Penyakit Devic | Devic ragut kehidupan
Page 1 of 1
Penyakit Devic | Devic ragut kehidupan
Devic ragut kehidupan(kosmo)
Seorang ratu cantik berisiko buta dan lumpuh tiba-tiba.
"PENGLIHATAN beransur kabur sehingga satu hari mata kiri saya tidak
dapat melihat apa-apa lagi. Ia pengalaman yang sangat menakutkan.
"Seminit lalu, saya mampu melihat seperti manusia biasa, tetapi minit berikutnya saya hanya melihat kegelapan.
"Penyakit Devic ini bukan sekadar meragut penglihatan malah memberi tekanan pada jiwa saya.
"Selain banyak menangis serta hilang keyakinan diri, saya juga
merasakan hidup ini tidak berguna lagi," luah Nicola Thomas, 23,
seorang gadis jelita yang pernah memenangi gelaran Ratu Cantik
Caerphilly 2010 di bandar kelahirannya, Wales Selatan.
Tahun lalu, Nicola hilang penglihatan mata kirinya buat seketika namun sembuh sebelum kembali buta awal tahun ini.
Nasibnya lebih malang apabila doktor memberi amaran bahawa dia mungkin boleh buta pada bila-bila masa.
Punca tidak diketahui
Sungguhpun begitu, Nicola yang layak bertanding bagi merebut mahkota
Ratu Cantik Wales pada musim panas depan, mempunyai impian untuk
mewakili Wales pada pertandingan Ratu Cantik Dunia sebelum dia menjadi
buta buat selama-lamanya.
"Tiada siapa tahu bila sebelah lagi mata saya akan buta tetapi saya
mahu berusaha sedaya upaya bagi mencapai impian semasa saya masih boleh
melihat," katanya yang mula menyedari penglihatan mata kirinya menjadi
kabur dua tahun lalu semasa menonton televisyen bersama ibunya, Carol,
45.
Penyakit Devic atau nama penuhnya Devic Neuromyelitis Optica
ditakrifkan sebagai penyakit yang jarang berlaku dan tidak diketahui
puncanya.
Menurut Pakar Perunding Oftalmologi, Hospital Mata Nasional Tun
Hussein Onn, Dr. Zainal Mohamad, asas penyakit Devic ialah keradangan
yang berkait dengan sistem imun.
"Penyakit ini mengakibatkan sistem myelin iaitu tisu di dalam saraf
rosak dan menjadikan perjalanan pantas rangsangan saraf terbatas.
"Cuba bayangkan saraf kita seperti sosej yang bersambung-sambung,
apabila berlaku kerosakan myelin, sosej itu akan menyusut dan hilang.
"Proses yang dikenali sebagai demyelination ini menyebabkan transmisi rangsangan ke saraf pusat terencat," jelas beliau.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai fenomena itu, Zainal berkata,
sesetengah kes penyakit ini dapat dikesan menerusi pemeriksaan imbasan
MRI.
"Jika didapati ada kelainan pada saraf tunjang dan saraf optik serta
pesakit berdepan dengan beberapa kegagalan fungsi organ, pesakit itu
berdepan dengan serangan yang boleh berlaku serentak ataupun berasingan.
"Devic akan menyerang dua struktur tubuh iaitu saraf tunjang dan saraf optik atau mata.
"Apabila seseorang pesakit itu menghidap Devic, dua simptom awal
ialah masalah penglihatan dan kelumpuhan saraf seperti kebas, lumpuh
dan tidak boleh membuang air besar atau kecil.
"Walau bagaimanapun spektrum kegagalan fungsi berbeza-beza dan
bergantung kepada keadaan pesakit. Buta boleh menjadi petanda awal dan
ia juga mungkin kesan terakhir kepada penyakit ini," katanya.
Antara petanda seseorang itu menghidap penyakit berkaitan saraf ini
ialah pesakit mungkin berdepan dengan masalah tangan tidak boleh
diangkat, kaki tidak boleh digerakkan dan buta. Lebih serius, pesakit
tidak dapat membuang air kecil dan besar serta lumpuh seluruh badan.
Ancam kanak-kanak
"Bagaimanapun simptom penyakit ini tidak dapat dijangka yang mana
datang dahulu kerana ia bergantung kepada masa dan jenisnya," ujar
Zainal.
Tidak menolak kemungkinan kanak-kanak berdepan risiko Devic, beliau
memberitahu: "Tidak dapat ditentukan had umur. Malah, menurut kajian,
kanak-kanak seawal usia empat tahun boleh mendapat penyakit ini.
"Bahkan saya pernah mengendalikan kes budak berusia tujuh dan lapan tahun," katanya.
Bagi merawat penyakit yang lebih banyak dilaporkan terjadi di Asia
ini, rawatan intensif akan diberikan kepada pesakit bagi mengelak ia
daripada berulang.
"Pesakit Devic boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan, antaranya
klasik dan berulang. Bagi kelas klasik, pesakit akan mengalami serangan
buta dan lumpuh dalam masa yang sama ataupun selang beberapa hari.
"Imbasan MRI terhadap pesakit tidak menemukan sebarang tanda ganjil pada otak tetapi pada saraf mata dan tulang belakang.
"Pesakit Devic daripada kumpulan ini berdepan serangan Devic sekali sahaja dan tiada potensi penyakit berulang.
"Sebaliknya, jika pesakit itu hanya mengalami simpton ringan dan
tidak melibatkan kedua-dua saraf, potensi untuk penyakit itu berulang
dalam jarak tiga atau empat tahun sangat besar.
"Malah 70 peratus daripada kes Devic kini dilaporkan adalah jenis yang berulang," jelasnya.
Merujuk kepada kes Nicola, Zainal mengatakan ratu itu tergolong
dalam kumpulan berulang dan tidak menolak serangan pernah berlaku
sebelum ini.
"Menurut laporan akhbar, Nicola pernah mengalami buta sementara pada mata kiri sebelum dia mampu melihat dan kini buta semula.
"Namun, jika kerap berulang, penyakit ini akan merosakkan saraf yang
membawa kepada buta kekal walaupun pesakit masih dalam rawatan dan
mengambil ubat khas.
"Kes Devic berulang pula lebih banyak melibatkan golongan dewasa berbanding kanak-kanak," ujarnya.
--- KOSMO

TANPA diduga, dunia cerah Nicola Thomas tiba-tiba sahaja menjadi gelap angkara penyakit Devic. |

kelisa- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : ('^')...keje...keje...keje.......
Gender :
Jumlah Post : 4246
Umur : 1133
Tarikh Register : 02/08/2009
Reputation : 24
Points : 10471
Character sheet
Mutiara Kata saya: HaRi InI MesTi D'trSkn KrNa SmLm AdAlH SeJaRaH & EsK AdLh HaRi Yg BeLum PaSt UnTk AkU..!!!!
Similar topics
» PERLUNYA VAKSINASI UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT UMUM
» 9 Renungan kehidupan untuk bersama islam....
» JANTUNG, STRUKTUR & PENYAKIT-PENYAKIT JANTUNG
» Penyakit????
» Penyakit Asma

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak