FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua

2 posters

Go down

Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua Empty Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua

Post by falci Fri 06 Nov 2009, 5:35 am

Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua


PUTRAJAYA:Pasukan pemantau Influenza A (H1N1) diwujudkan di setiap negeri bagi mencegah gelombang kedua wabak itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Beliau berkata, pasukan itu yang diterajui Bahagian Kawalan Penyakit akan memantau situasi setiap hari bagi mengesan jangkitan penyakit itu.


Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Hari Inovasi kementerian di sini hari ini, Liow berkata jumlah kes H1N1 berkurangan dengan ketara daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes.


"Pada hari biasa kami juga akan menggerakkan sistem pemantauan ini. Maka dengan ini kita akan tahu jumlah kes selesema dan batuk yang perlu diberi perhatian serius.

"Kita mempunyai banyak jenis selesema. Semua ini memerlukan pemantauan, data, pengawasan. Jadi kami akan memantau perkara ini dengan teliti," katanya.


Terdahulu dalam ucapannya, Liow berkata Hari Inovasi akan menjadi acara tahunan kementerian itu mulai tahun ini sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya aspek inovasi diberi penekanan dalam sektor awam.


Beliau juga berkata, warga kementerian yang terbabit dalam sebarang penyelidikan dan inovasi bukan sahaja diperlukan di makmal, agensi atau institusi, tetapi juga akan menyumbang ke arah kemajuan global.


"Walau bagaimanapun, tidak semua hasil penyelidikan atau pun inovasi yang dihasilkan sesuai diguna pakai di dalam negara. Di sinilah berlakunya proses pemindahan teknologi dan bermulanya proses kerjasama antara satu negara dengan negara yang lain," katanya.


Pada majlis itu, Hospital Tampin dan Klinik Kesihatan Penampang meraih Anugerah Kualiti Perkhidmatan Kaunter manakala Anugerah Kualiti Kumpulan Meningkat Mutu Kerja bagi kategori teknikal dan pengurusan masing-masing diterima oleh Pejabat Pergigian Daerah Seberang Perai Utara, Butterworth dan Hospital Queen Elizabeth Kota
Kinabalu.


Hospital Jelebu menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan manakala Anugerah Kualiti Laman Web dimenangi oleh Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. - Bernama
falci
falci
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri : Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua Sarawa10
Jawatan : Skodeng Kuman
Gender : Female
Jumlah Post : 736
Tarikh Register : 17/06/2007
Reputation : 35
Points : 7511

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua Empty Re: Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua

Post by falci Fri 06 Nov 2009, 5:40 am

Pasni, mesti Unit CDC sibuk bekerja untuk memantau second wave nih.. caiyokk!


apa2pun, Tahniah kepada Hospital Tampin, KK Penampang- Anugerah Kualiti Perkhidmatan Kaunter,

PEjabat Pergigian Daerah Seberang Perai Utara dan Queen Elizabeth Hospital- Anugerah KKMK

Hospital Jelebu- Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan

Hospital Sultanah Bahiyah- Anugerah Kualiti Laman Web.(wahh nih spital supermoderator AZS nih) Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua Icon_smile
falci
falci
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri : Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua Sarawa10
Jawatan : Skodeng Kuman
Gender : Female
Jumlah Post : 736
Tarikh Register : 17/06/2007
Reputation : 35
Points : 7511

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua Empty Re: Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua

Post by asrol Fri 06 Nov 2009, 11:15 am

waaaa...tahniah2 kpd semua pemenang....yg bakal bertambah beban kerja sabar je lah yea Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua Icon_lol
asrol
asrol
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : KAUNSELOR XBERGAJI....
Gender : Male
Jumlah Post : 146
Umur : 38
Tarikh Register : 06/03/2009
Reputation : 0
Points : 6118

Character sheet
Mutiara Kata saya: Lakukanlah tugas dengan seikhlas hati nescaya rezeki akan melimpah ruah untuk mereka yang tidak jemu mencurahkan bakti....hidup paramedik

Back to top Go down

Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua Empty Re: Pasukan pemantau H1N1 ditubuh di setiap negeri hadapi gelombang kedua

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum