FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

info utk yg berminat mnjadi Pegawai Pergigian

Go down

Miau! info utk yg berminat mnjadi Pegawai Pergigian

Post by fasha_wanna Sat 28 Nov 2009, 1:11 am

Pegawai Pergigian


Diskripsi tugas:
• Mempromosi kesihatan mulut dan gigi di kalangan orang ramai.
• Membantu dalam pencegahan penyakit mulut, gusi dan gigi.
• Mengesan dan merawat penyakit-penyakit mulut seperti kanser mulut dan penyakit gusi.
• Mencabut dan tampal gigi yang berkaries.
• Bertanggungjawab ke atas segala urusan pentadbiran klinik.


Kelayakan:
Umur : Berumur di antara 19- 25 tahun
Jantina : Perempuan/ lelaki
Kelulusan : Mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM )aliran Sains serta kepujian dalam Bahasa Melayu, Sains dan Matematik dalam peringkat SPM. ( Sila rujuk Buku Panduan Universiti).
Taraf Kerakyatan : Malaysia


Nota :
Calon-calon yang berjaya akan mengikuti kursus selama 5 tahun di Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia atau Universiti Kebangsaan Malaysia.


Cara memohon : Memohon melaluiBahagian Pengambilan Universiti, UPU ( Unit Pengambilan Universiti ).



Elaun Biasiswa : Pelajar boleh memohon biasiswa di mana terdapat banyak biasiswa Swasta atau Kerajaanyang ditawarkan.Tempat tinggal asrama beryuran juga disediakan bagi mereka yang layak.


Struktur Kursus:
Tempoh: 5 Tahun

Tahun 1 & 2 -- 4semester ( Pra- klinikal )
Tahun 3, 4 & 5-- 6 semester ( Klinikal )

Secara amnya:-

Tahun 1:
Subjek yang diikuti:
• Anatomi manusia
• Biokimia
• Fisiologi
• Biologi mulut
• Tamadun Islam & Manusia
• Teknologi Maklumat


Tahun2:

Subjek yang diikuti:
• Farmakologi
• Mikrobiologi
• Patologi
• Bahan Pergigian & Teknologi Pergigian

=> Praktikal /amali teknologi pergigian juga mula dijalankan pada tahun ini.


Tahun 3:

Subjek yang diikuti:
• Perubatan Mulut & Surgeri Manusia
• Pergigian Prostetik
• Pergigian Masyarakat
• Pergigian Konservatif
• Pergigian Kanak-kanak & Ortodontik
• Perubatan Mulut & Periodontologi
• Pembedahan Pergigian & Radiologi Mulut


Tahun4 & 5:

Matapelajaran yang sama akan diikuti seperti dalam tahun 3.

=> Praktikal/kerja amali klinikal akan dijalankan sepanjang 3 tahun klinikal kursus ini.


Peluang pekerjaan : Pelajar-pelajar yangtamat dengan jayanya akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dan akan dianugerahkan dengan gelaran Doktor Pergigian serta diwajibkan berkhidmat dengan kerajaan selama 3 tahun.


Tangga Gaji: Pegawai Pergigian akan menikmati tangga gaji Gred U41: P1T5 RM 2366.55 ( tertakluk kepada perubahan semasa).


Lain- lain faedah:
• Lantikan tetap dan berpencen.
• Cuti tahunan.
• Kemudahan perkhidmatan perubatan dan pergigian
• Skim pinjaman perumahan.
• Latihan dalam perkhidmatan.
• Skim pinjaman pemberian komputer.
• Promosi mengikuti kursus pos- graduat setelahdisahkan dalam jawatan.

Penempatan:
• Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan
• Klinik Pergigian di Hospital
• Klinik Pergigian Sekolah
• Pasukan Pergigian Bergerak
• Pejabat Pergigian Daerah


Prospek Kerjaya : Pegawai Pergigian Gred U41 yang telah disahkan dalam jawatan layak memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran yang tertentu.
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : info utk yg berminat mnjadi Pegawai Pergigian Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 37
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9045

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum