saya tidak mudah pada masa sekarang JTMP berijazah untuk mendapat jawatan Peg.sains atau lain-lain jawatan kerana persaingan makin banyak. Keluaran alairan sains dah berlebih-lebih dan sebenarnya tiada keistimewaan kepada anggota kerajaan untuk memohon jawatan yang lebih tinggi dengan ijazah yang ada. Malah kurang dilayan (pendapat saya) kerana kerajaan sekarang lebih mengutamakan kepada penganggur diluar sana dengan alasan JTMP dah ada kerja tetap. ini jawapan saya dapat apabila saya berjumpa dengan Dato SUB di Putrajaya dan JTMP perlu melalui SPA kerana kita tida SKIM KPSL. Kalau cerita 10 tahun dahulu memang JTMP berijazah ditawarkan ke jawatan Peg.Sains sekarang kena pergi Interview, kekadang 3 tahun apply interview pun tak panggil. Kepada yang CGPA bawah 3.0 lagi sakit sebab sekarang SPA akan ambil ikut ranking , pilihan pertama >3.5, kedua 3.0 - 3.49, pilihan ketiga <3.0 (golongan ini paling ramai. Kalau dapat >3.5 memang cerah (bergantung pada masa sesi sola jawab temuduga).

Jadi pandai-pandailah untuk memikirkannya, setiap orang mempunyai pandangan sendiri. saya hanya menyampaikan suara hati dan sedikit pengalaman saya dalam membantu Kesatuan dalam proses pengujudan perjawatan JTMP U41 hingga U54. Banyak masa dan modal dikeluarkan, bukan senang berurusan dengan mereka ini, banyak dokumen diperlukan walaupun apa yang dihatar memang ada tetapi tidak mengikiut citarasa mereka kena ubah. Kalau yang cepat bosan memang dah tinggalkans sahaja. jadi saya mahu semua JTMP perlu mempunyai semangat untuk melihat ada perubahan profesion,

Rasanya begitu juga oatai-otai dulu hendak mengubah skim sijil kepada Diploma, banyak cabaran dan tentangan serta peleceh dari senior2 (perli) kepada pemegang firt batch Diploma. Sumbangan pengorbanan mereka jangan dilupakan, kerana perubahan skim akan ada perubahan gaji, pada masa tu banyak juga (di tahun 1995 atau 1996). ada senior tak puas hati gaji junior hanya ketinggalan setakuk dua sedangkan beza kerja 7 - 8 tahun. Ini adalah sejarah untuk kepada JTMP ada diploma , gaji ditawarkan dah tinggi dah.

Sekian dulu coretan dan luahan hati saya.

p/s. sedih bila sumbangan JTMP sudah mula dilupakan. Kepercayaan dan keyakinan JTMP di pertikaikan. Apa tidakan JTMP semua. Masih enak diulit mimpi, hendak terus bermimpi? Fikir-fikirkanlah. Wasalam.
avatar
masri
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : JTMP
Gender : Male
Jumlah Post : 56
Umur : 52
Tarikh Register : 04/01/2008
Reputation : 12
Points : 6214

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by falci Fri 30 Oct 2009, 1:24 pm

bro masri,

coretan di atas boleh dijadikan pembakar semangat JTMP yang ada sekarang, agar bergerak bersama2 untuk memperkasa jawatan kita yang sekarang belum jelas lagi halanya.

Jangan hanya menunggu perubahan kalau kita sendiri tidak mahu bergerak untuk berubah.
falci
falci
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri : PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Sarawa10
Jawatan : Skodeng Kuman
Gender : Female
Jumlah Post : 736
Tarikh Register : 17/06/2007
Reputation : 35
Points : 7511

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by nabil Sun 01 Nov 2009, 5:40 pm

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 894464 jadi pada kawan2 semua,buktikan pada undian bulan 12 nanti kita semua mahukan perubahan dan anjakan paradigma untuk mlt terus maju.banyak betul cabaran utk memajukan mlt,jadi pada yg rasa nak bertanding kerana pentingkan diri tu,insaflah,pintu taubat sentiasa terbuka utk umatnya.syabas pada semua terutama en khairul kerana tidak melayan surat ugutan itu.teruskan berjuang kerana kami sentiasa dibelakang anda.ayuh kita bersama bersatu kearah masa depang yg gemilang.teruskan semangat hang jebat anda.kita tak memrlukan semangat hang tuah yg hanya menurut perintah.
avatar
nabil
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : tukang tilik
Gender : Male
Jumlah Post : 50
Umur : 48
Tarikh Register : 03/03/2009
Reputation : 0
Points : 5798

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by sanuar7345 Mon 09 Nov 2009, 4:39 am

aku harap pucuk pimpinan skrg dikekalkan kerana terbukti mereka lebih telus dn ikhlas memperjuang nasib kita..................
avatar
sanuar7345
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : on call gila2
Gender : Male
Jumlah Post : 14
Umur : 44
Tarikh Register : 07/11/2009
Reputation : 0
Points : 5509

Character sheet
Mutiara Kata saya: why so serious.................

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by ascus Tue 10 Nov 2009, 12:44 pm

Tahniah.. Mr K (presiden) dan Masri (Pen Setiausaha) menang tanpa bertanding. Tunggu maklumat rasmi dari Masri atau Zuaidi.
avatar
ascus
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : mlt
Gender : Male
Jumlah Post : 26
Umur : 54
Tarikh Register : 19/09/2007
Reputation : 0
Points : 6278

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by sanuar7345 Tue 10 Nov 2009, 1:39 pm

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 894464 TAHNIAH PADA MR K DAN MASRI.TERUSKAN PERJUANGAN PADA EN ZUADI DAN RAKAN2 EXCO YG LAIN.PASTIKAN SAF KEPIMPINAN YG DIPILIH KALI INI BOLEH BERJUANG UTK MASA DEPAN MLT YG GEMILANG.TERUSKAN BERJUANG HINGGA TITISAN AIR MATA KEGEMBIRAAN YG TERAKHIR.BERSAMA KITA MENDOAKAN YG TERBAIK.AMIN.
avatar
sanuar7345
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : on call gila2
Gender : Male
Jumlah Post : 14
Umur : 44
Tarikh Register : 07/11/2009
Reputation : 0
Points : 5509

Character sheet
Mutiara Kata saya: why so serious.................

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by zuiadisirad Wed 11 Nov 2009, 11:34 pm

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 894464 Salam sejahtera kepada semua penjawat mlt semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan perjuangan memartabatkan profesion kita. Alhamdulillah dan sekalung tahniah kepada En Khairul dan Mohd Asri kerana telah berjaya menang tanpa bertanding dalam pemilihan exco bagi sessi 2009-2011. Kejayaan ini bermakna Allah telah memilih mereka ini untuk memegang amanah yang diberikan oleh ahli JTMP dan ini bermakna bertambah berat tanggungjawab yang perlu dipikul untuk mengharumkan nama mlt ke peringkat KKM khasnya dan seluruh Malaysia amnya. Oleh kerana tanggungjawab yang berat dan komitmen yang tinggi terhadap profesion, ayuh mari sama-sama kita menyumbang idea dan pandangan agar pihak Kesatuan boleh membawa pelbagai isu ke KKM. Maka dengan itu pilihlah barisan kepimpinan yang benar-benar ingin memperjuangkan profesion kita antaranya Timbalan Presiden Hj Noh bin Awang Nor,Setiausaha-Zuiadi bin Sirad, Bendahari- Salim bin Ahmad, Exco- Zulraiman bin Ismail, Abdul Rahman bin Bakar, Nur Ruslan bin Abdullah,Sanadi bin Abdul Latif, Mustafa bin Ab. Rahman. Semoga Allah memberi kekuatan iman dan takwa kepada kami untuk menghadapi pelbagai ujian dan rintangan agar kami tidak berundur walaupun selangkah demi memajukan profesion kita. Tepuk dada tanya iman kerana iman akan memandu kita ke arah kebenaran .BERSAMA MEMARTABATKAN PROFESION JTMP.
avatar
zuiadisirad
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 11
Umur : 56
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 0
Points : 5575

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by Petchiko Fri 13 Nov 2009, 6:07 pm

Syabas dan tahniah kepada Mr. K dan Mohd Asri...Ujian kesungguhan dan ketabahan anda untuk memartabatkan JTMP telah pun bermula..
Kami ahli-ahli akan memerhatikan anda...sehingga 2011... PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Affraid
Petchiko
Petchiko
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : MLT
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 47
Tarikh Register : 02/07/2008
Reputation : 6
Points : 6058

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by MLT Mon 07 Dec 2009, 7:15 pm

falci xbrtanding ke?
MLT
MLT
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : MLT
Gender : Male
Jumlah Post : 46
Umur : 46
Tarikh Register : 17/11/2007
Reputation : 1
Points : 6236

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by libas Tue 08 Dec 2009, 10:18 am

sama2 kita berjuang..klau xkita,sapa lg..?
libas
libas
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Bilal Surau
Gender : Male
Jumlah Post : 63
Umur : 44
Tarikh Register : 25/07/2008
Reputation : 3
Points : 5983

Character sheet
Mutiara Kata saya: kerjalah kamu,sebelum kamu dikerjakan

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by JUNIDAH SUHARI Thu 10 Dec 2009, 1:46 am

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 894464 saya ahli persatuan JTMP jugak, memang nak sokong sangat pucuk pimpinan sekarang tapi tak terima borang undian, macam mana ni ???
avatar
JUNIDAH SUHARI
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Female
Jumlah Post : 4
Umur : 49
Tarikh Register : 24/11/2009
Reputation : 0
Points : 5482

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by Petchiko Thu 10 Dec 2009, 3:18 pm

JUNIDAH SUHARI Today at 1:46 am+
----
-

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 894464
saya ahli persatuan JTMP jugak, memang nak sokong sangat pucuk pimpinan
sekarang tapi tak terima borang undian, macam mana ni ???
Itu kena tanya masri mungkin dia boleh tolong...
Petchiko
Petchiko
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : MLT
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 47
Tarikh Register : 02/07/2008
Reputation : 6
Points : 6058

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by masri Thu 10 Dec 2009, 9:00 pm

Assalammualaikum,terlebih dahulu saya mohon maaf lambat replay kerana malam ini baru ada kesempatan membuka forum ini. pn junidah. semasa saya updatekan nama ahli di selangor surat puan di alamatkan ke Klinik Kesihatan Klang dan surat telah 2 minggu diposkan oleh en.zuaidi.kebanyakan yang saya tahu telah menerima surat tersebut, berkemungkinan iianya ada di bahagian pentadbiran KK.Klang. Agak musykil juga orang sabak, banting ada terima tetapi di klang tak terima. Namun saya ucapkan terima kasih atas respon puan.InsyaAllah di masa akan datang saya akan pastiakan ianya sampai. sekian harap maklum.
avatar
masri
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : JTMP
Gender : Male
Jumlah Post : 56
Umur : 52
Tarikh Register : 04/01/2008
Reputation : 12
Points : 6214

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by JUNIDAH SUHARI Tue 15 Dec 2009, 10:39 pm

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 894464 walaupun saya terlepas untuk mengundi tetapi Tahniah diucapkan kpd M K dan EN ASRI dan ahli exco yang lain, semoga segala usaha yang membawa kebaikan kepada semua JTMP , akan berjaya .
avatar
JUNIDAH SUHARI
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Female
Jumlah Post : 4
Umur : 49
Tarikh Register : 24/11/2009
Reputation : 0
Points : 5482

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by zuiadisirad Thu 17 Dec 2009, 12:54 pm

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 894464 Keputusan mesyuarat EGM dah kita terima, Alhamdulillah semua senarai Exco yang dicadangkan telah berjaya. Tahniah kepada exco yang telah berjaya namun tugas dan tanggungjawab sedang menanti dan marilah kita rapatkan saf perjuangan supaya visi dan misi profesion tercapai. Baru-baru ini ada bantahan dari ROS berkaitan mesyuarat EGM tapi saya dan Khairul sedang menyiapkan senarai yang dikehendaki oleh ROS. InsyaAllah kita akan berikan dokumen yang berkaitan dengan mesyuarat EGM pada ROS. Kita akan bergerak selepas mesyuarat Exco penyerahan tugas dari exco lama kepada Exco baru supaya aktiviti Kesatuan mendapat restu dari semua Exco. Saya harap ahli kena sabar mungkin pertengahan Januari kita akan bergerak sebab hujung bulan 12 dan awal bulan 1 masing-masing sibuk cuti bersama keluarga. Agenda pertama yang paling penting , Kesatuan akan adakan Portal supaya segala maklumat Kesatuan dapat diterima oleh ahli. Jutaan Terima Kasih kepada semua mlt yang menyokong barisan kepimpinan yang dipimpin oleh En. Khairul............
avatar
zuiadisirad
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 11
Umur : 56
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 0
Points : 5575

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by Petchiko Thu 17 Dec 2009, 3:42 pm

Kenapalah ROS query pulak nih!!! Rasa-rasanya tahu siapa yg komplain kat ROS tu..
Petchiko
Petchiko
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : MLT
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 47
Tarikh Register : 02/07/2008
Reputation : 6
Points : 6058

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by p.muruges Sat 19 Dec 2009, 4:31 pm

En. Zuaidi.. senarai nama pemimpin kesatuan JTMP baru please..
avatar
p.muruges
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : MLT u29
Gender : Male
Jumlah Post : 16
Umur : 46
Tarikh Register : 14/02/2009
Reputation : 0
Points : 5776

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by izamuddin Sat 19 Dec 2009, 9:25 pm

Tahniah...Bila nak buka keahlian pada semua MLT badan berkanun dan Sabah & Serawak?
avatar
izamuddin
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : M.L.T
Gender : Male
Jumlah Post : 157
Umur : 43
Tarikh Register : 29/01/2007
Reputation : 2
Points : 6609

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by zuiadisirad Tue 22 Dec 2009, 10:51 pm

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 894464 Baru-baru ini pada mesyuarat EGM ada suara yang menuntut JTMP Sabah dan Sarawak dapat masuk KKJMP tapi oleh kerana perlembagaan dari Sabah dan sarawak yang tidak membenarkan JTMP disana untuk masuk KKJMP namun bagaimanapun pihak Kesatuan akan berusaha dan berbincang dengan pihak ROS berkaitan dengan masalah tersebut.
avatar
zuiadisirad
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 11
Umur : 56
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 0
Points : 5575

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by zuiadisirad Tue 22 Dec 2009, 11:13 pm

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 894464 Nama Ahlijawatankuasa KKJMP bagi sesi 2009-2011 adalah seperti berikut:
Presiden- En. Mohd Khairul Adnan bin Abdullah Hosp. Mellaka
Tim. Presiden - Hj Noh bin Awang Nor Hos Kota Bharu
Setiausaha- zuiadi bin Sirad- KK Shah Alam
Tim Setiausaha- Mohd Asri b. Yamin- JKNS
Bendahari- Hj Salim bin Ahmad- Hos Sg Buloh
Exco:
1. Nur Ruslan b. Abdullah-HKL
2 Zulraiman b. Ismail- HTAR Klang
3 Abdul Rahman b. Bakar- Hos. Seremban
4 Sanadi b. Abd Latif
5 HJ Mustafa b. A. Rahman
6 Liliafiza bt Mohd Supian

Terima kasih kerana mengundi kami. InsyaAllah kami akan berusaha memartabatkan profesion JTMP.
avatar
zuiadisirad
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 11
Umur : 56
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 0
Points : 5575

Back to top Go down

PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009 Empty Re: PEMILIHAN EXCO BARU PADA 12 & 13 DISEMBER 2009

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum