FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia)

+2
kainkapan
Fieza
6 posters

Go down

Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Empty Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia)

Post by Fieza Mon 21 Dec 2009, 7:58 pm

ARKIB : 20/12/2009

Kebaikan s*ks selepas bersalin.


Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Kn_05.1



Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Doktor-menulis-logo

AMALAN di kalangan wanita di Kelantan, mereka lazimnya tidak
melakukan hubungan kelamin untuk selama 100 hari selepas bersalin.

Apabila ditanya kenapa, tidak ada jawapan yang khusus, ia hanya amalan
turun temurun daripada emak kepada anak.

Walaupun tidak ada hubungan kelamin, mereka masih tidur bersama
suami. Kecekalan serta daya tahan ini memerlukan dedikasi yang padu.
Dari segi perancangan keluarga, amalan ini memberangsangkan.


Kelahiran

Lain bangsa lain pula amalan mereka. Tidak ada bukti kenapa setiap
amalan diperlakukan. Walaubagaimanapun, tempoh yang diamalkan ini boleh
dikatakan bagus kerana wanita sempat mengembalikan kecergasan fizikal
selepas kepenatan bersalin serta mengandung selama 40 minggu.
Suami sepatutnya lebih arif serta memahami tugas serta tanggungjawab
baru sebagai seorang bapa. Hubungan suami isteri bukanlah hanya
hubungan kelamin semata-mata, ia lebih dari itu!

Walaupun hubungan kelamin semasa mengandung kerap serta aktif dan
menyeronokkan tetapi lain pula selepas bersalin. Hubungan kelamin
bukanlah agenda utama untuk beberapa julat masa akan datang selepas
ketibaan ahli keluarga baru.

Proses kelahiran merupakan proses fizikal yang meletihkan. Bayangkan
isteri terpaksa menahan kesakitan serta kontraksi rahim untuk
berjam-jam lamanya sama seperti pelari marathon semasa Sukan Olimpik!
Tentulah isteri akan keletihan serta kelesuan, apatah lagi apabila
diberi ubat penahan sakit jenis narkotik semasa proses kelahiran.

Kemuncak emosi berlaku apabila ibu melihat bayi yang dilahirkan sihat serta selamat.
Badan ibu akan mengambil masa untuk pulih kembali, terutamanya
selepas mengalami perubahan hormon semasa mengandung. Adaptasi serta
fokus isteri sekarang sebagai seorang ibu mula menampakkan keanggunan
seorang wanita.

Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai �postpartum�, kehadiran si
sayang baru menambahkan lagi keberkesanan perhubungan serta komunikasi.
Kemaskini cara berkomunikasi suami dan isteri sebelum agenda
hubungan kelamin bermula. Suami tentu dan perlu memahami akan
tanggungjawab masing-masing terhadap si kecil dan juga sesama sendiri.


Keinginan

Kerana kesibukan tanggungjawab baru, mungkin isteri terlupa akan
hubungan kelamin. Ada doktor yang menasihati supaya berehat dari
hubungan kelamin selama 6 minggu, namun nasihat ini sebenarnya tidak
ada bukti kukuh.

Ada doktor yang nasihatkan supaya berehat di antara 3 hingga 6 minggu, bergantung kepada:

* Berhentinya darah dan juga discaj selepas bersalin.
* Penyembuhan luka dari episiotomi di faraj semasa proses kelahiran
* Penyembuhan dari pembedahan caesarean
Sebab-sebab lain yang menyebabkan keinginan hubungan kelamin menurun selepas bersalin termasuklah:
* Keletihan dan kelesuan dari tanggungjawab baru kerana setiap
kelahiran merupakan pengalaman baru. Banyakkan meminum air serta
mengambil makanan yang berkhasiat. Senaman ringkas khas untuk mereka
selepas bersalin juga boleh mengurangkan ketegangan.
* Ketegangan dan rasa tidak selesa, mungkin juga kesakitan dari
tempat jahitan episiotomi dan juga di abdomen dari kelahiran caesarean.
* Menyusu badan menyebabkan cairan lubrikasi di faraj menurun, jadi
faraj menjadi kering dan hubungan kelamin jadi menyakitkan. Ada banyak
cecair pelincir yang boleh didapati di farmasi untuk mengelakkan
kekeringan.
* Anggapan bentuk badan sekarang tidak menarik, berat badan
bertambah dan kulit pula menampakkan belang-belang di bahagian abdomen
(selalu berlaku di kalangan orang Malaysia kerana mempunyai pigmen
warna kulit yang lebih).
* Cemas dan was-was tentang peranan sebagai ibu, apatah lagi melihat si comel yang begitu lemah serta sensitif.
* Fokus terganggu dengan bunyi tangisan si comel, langsung mengganggu aktiviti kelamin.
Suami juga dipengaruhi oleh faktor-faktor sama dengan para ibu dan
mereka mungkin tidak bersyahwat dan langsung tidak berupaya untuk
hubungan kelamin. Jangan bimbang, sama-samalah berbincang dan hadapi
setiap hari bersama.

Termengandung?

Isteri serta suami mungkin tidak bersedia untuk seorang lagi si
comel untuk masa sekarang. Sekiranya ibu menyusu badan secara 100
peratus (tidak mengamalkan susu formula), proses ovulasi mungkin
berlaku selepas 3 bulan.

Tetapi, sekiranya pengenalan susu formula dilakukan bertindih dengan penyusuan badan, ovulasi mungkin berlaku selepas 3 minggu.

Jadi, berbincanglah antara suami isteri akan kaedah kontraseptif terbaik.
Berjumlah dan minta nasihat doktor atau jururawat semasa lawatan susulan bayi.
Kondom merupakan kaedah perancang keluarga terbaik untuk peringkat
ini kerana ibu masih menyusu badan. Sekiranya ibu yang menerajui
kontraseptif, pil yang mengandungi progesteron sahaja yang terbaik
kerna ianya tidak mengurangkan jumlah susu.

Untuk alat dalam rahim, pastikan dahulu yang saiz rahim telah kembali ke saiz sebelum mengandung.

Hubungan kelamin mempunyai kebaikannya sendiri. Hormon yang
dikeluarkan boleh mencepatkan lagi proses penyembuhan setelah bersalin.
Begitulah juga dengan penyusuan badan. Rahim akan cepat ke saiz asal.
Sekiranya penyusuan badan tidak diamalkan 100 peratus, kitaran haid ibu
mungkin kembali pada minggu keempat.

Secara langsung, mungkin diamati sebagai darah dari proses bersalin
yang tidak lagi berhenti dan tiba-tiba jumlahnya banyak dari biasa.
Ingat, penyusuan badan merendahkan hormon estrogen wanita dari ovari.
Ini akan menyebabkan suasana dalaman faraj kering.
Jadi sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan, pastikan cecair
pelincir digunakan. Mungkin juga isteri serta suami boleh melambatkan
hubungan z****-faraj dengan meningkatkan tempoh sentuh menyentuh atau
cumbuan.


Perubahan

Mungkin para ibu mengamati yang garis pusat faraj serta kontraksi
otot-otot di sekitarnya tidak sebagaimana sebelum bersalin. Jangan
runsing, dengan penyusuan badan serta latihan senaman khusus di
bahagian pinggul dan perineum akan mengembalikan struktur asal dengan
lebih berkesan. Sekiranya tidak berpuas hati, berjumpalah dengan doktor
untuk nasihat.

Untuk seketika selepas bersalin, disebabkan paras hormon wanita
estrogen serta progesteron jatuh dengan pantas, para ibu akan mengalami
keadaan seakan-akan �menopaus� terutamanya pada kawasan sekitar faraj.
Tahap pH faraj akan meningkat dan sel-sel yang melindungi faraj dari
irritasi berkurangan, menyebabkan ibu terdedah kepada gangguan serta
iritasi dari sabun ataupun cecair pencuci faraj.

Jangkitan pada faraj pada waktu ini mudah berlaku, apatah lagi
dengan kehadiran darah dan juga discaj. Jadi, berhati-hatilah dengan
dengan produk pelincir yang digunakan, ataupun jenis-jenis kondom yang
digunakan.
Penjagaan perineum juga amat penting selepas kelahiran. Perineum
adalah bahagian tubuh puan di antara faraj dan dubur. Pastikan kawasan
tersebut bersih dan kering. Ini meningkatkan lagi proses penyembuhan.
basuh tangan setiap kali puan menukar tuala wanita.

Keringkan dengan menyapu dari depan ke belakang, supaya kuman dari
bahagian dubur tidak merebak. Jahitan episiotomi, biasanya akan hilang
dalam masa dua minggu.


Emosi

Ada juga di kalangan ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi selepas
bersalin. Ini juga menyukarkan perhubungan kelamin sekiranya aktiviti
ini ingin dimulakan. Kemurungan ini akan dibebankan lagi dengan
tanggungjawab baru sebagai seorang ibu, perubahan masa serta perubahan
perhubungan di antara suami serta si comel.

Perasaan juga terganggu dengan perubahan hormon yang berlaku pada badan ibu.
Adalah tidak janggal untuk ibu berasa cemas, kurang tidur, rasa
keresahan serta kemurungan, kadang-kala mungkin menangis, sedih dan
mudah terguris. Suami harus memahami perubahan yang dilalui oleh
isteri. Semua ini normal sekiranya berlaku dalam tempoh dua minggu dan
akan segera hilang apabila penyesuaian dengan persekitaran baru
berlaku.


Tetapi sekiranya berterusan, segera berbincang dengan doktor!
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Empty Re: Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia)

Post by kainkapan Fri 08 Jan 2010, 12:20 am

urm...............
kainkapan
kainkapan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Negeri : Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Kelant10
Jawatan : PenGGaLi KuBuR
Gender : Male
Jumlah Post : 326
Umur : 42
Tarikh Register : 14/05/2007
Reputation : 3
Points : 6855

Character sheet
Mutiara Kata saya: MALU mu ialah mahkota yang tidak perlukan singgahsana tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama, Tiada siapa yang dapat merampasnya melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Back to top Go down

Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Empty Re: Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia)

Post by fasha_wanna Sun 24 Jan 2010, 11:50 pm

bgosnye...
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9107

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Empty Re: Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia)

Post by DAY2004 Wed 27 Jan 2010, 8:55 pm

i like it... Laughing
DAY2004
DAY2004
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Kelant10
Jawatan : masuk gaung
Gender : Male
Jumlah Post : 158
Umur : 37
Tarikh Register : 14/01/2010
Reputation : 0
Points : 5603

Back to top Go down

Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Empty Re: Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia)

Post by qistina balqis Sun 17 Apr 2011, 12:03 pm

macam mana pula seks sebelum kelahiran....? Apakah tempoh masa yang terbaik utk lakukan seks pada waktu kehamilan?? minggu10?minggu ke 20? sbb orang ckp pada mula2 kehamilan xblh lakukannya.tp xsure sampai minggu ke berapa
avatar
qistina balqis
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Gender : Female
Jumlah Post : 2
Umur : 40
Tarikh Register : 17/04/2011
Reputation : 0
Points : 4971

Back to top Go down

Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Empty Re: Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia)

Post by wolverineconan Thu 05 Jul 2012, 12:15 pm

kesimpulannya???baik ke x seks slps bsalin?Question
avatar
wolverineconan
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Sarawa10
Jawatan : PPKP x menjadi
Gender : Male
Jumlah Post : 4
Umur : 38
Tarikh Register : 05/07/2012
Reputation : 0
Points : 4528

Back to top Go down

Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia) Empty Re: Kebaikan s*ks selepas bersalin. (Utusan Malaysia)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum